modul lengkap k3 2015

65
1 SOALAN 1 : A Latar belakang nasionalisme di Tanah Melayu Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke -19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20 Gerakan pemimpin tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Dato Bahaman, Yam Tuan Antah, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Sementara di Sarawak dan Sabah ialah Rentap, Linggir, Syarif Masahor. Manakala di Sabah ialah Mat Salleh. SOALAN 1 : B Maksud Nasionalisme Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. SOALAN 1 : C Nyatakan tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke19. Tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British

Upload: mohdazuwan

Post on 09-Apr-2016

262 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

k3

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Lengkap k3 2015

1

SOALAN 1 : ALatar belakang nasionalisme di Tanah Melayu

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat

tempatan sejak abad ke -19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20 Gerakan pemimpin tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga

kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Dato

Bahaman, Yam Tuan Antah, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Sementara di Sarawak dan Sabah ialah Rentap, Linggir, Syarif Masahor. Manakala di

Sabah ialah Mat Salleh.

SOALAN 1 : BMaksud Nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

SOALAN 1 : CNyatakan tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke19.

Tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke-19 ialah Penghulu Dol Said di Naning, Linggir, Rentap dan Sharif Masahor di Sarawak, Mat Salleh di Sabah dan Dato’ Bahaman di Pahang.

Selain itu, penentangan turut berlaku di Pasir Puteh, Kelantan yang diketuai Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Dato Maharajalela di Perak dan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan.

Page 2: Modul Lengkap k3 2015

2

SOALAN 2 : A

Sebab-sebab Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap British

Dasar Penaklukan British Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar

penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.

Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturan.

Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning terpaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

Penentangan Dol Said terhadap kehendak British telah menyebabkan tercetusnya peperangan.

Eksploitasi Ekonomi Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi

tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British

dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan

perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan Sebab lain penentangan pemimpin tempatan terhadap British ialah pelaksanaan

pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah

untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan iaitu tanah

boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah

yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

Page 3: Modul Lengkap k3 2015

3

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan.

British telah memaksa penduduk tempatan nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

Tindakan J.W.W Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan

dan anak buah mereka apabila British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan

ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. Pelantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal

daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan

kehilangan kuasa. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan

dan mendorong mereka menentang British.

Kesulitan Penduduk Tempatan Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang

menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.

Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.

SOALAN 2 : B

Page 4: Modul Lengkap k3 2015

4

Faktor Pemangkin Nasionalisme Di Tanah Melayu Sehingga Perang Dunia Kedua

Pengenalan Sistem Politik Barat Pengenalan sistem politik Barat menjadi faktor utama pemangkin nasionalisme di

Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Pada 1874, sistem politik barat telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih

pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Pembesar tersebut diberi pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British Perubahan ini mencabar sistem tradisi mereka dan menjatuhkan maruah mereka.

Hal ini membangkitkan kebencian mereka terhadap British

Dasar British Faktor kedua ialah dasar British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk

melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu menyebabkan bilangan orang asing bertambah dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.

Kesannya kaum imigran menguasai ekonomi Tanah Melayu seperti perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan sementara Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

British juga membuka bandar baharu sedangkan orang Melayu kekal mundur di kampung dengan segala kekurangan.

Sementara itu, kemajuan ekonomi dan kewujudan prasarana seperti elektrik, telefon, sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf hidup di bandar.

Golongan intelek Melayu yang sedar akan jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dan imigran di Bandar menjadikannya sebagai pencetus gerakan nasionaslime Melayu.

Sistem Pendidikan Faktor seterusnya ialah perkembangan dalam sistem pendidikan telah melahirkan

golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka turut menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk

menyedarkan bangsa Melayu. Mereka juga telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak

penjajahan British.

Pendudukan Jepun Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia juga menjadi faktor

pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu. Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman

pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

Oleh itu, apabila British memperkenalkan Malayan Union 1946, orang Melayu menentang kerana tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun.

Penguasaan Parti Komunis Malaya

Page 5: Modul Lengkap k3 2015

5

Selain itu, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan.

PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam serta membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun terutamanya orang Melayu sehingga mencetuskan konflik perkauman.

Hal ini menyebabkan orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang melakukan serangan balas.

Kemunculan Mesin Cetak Di samping itu, kemunculan mesin cetak telah membantu penyebaran ilmu

pengetahuan dan idea menentang penjajah melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain.

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia Seterusnya gerakan pan-islamisme yang merupakan gerakan intelektual Islam seluruh

dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam turut menjadi faktornya.

Gerakan yang didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia ini dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan tersebar luas melalui buku beliau.

Beliau menegaskan kepentingan cara hidup Islam untuk kemajuan untuk dunia dan akhirat.

Kesedaran Politik Serantau Akhir sekali, kesedaran politik serantau terutamanya di Indonesia turut mendorong

kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran politik dan pendidikan di Indonesia telah melahirkan golongan penulis

yang karyanya menjadi bahan bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka telah menjadi bacaan masyarakat

di Tanah Melayu. Idea tentang kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan

mereka tersebar luas dalam kalangan masyarakat tempatan. Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan idea

nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

SOALAN 3

Page 6: Modul Lengkap k3 2015

6

- Peristiwa Perjuangan Tokoh / Pemimpin Tempatan- Kronologi Perjuangan Pemimpin Tempatan- Proses Perjuangan Pemimpin Tempatan

PEMIMPIN TANAH MELAYU

A. Penentangan Dol Said Di Naning Penentangan oleh penghulu Dol said di Naning adalah yang paling awal di Tanah

Melayu. Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British

meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah mereka dan Penghulu dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasil

sebagai ufti. Akibatnya British menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada 1831 namun Pasukan British telah ditentang oleh Penghulu Dol said. Beliau mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed

Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh menyebabkan

Dol Said telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie.

Pada tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning namun

Pada waktu ini Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa. Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

B. Penentangan Dato Maharaja Lela di Perak / Pasir Salak Antara sebab-sebab penentangan Dato Maharaja Lela ialah Residen memungkiri

fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874, para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka, menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan dan J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa

Melayu. Peristiwa penetangan bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan

Abdullah dan Sir Andrew Clarke pada 20 Januari 1874. Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian

Sebatang menentang undang-undang British . Seterusnya, Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh

J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja,

Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut pada 12 September 1875

Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak pada 31 Oktober 1875.

Page 7: Modul Lengkap k3 2015

7

Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak pada 2 November 1875.

Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat.

Akibatnya, Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama pada 13 November 1876 dan akhirnya ditangkap oleh British.

Perbicaraan diadakan di Matang, Perak, hakimnya ialah Raja Idris manakala penasihatnya ialah Frank Swettenham.

Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung.

Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor. Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British pada 20 November 1877

C. Perjuangan Yamtuan Antah di Seri Menanti Antara sebab penentangan di Negeri Sembilan ialah kemarahan pembesar tempatan

terhadap penguasaan British telah dilakukan Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal.

Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato’ Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan dengan British

pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul

Rahman yang mempelawa British untuk campurtangan dala pertikaian mereka. Kedua-dua pemimpin tempatan ini berebut kawasan sempadan untuk mengenakan

cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Seterusnya, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian

dengan British pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura

menyebabkan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi

tertakluk di bawah penguasaan British.

D. Perjuangan Dato Bahaman Di Pahang Perjuangan di Pahang bermula apabila tahun 1888, Dato’ Bahaman dan

pembesar-pembesar Pahang telah bangkit menentang Residen British pertama di

Page 8: Modul Lengkap k3 2015

8

Pahang, iaitu J.P. Rodgers kerana Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang

bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan

pasukan polis luar. Selain itu, undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai

Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan menyebabkan Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu

menentang British selama lima tahun. Siri penentangan Dato’ Bahaman ialah pada 1890, iaitu menentang pembinaan Balai

Polis Lubuk Terua. Pada tahun 1891, beliau telah menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Seterusnya pada tahun 1892 pula, beliau telah menyerang dan menawan semula

Lubuk Terua. Pada tahun 1894, beliau kemudiannya telah menyerang dan menguasai Kuala

Tembeling dan Jeram Ampai. Namun akibat tekanan British, pada tahun 1895, Dato’ Bahaman telah berundur ke

Kelantan. Akhirnya, Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya telah mendapat perlindungan

daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan, selepas itu, Dato’ Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan, Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan

perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000

baht dan kemudiannya meninggal dunia di sana.

E. Penentangan Tok Janggut Di Kelantan Antara sebab penentangan Tok Janggut terhadap penjajahan British di Pasir Puteh

ialah akibat daripada pengenalan Sistem Penasihat British pada tahun 1910. Selain itu, British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai

yang diperkenalkan menyebabkan Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai. Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh sebaliknya, pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka

gagal. Peristiwa penentangan bermula pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,

Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.

Hasilnya, sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Walau bagaimanpun, dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring dan

Page 9: Modul Lengkap k3 2015

9

Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

Akibatnya, Tok Janggut malah telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

F. Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong Antara sebab penentangan Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang

ulama ialah tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan Undang undang tanah yang diperkenalkan oleh British. Peristiwa penentangan bermula pada tahun 1922 apabila Haji Abdul Rahman

Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.

Pada tahun 1925 pula, kira kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III menyebabkan

British yang bimbang dengan situasi tersebut telah meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah untuk meyuraikan perhimpunan penduduk tersebut.

Walau bagaimanapun, kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928.

Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya. Kumpulan penduduk di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menungggu arahan untuk menyerang British.

