mohamad akbal bin abdul mutalib.tt - fp.utm.my akbal bin... · 2.4.3 falsafah dalam fungsi...

31
AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DALAM MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR MOHAMAD AKBAL BIN ABDUL MUTALIB Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JUN 2013

Upload: dangkiet

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DALAM

MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR

MOHAMAD AKBAL BIN ABDUL MUTALIB

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013

Page 2: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAJUK : AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

DALAM MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR.

Saya MOHAMAD AKBAL BIN ABD MUTALIB SESI PENGAJIAN : 2010 – 2013

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi Pengajian Tinggi.4. ** Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yangberdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yangtermaktub di dalam AKTA RAHSIARASMI 1972)

TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yangtelah Ditentukan oleh organisasi/badan dimana Penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

10 Jalan Utama 5Taman Pontian Utama,82000 Pontian Johor.Tarikh : 25 Jun 2013

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Dr. Lokman Bin Mohd TahirTarikh : 27 Jun 2013

Potong yang tidak berkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda

* **

CATATAN :

Page 3: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”

Tandatangan : …………………………………………………

Nama Penyelia : Dr. Lokman Bin Mohd Tahir

Tarikh : 27 Jun 2013

Page 4: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DALAM MENINGKATKAN

DISIPLIN PELAJAR

MOHAMAD AKBAL BIN ABDUL MUTALIB

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013

Page 5: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

ii

“Saya mengakui karya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………....

Nama Penulis :MOHAMAD AKBAL ABDUL MUTALIB

Tarikh : 26 Jun 2013

Page 6: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

iii

Dedikasi yang tidak terhingga ditujukan kepada:

Isteri tercinta, Supiatun Binti Md HalidAnak-anak,

Muhammad Irfan AzfarMuhammad Hazman Azfar

Nur Azhan Azfar

Page 7: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

penghargaan yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia

kajian iaitu Dr. Lokman Bin Mohd. Tahir di atas kesabaran beliau untuk memberi

tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, motivasi, idea dan cadangan yang membina di

samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah atas segala

bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran

Daerah Pontian, guru besar dan guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-

guru disiplin, guru-guru kaunseling Daerah Pontian serta rakan-rakan sekalian kerana

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi bantuan kepada saya untuk

menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih teristimewa untuk keluarga tercinta kerana keprihatinan, galakan dan sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada saya serta memahami kesulitan yang saya hadapi semasa menjalankan kajian.

Jasa baik, kerjasama dan pengorbanan daripada semua pihak amat saya hargai dan sanjung tinggi. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

Page 8: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

vABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah amalan tingkahlaku dan gaya

kepemimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah daerah Pontian.

Kajian ini juga dapat mengenalpasti tentang gaya kepemimpinan seorang Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid berdasarkan empat kerangka yang dinyatakan Bolman dan Deal

(2003). Sampel dipilih dalam kalangan Guru Disiplin dan Guru Kaunseling di sekolah

kebangsaan daerah Pontian. Tujuan pemilihan sampel ini adalah untuk meneliti penilaian

Guru Kaunseling dan Guru Disiplin terhadap tingkahlaku dan gaya kepemimpinan Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik

sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada kaunselor dan guru disiplin. Hasil

dapatan menunjukkan bahawa Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah

mengamalkan sekurang-kurangnya dua daripada keempat gaya kepemimpinan yang

diperkatakan oleh Bolman dan Deal. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan

pengurusan pengurusan disiplin. Dari segi elemen pengurusan disiplin, semua aspek

dalam pengurusan disiplin menunjukkan tahap yang tinggi. Seramai empat orang Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dipilih. Selain itu kajian ini juga mengkaji keperluan

latihan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Hasil kajian mendapati guru-

guru memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Kajian berkaitan latihan pula mendapati Guru Penolong Kanan kurang diberi latihan

dalam pengurusan hal ehwal murid. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan

kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi perlaksanaan pengurusan yang

berkaitan pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan sekolah yang berkualiti dan

berwawasan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan

penambahbaikan.

