modul latihan sps ptpb sibu

27
PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN SIBU MODUL LATIHAN GURU PENTADBIR SISTEM SEKOLAH UNTUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH 1. LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR GURU DAN STAFF DALAM SPS Terlebih dahulu Pentadbir Sistem perlu mendaftar Guru, Staff dan Murid ke dalam sistem agar pengguna (Guru, Staff dan Murid) boleh login dalam sistem untuk tujuan pengemaskinian data dan maklumat. Pentadbir Sistem perlu mewujudkan dua kumpulan pengguna iaitu: o TadbirGuru (untuk kumpulan guru-guru dan staff) o TadbirGuruKelas (untuk kumpulan guru-guru kelas) Selepas itu, pentadbir sistem perlu mendaftarkan semua pengguna mengikut dua kumpulan tadi dengan hanya menggunakan dua maklumat utama iaitu nama dan no kad pengenalan (jika perlu, gunakan kaedah copy – paste dari data sedia ada). Kaedah ini bertujuan supaya tugas mengemaskini maklumat peribadi guru bukan hanya dilakukan oleh pentadbir sistem tetapi oleh individu itu sendiri. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh Pentadbir Sistem iaitu: A. Wujudkan Kumpulan TadbirGuru dan Kumpulan TadbirGuruKelas 1. Pentadbir Sistem log masuk ke dalam 1sistem menggunakan ID dan kata laluan (admin.kodsekolah dan admin) 2. Klik Pentadbir Sekolah

Upload: zakaria-bujang

Post on 20-Jan-2016

56 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN SIBU

MODUL LATIHAN GURU PENTADBIR SISTEM SEKOLAH UNTUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

1. LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR GURU DAN STAFF DALAM SPS

� Terlebih dahulu Pentadbir Sistem perlu mendaftar Guru, Staff dan Murid ke dalam sistem agar

pengguna (Guru, Staff dan Murid) boleh login dalam sistem untuk tujuan pengemaskinian data dan

maklumat.

� Pentadbir Sistem perlu mewujudkan dua kumpulan pengguna iaitu:

o TadbirGuru (untuk kumpulan guru-guru dan staff)

o TadbirGuruKelas (untuk kumpulan guru-guru kelas)

� Selepas itu, pentadbir sistem perlu mendaftarkan semua pengguna mengikut dua kumpulan tadi

dengan hanya menggunakan dua maklumat utama iaitu nama dan no kad pengenalan (jika perlu,

gunakan kaedah copy – paste dari data sedia ada).

� Kaedah ini bertujuan supaya tugas mengemaskini maklumat peribadi guru bukan hanya dilakukan

oleh pentadbir sistem tetapi oleh individu itu sendiri.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh Pentadbir Sistem iaitu:

A. Wujudkan Kumpulan TadbirGuru dan Kumpulan TadbirGuruKelas

1. Pentadbir Sistem log masuk ke dalam 1sistem menggunakan ID dan kata laluan (admin.kodsekolah

dan admin)

2. Klik Pentadbir Sekolah

Page 2: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Klik Selenggara Kumpulan Pengguna (Modul Pengurusan Pentadbir Sistem)

4. Klik Tambah Kumpulan Baru

Page 3: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

5. Isikan maklumat (kebenaran) yang diperlukan. Klik checkbox berikut:

a. Perkhidmatan Keselamatan – Ubahsuai Pengguna

b. Pengurusan Sumber Manusia – Mengurus Rekod Kakitangan, Papar Profil Sendiri dan

Pengurusan Penyediaan Asas Kakitangan

c. Selenggara Sekolah – Pentadbir Sekolah.

