muta'ah, hadanah, harta sepencarian, hak anak-ana

46
MUT’AH

Upload: azweena-azhar

Post on 20-Jan-2015

2.965 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

islamic family law, muta'ah, hadhanah, hak anak-anak, harta sepencarian

TRANSCRIPT

Page 1: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

MUT’AH

Page 2: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Definisi- AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-

WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

O Seksyen 2. TakrifanO mut’ah ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri

yang diceraikan;

O Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patutSebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Page 3: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O -pembayaran sagu hati mengikut hukum Syarak melalui perintah Mahkamah kepada bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh bekas suami.

O perkataan “sagu hati” = consolationO - bermaksud “menenangkan jiwa”

Page 4: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Autoriti Mut’ahO Hendaklah kamu memberikan mut’ah(iaitu pemberian sagu hati) kepada mereka

yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patutnya, lagi menjadi satu kewajipan ke atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan (Surah al-Baqarah 2:236)

O Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mut’ah(pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa (Surah al-Baqarah 2:241)

O Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu berilah mut’ah(pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. (Surah al-Ahzab 31:49)

Page 5: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Tujuan Pemberian Mut’ah- Dari segi kewangan: Bekas isteri akan memulakan satu penghidupan baru

secara sendirian. Kesulitan dari zahir dan batin mungkin dialaminya akibat dari perceraian dan suasana sendirian. Mut’ah merupakan pengubat hati bekas isteri.

- Dari segi sosial: Menutup rasa malu yang dialami oleh isteri, menghindarkan fitnah. Seseorang isteri yang diceraikan mungkin menerima prasangka buruk oleh masyarakat( prasangka isteri diceraikan akibat keaiban isteri)

- Dari segi hubungan: Kenang jasa isteri atau menghargai budi baik serta layanan mesra sehingga memberi ketenteraman jiwa kepada suami dan menghargai sumbangan-sumbangan yang diberikan ketika bersuami-isteri. Mencapai keredhaan dari kedua-dua pihak.

- Dari segi kekeluargaan, mencegah perceraian-perceraian secara terburu-buru (Ahmad b Hanbal, Ibn Taymiyyah, Malik dan Ibn Hazm)

Page 6: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Kadar Pemberian Mut’ah

O -Mahkamah akan melihat kepada semua faktor. Beberapa faktor yang dilihat:

O Kewangan bekas suami(Pendapatan)O Taraf dan darjat isterinyaO Tahun bersama

Page 7: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Kes Mut’ah Noor Bee lwn Ahmad Sanusi (Tujuan Mut’ah)

O - mohon nafkah iddah, mohon mut’ah. Kadi besar dalam kes ini berkata mut’ah adalah pemberian yang diwajibkan Hukum Syarak kerana perceraian bukan dari sebab isteri kerana keaiban yang ada pada dirinya, atu fasakh dari isteri oleh sebab iksar suami atau aib yang ada padanya.

O - Kadi besar juga telah menerangkan mut’ah dalam Kitab Kifayatul Akhar iaitu mut’ah juga bertujuan menutup rasa malu yang dialami isteri, menghindarkan fitnah dan sebagai asas bagi kehidupan bersendirian.

Page 8: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Sabariah lwn Zainol (Hak bekas isteri)

- Isteri dicerai menuntut mut’ah. Yang kena tuntut(bekas suami) tolak permohonan dengan memberi alasan yang ia telah tidak dilayan sewajarnya. Kadi Besar dalam keputusannya berkata, “ Mut’ah ialah hak perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya selama mana perceraian itu bukan dari si isteri seperti fasakh nikah oleh pihak isteri terhadap suami ”.

Piah lwn Che Lah (Hak bekas isteri)

- Kahwin 43 tahun. Diceraikan 13 Julai 1981.Isteri larikan diri , suami bersifat bengis, tidak balik rumah suaminya, usaha damai telah dilakukan. Tidak dapat nafkah kerana nusyuz namun berhak mut’ah.

- Kadi Besar berkata “Mut’ah pemberian tertanggung ke atas seorang suami yang menceraikan isteri. Tanggungan mut’ah tidak gugur dalam apa pun perceraian berlaku kecuali jika perceraian disebabkan keaiban di pihak isteri terhadap suaminya atau perceraian kerana mati.

Page 9: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Ismail lwn Norsiah (Kadar Pemberian Mut’ah)

- Isteri tuntut nafkah dan mut’ah. Kadi Besar menghukum suami bayar RM300(mut’ah), suami rayu ke MRS. MRS tolak rayuan. Bekas isteri orang yang bertaraf dalam masyarakat, bekassuami pekerja berpendapatan sederhana. MRS menganggap kadar mut’ah patut lebih dari rm300 tetapi Mahkamah Ulangbicara enggan ubah hukuman tersebut.

