mukasurat 02 hebahan & makluman waktu …...imam / khatib yang bertugas juma’at minggu ini 16...

2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN MUTIARA AL-QURAN "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. . Ayat 10, Surah al-Munafiqun. SUBUH SYURUK 05:48 07:06 ZUHUR ASAR 13:15 16:44 MAGHRIB ISYAK 19: 20 20:31 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID OGOS 2013 16 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar 17 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd. Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib Al-Quran dan Tajwid : Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah 18 AHAD Kuliah Subuh Amalan Sepanjang Hayat : Ust. Hj. Yusuf bin Abas Kuliah Maghrib Mustika Hadith : Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii 19 ISNIN Tafsir al-Bayan: Ust. Hj. Hashim bin Mahmud 20 SELASA Tafsir Ibn Kathir : Ust. Muhammad Arif bin Musa 21 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong 22 KHAMIS Bacaan Surah Yasin 1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 39 - 48 Surah al-Fussilat yang akan disampaikan oleh Ustaz Khairul Fahmi bin Mukhid (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 24- 25 Ogos 2013 (Sabtu-Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, UPM. Yuran penyertaan staf RM70.00 /pelajar RM 60.00. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Ustazah Siti Rohani (03-8946 8582) atau Mohd Firdaus (03-8946 8582). Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM sahaja. 4. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Kelas Pengajian Dewasa pada pada 19hb Ogos 2013 (Isnin) dan Kelas Pengajian Kanak-Kanak bermula 24 Ogos 2013 (Sabtu).

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mukasurat 02 HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU …...Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan

Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di:

[email protected] atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582

FAKS: 03-89483742

HEBAHAN & MAKLUMAN

MUTIARA AL-QURAN

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. .

Ayat 10, Surah al-Munafiqun.

SUBUH SYURUK

05:48 07:06

ZUHUR ASAR

13:15 16:44

MAGHRIB ISYAK

19: 20 20:31

WAKTU SOLAT

Daerah Petaling dan

kawasan yang sewaktu

dengannya

JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID

OGOS 2013

16 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar

17 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah :

Dr. Abd. Rahman bin Mahmod

Kuliah Maghrib Al-Quran dan Tajwid :

Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah

18 AHAD Kuliah Subuh Amalan Sepanjang Hayat :

Ust. Hj. Yusuf bin Abas

Kuliah Maghrib Mustika Hadith :

Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii

19 ISNIN Tafsir al-Bayan:

Ust. Hj. Hashim bin Mahmud

20 SELASA Tafsir Ibn Kathir :

Ust. Muhammad Arif bin Musa

21 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong

22 KHAMIS Bacaan Surah Yasin

1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam.

2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 39 - 48 Surah al-Fussilat yang akan disampaikan oleh Ustaz Khairul Fahmi bin Mukhid (Al-Quran) & (Terjemahan)

3. Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 24-25 Ogos 2013 (Sabtu-Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, UPM. Yuran penyertaan staf RM70.00 /pelajar RM 60.00. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Ustazah Siti Rohani (03-8946 8582) atau Mohd Firdaus (03-8946 8582). Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM sahaja. 4. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Kelas Pengajian Dewasa pada pada 19hb Ogos 2013 (Isnin) dan Kelas Pengajian Kanak-Kanak bermula 24 Ogos 2013 (Sabtu).

Page 2: Mukasurat 02 HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU …...Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan

21 Jun 2013 / 12 Syaaban 1434H http://www.pic.upm.edu.my

ميمبر ڤوترا Mimbar Putra

RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/08/2013

SEDUTAN KHUTBAH

Seringkali kita dengar cogan kata atau ungkapan bahawa “Pemuda adalah harapan bangsa” dan kadangkala terdengar sama “Pemudi adalah tiang negara”. Ungkapan ini meniti di bibir-bibir segenap lapisan yang biasanya oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Ungkapan tersebut pastinya mengheret dan mendorong kita untuk melihat dan menilai adakah mereka benar-benar dapat diharapkan sebagai harapan agama, bangsa dan negara? Sebenarnya generasi muda hari ini menghadapi cabaran dan peranan yang penting. Generasi muda berperanan memacu negara ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Generasi muda adalah masa depan agama dan negara. Sekiranya generasi muda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama dan negara pada masa akan datang. Namun, sekiranya generasi muda hari ini adalah mereka yang teguh akidahnya, kukuh imannya, indah budi pekertinya, maka agama dan negara kita akan berada di dalam situasi yang diharapkan semua. Sejarah Islam membuktikan bahawa Islam telahdiperjuangkan, dipertahankan dan disebarkan oleh generasi-generasi muda di sisi Rasulullah s.a.w. Saidina Ali R.A merupakan kanak-kanak yang mula mula beriman kepada Rasulullah s.a.w dan beliau telah mengambil tempat tidur Baginda sewaktu kaum Quraisy mahu membunuh Baginda. Saidina Abu Bakar RA telah memeluk Islam sewaktu umur 38 tahun dan beliau telah menginfak seluruh hartanya untuk perjuangan Islam. Saidina Umar RA telah memeluk Islam sewaktu umurnya 26 tahun. Manakala Saidina Saad bin Abi Waqqas, Saidina al-Zubair bin al-Awwam, Saidina Talhah bin Ubaidillah, semua mereka memeluk Islam sewaktu berumur belasan tahun. Kesemua mereka ini adalah tonggak kepada perkembangan Islam sehingga mereka diangkat kedudukan sebagai 10 sahabat yang telah dijamin Syurga.

Pemuda pemudi mestilah mempersiapkan diri untuk kemajuan agama dan bangsa di masa hadapan. Antaranya adalah; Pertama : Mengukuhkan akidah dan jiwa yang teguh dengan Islam. Sesungguhnnya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan ini dengan bekerjasama. Sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, ayah, ibu, guru dan sebagainya. Kesemuanya perlu berusaha menghidupkan keimanan dalam jiwa generasi muda. Sesungguhnya iman adalah perisai yang menjauhkan manusia daripada perbuatan maksiat. Kedua : Memperkaya ilmu dan pengetahuan agama. Sesungguhnya sesebuah negara yang maju menurut Islam bukan sahaja maju dari sudut keilmuan dan kebendaan semata-mata. Tetapi negara yang maju menurut Islam ialah negara yang dapat menjaga kualiti kehidupan, agama, akal, hartabenda, dan keturunan rakyatnya. Justeru, pengetahuan keduniaan dan keagamaan perlulah sama-sama diberikan perhatian agar lahirnya pemimpin dan rakyat yang tahu haknya terhadap pencipta dan hak sesama makhluk Allah. Ketiga : Memelihara akhlak dan menghindari masalah sosial. Sesungguhnya Islam datang untuk memperbaiki tingkah laku manusia sesuai dengan fitrah dan tabiat manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh peniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”.

(An-Nur : 37)

" PEMUDA-PEMUDI HARAPAN AGAMA DAN BANGSA " (Petikan Khutbah JAIS)