Page 9: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

viABSTRACT

The main objective of this survey is to evaluate the action and leadership style of a

Student Affairs Senior Assistance Teacher of a school in the district of Pontian. It will also

identify whether his/her action and leadership style has the similiarity in either one, two or all

four guidelines stated by Bolman and Deal (2003). Samples are selected from the Discipline

and Counselling teachers of school in Pontian. The main objective for choosing these samples

is to evaluate the survey and this is being made by a Discipline and Counselling teacher.

Datas from questionaires that are being arranged as a survey instrument are collected and

compiled. From the result gathered, it clearly shows the action and leadership of the Student

Affairs Senior Assistance Teacher complies with at least two out four Bolman’s and Deal’s

guidelines. Disciplinary management level and its procedures are also being identified. From

the element aspects the survey shows that a high level of disciplinary management has been

achieved. This survey is intended to be use as guideline to all those involve with the

disciplinary management in the future to ensure all implementations will result in schools

with high qualities and visions. Additional proposals and recommendations for future surveys

are included with the intention for more improvements. The other method used in this survey

was the personal interviews to gauge the level of assistance and cooperations given by the

other teachers towards the Senior Assistance teacher. Four Student Affairs Senior Assistance

teacher were being identified. Good response and cooperations were received by the Senior

Assistance teacher. As for the training subject, result from the survey indicated that the Senior

Assistance teacher is lacking in the students affairs training and should be given more

chances. Finally results from the survey are hope to be as a guideline in the future to all those

concern in order to achieve school with high visions and qualities.

Page 10: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

viiSENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI SINGKATAN xi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Matlamat Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kementerian Pelajaran Malaysia 2

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Kepimpinan 13

1.8.2 Pengurusan 14

1.8.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 15

1.8.4 Disiplin 15

1.8.5 Pelajar 16

1.9 Kesimpulan 16

Page 11: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Konsep Kepimpinan 17

2.3 Pendekatan Kerangka Kepimpinan

Bolman Dan Deal 18

2.3.1 Kajian Berkaitan Model Bolman Dan Deal

(1991; 2003) 22

2.4 Konsep Pengurusan Hal Ehwal Murid 26

2.4.1 Sejarah Perkhidmatan HEM/Personalia

di Sekolah 27

2.4.2 Rasional perkhidmatan Hal Ehwal Murid

di Malaysia 28

2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan

HEM Di Sekolah 29

2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM

di Sekolah 31

2.5 Kesimpulan 32

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Prosedur Kajian 36

3.4 Lokasi Kajian 38

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.6 Soal Selidik 39

3.7 Instrumen Dan Alat Kajian 40

3.7.1 Soal selidik 40

3.7.2 Temubual 43

3.8 Analisis Data 44

3.8.1 Statistik Deskriptif 44

Page 12: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

ix

3.8.2 Temubual 45

3.9 Takwim Penyelidikan 48

3.10 Kajian Rintis 50

3.11 Kebolehpercayaan Dan Kesahan 50

3.11.1 Keesahan 51

3.11.2 Kebolehpercayaan Instrumen 52

3.12 Tatacara Pemungutan Data 53

3.13 Kesimpulan 54

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Latar Belakang 55

4.3 Amalan Kepimpinan Guru

Penolong Kanan HEM 57

4.4 Pengurusan Disiplin 61

4.5 Analisis Temu Bual 65

4.5.1 Analisis Latar Belakang Responden 65

4.6 Analisis Dapatan Temu Bual 67

4.6.1: Pengetahuan Tentang Bidang Tugas

Guru PenolongnKanan Hal Ehwal Murid 68

4.6.2 : Latihan Dan Kursus Dalam Pengurusan

Hal Ehwal Murid 70

4.6.3 : Keperluan Latihan Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid 71

4.6.4 Tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid 72

4.7 Kesimpulan 74

Page 13: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

x

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Amalan Kepimpinan Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid 76