Seterusnya klik Simpan

6. Anda akan lihat kumpulan “TadbirGuru” telah wujud dalam system

Page 4: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

7. Ulangi Langkah 1 – 6 di atas untuk mengwujudkan Kumpulan TadbirGuruKelas dan beri Kebenaran

berikut:

a. Modul Murid – semua

b. Pengurusan Murid (Sekolah Saya) – semua

c. Pengurusan Bayaran/Sumbangan – semua

d. Laporan Tugasan – semua

e. Pengurusan Sumber Manusia – Papar Profil Sendiri

f. Module Pra Pendaftaran Murid – Semua

g. Selenggara Sekolah – Selenggara Sekolah

B. Mendaftar Pengguna Baru (oleh Guru Pentadbir Sistem Sekolah)

1. Pastikan Pop-up Blocker tidak dibolehkan (deactivate). Bagi pengguna Google Chrome sila rujuk

fail “To Deactivate Pop-up Blocker” yang disertakan.

2. Klik Selenggara Maklumat Staf

3. Klik butang Tambah

4. Klik pada Tambah Pengguna

Page 5: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

5. Masukkan data berikut:

a. Nama – Nama pengguna seperti pada kad pengenalan

b. Nama Pengguna – No. K/P (contoh: 650515135522)

c. E-mel (jika tiada gunakan emel dibuat-buat)

d. Kata Laluan – guna yang default (sama bagi semua)

e. Sahkan Kata Laluan – sama dengan di atas

f. Klik butang Simpan

6. Ulangi langkah 1 – 4 untuk mendaftar pengguna selanjutnya.

7. Ke Modul Pengurusan Pentadbir Sistem Klik Senarai Kumpulan– Pilih Kumpulan TadbirGuru –

klik butang Sila Pilih dan pilih pengguna yang hendak dimasukkan dalam kumpulan ini.

8. Ulangi Langkah 6. untuk Kumpulan TadbirGuruKelas (Pilih Kumpulan TadbirGuruKelas – klik

butang Sila Pilih dan pilih pengguna yang hendak dimasukkan dalam kumpulan ini.)

Page 6: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

9. Anda dikehendaki memaklumkan ID dan kata laluan kepada semua staf di sekolah. Tugas anda

tamat di sini.

10. Tugas staf bermula dari sini. (Mengemaskini maklumat peribadi staf oleh staf)

11. Selanjutnya, semua staf boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah

diwujukkan oleh anda; iaitu menggunakan no kad pengenalan mereka sendiri. Contoh, Haliza

Guru yang memiliki no kad pengenalan 640710025371 boleh menggunakan nombor ini untuk

log masuk (nama pengguna dan kata laluan menggunakan no kad pengenalan yang sama

(Kaedah ini bertujuan supaya tugas mengemaskini maklumat peribadi guru bukan hanya

dilakukan oleh pentadbir sistem tetapi oleh individu itu sendiri.

12. Klik Pentadbir Sekolah - Pada Modul Pengurusan Staf Klik “Selenggara Maklumat Staf” - Klik

butang Tambah dan

13. Klik butang Sila Pilih.

Untuk memilih semua

Page 7: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

14. Pada pop-up window tanda pada radio button bersebelahan dengan nama sendiri dan klik

butang Pilih. Tutup pop-up window dan lengkapkan antara 11 hingga 13 medan penting butiran

mengenai diri beliau. Butiran-butiran lain boleh diisi kemudian. Proses ini tamat di sini.

2. Selenggara Kemudahan Sekolah

(Bangunan dan Bilik) –Untuk permulaan yang perlu didaftar adalah Bangunan Pentadbiran dan

Akademik. Ini adalah untuk membolehkan modul Pengurusan Murid diselenggara)

1. Di Modul Pengurusan Kemudahan Sekolah, klik Selenggara Kemudahan Sekolah – Kemudahan

Baru dan

Page 8: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

klik butang Tambah (jika paparan ini)

atau

2. Klik Pilih Kategori (drop-down list) – Bangunan. Kemudian klik butang Pilih

Page 9: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Masukkan maklumat yang diperlukan

a. Nama

b. Kod (Dicadang singkatan nama blok – ditentukan oleh pihak sekolah)

c. Kelulusan Diperlukan

d. Klasifikasi

e. Kapasiti

f. Aktif; Untuk Tempahan; Untuk Jadual Waktu; Untuk P&P

4. Klik butang Simpan

5. Ulangi Langkah 1 dan pilih Bilik. Masukkan maklumat-maklumat dan klik butang Simpan

6. A/00/01

Page 10: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Selenggara Darjah/Tingkatan

