myipobm - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/47952/1/upm menang hadiah utama...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Ogos 05, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM menang hadiah utama Anugerah Harta Intelek Negara 2016 Oleh Azman Zakaria Foto oleh Saleha Haron KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi hadiah utama kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2016 hari ini, kemenangan keempat kategori itu oleh UPM sejak AHIN diperkenalkan pada 2006. UPM menerima RM30,000, piala pusingan, piala iringan, Piala WIPO (World Intellectual Property Organisation), dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof DatoDr. Mohd Azmi Mohd Lila. Datuk Seri Hamzah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada majlis itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. azmimyipobm PM sebelum ini pernah memenangi hadiah serupa pada tahun 2008, 2012 dan 2014. Pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2016 ini yang bertemakan Transformasi Negara melalui Harta Intelek, UPM juga tersenarai dalam finalis bagi kategori Reka Bentuk Perindustrian. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), kategori Paten, kategori Cap Dagangan & Petunjuk Geografi, kategori Reka Bentuk Perindustrian, kategori Hak Cipta, kategori Perekacipta Harta Intelek (Pelajar Institusi Kemahiran atau setaraf) dan kategori Perekacipta Muda Harta Intelek (Pelajar Sekolah Menengah). AHIN diperkenalkan sempena Hari Harta Intelek Negara bertujuan memberi pengiktirafan kepada perekacipta atau pencipta atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Ia juga untuk menggalakkan lebih banyak ciptaan dan inovasi serta memupuk budaya harta intelek di kalangan rakyat. Prof DatoDr. Mohd Azmi ketika ditemui selepas majlis itu berkata,UPM sentiasa berusaha dan membantu industri, sekolah dan seumpamanya berkaitan pengurusan cekap Harta Intelek. Sekarang kita melatih pihak-pihak yang berkenaan dalam pengurusan IP yang lebih baik,katanya sambil melahirkan terima kasih dan penghargaan kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, para penyeldik dan staf universiti. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 05 Aug 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 5/8/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/myipobm

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: myipobm - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/47952/1/UPM menang hadiah utama Anugerah... · Prof Dato’ Dr. Mohd Azmi ketika ditemui selepas majlis itu berkata,UPM sentiasa

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, Ogos 05, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

UPM menang hadiah utama Anugerah Harta Intelek Negara 2016

Oleh Azman ZakariaFoto oleh Saleha Haron

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi hadiah utama kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2016 hari ini, kemenangan keempat kategori itu oleh UPM sejak AHIN diperkenalkan pada 2006.

UPM menerima RM30,000, piala pusingan, piala iringan, Piala WIPO (World Intellectual Property Organisation), dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila.

Datuk Seri Hamzah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada majlis itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

azmimyipobm

PM sebelum ini pernah memenangi hadiah serupa pada tahun 2008, 2012 dan 2014.

Pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2016 ini yang bertemakan “Transformasi Negara melalui Harta Intelek”, UPM juga tersenarai dalam finalis bagi kategori Reka Bentuk Perindustrian.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), kategori Paten, kategori Cap Dagangan & Petunjuk Geografi, kategori Reka Bentuk Perindustrian, kategori Hak Cipta, kategori Perekacipta Harta Intelek (Pelajar Institusi Kemahiran atau setaraf) dan kategori Perekacipta Muda Harta Intelek (Pelajar Sekolah Menengah).

AHIN diperkenalkan sempena Hari Harta Intelek Negara bertujuan memberi pengiktirafan kepada perekacipta atau pencipta atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

Ia juga untuk menggalakkan lebih banyak ciptaan dan inovasi serta memupuk budaya harta intelek di kalangan rakyat.

Prof Dato’ Dr. Mohd Azmi ketika ditemui selepas majlis itu berkata,UPM sentiasa berusaha dan membantu industri, sekolah dan seumpamanya berkaitan pengurusan cekap Harta Intelek.

“Sekarang kita melatih pihak-pihak yang berkenaan dalam pengurusan IP yang lebih baik,” katanya sambil melahirkan terima kasih dan penghargaan kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, para penyeldik dan staf universiti. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 05 Aug 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

5/8/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/myipobm