modul berhenti merokok_web (1)

of 45/45

Post on 01-Jul-2015

490 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Halaman

Pengenalan Panduan Menggunakan Modul Objektif Kumpulan Sasar Unit Pengajaran Panduan Menjalankan Sesi Pengajaran Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok Persediaan Untuk Berhenti Merokok Mulakan Berhenti Merokok Mengekalkan Status Tidak Merokok

1 4 4 4 4 5 6 17 23 38

PENGENALANi Malaysia, setiap satu kematian daripada lima kematian adalah akibat daripada merokok. Merokok merupakan penyebab utama kematian awal yang mampu diubah. Merokok menyumbang kepada anggaran kehilangan 120,000 tahun kehidupan berpotensi. Dianggarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat merokok. Penyelidikan dan kajian pada awal tahun 1950-an dan 1960-an telah mengumpulkan banyak bukti epidemiologi berkaitan dengan impak merokok terhadap kesihatan. Penyelidikan cohort studies, case studies dan sumber data-data yang lain telah menghasilkan bukti-bukti yang konsisten dan meyakinkan tentang hubungkait penggunaan tembakau dan merokok dengan penyakit-penyakit pulmonari dan kardiovaskular yang serius serta kaitannya dengan penyakit-penyakit neoplastik.

D

Terdapat penurunan kadar merokok dan penggunaan hasil tembakau di negaranegara maju. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh prevalen merokok di kalangan penduduk Amerika telah menurun dari 40% pada tahun 1964 ke 23% pada tahun 1997. Sebaliknya keadaan semasa menunjukkan peningkatan kadar atau prevalen merokok dan penggunaan hasil tembakau di negara-negara miskin dan sedang membangun termasuk Malaysia. Di Malaysia, prevalen merokok di kalangan orangorang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas telah meningkat dari 21% pada 1985 ke 31% pada tahun 2000. Terdapat 49% lelaki dewasa dan 5% wanita dewasa yang masih merokok dan daripada jumlah mereka yang berumur 15 tahun ke atas yang merokok, 90% terdiri daripada golongan lelaki. Dengan meningkatnya jumlah1

penduduk, sudah tentu jumlah perokok juga akan bertambah. Separuh daripada perokok hari ini akhirnya akan mati akibat daripada kesan-kesan atau impak merokok ke atas kesihatan. Adalah dianggarkan kematian yang disebabkan oleh kesan merokok akan meningkat 3 kali ganda untuk 3 dekad yang akan datang iaitu daripada 10,000 pada tahun 1998 kepada 30,000 pada tahun 2030. Walau bagaimanapun hasil daripada aktiviti-aktiviti anti merokok yang intensif sejak tahun 1991 melalui Kempen Cara Hidup Sihat Kebangsaan, tahap kesedaran tentang bahaya merokok di kalangan orang awam yang merokok dan yang tidak merokok telah meningkat. Sebanyak 40% daripada mereka yang sedang merokok telah cuba untuk berhenti merokok dengan sendiri, tetapi malangnya kebanyakan mereka telah gagal berbuat demikian. Kita semua tahu yang tabiat merokok adalah satu tabiat yang sukar dihentikan dan hanya segelintir sahaja perokok yang berjaya dalam cubaan untuk berhenti merokok secara sendiri. Selain keinginan dan kekuatan individu, banyak negara telah membuktikan bahawa anggota kesihatan boleh berperanan secara aktif dalam membantu perokok untuk membebaskan diri perokok daripada ketagihan melalui program-program berhenti merokok yang terancang. Kajian telah menunjukkan bahawa nasihat ringkas namun tegas daripada pengamal perubatan, dengan dibantu oleh bahan-bahan bacaan pendidikan kesihatan, urusan bagi lawatan susulan telah menghasilkan kadar berhenti merokok sebanyak 5%. Ini bersamaan dengan 25 orang bekas perokok bagi setiap pengamal perubatan. Hasil kajian lain juga menunjukkan bahawa intervensi yang lebih intensif dengan sokongan farmakoterapi akan menghasilkan kejayaan berhenti merokok yang lebih baik. Kementerian Kesihatan mengenalpasti keperluan pengamal perubatan dan profesional kesihatan yang lain agar terlibat dalam program berhenti merokok. Dengan adanya modul latihan ini diharap dapat membantu para profesional dalam bidang kesihatan untuk menubuhkan dan memberi perkhidmatan berhenti merokok di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti dan seterusnya mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit yang merupakan komplikasi akibat merokok.

2

Kaedah berhenti merokok merupakan satu strategi yang kos efektif dan berkesan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit yang ada kaitan dengan penggunaan tembakau (CDC, 1984). Malang sekali, bukan mudah untuk berhenti merokok. Dilema yang dihadapi oleh perokok yang ingin berhenti merokok ialah kegagalan mereka untuk berhenti merokok (CDC, 1990-1991; Hatziandreu (et al., 1990). Ini jelas menunjukkan yang merokok bukanlah sekadar tabiat yang buruk tetapi merupakan masalah yang jauh lebih serius lagi. Merokok sebagai ketagihan merupakan fakta yang telah diterima. Dalam masa beberapa tahun sahaja, dengan merokok setiap hari seseorang itu akan bergantung (dependent) kepada rokok sama ada secara fizikal ataupun psikologi. Menurut Piccittio, (1998) terdapat reseptor nikotina di bahagian hipokampus otak yang terlibat dengan pembelajaran dan ingatan, juga di bahagian otak yang berperanan dalam emosi. Kebanyakan perokok telah cuba untuk berhenti merokok di suatu ketika di dalam hidup mereka. Mengikut Fiore (et al.), 1995 kebarangkalian kejayaan berhenti merokok pada cubaan tanpa bantuan adalah 1 dalam 100 dan didapati 98% daripada mereka kembali merokok. Maka tidak hairanlah jika kita dapati perokok yang terlibat masih berada dalam kitaran iaitu sekejap merokok sekejap berhenti. Kita mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa rawatan ketagihan nikotina merupakan suatu strategi yang berkesan. Oleh itu, adalah perlu bagi kita memastikan keberkesanan dan kejayaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) ini dengan melatih anggota kesihatan untuk tujuan tersebut.

3

PANDUAN MENGGUNAKAN MODULModul Berhenti Merokok ini dihasilkan berpandukan kepada beberapa rujukan dan bahan-bahan yang sedia ada yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dengan membuat beberapa olahan dan penambahan kepada modul yang sedia ada.

OBJEKTIFOBJEKTIF UMUM Untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok serta melakukannya dengan cara yang berkesan dan dapat mengekalkan status tidak merokok. OBJEKTIF KHUSUS Klien akan didedahkan dengan beberapa maklumat seperti epidemiologi penggunaan tembakau dan impaknya terhadap kesihatan, program kawalan tembakau, masalah ketagihan, bantuan yang dapat diberikan untuk berhenti merokok dan sebagainya dengan harapan klien akan dapat: i) Membuat keputusan untuk berhenti merokok. ii) Membuat persediaan berhenti merokok. iii) Berhenti merokok. iv) Mengekalkan status untuk tidak merokok.

KUMPULAN SASARModul ini adalah untuk panduan dan rujukan anggota kesihatan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti membantu perokok untuk berhenti merokok. Perokok yang menjadi klien dalam modul ini terdiri daripada mereka yang berhasrat untuk berhenti merokok, perokok yang masih belum berhasrat untuk berhenti merokok dan perokok yang telah cuba berhenti merokok tetapi gagal.

