moral ; kesan rumah hijau

2
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Kesan rumah hijau menyebabkan : (a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan dan menyebabkan peningkatan aras laut. (b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas. (c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. (ekosistem) (d) Tanah dibersihkan dan hutan yang ditebang juga menyebabkan kadar karbon dioksida meningkat. Kadar purata suhu permukaan bumi meningkat kira-kira 0.5 hingga 1.5 darjah Fahrenheit (0.3 hingga 0.8 darjah selsius) hingga akhir 1800-an. (e) Ahli sains masih belum mengesahkan peningkatan kadar karbon dioksida di atmosfera meningkatkan suhu permukaan bumi. Sekiranya dalam keadaan tertentu, kaitannya memang wujud, keputusan selepas itu mungkin lebih teruk. (f) Peningkatan suhu permukaan bumi, dikenali sebagai kepanasan sejagat boleh merubah sistem ekologi beberapa bahagian bumi. Sebagai contoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhi pola penurunan hujan, mencairkan ketulan ais sehingga meningkatkan paras laut, menyebabkan ribut tropika yang teruk, mengakibatkan perpindahan tanaman dan jumlah haiwan. Ia turut menyebabkan perubahan arus ombak dan peredaran angin, sehingga ada kawasan lebih sejuk berbanding pada masa kini. Satu lagi kesan daripada kepanasan sejagat di kawasan utara menyebabkan lebih banyak salji yang turut cair dan menyebabkan lebih banyak lembaran ais dan menyebabkan peningkatan aras laut. a) Kenaikan paras laut -Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. -Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untik pertanian. b) Perubahan iklim -Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. -Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.

Upload: quan-ying

Post on 19-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ALAM SEKITAR

TRANSCRIPT

Page 1: MORAL ; Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.

Kesan rumah hijau menyebabkan :

(a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

(b)    Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.

(c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. (ekosistem)(d) Tanah dibersihkan dan hutan yang ditebang juga menyebabkan kadar karbon dioksida meningkat. Kadar purata suhu permukaan bumi meningkat kira-kira 0.5 hingga 1.5 darjah Fahrenheit (0.3 hingga 0.8 darjah selsius) hingga akhir 1800-an. (e) Ahli sains masih belum mengesahkan peningkatan kadar karbon dioksida di atmosfera meningkatkan suhu permukaan bumi. Sekiranya dalam keadaan tertentu, kaitannya memang wujud, keputusan selepas itu mungkin lebih teruk. (f) Peningkatan suhu permukaan bumi, dikenali sebagai kepanasan sejagat boleh merubah sistem ekologi beberapa bahagian bumi. Sebagai contoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhi pola penurunan hujan, mencairkan ketulan ais sehingga meningkatkan paras laut, menyebabkan ribut tropika yang teruk, mengakibatkan perpindahan tanaman dan jumlah haiwan. Ia turut menyebabkan perubahan arus ombak dan peredaran angin, sehingga ada kawasan lebih sejuk berbanding pada masa kini. Satu lagi kesan daripada kepanasan sejagat di kawasan utara menyebabkan lebih banyak salji yang turut cair dan menyebabkan lebih banyak lembaran ais dan menyebabkan peningkatan aras laut. a) Kenaikan paras laut

-Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh.

-Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untik pertanian.

b) Perubahan iklim

-Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.

-Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.

-Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

 

Page 2: MORAL ; Kesan Rumah Hijau

c) Kesihatan manusia terganggu

-Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'.

-Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

d) Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu

-Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.

-Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

-Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadang kala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.

Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuh – tumbuhan dan penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan memburukkan lagi keadaan ini. 

\