Seterusnya, dengan menggunakan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah Sultan untuk menawan semula Kuala Berang serta

menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara tersebut amat berkesan kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada

Sultan. Sepasukan polis dengan anggota seramai 25 orang telah menyerang Kuala

Terengganu Akibatnya serangan British berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan

yang telah mengorbankan 11 orang. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa

dari Singapura. Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah.

PEMIMPIN SARAWAK

A. Perjuangan Rentap Di Sarawak Rentap ialah pemimpin kaum Iban.

Page 10: Modul Lengkap k3 2015

10

Nama sebenarnya ialah Libau yang berasal dari Hulu Skrang. Rentap menentang James Brooke pada tahun 1853. Antara sebab penentangan Rentap ialah penentanganya kerana bertindak

menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang, Orang Iban dianggap sebagai lanun dan mengahapus kekejaman Brooke terhadap orang Iban Peristiwa penentangan Rentap bermula apabila Beliau menyerang pasukan James

Brooke di Kubu Nanga Skrang dan menghalang kezaliman James Brooke. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke Tentera James Brooke

bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Hal ini menyebabkan Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. Rentap sekali lagi diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Akibatnya Rentap terpaksa berundur ke Ulu Entabai dan serangannya semakin lemah

B. Perjuangan Linggir di Sarawak Linggir adalah pemimpin kaum Iban di Saribas. Beliau menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849. Beliau telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar

menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

C. Perjuangan Syarif Masahor di Sarawak Syarif Masahor bersama Datu Patinggi Abdul Gapur adalah pemimpin Melayu yang

menentang James Brooke. Mereka menentang British kerana menolak penguasaan James Brooke di wilayah

mereka di Sungai Rajang yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan

Pada tahun 1858, James Brooke telah membina kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut dikuti beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur telah menyerang James Brooke di Kuching Walau bagaimanapun, tentangan mereka telah gagal Syarif Masahor melarikan diri ke

Brunei. Tetapi Sultan Brunei telah menyerahkan beliau kepada British di Singapura.

PEMIMPIN SABAH

A. Mat Salleh Antara sebab penentangan Mat Saleh ialah Mat Salleh ialah pemerintah daerah

Tambunan dan Sungai Sugut, Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

Page 11: Modul Lengkap k3 2015

11

Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh malah turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Selain itu, pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk

tempatan Peristiwa Penentangan bermula apabila Mat Salleh telah ke Sandakan untuk

berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan, sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Lantaran itu, Mat Salleh terpaksa melarikan diri namun pada tahun 1897, Mat Salleh

dan pengikutnya melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya Ekoran itu SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh, iaitu

menyerahkan Tambunan kepadanya Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi

menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Akibatnya, beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900

SOALAN 4 : A

Jelaskan KESAN PENENTANGAN pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20.

Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20

Kesan penentangan pemimpin tempatan.

Page 12: Modul Lengkap k3 2015

12

Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga abad ke-20 ialah Dol Said di Naning telah berjaya mengalahkan tentera British dalam serangan pertama.

Kejayaan ini disebabkan Dol Said mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan dan menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun mengakibatkan British menanggung kerugian.

British telah bertindak menyerang Dol Said kali kedua pada tahun 1932 dan Britishberjaya mengalahkan tentera Dol Said dan terpaksa menyerah diri

Kesan penentangan terhadap Dato Maharajalela di Pasir Salak, Perak dibuktikan apabila beliau berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes.

Hal ini demikian menyebabkan British terpaksa meminta bantuan tentera dari India dan Hong Kong untuk menyerang Pasir Salak

Akibat serangan tersebut Dato’Maharaja Lela, Seputum , Pandak Lam dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung.Manakala Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri.

Selain itu di Pahang, Dato Bahaman berjaya menawan Lubuk Terua serta menguasai KualaTembeling dan Jeram Ampai.

Akibatnya British menangkap anak buah Dato’ Bahaman dan bertindak menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.

Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan berpindah ke Bangkok.

Seterusnya Tok Janggut di Kelantan gagal ditangkap polis dan berjaya menyerang dan menduduki Pasir Putih. serta membentuk kerajaan.

Tok Janggut telah membentuk kerajaan dan dilantik menjadi Menteri Besar, Engku Besar Jeram sebagai Raja dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Tindakan Tok Janggut memaksa British membawa masuk tentera dari Negeri Selat dan menggunakan nama Sultan Kelantan untuk menyerang Tok Janggut.

Akibatnya perjuangan Tok Janggut lumpuh dan beliau terkorban.

Di Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong telah bertindak mengetuai penduduk kampong untuk membersihkan tanah tanpa menghiraukan peraturan tanah dan membuka tanah milik Tengku Maimunah.

Akibatnya British terpaksa meminta bantuan Tengku Maimunah untuk menyuraikan penduduk.

Page 13: Modul Lengkap k3 2015

13

Tindakan British menyebabkan penduduk menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British berjaya menawan semula Kuala Berang dan menumpaskan kebangkitan penduduk di Kuala Telemong yang telah mengorbankan 11 orang penduduk. Haji Abdul Rahman Limbong telah ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

Penentangan Rentap di Sarawa berjaya mengusir James Brooke di Nanga Skrang dan Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok.

Hal ini demikian menyebabkan James Brooke bertindak membakar perkampungan Rentap dan mengalahkan Rentap di Bukit Sadok. Rentap terpaksa berundur ke Entabai.

Selain itu di Sabah Mat Salleh telah berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya hingga memaksa SBUB menawarkan pelan damai iaitu menyerahkan menyerahkan Tambunan kepadanya.

Namun SBUB mungkir janji, menyebabkan Mat Salleh bertindak menyerang kubu SBUB.

SBUB bertindak balas dan menyerang kubu menyebabkan beliau tewas dan meninggal dunia.

SOALAN 4 : B

Sebab-sebab KEGAGALAN penentangan pemimpin tempatan terhadap British .

ATAU

Berjayakah pemimpin tempatan pada abad ke-19 menentang penjajah British. Kemukakan alasan anda./ Buktikan.

Page 14: Modul Lengkap k3 2015

14

Antara sebab kegagalan perjuangan pemimpin-pemimpin tempatan ialah tiada penyatuan dalam penentangan.

Hal ini demikian pemimpin tidak bersatu antara mereka untuk menentang British dan penentangan dilakukan secara berasingan di setiap negeri.

Kegagalan juga disebabkan penentangan adalah bersifat setempat. Hal ini kerana tiada kerjasama antara pemimpin dari daerah lain.

Contohnya Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa semasa British menyerang Naning kali kedua pada tahun 1832.

Selain itu, kegagalan disebabkan tiada organisasi yang tersusun dalam penentangan.Mereka hanya mendapat sokongan daripada pengikut mereka sendiri sahaja. Tambahan pula, perjuangan mereka tidak terancang menyebabkan penentangan gagal.

Seterusnya,teknologi persenjataan yang sangat berbeza digunakan. Tentera Briish menggunakan senjata moden seperti meriam dan senapang manakala pemimpin tempatan menggunakan senjata tradisional seperti keris dan lembing

Selain itu, British mempunyai pertahanan yang lebih kuat. Contohnya James Brooke mempunyai kubu di Nanga Skrang. British juga memiliki kekuatan kapal perang seperti James Brooke yang mempunyai kapal perang Nemesis di Sarawak.

Kegagalan juga disebabkan British mendapat bantuan dari negara lain seperti Belanda seperti Dato Patinggi Abdul Gapur yang melarikan diri ke Betawi ditahan oleh Belanda dan di serahkan kepada British.

Seterusnya strategi yang digunakan oleh pihak British lebih berkesan. Contohnya tentera James Brooke membakar kampung Rentap. Begitu juga SBUB membakar kampong Mat Salleh

British juga menggunakan tipu muslihat dengan memperdaya pejuang tempatan seperti Mat Salleh yang menawarkan pelan damai dan menyerahkan Tambunan kepada beliau, namun SBUB memungkiri janjinya.

Kegagalan juga disebabkan British menggunakan kuasa dan nama sultan untuk memudahkan seranganya seperti Kelantan dan Terengganu.

Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan British berjaya menawan semula Kuala Berang serta menangkap sesiapa yang menghalangnya. Hal ini demikian rakyat tidak berani menentang kerana tidak mahu menderhaka kepada sultan

Akhir sekali,kegagalan penentangan disebabkan tindakbalas British terhadap pemimpin yang terlibat. British telah menjatuhkan hukuman terhadap pemimpin seperti menangkap, buang daerah dan menghukum gantung.

Page 15: Modul Lengkap k3 2015

15

SOALAN 4 : C1

Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan.

Bagi mengelakkan kebangkitan pemimpin tempatan terhadap British, British telah mengambil beberapa tindakan antaranya Menangkap pemimpin bagi mengelakkan pemimpin tersebut meneruskan penentangan dan membantutkan perjuangan pemimpin.

Ini dapat dilihat seperti di Perak, Kesemua mereka yang terlibat ditangkap dan dijatuhkan hukuman

Selain itu, British bertindak membunuh pemimpin dalam peperangan agar tidak dapat meneruskan penentangan seperti Tok Janggut yang dibunuh dan menyebabkan penentangannya terhenti

Seterusnya pemimpin ditangkap dan dibuang negeri seperti Dol Said yang telah ditangkap dan diberi pencen serta rumah di Melaka.

British juga bertindak membakar kampung halaman dan kubu pejuang tempatan seperti Rentap di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah.

Selain itu, British bertindak menyerang balas dengan menggunakan senjata moden dengan menghantar askar tambahan seperti Dol Said telah memenangi peringkat awal , namun tewas apabila 1200 orang tentera dihantar untuk menyerang Dol Said.

