modul 8 tv-edit

19
Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan kerosakan dan mengganti komponen yang rosak dalam penerima TV warna. OBJEKTIF UMUM Modul ini membolehkan murid : menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna. mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan alat ujian yang sesuai. membaik pulih kerosakan penerima TV warna. mengamalkan langkah-langkah keselamatan. KANDUNGAN MODUL 8.1 TV warna. 8.2 Pengujian dan keselamatan OBJEKTIF KHUSUS Diakhir unit ini murid akan dapat : melakarkan gambarajah blok penerima TV warna. menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna mengenal pasti litar dan komponen setiap peringkat dalam blok penerima TV warna. PENCAPAIAN KOMPETENSI Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap peringkat dalam penerima TV warna. 1 PENERIMA TV UNIT 8.1 TV WARNA

Upload: ae7678

Post on 18-Jun-2015

5.131 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 8 Tv-edit

Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan kerosakan dan mengganti komponen yang rosak dalam penerima TV warna.

OBJEKTIF UMUM

Modul ini membolehkan murid : menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna. mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan alat ujian yang sesuai. membaik pulih kerosakan penerima TV warna. mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

KANDUNGAN MODUL

8.1 TV warna. 8.2 Pengujian dan keselamatan

OBJEKTIF KHUSUS Diakhir unit ini murid akan dapat :

melakarkan gambarajah blok penerima TV warna. menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna mengenal pasti litar dan komponen setiap peringkat dalam blok penerima TV warna.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap peringkat dalam penerima TV warna.

MAKLUMAT

Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio.

1

PENERIMA TV

UNIT 8.1 TV WARNA

Page 2: Modul 8 Tv-edit

8.1.1 Rajah blok peringkat-peringkat penerima TV warna.Rajah 8.1, menunjukkan rajah blok asas penerima TV warna.

Rajah 8.1, Gambarajah blok penerima TV warna

2

Info khas

Sistem Televisyen di Malaysia

PERKARA MAKLUMATLebar jalur setiap saluran 7MHzSistem warna PAL B/G Garis imbasan 625 garisanSistem penghantaran VHF (30 MHz – 300 MHz)

UHF (300 MHz – 3000 MHz)Pemodulatan isyarat pembawa gambar Pemodulatan amplitud (AM)Pemodulatan isyarat pembawa suara Pemodulatan frekuensi (FM)Isyarat pembawa IF gambar 38.9MHzIsyarat pembawa IF bunyi 33.4MHzFrekuensi IF bunyi 5.5MHz (38.9MHz – 33.4MHz)Frekuensi kroma untuk isyarat warna 4.43 MHzFrekuensi ufuk (garis) 15,625HzFrekuensi tegak (medan) 50Hz

Page 3: Modul 8 Tv-edit

8.1.2 Fungsi setiap blok penerima TV warna.

a) Jadual 8.1 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.

NO NAMA BLOK FUNGSI BENTUK GELOMBANG KELUARAN1 Antena Menerima gelombang

elektromagnetik yang dipancarkan oleh system pemancar.

Gelombang elektromagnetik

2 PenalaA. Penguat RF.

B. Pencampur.

C. Pengayun tempatan

A. Memilih satu isyarat dari antena yang dikehendaki dan menguatkannya.

B. Menghasilkan frekuensi IFa) gambar – 38.9MHzb) suara - 33.4MHz

C. menjana frekuensi hasil jumlah RF + IF suara dan gambar.

3 Penguat IF video (VIF) Menguatkan isyarat IF termodulat pembawa gambar (38.9MHz) dan bunyi (33.4MHz)

4 Pengesan video i. Mengesan isyarat AM gambar dari pembawa IF dan menghasilkan isyarat video rencam.

ii. Menghasilkan sub-pembawa IF yang baru - 5.5MHz (perbezaan IF gambar 38.9MHz dan IF suara 43.4MHz)

5 Kawalan gandaan automatik (KGA)

Mengawal gandaan penguat IF dan RF supaya kekuatan isyarat suara dan gambar stabil.