1. Pada Modul Pengurusan Maklumat Sekolah klik Selenggara Darjah / Tingkatan dan butang

Tambah

2. Masukkan maklumat berikut:-

d. Nama

e. Kod

f. Keterangan

a. Darjah/Tingkatan Terdahulu *

b. Terapung

c. KapasitiAliran

g. Lokasi

h. Guru Kelas

i. Pembantu Guru

Page 11: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Klik butang Simpan

4. Selenggara Maklumat Murid (Tambah Rekod Murid)

1. Pada Modul Pengurusan Murid – Selenggara Maklumat Murid klik butang Tambah Murid

2. Masukkan maklumat yang berkenaan (* wajib diisi)

3. Klik pada butang Baca Dari Kad Pengenalan untuk menyalin data dari kad pengenalan. Sila

gunakan alat pembaca kad pengenalan untuk menyalin data

4. Pastikan Tahun/Tingkatan Kemasukan – Tahun / Tingkatan semasa

5. Tarikh Kemasukan – tarikh semasa

Page 12: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

6. Masukkan default password murid (Kata Laluan sama bagi semua murid. Murid wajib

tukarkannya bila log-in buat kali pertama kemudian. Ini adalah untuk memudahkan

Pentadbir Sistem)

7. Klik pada butang Simpan

5. Penempatan Murid (secara manual)

Penempatan secara manual ini dilakukan dengan menempatkan murid yang dikehendaki ke kelas yang sesuai untuk murid tersebut.

1. PadaModul Pengurusan Murid, klik Sub-Modul Penempatan Murid Secara Manual

2. Klik pada check box yang setara dengan nama muriddanklik butang Pindah Murid

Page 13: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Pilih kelas yang sesuai dan klik butang Pindah Murid.

6. Selenggara Takwim Sekolah

Pengurusan Takwim Sekolah ialah modul yang membolehkan pengguna untuk melihat paparan semua

maklumat takwim yang berkaitan dengan Pengurusan Takwim Sekolah.Selenggara Takwim Sekolah

membolehkan pengguna menyelenggara semua yang berkaitan dengan takwim sekolah.Terdapat

beberapa elemen yang berkaitan dengan Pengurusan Takwim Sekolah yang membolehkan pengguna

melihat dengan lebih terperinci berkaitan dengan Pengurusan Takwim Sekolah. Antara elemen-elemen

tersebut ialah:

• Selenggara Cuti

• Selenggara Acara

• Senarai Acara

• Senarai Hari Persekolahan

• Papar Takwim

Selenggara Cuti

Selenggara Cuti membolehkan pengguna menambah rekod cuti yang berkaitan dengan cuti

persekolahan mengikut jenis cuti yang telah ditetapkan.

Page 14: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 1

Langkah-langkah menambah cuti:

1. Klik pada Selenggara Takwim Sekolah.

2. Klik pada menu Selenggara Cuti .

3. Masukkan data-data yang diperlukan (Lihat gambarajah 1).

4. Klik butang Simpan (Lihat gambarajah 1).

5. Rekod selenggara cuti akan dipaparkan.

Langkah-langkah memadam cuti:

1. Masuk pada menu Selenggara Takwim Sekolah.

2. Tandakan pada check box untuk memadam cuti (Lihat gambarajah 1).

3. Klik pada butang Padam (Lihat gambarajah 1).

Selenggara Acara

Selenggara Acara Takwim membolehkan pengguna untuk menambah rekod acara yang dirancang di

sekolah mengikut tajuk acara yang telah ditetapkan oleh sekolah tersebut seperti Hari Kantin, Sukan

Sekolah dan sebagainya.