- Hukuman RM300 adalah menuru Hukum Kitab I’anatu al- Talibin yang bermaksud: ‘Sekiranya kedua-dua suami isteri tidak bersefahaman tentang kadar bayaran mut’ah, Kadi hendaklah menilaikannya mengikut kadar bahagian yang ia berhak dengan mengambil kira kedudukan kewangan si suami dan keturunan dan sifat isteri(Iannat-at-Talibin, Juzuk 4 di ms 357)

Page 10: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Tengku Puteri Zainah lwn Dato’ Seri Mohamed Najib(Kadar Pemberian Mut’ah)

- Perayu(pihak menuntut),penentang(pihak kena tuntut), kahwin 1976 , 4 orang anak, 1987 cerai, penentang buat cadangan mengenai nafkah dan pelajaran anak-anak mereka, RM36K sebagai mut’ah

- RM5 juta dituntut,gaji bulanan RM16K(berdasarkan penyata slip gaji penentang yang dikemukakan perayu). Peguam penuntut menyatakan kemampuan mestilah dari segi pendapatan dan pemilikannya.

- MRS tolak tuntutan RM5 juta kerana Akta Undang-Undang Keluarga Syariah berbeza dengan Matrimonial Causes Act di England di mana Mahkamah England boleh buat perintah ikut keupayaan pendapatan, harta dan lain-lain sumber kewangan dan ini tidak sesuai atau munasabah untuk tindakan mut’ah. Diputuskan, RM36K (mut’ah adalah makruf).

Page 11: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Norizam lwn Halim Azman(Kadar Pemberian Mut’ah)

- Bekas isteri tuntut mut’ah(RM10800), bekas suami bersetuju tetapi tidak bersetuju atas kadarnya. MRS lihat pekerjaan bekas suami pegawai tentera RM1500-RM1600. Lihat kos hidup bekas suami secara bulanan, ansuran kereta(RM364), makan tengahari(RM50), makan malam di luar rumah seminggu 5 kali(rm1400), orang tuanya(rm100). Anggaran kasar kesemua(RM1400). Mut’ah diberi RM2400.

Page 12: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

HARTA SEPENCARIAN

Page 13: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

DEFINISI HARTA SEPENCARIAN

O Menurut Kamus Dewan, harta sepencarian ditakrifkan sebagai harta yang diperoleh daripada usaha suami isteri. 

O Ia juga didefinisikan sebagai pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama antara suami isteri termasuk pendapatan yang didapati daripada modal antara suami isteri. 

Page 14: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Konteks Syarak

O Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam mentafsirkan harta sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan dan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak

O Harta itu juga termasuklah harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin atau diperolehi dalam tempoh perkahwinan tetapi bukan hasil usaha bersama (seperti harta pusaka dan hibah) tetapi telah dapat dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil usaha bersama atau sumbangan bersama.

Page 15: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam 1984, Seksyen 122 menjelaskan tentang Kuasa Mahkamah dalam membuat pembahagian harta sepencarian seperti berikut:

“Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.”

Page 16: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Nas Al-Quran Surah Al-Nisa

O “Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.”

(surah Al-Nisaa 4:32)

Page 17: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Perkara yang Diambil Kira Dalam Menentukan Harta Sepencarian

a) sumbangan secara langsung

O sama-sama memberikan sumbangan mereka. Dalam memperoleh aset dan harta berkenaan.Pasangan ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset dan harta berkenaan.

Page 18: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O b) sumbangan tidak langsung

suatu sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetapi mendatangkan dan menghasilkan harta atau aset tertentu. Sumbangan ini, sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta dan aset itu.

Page 19: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Siapa yang Berhak Menuntut

O Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat kepadaO Mahkamah Tinggi Syariah oleh suami atau isteri atau ahli

waris –

(a) semasa tuntutan poligami;

(b) selepas perceraian; atau

(c) selepas kematian pihak suami atau isteri

(oleh ahli waris)

Page 20: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Pembahagian Harta Sepencarian

O Kadar ditentukan oleh mahkamah berdasarkan faktor yang berikut:

(a) takat sumbangan yang dibuat oleh pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperoleh harta tersebut;

(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja);

(c) keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu.

Page 21: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat membezakan berapa jumlah kuantiti material yang disumbangkan dalam perolehan harta yang dipertikaikan itu, maka penyelesaiannya adalah dengan menggunakan kaedah pembahagian iaitu mahkamah memerintahkan supaya harta-harta tersebut dibahagi dua atau sama banyak.

O Cara ini digunakan apabila kedua-dua belah pihak memberikan sumbangan secara langsung.

Page 22: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Cara Pembahagian Harta1) Kaedah Sulh .