Bagi menyekat kebangkitan pemimpin tempatan British juga menggunakan kuasa dan nama sultan seperti di Kelantan dan Terengganu.

SOALAN 4 : C2

Buktikan kejayaan pemimpin tempatan menentang British dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20

Kejayaan pemimpinPenghulu Dol Said dlam menentang British di Naning ialah Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten

Wyllie.

Page 16: Modul Lengkap k3 2015

16

Selain itu Rentap di Sarawak telah menyerang dan mengusir James Brooke di kubu Nanga Skrang dan Mat Salleh yang telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya menyebabkan SBUB terpaksamenawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dan menyerahkan Tambunan kepada beliau.

Seterusnya Dato’ Maharaja Lela, Sultan Abdullah serta pembesar Perak melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak dengan membunh Mat Arshad orang suruhan British ketika menampal poster cukai di Pasir Salak.

JWW Birch juga berjaya dibunuh oleh Seputum dan Pandak Lam atas arahan Dato’ Maharaja Lela.

Pemimpin tempatan seperti Tok Janggut juga Berjaya menduduki Pasir Puteh dan enggan membayar cukai kepada British. Tok Janggut telah membentuk kerajaan dengan Engku Jeram Besar sebagai Raja dan tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah di Pasir Puteh.

Selain itu Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah brtindak membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British hingga memaksa British terpaksa menggunakan jasa baik Tengku Nik Maimun untuk menyuraikan kira kira 300 penduduk yang berkumpul utk membuka tanah.

Penduduk seterusnya melancarkan penentangan bersenjata dan menyerang serta berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur yang menentang James Brooke kerana penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857 menyebabkan Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan Kuching

Bagaimanapun tentangan mereka gagal dan Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

SOALAN 4 : D

Bagaimanakah CARA pemimpin tempatan berjuang menentang penjajahan British?

Antara cara pemimpin tempatanmenentang British ialah dengan mendapatkan bantuan daripada pembesar lain atau pemimpin lain seperti penghulu Dol said yang telah mendapatkan bantuan tentera daripada Yang Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, penghulu Remai dan Renchat.

Page 17: Modul Lengkap k3 2015

17

Selain itu, pemimpin tempatan membantah tindakan penjajah menguasai beberapa buah daerah pedalaman dengan mengadakan bantahan terbuka terhadap campur tangan British seperti yang dilakukan oleh Dato’ Maharajalela.

Seterusnya pemimpin tempatan menyerang pihak British contohnya Linggir menentang dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar manakala Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang.

Pemimpin tempatan juga bertindak mengadakan rundingan dengan Britishseperti yang dilakukan oleh Mat Salleh di Sabah. Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1893 tetapi tidak dilayan.

Selain itu, pemimpin tempatan mengadakan mesyuarat dan merancang strategi atau komplot untuk menentang British seperti peristiwa pembunuhan JWW Birch residen Perak dan bertindak membunuh orang suruhan British iaitu Mat Arshad di Pasir Salak.

Di Pahang pemimpin tempatan iaitu Dato’ Bahaman telah menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan sistem politik tempatanmanakala Tok Janggut menentang sistem cukai yang diperkenalkan oleh British dengan cara enggan membayar cukai..

Seterusnya pemimpin tempatan menarik sokongan rakyat tempatan untuk menentang British contohnya di Terengganu kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata di Kuala Berang..

Pemimpin tempatan juga bertindak menyerang dan menduduki lokasi yang strategik misalnya, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak menyerang dan menduduki Pasir Puteh lalu membentuk kerajaan dan Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri.

Akhir sekali pemimpin tempatan melancarkan penentangan bersenjata dan menyerang bangunan kerajaan seperti yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong dan penduduk tempatan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

SOALAN 4 : E

KESAN sekiranya TIDAK BERLAKU kebangkitan pemimpin tempatan /gerakan nasionalis sebelum perang dunia kedua.

Antara kesan yang akan berlaku sekiranya tiada kebangkitan pemimpin tempatan ialah dalam aspek politik, negara kita akan kekal dijajah oleh British dan menyebabkan Insitusi kesultanan kekal menjadi boneka pihak British.

Page 18: Modul Lengkap k3 2015

18

Selain itu British akan terus berkuasa dalam semua aspek pentadbiran kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Kedudukan dan kuasa politik British juga akan semakin kukuh dan negeri-negeri Melayu akan terus terikat dengan perintah dan peraturan British.

Seterunya sistem pentadbiran barat terpaksa diterima oleh penduduk tempatan menyebabkan pembesar Melayu kehilangan kuasa memungut cukai.

Kesan berikutya ialah akan berlakunya ketidakstabilan politik dan keamanan negara akan tergugat malah rusuhan turut akan berlaku.

Hal ini menyebabkan imej dan maruah negara akan tercalar serta menjadikan pertahanan negara menjadi semakin lemah.

Selain itu berlakunya campur tangan kuasa asing dan berlaku kemunduran pelbagai bidang. Negara juga akan dikuasai bangsa asing dan akan tergadai

Dari aspek ekonomi, British akan terus mengeksploitasi ekonomi tempatan dan kuasa memungut cukai dimonopoli oleh British.

Keadaan ini menyebabkan kehidupan masyarakat tempatan menderita dan tertindas seperti yang berlaku diTerengganu. Penduduk terpaksa mendapat kebenaran British untuk membuka tanah baru.

Seterusnya orang Melayu kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional dan wujud pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi.Hal ini akan menyebabkan berlakunya lambakan imigran tanpa had dan pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan

Dari aspek sosial pula British akan campur tangan dalam adat resam orang Melayu dan orang tempatan terpaksa menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

Selain itu, warisan Melayu akan terhapus dan etnik Iban di Sarawak akan lenyap akibat kezaliman James Brooke menghapuskan orang Iban yang dianggap lanun.

Seterusnya, keharmonian hidup rakyat akan terancam dan rakyat hidup berpecah belah kerana perpaduan kaum tidak dapat diwujudkan. Akibatnya peningkatan gejala sosial dalam kalangan masyarakat akan berlaku.

SOALAN 5 : A

Langkah-langkah / usaha-usaha / cara-cara / ikhtiar / peranan untuk mengekalkan kedaulatan negara

Page 19: Modul Lengkap k3 2015

19

Satu daripada langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kedaulatan negara adalah dengan mempunyai semangat setia negara yang tinggi agar kita sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar. Contohnya, kita tidak memburuk-burukkan negara kepada masyarakat luar.

Selain itu, kita mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa serta tidak mudah diperdaya oleh mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan. Contohnya menguasai pelbagai bidang bahasa dan teknologi terkini.

Di samping itu, kita hendaklah memperkasa jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman negara. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mewajibkan golongan muda menyertai program Latihan Khidmat Negara.

Kita juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terus diperkukuh demi menjamin keharmonian negara seterusnya mampu memacu kemakmuran ekonomi. Contohnya, program Hari Sukan Negara.

Sistem pemerintahan dan pertahanan negara juga hendaklah diperkukuh bagi mengelak campur tangan asing. Perkara ini dapat dilakukan dengan meningkatkan keupayaan perisikan dan ketenteraan sebagai benteng bagi melindungi ancaman pengganas.

Seterusnya, kita perlu mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan negara-negara luar supaya wujud persefahaman di peringkat antarabangsa melalui pematuhan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

SOALAN 5 : B

Peranan pemimpin dalam sistem pentadbiran bagi mengekalkan kedaulatan negara.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan negara adalah dengan mempamerkan kepimpinan yang berkualiti supaya sentiasa

Page 20: Modul Lengkap k3 2015

20

dihormati oleh rakyat dan negara-negara lain seterusnya memudahkan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Selain itu, para pemimpin hendaklah sentiasa bekerjasama dengan negara luar yang maju bagi mengelakkan negara kita dijajah semula dalam pelbagai aspek dengan cara berbaik-baik dengan semua negara. Contohnya dengan mempraktikkan dasar berkecuali.

Di samping itu, para pemimpin hendaklah memperkukuhkan pasukan keselamatan negara dengan memberikan latihan secara tersusun dan sistematik melalui kerjasama latihan ketenteraan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Pemimpin juga perlu melaksanakan pentadbiran yang telus serta ikhlas dalam menjalankan tugas demi kepentingan negara melalui amalan berintegriti dan sentiasa mementingkan keadilan dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Dengan ini, dasar-dasar negara dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Pemimpin-pemimpin juga hendaklah berwawasan dan berpandangan jauh supaya mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan seterusnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Contohnya, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang telah mencetuskan idea Wawasan 2020.

Pemimpin juga mestilah seorang individu yang bersikap terbuka serta bersedia menerima teguran dan pandangan daripada pelbagai pihak tanpa rasa prejudis. Dengan cara ini, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentadbiran akan dapat diberi penambahbaikan.

SOALAN 5 : C

Cara / usaha / langkah / ikhtiar dalam memupuk/ memperkasa / melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah dengan menjalankan kempen kesedaran agar rakyat

Page 21: Modul Lengkap k3 2015

21

sentiasa mempunyai semangat setia negara yang tinggi seterusnya sanggup berkorban demi negara.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan mendidik anak-anak dengan ajaran agama supaya anak-anak patuh pada ajaran agama seterusnya dapat menghindarkan diri daripada unsur-unsur negatif.

Golongan muda hendaklah melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan kenegaraan melalui pembelajaran Sejarah supaya dapat mengukuhkan jati diri sebagai bangsa Malaysia.

