mohd fitri bin sahhari - fp.utm.my · pdf file4.4 rumusan 42 5 perbincangan, rumusan dan...

21
TAHAP BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SKUDAI: KAJIAN KES MOHD FITRI BIN SAHHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trankiet

Post on 30-Jan-2018

248 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

TAHAP BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SKUDAI: KAJIAN KES

MOHD FITRI BIN SAHHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas
Page 3: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

i

TAHAP BEBAN TUGAS GURU

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SKUDAI:

KAJIAN KES

MOHD FITRI BIN SAHHARI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 4: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas
Page 5: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas
Page 6: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

iv

DEDIKASI

Buat Ayah Bonda tersayang,

Sahhari B. Isahak dan Faizah Bt. Samsuddin,

Terima kasih atas segala-galanya.

Buat Kekanda dan Adinda yang dingati,

Nurul Hisyam, Shanrul Ain, Samihah dan Rohaiza,

Sokongan dan pengorbanan kalian telah memberikan,

Kesempatan untuk diri ini merasai erti,

Sebuah kejayaan.

Buat Guru-guru yang dihormati,

Terima kasih kerana mengizinkan diri ini,

Mengutip mutiara-mutiara ilmu yang berharga.

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan,

Contohilah Rasulullah dan para sahabat di dalam bersahabat,

Teruskan perjuangan mu yang belum selesai,

Hingga ke akhirnya.

Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati,

Hidup kalian di dunia dan di akhirat.

Page 7: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Cik Sarimah Bt Ismail atas

segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan

tesis ini dijalankan.

Seterusnya penulis ingin merakamkan terima kasih kepada kedua ibu bapa En

Sahhari B. Isahak dan Pn. Faizah Bt. Shamsuddin yang sering memberikan dorongan dan

galakkan yang tidak penah putus tanpa mereka mungkin saya tidak seperti sekarang.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang hingga akhir hayat.

Wassalam,

Mohd Fitri Bin Sahhari.

Page 8: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

vi

ABSTRAK

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap beban tugas guru di dua buah

sekolah menengah akademik harian biasa di daerah Skudai Johor. Data telah dikumpul

menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru yang tidak

memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran sekolah. Data diperolehi dianalisis

menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science Windows)

Version 11.1. Data tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual frekuensi, peratusan

dan min. Dapatan kajian menunjukkan purata beban guru-guru berada pada tahap yang

tinggi. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan bagi tajuk ini dibincangkan di bahagian

akhir laporan penulisan projek ini.

Page 9: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

vii

ABSTRACT

This case study research is conducted to identify the level of teachers’ work load

at two daily academic school in the district of Skudai, Johor. Data have been gathered

using questionnaire that distributed to 80 teachers that do not hold high position in school

administration. Data derived was analyzed using computer software program SPSS

(Statistical Package for Social Science Windows) Version 11.1. The data was presented

in the form of frequency, percentage and mean. Finding of the study shown that

teachers’ work load was at the high level. A few suggestions for further research were

proposed is discussed at the end of this project report writing.

Page 10: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul i

Halaman Pengesahan Penyelia ii

Halaman Pengakuan iii

Halaman Dedikasi iv

Halaman Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Jadual Kandungan viii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

1 PENDAHULUAN 1 - 9

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 11: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

ix

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi/Istilah 8

1.9 Penutup 8

2 LATERATUR KAJIAN 10 - 15

2.1 Pengenalan 10

2.2 Tugas Guru 10

2.2.1 Beban Tugas Akademik 12

2.2.2 Beban Tugas Bukan Akademik 13

2.3 Kesan Beban Tugas Berlebihan 13

2.4 Penutup 15

3 METHODOLOGI KAJIAN 16 - 26

3.1 Pengenalan 16

3.2 Etika Kajian 16

3.3 Reka Bentuk Kajian 17

3.4 Tempat Kajian 18

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 18

3.6 Instrumen Kajian 19

3.7 Kajian Rintis 20

3.8 Prosedur Kajian 21

3.9 Penganalisisaan Data 23

3.10 Penutup 25

Page 12: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

x

4 ANALISIS DATA 26 - 42

4.1 Pengenalan 26

4.2 Latar Belakang Responden 26

4.2.1 Bilangan responden. 27

4.2.2 Taburan responden mengikut bilangan 27

pelajar yang diajar di sekolah.