Page 15: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 2

Langkah-langkah tambah acara takwim:

1. Klik pada menu Selenggara Takwim Sekolah .

2. Klik pada menu Selenggara Acara.

3. Masukkan data-data yang diperlukan (Lihat gambarajah 2).

4. Klik butang Simpan (Lihat gambarajah 2).

Senarai Acara

Senarai Acara membolehkan pengguna melihat semua acara yang telah dimasukkan ke dalam

sistem.Dengan itu, pengguna boleh mengemas kini atau memadam rekod sekiranya perlu.Penambahan

acara takwim boleh dirujuk dalam topik Selenggara Acara.

Page 16: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 3

Langkah-langkah tambah acara takwim:

1. Klik pada Selenggara Takwim Sekolah.

2. Klik pada menu Senarai Acara.

3. Klik pada butang Tambah (Lihat gambarajah 3).

4. Masukkan data-data yang diperlukan (Lihat gambarajah 4).

5. Klik pada butang Simpan (Lihat gambarajah 4).

Gambarajah 4

Page 17: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Langkah-langkah mengemaskini senarai acara:

1. Klik pada Selenggara Takwim Sekolah.

2. Klik pada menu Senarai Acara.

3. Klik pada pautan nama acara (Lihat gambarajah 3).

4. Kemas kini data-data yang diperlukan (Lihat gambarajah 4).

5. Klik butang Simpan (Lihat gambarajah 4).

7. Pengurusan Kehadiran

Pengurusan Kehadiran membenarkan pengguna menyelenggar kehadiran guru dan staf, menyenarai

ctak laporan, memapar dan mencetak kehadiran dan analisis kehadiran, serta membuat penyediaan

surat ketidakhadiran.

1. Selenggara Kehadiran Staf

2. Rekod Kehadiran Staf

3. Laporan Kehadiran Staf

4. Selenggara Kad Akses

Selenggara Kehadiran Staf

Menu Selenggara Kehadiran Staf membenarkan pengguna menetap tempoh waktu kerja bagi satu-satu sesi,

menyelenggara jenis kehadiran dan menetapkan hari boleh ubah kehadiran staf.Terdapat beberapa elemen

pengguna untuk Selenggara Kehadiran Staf. Antara elemen tersebut ialah:

• Selenggara Jenis Kehadiran.

• Selenggara Kehadiran Kumpulan.

• Selenggara Waktu Kerja Kumpulan.

• Selenggara Waktu Kerja Individu.

• Selenggara IP untuk Rekod Kehadiran.

Selenggara Jenis Kehadiran

Di bawah Selenggara Jenis Kehadiran, pengguna boleh menetapkan kod dan pemerihalan bagi setiap jenis

ketidakhadiran staf.

Gambarajah 1

Page 18: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 2

Langkah-langkah menambah selenggara jenis kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara Jenis Kehadiran.

2. Klik butang Tambah(Lihat gambarajah 1).

3. Masukkan maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 2).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 2).

Langkah-langkah mengemaskini selenggara jenis kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara Jenis Kehadiran.

2. Klik nama pautan nama(Lihat gambarajah 1).

3. Kemas kini maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 2).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 2).

Langkah-langkah memadam jenis kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara Jenis Kehadiran.

2. Tanda check-box untuk tidak memadam data (Lihat gambarajah 1)

3. Klik pada butang Padam(Lihat gambarajah 1).

Selenggara Kehadiran Kumpulan (Attendance Group)

Paparan ini membolehkan pengguna menyelenggara jenis kumpulan staf yang terdapat di sekolah

tersebut seperti kumpulan guru, kumpulan staf sokongan dan sebagainya.

Gambarajah 3

Page 19: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 4

Langkah-langkah menambah selenggara kehadiran kumpulan (Create Group):

1. Klik pada menu Selenggara Kehadiran Kumpulan.

2. Klik butang Tambah (Lihat gambarajah 3).

3. Masukkan maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 4).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 4).

Langkah-langkah mengemaskini selenggara kehadiran kumpulan(Populate Group):

1. Klik pada menu Selenggara Kehadiran Kumpulan.

2. Klik nama pautan kumpulan (Lihat gambarajah 3).

3. Kemas kini maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 4).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 4).