Para guru hendaklah menerapkan semangat nasionalisme kepada para pelajar melalui penghayatan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukunegara seperti mematuhi undang-undang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Contohnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Media massa hendaklah berperanan untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat melalui kempen mengibarkan bendera negara dan menyiarkan nyanyian lagu-lagu patriotik semasa sambutan Bulan Kemerdekaan di samping menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan.

Dalam bidang ekonomi pula, rakyat hendaklah menyokong dasar-dasar kerajaan. Contohnya Kempen membeli barangan buatan Malaysia supaya ekonomi negara dapat ditingkatkan di samping menggalakkan lagi pengeluaran barangan tempatan.

SOALAN 5 : D

Manfaat / faedah / kebaikan yang diperoleh hasil daripada kemerdekaan negara kita.

Antara manfaat yang diperoleh hasil daripada kemerdekaan negara kita ialah kedaulatan negara dapat dikekalkan seterusnya hak dan maruah bangsa dapat dipelihara daripada terus dijajah.

Page 22: Modul Lengkap k3 2015

22

Selain itu, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat turut terjamin. Kesannya, pembangunan ekonomi dapat dipertingkat sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara. Dengan ini imej negara turut meningkat.

Di samping itu, melalui nikmat kemerdekaan, kita bebas menentukan hala tuju negara tanpa bergantung kepada kuasa asing. Dengan ini, kita dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal pentadbiran negara kita seterusnya disegani oleh negara luar.

Melalui kemerdekaan juga, kita dapat mengekalkan pemerintahan sendiri. Dengan ini kemajuan ekonomi negara dapat dipercepat demi menjamin kemakmuran negara.

Selain itu, kemerdekaan juga memastikan warisan bangsa dapat dipelihara seterusnya melindungi budaya bangsa. Oleh itu, bukan sahaja identiti bangsa Malaysia seperti perpaduan dapat dikekalkan malah dapat dijadikan aset dalam bidang pelancongan.

Kerajaan juga dapat melaksanakan dasar-dasar ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamat membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat serta menyusun semula masyarakat pelbagai kaum. Hasilnya, peluang pekerjaan dapat ditingkatkan di samping mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat dan meningkatkan perpaduan.

SOALAN 5 : E

Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang boleh diamalkan / dicontohi oleh generasi masa kini

Semangat perjuangan pemimpin tempatan boleh diamalkan oleh generasi muda masa kini ialah sanggup berkorban mempertahankan negara dengan mengutamakan kepentingan negara berbanding diri sendiri seterusnya membawa kepada pengekalan kemerdekaan negara.

Page 23: Modul Lengkap k3 2015

23

Selain itu generasi muda haruslah mencontohi amalan bersatu-padu yang ditunjukkan oleh pemimpin tempatan agar dapat melahirkan semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat untuk membangunkan negara.

Seterusnya sikap berani menghadapi risiko perlulah diteladani oleh generasi masa kini supaya negara kita dapat menjadi sebuah negara maju. Misalnya, berani melibatkan diri dalam perindustrian yang berasaskan nano teknologi.

Seterusnya, semangat cintakan negara perlulah kukuh dalam generasi kini agar mereka mempunyai semangat juang yang kental dalam menghadapi globalisasi seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa menjaga nama baik negara.

Sifat taat kepada pemimpin perlu disemai dalam diri generasi muda agar kestabilan politik sentiasa wujud seterusnya menjadikan negara kita sentiasa aman.

Sifat lain yang wajar dicontohi ialah melaksanakan tugas dengan amanah supaya amalan rasuah dapat dielakkan sekaligus mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa untuk menanam modal di negara kita.

Akhir sekali, semangat mempertahankan hak mestilah diamalkan supaya warisan bangsa dapat dipertahankan seterusnya jati diri bangsa Malaysia dapat dikekalkan.

SOALAN 5 : F

Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan.

Kejayaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh generasi muda kerana mereka berjuang

Page 24: Modul Lengkap k3 2015

24

dengan semangat yang tinggi. Hal ini ditunjukkan melalui kesanggupan mereka berkorban nyawa, harta dan segala-galanya untuk mempertahankan hak.

Selain itu, kita perlu bijaksana dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Antara yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu ialah dengan mengamalkan pendekatan muafakat, musyawarah dan perbincangan dalam menyelesaikan masalah. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dan masalah dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik.

Generasi muda juga harus mencontohi sikap berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. Misalnya perjuangan yang dilakukan tidak mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa atau nama. Sikap ini menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya dalam menuntut

Mengamalkan semangat bekerjasama dan sepasukan tanpa mengira darjat keturunan untuk menentang British. Sikap ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat sekaligus dapat melahirkan warganegara yang cintakan negara.

Kita haruslah berbangga dengan warisan budaya bangsa dengan cara mempertahankannya dari dicemari oleh budaya luar . Misalnya, menggalakkan pemakaian baju tradisional dalam majlis-majlis rasmi.

Antara faktor kejayaan perjuangan tokoh tempatan ialah patuh kepada pemimpin yang membawa kepada sikap bersedia menerima perbezaan pendapat. Hal ini dapat melahirkan sebuah pentadbiran yang telus.

Akhirnya, kesanggupan mereka menempuh segala rintangan dan kesusahan agar kebebasan negara dapat dicapai wajar dikagumi kerana atas jasa merekalah kita dapat mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan pada masa kini.

SOALAN 5 : G

Semangat nasionalisme merupakan prasyarat bagi menjamin kedaulatan negara. Berikan ulasan anda.atauSemangat nasionalisme mampu mempertahankan negara daripada dijajah semula. Berikan ulasan anda.

Page 25: Modul Lengkap k3 2015

25

Semangat nasionalisme merupakan prasyarat bagi menjamin kedaulatan negara dengan cara kita dilarang bersekongkol dengan pihak luar seperti membocorkan maklumat negara sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.

Seterusnya, kita haruslah mentaati dan menghormati pemimpin agar politik negara menjadi stabil seterusnya dapat mengekalkan kemajuan dan pembangunan yang berterusan. Dengan cara ini, negara kita akan sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh negara luar.

Seterusnya, kita perlulah sanggup berkorban untuk negara dan bangsa. Kita tidak harus meletakkan tanggungjawab mempertahankan negara di bahu anggota keselamatan semata-mata. Misalnya, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang telah menggugat keselamatan dan kedaulatan negara telah ditangani dengan baik oleh negara kita dengan kerjasama semua rakyat.

Kita juga tidak patut menyalahgunakan hak kebebasan demokrasi dengan mengadakan demonstrasi haram kerana ia boleh menjejaskan kedaulatan negra sehingga ia boleh merosakkan keamanan negara.

Sebagai rakyat yang patriotik, kita mestilah mengelakkan pergaduhan antara kaum supaya peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang kerana ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian kaum malah membantutkan pembangunan negara.

Sebagai warganegara , kita mestilah menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi seperti menguasai bidang ICT agar dapat membantu ke arah mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Setiap warganegara, khususnya generasi muda mestilah mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti merempit, penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas kerana ia hanya akan merugikan pembangunan modal insan kerana genersi muda adalah pemimpin masa hadapan.

Selain itu, kita haruslah mengelakkan isu-isu sensitif agar kehidupan masyarakat menjadi harmoni seterusnya keamanan negara dapat dikekalkan.

Sistem pentadbiran negara mestilah telus dan berintegriti supaya ia dapat memberi keyakinan kepada masyarakat luar untuk datang ke negara ini misalnya para pelabur datang menanam modal di negara kita.

Semangat nasionalisme merupakan prasyarat bagi menjamin kedaulatan negara dengan cara kita mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing supaya dapat melahirkan warganegara yang berakhlak. Ia selari dengan rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan

SOALAN 5 : H

Cara anda menunjukkan / menzahirkan / mempamerkan / membuktikan semangat nasionalisme terhadap negara.

Cara saya menunjukkan/ menzahirkan / mempamerkan / membuktikan semangat nasionalisme terhadap negara ialah mempelajari sejarah dengan bersungguh-

Page 26: Modul Lengkap k3 2015

26

sungguh supaya saya dapat memahami dan menghayati perjuangan tokoh-tokoh lampau seperti perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela.

Selain itu, mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di dalam negara seperti Muzium Negara dan Kota A Famosa supaya kita mendapat gambaran yang jelas tentang peristiwa sebenar mengenai sejarah negara.

Seterusnya, kita mengadakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang terutamanya semasa sambutan Bulan Kemerdekaan supaya dapat menimbulkan rasa cinta akan tanah air.

Di samping itu juga, kita hendaklah menghayati Rukun Negara misalnya Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang kerana melaluinya kita akan menjadi warganegara yang patuh dan taat kepada undang-undang seterusnya membawa kepada keamanan negara.

Kita juga boleh menubuhkan Galeri Sejarah di sekolah dan tempat tinggal supaya masyarakat dapat memperoleh maklumat berkaitan dengan sejarah negara misalnya tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.

Cara yang seterusnya ialah kita mestilah menghayati dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat supaya ia dapat melahirkan perasaan kecintaan dan ketaatan kepada tanah air seterusnya akan memantapkan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

Kita juga boleh menyertai pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti RELA dan Rukun Tetangga kerana melaluinya kita boleh mengeratkan hubungan silaturrahim seterusnya mengukuhkan perpaduan antara kaum.

Selain itu juga, kita boleh mengadakan aktiviti gotong royong seperti membersihkan persekitaran sekolah dan tempat tinggal kerana melalui aktiviti ini masyarakat dapat melahirkan semangat kerjasama dan sikap bertolak ansur antara kaum.

SOALAN 6 : A

Meskipun kebanyakan perjuangan tokoh-tokoh tempatan terhadap British menemui kegagalan, namun kebangkitan perjuangan mereka menjadi asas kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Berikan alasan anda.

Pemimpin tempatan mampu menentang penjajahan British. Alasannya ialah

Page 27: Modul Lengkap k3 2015

27

Mendapat kerjasama daripada semua pihak. Golongan pemerintah mahupun rakyat bekerjasama memberi bantuan dalam bentuk tenaga. Penentangan British di Perak mendapat sokongan daripada Raja Abdullah, Dato Maharajalela, Seputum, dan Pandak Lam

Semangat Jihad. Tokoh tempatan menggunakan semangat ini untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam. Kedatangan penjajah turut membawa agama kristian dan pengaruh Barat dalam kehidupan masyarakat tempatan. Penduduk tempatan berasa undang-undang menyusahkan mereka dan bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut Islam, Tanah adalah milik Allah dan sesiapa sahaja boleh mengusahakan tanah tersebut. Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong membersihkan tanah di kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.

Sanggup berkorban untuk negara . Semangat ini menyebabkan tokoh tempatan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Pemimpin tempatan sanggup mengorbankan harta benda dan pangkat untuk menjayakan perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan dan mengelak kawasan mereka dicerobohi . Contohnya, Mat Salleh sanggup kehilangan Tambunan kerana SBUB mungkir janji. Beliau dan pengikutnya menyerang balas kubu SBUB.

Memiliki sifat berani. Tokoh tempatan berani berusaha memperjuangkan matlamat mereka untuk menghalang kemasukan British di kawasan mereka. Tindakan ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan. Contohnya, Linggir dan pengikutnya berani menyerang Kapal Nemesis milik James Brooke di Batang Lupar

Sentiasa berdisiplin Mempunyai pendirian yang kukuh atau tidak goyah serta takut terhadap ancaman penjajah. British sentiasa mengugut dan menekan Hj. Abdul Rahman Limbong yang merupakan halangan kepada British

SOALAN 6 : B

Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British tidak berjaya. Berikan hujah anda.

Saya bersetuju kebangkitan pemimpin tempatan menentang British tidak berjaya kerana

Page 28: Modul Lengkap k3 2015

28

gagal untuk mengembalikan martabat dan pengaruh kepimpinan tempatan

kepada masyarakat tempatan. British telah berjaya memperkenalkan beberapa peraturan yang digunakan terhadap penduduk tempatan,contohnya pengenalan Undang-undang dan Peraturan Tanah.

Wujud pertikaian dalaman antara para pengikut tokoh tempatan. Tidak semua pengikut menunjukkan taat setia kepada tokoh,contohnya, penentangan Mat salleh juga gagal disebabkan oleh peranan golongan tali barut yang tidak menyenangi pemerintahannya.

Tidak mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam masyarakat ketika itu. Penentangan tokoh hanya bersifat setempat,contohnya penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh hanya tertumpu di kawasan Pantai Barat Sabah sahaja dan tidak menyeluruh ke kawasan Pedalaman dan juga Kawasan Pantai Timur Sabah,Tok Janggut hanya menentang British di Daerah Pasir Puteh

Tidak berjaya mempengaruhi sultan dan pembesar. British menggunakan nama dan pengaruh golongan ini untuk menggagalkan rancangan tokoh terbabit,contohnya Peristiwa serangan dan penangkapan Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong dilakukan setelah British menggunakan muslihat ini

Penentangan tokoh berakhir dengan kegagalan. British melalui muslihat mereka telah menggagalkan rancangan tokoh tempatan,contohnya Tok janggut terkorban.Haji Abdul Rahman Limbong ditahan dan dibuang negeri.Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya dijatuhi hukuman gantung.

Saya tidak bersetuju kebangkitan pemimpin tempatan menentang British tidak berjaya kerana

Orang tempatan terus menentang penjajahan. Penduduk Tanah Melayu terus menentang pendudukan penjajah dan menuntut hak mereka dikembalikan,contohnya, gerakan menuntut kemerdekaan daripada British dan gerakan menentang penjajahan jepun yang kejam.

Page 29: Modul Lengkap k3 2015

29

Memberi idea kepada nasionalis mengenai taktik baru menentang penjajah. Taktik menggunakan senjata dan kekerasan oleh nasionalis tempatan gagal,contohnya nasionalis menggunakan penulisan akhbar, majalah dan karya sastera untuk membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu.

Golongan pembesar dan sultan terlibat dalam menentang penguasaan british. Kedudukan golongan ini tergugat dengan campur tangan British di Tanah Melayu,contohnya Raja-raja Melayu terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union.

SOALAN 6 : C

Kesan terhadap negara sekiranya sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme .

Rakyat berpecah belah akan menyebabkan keamanan dan keharmonian negara terancam seperti yang berlaku di negara Syria.

Ekonomi tidak berkembang yang akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara akan tergendala seperti yang berlaku di negara Greece.

Kedaulatan negara akan terancam yang telah menjadikan negara terdedah kepada campurtangan kuasa asing seperti yang berlaku di Palestine.

Politik tidak stabil yang akan menyebabkan pentadbiran akan kucar kacir seperti yang terjadi di negara-negara Arab.

Masyarakat hilang jati diri disebabkan masyarakat terpengaruh dengan budaya asing seperti yang berlaku dalam kebanyakan golongan belia negara ini.

Politik tidak stabil akan menyebabkan demonstrasi jalanan berleluasa seperti mana yang sering berlaku di negara Thailand

SOALAN 6 : D

Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangan tokoh perjuangan tempatan.

a) Mengapakah keadaan ini berlaku ?

Page 30: Modul Lengkap k3 2015

30

Tiada nilai patriotisme dalam diri yang menyebabkan tiada keinginan untuk bersatu, seperti menabur fitnah dan mempertikaikan perjuangan tokoh.

Sikap tidak bersyukur kerana terlalu selesa dengan kehidupan sekarang iaitu terutamanya golongan generasi muda.

Mementingkan diri sendiri iaitu tidak cuba untuk mempelajari dan mendalami sejarah kerana menganggap perjuangan itu sekadar mitos atau lagenda.

Mempunyai agenda yang tersembunyi iaitu dengan memutar belitkan fakta sejarah dan sumbangan tokoh terdahulu demi kepentingan politik peribadi.

b) Bagaimanakah cara untuk mengelakkan keadaan tersebut berlaku ?

Memupuk nilai patriotisme yang dapat mendorong masyarakat mewujudkan perasaan keberanian dan kemerdekaan melalui subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan di sekolah.

Peranan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan yang boleh dilakukan melalui kempen di media massa dan ceramah.

Peranan ibu bapa dengan membentuk jati diri anak-anak seperti melawat muzium dan bercerita tentang kepahlawanan tokoh-tokoh terdahulu.

Menghargai tokoh seperti mengiktiraf pengorbanan dan jasa mereka dengan memberikan anugerah/bintang kebesaran/pingat.

Mengabadikan nama tokoh yang dapat dicatatkan pada nama bangunan / jalan / tempat seperti Jalan Tun Sambathan, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Soalan 6 : E

Semangat nasionalisme rakyat Malaysia semakin luntur dan terhakis. Buktikan

Kekurangan didikan agama. Ini menjadikan remaja suka terikut ikut sesuka hati sehingga tidak memberikan fokus kepada nasionalisme. Ibu bapa terlalu mengejar kebendaan atau mementingkan kekayaan.

Page 31: Modul Lengkap k3 2015

31

Senario politik semasa dalam negara menyebabkan rakyat berpecah belah. Ini menyebabkan ketidakstabilan dalam politik, ekonomi dan sosial

Masyarakat tidak begitu menghargai perjuangan yang dilakukan oleh tokoh tokoh pejuang tanah air.. Semangat jati diri masih berkurangan .

Mempertikaikan keputusan / tindakan kerajaan. Sentiasa mencari cari kelemahan kerajaan dengan harapan dapat meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi

Pengaruh anasir negatif menyebabkan rakyat terjebak dengan gejala sosial. Ini menyebabkan berleluasanya gejala sosial seperti merompak dan penyalahgunaan dadah

Bersikap mementingkan diri sendiri.. Ramai yang tidak memberkan kerjasama kepada ahli masyarakat dalam banyak hal. Seperti tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan gotong royong.

SOALAN 6 : F

Merasionalkan cara perjuangan / gerakan tokoh-tokoh tempatan menentang British

a. Senjata/peperangan

Cara perjuangan / gerakan tokoh-tokoh tempatan menentang British melalui penggunaan strategi perang secara gerila / serangan hendap adalah rasional kerana strategi ini akan menyukarkan pihak musuh membuat serangan balas.

Strategi perang secara gerila juga dapat mengelakkan kematian yang lebih ramai.

Selain itu, strategi perang secara gerila ini sangat sesuai kerana pejuang-pejuang tempatan lebih mahir tentang selok belok kawasan serangan dilancarkan serta dapat mengatasi masalah kekurangan anggota tentera serta penggunaan senjata tradisional jika dibandingkan dengan pihak penjajah yang menggunakan senjata moden.

Contohnya tindakan Dol Said yang telah memasang jerangkap samar dan memutuskan jalan telah berjaya mengalahkan tentera British pimpinan Kapten Wyllie seramai 150 orang dalam Perang Naning pada tahun 1931.

SOALAN 6 : G

Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi mampu memajukan negara kita

Pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujur ikhlas. Program-program pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna untuk rakyat,contohnya Koridor Raya Multimedia (MSC).

