modul e markah

17
LANGKAH 1 Bagaimana LOG IN masuk ke FROG VLE SKBUD4? i- Buka internet browser pada komputer/laptop. Digalakkan menggunakan Google Chrome tetapi Internet Explorer, Mozilla/Firefox, Safari dan internet browser yang lain juga boleh digunakan. ii- Taip : https://bba8260.1bestarinet.net pada url link. iii-Paparan seperti dalam Gambar 1 akan kelihatan. iv- Masukkan dalam Gambar 1 – Yes ID : [email protected] , Password : 81XXXXXX dan klik Login. Gambar 1 1

Upload: aman-shah

Post on 17-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

markah

TRANSCRIPT

1

LANGKAH 1 Bagaimana LOG IN masuk ke FROG VLE SKBUD4?

i- Buka internet browser pada komputer/laptop. Digalakkan menggunakan Google Chrome tetapi Internet Explorer, Mozilla/Firefox, Safari dan internet browser yang lain juga boleh digunakan.ii- Taip : https://bba8260.1bestarinet.net pada url link.iii- Paparan seperti dalam Gambar 1 akan kelihatan.

Gambar 1

iv- Masukkan Yes ID dan password seperti contoh dalam Gambar 1 Yes ID : [email protected], Password : 81XXXXXX dan klik Login.v- Sekiranya berjaya log masuk, paparan seperti pada Gambar 2 akan kelihatan iaitu Dasboard peribadi anda.

Gambar 2

LANGKAH 2 Bagaimana LOG IN masuk ke dalam e-MARKAH?

i- Paparan seperti dalam Gambar 2 akan kelihatan.

Gambar 3

ii- Klik pada Quick Launch (1) pada Frog Bar dan paparan seperti pada Gambar 3 akan kelihatan.iii- Seterusnya pada Gambar 3, klik Google Drive (2). Paparan New Tab atau New Window akan muncul (bergantung kepada komputer/laptop) masing-masing. iv- Sekiranya berjaya log masuk, paparan seperti pada Gambar 4 akan kelihatan iaitu file/folder yang terdapat dalam Google Drive anda.

Gambar 4

v- Pada paparan Gambar 4, klik Shared With Me (Gambar 5A 1. (Semua file/folder yang dikongsi/share oleh orang lain dengan anda akan terpapar)

Gambar 5A

Gambar 5B

vi- Seterusnya, klik pada Sistem Analisis Peperiksaan (Gambar 5A 2) dan paparan seperti pada Gambar 5B akan kelihatan.vii- Klik pada nama kelas untuk memilih kelas yang dikehendaki. Contohnya Markah_1M seperti dalam Gambar 5B-3.viii- Paparan seperti dalam Gambar 6 akan kelihatan dan ini menunjukkan anda telah berjaya masuk ke e-MARKAH. Paparan seperti ini akan kelihatan sekiranya Guru Kelas telah memasukkan Jenis Peperiksaan dan Nama Murid.

Gambar 6

LANGKAH 3 : MOD GURU KELAS Apa yang perlu dilakukan sebelum Guru Subjek memasukkan markah?

i- Paparan seperti dalam Gambar 7 akan kelihatan.Gambar 7

ii- Pada Gambar 7, Guru Kelas perlu menetapkan Jenis Peperiksaan dengan klik pada Gambar 7-1. Pilih Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun.iii- Seterusnya, Guru Kelas perlu memasukkan nama murid yang terdapat dalam kelas semasa peperiksaan dijalankan. Guru Kelas hanya perlu memasukkan nama pada Sheet BMK sahaja dan paparan seperti pada Gambar 6 akan kelihatan. Sheet-BMP akan dijana secara automatik.

Sekiranya Guru Kelas hendak melakukan sebarang perubahan nama, ubah pada Sheet-BMK sahaja. JANGAN UBAH pada sheet yang lain

iv- Terdapat dua cara untuk memasukkan nama murid :a. Copy & Paste nama murid dari data murid yang boleh dimuat turun (download) dari APDMb. Taip terus nama muridLANGKAH 4 : MOD GURU SUBJEK Apa yang perlu dilakukan SELEPAS Guru Kelas memasukkan memasukkan nama murid (rujuk : Langkah 3) ?

i- Paparan seperti dalam Gambar 7 akan kelihatan sekiranya Guru Kelas telah memasukkan nama murid.