Langkah-langkah memadam selenggara kehadiran kumpulan(Delete Group / Member):

1. Klik pada menu Selenggara Kehadiran Kumpulan.

2. Tanda check-box untuk tidak memadam data (Lihat gambarajah 3)

3. Klik pada butang Padam (Lihat gambarajah 3).

Selenggara Waktu Kerja Kumpulan

Paparan ini membolehkan pengguna menyelenggara waktu masuk dan waktu keluar untuk setiap

kumpulan staf yang ada.Oleh itu, setiap rekod kehadiran bergantung pada masa yang telah ditetapkan

untuk setiap kumpulan staf tertentu.

Gambarajah 5

Page 20: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 6

Langkah-langkah menambah Selenggara Waktu Kerja Kumpulan:

1. Klik pada menu Selenggara Waktu Kerja Kumpulan.

2. Klik butang Tambah (Lihat gambarajah 5).

3. Masukkan maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 6).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 6).

Langkah-langkah mengemaskini Selenggara Waktu Kerja Kumpulan:

1. Klik pada menu Selenggara Waktu Kerja Kumpulan.

2. Klik nama pautan kumpulan (Lihat gambarajah 5).

3. Kemas kini maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 6).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 6).

Langkah-langkah memadam Selenggara Waktu Kerja Kumpulan:

5. Klik pada menu Selenggara Waktu Kerja Kumpulan.

6. Tanda check-box untuk tidak memadam data (Lihat gambarajah 5)

7. Klik pada butang Padam (Lihat gambarajah 5).

Selenggara Waktu Kerja Individu

Paparan ini membolehkan pengguna menyelenggara kumpulan mana setiap individu itu hadir pada

tarikh tertentu.Oleh itu, setiap rekod kehadiran bergantung pada tarikh dan kumpulan yang telah

ditetapkan untuk setiap individu tertentu.

Page 21: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 7

Langkah-langkah menyelenggara Waktu Kerja Individu:

1. Klik pada menu Selenggara Waktu Kerja Individu.

2. Klik pada check-boxnama staf yang ingin diselenggara (Lihat gambarajah 7).

3. Masukkan maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 7).

4. Klik butang Set Kumpulan (Lihat gambarajah 7).

Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran

Paparan ini membolehkan pengguna menyelenggara alamat IP untuk komputer yang digunakan sebagai

tempat untuk merekod kehadiran staf.

Gambarajah 8

Gambarajah 9

Page 22: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Langkah-langkah menambah Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran.

2. Klik butang Tambah (Lihat gambarajah 8).

3. Masukkan maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 9).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 9).

Langkah-langkah mengemaskini Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran.

2. Klik nama pautan IP (Lihat gambarajah 8).

3. Kemas kini maklumat yang diperlukan (Lihat gambarajah 9).

4. klik butang Simpan (Lihat gambarajah 9).

Langkah-langkah memadam Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran:

1. Klik pada menu Selenggara IP Untuk Rekod Kehadiran.

2. Tanda check-box untuk tidak memadam data (Lihat gambarajah 8)

3. Klik pada butang Padam (Lihat gambarajah 8).

Rekod Kehadiran Staf

Menu Rekod Kehadiran Staf membenarkan melihat paparan, mencatat dan mencetak kehadiran staf

mengikut tarikh.Terdapat beberapa elemen pengguna untuk Rekod Kehadiran Staf. Antara elemen

tersebut ialah:

• Rekod Kehadiran Staf.

• Pergerakan Harian Staf.

Rekod Kehadiran Staf

Paparan ini membenarkan pengguna melihat paparan, mencatat dan mencetak kehadiran staf mengikut

tarikh. Disamping itu, pengguna juga boleh mengemas kini rekod kedatangan sekiranya terdapat

kesilapan.

Gambarjah 10

Langkah-langkah mencatat kehadiran staf:

1. Klik menu Selenggara Kehadiran Staf.

2. Klik menu Rekod Kehadiran Staf.

3. Klik butang Catat Kedatangan (Lihat gambarajah 10).

4. Kemas kini rekod kedatangan (Lihat gambarajah 11).

5. Klik butang Simpan (Lihat gambarajah 11).

Page 23: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 11

Pergerakan Harian Staf

Paparan ini membenarkan pengguna melihat paparan kehadiran staf mengikut masa secara harian.