Page 32: Modul Lengkap k3 2015

32

Kepimpinan yang bertanggungjawab akan melahirkan hubungan erat dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan,contohnya Dasar Pembangunan Nasinal.

Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi dapat dielakkan,contohnya kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Semangat cintakan negara menggalakkan pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara

Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam sesuatu pertandingan untuk mengharumkan nama negara,contohnya Datuk Lee Chong Wei menjadi pemanin nombor 1 dunia.

Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar yang membantu menjamin kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.

Semangat toleransi dan berkerjasama dapat memupuk perpaduan kaum. Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan,contohnya Rumah Terbuka 1 Malaysia.

Pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan melalui sistem persekolahan satu aliran iaitu dengan menghapuskan sekolah pelbagai aliran,contohnya Sekolah Wawasan.

Sistem politik negara akan lebih stabil yang akan menjamin keamanan negara. Ekonomi berkembang pesat membantu meningkatkan sumber pendapatan rakyat

seperti dapat merapatkan jurang pendapatan antara kaum. Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan seterusnya meningkatkan

pendapatan isi rumah,contohnya perniagaan secara talian. Kesedaran ke arah kemajuan mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu

pengetahuan Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat menyumbang idea dan kepakaran

membangunkan negara,contohnya dengan memperluaskan R & D. Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan kadar

jenayah. Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam aspek-aspek pembangunan modal insan.

Rakyat menjaga kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan negara. Imej negara juga akan meningkat,contohnya dengan kempen Tahun Melawat Malaysia.

SOALAN 6 : H

Tindakan kekerasan British menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan adalah tidak wajar. Berikan alasan anda.

Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air demi kepentingan bangsa dan agama juga untuk kesejahteraan bersama

Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan dari diceroboh dan

Page 33: Modul Lengkap k3 2015

33

diganggu gugat. Juga mempertahankan adat istiadat Melayu dan agama Islam daipada dicemari.

Mempertahankan hak mereka dalam kutipan cukai dan menentang dasar pemerintahan British yang tidak menghormati status dan kedudukan para pembesar negeri

Mempertahankan kewibawaan mereka sebagai pemimpin dan pembesar tempatan seperti Dato’ Maharajalela,Dato’ Dol Said dan sebagainya.

Mempertahankan maruah bangsa Melayu yang tidak dihormati oleh pihak penjajah. Pihak penjajah bertindak sesuka hati

Mempertahankan agama dari dihina dan dihapuskan. Perjuangan menegakkan agama menjadi teras perjuangan pemimpin. Islam sebati dengan bangsa Melayu

SOALAN 6 : I

Mengapakah perjuangan pemimpin tempatan terhadap British menemui kegagalan. Berikan alasan anda.

Alasannya ialah Penggunaan teknologi persenjataan yang tidak canggih. Penentangan dilakukan

dengan menggunakan senjata tradisional seperti keris, tombak, sumpit, pedang yang hanya membataskan jarak serangan.

Masyarakat tempatan kurang pendedahan dalam taktik peperangan dan mempunyai masalah kewangan untuk memiliki peralatan terkini.

British menggunakan senjata moden dan mendapat bantuan dari negara lain. British guna senapang dan meriam yang dapat melakukan serangan dari jarak jauh.

Selain itu, masyarakat tidak bersatu padu. Ini kerana kurangnya perpaduan antara pemimpin dan pengikut .Terdapat juga pengikut pemimpin yang menjadi tali barut penjajah.

Seterusnya,tiada organisasi yang sistematik dan tersusun yang menyebabkan perjuangan yang tidak terancang dan berkesan serta mengalami masalah bilangan anggota yang sedikit.

Wujud juga kekangan dalam penyebaran maklumat. Ini menyebabkan mesej perjuangan tidak dapat disampaikan kepada rakyat.

Selain itu, strategi pemimpin British yang lebih bersistematik dan berkesan dengan membina kubu pertahanan yang lebih kuat. Pemimpin tempatan juga yang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam penentangan terhadap penjajah.

Seterusnya ialah. penentangan bersifat setempat. Pejuang tempatan tidak mendapat kerjasama yang baik dari pembesar dan wilayah lain. Pemimpin tempatan tidak mendapat sokongan menyeluruh dari rakyat dan Sultan. Perjuangan hanya terhad dalam kumpulan yang kecil sahaja.

Akhir sekali ialah percaturan British menggunakan tipu muslihat dengan menggunakan nama Sultan atau pembesar seperti British menggunakan nama Sultan Terengganu untuk mematahkan perjuangan Hj.Abdul Rahman Limbong dan

Page 34: Modul Lengkap k3 2015

34

pengikutnya serta perjanjian yang ditandatangani mengelirukan dan berat sebelah.

SOALAN 7 : A

a) Jelaskan cabaran /rintangan / halangan memperkasakan /menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda

b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

7 (a) Cabaran

Page 35: Modul Lengkap k3 2015

35

Pengaruh laman/media sosial yang mengandungi maklumat tidak sahih dan unsur negatif juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme . Laman social seperti blog, Facebook , Whatapps dan Twitter digunakan oleh sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempengaruhi generasi muda dengan isu-isu yang boleh menjejaskan kestabilan dan imej negara di mata dunia seperti menghina pemimpin negara dan lagu kebangsaan negara. Generasi mudah percaya dan terpengaruh dengan berita –berita yang terdapat dalam media elektronik seperti whatsApp dan facebook yang belum tentu kesahihannya.

Masalah gejala sosial yang melanda generasi muda membawa kepada keruntuhan akhlak dan kehilangan jati diri. Pegangan agama yang longgar menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh fahaman black metal, penyalahgunaan dadah, vandalisme, peras ugut, dan gengsterisme.

Kurang pengetahuan dan kesedaran kenegaraan dalam kalangan golongan muda. Mereka menganggap keselamatan dan keamanan negara adalah tanggungjawab pihak berkuasa sahaja bukan tanggungjawab mereka. Kesannya, semangat kekitaan, patriotism, rasa cinta dan sayang kepada negara semakin terhakis

Wujud minda kelas ketiga dalam kalangan generasi muda. Kesedaran mereka tentang ilmu pengetahuan juga masih rendah menyebabkan pengetahuan kenegaraan tidak mendalam. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan hiburan melampau dan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak di pasar raya daripada mengkaji ilmu pengetahuan.

Masyarakat di negara kita juga kurang menghayati sejarah negara. Mereka tidak berminat untuk membaca sejarah negara dan mengambil tahu tentang jasa pengorbanan tokoh-tokoh negara silam .Contohnya mereka lebih cenderung mengenali artis barat dan artis Korea daripada Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela dan Tun Abdul Razak.

Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. Contohnya mereka leka dengan gajet , smartphone dan permainan game online .

Pengaruh daripada media elektronik . Stesyen-stesyen televisyen lebih banyak menayangkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan dan mengabaikan nilai patriotik . Contohnya Akademi Fantasia. Dokumentari atau filem-filem bercorak nasionalisme hanya ditayang pada waktu tertentu sepeti bulan kemerdekaan sahaja.

Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. Mereka lebih tertarik dengan budaya luar dan menganggap budaya luar lebih hebat berbanding budaya sendiri .Contohnya budaya k-pop.

Menggunakan bahasa campuran yang berleluasa membawa kepada penyalahgunaan bahasa dan istilah . Bahasa kebangsaan diketepikan boleh menyebabkan kehilangan identiti bangsa. Contohnya golongan muda gemar menggunakan bahasa slanga.

Page 36: Modul Lengkap k3 2015

36

Budaya vandalism yang berleluasa membuktikan tiada rasa kepunyaan terhadap harta benda awam yang disediakan. Mereka juga tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan membawa kepada terhakisnya rasa cinta kepada negara.

7( b) Langkah-langkah mengatasi cabaran

Kerajaan juga perlu mengawal penyebaran maklumat negatif dengan menguatkuasakan undang-undang seperti Suruhanjaya Komunikasi perlu menyekat media sosial yang keterlaluan.Rakyat juga mestilah bijak memilih maklumat yang disampaikan.

Ibu bapa dan guru menyemai dan mendidik nilai-nilai murni dalam diri remaja supaya dapat mengukuhkan benteng menghadapi kebejatan sosial. Nilai-nilai keagamaan dan moral yang diterap dapat membantu mengawal tingkah laku anak-anak remaja supaya mereka tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Pemantapan semangat nasionalisme di sekolah melalui kurikulum. Pelajar wajib mempelajari Subjek Sivik dan Kewarganegaraan dan Sejarah supaya dapat mendidik pelajar memahami sejarah negara. Penetapan syarat lulus mata pelajaran Sejarah dalam SPM adalah wajar.

Pemantapan semangat nasionalisme di sekolah melalui aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan dan perkhemahan. Lawatan ke tempat bersejarah seperti Banda Hilir Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh.

Memperkukuhkan semangat jati diri bagi membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Contohnya melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih juga akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama. Program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

Menghasilkan lebih banyak filem atau dokumentari tentang peristiwa penting dalam sejarah negara supaya mereka lebih memahami sejarah negara kita .Filem dan dokumentari ini sentiasa ditayangkan dan tidak terhad di bulan kemerdekaan sahaja. Contohnya dokumentari Warkah Terakhiri dan filem Hati Malaya.