2) Melalui persetujuan dalam mahkamah. 

3) Pembahagian juga boleh dilakukan melalui kuasa mahkamah

4) secara bayaran balik

**secara umumnya susah untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada tetapan khusus mengenainya.

Page 23: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

5 ) secara dibahagi duaO dalam keadaan kedua belah pihak suami dan isteri telah sama-sama

menyumbang dalam memperoleh harta itu;

6) pertimbangan mahkamah dengan mengambil kira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak itu.

Page 24: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Di Wilayah Persekutuan, pembahagian harta sepencarian dibahagi sama rata jika dibuktikan adanya sumbangan bersama antara suami isteri dalam memperoleh harta yang dipertikaikan. Namun dalam sesetengah kes mahkamah memerintahkan 5/6 dibahagikan kepada isteri dan 1/6 kepada suami. 

Page 25: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Perkara yang Perlu Dikemukakan

O (a) jenis harta, sama ada harta alih atau tak alih;O (b) setakat banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta itu;O (c) dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta/aset seperti tanah,

rumah, kereta atau syer;O (d) saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta/aset itu,

sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak;O (e) bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau

anak-anak dalam jagaan.

Page 26: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Kes yang melibatkan tuntutan harta sepencarian di Makhamah Tinggi

O Sebelum pindaan dibuat di dalam Perlembagaan Persekutuan 121 (1A), tuntutan harta sepencarian dibicarakan di makhamah tinggi serta Makhamah syariah.

O Roberts@Kamarulzaman v. Umi Kalthom, kedua suami dan isteri bekerja dan berkongsi membeli sebuah rumah di K.L di mana harganya RM50K,suami menyumbang RM40K. Harta itu didaftarkan nama isteri kerana suami pada ketika itu adalah pegawai kerajaan. Kemudian mereka bercerai dan dipersetujui suami hendaklah memberi isteri nafkah iddah RM500 sebulan untuk masa 100hari dan RM5700 sebagai muta’ah.

Page 27: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Suami itu mencadangkan harta yang diperolehi bersama dibahagi sama rata tetapi tidak dipersetujui oleh isteri. Suami membuat permohonan ke Makhamah Tinggi. Yang Arif Raja Azlan Shah H telah memutuskan harta itu adalah harta sepencarian dan harta dibahagi sama rata setelah mereka bersetuju.

Page 28: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O Boto bte Taha v. Jaafar, isteri bekerja sebagai penolong do kedai kop idan suami menjual ikan. Perniagaan suami bertambah maju dan membeli sebuah rumah, sekeping tanah dan 4 kapal tangkap ikan. Pada masa penceraian, suami membayar nafkah iddah tetapi isteri menuntut harta sepencarian.

O Makhamah memutuskan isteri telah menemankan suaminya dalam perniagaan dan meninggalkan pekerjaan selepas berkhawin boleh dikatakan memberi bantuan bersama memperoleh harta. 1/3 harta diberi kepada isteri kerana makhamah berpendapat isteri memberi sumbangan tidak langsung dan salah satu kapal yang didaftar nama bersama dibahagi bersama

Page 29: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Rugayah v BujangO isteri yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian. Pemohon telah

menyatakan bahawa rumah yang berkenaan telah dibeli di antara mereka selepas berkahwin. Perbelanjaan membina rumah itu adalah secara bersama dan nilai rumah lebih kurang RM4,000.

O Semua barang-barang dalam rumah yang telah dijanjikan semasa perceraian yang akan diserahkan kepada isteri dan juga kereta telah diambil oleh suaminya, dan pemohon mengadu ke balai polis. Pihak suami tidak menentang dalam perkara ini dan kesemua harta yang yang telah diambil berjumlah RM5,000. Pemohon meminta supaya rumah itu diserahkan sebagai ganti nilai harga barang-barang dan kereta tersebut. Kadi Besar dapati bahawa tuntutan pemohon untuk mendapat hakmilik sepenuhnya ke atas rumah sebagai tukar ganti kepada nilai barang yang diambil suaminya adalah munasabah dan berpatutan.

O Oleh itu, makhamah telah meluluskan permohonan untuk hak ke atas rumah itu dengan sepenuhnya.

Page 30: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Hadanah

Page 31: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Definisi

O Bermaksud pemeliharaan kanak-kanak yang masih kecil sama ada lelaki @ perempuan yang belum mumaiyiz setelah berlaku penceraian di antara kedua ibu bapa

O Kanak-kanak yang sudah baligh mempunyai pilihan untuk tinggal sama ada dengan ibu @ bapa

Page 32: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

O Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah Persekutuan)(Akta 303)

O S.81(1): Ibu yang paling berhak menjaga anak kecilnya dlm masa ibu itu masih dlm perkahwinan dan juga selepas perkahwinan

O Bagaimana jika ibu hilang kelayakan di bawah hukum syarak hak hadhanah diberi kepada siapa?

