modul pembelajaran director

Upload: suriman-bin-ibrahim

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    1/52

    i

    pusat perkembangan kurikulumkementerian pendidikan malaysia

    2003

    pusat perkembangan kurikulumkementerian pendidikan malaysia

    2002

    m o d u l p e m b e l a j a r a n

    p r o d u k s i m u l t i m e d i a

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    2/52

    Cetakan Pertama 2003Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesiaran Duta off Jalan Duta, 50604Kuala Lumpur..

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Penkatalogan Dalam Penerbitan

    Malaysia. Pusat Perkembangan KurikulumModul Pembelajaran Produksi Multimedia

    Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

    1. Modul Macromedia Director 2. Aplikasi Perisian Multimedia dan Grafik 3. Judul

    ii

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    3/52

    PENDAHULUAN

    iii

    Setiap murid berupaya untuk menguasai perkarayang dipelajari dan tahap penguasaan ini adalahbergantung kepada pendekatan pengajaran danpembelajaran yang digunakan. Pengajaran danpembelajaran bermodul merupakan satu pendekatanyang memberi peluang kepada murid untuk majumengikut kebolehan dan kadar pembelajaranmereka sendiri. Dengan ini, murid-murid akan dapatmempertingkatkan penguasaan pembelajaran ketahap yang maksima.

    Modul ini mengandungi penerangan dan tata caramelaksanakan sesuatu arahan dalam perisianMacromedia Director. Adalah diharapkan ia dapatmembimbing dan membantu guru dan murid untukmenguasai pengetahuan dan kemahiran aplikasiMacromedia Director.

    Penting:Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran ProduksiMultimedia, guru-guru adalah diingatkan supayamerujuk kepada kod-kod konstruk yang ditetapkanoleh Lembaga Peperiksaan bagi mengetahui

    kemahiran-kemahiran yang dinilai.

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    4/52

    iv

    KANDUNGAN

    mukasuratBAHAGIAN 1 UNIT 1PENGENALAN1

    BAHAGIAN 2 UNIT 1MEMBINA TEKS

    14

    BAHAGIAN 2 UNIT 2

    MENGIMPOT IMEJ GRAFIK BITMAP ATAU VEKTOR18

    BAHAGIAN 2 UNIT 3MEMASUKAN ELEMEN VIDEO

    24

    BAHAGIAN 2 UNIT 4MEMASUKAN ELEMEN AUDIO

    26

    BAHAGIAN 2 UNIT 5MENGHASILKAN ANIMASI TEKS DAN GRAFIK

    29

    BAHAGIAN 3 UNIT 1

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    5/52

    Objektif Memahami kegunaan Director di dalam produksi multimedia.

    Mengetahui bagaimana memulakan alat pengarangan Director.

    Mengenali antara muka Director dan menyenaraikan fungsi tetingkap.

    Stage

    Cast

    Score

    Text

    Paint Mengubah setting stage

    Alat pengarangan Director digunakan secara meluas dalam pembangunan produksi

    atau persembahan multimedia. Director mempunyai keistimewaan tersendiri dalam

    penghasilan produksi multimedia interaktif yang kompleks.

    Directorberkeupayaan menghasilkan multimedia untuk World Wide Web, kiosk

    maklumat dan TV interaktif. Kebanyakan produksi multimedia yang dihasilkan

    digunakan dalam bidang pendidikan. Pembelajaran kendiri berasaskan multimedia

    yang dihasilkan menggunakan Director telah memudahkan lagi penguasaan pelajardi dalam suatu disiplin ilmu.

    Dengan menggunakan Lingo, Directorboleh menghasilkan produksi multimedia yang

    berinteraktif. Director menggunakan time frame berasaskan metafora movie. Fitur

    ini sangat sesuai untuk penghasilan produksi multimedia beranimasi.

    Modul ini menggunakan alat pengarangan Director 8.5. Ia boleh dimulakan seperti

    berikut:

    1. Mulakan komputer hingga desktop windows dipaparkan.2. Klik pada start.3. Klik pada programs4. Klik pada Macromedia Director 8.55. Klik pada Director 8.5

    Ringkasan langkah-langkah memulakan Director 8.5 adalah seperti berikut:

    Start > Programs > Macromedia Director 8.5 > Director 8.5

    BAHAGIAN 1 UNIT 1 : PENGENALAN

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    6/52

    Antaramuka Director 8.5

    menu bar tool bar

    stage score cast

    1

    3

    4

    5

    toolbox

    2

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    7/52

    Menu bar bar yang mengandungi senarai arahan

    Tool bar bar yang mengandungi ikon arahan

    Toolbox kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan untuk menciptaelemen baru.

