msn

Upload: rizza-rashed

Post on 05-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

majlis sukan negara

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)LATAR BELAKANGMajlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.VISI DAN MISIVISIPeneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia

MISIMemastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat

OBJEKTIFMempertingkatkan prestasi pencapaian atlet ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa secara lebih efektif dan kompetitif.Memperkukuh dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien.

Logo & Rasional

Logo ini dicipta dengan menggabungkan elemen-elemen bulatan, garisan, bentuk, huruf dan titik-titik. Hasil dari gabungan ini lahirlah sebuah logo yang kukuh, ringkas, seimbang dan progresif terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting:

LAUREL

Melambangkan satu simbol pertubuhan yang besar dan terdapat kepada kebanyakan logo-logo antarabangsa. Ia bermaksud satu keharmonian atau kemenangan. MSNM merupakan satu pertubuhan besar yang bertanggungjawab kepada sukan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Lambang ini sangat sesuai untuk logo MSNM. Bentuk seperti ini juga biasa kita lihat dalam sukan grandprix dalam bentuk 3 dimensi.

OBOR

Merupakan lambang sukan sebenarnya dan idea ini mula wujud di awal permulaan Sukan Olimpik. Boleh dikatakan setiap acara sukan peringkat antarabangsa, obor dimulakan dengan nyalaan sebagai tanda pembukaan dan perasmian.

GARISAN

Menunjukkan satu pergerakan atau kelajuan. Garisan yang sama tebal melalui obor, garisan menjadi nipis melahirkan satu rekabentuk yang baru. Logo Olimpik juga terdapat garisan-garisan tersebut. Garisan juga memainkan peranan yang penting sebagai panduan di stadium, padang, gelanggang ataupun di trek

GELANG OLIMPIK:

Rekabentuk menggambarkan satu gelang olimpik (olimpik ring) bertujuan melindungi elemen-elemen logo di bahagian dalam. Bagi menguatkan logo tulisan Majlis Sukan Negara Malaysia diletakkan di dalam gelang olimpik dan dua titik berfungsi sebagai keseimbangan rekabentuk.Secara amnya, gelang olimpik mempunyai lima gelang ( ). Tetapi untuk menyesuaikan dengan keadaan rekabentuk, satu sahaja digunakanKEJOHANAN DI BAWAH MSNELITSukan OlimpikSukan AsiaSukan KomenwelSukan SEASukan Malaysia (SUKMA)ParalimpikSukan ParalimpikSukan ParaAsiaSukan ParaAsean

Remaja Karnival Remaja KebangsaanLembaga PengurusPENGGAL KE-19 (1 MEI 2014 30 APRIL 2016)

PengerusiYB. En. Khairy JamaluddinAhli-ahli:-YAMTunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku JaafarYB Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar TitinganYBhg. Datuk Jamil SallehYBhg. Tan Sri Dato Mohd. Noordin HassanYBhg. Tan Sri. Ir.Dr.Hj. Mohamed Al Amin B. Hj. Abdul MajidYBhg. Dato Haji Din B. AdamYBhg. Dato James SelvarajYBhg. Dato Low Beng ChooEn. Mohd Hassan B. AhmadEn. Ahmad Khawari B. Mohd.Isa