Page 33: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

S.81(2) Susunan keutamaan hak terhadap hadanah

O a) nenek sebelah ibu hingga ke atasO b) bapaO c) nenek sebelah bapa hingga ke atasO d) kakak atau adik perempuan seibu sebapaO e)kakak atau adik perempuan seibuO f)Kakak atau adik perempuan sebapaO g) anak perempuan dari kakak atau adik seibu sebapaO h)anak perempuan dr kakak atau adik perempuan seibu

Page 34: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

O i)anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapaO j)ibu saudara sebelah ibuO k)ibu saudara sebelah bapaO l)waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari

Page 35: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

S.82 Kelayakan yang perlu untuk jagaan

O a) Seorang beragama IslamO b) Sempurna akalO c) Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada

kanak-kanak itu jagaan yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu.

O d) Dia berkelakuan baik dari segi akhlak IslamiahO e) Tinggal di tempat yang selamat untuk kanak-kanak dari

segi akhlak atau jasmani

Page 36: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

S.83 Hak Jagaan Hilang

O Hak utk seseorang perempuan terhadap hadhanah akan hilang apabila:

a) jika perempuan itu berkahwin dgn seseorg yg tidak mempunyai pertalian dgn kanak-kanak itu

b) jika perempuan itu berkelakuan buruk scr keterlaluan dan terbuka

c) jika perempuan itu menukar pemastautinan dgn bertujuan utk menghalang bapa untuk mengawas anak-anak, kecuali jika isteri membawa anak ke tempat lahir isteri itu

d) jika perempuan itu murtad

e) jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu

Page 37: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

S.84 Tempoh JagaanO Hak hadhinah akan tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur 7 tahun bagi

lelaki dan 9 tahun bagi perempuan, tetapi Mahkahamh boleh atas permohonan untuk melanjutkan hak hadhanah bagi kanak-kanak lelaki sehingga 9 tahun dan perempuan sehingga 11 tahun.

O Setelah tamat hak hadhinah, hak jagaan turun kepada bapa

O jika kanak-kanak mencapai mumaiyiz,kanak-kanak berhak memilih utk tinggal dengan ibu atau bapa melainkan mahkhamah memerintah sebaliknya.

Page 38: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Jagaan anak Tak sah taraf?

O S.85 menerangkan bhwa jagaan kanak-kanak tidak sah taraf adalah kepada ibu dan saudara mara ibu

Page 39: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Upah HadhanahO Orang yang menjaga itu berhak mendapat upah. Seorang isteri tidak berhak

mendapat upah hadhanah jika ada suami bersamanya atau isteri berada dalam iddah talak. Ini kerana suami wajib memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh iddahnya. Ini jelas daripada firman Allah dalam ayat 233 surah al-Baqarah:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban bapa ialah memberi makan dan Pakaian kepada ibu dengan cara ma'ruf. Tidaklah dibebani seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita Kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Apabila keduanya ingin menjaga (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahawa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan”.

Page 40: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Hak Anak-Anak

Page 41: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Pemilihan Nama

O Pemilihan nama yang elok dan baik.

O Tanggungjawab si bapa.

Page 42: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Nafkah

O Wajib ke atas bapa untuk memberi nafkah.

O Membiarkan anak tanpa nafkah tergolong dalam dosa-dosa besar.

Page 43: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Kasih Sayang

O Islam larang ibu bapa bersikap keras dan kasar.O Perbuatan ibu bapa adalah contoh pertama yang

akan dilihat anak-anak.O Perlu dilayan dengan lembut kerana ibu bapa yang

mencorakkan hidup anak-anak.

Page 44: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Penjagaan dan Bimbingan

O Di peringkat kanak-kanak, perlu ditanam bibit-bibit agama.

O Perlu perhati keperluan mereka pada setiap peringkat umur.

O Pendidikan moral dan maklumat asas tentang agama tidak boleh diabaikan.

Page 45: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Layanan yang Adil

O Wajib berlaku adil dalam kasih sayang dan pemberian.

O Tidak boleh berat sebelah, akan melahirkan hasad dengki.

O Boleh merosakkan hubungan.

Page 46: Muta'ah, Hadanah, Harta sepencarian, Hak anak-ana

Hak PenyususanOAyat al-Baqarah 2:233 menunjukkan pada

permulaannya yang si ibu diwajibkan secara mutlak untuk menyusu anak

kecilnya.OPada bahagian pertengahan, didapati ada

keharusan untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain

dengan dibayar upah. OKadar penyusuan ibu, dua tahun bermula

bayi itu dilahirkan.