modul al- azkar ( doa & zikir harian )

17
KELAS BIMBINGAN DEWASA

Upload: elia

Post on 25-Jan-2016

137 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KELAS BIMBINGAN DEWASA. Modul al- azkar ( doa & zikir harian ). Modul ini bertujuan untuk memberi penerangan serta kefahaman tentang : Doa & zikir harian yang sepatutnya diamalkan oleh seorang Muslim Adab dalam berdoa sebagai kaedah bagi kemustajaban doa - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

KELAS BIMBINGAN DEWASA

Page 2: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Modul ini bertujuan untuk memberi penerangan serta kefahaman tentang:Doa & zikir harian yang sepatutnya

diamalkan oleh seorang MuslimAdab dalam berdoa sebagai kaedah

bagi kemustajaban doaMakna-makna doa agar difahami

serta dihayati oleh pembaca

Page 3: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Pengertian DoaDoa Menjana Semangat dan HarapanKeutamaan BerdoaAdab-Adab Berzikir dan Berdoa

Page 4: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.

Page 5: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.

Page 6: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. menjelaskan bahawa doa ini adalah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian dari ibadah yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Page 7: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. Sebab manusia yang beriman dan memahami hakikat kehidupannya akan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia yang menyediakan segala macam rahmat dan nikmat.

Page 8: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Doa orang beriman itu pasti dikabulkan oleh AllahDoa merupakan ibadahDoa merupakan perintah Allah Allah memuji hamba-hambaNya yang berdoaAllah sentiasa dekat di hati manusia yang berimanSemua hamba-hambaNya berada dalam genggaman Allah

Page 9: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Doa orang beriman itu pasti dikabulkan oleh Allah SWT dengan salah satu cara berikut:

Dikabulkan secara langsung apa yang kita minta.Dihindarkan kita dari sesuatu bahaya atau bencana.Ditangguhkan ke satu masa lain misalnya di hari Akhirat yang mana akan diberikan pahala sesuai dengan permintaan itu.

Page 10: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Al-Nu’man bin Tsabit r.a. pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Doa merupakan ibadah. Lalu baginda membaca firman Allah dalam surah Ghafir, ayat 60.”

Page 11: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Allah berfirman:“Berdoalah kamu kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan doa kamu itu.”

(Ghafir: 60)

Page 12: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Allah berfirman:“Oleh itu, Kami makbulkan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anak bernama) Yahya serta Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak baginya. (Kami limpahkan ihsan kepada rasul-rasul itu kerana) mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan takut. Malah, mereka sentiasa khusyuk (taat) kepada Kami. ”

(Al-Anbiya’: 90)

Page 13: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Firman Allah s.w.t.:“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai diriKu, (katakan kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (dengan mereka). Aku sentiasa memakbulkan doa orang yang sentiasa memohon kepadaKu. Oleh itu mereka hendaklah menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan mereka hendaklah beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah: 186)

Page 14: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Kita semua berada di dalam genggamanNyaPada hakikatnya, kita semua tidak mampu memberi manfaat atau memudaratkan tanpa keizinan Allah.Dalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari, Nabi s.a.w. menceritakan kepada para sahabatnya mengenai firman Allah kepadanya.

Page 15: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Yakin doa kita akan dimakbulkan AllahTekun dan tidak terburu-buruBerdoa dalam semua keadaan sama ada susah atau senangTidak mengutuk keluarga dan hartaMemulakan dengan pujianJangan memohon kepada selain AllahBerdoa dengan suara yang sederhanaMemohon dengan al-Asma al-Husna

Page 16: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Membuat pengakuan dosa di hadapan AllahJangan terikat dengan sajak ketika berdoaBerdoa dengan khusyuk dan merendah diriMenjauhi diri daripada rezeki yang haramBerselawat kepada Nabi s.a.w.Menghadap kiblatMengangkat kedua-dua tanganBerwuduk sebelum berdoa

Page 17: Modul  al- azkar  ( doa  &  zikir harian )

Berdoa sambil menangisBerdoa dalam keadaan merendah diriBerdoa pada waktu-waktu mustajabMendoakan keampunan buat diri dan kaum musliminMemulakan dengan kalimah tauhidBerdoa sambil bertawasul dengan amal solehMengulangi doa sebanyak tiga kali