    Stage ruang untuk memaparkan elemen-elemen multimedia seperti grafik,

    video dan animasi. Score Organisasi, tempoh masa dan kawalan kandungan movie dalam

    sesuatu media dalam barisan yang dipanggil saluran (channels).

    Cast memaparkah ahli-ahli cast dalam sesuatu movie seperti bunyi, grafik,teks dan movie lain

    1. Apabila sesuatu elemen, contohnya elemen grafik, dimasukkan ke dalamstage, maklumat tentang elemen itu dipaparkan juga dalam score dan castseperti berikut:

    2. Berikut adalah paparan pada stage, cast window dan score apabila sesuatuelemen grafik dimasukkan:

    Score

    Cast

    Cast

    Score

    Stage

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    8/52

    3. Apabila elemen kedua dimasukkan, contohnya elemen teks, score akanmemaparkan maklumat tentang elemen itu pada baris kedua seperti berikut:

    Tetingkap Score

    Tetingkap score terdiri daripada saluran (channel) dan bingkai (frame). Saluran

    ialah bahagian yang memaparkan elemen multimedia, Lingo, masa (tempo) dan

    kesan peralihan (transition).

    Cast

    Score

    Stage

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    9/52

    Transition channel - memaparkan trasition pada bingkai tersebut.

    Script channel memasukkan Script Lingo pada bingkai tersebut.

    Sprite channel memaparkan elemen teks, grafik, animasi dan video padabingkai yang dipilih.

    Sound channel memasukkan elemen audio atau kesan bunyi.

    Tempo channel mengawal masa pergerakan movie.

    Mengubah Setting Stage.

    Stage memaparkan elemen-elemen grafik, animasi, dan video. Pengguna dapat

    melihat persembahan produksi multimedia pada ruang ini seperti berikut:

    Sprite Channel

    Script Channel

    Transition Channel

    Sound Channel

    Playback head

    Tempo Channel

    Sprite

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    10/52

    Stage

    Untuk membuat setting mengikut kesesuaian produksi yang hendak dihasilkan,anda boleh lakukan langkah-langkah berikut.

    1. Pilih Modify > Movie > Properties seperti berikut:

    2. Satu tetingkap seperti berikut akan muncul:

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    11/52

    3. Biasanya Director akan dipaparkan dengan saiz stage 320 X 240 denganberlatarkan warna putih.

    4. Untuk menukarkan saiz stage kepada 800 X 600 piksel, lakukan langkah-

    langkah berikut:a. Klik pada anak panah seperti dalam rajah di bawah:

    Saiz stage

    Warna latarstage

    klik di sini

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    12/52

    5. Seterusnya pilih saiz stage 800 X 600 seperti berikut:

    6. Untuk menukarkan warna latar pada stage, lakukan langkah-langkah sepertiberikut:

    a. Klik dan jangan lepaskan tetikus pada kotak di bawah

    800 X 600

    Klik di sini

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    13/52

    b. Satu palet warna akan muncul. Seterusnya pilih warna latar mengikutkesesuaian produksi multimedia.

    Tetingkap Cast

    1. Tetingkap cast adalah ruang untuk meletakkan elemen-elemen seperti:

    teks

    grafik

    audio

    video

    animasi

    2. Selain itu elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan ke dalam cast seperti:a) skrip lingo danb) movie

    3. Kita boleh masukkan elemen-elemen asas ke dalam Director dengan caraberikut:

    Klik butang kanantetikus

    Tetingkap Cast

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    14/52

    a) Tunjuk pada kotak yang kosong atau yang pertama dan klikbutang kanan tetikus.

    b) Satu tetingkap baru akan muncul.

    c) Seterusnya pilih arahan Import untuk memasukkan elemen yangdikehendaki.

    d) Untuk memilih fail yang hendak dimasukkan ke dalam cast,lakukan langkah-langkah berikut selepas satu tetingkap seperti di

    bawah muncul.a. klik pada nama fail yang hendak diimportb. klik butang Add.

    a. Klik fail grafik

    b. Klik butangAdd

    c. Klik butangImport

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    15/52

    4. Cast akan memaparkan elemen yang dimasukkan seperti berikut:

    5. Cara yang sama boleh digunakan untuk mengimport fail-fail audio, video, dananimasi.

    ToolboxToolbox adalah kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan untuk menciptaelemen-elemen bitmap seperti teks, kotak, dan garisan. Ia juga mengandungi ikon-ikon untuk melakukan arahan-arahan seperti menggerakkan elemen, menukarkanwarna dan corak elemen.