5.2.2 Kepemimpinan Yang Sering Diamalkan 77

5.2.3 Kepemimpinan Yang Kurang Diamalkan 78

5.2.4 Pengurusan Disiplin 80

5.2.5 Keperluan Latihan Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid 81

5.2.6 Kerjasama Guru-guru Kepada Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal 83

5.3 Implikasi Kajian 84

5.3.1 Implikasi Kajian Kepada Dapatan Kajian 84

5.3.2 Implikasi Kepada Gaya Kepimpinan Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 84

5.3.3 Implikasi Dalam Pengurusan Disiplin Pelajar 85

5.3.4 Implikasi Kepada Kementerian Pelajaran 85

5.3.5 Implikasi Kepada Pusat Latihan Kepemimpinan 86

5.4 Cadangan DanKajian Lanjutan 87

5.5 Rumusan 88

RUJUKAN 90

6 LAMPIRAN

A Surat Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 97

B Surat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia 98

C Protokol Temu Bual 99

D Transkrip Temu Bual 102

E Contoh Borang Soal Selidik 123

F Data SPSS 129

Page 14: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

xiSENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Ringkasan Prosedur Pengendalian Kajian 36

3.2 Taburan Sampel Responden 37

3.3 Penentuan Darjah Penilaian Berdasarkan Min 44

3.4 Takwim Tindakan Penyelidikan 47

3.5 Nilai Alfa Rangka Kepimpinan 52

3.6 Nilai Alfa Pengurusan Disiplin 52

4.1 Analisis Latar Belakang Responden 55

4.2 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi amalan kepimpinan struktural 56

4.3 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi amalan kepimpinan sumber manusia 57

4.4 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagiamalan kepimpinan politik 58

4.5 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi amalan kepimpinan simbolik 59

4.6 Rumusan Amalan Kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 60

4.7 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagiamalan kepimpinan 61

Page 15: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

xiiSENARAI SINGKATAN PERKATAAN

HEM Hal Ehwal Murid

IAB Institut Aminuddin Baki

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam urusan pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar menjalankan

segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah apabila guru besar dan

penolong kanan tiada di sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengajar

sebilangan waktu bagi mata pelajaran tertentu mengikut arahan guru besar dari

semasa ke semasa. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga bertanggungjawab

kepada pengetua dalam soal-soal kokurikulum, pendidikan jasmani, disiplin,

bimbingan kaunseling. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga

bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin (Surat

Pekeliling Ikhtisas SPI Bil.9/2000;Panduan Keselamatan Diri Pelajar).

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga mengurus dan mengemaskini semua

buku rekod pendaftaran pelajar di sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

menyemak buku kedatangan harian pelajar dan memastikan butirannya dikemas

kini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menguruskannya dengan kerjasama

guru-guru lain. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga menguruskan

pertukaran pelajar ke sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang tertentu.

Page 17: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

2

Dalam urusan pelajaran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal menyemak buku,

kad kemajuan dan jadual pelajar. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menentukan

butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain itu

lengkap dan dikemaskini. Penolong Kanan Hal Ehwal murid juga menguruskan

surat akuan, sijil-sijil pelajar, membuat pengesahan dan pengedaran sijil berhenti

sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal murid juga bertanggungjawab menyediakan

anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama guru besar, penolong

kanan dan pembantu tadbir kanan sekolah. Dalam merancang dan menyediakan

takwim sekolah, pentadbir sekolah sentiasa memberi bantuan dan menentukan

pelaksanaan program aktiviti sepanjang tahun dapat dijalankan (Abdullah Sani,Abd

Rashid dan Abd Ghani 2007)

Selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mereka mestilah memahami

diri pelajar sebagai organisme yang berkembang dan kompleks. Mereka

menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang kompleks dalam proses

perkembangan diri dan memerlukan bantuan serta bimbingan daripada guru-guru di

sekolah. Inilah yang menjadi tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid (Azman,1999).

1.1.1 Matlamat Pengurusan Hal Ehwal Murid Kementerian Pelajaran

Malaysia

Masyarakat memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti dan cemerlang

bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam masyarakat sama ada bekerja dalam

sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Sekolah mempunyai matlamat dan objektif

yang telah ditetapkan dari segi pencapaian akademik dan non-akademik. Pelajar-

pelajar dalam konteks ini dikehendaki berusaha bagi mencapai matlamat dan objektif

yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sekolah dan pelajar-pelajarnya mesti

memainkan fungsinya dengan sebaik mungkin supaya proses pendidikan, penerapan

nilai-nilai dan sosialisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Pengurus Hal Ehwal

Murid sebagai satu unit perlu memainkan fungsinya supaya sekolah berjalan dengan

lancar. Pelajar sebagai individu mempunyai objektf yang tertentu di dalam proses

Page 18: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

3

pembelajaran di sekolah. Cita-cita dan harapan setiap pelajar perlu dipenuhi oleh

pihak sekolah sama ada bagi tujuan akademik mahupun kerjaya pada masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan Hal Ehwal Murid meliputi pengendalian sumber sama ada

manusia atau kewangan untuk mencapai matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan

Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan

jasmani. Dalam waktu yang sama juga ianya dapat memberikan rasa kepuasan,

semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kalangan guru-guru yang

terlibat mengurus para pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah

diri. Segala tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan mengikut pekeliling

Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh itu pengurusan hal

ehwal murid memerlukan perancangan dan pengelolaan yang kemaskini serta

mengikut perkembangan teknologi maklumat melalui penggunaan komputer bagi

memproses maklumat dan data murid (Kamarudin, 1995).

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dikurniakan dengan pelbagai

tanggungjawab. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tidak hanya

mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak sifat

kepimpinan berkualiti bagi seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di

sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang

mampu memacu kecemerlangan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang

mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan

hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin. Ibarat kepala memimpin

badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan

ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi. Itulah jugalah

corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman

(Kamarudin, 1995).

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu pengetahuan yang luas.

Pengetahuan tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran

pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa. Pengetahuan ikhtisas

Page 19: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

4

pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan

dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diurus dengan

sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi

pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan

komunikasi amat diperlukan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di

sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli

komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid harus mempunyai ketinggian peribadi.

Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari

santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi

dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya

bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat guru-guru lain.

Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri

tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa

memilih bulu dan penuh hikmah.

Bagi menjadikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkredibiliti

tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang efektif. Kemahiran

membimbing ini penting bagi tujuan membantu guru-guru mencapai sasaran kerja

yang ditetapkan terutamanya dalam pengurusan hal ehwal murid. Guru penolong

Kanan Hal Ehwal Murid mampu untuk membimbing guru-guru bagi menjamin

kelangsungan budaya kerja berkualiti.

Pengurus Hal Ehwal Murid adalah pentadbir kanan di sekolah dan

hendaklah matang dan profesional untuk dilantik ke jawatan tersebut. Ramai yang

memiliki ijazah atau diploma dan berpengalaman memegang jawatan di sekolah

sebelum menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Walau bagaimanapun

terdapat beberapa halangan dan kekangan yang wujud dalam menguruskan bidang

Hal Ehwal Murid yang perlu diatasi secara bijaksana menerusi pelbagai kaedah

pengurusan. Pelantikan jawatan Guru Penolong Kanan termasuk pelantikan Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Malaysia, biasanya diberikan kepada guru

kanan yang berada pada penghujung perkhidmatan tanpa menilai sama ada mereka

mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau sebaliknya.

Page 20: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

5

Berdasarkan Hussein (2001), menjelaskan bagaimana guru yang dilantik

berdasarkan kekanan dalam organisasi sekolah tidak dapat menjamin kecekapan

dalam pengurusan organisasi sekolah tersebut. Bagi Robiah Sidin (1998), Ishak Sin

(2007) dan Zaharah Mokhtar (2002) telah menyatakan bahawa terdapat pentadbir

pendidikan yang tidak mempunyai latihan formal atau didedahkan kepada latihan

formal perjawatan yang disandang sedangkan ia amat perlu dalam menentukan

kecekapan pengurusan.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa aspek latihan pengurusan juga turut

berperanan sebagai penyebab utama yang mempengaruhi keberkesanan

kepemimpinan di sekolah. Pengurus HEM mudah mengalami stres disebabkan

jangka masa bertugas yang panjang, sering menerima kritikan dan kurangnya

pemberian ganjaran (Kamariah 1995). Kebanyakan Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid sukar untuk bertukar jawatan dan memegang jawatan dalam jangka

masa yang agak panjang dan kurangnya jaminan keselamatan berkaitan jawatan

tersebut. Kesannya sesetengah pengurus HEM ini mengalami`burnout’, hilang

semangat, mengalami kesihatan yang buruk atau merasa seolah-olah mereka telah

gagal dalam menjalankan tugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

(Kamaruzzaman, 2007.).

Sekolah khususnya pengurusan HEM sentiasa dibebankan dengan

tanggungjawab baru apabila wujud pelbagai masalah sosial di luar dengan segala

peraturan, program dan tindakan yang perlu dilaksanakan antaranya pihak sekolah

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kempen, pendidikan penyalahgunaan

dadah apabila kadar pengambilan dadah bertambah, pegawai penguatkuasaan

kesihatan apabila timbul isu merokok, guru diberi kuasa tambahan polis apabila

berlaku masalah jenayah remaja yang membimbangkan, dan lain-lain lagi.

Dalam pengurusan dalam pentadbiran seorang guru penolong kanan Hal

Ehwal Murid perlu mengurus proses-proses yang berhubungkait dengan

penyelesaian masalah pelajar, membuat sesuatu keputusan yang rasional berhubung

dengan disiplin pelajar, mengurus perhubungan sesama manusia melalui program di

bawah unit bimbingan dan kaunseling seperti program pembimbing rakan sebaya,

Page 21: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

6

kursus motivasi dan kemahiran belajar serta mewujudkan komunikasi yang efektif

dalam kalangan guru dan para pelajarnya (Hailan dan Ahmad, 2010).

Bidang tugas dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

terlalu luas untuk dilaksanakan. Pengurusan Hal Ehwal Murid merangkumi bidang-

bidang seperti, disiplin, bimbingan dan kaunseling, pentadbiran, kesihatan, buku

teks, biasiswa, Rancangan Awalan Makanan Permakanan, program susu,

perlindungan murid, keselamatan dan koperasi sekolah.

Setiap bidang tugas ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan

kumpulan sasaran masing-masing. Berdasarkan senarai tugas yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran, pelbagai program dan aktiviti yang mesti dilaksanakan oleh

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mencapai kecemerlangan murid

(Hailan dan Ahmad, 2010 ).

Di antara model-model program yang diarahkan ialah penyebaran

maklumat, menjalankan penyelidikan misalnya mengenai disiplin pelajar,

mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar, bimbingan kerjaya dan

kaunseling, bimbingan kerohanian dan psikososial (perkembangan diri), latihan

kepemimpinan kepada pengurus dan pemimpin kelab atau persatuan, latihan

kejurulatihan dalam kalangan pelajar, program kesedaran keselamatan, program

keceriaan sekolah, program briged komuniti, program mencegah penyalahgunaan

dadah dan AIDS serta program pemulihan.

Beban tugas dan tanggungjawab seorang guru semakin rumit, kompleks dan

mencabar (Wan Ahmad Nasir, 1985). Perubahan-perubahan dalam sistem

pendidikan telah dilaksanakan sejak awal tahun 60-an. Setelah pengumuman

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelajaran pada tahun 1979 yang

menentukan beberapa garis panduan dan tindakan yang lebih teratur yang

merangkumi pelbagai aspek dan bidang dalam spektrum sistem pendidikan negara

( Hussein, 1992).

Page 22: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

7

Perubahan pesat dalam arus reformasi pendidikan yang melanda alam

pendidikan masa kini tentunya menjadi cabaran utama kepada pentadbir sekolah.

Dalam era tahun 90-an, perubahan psikososial atau tingkah laku pelajar yang lebih

agresif, tegas dan devians telah menimbulkan beban tugas yang bertambah pada

Guru Penolong Kanan HEM apabila perlu mengajar dan juga menguruskan

kebajikan pelajar (Wan Ahmad Nasir, 1985)

Pengetua pada dasarnya ialah pemimpin utama dalam kurikulum, hal ehwal

murid dan ko-kurikulum. Sekiranya kepimpinan pengetua tidak berkesan sudah

pasti akan memberi implikasi terhadap pengurusan dalam sektor-sektor yang ada di

sekolah termasuk HEM. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak diberi

banyak peluang untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka sedangkan

cabaran pendidikan yang terpaksa dihadapi semakin kompleks dan tuntutan

terhadap kualiti semakin mendesak. Satu perkara yang perlu difikirkan ialah

kebanyakan pengurus HEM bukanlah dilatih secara formal dalam bidang berkenaan

sebaliknya dilantik berdasarkan kekananan dan prestasi kerja yang tinggi.

Akibatnya mereka terpaksa mempelajari kemahiran-kemahiran baru sendiri melalui

pekeliling, buku dan pengalaman diri sendiri dan penjawat lain. Justeru itu program

perkembangan profesional mereka haruslah diarah kepada mempertingkatkan

kemahiran untuk keberkesanan tugas HEM. Oleh itu latihan komprehensif

berkaitan pengurusan HEM perlu didedahkan kepada personel yang akan dilantik

ke jawatan berkenaan supaya wujud keberkesanan yang berkualiti apabila

malaksanakan tangungjawab berkenaan di sekolah (Azman 1993). Dalam Laporan

Mengenai Kedudukan Disiplin Murid yang dirumuskan oleh Jawatankuasa

Penasihat Disiplin Sekolah, Kementerian Pendidikan (1987), di antara perkara yang

wajar dan perlu diberi perhatian ialah masalah disiplin dalam kalangan murid

memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak terbatas kepada tanggungjawab

sekolah atau ibubapa semata-mata. Realitinya tanggungjawab untuk mengawas dan

mengawal disiplin murid hanya dibebankan kepada guru penolong kanan HEM dan

guru disiplin semata-mata. Ramai guru lepas tangan dan tidak mengambil tahu

tentang tanggungjawab ini (Ahmad Jaffni, 1991).

Page 23: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

8

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam organisasi pendidikan khasnya di sekolah ada beberapa isu yang timbul

berdasarkan persekitaran, suasana dan budaya sesebuah sekolah. Salah satu isu

ialah kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang kurang berkesan,

tidak proaktif dan kreatif. Perkara ini timbul kerana beberapa sebab tertentu di

antaranya ialah cara pelantikan mereka ke jawatan tersebut seperti mana yang

diamalkan oleh Kementerian Pelajaran. Pelantikan seseorang sebagai Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid biasanya berdasarkan “senioriti” dan tidak

mengambil kira prestasi kerja mereka atau pengetahuan mereka dalam pengurusan

atau pengalaman mereka dalam pengurusan.

Kebanyakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang dilantik tidak diberi

kursus atau pendedahan sebelum dilantik memegang jawatan tersebut. Jika sebelum

ini mereka tiada pengalaman dalam pengurusan dan hanya sebagai guru biasa yang

terus dilantik berdasarkan senioriti tentulah mereka kurang mantap dan cekap

dalam menguruskan sesebuah sekolah.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seharusnya merancang, memimpin,

mengelola dan mengawal organisasi sekolah dengan cara mengadakan mesyuarat

bersama-sama dengan guru-guru dan staf. Misi, visi, matlamat dan objektif

pengurusan hal ehwal murid hendaklah diputuskan bersama dengan guru-guru,

barulah guru-guru dan staf mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Mereka

akan merasakan bahawa mereka menyumbang kepada organisasi (Mohd. Sani,

2008 ).

Page 24: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

9

1.4 Objektif Kajian

Objekif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti amalan kepimpinan Guru Hal Ehwal Murid di

sekolah.

2. Mengenalpasti amalan pengurusan disiplin yang dilaksanakan oleh

Guru Hal Ehwal murid berkesan.

3. Mengenalpasti sama ada latihan yang diberikan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

mencukupi dalam meningkatkan pengurusan pelajar.

4. Mengenalpasti tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk mendapatkan jawapan bagi

persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan dibawah sebagai memenuhi

objektif kajian yang dijalankan iaitu:

1.Apakah amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang

diamalkan di sekolah.

2.Apakah tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid.

3.Adakah latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam

meningkatkan pengurusan pelajar.

4.Apakah tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid.

Page 25: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

10

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan persepsi tentang tanggungjawab Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid. Bagi pentadbir, penolong kanan dan pendidik sangat

wajar mengikuti perkembangan ikhtisas serta keadaan pengetua dan guru penolong

kanan khususnya dan guru-guru umumnya di sekolah kerana golongan pendidik ini

ialah aset kepada organisasi pendidikan. Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid yang gembira menjalankan tugasnya sebagai pengurus pendidikan di

samping mengajar dan berdedikasi akan memberi faedah kepada semua pelajar di

bawah pentadbirannya dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara (Nor Azizah

Salleh, 1991).

Kajian ini boleh memberikan gambaran keadaan Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid di sekolah dan boleh digunakan dalam perancangan program

pendidikan untuk membuat penilaian, perancangan, melaksanakan dan

menyediakan kursus serta latihan dalam bidang pengurusan Hal Ehwal Murid

seperti kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel dan latihan dalam motivasi,

pengurusan disiplin pelajar, pentadbiran unit ko-kurikulum dan sebagainya yang

berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid.

Pihak Jabatan Pelajaran dapat memperbaiki langkah yang lebih praktikal

suasana kerja guru penolong kanan Hal Ehwal Murid seperti bilik guru penolong

kanan yang lebih selesa memandangkan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

terdapat banyak bahagian tugas yang berat seperti unit disiplin, pendaftaran murid,

unit bimbingan kaunseling, unit buku teks dan sebagainya. Pihak Jabatan dan

Kementerian Pendidikan hendaklah merangka program khas untuk memberi

bimbingan dan tunjuk ajar kepada Guru Penolong Kanan HEM mengatasi masalah

disiplin pelajar, mewujudkan hubungan yang lebih mesra di antara pegawai jabatan

dan kementerian agar guru penolong kanan HEM merasakan kepuasan kerja

walaupun beban tugas yang di amanahkan begitu berat. Masalah pengurusan unit

hal ehwal murid di sekolah sememangnya berat dan mencabar, oleh itu kerjasama

Page 26: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

11

dan bantuan perlu diberikan kepada Guru Penolong Kanan HEM untuk

menjalankan tugas mereka.

Segala maklumat dan pengetahuan mengenai tanggungjawab Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah penting. Peranan unit hal ehwal murid

untuk mewujudkan suasana sekolah yang bersih dari sebarang gejala-gejala sosial

yang boleh mencemarkan sahsiah para pelajar. Adalah menjadi harapan kepada

setiap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk melaksanakan setiap tugas

dan tanggungjawab yang di amanahkan kepadanya dapat meningkatkan disiplin

pelajar di sekolah.

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat memperlihatkan faktor-faktor yang

dapat membantu tugas atau kerja penolong kanan Hal EhwalMurid. Kajian ini cuba

untuk melihat sama ada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mendapat

kerjasama daripada semua peringkat di sekolah sama ada pentadbir atau guru-guru

lain.

Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di

sekolah dalam mana sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik, ia akan

merencatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Oleh

kerana adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan para pelajar dan

masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin

sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan

fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Setiap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid mestilah menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi

guru-guru dan para pelajar di sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk

membentuk individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara bukanlah suatu

tanggungjawab yang ringan. Di peringkat sekolah ia memerlukan suatu

perancangan yang lebih berstruktur atau tersusun dan strategik dalam unit Hal

Ehwal Murid. Peranan Penolong Kanan atau Guru Kanan Hal Ehwal Murid di

sekolah ialah membantu pihak pentadbir sekolah dalam memainkan peranan

sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara penyelaras, pegawai

Page 27: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

12

penawar dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya para

pelajar. Segala maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat memberi

maklumbalas kepada pengetua, unit hal ehwal murid di Jabatan Pelajaran Negeri

dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan lagi usaha untuk

memperbaiki pengurusan unit ini selaras dengan matlamat Wawasan Pendidikan

untuk meletakkan mutu pendidikan negara di tahap yang lebih tinggi di samping

menghadapi cabaran-cabaran masa kini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.

Kajian kuantitatif dijalankan terhadap dua orang guru kaunseling dan dua orang

guru disiplin bagi lima puluh buah sekolah di daerah Pontian. Melalui kaedah

kualitatif, data temu bual dan pemerhatian adalah terhad kepada pandangan dan

pendapat dan tingkah laku kepemimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

yang dilihat, diperhatikan serta melalui penceritaan oleh subjek kajian. Batasan lain

dalam kajian ini ialah:

i. Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah kebangsaan

daerah Pontian sahaja.

ii. Pemilihan kaedah pengumpulan data mengakibatkan penyelidikan

ini bergantung sepenuhnya dengan jawapan yang diberikan oleh

responden melalui borang soal selidik sahaja.

iii. Kajian ini hanya melihat amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid dan pengurusan disiplin daripada persepsi guru

sendiri sahaja.

iv. Kesibukan para guru dalam menyelesaikan tugasan-tugasan dan

komitmen-komitmen lain di sekolah selain tumpuannya terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka

Page 28: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

13

berkecenderungan untuk menjawab borang soal selidik yang

dikemukakan secara terburu-buru.

v. Perasaan guru dan keadaan persekitaran kerja mungkin

mempengaruhijawapan yang diberikan oleh guru-guru sewaktu

memilih jawapan pada borang soal selidik.

vi. Memandangkan responden kajian ini hanya melibatkan guru-guru di

daerah Pontian sahaja maka ia hanya menggambarkan keadaan yang

berlaku di daerah Pontian.

vii. Taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina tidak

dijadikan pembolehubah dalam kajian ini.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Kepimpinan

Definisi asas kepimpinan mengikut tafsiran Yukl (2006) merujuk kepada

sekumpulan manusia yang berinteraksi, berhubung dan mempengaruhi satu sama

lain dalam menuju objektif yang sama. Kepimpinan juga didefinisikan sebagai

proses mempengaruhi orang lain untuk mengubah tingkah laku (Hughes et al.

2002). Harris et al. (2003) mentakrifkan kepimpinan sebagai tingkah laku yang

dikongsi secara kolektif dan penglibatan semua ahli dalam sebuah organisasi.

Mengikut Gardner (2000), kepimpinan dirujuk sebagai satu proses pujukan iaitu

mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif secara kolektif antara pemimpin

dengan pengikut.

Kepimpinan menurut takrifan Bass (1990) serta Tichy dan Devanna (1986)

adalah proses mentransformasi pengikut, mencipta matlamat yang dicapai,

menentukan langkah-langkah; serta tindakan dalam mencapai matlamat yang telah

ditentukan. Definisi kepimpinan mengikut Kouzes dan Posner (2003) pula merujuk

kepada proses interaksi antara pemimpin dengan pengikut dalam sebuah organisasi

untuk mencapai objektif.

Page 29: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

14

1.8.2 Pengurusan

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi

melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara

bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’

iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’

(tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi

perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad

ke 17 dan 18.

Mary Parker Follet (1868 -1933) mendefinisikan bahawa pengurusan

sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Free-Content Encyclopedia

Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya

sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap

dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan

untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

Stoner & Wienkel pula mendefinisikan pengurusan sebagai proses

merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota

organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai

matlamat organisasi yang ditetapkan.

Wan Azmi Ramli, merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan

pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung

dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan

tugas-tugas kakitangannya itu.

Page 30: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

15

1.8.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan guru

kanan yang bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. la bertanggugnjawab menjalankan

tugas untuk mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan

penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar (Bahagian Sekolah-

Sekolah, 1990). Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, yang merupakan orang penting

selepas Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran yang dijangkakan dapat

membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid mencapai kejayaan

cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang

disandang. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada

matlamat dan objektif sesebuah sekolah tu diwujudkan, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat, kondusif,

ceria, bersih, cantik, kemas, seronok, selamat serta menjadi kebanggaan guru dan

murid. Unsur -unsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu

amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri

insan yang amat tinggi nilainya(Mohd Asri 1997).

1.8.4 Disiplin

“.... Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-

undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri

dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan

mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang

lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain, dan mempunyai

semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada dan

menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

(Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979)

Page 31: Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.TT - fp.utm.my Akbal Bin... · 2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah 29 2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah

16

“... Struktur dan skima yang diwujudkan untuk menggerak kelicinan

kerja/aktiviti sama ada untuk memperoleh pengetahuan oleh pelajar, kemahiran

dalam bidang tertentu atau pembinaan hubungan antara individu (Turner, 1970)

1.8.5 Pelajar

Pelajar-pelajar sekolah terdiri daripada mereka yang berumur antara 7

hingga 18 tahun. Pelajar-pelajar sekolah rendah ialah mereka yang berumur antara

7 hingga 12 tahun manakala pelajar sekolah menengah pula berumur antara 13

hingga 18 tahun.(Azman 1999)

1.9 Kesimpulan

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu

pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal

Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh

mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan

dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap

kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih

daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir

sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk

mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana

murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara

bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk

membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek

sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu

perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan

yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu

memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan

akademik.