UNIT PENGAJARANUnit 1: Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok Perokok yang melalui modul ini akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaan hasil tembakau dan impak terhadap kesihatan dan situasi masalah merokok di dunia dan di Malaysia. Perokok juga didedahkan tentang kesan-kesan tabiat merokok kepada manusia khususnya ke atas kesihatan mereka. Melalui unit pengajaran ini, perokok-perokok akan membuat keputusan untuk berhenti merokok. Unit 2: Persediaan Untuk Berhenti Merokok Unit ini adalah untuk memperkukuhkan keputusan yang telah dibuat oleh perokok dan seterusnya membuat persediaan untuk berhenti merokok. Kandungan unit ini berkaitan risiko-risiko kematian akibat merokok dan menerangkan faedah-faedah berhenti merokok.4

Unit 3: Mulakan Berhenti Merokok Dalam unit ini, perokok-perokok akan diberi panduan dan tunjuk ajar cara-cara berhenti merokok dengan teratur menggunakan beberapa bantuan bahan pengajaran serta penjelasan penggunaan kaedah terapi penggantian nikotina. Unit 4: Mengekalkan Status Tidak Merokok Modul ini membantu perokok yang telah cuba berhenti merokok tetapi mengalami kegagalan dengan mencuba teknik-teknik tertentu agar terus tidak merokok.

PANDUAN MENJALANKAN SESI PENGAJARANi) Perokok yang mengikuti sesi pengajaran adalah terdiri daripada perokok yang ingin berhenti merokok, perokok yang belum berhasrat untuk berhenti merokok dan perokok yang telah berhenti merokok tetapi menemui kegagalan. Perokok perlu melalui beberapa sesi perjumpaan dengan anggota kesihatan dengan mengikuti unit pengajaran yang ditetapkan. Jika terdapat individu atau sekumpulan perokok yang telah membuat keputusan untuk berhenti merokok, mereka boleh terus mengikuti Unit 3 atau memulakan dengan Unit 1. Unit-unit pengajaran ini boleh diulangi berdasarkan kepada teori kitaran perubahan tingkah laku penagihan (Prochaskas Transtheoretical Model) yang dilalui oleh perokok. Sesi pengajaran boleh diadakan secara berkumpulan atau individu bergantung sambutan perokok yang datang mendapatkan khidmat berhenti merokok atau dirujuk ke PPKK. Anggota-anggota kesihatan boleh menggunakan bahan-bahan pengajaran / bahan pendidikan yang telah disediakan. Pelbagai kaedah pengajaran dapat digunakan mengikut kesesuaian, keperluan individu dan kemampuan anggota kesihatan. Antara kaedah yang boleh digunakan termasuklah ceramah, perbincangan kumpulan berfokus, sesi demonstrasi, menonton video, sesi perjumpaan sesama perokok, kaunseling secara kumpulan atau individu, khidmat nasihat, perbincangan kumpulan kecil dengan menggunakan role model dan kem-kem.

ii)

iii)

iv) v)

5

PENDAHULUANMelalui modul ini klien akan didedahkan kepada epidemiologi penggunaan tembakau dan impak kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Secara dasarnya statistik-statistik berkaitan situasi semasa penggunaan tembakau di peringkat global dan situasi di Malaysia akan didedahkan kepada klien. Ini akan memberikan mereka gambaran yang jelas tentang masalah dan akibat penggunaan tembakau di seluruh dunia. Klien juga akan didedahkan dengan beberapa fakta tentang ketagihan tembakau/ nikotina. Mereka akan diperkenalkan kepada nikotina dan ketagihan nikotina serta kesan daripada ketagihan nikotina. Di samping itu klien akan diberi pendedahan kepada kandungan bahan kimia memudaratkan yang terdapat di dalam asap rokok. Seterusnya mereka akan diberikan beberapa contoh impak kesihatan yang disebabkan oleh ketagihan nikotina. Statistik berkaitan mortaliti dan morbiditi akibat penggunaan nikotina akan disentuh. Akhirnya beberapa fakta tentang faedah dan kelebihan berhenti merokok akan diberikan kepada klien.

1

Uniti) ii) iii) i) ii) iii) v)

Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok

OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir sesi klien akan memahami tentang:Masalah penggunaan tembakau global dan di Malaysia. Fakta-fakta penting mengenai tembakau. Impak kesihatan ke atas perokok.

ISI KANDUNGANEpidemiologi penggunaan tembakau. a) Situasi penggunaan tembakau dunia. b) Situasi penggunaan tembakau di Malaysia. Fakta mengenai tembakau. a) Nikotina dan ketagihan nikotina. b) Bahan kimia yang terkandung di dalam rokok. Impak kesihatan ke atas perokok. a) Mortaliti akibat rokok. b) Morbiditi akibat rokok.

iv) Akibat merokok ketika hamil. Perokok pasif. a) Perokok pasif yang hamil. b) Akibat kepada bayi dan kanak-kanak. c) Akibat kepada orang dewasa.6

KAEDAH: Ceramah dan perbincangan kumpulan kecil MASA : 45 minit AKTIVITIAktiviti 1 (secara kumpulan atau individu) Klien diberikan borang pre-test (Lampiran A) untuk dilengkapkan dan diserahkan kembali kepada anggota kesihatan. Aktiviti 2 (secara berkumpulan) i) ii) iii) iv) v) Memberi penerangan mengenai epidemiologi penggunaan tembakau dan impak kesihatan terhadap penggunaannya. Klien ditunjukkan ilustrasi kesan penggunaan tembakau terhadap kesihatan. Klien ditunjukkan spesimen organ normal dan patologi hasil penggunaan tembakau. Klien dibekalkan dengan risalah dan bahan-bahan lain. Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

Aktiviti 2 (secara individu) i) Klien diberi penerangan secara ringkas tentang epidemiologi penggunaan tembakau dan impak kesihatan terhadap penggunaannya. Klien ditunjukkan ilustrasi kesan penggunaan tembakau terhadap kesihatan. Klien ditunjukkan spesimen organ normal dan patologi hasil penggunaan tembakau. Klien ditunjukkan sama ada VCD / power point presentation berkaitan berhenti merokok. Klien dibekalkan dengan risalah dan bahan-bahan lain. Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

ii) iii) iv) v) vi)

ALAT BANTU MENGAJARi) ii) iii) Slaid ceramah (power point presentation). Buku Panduan Berhenti Merokok. Patung Uncle Joe.7

iv) Spesimen organ (normal dan berpenyakit). v) Risalah merokok.

vi) Carta Selak. vii) Borang Pre/Post-test.

NOTA RUJUKANi) Epidemiologi penggunaan tembakau a) Situasi Global Bellagio Statement 1995: di seluruh dunia terdapat hanya 2 sebab utama kematian pramatang yang semakin meningkat iaitu HIV/AIDS dan penggunaan tembakau. Prevalens merokok di dunia tertumpu kepada negara-negara membangun berbanding negara maju, di kalangan mereka yang berpendidikan rendah berbanding dengan berpendidikan tinggi. Penggunaan rokok per kapita di dunia di kalangan perokok dianggarkan 15 batang sehari yang menyamai kira-kira 6 trillion rokok setahun. Prevalens merokok semakin berkurangan di kalangan lelaki di negaranegara berpendapatan tinggi tetapi industri tembakau mengekalkan keuntungan mereka dengan mensasarkan negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang prevalennya semakin meningkat. Justeru itu, epidemik merokok beralih daripada tumpuan asal iaitu daripada lelaki di negara berpendapatan tinggi kepada wanita di negara berpendapatan tinggi dan lelaki di negara berpendapatan rendah. Kadar merokok turut meningkat di kalangan generasi muda. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, dianggarkan menjelang 2025 akan terdapat 1.6 billion perokok. Di seluruh dunia, dianggarkan seramai 82,000 hingga 99,000 generasi muda mula merokok setiap hari. Kini, penggunaan tembakau membunuh kira-kira 4 juta manusia setiap tahun di seluruh dunia.

Satu daripada sepuluh kematian di dunia adalah disebabkan oleh penggunaan tembakau sekarang dan dianggarkan meningkat kepada satu daripada enam kematian menjelang 2030 iaitu 10 juta setahun berbanding penyebab lain.