Page 37: Modul Lengkap k3 2015

37

Kerajaan dan pihak NGO perlu mengadakan aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang remaja seperti Kelab Rakan Muda . NGO juga perlu menyediakan blog-blog yang menyemarakkan patriotik . Aktiviti seperti mengadakan kempen “Cintailah Negara Kita” dan ceramah-ceramah perpaduan di sekolah-sekolah

Membudayakan majlis keramaian yang melibatkan semua kaum supaya bertepatan dengan konsep 1 Malaysia. Contohnya menghadiri Program Hari Sukan Negara dan Jamuan Rakyat 1 Malaysia

Memperkasakan bahasa kebangsaan dengan memartabatkan bahasa melayu untuk menjamin perpaduan rakyat. Contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka, agensi kerajaan , agensi swasta dan pihak sekolah mengadakan program Bulan Bahasa demi menggalakkan penggunaan bahasa melayu dalam kalangan masyarakat.

Masyarakat menghayati Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam memperkukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh setiap kaum dan etnik di negara ini.

Kerajaan menyediakan kawasan tertentu bagi remaja melepaskan perasaan dengan berkarya seperti melukis gambar bertemakan nasionalisme pada tembok dan dinding yang telah dikhaskan .

SOALAN 7 : B

7a. Jelaskan cabaran / rintangan / halangan yang dihadapi Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara

7b. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara

Pengaruh dan perkembangan politik negara luar yang mudah mempengaruhi rakyat. Ini mengundang campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal negara. Contohnya pengaruh syiah dan ISIS

Ancaman penceroboh terhadap wilayah Malaysia yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan mengancam keselamatan negara. Contohnya Peristiwa di Lahad Datu Sabah

Page 38: Modul Lengkap k3 2015

38

Kepelbagaian fahaman politik. Hal ini menyebabkan berlakunya persaingan parti politik yang menggugat kestabilan politik kerana mereka sering membangkitkan isu-isu politik / perkauman yang melampau hingga menimbulkan demonstrasi jalanan menggugat kestabilan negara. Contohnya Perhimpunan Bersih 4.0 dan Perhimpunan Baju Merah

Pengamal media sosial yang tidak bertanggungjawab. Kepelbagaian media sosial seperti facebook, telegram, blog, twitter, laman sesawang lain yang sering digunakan untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat tentang sesuatu isu . Contohnya isu fitnah seperti isu 1MDB

Kepimpinan negara yang kurang mantap menyebabkan berlakunya rasuah dan ketidakcekapan dalam pentadbiran

Perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang kurang berkesan hingga rakyat kurang kefahaman tentang dasar-dasar negara. Contohnya rakyat sering mempertikaikan keputusan tindakan kerajaan seperti cukai GST

Masih wujud pertikaian kaum atau semangat perkauman yang masih menebal. Hal ini menyebabkan pergeseran mudah tercetus hingga mewujudkan konflik perkauman. Segelintir golongan yang memainkan isu-isu sensitif contohnya isu agama dan hak istimewa orang melayu telah menyebabkan berlaku keretakan dalam hubungan kaum di Malaysia

Pertikaian kaum melalui himpunan jalanan masih wujud akibat jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat masih tinggi dan belum berupaya menghapus kemiskinan

Pengaruh budaya luar yang negatif melunturkan jati diri masyarakat. Kesannya berlaku keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Contohnya, masalah dadah, mat rempit dan pembuangan bayi

Masyarakat mengenepikan nilai-nilai agama dan moral dalam mengejar keduniaan. Sikap ini menyebabkan terhakisnya jati diri dalam kalangan generasi muda . Kesannya, masalah social seperti jenayah semakin meningkat .Keharmonian hidup terjejas dan rakyat berada dalam ketakutan..

Wujud jurang perbezaan pendapatan di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Disebabkan oleh jurang perbezaan dari segi taraf pendidikan antara kaum dan masyarakat bandar dan luar bandar

7 (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas

Kerajaan harus bertindak tegas terhadap anasir luar yang boleh merosakkan negara untuk mengelakkan campur tangan asing dalam pengurusan negara.Contohnya mengadakan kerjasama antarabangsa untuk menangkap pihak –pihak yang teribat yang mengancam keselamatan negara.

Keselamatan perairan negara perlu diutamakan seperti menubuhkan ESCOM untuk

Page 39: Modul Lengkap k3 2015

39

mengawal perairan negara adi Sabah untuk mengelakkan pencerobohan berulang.

Memantapkan sistem pentadbiran kerajaan dengan cara memastikan pentadbiran kerajaan berintegriti dan bermaruah serta mengamalkan sikap bersih, cekap dan amanah. Dengan ini rakyat akan lebih menghormati pemimpin.

Kerajaan perlu prihatin terhadap masyarakat dengan cara mendengar masalah dan bertindak segera . Kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan berusaha meningkatkan taraf hidup dengan menyediakan kemudahan asas seperti rumah, hospital, bekalan air dan elektrik

Kerajaan menyelesaikan masalah melalui musyawarah dan mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri. Contohnya menyelesaikan isu-isu yang menjadi punca pertikaian dengan bijaksana agar dapat menjayakan konsep 1 Malaysia.

Kerajaan perlu mengawal media altenatif seperti laman sesawang agar dapat menyekat penyebaran maklumat negatif. Contohnya memperkasakan peranan Kementeri Komunikasi Multimedia

Rakyat Mengamalkan semangat patriotik / cinta akan negara supaya mempunyai jati diri yang kukuh. Contohnya melalui Program latihan Khidmat Negara(PLKN) pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih juga akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama. Program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara

Kerajaan mengadakan program-program mengukuhkan perpaduan kaum dilaksanakan agar konsep 1 Malaysia dapat dijayakan. Rakyat pula mestilah menyahut saranan kerajaan mewujudkan perpaduan antara kaum agar saling menghormati kebudayaan kaum lain.

Contohnya melibatkan diri dalam program yang emmupuk perpaduan seperti Jamuan rakyat 1 Malaysia, gotong royong dan Hari Sukan Negara

Kerajaan mewujudkan peluang ekonomi yang luas bagi mencetuskan lebih banyak peluang peluang pekerjaan. Contohnya pengagihan ekonomi secara seimbang antara kaum.

Rakyat perlu mengamalkan Dasar Kebudayaan dan Kebangsaan Prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat cintakan negara bagi mengelakkan sikap prasangka antara kaum.

Kerajaan dapat memupuk perpaduan sejak di bangku sekolah lagi melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan contohnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ibu bapa perlu mengukuhkan instutusi kekeluargaan supaya nilai-nilai keagamaan dan moral dapat diterapkan sejak awal untuk mengawal tingkah laku anak-anak.Nilai kegamaan ini dapat membantu anak-anak membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Mengadakan pameran berkaitan sejarah negara supaya maklumat dapat disampaikan secara lansung. Contohnya mengadakan pameran mengenai kemerdekaan negara supaya

Page 40: Modul Lengkap k3 2015

40

masyarakat mengetahui bahawa pembinaan negara dan bangsa kita adalah hasil kerjasama antara kaum.

SOALAN 7 : C

Cabaran dan langkah menerapkan perasaan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh nasionalisme negara ini dalam kalangan masyarakat hari ini.

a) Cabaran Masyarakat hari ini tidak mengenali tokoh dan pengorbanan tokoh-tokoh nasionalisme

negara. Jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu kurang diberi pendedahan kepada masyarakat.

Penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenai tokoh kerana sikap sesetengah masyarakat yang gemar membangkitkan isu yang mengelirukan masyarakat menggunakan fakta sejarah yang tidak tepat demi kepentingan diri.

Kehidupan mewah yang dinikmati hari ini menyebabkan masyarakat tidak mahu

memahami perjuangan tokoh .Mereka lupa akan kesusahan , pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.

Sikap masyarakat kini lebih tertarik kepada hiburan untuk mengisi masa lapang daripada membaca dan mengkaji tentang tokoh-tokoh negara.Oleh itu, mereka tidak memahami fakta sejarah dan mudah percaya kepada fakta sejarah yang diputarbelitkan.

Kos yang tinggi untuk berkunjung ke pameran dan tempat-tempat bersejarah

menyebabkan pengetahuan tentang sejarah cetek.

Kos yang inggi untuk membuat kajian dan penyelidikan serta menghasilkan dokumentari tentang tokoh-tokoh nasionalisme .

b) Langkah mengatasi

Kerajaan menghargai tokoh dengan memberikan anugerah bintang kebesaran atau pingat sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap segala sumbangan kepada negara.

Mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di peringkat negara, negeri, daerah, kampung dan sekolah supaya semua lapisan masyarakat mengingati pengorbanan pejuang kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menonjolkan jasa tokoh-tokoh tempatan. Contohnya pameran tokoh dan membuat buku skrap mengenai tokoh.

Mengabadikan nama tokoh pada nama dewan, jalan dan bangunan supaya sentiasa dilihat dan tersemat di minda generasi kini. Contohnya nama Jalan Tunku Abdul Rahman dan nama bangunan seperti Dewan canselor Tun Abdul Razak .

Page 41: Modul Lengkap k3 2015

41

Membina lebih banyak memorial dan galeri untuk menyimpan segala maklumat tentang tokoh supaya menjadi sumber kajian dan boleh dilawati oleh generasi muda. Contohnya seperti Galeri Seri Perdana Kuala Lumpur.

Kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penggiat filem untuk menghasilkan lebih banyak filem dan dokumentari berkaitan tokoh. Filem dan dokumentari ini ditayangkan di stesyen tv dan di media social supaya generasi muda mengetahui perjuangan dan jasa tokoh sehingga nikmat keamanan dinikmati oleh mereka pada hari ini . Contohnya Warkah Terakhir, Program Bicara Tokoh dan Hari Ini Dalam Sejarah.