6 Penguat IF bunyi Menerima isyarat sub-pembawa 5.5MHz dan menguatkannya.

3

Pembawa IF gambar

Pembawa IF suara

Pembawa IF gambar

Pembawa IF suara

Isyarat video rencam

Subpembawa IF suara

Pembawa IF suara

Page 4: Modul 8 Tv-edit

7 Pengesan FM suara Menyahmodulat pembawa FM dan menghasilkan isyarat audio

8 Penguat frekuensi audio Menguatkan isyarat audio untuk memacu pembesar suara.

9 Pembesar suara Menukar isyarat audio kepada tenaga bunyi.

10 Pemisah segerak Memisahkan denyut-denyut segerak ufuk dan tegak dari isyarat video rencam. Dua jenis litar penapis pada keluaran pemisah segerak :a) Litar pengamir – penapis

lulus rendah, meluluskan frekuensi tegak 50Hz.

b) Litar pembeza – penapis lulus tinggi untuk peringkat pengayun ufuk 15,625Hz.

11 Pengayun tegak Menjana frekuensi 50Hz yang berbentuk gelombang gerigi.

12 Penguat tegak Menguatkan isyarat pengayun tegak untuk gegelung pesongan tegak.

13 Kawalan frekuensi automatic (AFC)

Mengawal frekuensi ufuk 15,625Hz

14 Pengayun ufuk Menjana gelombang gerigi

15,625Hz

15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat dari pengayun ufuk

16 Voltan amat tinggi Membekalkan voltan amat tinggi untuk penghasilan raster. Voltan DC dalam kV

17 Gegelung kuk ufuk dan tegak.

Memesongkan alur electron kiri kekanan dengan kadar 15,625Hz dan atas ke bawah dengan kadar 50Hz pada tiub gambar.

4

Isyarat audio

Isyarat audio

Denyut segerak

Gelombang gerigi

Gelombang gerigi

Page 5: Modul 8 Tv-edit

18 Anod tiub gambar Menerima voltan amat tinggi dari bekalan voltan amat tinggi.

Voltan DC

19 Tiub gambar warna Menghasilkan gambar warna

20 Bekalan kuasa rendah Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat.

21 Penguat lar (Y) Menguatkan isyarat lar tanpa isyarat kroma (warna) 4.43MHz.

22 Penyahkod warna Menerima isyarat lar (Y) dan kroma serta mengasingkan isyarat itu kepada isyarat merah (R), hijau (G) dan biru (B). Isyarat ini dikuatkan secara berasingan.Penyahkod warna mengandungi peringkat :i. penguat keromaii. matriks

23 Penguat pemacu merah Menguatkan isyarat merah

24 Penguat pemacu hijau Menguatkan isyarat hijau

25 Penguat pemacu biru Menguatkan isyarat biru.

26 Gelang penumpuan Menumpukan alur-alur elektron pada bintik-bintik fosfor yang berkenaan sahaja di layer tiub gambar.

27 Gelang ketulenan Melaras ketiga-tiga alur electron supaya jarak antara ketiga-tiganya sejajar.

5

Merah (R)

Hijau (G)

Biru (B)

Isyarat video rencam (lar)

Info khas

Kroma ialah maklumat gambar warnaIsyarat lar (Y) ialah maklumat gambar monokrom (hitam-putih)

Info khas

Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer tiub gambar, dengan adanya alur electron yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada skrin tiub gambar.

Page 6: Modul 8 Tv-edit

b) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1 menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:i. Bahagian penala.ii. Bahagian IF video.iii. Penguat videoiv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.

v. Bahagian Audio Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung

ke pembesar suara.

vi. Bahagian warna

Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.

6

Info khas

Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang electron pada tiub gambar

Bahagian pesongan ufuk dan tegak

Bahagian penala

Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Lain-lain bahagian :IFVideoWarna

Pembesar suara

Page 7: Modul 8 Tv-edit

Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

vii. Bahagian pesongan Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 menunjukkan gegelung pesongan ufuk dan tegak yang berfungsi untuk memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas ke bawah untuk menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar

Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)

7

Anod tiub gambar

Pengubah voltan tinggi

Pelaras skrin

Pelaras fokus

Papan litar tercetak pemacu RGB

Gegelung dening

Page 8: Modul 8 Tv-edit

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas mempelajari unit ini, murid dapat :

1. Mengukur setiap kaki IC dan transistor menggunakan meter pelbagai dan osiloskop.2. Melakar bentuk gelombang.3. Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan:

a. Meter pelbagaib. Osiloskopc. Penjana isyarat audiod. Penjana isyarat RF

4. Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh menguji, mengesan, menentukan jenis dan membaik pulih kerosakan penerima TV warna.