Langkah-langkah melihat Pergerakan Harian Staf:

1. Klik menu Selenggara Kehadiran Staf.

2. Klik menu Pergerakan Harian Staf.

3. Pilih tarikh dari drop-down (Lihat gambarajah 12).

4. Klik butang Papar (Lihat gambarajah 12).

Page 24: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 12

Laporan Kehadiran Staf

Paparan ini membolehkan pengguna melihat analisis kehadiran untuk semua staf yang ada di sekolah

tersebut.Pengguna dibenarkan untuk mencetak data yang ada. Terdapat beberapa elemen yang ada

dalam paparan ini iaitu:-

• Analisis Kehadiran Staf Bulanan.

• Analisis Kehadiran Staf.

• Analisis Kehadiran Staf Mengikut Tahun.

• Analisis Masa Kehadiran Mengikut Staf.

Analisis Kehadiran Staf Bulanan

Paparan ini membolehkan pengguna menganalisis kehadiran setiap staf mengikut bulanan.

Gambarajah 13

Langkah-langkah melihat analisis kehadiran staf bulanan:

1. Klik menu Laporan Kehadiran Staf.

2. Klik menu Analisis Kehadiran Staf Bulanan.

Page 25: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

3. Pilih jenis Staf dan nama bulan (Lihat gambarajah 13).

4. Klik butang Papar (Lihat gambarajah 13).

Analisis Kehadiran Staf

Paparan ini membolehkan pengguna menganalisis kedatangan setiap staf seperti hadir, lewat, cuti dan

sebagainya.Pengguna juga boleh melihat jumlah hadir dan tidak hadir setiap staf yang ada.

Gambarajah 14

Langkah-langkah melihat analisis kehadiran staf:

1. Klik menu Laporan Kehadiran Staf.

2. Klik menu Analisis Kehadiran Staf.

3. Pilih jenis staf (jika perlu) dan tetapkan tempoh tarikh yang ingin dianalisis (Lihat gambarajah 14).

4. Klik butang Carian (Lihat gambarajah 14).

Analisis Kehadiran Staf Mengikut Tahun

Paparan ini membolehkan pengguna menganalisis kehadiran staf mengikut tahun.Ia merangkumi jumlah

hadir dan jumlah tidak hadir secara keseluruhan.

Langkah-langkah melihat analisis kehadiran staf mengikut tahun:

1. Klik menu Laporan Kehadiran Staf.

2. Klik menu Analisis Kehadiran Staf Mengikut Tahun.

3. Pilih jenis staf dan tahun (Lihat gambarajah 15).

4. Klik butang Carian (Lihat gambarajah 15).

Page 26: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Gambarajah 15

Analisis Masa Kehadiran Mengikut Staf

Paparan ini membolehkan pengguna menganalisis masa kehadiran setiap staf.Pengguna boleh melihat

tempoh masa masuk dan keluar seseorang staf.

Gambarajah 16

Gambarajah 17

Page 27: Modul Latihan SPS PTPB Sibu

Langkah-langkah melihat analisis masa kehadiran mengikut staf:

1. Klik menu Laporan Kehadiran Staf.

2. Klik menu Analisis Masa Kehadiran Mengikut Staf.

3. Klik pautan nama staf (Lihat gambarajah 16).

4. Paparan seperti gambarajah 17 akan dipaparkan.

Selenggara Kad Akses

Paparan ini membolehkan pengguna menyelenggara nombor kad akses yang akan ditetapkan untuk

setiap staf.

Gambarajah 18

Gambarajah 19

Langkah-langkah selenggara kad akses:

1. Klik menu Selenggara Kad Akses.

2. Klik butang Tambah (Lihat gambarajah 18).

3. Masukkan data yang diperlukan (Lihat gambarajah 19).

4. Klik butang Simpan (Lihat gambarajah 19).

8. Pengurusan Kedatangan Murid