Gambar 8

ii- Guru Subjek perlu terlebih dahulu melengkapkan maklumat M/pelajaran, Guru (guru subjek), kelas dan nama Guru Kelas maklumat dalam Gambar 8-1.iii- Rujuk pada Sheet-Panduan untuk melihat Akronim Subjek yang betul. Contohnya BMK = Bahasa Melayu Pemahaman, DSV = Dunia Seni Visualiv- Seterusnya, Guru Subjek akan mengisi markah (Gambar 8-2) pada ruangan markah sahaja. Contoh : 100, 90, 20 dan sebagainya. Gred akan berubah secara automatik mengikut markah yang diisi oleh guru. a. Gred E adalah default sistem ini dan akan berubah secara automatik mengikut markah yang diisi.b. Sekiranya murid TIDAK HADIR, masukkan markah 0 pada ruangan markah. Pada ruangan gred masukkan TH.c. Sekiranya Guru Subjek sudah memasukkan markah semua murid dalam kelas tersebut, MOHON PADAM semua gred E pada ruangan gred yang tidak terdapat nama murid.d. Bagi Guru Subjek PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN MORAL dan BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN, masukkan markah pada nama murid yang menduduki peperiksaan sahaja. JANGAN padam nama murid lain. v- Tidak perlu klik Save/simpan kerana sistem ini akan menyimpan maklumat secara automatic.vi- Selesai pengisian markah, maka MOD GURU SUBJEK selesai. Boleh cetak/print markah murid untuk tujuan simpanan atau rujukan. vii- Gambar 9 = Contoh markah yang telah dikemas kini oleh Guru Subjek.

Gambar 9

viii- Tekan Ctrl + P untuk Windows atau Command + P untuk Macbook pada keyboard untuk mencetak markah.ix- Tahniah.. Anda sudah berjaya melengkapkan markah. Terus kepada bahagian Pengiraan GPS (Rujuk Langkah 7)

LANGKAH 5 : MOD GURU KELAS Apa yang perlu dilakukan SELEPAS Guru Subjek memasukkan memasukkan nama markah (rujuk : Langkah 4) ?

i- Paparan seperti dalam Gambar 10 akan kelihatan sekiranya Guru Subjek telah memasukkan nama murid.

Gambar 10

ii- Untuk membuat semakan / pemantauan pengisian markah oleh Guru Subjek, Guru Kelas mempunyai pilihan sama ada klik satu demi satu Sheet subjek ataupun Guru Kelas terus ke Sheet-KESELURUHAN seperti pada Gambar 11.Gambar 11

iii- Guru Kelas hanya perlu memantau pengisian markah oleh Guru Subjek menggunakan Sheet-KESELURUHAN. a. Gambar 111 menunjukkan hanya Subjek BMP sahaja yang mempunyai markah.b. Gambar 11- 2 menunjukkan Jumlah Markah dan Jumlah Peratus yang dikira berdasarkan lima subjek teras iaitu BMK, BMP, BI, Math dan Sains.c. Keputusan LULUS/GAGAL akan berubah sekiranyanya Jumlah Peratus berubah.d. KDK juga berubah setiap kali ada perubahan pada Jumlah Markah / Jumlah Peratus.iv- Gambar 12 : Contoh paparan Keseluruhan apabila markah lima subjek teras dilengkapkan. Jumlah Markah, Jumlah Peratusan dan KDK berubah.

Gambar 12

Nota : Tidak perlu maklumat yang terdapat dalam Sheet KESELURUHAN kerana kesemua maklumat dalam bahagian ini akan dijana secara automatik.

Guru Kelas hanya perlu Tekan Ctrl + P untuk Windows atau Command + P untuk Macbook pada keyboard untuk cetak lembaran ini.LANGKAH 6 : MOD GURU KELAS

Bagaimana hendak mencetak Slip Keputusan Murid ?

i- Sekiranya Langkah 1-5 telah dilalui selesai dan paparan seperti pada Gambar 2 Sheet-KESELURUHAN sudah lengkap, Guru Kelas perlu memilih Sheet- SLIP , SLIP 3/4 atau seterusnya seperti Paparan Gambar 13.

Gambar 13

ii- Pada Slip Keputusan Murid, Guru Kelas hanya perlu memasukkan :a. Gambar 13-1 : Kedudukan dalam kelas (jumlah sebenar murid , contoh 29 sahaja. Tidak perlu masukkan 29 orang).b. Gambar 13-1 : Kedudukan dalam darjah (sekiranya perlu) *pada Peperiksaan Pertengahan Tahun tidak dimasukkan kecuali pada Peperiksaan Akhir Tahun.c. Gambar 13-1 : Kehadiran (sekiranya perlu) *Rujuk Pentadbir Sekolah.d. Gambar 13-2 : Ulasan Guru kelase. Gambar 13-3 : Pilih nama Guru Besar atau Penolong Kanan yang ditetapkan untuk menandatangani Slip Keputusan Murid.iii- Pada bahagian Nama Murid, Tahun, Markah, Nama Guru Kelas dan lain-lain, Guru Kelas tidak perlu memasukkan apa-apa kerana maklumat tersebut dijana secara automatik daripada Langkah 1-Langkah 5.iv- Bagi Tandatangan Guru Besar dan Jumlah Sebenar Murid dalam Kelas / Jumlah penuh Kehadiran, Guru Kelas hanya akan memasukkan maklumat tersebut pada Slip 1 sahaja. Slip 1-4 akan dijana secara automatik.v- Penting :a. Slip , Slip dan seterusnya merujuk kepada Nama murid seperti pada Sheet BMK (rujuk Langkah 1).b. Sekiranya berlaku perubahan nama murid, perlu diubah pada Sheet-BMK dalam Langkah 1. Jangan Lakukan perubahan pada Slip Keputusan Murid.vi- Sekiranya sudah lengkap (Guru Kelas selesai memasukkan maklumat seperti dalam Langkah 6 ii dan Langkah 6-iii), proses mencetak / print boleh dilakukan.vii- Untuk mencetak, Guru Kelas tidak perlu muat turun Slip Keputusan Murid. Tekan Ctrl + P untuk Windows atau Command + P untuk Macbook pada keyboard untuk cetak lembaran ini dan cetak/print seperti biasa.