    Kotak Alatan

    Elemen grafik yang

    dimport akan kelihatanpada kotak pertama

    dalam cast

    anak panah

    teks

    kotak

    bujur

    bulatan

    butang button

    kotak tanda

    tangan

    pusing / skiu

    elip

    bujur berbingkai

    kotak berbingkai

    garisan

    kanta

    warna latar / depan

    corak

    ketebalan garisan

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    16/52

    Nama IkonTujuan

    Nama IkonTujuan

    anak panahmembuat pilihan pada objek pusing /

    skiumemutarkan objek

    tangan menggerakkan stage kanta membesarkan ruang kerja distage

    teksmemasukkan teks

    garisanmelukiskan garisan berbagaiarah

    kotakmelukis kotak yang berwarna kotak

    berbingkaimelukis kotak berbingkaisahaja

    bujurmelukiskan bentuk bujur yangberwarna

    bujurberbingkai

    melukis bujur berbingkaisahaja

    bulatanmelukis bulatan yangberwarna

    elipmelukis bentuk elip

    kotak tandamemasukkan elemen interaktif butang

    radiomemasukkan elemeninteraktif

    corakmemasukkan berbagai corakke dalam bentuk yang dilukis

    ketebalangarisan

    menukarkan ketebalangarisan yang dihasilkan

    Tetingkap Teks

    Teks boleh dimasukkan dengan dua cara, pertama, dengan memilih butangpada kotak alatan dan kedua, dengan memilih butang teks pada tool bar seperti dibawah:

    Jika pilih butang dari kotak alatan maka teks boleh ditaipkan terus pada stage

    dengan cara klik pada dan seret ke dalam stage. Jika pilih butang teks

    dari toolbar, satu tetingkap seperti berikut akan muncul:

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    17/52

    Seterusnya teks boleh ditaip pada ruang yang disediakan. Tetingkap teks jugamenyediakan kemudahan mengedit teks, menukar fon, saiz, warna, dan stail fon.

    Selepas selesai menaipkan teks, klik butang untuk keluar daritetingkap teks.

    Kini teks hanya kelihatan pada cast. Untuk memindahkan teks dari cast kestage, klik pada teks dalam cast dan seret ke dalam stage seperti berikut :

    Tetingkap Paint

    Tetingkap paint menyediakan kemudahan untuk melukis serta mengedit imejmengikut kesesuaian untuk produksi bahan multimedia. Sebarang imej yangdilukiskan menerusi tetingkap paint, ia akan dimasukkan ke dalam cast.Tetingkap paint boleh dibuka dengan klik pada butang berikut:

    Setelah butang tersebut diklik, anda akan dapati sebuah tetingkap baru sepertiberikut muncul :

    Eraser

    Paint bucket

    Filled Object

    Foreground & BackgroundColor

    Line

    Gradient Color

    Pattern

    Marquee& Lasso

    Text

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    18/52

    Fungsi tools pada tetingkap paint

    Eraser - Memadam objek yang dipaparan paint window

    Text - Memasukkan teks

    Paint bucket - Mewarnakan piksel dengan warna latar depan

    berdasarkan setting warna yang ditentukan.

    Filled Object - Melakarkan bentuk poligon berwarna

    Foreground & - Membentuk dan mengubah warna bagi sesuatu

    background color objek dan latar belakang objek.

    Line - Melakarkan garisan lurus (stroke)

    Gradient Color - Mengubah sesuatu warna objek menjadi gradient

    Marquee & Lasso - Membuat pilihan ber bentuk bebas dan segiempat.

    Lingo

    Lingo menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi atauberinteraksi dengan produksi multimedia apabila disiapkan kelak. PenggunaanLingo tidak memerlukan kepakaran yang tinggi seperti bahasa pengaturcaraan yangbiasa digunakan. Lingo digunakan apabila pembangun ingin memasukkan ciri-ciriinteraktiviti seperti memberi arahan tertentu dalam produksi multimedia. Set-setarahan yang dibuat menerusi Lingo dipanggil script.Berikut merupakan satu contoh Lingo yang telah dimasukkan untuk mengawal

    pergerakan persembahan apabila ia dimainkan.