8

b)

Situasi Kebangsaan Keputusan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 1986 Keseluruhan Lelaki Perempuan Bandar Pedalaman Melayu Cina India Lain-lain 21.5% 40.9% 4.1% 19.2% 22.7% 23.7% 17.7% 15.2% 32.8% 1996 24.8% 49.2% 3.5% 21.7% 28.6% 27.9% 19.2% 16.2% 32.4%

Statistik merokok di kalangan remaja (18 tahun dan ke atas) 1996: 16.9% (lelaki: 30.7%, perempuan: 4.8%) 1999: 18.2% (lelaki: 29%, perempuan: 8%) Setiap hari kira-kira 45 50 remaja mula merokok

Bilangan dan peratus perokok di Malaysia (2000)

Kumpulan umur Lelaki (19 tahun & ke atas) Lelaki (18 tahun & ke bawah) Perempuan (19 tahun & ke atas) Perempuan (18 tahun & ke bawah) Jumlah

Bilangan (million) 3.26

% 78.4

0.52 0.34 0.14 4.64

11.2 7.3 3.1 100

ii)

Fakta tentang tembakau Umumnya, tembakau sama ada dihisap, dikunyah atau disedut mengandungi NIKOTIN iaitu satu bahan penyebab ketagihan yang kuat dan mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia dan 43 daripadanya diketahui adalah karsinogen (penyebab kanser).9

a)

Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum Terdapat 67 spesis yang kebanyakannya tertumpu di hemisfera barat. Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara. Dibawa oleh Christopher Columbus Ke Eropah pada kurun ke-16. Diberi nama sempena Jean Nicot, diplomat memperkenalkannya ke Perancis selepas kurun ke-16. Perancis yang

Sejak itu penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia.

b)

Tindakan dan kesan nikotin Merembes dopamine : menyebabkan rasa seronok (pleasure). Merembes epinephrine dari korteks adrenal : menyebabkan keletihan (fatigue) dan keresahan (restlessness) hasil pengeluaran berlebihan glukosa. Bergabung dengan acetylcholine di otak : memberi kesan pada mood dan kesedaran (alertness).

c)

Bahan penyebab ketagihan Kriteria-kriteria * Meningkatkan reseptor dopamine. * Menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal. * Menyebabkan gejala gian (withdrawal). * Menyebabkan penggunaan bahan secara berterusan (compulsive). Rokok memenuhi semua kriteria di atas sebagai bahan yang menyebabkan ketagihan.

d)

Bahan-bahan kimia dalam tembakau Karsinogen * Hidrokarbon seperti naftalena, kumpulan benzyl. * Aldehide seperti formaline. * Logam berat seperti cadmium, nickel. * Radioaktif seperti polonium. Gas beracun * Karbon monoksida (CO) * Hydrogen disulphide * Hydrogen cyanide10

Bahan kompleks (complex compound) * Tar

Ketagihan * Kira-kira 200 300 jenis bahan kimia. * Menyebabkan rokok mudah dihisap, meningkatkan rasa, memanjangkan tempoh bakaran dan jangka hayat. * Contohnya seperti ammonia yang juga memudahkan penyerapan nikotin. e) Persamaan bahan kimia dalam asap rokok Aceton (penanggal cat) Methanol (bahan api roket) Naftalen (ubat gegat) Toluene (bahan pelarut) Cadmium (bahan bateri kereta) Vinylchlorida (bahan pembuat PVC) Toluidine (pelarut industri) Ammonia (pencuci lantai) Hidrogen sianida (racun yang digunakan di bilik gas) Arsenik (racun anai-anai atau semut) Phenol (pembersih) Butane (cecair pemetik api) DDT (racun makhluk perosak) Pyrene Benzopyrene Urethane Nickel Polonium Nikotin (racun serangga) Karbon monoksida (gas ekzos kereta) Tar (minyak tar jalan)11

iii)

Merokok dan impak terhadap kesihatan a) Mortaliti Berdasarkan fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) * 4.9 juta kematian pada tahun 2002. * Menyamai 13 400 kematian sehari. * Menyamai 560 kematian sejam. * Menyamai 1 kematian setiap 6.4 saat. * Menjelang 2030, 10 juta kematian. * Menyamai 27 400 kematian sehari. * Menyamai 2 280 kematian sejam. * Menyamai 1 kematian setiap 3 saat. Kematian kerana merokok * 50% daripada perokok akan mati disebabkan oleh penyakit berkaitan merokok. * 25% daripada semua kematian disebabkan penyakit jantung. * 30% daripada semua kematian disebabkan kanser. * 25% daripada semua kematian disebabkan strok. * 90% daripada semua kematian disebabkan kanser paru-paru. * 85% daripada semua kematian disebabkan COPD. Risiko kematian di kalangan perokok * Penyakit Respiratori 10 20 X * Kanser paru-paru 5 30 X * Kanser tekak 5 30 X * Kanser mulut 3 15 X * Kanser esofagus 4 5 X * Kanser pankreas 2 X * Kanser pundi kencing 2 3 X * Penyakit jantung 2 3 X * Kanser buah pinggang 1.5 X Mortaliti disebabkan merokok di Malaysia * Menyebabkan kematian seramai 10 000 orang setahun. * Kira-kira 10 20% daripada semua kematian di Malaysia berpunca daripada merokok. * Kebanyakan kematian disebabkan oleh penyakit jantung, kanser dan strok.

b)

Morbiditi Merokok menyebabkan 40 jenis penyakit. Semua organ boleh terjejas. Menyebabkan kemusnahan dan kerosakan tisu badan secara kekal. Di Malaysia, merokok adalah punca 100 000 pesakit dimasukkan ke wad di hospital kerajaan setiap tahun, kebanyakannya disebabkan oleh penyakit jantung, masalah respiratori dan gastrousus.12

c)

Perokok pasif Takrifan * * * * * Pendedahan di kalangan bukan perokok terhadap asap rokok (second hand smoke) secara involuntari. Juga dikenali sebagai perokok involuntari. Asap rokok (second hand smoke) adalah campuran sidestream smoke dan exhaled mainstream smoke di dalam udara. Sidestream smoke (SS) adalah asap yang berasal daripada rokok yang dihisap perokok. Sidestream smoke merupakan penyumbang utama second hand smoke dan mengandungi kepekatan bahan kimia yang lebih tinggi berbanding exhaled mainstream smoke. Exhaled mainstream smoke adalah asap yang dihembus keluar oleh perokok.

*

Risiko terhadap kesihatan * * * * Perokok pasif turut mengalami risiko terhadap kesihatan. Terdapat bahan kimia yang sama dijumpai dalam sidestream smoke dan exhaled mainstream smoke. Tiada bukti tentang jumlah dos tertentu yang perlu untuk menyebabkan kesan terhadap kesihatan. Walau bagaimanapun, biomarker untuk tembakau iaitu cotinine membuktikan bahawa second hand smoke diterima oleh mereka yang tidak merokok. Kajian epidemiologi turut membuktikan bahawa second hand smoke menyebabkan penyakit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Kajian juga menunjukkan bahawa perokok pasif mempunyai 30% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser dan 25% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular jika dibandingkan dengan mereka yang tidak terdedah kepada asap rokok.

* *

Impak kesihatan terhadap kanak-kanak * Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) kematian mengejut di kalangan kanak-kanak.

13

* * * * *

Penyakit respiratori akut. Gejala respiratori kronik. Mengurangkan fungsi paru-paru. Asma dan serangan asma. Penyakit telinga bahagian tengah sama ada akut atau kronik.

Kanak-kanak akan terdedah kepada bahaya asap rokok jika: * * * Ibu adalah perokok aktif ketika mengandung. Ibu adalah perokok pasif ketika mengandung. Kanak-kanak hidup di kalangan perokok dan terdedah kepada second hand smoke.

Kesan kesihatan di kalangan dewasa akibat terdedah kepada second hand smoke * Terbukti (established) - Kanser paru-paru - Gejala respiratori - Penyakit kardiovaskular - Serangan asma Berpotensi - Mengurangkan fungsi paru-paru - Kanser yang lain

*

iv) Ilustrasi impak terhadap kesihatan COPD Respiratori / paru-paru Peptik ulser Kanser mulut / esofagus Penyakit vaskular peripheri ED (erectile dysfunction) Keguguran Bayi cacat Kelahiran pramatang Kanser serviks Penuaan

14

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK (Pre-Test / Post-Test)1. Senaraikan 4 jenis bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok dan bahaya kepada kesihatan? Jenis bahan kimia Kesan kepada kesihatan

2.

Nyatakan 3 penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok?

3.

Pernahkah anda cuba untuk berhenti merokok? a. Ya b. Tidak

4.

Apakah faedah berhenti merokok ? a. Diri sendiri: b. Orang lain:

5. 6.

Nyatakan 3 gejala ketagihan (gian) yang dialami semasa berhenti merokok? Bagaimana anda mengatasi masalah ketagihan (gian) merokok?

7.

Adakah anda ingin berhenti merokok sekarang? a. Ya b. Tidak (terus ke soalan 10)

8.

Jika Ya, bagaimana anda ingin berhenti? a. Secara serta merta b. Secara beransur-ansur15

9.

Adakah anda percaya Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) ini dapat membantu anda berhenti merokok? a. Ya b. Tidak c. Tidak pasti

10.

Adakah anda mendapati bahan-bahan pendidikan kesihatan (risalah, buku kecil, carta selak, poster dll) mudah difahami dan membantu anda dalam usaha berhenti merokok ? a. Ya b. Tidak

16

2

Uniti) ii) i) ii) iii) iv) v) vi) i)

Persediaan Untuk Berhenti Merokok

PENDAHULUANMelalui modul ini klien akan didedahkan kepada risiko merokok, faedah-faedah berhenti merokok, Program Kawalan Tembakau Kebangsaan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam program ini. Mereka akan diberi penerangan yang lebih jelas tentang objektif dan strategi yang terdapat di dalam Program Kawalan Tembakau Kebangsaan (National Tobacco Control Programme). Dengan pengetahuan tentang Program Kawalan Tembakau Kebangsaan, klien akan dapat memahami tentang kepentingan dan halatuju program berhenti merokok yang akan dilaksanakan di fasiliti masing-masing.

OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir sesi klien akan:Memahami akibat merokok dan faedah-faedah berhenti merokok. Menghargai dan menyokong Program Kawalan Hasil Tembakau dan Program Berhenti Merokok.

ISI KANDUNGANFaedah-faedah berhenti merokok. Akibat-akibat jika terus ketagihan merokok. Kadar risiko membawa maut oleh penyakit akibat ketagihan merokok. Program Kawalan Tembakau Kebangsaan. Peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Tempat-tempat mendapat khidmat untuk berhenti merokok.

vii) Senarai aktiviti menyokong Program Kawalan Tembakau Kebangsaan. viii) Strategi Program Berhenti Merokok di dalam Program Kawalan Tembakau Kebangsaan.

KAEDAH :

Ceramah, perbincangan, perkongsian pengalaman bersama bekas perokok

MASA : 30 - 60 minit AKTIVITIAktiviti 1: (secara berkumpulan) Sesi ceramah diadakan dengan mengemukakan fakta-fakta berkaitan tajuktajuk yang disenaraikan dalam modul ini.17

ii) iii)

Sesi ini juga memberi peluang kepada klien untuk bertanya soalan berkaitan topik-topik yang disampaikan oleh penceramah. Sesi perbincangan boleh terus diadakan selepas sesi ceramah. Klien diminta menyenaraikan aktiviti-aktiviti dan strategi kawalan tembakau yang mereka ketahui dan membincangkannya.

Aktiviti 2: (secara berkumpulan) i) ii) Seorang atau beberapa orang bekas perokok secara sukarela untuk berkongsi pengalaman mereka bersama klien. Klien diminta mengemukakan soalan atau masalah yang mereka hadapi kepada bekas perokok.

Aktiviti 3: (secara individu) i) Klien diberi sesi nasihat secara individu dengan berbincang tentang perkaraperkara berikut: Faedah berhenti merokok. Akibat jika terus merokok. Kesan terhadap perokok pasif.

ALAT BANTU MENGAJARi) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Slaid ceramah (power point presentation) Buku Panduan Berhenti Merokok Patung Uncle Joe Spesimen organ (normal dan berpenyakit) Risalah Merokok Carta Selak Manual Berhenti Merokok Clinical Practice Guideline

NOTA RUJUKANi) Faedah-faedah berhenti merokok Risiko untuk mendapat kanser dan penyakit jantung akan menurun. Keupayaan stamina akan bertambah baik. Bernafas lebih senang dan segar. Berasa lebih segar. Disegani orang-orang di sekitar. Deria merasa dan menghidu bertambah baik. Jantung dan paru-paru menjadi lebih sihat. Nafas tidak berbau busuk. Badan dan pakaian tidak berbau tengek. Batuk akan berkurangan. Lebih wang untuk digunakan bagi perkara yang berfaedah.18

ii)

Akibat jika terus ketagihan merokok Jika perokok terus ketagihan merokok, mereka berisiko mendapat: Angin ahmar Serangan jantung Kerosakkan paru-paru Kanser paru-paru, tekak, mulut, esofagus dan pankreas. Jangka hayat yang kurang. Kurang kemampuan yang sepatutnya dipunyai atau dimiliki manusia sihat, contoh:* Tidak bertenaga / tidak bermaya. * Cepat penat. * Sperma berubah menjadi kurang subur / fertiliti rendah.

iii)

Kadar risiko membawa maut oleh penyakit akibat ketagihan merokok Penyakit * Saluran pernafasan kronik * Kanser paru-paru * Kanser payu dara * Kanser tekak * Kanser esofagus * Kanser pangkreas * Kanser pundi kencing * Penyakit jantung * Penyakit ginjal * Penyakit ulser peptik Risiko Kematian 10 20 kali ganda 7 15 kali ganda 11 kali ganda 5 13 kali ganda 4 5 kali ganda 2 kali ganda 2 3 kali ganda 11/2 - 3 kali ganda 11/2 kali ganda 2 kali ganda

iv)

Akibat merokok ketika hamil Jika ibu hamil merokok, tabiat tersebut boleh mengakibatkan : Risiko keguguran janin. Kematian neonatal meningkat kepada 25 50 %. Meningkatkan risiko kelahiran tidak cukup bulan. Mengurangkan tumbesaran dada, kepala dan saiz anak. Meningkatkan risiko jangkitan paru-paru. Mengurangkan keupayaan fungsi jantung dan paru-paru bayi. Sindrom kematian bayi (SIDS).

v)

Risiko kepada perokok pasif yang sedang hamil Anak di dalam kandungan akan lahir tidak cukup bulan. Bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang kurang daripada sepatutnya ketika dilahirkan. Tumbesaran anak akan terjejas.19

vi)

Jangkitan paru-paru dan telinga selepas dilahirkan. Kadar kematian perinatal yang tinggi.

Objektif Program Kawalan Tembakau Kebangsaan Mengurangkan prevalens penggunaan tembakau di kalangan rakyat Malaysia. Mengurangkan tabiat mula merokok di kalangan generasi muda. Meningkatkan bilangan perokok berhenti merokok. Meminimumkan dan seterusnya menghapuskan pendedahan asap rokok sisi (environmental tobacco smoke ETS) kepada populasi masyarakat di semua tempat awam dan tempat kerja. dan kematian akibat

Mengurangkan bebanan terhadap penyakit penggunaan tembakau di dalam negara.

vii) Senarai aktiviti-aktiviti menyokong Program Kawalan Tembakau Kebangsaan a) Promosi kesihatan Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS) Kempen TAK NAK" Nafas Baru Bermula Ramadhan

b) Undang-undang dan penguatkuasaan Kesalahan dan denda di bawah Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau 1993. Di antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:* * Peraturan 8, melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai dalam simpanan mereka hasil tembakau.

20

* *

Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun penjara.

Kawasan larangan merokok: * * * * * * * * * * * * * * Pusat hiburan dan teater Hospital dan klinik Lif awam Tempat orang awam berhawa dingin contoh:- restoran, pasar raya, kompleks membeli belah Kenderaan awam Stadium / kompleks sukan Lapangan terbang Premis kerajaan Dewan Institusi pendidikan termasuk tadika: sekolah Taman asuhan kanak-kanak Hentian pengangkutan awam Stesen minyak Kaunter perkhidmatan awam/ - Institusi kewangan dan bank - Tenaga Nasional Berhad - Pos Malaysia - Telekom Malaysia - Lembaga Perbadanan Air

Pengharaman promosi dan pengiklanan produk tembakau.

c) Program berhenti merokok Mewujudkan Klinik Berhenti Merokok. Melatih anggota mengendalikan Klinik Berhenti Merokok.

d) Advokasi Kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysian Health Promotion Board Malaysian Council for Tobacco Control (MCTC)21

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia

viii)

Program berhenti merokok a) Objektif umum Menyediakan sokongan dan bantuan secara komprehensif untuk membantu perokok berhenti merokok.

b) Objektif khusus Membangunkan kemahiran di kalangan anggota kesihatan di dalam membantu perokok berhenti merokok. Mewujudkan perkhidmatan berhenti merokok dan memastikan perkhidmatan ini mudah diperolehi di setiap peringkat kemudahan kesihatan. Menggalak dan memotivasikan perokok agar menggunakan perkhidmatan berhenti merokok yang disediakan. Menggalakkan kerjasama dan penyertaan semua di dalam membantu perokok berhenti merokok.

c) Strategi-strategi Meningkatkan kapasiti dari segi kemahiran dan infrastruktur yang boleh mendorong ke arah mewujudkan Program Berhenti Merokok yang komprehensif dan berkesan. Mempromosi dan mengiklankan perkhidmatan berhenti merokok kepada masyarakat dan kumpulan-kumpulan tertentu. Memastikan segala bentuk rawatan yang terbukti berkesan dan boleh diperolehi. Memberitahu dan mendidik perokok tentang kebaikan berhenti merokok. Menggalakkan Program Berhenti Merokok di peringkat komuniti. Mengintegrasikan Program Berhenti Merokok di dalam semua program kesihatan yang relevan. Mewujudkan task force Program Berhenti Merokok di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Mewujudkan kerjasama dan jalinan dengan agensi-agensi berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mewujudkan kumpulan smokers anonymous.

22

PENDAHULUANDi dalam modul ini klien akan diberi pengetahuan tentang cara-cara berhenti merokok dengan teratur. Antaranya ialah melalui brief clinical intervention iaitu klien dinasihatkan tentang faedah berhenti merokok dan digalakkan berhenti merokok melalui sesi tidak formal yang singkat. Intervensi yang lebih intensif pula memerlukan rawatan susulan dan penyeliaan yang lebih rapi. Ini termasuk memberi rawatan ubatubatan yang boleh mengawal ketagihan nikotina.

3

Uniti) ii) iii) i) ii) iii) iv) v) vi) ix) x) xi)

Mulakan Berhenti Merokok

OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir sesi klien akan:Memahami cara-cara berhenti merokok. Membuat penetapan hari berhenti merokok. Mengambil langkah-langkah perlu untuk berhenti merokok.

ISI KANDUNGANRasional berhenti merokok. Cara membuat keputusan untuk berhenti merokok. Cara untuk berhenti merokok. Menentukan/menetapkan hari berhenti. Bantuan untuk hari berhenti. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti.

vii) Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok. viii) Tanda-tanda gian. Bagaimana menangani masalah kegianan. Bantuan lain untuk berhenti merokok. Intervensi Klinikal Intervention). Singkat (Brief Clinical

xii) Intervensi Klinikal Intensif (Intensive Clinical Intervention). xiii) Kaedah farmakoterapi. xiv) Terapi Gantian Nikotina (Nicontine Replacement Therapy).

23

KAEDAH : Ceramah, perbincangan kumpulan, demonstrasi dan kaunseling individu. MASA : 90 minit AKTIVITI Aktiviti 1 Klien diberikan Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan untuk diisi bagi tujuan menentukan Tahap Kebergantungan Perokok Terhadap Nikotina. Aktiviti 2 i) Ceramah Klien didedahkan dalam sesi ceramah berkaitan dengan maklumatmaklumat faedah berhenti merokok, cara membuat keputusan berhenti merokok dan cara-cara berhenti merokok. Klien digalakkan bersoal jawab untuk mendalami pengetahuan mereka. ii) Perbincangan kumpulan kecil atau kaunseling individu (sekiranya mempunyai ramai klien untuk menjalankan aktiviti secara serentak) Klien diberikan buku panduan berhenti merokok dan buku catatan berhenti merokok. Klien diminta mengisi buku catatan berhenti merokok dengan mendatangani buku ini sebagai tanda ikrar untuk berhenti merokok, menetapkan tarikh berhenti merokok, menyenaraikan perkaraperkara yang tidak menyenangkan mengenai tabiat merokok, menyenaraikan kebaikan berhenti merokok dan sebagainya sepertimana yang terkandung dalam buku ini. Klien diminta berkongsi pengalaman dengan yang lain berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka yang telah mencuba berhenti merokok, apakah masalah yang telah dihadapi dan cara menanganinya. Klien didedahkan dengan 2 jenis intervensi dalam aspek pengurusan penggunaan tembakau. Klien diberi tunjuk ajar tentang penggunaan Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK) Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina (Fagerstrom test). Klien diberi temujanji untuk sesi akan datang.

iii)

Demonstrasi (untuk klien yang memerlukan NRT sahaja) Klien ditunjukkan kaedah-kaedah farmakoterapi yang sedia ada dan bagaimana menggunakannya. Klien diberi demostrasi teknik-teknik mengunyah yang betul dalam menggunakan terapi penggantian nikotin jenis gum.24

LAMPIRAN B

BORANG PENILAIAN SENDIRI RISIKO KESIHATAN (Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina)Sila tandakan jawapan anda dengan bulatkan (di ruangan skor) mengikut skala 3,2,1, atau 0 Bil. 1. Soalan Jawapan Skor 3 2 1 0 1 0

Bilakah anda menghisap rokok Dalam masa 5 minit yang pertama selepas bangun pagi? 6-30 minit 31-60 Selepas 1 jam Adakah anda menghadapi masalah untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan merokok seperti di masjid, perpustakaan, pawagam dan lain-lain? Rokok manakah yang paling sukar untuk anda berhenti? Ya Tidak

2.

3.

Rokok pertama di waktu pagi Yang lain-lain Tidak lebih daripada 10 11-20 21-30 31 ke atas Ya Tidak

1 0

4.

Dalam sehari, berapa batang rokok yang anda hisap?

0 1 2 3 1 0

5.

Adakah anda merokok lebih kerap pada jam pertama selepas bangun pagi jika berbanding dengan masa yang lain? Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan terlantar di atas katil sepanjang hari?

6.

Ya Tidak

1 0

Jumlah keseluruhan Skala: Tahap Kebergantungan Nikotina 0-3 = Rendah 4-6 = Sederhana 7-10 = Tinggi25

ALAT BANTU MENGAJAR i) ii) iii) iv) v) vi) Slaid (power point) Borang Penilaian Sendiri Risiko Kesihatan (PSRK) Tahap Kebergantungan Terhadap Nikotina (Fagerstrom test) Bahan penggantian nikotin gum, patch dan inhaler Buku Panduan Berhenti Merokok Risalah Merokok Carta Selak

vii) Manual Berhenti Merokok viii) Clinical Practice Guideline ix) Buku Catatan Berhenti Merokok

NOTA RUJUKANi) Rasional berhenti merokok Kini dianggarkan terdapat 49.2% lelaki dewasa di Malaysia menggunakan tembakau. Terdapat fenomena peningkatan tren merokok di kalangan remaja. Tiga penyakit utama berkaitan merokok yang membebankan iaitu penyakit jantung, strok dan kanser. Justeru itu, berhenti merokok adalah langkah pencegahan yang amat berkesan. Masalah yang dihadapi untuk menjayakan program ini adalah kerana kebanyakan pengamal perubatan tidak gemar menyentuh persoalan merokok kerana: Mereka percaya bahawa pergantungan terhadap tembakau adalah masalah tabiat (habit) dan bukan kerana persoalan ketagihan. Mereka tidak mempunyai cukup ilmu dan maklumat serta kemahiran untuk merawat masalah penggunaan tembakau dan ketagihannya. Tidak menyedari bahawa intervensi singkat (brief intervention) boleh meningkatkan kadar berhenti merokok di kalangan perokok. Mereka percaya bahawa farmakoterapi hanya boleh diberi melalui rawatan secara intensif (intensive intervention). Menilai penggunaan tembakau Semua pesakit mesti ditanya sama ada mereka merokok atau tidak dan memastikan status penggunaan tembakau ini direkod setiap kali mendapatkan rawatan. Bukti menunjukkan pendekatan ini akan meningkatkan kadar intervensi oleh pengamal perubatan.26

ii)

iii)

Mestilah mengikut garis panduan yang disediakan.

iv)

Langkah-langkah untuk berhenti merokok Menentukan hari berhenti. Memahami cara-cara untuk menangani harihari sebelum hari berhenti. Memahami tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani kegianan apabila berhenti merokok. Cara-cara untuk berhenti merokok Terdapat dua cara untuk berhenti merokok: Berhenti merokok secara terus. Berhenti secara beransur-ansur.

v)

vi) Hari berhenti Tentukan tarikh hari berhenti dan catitkan dalam buku harian (diari). Perokok boleh pilih hari yang penting buat mereka seperti tarikh hari jadi, hari tahun baru, hari ulang tahun perkahwinan, permulaan Ramadhan dan sebagainya. Hari berhenti tersebut bukan semasa menghadapi tekanan sama ada tekanan fizikal atau mental. vii) Bantuan untuk hari-hari menjelang hari berhenti (Fading day) Bagi perokok yang ingin berhenti secara beransur-ansur, perokok boleh melakukan perkara-perkara berikut dalam masa 2 hingga 4 minggu sebelum hari berhenti. Turunkan jumlah rokok yang anda hisap. Hentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan rokok. Minum air lebih banyak. Mulakan satu program riadah atau bersenam. Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca senarai itu setiap malam sebelum tidur. Dapatkan sokongan daripada isteri, keluarga atau kawan. Dapatkan seorang kawan atau satu kumpulan untuk berhenti bersama. Wujudkan rumah atau tempat kerja tanpa rokok. viii) Bantuan untuk hari berhenti Bagi perokok yang memilih cara berhenti secara beransur-ansur atau secara terus, perokok dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari berhenti: Campakkan semua rokok, mancis, tempat abu rokok dan lighter.27

Tukar rutin atau kebiasaan yang terlibat dengan rokok seperti:* Jika minum kopi dan menghisap rokok, tukar kepada minuman lain seperti milo. * Jangan kunjungi kedai di mana sering membeli rokok. * Jangan bersama kawan-kawan biasa yang merokok. Basuh semua baju yang berbau rokok. Berjumpa doktor gigi untuk membersihkan gigi. Jauhi semua perokok dan tempat-tempat di mana banyak orang merokok. Jika ke restoran duduklah di bahagian tidak merokok (kawasan larangan merokok). Beriadah atau bersenam. Sibukkan diri. Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang disukai.

ix) Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok Apabila seseorang perokok berhenti merokok, mereka mungkin mengalami keluhan (tanda-tanda) berikut: Pening atau ringan kepala. Ini adalah kerana disebabkan penurunan karbon monoksida dan peningkatan oksigen khususnya ke otak. Perasaan kebas dan gigil di kaki dan tangan yang disebabkan oleh pengaliran darah yang lebih baik. Batuk yang berlainan daripada biasa. Selera makan bertambah baik kerana penurunan tahap nikotina yang selama ini mengganggu selera. Mulut menjadi tawar / payau dan kadang-kala terjadi luka-luka kecil kerana pertukaran organisma di dalam mulut. Sembelit kerana tembakau mempunyai kesan laksatif kepada perokok. Gian kerana kesan paras nikotina ke otak berkurangan. Kegelisahan, cepat marah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Ini adalah disebabkan oleh kesan ketiadaan rangsangan nikotina dan pertukaran tabiat. Semua tanda tersebut bersifat sementara di peringkat awal berhenti. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kesihatan perokok akan menjadi bertambah baik dan adalah sebagai proses pemulihan dan penyesuaian kepada gaya hidup sihat tanpa rokok. x) Tanda-tanda gian Kegelisahan Cepat marah28

xi)

Tumpul daya perhatian Cepat hilang sabar Susah tidur Perjalanan nadi bertambah cepat

Bagaimana menangani masalah kegianan Bagi menangani masalah kegianan, perkara berikut boleh dilakukan: Ingat bahawa perasaan ini akan hilang dalam beberapa minit sahaja. Lihat jam dan tumpukan perhatian kepada masa yang berlalu. Perokok akan menyedari bahawa masalah kegianan akan hilang dalam masa yang singkat iaitu lebih kurang 3 5 minit sahaja. Masukkan sesuatu ke dalam mulut seperti chewing gum tanpa gula, makanan ringan tanpa lemak dan buah-buahan. Buat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain komputer, mengait dan melukis. Membuat pekerjaan yang menyukarkan untuk merokok seperti menyiram pokok, berkebun, membasuh kereta, mandi atau beriadah. Jangan duduk diam, jangan duduk di kerusi kegemaran ataupun menonton tv.

Selain perkara-perkara di atas, teknik-teknik relaksasi yang diketahui seperti berwirid, yoga dan lain-lain boleh digunakan. xii) Intervensi Klinikal Singkat (Brief Clinical Intervention) Pendekatan ini memerlukan masa yang singkat untuk pengamal perubatan. Terdapat 3 golongan perokok yang akan dikenalpasti:a) Perokok yang berhasrat untuk berhenti. b) Perokok yang tidak berhasrat untuk berhenti. c) Perokok yang baru / telah berhenti. Garis panduan disediakan mengguna pendekatan 5A dan 5R. xiii) Pendekatan 5A Ask (tanya) Advice (nasihat) Assess (nilai) Assist (bantu) Arrange (atur)

(Pendekatan 5A ini digunakan kepada klien apabila pertama kali menerima rawatan daripada Pegawai Perubatan atau klien yang pertama kali terus berurusan dengan PPKK).29

xiv) Intervensi Klinikal Intensif (Intensive Clinical Intervention) Bukti menunjukkan bahawa intervensi secara intensif adalah lebih berkesan dibandingkan dengan secara singkat (brief). Interversi boleh dicapai dengan: a) Memanjangkan masa setiap sesi rawatan individu. b) Memanjangkan bilangan sesi rawatan. c) Mengenegahkan terapi tingkah laku yang khusus. Rujukan ke PPKK boleh dikategorikan sebagai intervensi klinikal intensif.

xv) Kaedah farmakoterapi a) Kriteria penggunaan Markah PSRK (Fagerstrom test) > 4 Merokok >10 batang sehari b) Agen first line yang dicadangkan Terapi penggantian nikotina (NRT) seperti gum, patch dan inhaler (akan digunakan dalam PPKK) Sustained release (SR) bupropion c) Agen second line yang dicadangkan Clonidine Nortriptyline d) Penggabungan farmakoterapi Kaedah ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan hanya satu agen terutama jika gagal dengan menggunakan satu agen sahaja. Boleh digabungkan dua jenis NRT. Digabungkan bupropion dan NRT. xvi) Pendekatan 5R (perokok yang tidak berhasrat untuk berhenti) Relevance : Alasan untuk berhenti yang relevan secara personal dengan perokok. Risks : Menekankan risiko-risiko yang bakal dihadapi jika terus berhajat untuk merokok. Rewards : Menekankan ganjaran yang akan diperolehi jika mengambil langkah bijak untuk berhenti. Roadblocks: Mengenalpasti halangan-halangan yang wujud ketika proses untuk berhenti (pengalaman sendiri atau kemungkinan). Repetition : Proses di atas akan diulang-ulang sehingga perokok timbul kesedaran dan hasrat untuk berhenti. xvii) Masalah-masalah yang dihadapi perokok Kurang sokongan untuk berhenti. Mood negatif dan kemurungan (depression).30

Gejala gian yang kuat dan berpanjangan. Pertambahan berat badan. Motivasi yang tidak kental.

xviii) Langkah-langkah mengatasi Masalah Kurang sokongan untuk berhenti Langkah-langkah mengatasi 1) 2) 3) 4) Penjadualan semula rawatan susulan Kaunseling telefon secara proaktif Kenalpasti kumpulan sokongan Rujukan (contoh PPKK)

Mood negatif dan kemurungan (depression)

1) Kaunseling 2) Preskripsi ubat yang betul 3) Rujukan 1) Guna kaedah farmakoterapi 2) Penjagaan di dalam wad 1) Ubahsuai ke arah cara hidup sihat 2) Farmakoterapi 3) Rujukan (Modul Pemakanan PPKK)

Gejala gian yang kuat dan berpanjangan Pertambahan berat badan

Motivasi yang tidak kental

1) Motivasi : Pendekatan 5R

xix) Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy NRT) a) Kenapa NRT? NRT membekalkan kandungan nikotin yang rendah dan terkawal untuk mengurangkan ketagihan, mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan mengurangkan gejala gian. Membekalkan nikotin yang "bersih" iaitu tanpa tar, karbon monoksida dan bahan kimia lain jika dibandingkan dengan rokok. b) NRT yang ada di pasaran negara Gum Patch Inhaler31

c) Keberkesanan NRT Nikotin gum, patch dan inhaler meningkatkan jangkamasa berhenti merokok dua kali ganda berbanding placebo1. Gum : 49% perokok berhenti selepas setahun berbanding 22% placebo1 dan 39% selepas 2 tahun berbanding 17% placebo2. 4 mg gum lebih berkesan daripada 2 mg gum untuk perokok tegar (heavy smokers)2.1. Rigotti NA. NEJM, 346(7), 2002 2. Herreraet al, CHEST 108(2), 447 51, 1995 3. Kornitzeret al, Jpsychosom Res, 31(2), 171 6, 1987

d) Kontraindikasi relatif Arrhythmia jantung yang mengancam nyawa. Infarksi jantung dalam tempoh 2 minggu. Angina pektoris yang teruk. Peptik ulser yang aktif. Mengandung. Menyusu anak (jangan guna 2 3 jam sebelum menyusu). e) Pemilihan NRT Ambil kira markah PSRK, pilihan perokok, pengalaman penggunaan pada masa lepas. Gum 2 mg untuk PSRK 4 6 atau < 20 batang sehari (moderate smokers). Gum 4 mg untuk PSRK 7 10 atau > 20 batang sehari (heavy smokers). Patch untuk moderate dan heavy smokers. Inhaler untuk perokok berkala (situational induced) (selepas makan, stres, mengikut situasi). Mereka yang mempunyai masalah sendi temporomandibular, pemakai gigi palsu, mengandung dan menyusu anak tidak digalakkan menggunakan gum. f) Nikotin gum Dos * Ada 2 kekuatan: 2 mg dan 4 mg. * 8 15 keping sehari untuk 2 mg. * Maksimum dos 30 keping sehari untuk 4 mg. * Jangkamasa rawatan: 8 12 minggu. * Boleh diambil jika perlu atau secara berjadual. * Jika perlu: kunyah satu keping setiap kali rasa gian untuk merokok. * Berjadual: kunyah satu keping setiap 1 2 jam.32

Teknik Penggunaan

Teknik mengunyah * Kunyah gum yang baru setiap kali. * Elakkan mengunyah dalam masa 15 minit selepas makan atau selepas minum minuman berasid seperti kopi, jus dan minuman berkarbonat kerana asid memusnahkan nikotin. * Kunyah perlahan yang boleh untuk mengelakkan penghasilan air liur yang berlebihan yang boleh menyebabkan tertelan. Perkara ini akan menyebabkan sakit tekak dan tidak cukup jumlah nikotin yang ada untuk diserap.33

Kemungkinan kesan sampingan * * * * * * * * Sakit rahang Ulser mulut Sedu (hiccup) Belching Loya Sakit kepala Ketidak penghadaman Insiden kesan sampingan 5%, berkait rapat dengan bilangan dan teknik mengunyahMurray R, et al. Safety of nicotine gum used by 3,094 participants in the Lung Health Study, CHEST 1996;109; 438 45

g) Patch nikotin Dos * Ada 3 kekuatan : 5 mg / 16 jam, 10 mg / 16 jam,15 mg / 16 jam. * 8 minggu pertama : guna 15 mg. * 2 minggu berikut: guna 10 mg. * 2 minggu selepas itu: guna 5 mg. * Memberi kesan berterusan sepanjang penggunaannya. Cara pengambilan * Pada setiap pagi, buang pelekat pada patch dan tempelkan pada bahagian kulit yang bersih, kering dan tidak berbulu (seperti bahu atau paha). Bulu badan boleh menghalang keberkesanan patch dan adalah perlu untuk mencukur terlebih dahulu jika perokok mempunyai bulu badan yang lebat. * Tekan patch untuk memastikan patch tersebut melekat dengan kejap. Tiada sekatan untuk perokok menjalankan aktiviti harian apabila menggunakan patch seperti mandi, berenang atau aktiviti sukan yang lain. * Tidak digalakkan memotong patch kepada dua. Ini akan menyebabkan nikotin keluar dari bahagian dalam patch dan seterusnya menjejaskan kepekatan nikotin yang perlu untuk penyerapan tansdermal yang berkesan. * Apabila membuang patch, lipat dua dengan baik untuk mengelakkan penyalahgunaan. * Jika keinginan untuk merokok masih kuat, patch kemungkinan tidak mencukupi atau tidak sesuai untuk perokok tersebut. Alternatif atau NRT tambahan (contohnya gum) mungkin diperlukan. * Gum kunyah biasa atau gula-gula mungkin boleh membantu.34

Teknik penggunaan

Kemungkinan kesan sampingan * Reaksi kulit (skin reaction) Sehingga 50% perokok yang menggunakan patch berkemungkinan mengalami reaksi kulit setempat. Selalunya bersifat ringan dan akan hilang dengan sendiri walaupun ada yang menjadi teruk sepanjang penggunaannya. Untuk mengurangkan risiko reaksi kulit, gilirkan bahagian kulit. Setiap bahagian sewajarnya tidak digunakan selama sekurang-kurangnya seminggu. Rawatan setempat menggunakan krim hydrocortisone (1%) atau krim triamcinolone (0.5%) akan dapat membantu. Kurang daripada 5% perokok sahaja yang perlu diberhentikan penggunaan patch kesan reaksi kulit setempat ini.35

-

h) Nicotine Inhaler Dos * Kekuatan : 10 mg * 8 minggu pertama : guna 6 12 cartridges sehari * 2 minggu berikut : 3 6 cartridges sehari * 2 minggu selepas itu: turunkan perlahan-lahan sehingga berhenti

Teknik penggunaan

Cara pengambilan * * * * * Rembesan nikotin tidak bergantung kepada teknik sedutan. Setiap cartridges mengandungi 10 mg nikotin dan 5 mg akan diserap. Setiap puff (sedutan) mengandungi 13 mg nikotin pada suhu bilik. 10 puff inhaler menyamai satu sedutan rokok. Penggunaan inhaler mewakili 35% penggantian nikotin (masih dalam range yang dicadangkan untuk terapi penggantian).

* Minuman berasid seperti kopi, jus dan minuman berkarbonat akan menjejaskan penyerapan nikotin, jadi makan dan minum kecuali air kosong sepatutnya dielakkan 15 minit sebelum dan selepas sedutan.36

* Hasil yang optimum boleh dicapai dengan penggunaan berterusan selama 20 minit, sedutan jauh ke dalam tidak perlu untuk meningkatkan kadar penyerapan. * Selepas beberapa hari menggunakan inhaler, perokok akan menyedari kaedah dan kekerapan sedutan yang sesuai untuk mereka. * Selepas 20 minit penggunaan, perokok sepatutnya menukarkan cartridges yang baru. * Mouth piece inhaler boleh terus digunakan, cuma perlu dicuci dengan sabun dan air. Kemungkinan kesan sampingan * Sakit tekak yang ringan * Rhinitis sementara / Selesema * Gangguan rasa * Sakit rahang * Sinusitis * Sakit kepala * Heartburn * Loya

xx) Rawatan / temujanji susulan a) Nilai sama ada perokok mengurangkan bilangan rokok yang dihisap. b) Jika perokok berhenti secara mengejut (cold turkey), nilai status dan gejala gian. c) Jika perokok menggunakan NRT, nilai teknik, keberkesanan dan kesan sampingan. d) Kurangkan dos NRT sebaik mungkin.

37

4

Uniti) ii) iii) i) ii) iii) iv) v) vi)

Mengekalkan Status Tidak Merokok

PENDAHULUANDi dalam modul ini klien akan diberi pengetahuan tentang cara-cara mengekalkan status tidak merokok bagi perokok-perokok yang telah mencuba untuk berhenti.

OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir sesi klien akan:Memahami cara-cara untuk mengekalkan status tidak merokok. Mengambil langkah-langkah menangani faktor-faktor keinginan merokok semula. Tahu di mana boleh mendapat bantuan (sekiranya perlu) untuk mengekalkan hasrat terus berhenti merokok.

ISI KANDUNGANCara-cara untuk mengekalkan status tidak merokok. Faktor-faktor keinginan merokok semula. Apa tindakan yang boleh diambil jika kembali merokok. Bagaimana menangani keinginan untuk merokok. Bagaimana mengatasi masalah pertambahan berat badan. Bagaimana menangani stres.38

vii) Bagaimana melakukan senaman dan aktiviti kecergasan dengan betul. viii) Bantuan untuk mengekalkan hasrat terus berhenti merokok.

KAEDAH : Perbincangan kumpulan berfokas (FGD) dan kaunseling individu MASA : 60 minit AKTIVITIi) Perbincangan kumpulan berfokas (sekiranya mempunyai ramai klien untuk menjalankan aktiviti secara serentak) a) Klien dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk memulakan sesi FGD. b) Klien diminta mengemukakan masalah yang mereka hadapi dan berkongsi masalah bersama rakan yang lain dengan bantuan anggota kesihatan (pemudahcara). c) Klien juga diminta membuka kembali buku catitan untuk melihat catitan yang dibuat dan meneliti semula ikrar yang telah dibuat. d) Setelah klien mengemukakan masalah, fasilitator akan membimbing klien dalam mengenalpasti cara-cara menyelesaikan masalah terutamanya dalam menangani masalah kegianan merokok, masalah menguruskan berat badan dan stres. e) Sesi berkaitan masalah menguruskan berat badan dikendalikan oleh Pegawai Dietetik, Pegawai Zat Makanan, Pembantu Perubatan, Jururawat Kesihatan dan Kaunselor. ii) Kaunseling Individu a) Klien diberi kaunseling secara individu oleh anggota kesihatan. Sesi ini mungkin sesi yang kedua, ketiga setelah perokok telah berhenti merokok untuk menentukan tahap statusnya. b) Klien diminta mengemukakan masalah jika ada berkaitan dengan keadaannya kepada anggota kesihatan. c) Sesi ini juga memberi peluang kepada anggota kesihatan untuk memberikan maklumat yang lebih lengkap berkaitan topiktopik dalam modul ini kepada klien. d) Klien juga diminta membuka kembali buku catitan untuk melihat catitan yang dibuat dan meneliti semula ikrar yang telah dibuat.39

ALAT BANTU MENGAJARi) ii) iii) iv) v) vi) Slaid (power point) Buku Panduan Berhenti Merokok Kit Berhenti Merokok Modul latihan Kit terapi releksasi Bahan Pendidikan Makanan Sihat dan Senaman

NOTA RUJUKANCara-Cara Untuk Mengekalkan Status Tidak Merokok i) Mengapa perokok-perokok yang sudah berhenti merokok kembali merokok. Kurang daripada 25% perokok berjaya berhenti merokok pada percubaan pertama. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab berikut:a) Kurang keyakinan diri. b) Sistem badan bergantung kepada tahap nikotin (nicotine dependence). c) Tidak asertif kalah kepada pujukan kawan. d) Kurang sokongan. e) Konflik di dalam diri. f) Tidak mahir di dalam menangani tekanan. g) Tidak dapat menyesuaikan diri di dalam perubahan tabiat. ii) Langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengekalkan status tidak merokok adalah seperti berikut:a) Perokok perlu mengenal pasti apakah punca yang menyebabkannya kembali merokok. Setelah mengenal pasti penyebab, perokok perlu mendapatkan nasihat atau mengetahui bagaimana mengatasi masalah ini. b) Jangan berputus asa sekiranya tidak berjaya dalam percubaan pertama. Kebanyakan perokok yang berjaya berhenti merokok mencapai kejayaan tersebut setelah berulang kali mencuba. c) Beriltizam untuk berhenti merokok serta merta dan campakkan semua rokok yang masih ada. d) Berjanji pada diri sendiri untuk tidak merokok lagi walaupun sebatang rokok.40

e) Mendapatkan sokongan, teguran dan pemerhatian daripada kawan/ keluarga/ guru/ majikan. iii) Bagaimana menangani keinginan untuk merokok. Rasa keinginan untuk merokok akan timbul pada waktu yang biasanya perokok menghisap rokok. Perokok tidak perlu bimbang akan perasaan ini kerana ini hanyalah perasaan yang bersifat sementara iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sahaja. Tahap keinginan untuk merokok juga akan beransur-ansur hilang jika perokok dapat mengatasi masa atau tempoh keinginan tersebut. Cara-cara yang perokok boleh cuba adalah seperti berikut:a) Berfikiran positif Beritahu diri anda yang amalan merokok itu adalah satu sejarah dan tidak akan diulangi. Tumpukan perhatian kepada faedah yang boleh diperolehi oleh anda, keluarga dan orang di sekeliling anda dengan tidak merokok. b) Lawan fikiran negatif Jangan biarkan fikiran negatif menhancurkan niat untuk terus kekal sebagai bukan perokok. Ingatkan petua 6M dan 8M bagi mengatasi fikiran negatif. * Menarik nafas perlahan-lahan. panjang : tariklah nafas panjang dengan

* Minum air : minum air banyak-banyak sebaik-baiknya air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh. * Membuat sesuatu : buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada merokok seperti berkebun, bermain muzik, bersenam, membaca buku dan mandi. * Membasahkan tangan : basahkan tangan setiap kali terasa ingin merokok. * Mengunyah makanan : masukkan makanan ke dalam mulut seperti gula-gula getah tanpa gula dan buah-buahan.

41

* Memohon doa : memohon kekuatan diri daripada keinginan untuk merokok dan melapangkan fikiran dengan membaca ayat suci dan berzikir. iv) Bagaimana mengatasi pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan adalah biasa di kalangan sesetengah perokok yang berhenti merokok. Ini adalah disebabkan oleh selera yang bertambah baik dan rasa makanan yang menjadi lebih sedap selepas berhenti merokok. Di antara cara-cara untuk mengatasi berat badan adalah:a) Mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan (rujuk Modul Makan Secara Sihat). b) Mengamalkan bersenam 3 kali seminggu untuk 20 30 minit setiap kali bersenam (rujuk Modul Senaman). v) Bagaimana menangani tekanan. Antara sebab mengapa bekas perokok kembali merokok ialah tidak mahir di dalam menangani tekanan. (rujuk Modul Minda Sihat).

42