Menghasilkan bahan penulisan biografi tokoh berkaitan latar belakang, peristiwa penting yang berlaku pada tokoh dan sumbangan tokoh kepada negara supaya dapat dibaca oleh masyarakat dan generasi akan datang.

Mendirikan tugu peringatan untuk memperingati sumbangan yang dilakukan oleh tokoh- tokoh. Contohnya, Tugu Negara.

Pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi perlu menyekat laman sesawang, facebook ,laman web yang menyebarkan maklumat yang negatif. Tindakan tegas perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang memburukkan pejuang dan pemimpin negara.

SOALAN 7 : D

Peranan anda memperkasa semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan.

Tidak buruk sangka kepada kaum yang lain dan sentiasa menjaga tutur kata dan perbuatan agar tidak menyinggung perasaan rakan- rakan

Menerapkan nilai sayang dan cintakan tanah air melalui perbuatan dan tingkah laku. Contohnya mengibarkan Jalur Gemilang di tempat kediaman atau premis perniagaan

Menguar-uarkan, menghebahkan atau menyebar luaskan kepentingan cinta akan tanah air. Contohnya melalui ceramah ,iklan, penulisan dan pergaulan harian.

Mengambil bahagian dalam acara acara sukan , persatuan dan sebagainya. Ini akan dapat memupuk rasa hormat dan kerjasama dalam kalangan rakan rakan terutama yang berlainan kaum seperti mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara

Page 42: Modul Lengkap k3 2015

42

Menggalakkan kerjasama antara rakan atau komuniti setempat dalam program program yang dapat meningkatkan lagi semangat nasionalisme seperti memberi bantuan kewangan atau nasihat kepada program atau perbuatan yang dapat memupuk semangat nasional

SOALAN 7 : E

Segelintir warganegara Malaysia telah menghina dan memperlekeh negara.

(a) Berikan cadangan anda, tindakan patut diambil terhadap warganegara tersebut.

Memberikan pendidikan pendidikan agama dan moral untuk menyemai dan memupuk semangat cinta akan negara.

Memberi bimbingan dan kaunseling untuk mengukuhkan jati diri . Contohnya mengadakan program motivasi kenegaraan supaya dapat menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebenar sebagai warganegara.

Mengambil tindakan undang-undang seperti memecat kewragnegaraan, hukuman penjara atau denda yang setimpal dengan kesalahan mereka. Ia bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran supaya mereka tidak mengulangi lagi perbuatan membuat kesalahaan besar terhadap negara.

Mengadakan kempen kesedaran dan ceramah motivasi untuk memberi maklumat yang benar tentang negara supaya mereka mendapat maklumat yang sahih dan tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita yang disebarkan melalui blog, Facebook, Wassup dan Twitter yang belum sahih kebenarannya. Contohnya Kempen “ Cintai negara Kita”

Mengadakan dialog nasional supaya sesuatu isu atau masalah negara dapat dibincangkan dan diselesaikan secara musyawarah . Sebarang ketidakpuasan hati tentang isu negara dikemukakan melalui saluran yang betul agar diselesaikan secara matang seterusnya mengelakkan berlakunya pergaduhan.

Pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi perlu menyekat laman sesawang, facebook ,laman web sesiapa sahaja yang memuatkan hinaan supaya hinaan itu tidak menjadi viral dan tidak disebarkan kepada umum.

(b) Kesan jika sikap tersebut gagal dibendung

Rakyat akan berpecah belah akibat perpecahan kaum dan perpecahan parti-parti politik. Kesannya boleh membawa kepada rusuhan antara kaum dan masalah dalam parti . Contohnya berulang Peristiwa 13 Mei 1969 dan juga masalah dalaman parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC.

Page 43: Modul Lengkap k3 2015

43

Politik tidak akan stabil dan pentadbiran kucar kacir . Keamanan dan keharmonian negara terancam apabila demonstrasi jalanan berleluasa . Rakyat pula tidak lagi menghormati pemimpin.

Masyarakat hilang jati diri dan perasaan cinta akan negara akan terhakis. Minda masyarakat akan mudah dijajah kerana mudah terpengaruh dengan budaya asing seperti rempit, dan budaya lepak yang membunag masa Kesannya akan berlaku peningkatan gejala-gejala sosial ke tahap yang merunsingkan hingga imej dan maruah negara tercalar.

Ekonomi negara tidakkan berkembang kerana pertumbuhan ekonomi tergendala. Kemakmuran negara akan tergugat dan pembangunan negara akan terbantut. Pelaburan asing dan aktiviti pelancongan tergugat. Kesannya rakyat mungkin hilang peluang pekerjaan dan pendapatan negara akan merosot.

Kedaulatan negara akan terancam kerana memberi peluang kepada kuasa asing untuk campur tangan. Kesannya, nama baik dan imej negara akan terjejas. Contohnya perbuatan segelintir pihak yang emmburukkan negara sendiri di dalam laman web, facebook dan juga wassup.

Nilai-nilai kemanusiaan akan pudar hingga tiada sikap hormat-menghormati dan

bertoleransi dalam kalangan orang tua dan orang muda . Wujud perasaan hasad dengki dan cemburu dalam kalangan rakyat sehingga masa depan negara akan diganggu gugat.

SOALAN 8 : IKTIBAR

Jelaskan iktibar yang boleh dicontohi daripada semangat nasionalisme pemimpin tempatan bagi mengekalkan kemerdekaan kedaulatan negara.

Antara iktibar yang boleh dicontohi daripada semangat nasionalisme pemimpin tempatan bagi mengekalkan kedaulatan negara ialah mempunyai semangat juang yang kental supaya tidak mudah menyerah kalah dalam perjuangan. Contohnya perjuangan pemimpin tempatan Dato’ Maharaja Lela di negeri Perak.

Selain itu, kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh luar demi mengekalkan kedaulatan negara seterusnya mengelakkan negara dijajah semula.

Seterusnya kita perlulah memiliki sikap berani menentang musuh negara demi mempertahankan keamanan dan kestabilan negara. Dengan ini, secara tidak langsung kita tidak akan mudah menerima pengaruh luar yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggugat kedaulatan negara kita.

Page 44: Modul Lengkap k3 2015

44

Selain itu kita juga hendaklah tidak mudah berputus asa dalam memperjuangkan keamanan negara supaya kedaulatan negara dapat dikekalkan seterusnya rancangan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lancar.

Semangat kerjasama antara pelbagai kaum juga perlu diperkasa kerana perpaduan amat penting dalam usaha mewujudkan keamanan negara demi memastikan kedaulatan negara tidak tergugat.

Kita perlulah sanggup berkorban demi kedaulatan negara. Hal ini penting demi mengekalkan kemakmuran negara kita. Misalnya pengorbanan pasukan keselamatan negara dalam menangani isu pencerobohan di Lahad datu , Sabah.

Di samping itu toleransi antara kaum amat penting agar dapat mewujudkan kerjasama dalam usaha mengekalkan keharmonian negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Seterusnya pemimpin tempatan hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan amanah rakyat demi menjamin kemakmuran negara.

Kita hendaklah bertindak bijak bagi memastikan kepentingan negara dapat dimanfaatkan bersama supaya perancangan yang sistematik dalam tindakan member kesan yang baik kepada negara seterusnya negara dapat mencapai kegemilangan.

SOALAN 8 : NILAI - NILAI MURNI

Nyatakan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan  daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara  kita Malaysia  

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah negara terutamanya negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Selain itu, perpaduan antara kaum penting dalam membangunkan sesebuah negara agar keharmonian masyarakat dapat dikekalkan seterusnya membawa kepada keamanan negara.

Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insan melalui ‘Kempen Keluarga Penyayang’ agar dapat mewujudkan amalan tolong menolong tanpa dipaksa.

Page 45: Modul Lengkap k3 2015

45

Nilai seterusnya ialah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi di negara kita yang tiada berlaku pergaduhan dan peperangan. Keadaan ini membolehkan penduduk menjalankan aktiviti harian dengan selesa.

Akhir sekali, sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang pelbagai kaum , sikap bertoleransi perlu diamalkan supaya dapat mengelakkan salah faham antara satu sama lain seterusnya dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang saling menghormati.

SOALAN 9 : KESIMPULAN

(i) Pengetahuan yang diperoleh(ii) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara(iii) Unsur patriotisme(iv) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang

SOALAN 9 : A

Pengetahuan yang telah saya peroleh daripada tajuk nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap British di negeri- negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Nasionalisme ini mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah kesan perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.

Page 46: Modul Lengkap k3 2015

46

Antara unsur patriotisme yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah kita mestilah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan agama,bangsa dan negara. Selain itu, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita perlulah berusaha membangunkan negara.

Saya berharap sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah memiliki semangat cinta akan negara supaya dapat bersama-sama menjayakan Program Transformasi Kerajaan. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020

SOALAN 9 : B

Pengetahuan yang saya telah peroleh ialah perjuangan tokoh-tokoh masa lampau menentang penjajahan British patut kita contohi. Tokoh-tokoh masa lampau telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara

Iktibar yang saya peroleh ialah sifat kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat penting demi mencapai kejayaan.

Selain itu, sikap berdisiplin dan gigih berusaha perlu diteladani oleh generasi muda hari ini untuk mencapai kemajuan. Ketaatan kepada pemimpin juga perlu bagi menjamin keamanan negara.

Harapan saya terhadap diri ialah generasi muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar negara akan menjadi maju dan mencapai Wawasan 2020.