MAKLUMAT

8.2.1 Mengesan kerosakan

Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

i. Penjana corak ujianii. Penjana isyarat audio

iii. Penjana isyarat RFiv. Osiloskopv. Meter pelbagai

8

UNIT 8.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

Info khas

Tiga warna utama : i. Merahii. Hijauiii. Biru

Hasil percampuran warna utama : i. biru + hijau = sianii. biru + merah = magentaiii. hijau + merah = kuningiv. merah + hijau + biru = putih

Page 9: Modul 8 Tv-edit

Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan.

Gambar foto 8.5 : Alat uji

Langkah-langkah mengesan kerosakan

1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.

2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:

i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak.

ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah dikesan rosak.

iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.

9

Page 10: Modul 8 Tv-edit

Jadual 8.6

BILKESAN

Peringkat yang dijangka rosakPembesar suara Tiub gambar

1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio2 Suara normal Gambar tiada warna Penyahkod warna , matriks3 Suara normal Gambar tiada warna hijau Penguat warna hijau4 Suara normal Gambar tiada warna biru Penguat warna biru5 Suara normal Gambar tiada warna meah Penguat warna merah6 Suara normal Gambar gelap, ada raster Penguat lar7 Suara normal Gambar bergulung (gambar

bergerak ke atas / ke bawah) rujuk Rajah.2(a)

Pengayun tegak

8 Suara normal Raster satu garisan mengufukRajah 8.2(c)

Penguat tegak, gelung pesongan tegak

9 Suara normal Gambar berkoyak Rajah 8.2(b)

Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk tak stabil)

10 Suara normal Gambar berkoyak dan bergulung Pemisah segerak11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah, penguat

ufuk, pengayun ufuk.12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub gambar12 Bunyi desiran Gambar bersalji

Rajah 8.2 (d)Penguat IF video, pengesan video

b)

a) Gambar bergulung ke aatas atau ke bawah b) Gambar berkoyak

c) Raster satu garisan ufuk d) Gambar bersalji

Rajah 8.2

10

Page 11: Modul 8 Tv-edit

8.2.2 Langkah-langkah keselamatan

i. Prosedur keselamatan

ii. Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :

Cara berpakaian- Memakai pakaian bengkel- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah- Tidak memakai barang kemas- Tidak memakai tali leher

Sikap- Sentiasa mematuhi arahan- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja- Melaporkan sebarang kerosakan- Menggunakan alat yang betul- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan

Fizikal- Sihat- Tidak rabun warna- Jelas penglihatan

iii. Keselamatan alata Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :

i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.

b Semasa melakukan aktiviti, pastikan :

i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari

tersentuh.iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat

pengukuran voltan dc.v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.

c Selepas melakukan aktiviti, pastikan :

i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna.ii. Matikan bekalan kuasa.iii. Peralatan disusun dengan kemas.iv. Keadaan tempat kerja kemas.

11

Page 12: Modul 8 Tv-edit

d. TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.

e. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan tinggi.

v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.

12

Page 13: Modul 8 Tv-edit

LATIHAN.

Jawab semua soalan

1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda :a) Blok 3 :

__________________________________________________________________________________

b) Blok 11 : __________________________________________________________________________________

c) Blok 17 : __________________________________________________________________________________

Rajah 8. 3

2. Nyatakan fungsi blok :

a) KFA :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

b) Penyahkod warna:

13

Page 14: Modul 8 Tv-edit

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c) Pengesan video:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Namakan blok berikut pada rajah 8.3, nyatakan kesan kepada pembesar suara dan tiub gambar jika berlaku kerosakan :

i. Blok 12 : ________________________________________________________________________Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

ii. Blok 9 : _________________________________________________________________________Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

iii. Blok 16 : ________________________________________________________________________Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

4. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rujukan:

BASIC TELEVISION Principles and ServicingFourth Edition 1975International student editionBernard Grob

14

GLOSARI

Kawalan frekuensi automatic (KFA) – supaya pengayun ufuk dapat berkendali pada frekuensi 15,625Hz.

PAL - Phase Alternation by Line iaitu satu sistem piawaian TV warna. VHF - Frekuensi sangat tinggi (Very high frequency); 30MHz – 300MHzUHF - Frekuensi ultratinggi (Ultra high frequency); 300MHz – 3,000MHzLAR - Luminance – menunjukkan keamatan cahaya atau kecerahan dalam

maklumat warna dan monokrom. Maklumat Lar adalah didalam isyarat Y.

Page 15: Modul 8 Tv-edit

McGraw-Hill Kogakusha, Ltd.

TEKNOLOGI TELEVISYENMd. Nasir Abd. MananDewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur2002

Teknologi ElektronikTingkatan 5Tan Hock GheeLongman Malaysia

15