    Biasanya Lingo digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

    mengawal navigasi persembahan

    interaksi daripada pengguna dengan menggunakan tetikus atau

    papan kekunci memain atau menghentikan audio, kesan bunyi dan video

    dan sebagainya

    Script Lingo

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    19/52

    ObjektifMembina, mengedit dan memformat teks dengan menggunakan text editor.

    Teks merupakan elemen yang paling asas serta luas penggunaannya didalam pembangunan sesebuah persembahan multimedia. Teks digunakan untuktujuan seperti tajuk persembahan, penerangan, penyampaian maklumat, melabeldan sebagainya.

    Buka program Macromedia Director 8.5

    Start > Programs > Macromedia Director 8.5 > Director 8.5

    Aktiviti 1

    1. Klik Tetingkap >Teks dari menu bar atau Ctrl + 6 seperti di bawah:

    BAHAGIAN 2 UNIT 1 : MEMBINA TEKS

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    20/52

    2. Untuk memasukkan teks,anda boleh juga gunakan ikon teks seperti di bawah

    3. Teks editor tetingkap akan muncul seperti rajah di bawah. Taipkan

    Macromedia Director ke dalamnya.

    Tetingkap penyunting teks

    Kemudian , klik pada butang new cast member untuk memasukkanteks yang berikut melalui teks editor

    Nota:Director merupakan salah satu alat pengaranganyang kini digunakan secara meluas untukpembangunan produksi atau persembahan multimedia

    4. Selepas selesai menaip, tutupkan teks tetingkaps dengan klik pada butang

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    21/52

    5. Seterusnya klik dan seretkan kedua-dua teks yang anda taipkan ke dalamstage.

    6. Untuk memformat teks tajuk, klik pada teks Macromedia Director. Dwiklik danseretkan (click and drag) kesemua teks tersebut supaya teks tersebut dipilih(highlight) .

    teks yang di highlight

    7. Pilih Tetingkaps >Inspectors > Text (Crtl + T) dari menu utama sepertiberikut:

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    22/52

    8. Satu tetingkap baru akan muncul seperti berikut:

    9. Pilih font jenis Arial dan tukarkan saiznya kepada 36. Klik butang bold.Tukarkan warna teks kepada warna biru. Seterusnya klik pada mana-manabahagian dalam stage untuk menghilangkan highlight.

    10. Seterusnya dwiklik teks penerangan dan ulangi langkah 7 dan 8 seperti diatas. Pilih jenis font Arial dan tukarkan saiznya kepada 24.

    11. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai teks. PilihFile > Save as dari menu utama.

    12. Setelah namakan fail tersebut, klik butang Save.

    Jenis Font

    Saiz Font Warna Font

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    23/52

    Objektif Memasukkan teks dan grafik ke dalam stage

    Menukar saiz grafik.

    Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagimembangunkan sesebuah persembahan multimedia. Grafik membawa maklumatatau informasi yang disampaikan kepada seseorang pengguna sama ada dalambentuk lukisan, lakaran, atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Grafik jugamemberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidakdapat atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik juga mampu menambah dayatarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik boleh diintegerasikanke dalam persembahan multimedia melalui pelbagai cara iaitu sebagai latarbelakang skrin, antaramuka pengguna, gambar foto, carta lukisan dan butang .

    Aktiviti 1

    Mulakan program Director 8.5 seperti berikut:Start > Programs > Macromedia Director 8.5 > Director 8.5

    1. Anda perlu memasukkan elemen grafik ke dalam Macromedia Director.2. Pada Bar Menu klik File > Import seperti berikut:

    3. Fail grafik boleh diperolehi dari student CD dalam folder grafik > modul 2> komputer.jpg.

    BAHAGIAN 2 UNIT2 : MENGIMPOT IMEJ GRAFIK BITMAP ATAU VEKTOR

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    24/52

    4. Seterusnya tetingkap berikut akan muncul :

    5. Klik butang OK

    6. Grafik bitmap yang diimport, kini disimpan dalam tetingkap cast sepertiberikut:

    1. Klik failkomputer

    2. Klik Add

    3. KlikImport

    Klik OK

    Grafik yangdiimport

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    25/52

    7. Anda perlu pindahkan grafik tersebut ke dalam stage dengan cara seret daricast dan letakkan ke dalam stage seperti berikut :

    8. Perhatikan bahawa score juga turut memuatkan maklumat tentang grafiktersebut dalam bentuk sprite seperti berikut :

    Aktiviti 2

    1. Untuk menukarkan saiz grafik, anda perlu menekan kekunci Shift pada papankekunci diikuti dengan klik dan seret grafik tersebut dari mana-mana penjuru sepertiberikut:

    Sprite grafik

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    26/52

    2. Kecilkan saiz grafik tersebut kepada 1/3 dari saiz asalnya.

    3. Anda juga boleh menukarkan saiz grafik tersebut dengan cara berikut:a. Klik pada grafik komputer diikuti dengan pilih menu

    Windows > Inspectors > Property seperti berikut :

    b. Pada tetingkap Property Inspector masukkan nilai berikut :

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    27/52

    c. Setelah memasukkan kedua-dua nilai, klik sekali pada grafik tersebut.

    d. Grafik tersebut akan kelihatan seperti berikut :

    4. Anda boleh mengubah kedudukan grafik mengikut kesesuaian apabilahendak memasukkan teks nanti.

    Aktiviti 3

    1. Sekarang anda perlu memasukkan teks berikut ke dalam stage :

    Komputer Multimedia

    Masukkan nilai 550

    Masukkan nilai 440

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    28/52

    2. Masukkan teks tersebut dengan mengklik pada butang Teks

    . Gunakan font Arial bersaiz 36.

    3. Setelah selesai menaip teks tersebut ke dalam Stage, teks tersebut perlukelihatan seperti berikut :

    4. Jika anda ingin menyunting teks, dwi klik pada teks dan tekan kekunci Ctrl +T atau pilih menu Windows > Inspectors > Text.

    5. Simpan kerja anda dengan menamakan fail sebagai teks.

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    29/52

    Objektif Mengimport dan memasukkan fail video ke dalam persembahan.

    Memasukkan unsur video di dalam persembahan multimedia merupakan salah satucara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara lebih efisyen. Videomampu membawa unsur keadaan sebenar dan juga menarik perhatian serta emosipengguna.

    Aktiviti 1

    1. Mulakan program Macromedia Director.2. Untuk mengimport fail video, pilih File > Import dari menu utama.3. Fail video terletak di dalam Students CD. Pilih fail yang bernama video dari

    students disk.

    1. Pilih failvideo

    2. Klik butangAdd

    3. Klik butangImport

    BAHAGIAN 2 UNIT3 : MEMASUKKAN ELEMEN VIDEO

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    30/52

    4. Satu lagi tetingkap akan muncul seperti berikut:

    5. Anda perlu memilih AVI kerana video yang diimport adalah terdiri dari formatAVI.

    6. Fail video yang diimport, kini berada di dalam tetingkap cast. Klik dan seretkanfail tersebut ke score seperti rajah berikut:

    7. Pastikan sprite yang memuatkan video tadi diletakkan bermula dari framepertama.

    8. Klik pada mana bahagian pada sprite video.

    9. Pilih Window > Inspectors > Property. Dalam tetingkap property tukarkan nilaiakhir sprite dari 28 ke 30 kemudian klik kembali pada sprite video.

    30

    1. Pilih AVI

    2. Klik OK

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    31/52

    10. Dwiklik frame ke 30 pada tempo channel seperti berikut:

    11. Tetingkap baru akan muncul. Lakukan arahan seperti berikut:

    12. Untuk mengikuti persembahan klik butang Rewind dan Play.

    13. Simpan fail tersebut dengan nama video.

    31

    masukkan nilai

    baru 30

    dwiklikframeke 30

    1. Klik padapilihan ini

    2. Pilih End

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    32/52

    Objektif Mengimport dan mengintegrasikan elemen audio ke dalam persembahan

    Semua maklumat tidak semestinya berbentuk visual semata-mata. Ada kalanya audiojuga boleh digunakan pada sesuatu keadaan. Audio atau bunyi merupakan elemenmultimedia yang paling berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Antara kaedahbagaimana audio boleh diintegrasikan ke dalam sesebuah persembahan multimediaialah sebagai kesan bunyi, suara latar, kesan bunyi khas dan muzik latar.

    Aktiviti 1

    1. Mulakan program Macromedia Director.2. Buka fail animasi yang anda cipta sebelum ini. Ikuti arahan seperti berikut:

    Pilih File > Open dari menu utama3. Pilih fail yang bernama animasi yang telah dicipta dalam modul 3.4. Kini anda akan mengimport fail audio dari student CD yang dibekalkan.5. Fail audio tersebut terdapat dalam student CD dari folder modul > sound.mp36. Cara untuk mengimport audio adalah seperti berikut:

    32

    1. Klik failsound

    2. Klik Add

    3. KlikImport

    BAHAGIAN 2 UNIT 4 : MEMASUKKAN ELEMEN AUDIO

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    33/52

    7. Fail yang diimport akan berada di dalam cast windows seperti berikut:

    8. Anda perlu masukkan fail audio tersebut ke sound channel pada score dengancara klik dan seret seperti berikut:

    9. Klik pada butang Rewind dan Play untuk mengikuti persembahan.

    10. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai audio. Pilih File > Save asdari menu utama.

    33

    Fail audio yangdimport terdapatdalam castwindows

    butang playbutang rewind

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    34/52

    Objektif

    Diakhir pembelajaran unit ini, murid akan dapat:

    Memasukkan unsur animasi pada teks yang dibina Memasukkan unsur animasi pada grafik

    Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Iamembolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik dapat bergerak dan kelihatanseolah-olah hidup. Animasi dalam persembahan multimedia menjanjikan persembahanyang dinamik dan menarik.

    Aktiviti 1Aktiviti 11. Mulakan program Macromedia Director. Buka fail grafik yang anda cipta sebelum

    ini. Ikuti arahan seperti berikut:

    2. Pilih File > Open dari menu utama.3. Pilih fail grafik yang telah dicipta dalam modul 2 seperti berikut:

    Klik pada fail tersebut dan seterusnya klik butang open.

    Aktiviti 2

    1. Untuk memasukkan unsur animasi, pastikan tetingkap score sudah dibuka.2. Perhatikan dua sprite akan kelihatan pada score seperti berikut.

    34

    BAHAGIAN 2 UNIT 5 : MENGHASILKAN ANIMASI PADA TEKS DAN GRAFIK

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    35/52

    3. Kini anda boleh menganimasikan teks tersebuta mengikut kesesuaian. Sebagaicontohnya teks tersebut akan kelihatan bergerak dar kiri ke tangah stage apabila iadimainkan.

    4. Untuk memasukkan unsur animasi pada teks pilih teks Multimedia dengan klikpada teks tersebut.

    5. Buka tetingkap properties. Pilih arahan Windows > Inspectors > Property darimenu utama. Pastikan ketiga-tiga tetingkap kelihatan seperti berikut.

    35

    spritegrafik

    spriteteks

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    36/52

    6. Selepas teks Multimedia dipilih, masukkan nilai-nilai baru X ke dalam propertyinspector.

    7. Klik pada frame pertama sprite teks seperti berikut:

    8. Masukkan nilai X yang pertama kepada -220 seperti berikut:

    9. Seterusnya klik pada frame yang terakhir pada sprite teks seperti berikut:

    10. Masukkan nilai X yang kedua iaiatu 47 seperti berikut:

    36

    framepertamasprite teks

    frameterakhir

    sprite teks

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    37/52

    11. Pada stage, kini kelihatan satu garisan panjang seperti berikut:

    12. Garisan panjang tersebut menunjukkan arah laluan animasi bagi teks tersebut.13. Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan Play seperti

    yang berikut:

    Aktiviti 3

    1. Untuk memasukkan unsur animasi pada grafik pilih imej tersebut dengan klik

    pada teks tersebut.2. Seterusnya klik frame pertama sprite grafik dan masukkan nilai X yang pertama

    iaitu 450 seperti berikut:

    3. Klik pada frame yang terakhir sprite grafik untuk memasukkan nilai X yang keduaiaiatu 160 seperti berikut:

    4. Klik kembali pada grafik untuk memulakan persembahan.5. Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan Play seperti

    yang berikut

    37

    garisananimasi

    butang play

    butang playbutang rewind

    butang rewind

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    38/52

    6. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai animasi dan simpan faildengan memilih File > Save dari menu utama.

    Projek mini yang akan merangkumi kemahiran-kemahiran seperti berikut :

    Membuat setting asas movieo saiz stageo warna latar stage

    Memastikan tetingkap-tetingkap dipaparkano tetingkap stage

    o tetingkap score

    o tetingkap cast

    o tetingkap property inspector

    Mengimport grafik-grafik yang disediakano mengubah jarak atau panjang sprite

    Mengimpot fail audioo mengubah setting tempo pada frame

    Mengimpot fail videoo mengubah setting tempo pada frame

    Pada akhir projek ini anda akan menghasilkan satu persembahan multimedia yanglinear di mana elemen-elemen teks, grafik, audio dan video diintegrasikan bersama.

    Aktiviti 1Mengimpot elemen-elemen grafik, audio dan video

    1. Mulakan program Macromedia Director 8.5

    2. Pastikan tetingkap stage, score, cast dan property berada seperti berikut :

    38

    BAHAGIAN 3 UNIT 1 : PERSEMBAHAN LINEAR

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    39/52

    3. Jika ada tetingkap yang tidak dipaparkan, anda boleh buka tetingkap tersebutdari lokasi yang berikut:

    Stage : Window > Stage atau Ctrl + 1 Score : Window > Score atau Ctrl + 4 Cast : Window > Cast atau Ctrl + 3 Property Inspector : Window > Inspector > Property

    atau Ctrl + Alt + S

    4. Anda perlu mengimport elemen-elemen berikut ke dalam cast: grafik : 8 fail audio : 1 fail video : 1 fail

    5. Untuk mengimport fail-fail tersebut pilih arahan yang berikut:File > Import

    6. Kesemua fail sumber terdapat di dalam folder Fail Sumber

    39

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    40/52

    7. Kita boleh memilih butang Add All kerana kesemua fail yang terdapat di dalam

    folder tersebut akan digunakan dalam projek ini.

    8. Satu lagi tetingkap akan menyusul untuk menentukan format bagi setiap fail yangdiimport. Pilih image 32 bits atau klik butang OK bagi fail-fail grafik. Biarkan pilihan-pilihan yang dibuat secara default.

    9. Untuk fail video, anda perlu memilih AVI seperti berikut sebelum klik butang OK.

    40

    Klik butangAdd All

    Klik butang

    Import

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    41/52

    Aktiviti 2

    Memasukkan elemen-elemen grafik, audio dan video ke dalam score

    1. Sebelum memasukkan grafik ke dalam score, anda perlu mengubah saizpaparan stage dari 100 % ke 50 %. Ini adalah untuk mendapatkan paparan keseluruhanstage dan akan memudahkan anda meletakkan setiap grafik pada posisi yang betul.

    2. Langkah ini boleh dilakukan seperti berikut.Tukarkan saiz paparan persembahan

    ke 800 x 600.

    3. Klik pada mana-mana bahagian di dalam stage.

    4. Kemudian, dalamproperty inspector, pilih saiz 800 x 600 seperti berikut.

    41

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    42/52

    5. Seretkan grafik selamat datang dari cast ke dalam score.

    6. Klik pada sprite grafik selamat datang.

    42

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    43/52

    7. Masukkan nilai 10 pada penghujung sprite seperti berikut.

    8. Klik kembali pada sprite tersebut.

    43

    Klik di sini

    Masukkan nilai 10 disini

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    44/52

    9. Anda akan dapati panjang sprite tersebut seperti berikut.

    10. Ulangi proses memasukkan grafik KL 1 dari cast ke dalam score.11. Klik sprite KL 1 dan masukkan nilai 20 padaproperty inspector.12. Kedudukan sprite akan kelihatan seperti berikut setelah memasukkan nilai baru

    bagi sprite kedua.

    13. Ulangi proses di atas untuk semua grafik dan masukkan nilai-nilai baru sepertiberikut.

    Grafik Nilai baru

    KL 2 30KL 3 40

    KL 4 50

    KL 5 60

    KL 6 70

    KL 7 80

    KL 8 90

    44

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    45/52

    Aktiviti 3

    Memasukkan teks ke dalam score

    1. Taipkan teks Malaysia seperti berikut ke dalam text editor.

    2. Highlightkan teks tersebut dan tekan kekunci Ctrl +T.

    3. Tetingkap text inspector seperti berikut akan muncul.

    4. Tukarkan saiz dan jenis font kepada 48 danArial Black.

    5. Buat jajaran tengah (Align center).

    6. Tutup tetingkap text editordan text inspector.

    7. Masukkan teks tersebut dari cast ke dalam score.

    8. Klik pada sprite teks dan masukkan nilai 90 ke dalamproperty inspector.

    45

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    46/52

    9. Klik kembali pada mana-mana bahagian pada sprite.

    10. Pastikan kedudukan teks seperti berikut.

    46

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    47/52

    Aktiviti 4

    Memasukkan Fail audio ke dalam score

    1. Masukkan audio ke dalam channel di dalam score seperti berikut.

    2. Klik pada sprite audio dan masukkan nilai baru ke dalamproperty inspectorsepertiberikut.

    3. Klik kembali pada sprite tersebut.

    4. Kini sprite telah menjadi lebih panjang. Ini adalah untuk menambahkan jangka masasesuatu elemen dimainkan semasa persembahan dibuat.

    Taipkan angka90di sini

    47

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    48/52

    Aktiviti 5

    Memasukkan fail video ke dalam score

    1. Masukkan video yang terdapat dalam cast ke score dan letakkan seperti berikut pada

    frame ke 75 seperti berikut.

    Klik pada sprite tersebut dan masukkan nilai baru melaluiproperty inspector.

    Klik kembali pada sprite tersebut.

    2. Kini sprite telah menjadi lebih panjang. Ini adalah untuk menambahkan jangka masasesuatu elemen dimainkan semasa persembahan dibuat.

    3. Mainkan persembahan dengan klik pada butang Rewinddanplay.

    Taipkan angka80di sini

    48

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    49/52

    Aktiviti 6

    Mengubah kelajuan tempo

    Anda perlu mengubah setting pada tempo iaitu kelajuan sewaktu persembahan dibuat.

    Untuk persembahan ini, kita akan mengubah kelajuan tempo pada setiap frame yang 10.1. Dwi klik frame ke 10 pada tempo channelseprti berikut.

    2. Tetingkap untuk mengubah setting tempo akan muncul seperti berikut.

    3. Anda perlu klik berkali-kali sehingga mendapatkan nilai 5 fps kemudian klik butang OK.4. Ulangi aktiviti 5 pada frame 20, 30, 40, 50, 60, dan 70.

    5. Untuk frame yang ke 80, dwiklik pada frame tersebut dan anda perlu lakukanperubahan seperti berikut.

    Dwi klik di sini

    Klik di sini

    49

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    50/52

    6. Seterusnya lakukan satu lagi perubahan seperti berikut.

    7. Klik butang OK.

    Untuk frame yang ke 90, dwiklik pada frame tersebut dan anda perlu lakukan perubahanseperti berikut.

    1. Klik di sini

    2. Pilih Kuala Lumpur

    3. Pilih End

    Klik di sini

    50

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    51/52

    1. Klik butang OK.

    2. Persembahan anda hampir siap. Anda boleh melihat keseluruhan persembahandengan klik pada butang Rewinddan Play.

    3. Simpan kerja anda dan namakan sebagai Projek.

    Pilih End

    51

  • 7/29/2019 Modul Pembelajaran Director

    52/52

    Ahli Panel Penulis Modul PembelajaranGrafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia

    Penaung: Pengarah PPKTimbalan Pengarah PPK

    Penasihat : Tuan Haji Mohd. Aspar bin Haji DasukiKetua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK

    Pengerusi : En. Abdul Wahab bin IbrahimKetua Unit, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK

    Ketua: En. Shamsul Bahri b. Baharudin (Produksi Multimedia)Penolong Pengarah KurikulumUnit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK

    En. Mazlan b. Haji Talib (Grafik Berkomputer)Penolong Pengarah KurikulumUnit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK

    Panel Penulis:

    En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan DarulamanEn. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan DarulamanEn. Shukri b. Mansor Institut Perguruan DarulamanEn. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan DarulamanEn. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan IpohEn. M. Nadarajan Maktab Perguruan IpohEn. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, KedahEn. Abdul Jasheer b. Abdullah SMK Mahang, KedahPn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor SetarPn. Norain bt. Sulaiman SMK Jitra, Kedah

    En. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. PetaniEn. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala BatasEn. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala BatasEn. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, KelantanCik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor BaharuPn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, IpohEn. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, KelantanEn. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River PerakEn. Arman b. Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, PerakPn. Siti Rosnah bt. Abu Bakar SMK Convent, Ipoh,Perak

    Urus Setia (PPK)

    En Abu Sulaiman bin IbrahimEn. Hassan b. WahidEn. Abd. Rahman b. IsmailCik Sarina bt. Ibrahim