Nota : a. Terdapat 40 Slip Keputusan Murid yang telah disediakan secara 2 muka surat dalam 1 kertas saiz A4. b. Pilih Lanscape View (pada layout komputer/laptop) untuk memastikan cetakan Slip Keputusan murid betul.c. Walaupun 40 Slip Keputusan Murid telah disediakan namun, sekiranya murid kelas tersebut hanyalah 29 orang maka cetakan hanya perlu dibuat pada Slip 1-30 sahaja. Selebihnya abaikan.d. Rujuk Gambar 14A (tiada ulasan guru kelas) dan Gambar 14B (ada ulasan guru kelas) untuk contoh cetakan yang dibuat pada Slip 1/2.e. Selesai proses cetakan, potong kepada dua bahagian dan dapatkan tandatangan pentabir sebelum ditampal pada buku ADAB murid ataupun Fail murid.f. Tarikh DISARANKAN ditulis tangan untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kesahan Slip Keputusan ini dilakukan. Gambar 14A

Gambar 14B

LANGKAH 7 : MOD GURU SUBJEK

Bagaimana hendak membantu Guru Kelas dan pentadbir sekolah untuk mendapatkan GPS setiap subjek?

i- Kembali pada Google Drive. ii- Pada paparan Gambar 15, klik Shared With Me (Gambar 15-1. (Semua file/folder yang dikongsi/share oleh orang lain dengan anda akan terpapar)iii- Klik pada Folder Pengiraan GPS (Gambar 15-2) dan Klik pada File Pengiraan GPS (Gambar 15-3) dan paparan Gambar 15-3 akan kelihatan.

Gambar 15

Nota :Sebelum memasukkan apa-apa maklumat dalam Pengiraan GPS, pastikan :a. Mengetahui jumlah sebenar murid dalam kelas tersebut.b. Mengetahui jumlah murid yang hadir dan tidak semasa peperiksaan tersebut dijalankan.c. Membuat pengiraan secara MANUAL bilangan murid yang mendapat Gred A, B, C, D dan D.

iv- Selepas Langkah 7-iii selesai, paparan seperti Gambar 16 akan kelihatan. Gambar 16

v- Pilh kelas yang dikehendaki untuk memasukkan maklumat Pengiraan GPS seperti dalam Gambar 16-1.vi- Guru yang pertama memasukkan GPS hendaklah memilih nama Guru Kelas dan Kelas seperti paparan Gambar 16-2.vii- Rujuk paparan Gambar 16-3:a. Pilih Subjek yang hendak diajar. Masukkan JUMLAH MURID SEBENAR DALAM KELAS dalam ruangan DAFTAR, jumlah murid yang hadir dalam ruangan HADIR, jumlah murid yang tidak hadir dalam ruangan TH. Jika tiada yang TH sila masukkan angka 0.b. Masukkan jumlah murid yang telah dikira secara manual mengikut GRED pada ruangan Bil. Pada ruangan % tidak perlu memasukkan apa-apa kerana akan dijana secara automatik.c. Pada ruangan LULUS & GAGAL tidak perlu memasukkan apa-apa.d. Masukkan angka 0 sekiranya tiada murid mendapat GRED tersebut.e. Selesai dan tidak perlu Save atau Simpan dan TUGAS Guru Subjek berakhir di sini. viii- Rujuk paparan Gambar 16-4:a. Pentadbir Sekolah atau Ketua Panitia yang hendak mengetahui GPS keseluruhan atau GPMP keseluruhan mengikut sesuatu subjek boleh memilih mana-mana subjek seperti BMK : Bahasa Melayu Pemahaman dan lain-lain. Contoh paparan adalah seperti Gambar 17.b. Cetakan boleh dibuat dengan tekan Ctrl + P untuk Windows atau Command + P untuk Macbook pada keyboard untuk cetak lembaran ini dan cetak/print seperti biasa.

Gambar 17

SELESAI