4.2.3 Taburan responden mengikut bilangsn 28

kelas.

4.2.4 Taburan responden mengikut bilangan 28

mata pelajar yang diajar di sekolah.

4.3 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 29

4.3.1 Bebanan tugas mengajar. 30

4.3.2 Beban tugas mengendalikan peperiksaan 33

dalaman dan luaran

4.3.3 Beban tugas pengurusan bilik darjah 35

4.3.4 Beban tugas penjagaan disiplin pelajar 38

4.3.5 Beban tugas ko-kurikulum 39

4.4 Rumusan 42

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51

5.1 Pengenalan 43

5.2 Perbincangan 43

5.2.1 Beban tugas pengajaran yang dijalankan 44

oleh guru

5.2.2 Beban tugas bukan akademik 45

Page 13: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

xi

5.3 Rumusan 47

5.4 Cadangan 49

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50

5.6 Penutup 51

RUJUKAN 52 - 53

LAMPIRAN 54 - 60

Surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah 55

Borang Soal Selidik 57

Page 14: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Taburan sampel kajian 19

3.2 Taburan bilangan item soal selidik 19

3.3 Klasifikasi kekuatan kolerasi 21

3.4 Pengkelasan skala likert 25

3.5 Klasifikasi terhadap item 25

3.6 Skala min 25

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 28

4.2 Taburan responden mengikut bilangan pelajar yang diajar 28

4.3 Taburan responden mengikut bilangan kelas yang diajar di

sekolah

29

4.4 Taburan responden mengikut bilangan mata pelajaran yang

diajar

29

4.5 Taburan peratus dan min beban tugas mengajar 31

4.6 Dapatan beban tugas guru dalam peperiksaan dalaman dan

luaran

35

4.7 Taburan kekerapan dan min beban tugas pengurusan bilik

darjah

36

4.8 Taburan kekerapan dan min beban tugas penjagaan disiplin

pelajar

39

4.9 Taburan kekerapan dan min beban tugas ko-kurikulum 41

4.10 Dapatan beban tugas guru mengikut persoalan kajian 43

Page 15: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

xiii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

3.8.1 Kerangka operasi kajian 23

Page 16: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan

“pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini

adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.”

FPK ini jika dihayati sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul

tanggungjawab yang berat. Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak

menangani masalah terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai

‘pakar’ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et al.2002)

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang

melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan

mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina negara

yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban

tugas dan tanggungjawab kerja di kalangan guru-guru perlu diambil kira.

Page 17: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

2

Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman

yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat

dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras

dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran

pembelajaran, kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian.

Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada

pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga

kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru

menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas

ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd.

Rahim (1997 ).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan

pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian

membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu

dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan

kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991).

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas di kalangan

guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah :

a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun.

b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru

tertentu.

c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan.

Page 18: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

3

d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru.

Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang

pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai

baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat

kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan

ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan

jumlah murid” (Harian Metro, 2005).

Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru-

guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban'

memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan

tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari

laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk

aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk

pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru

digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk

latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah.

Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930)

telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam

tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan

dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005).

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah

menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya

ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami

“stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang

seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini

menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam

menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999)

Page 19: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

4

yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di

sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan Bil. 1/91, Jabatan Perkhidmatan Awam,

menyatakan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pegawai dan kakitangan untuk

memohon bersara pilihan sendiri pada umur 40 tahun. Ekoran persetujuan tersebut pada

tahun 1992 hingga tahun 1995 bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang

memohon bersara awal meningkat dari 608 kepada 3893 orang. Faktor beban tugas guru

dikenalpasti sebagai penyebab utama berlakunya permohonan guru bersara awal.

Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan

sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke

arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja-

kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun

atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa

dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997).

Dengan itu dirasakan adalah perlu untuk mengenalpasti beban tugas guru dalam

bidang akademik dan juga bukan akademik melalui kajian ini.

1.3 Penyataan Masalah

Pola pendidikan pada hari ini adalah jauh bezanya dengan pendidikan zaman

dahulu. Dalam situasi pada masa kini, guru-guru telah diberi tanggungjawab yang begitu

berat untuk mereka pikul. Oleh itu penyelidik ingin menyelidik dengan lebih mendalam

tentang kesan dan cara mengatasinya beban tugas akademik dan bukan akademik di

kalangan guru-guru di sekolah menengah sekitar skudai. Penyelidikan akan dibuat untuk

menjawab 5 persoalan kajian utama iaitu :

Page 20: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

5

1.3.1 Apakah tahap beban tugas mengajar yang dijalankan oleh guru?

1.3.2 Apakah tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran yang

dijalankan oleh guru?

1.3.3 Apakah tahap beban tugas pengurusan bilik darjah yang dijalankan oleh guru?

1.3.4 Apakah tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar yang dijalankan oleh guru?

1.3.5 Apakah tahap beban tugas ko-kurikulum yang dijalankan oleh guru?

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :-

1.4.1 Mengenalpasti tahap beban tugas mengajar di kalangan guru sekolah menengah.

1.4.2 Menganalpasti tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran

di kalangan guru sekolah menengah.

1.4.3 Mengenalpasti tahap beban tugas pengurusan bilik darjah di kalangan guru

sekolah menengah.

1.4.4 Mengenalpasti tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar.

1.4.5 Mengenalpasti beban tugas ko-kurikulum.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini akan melihat kepada tahap beban tugas guru dari

segi tugas yang telah diberikan. Persoalannya :-

1.5.1 Apakah tahap beban tugas mengajar yang dijalankan oleh guru?

1.5.2 Apakah tahap beban tugas mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran yang

dijalankan oleh guru?

Page 21: MOHD FITRI BIN SAHHARI - fp.utm.my · PDF file4.4 Rumusan 42 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43 - 51 5.1 Pengenalan 43 5.2 Perbincangan 43 5.2.1 Beban tugas

6

1.5.3 Apakah tahap beban tugas pengurusan bilik darjah yang dijalankan oleh guru?

1.5.4 Apakah tahap beban tugas penjagaan disiplin pelajar yang dijalankan oleh guru?

1.5.5 Apakah tahap beban tugas ko-kurikulum yang dijalankan oleh guru?

1.6 Kepentingan Kajian

1. Kajian ini penting untuk mengenal pasti tahap beban tugas guru-guru di

sekolah menengah sekitar Skudai. Kajian ini diharapkan dapat membantu

pihak kementerian pendidikan menyelesaikan masalah beban tugas guru di

sekolah menengah.

2. Melalui kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kementerian dan guru

sekolah bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai beban tugas guru agar

dapat merangka tindakan yang perlu diambil untuk mempertingkatkan mutu

profesion pendidikan di kalangan guru-guru.

3. Memberikan pengetahuan kepada pihak kementerian bagi memartabatkan

profesion perguruan dan pihak pentadbir sekolah dalam membuat pengagihan

tugas dan kerja di kalangan guru-guru. Seterusnya untuk melahirkan

kepuasan kerja dan imej profesion perguruan di mata masyarakat negara ini.

4. Dengan kajian yang dijalankan ini dapat membantu pihak sekolah mengenal

pasti tindakan atau perancangan yang perlu dilakukan bagi mengurangkan

beban tugas guru.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan tertumpu pada mengenalpasti tahap beban tugas guru-guru

di dua buah sekolah menengah di sekitar Skudai, Johor iaitu Sekolah Menengah Desa

Skudai dan Sekolah Menengah Mutiara Rini. Sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran