modul pengecualian kursus daripada pencapaian pembelajaran...

5
Modul Pengecualian Kursus daripada Pencapaian Pembelajaran Teradun (BL) Centre for Academic Development UNTUK PENTADBIR FAKULTI 2017 Powered by

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Modul PengecualianKursus daripadaPencapaianPembelajaran Teradun(BL)

C e n t r e f o r A c a d e m i c D e v e l o p m e n t

UNTUK PENTADBIR FAKULTI

2 0 1 7

Powered by

1.0 PENGENALAN

1.1 Pembelajaran Teradun (BL)

Pembelajaran Teradun atau Blended Learning (BL) merujuk kepada kursus yang

mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran

bersemuka onsite dengan 30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara

online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka.

1.2 Laporan Pencapaian Pembelajaran Teradun (BL)

Pencapaian BL ini merujuk kepada sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

Tinggi (KPT), Malaysia yang menyasarkan sekurang-kurangnya 30% daripada kursus aktif

pada tahun 2015 di Universiti Awam mencapai status BL. Untuk memperoleh status BL

tercapai, setiap kursus perlu memenuhi kriteria berikut:

M o d u l P e n g e c u a l i a n K u r s u s d a r i p a d aP e n c a p a i a n P e m b e l a j a r a n Te r a d u n ( B L )

KATEGORI MIN. ITEM DIPERLUKAN

Maklumat Kursus 1

Kandungan/Sumber kursus 7

Aktiviti Kursus 3

Penaksiran kursus 2

Powered by

2.0 CAPAIAN KE PORTAL LAPORAN PEMBELAJARAN TERADUN

Sistem Laporan Pembelajaran Teradun (BL) boleh dicapai melalui URL berikut:

http://learninghub.upm.edu.my/ta/sso/login.php

Halaman berikut akan dipaparkan setelah berjaya login:

Untuk login, masukkan username dan

password Putra (UPMID).

3.0 PENGECUALIAN KURSUS DARIPADA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

TERADUN

3.1 Kategori Laporan

Klik pada Setting BL>BL Exempted

Courses dan halaman berikut akan

dipaparkan.

3.2 Pengecualian Kursus Daripada Pencapaian Pembelajaran Teradun

Berikut adalah paparan apabila BL Exempted Courses diklik.

Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan untuk menambah senarai kursus yang

perlu dikecualikan daripada pengiraan BL.

i. Pilih Kategori Akademik; In-Campus, Medic atau Diploma

ii. Pilih Nama Fakulti

iii. Pilih Nama Kursus

iv. Maklumat tambahan adalah WAJIB diisi

v. Tekan Butang + untuk menambah kursus di dalam senarai kursus yang perlu

dikecualikan

Perhatian: Pengecualian kursus daripada pencapaian pembelajaran teradun HANYA

BOLEH DIBERIKAN kepada kursus berikut:

a. Kursus di dalam program asasi

b. Kursus di dalam program pra-diploma

c. Kursus di dalam program eksekutif

d. Kursus di dalam program jarak jauh

e. Projek Tahun Akhir

f. Latihan Industri/Klinikal

g. Seminar

h. Projek Ilmiah

i. Topik Terkini

j. Topik Khas

k. Kem Hutan

l. Latihan Profesional

m. Kursus di bawah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar

n. Kursus di bawah Sekolah Pengajian Siswazah

o. Kursus di bawah Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa

4.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

Sebagai perhatian, bermula semester 2, 2016 Laporan Pencapaian BL ini akan dijana

SETIAP HARI. Sehubungan itu, pentadbir fakulti dimohon agar menyemak dari masa

ke semasa senarai kursus di dalam Laporan Pencapaian BL ini supaya sentiasa dikemas

kini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi helpdesk PutraBLAST di talian 03-8946 6049

atau e-mel ke [email protected].