model pembelajaran

of 6 /6
Tentukan Matlamat Kenalpasti Objektif Rancang Aktiviti Pengajaran Pilih Media Pengajaran Bina Alat Pengukuran Laksana Pengajaran Kaji Semula Instruksi MOHD AZLI BIN YEOP[M20092001082] TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] Sarjana Pendidikan Rekabentuk Instruksional dan Teknologi Fakluti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Model Reiser & Dick (1996) Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996. Perancangan pengajaran : Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996) 1. Mengenalpasti matlamat pengajaran Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran. Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran. Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, tajuk yang dipilih ialah Tawaf, dalam bab ibadah haji, matlamat

Author: sabs121

Post on 31-Oct-2014

147 views

Category:

Education


9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web
    MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082]
    Sarjana Pendidikan Rekabentuk Instruksional dan Teknologi
    Fakluti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
    Model Reiser & Dick (1996)
    Tentukan MatlamatKenalpasti ObjektifRancang Aktiviti PengajaranPilih Media PengajaranBina Alat PengukuranLaksana PengajaranKaji Semula Instruksi
    Sumber : Ubahsuai dari Robert A. Reiser and Walter Dick, Instructional Palnning (2nd. ed.), Allyn & Bacon, Massachusetts, 1996.
    Perancangan pengajaran :
    Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)
    Mengenalpasti matlamat pengajaran
    • Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.

Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.
Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, tajuk yang dipilih ialah Tawaf, dalam bab ibadah haji, matlamat pengajaran ialah pelajar seharusnya dapat memahami konsep dan cara melaksanakan ibadah Tawaf.
Menganalisa pelajar

  • Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran.

Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berbeza.
Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar telah dikenalpasti. Di mana pencapaian pelajar didapati mempunyai tahap dan gaya pembelajaran yang hampir sama. Pelajar telah mempunyai asas pengetahuan tawaf melaluipembelajaran lalu. Pelajar juga mempunya tahap literasi penggunaan komputer dan rangkaian internet yang baik
Mengenalpasti objektif
Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.
Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Tawaf ialah
1 : . . 2 : . 3: .
Merancang aktiviti pengajaran

  • Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran.

2. Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan. 3. Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditentukan. 4. Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :Sebagai set induksi, guru menayangkan klip video animasi berkaitan ibadah tawaf.
Guru membuat penerangan sambil menayangkan slaid dan animasi tawaf.
Perbincangan kumpulan dansecara kolaboratif.
Pelajar secara berkumpulan mengakses maklumat berkaitan topik dari internet sebagai aktiviti pengukuhan.
Pelajar dibenarkan bersoal-jawab dengan guru model keratan enjin edaran

  • Pelajarmenjawab soalan secara interaktif dalamMS Powerpoint dan lembaran kerja dari guru.

Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)

  • Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.

Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat pembelajaran.
Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran bagi Tawaf, media yang digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan di samping bahan/ slide persembahan yang dibina oleh guru sendiri. Berikut merupakan senarai bahan/media yang digunakan:
Klip video Tawaf. Sumber dari
Animasi pergerakanenjin - edaran 4 lejang. sumber dari
Slaid MS Powerpoint sebagai BBM yang menerangkan cara membuat pusingan tawaf. ( Dibina oleh guru )
Perisian MSPower point untuk digunakan oleh pelajar menjawab soalan interaktif. ( Dibina oleh guru )
Aktiviti pengukuhan oleh pelajar - secara berpasangan melayari internet merujuk sumber lain yang berkaitan tajuk. ( Alamat laman web disediakan oleh guru )
Membina alat penilaian
Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran.
Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah :
Soalan interaktif MS Powerpoint - dijawab secara berpasangan.
Lembaran kerja (soalan dibina oleh guru berpandukan isi pelajaran yang diajar) - dijawab secara individu.
Melaksanakan pengajaran
Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di mana pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran, perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan kawalan/bimbingan guru yang baik.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Tawaf ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru menjayakannya.
Menyemak semula pengajaran
Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian /penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid.