mmmmm

12
1.0 Pengenalan Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi Negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika kea rah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia. Justeru, salah sau cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam proses ini, guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Isu-isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistematik untuk menanganinya. Oleh itu, guru harus berfikiranglokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai isu yang harus ditangani secara lebih bijak dan penuh perhatian. 1

Upload: mohd-hafiz

Post on 15-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: mmmmm

1.0 Pengenalan

Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana

percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi

Negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari

segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika kea rah

membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini

juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan

bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai

aspirasi Negara Malaysia.

Justeru, salah sau cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk

meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam

proses ini, guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin,

bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Terdapat isu

dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran,

peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Isu-

isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang

secara sistematik untuk menanganinya. Oleh itu, guru harus berfikiranglokal dengan

mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku

begitu pantas dengan pelbagai isu yang harus ditangani secara lebih bijak dan

penuh perhatian.

Dalam usaha mencapai misi KPM, iaitu membangunkan potensi individu melalui

pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan akan dihadapi. Sejajar dengan ini,

KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025

yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas

pertama melalui pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti merupakan usaha

dan pemangkin untuk membangunkan generasi alaf baharu. Sistem pendidikan

negara memerlukan usaha-usaha yang dirancang secara sistematik untuk

meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya demi menangani cabaran-

cabaran guru pada abad ke-21.

1

Page 2: mmmmm

2.0 Cabaran Perspektif Personal

Saya telah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh selama

tiga bulan. Berdasarkan pengalaman saya berpraktikum selama tiga bulan di

sekolah ini saya telah menghadapi beberapa cabaran dalam diri saya sendiri secara

amnya. Antara cabaran yang saya hadapi ialah kawalan kelas. Sistem kawalan

kelas saya yang lemah menjadi punca utama proses pengajaran dan pembelajaran

tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan beberapa

perkara seperti, kurangnya minat murid-murid Pendidikan Khas terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran serta kaedah tradisional dalam proses pengajaran

dan pembelajaran masih digunakan. Saya sebagai guru praktikum yang masih

banyak yang perlu dipelajari dan kurangnya pengalaman menyebabkan isu ini

timbul.

Menurut Addleson (1998) di dalam bukunya iaitu ‘What is a Learning

Organisation’, kawalan kelas yang baik adalah berpunca daripada gurunya yang

baik dalam merancang segala aktiviti bilik darjah yang kondusif serta menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid. Berdasarkan pendapat

di atas, kawalan kelas yang lemah adalah berpunca daripada saya sendiri yang tidak

menyesuaikan aktiviti pengajaran yang sesuai untuk murid Pendidikan Khas. Seperti

yang kita sedia maklum murid Pendidikan Khas adalah berbeza daripada murid yang

normal. Mereka memerlukan aktiviti pengajaran yang dapat menarik perhatian

mereka untuk belajar supaya saya dapat mengawal kelas dengan baik dan lancar.

Untuk menangani cabaran dan tekanan tersebut saya telah mendapatkan

khidmat nasihat daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing saya.

Segala khidmat nasihat dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka telah saya

aplikasikan dalam mengawal kelas saya. Dalam pada itu, saya telah menggunakan

token ekonomi untuk mengawal kelas Pendidikan Khas yang sentiasa mengganggu

proses perjalanan pengajaran dan pembelajaran saya. Setiap kali murid tersebut

berjaya mengawal tingkah laku mereka daripada mengganggu perjalanan kelas,

saya akan memberikan satu bintang kepada murid tersebut. Kawalan kelas saya

akan lebih baik sekiranya murid bersaing untuk mendapatkan bintang melalui token

ekonomi dengan mengawal tingkah laku mereka dengan lebih positif.

2

Page 3: mmmmm

Cabaran personal yang saya hadapi seterusnya ialah masalah dalam lemah

mengawal masa semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Masa

yang diperuntukkan setiap kali mengajar ialah enam puluh minit untuk setiap

matapelajaran. Walaupun telah berpraktikum beberapa kali, saya masih lemah untuk

mengawal masa semasa mengajar. Saya sering kali terlebih masa mengajar kerana

bagi saya masa yang diberikan untuk setiap matapelajaran masih tidak mencukupi.

Seperti yang kita sedia maklum, murid pendidikan khas mempunyai masalah kognitif

seperti lambat untuk menerima input daripada guru. Saya memperuntukkan masa

yang lebih untuk memberikan penekanan terhadap kelemahan murid tersebut

sehingga menyebabkan saya sering tertinggal langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran yang lain seperti yang telah saya rancang dalam rancangan

pengajaran harian saya.

Saya sering tertinggal beberapa langkah pengajaran kerana murid masih

lemah untuk menguasai pelajaran yang ingin saya terap pada masa itu. Ini

menyebabkan saya memperuntukkan masa yang lebih dalam langkah pengajaran

tersebut sehingga tidak sempat menjalankan langkah pengajaran yang lain seperti

yang telah saya rancang dalam rancangan pengajaran harian saya. Menurut Clyde

(1983), persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran

Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang

disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.

Oleh sebab itu, saya perlu melaksanakan rancangan pengajaran harian yang

sistematik dan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Rancangan pengajaran yang lebih teratur akan membantu saya untuk

mengawal masa dengan baik. Perancangan pengajaran yang teratur akan

memberikan impak yang positi dalam membentuk pengajaran yang lebih lancar dan

sistematik. Saya juga akan sentiasa melihat masa pada jam supaya masa yang

diperuntukkan untuk setiap langkah pengajaran yang saya rancang akan saya ikuti

dengan betul. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan akan

menjadi lebih menarik dan sesuai dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

3

Page 4: mmmmm

3.0 Cabaran Perspektif Sekolah

Terdapat beberapa cabaran perspektif sekolah yang saya hadapi sepanjang

praktikum ini. Antaranya ialah tekanan dalam menyesuaikan diri dengan suasana

iklim sekolah yang baru. Pada peringkat permulaan berada di Sekolah Kebangsaan

Pengkalan Pegoh merupakan ujian dan tekanan buat diri saya. Kesulitan untuk

menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru menyebabkan tekanan dalam

diri saya meningkat. Masalah yang dihadapi dengan masyarakat sekolah yang baru

sahaja saya kenali adalah permulaan yang agak dingin yang diterima daripada

segelintir masyarakat sekolah saya ini terutamanya dari pihak pentadbir dan

pendidik di sekolah ini.

Sikap sesetengah staf sokongan seperti pembantu tadbir dan kerani yang

pada mulanya bersikap sinis dan dingin terhadap saya menyebabkan saya berasa

kurang senang apabila berurusan dengan mereka. Sikap mereka yang tidak mesra

menyebabkan saya kurang selesa apabila saya sering kali berkunjung di pejabat

am. Saya juga hairan melihat tingkah laku dan layanan yang diberikan oleh

sesetengah daripada staf sokongan ini yang kadang kalanya tidak mengendahkan

pertanyaan saya apabila berinteraksi.

Selain itu, sikap malu yang masih ada dalam diri saya menyebabkan masalah

dan tekanan ini menjadi lebih. Sikap saya yang malu untuk bertanya menyebabkan

isu ini bertambah lebih serius. Oleh sebab itu, saya telah menjalankan beberapa

langkah penyelesaian. Antaranya ialah saya cuba untuk lebih mesra apabila

berhadapan dengan seluruh masyarakat sekolah tersebut. Saya juga akan sentiasa

cuba untuk berinteraksi dengan mesra kepada setiap masyarakat di sekolah

tersebut. Ini akan lebih meningkatkan hubungan yang lebih baik saya dengan pihak

sekolah terutamanya dengan pihak pentadbir dan warga pendidik di sekolah

tersebut. Saya akan terapkan dalam diri saya untuk senyum setiap kali berhadapan

dengan setiap warga Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh.

4

Page 5: mmmmm

Cabaran dan tekanan yang seterusnya yang saya hadapi berdasarkan

perspektif sekolah ialah aktiviti sekolah yang padat. Aktiviti sekolah yang padat telah

banyak mengganggu perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya terpaksa

menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana aktiviti sekolah diadakan

yang sentiasa mengambil masa yang tidak sepatutnya dijalankan pada waktu

pengajaran dan pembelaran.

Sebagai contoh, aktiviti minggu bahasa sepatutnya diadakan selepas sesi

persekolahan tetapi kenyataannya sekolah ini mengadakan setiap aktiviti minggu

bahasa pada waktu persekolahan. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang saya jalankan terpaksa ditangguhkan pada masa yang lain.

Aktiviti minggu bahasa yang padat dengan pelbagai aktiviti menyebabkan segala

kerja yang sepatutnya telah dirancang tertangguh. Sebagai contoh penyeliaan

daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing terpaksa ditangguh ke

minggu yang lain.

Oleh itu, saya perlu merancang masa yang sesuai untuk menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran pada masa yang sesuai dengan mengadakan

perbincangan dengan guru pembimbing dan penolong kanan Pendidikan Khas

supaya sesi pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya dijalankan tidak

ditangguhkan terlalu lama dari masa yang sepatutnya.

5

Page 6: mmmmm

4.0 Cabaran Perspektif Kebangsaan

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap perspektif kebangsaan, terdapat

banyak cabaran dan tekanan yang saya perhati yang dihadapi oleh guru pada masa

kini. Sebagai guru praktikum yang masih banyak perlu dipelajari, saya perlu bersedia

dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi isu dan cabaran di peringkat

kebangsaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya ialah cabaran

dan tekanan guru terhadap isu pelaksanaan KSSR iaitu kurikulum standard sekolah

rendah.

Seperti yang kita ketahui bentuk atau format soalan pentaksiran ditentukan

oleh panatia dan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa pentaksiran berasaskan

sekolah untuk diminitkan sebagai punca kuasa. Jumlah soalan adalah bergantung

kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Penskoran di bawah Jawatankuasa

Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Pelarasan tentang penskoran dan bilangan jumlah

soalah perlu ditetapkan dalam mesyuarat dan diminitkan sebagai punca kuasa.

Setiap sekolah tidak sama dengan sekolah yang lain. Perbezaan pelarasan

penskoran dan bilangan jumlah soalan untuk setiap sekolah menyebabkan

pelaksanaan KSSR ini tidak sistematik dan telus.

Sebelum pelaksanaan KSSR ini dijalankan, KBSR terlebih dahulu

dilaksanakan sekian lama sebelum dihapuskan apabila wujudnya pelaksanaan

KSSR di setiap sekolah di Malaysia. Ini menyulitkan lagi keadaan terutamanya

kepada setiap pendidik yang terpaksa mengubah cara pengajaran yang sebelumnya

berpandukan KBSR dengan mengubah ke arah berpandukan format KSSR dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut pendapat saya, cabaran ini boleh diatasi dengan adanya sikap yang

perlu ada dalam diri setiap guru yang sentiasa menerima perubahan yang drastik

dari semasa ke semasa. Ini disokong dengan pendapat yang diutarakan oleh

Shulman J.H. (1992) yang mengatakan bahawa pengaliran budaya, sistem nilai dan

kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara yang berusaha

membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat.

6

Page 7: mmmmm

Seterusnya ialah cabaran yang dihadapi dengan pelaksanaan program 1

Murid 1 Sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat

beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini. Antaranya

ialah program 1 Murid 1 Sukan dijalankan tidak seiring dengan program yang

dijalankan di sekolah. Sebagai contoh, sukan tahunan Sekolah Kebangsaan

Pengkalan Pegoh menjalankan sukan tahunan sekolah pada bulan Jun sedangkan

sukan peringkat daerah pada bulan Mac. Apa yang boleh saya lihat ialah kesulitan

untuk memperoleh kemajuan sukan di peringkat akar umbi menyebabkan 1 Murid 1

Sukan ini sukar untuk memperoleh hasil yang lebih ke arah positif. Oleh sebab itu,

pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan ini perlulah sejajar dengan pelaksanaan program

sukan yang diadakan di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah peka

dengan isu ini sekiranya ingin melihat hasil yang boleh dibanggakan.

Seterusnya ialah ibu bapa terutamanya kurang faham tentang konsep 1 Murid

1 Sukan dan kurang memberikan kerjasama dalam memastikan kehadiran murid

untuk aktiviti sukan. Ibu bapa yang hanya mementingkan aspek kurikulum dan

mengabaikan aspek kokurikulum menyebabkan isu ini terjadi. Ini boleh saya lihat

semasa praktikum di sekolah tersebut iaitu kehadiran murid untuk sesi kokurikulum

seperti sukan dan permainan pada waktu petang adalah tidak memuaskan kerana

ibu bapa tidak memberikan penekanan terhadap aspek kokurikulum terhadap anak-

anak mereka. Ibu bapa lebih mementingkan pelajaran terhadap anak-anak mereka

tanpa memikirkan kepentingan bersukan untuk anak-anak mereka selari dengan

objektif 1 Murid 1 Sukan yang dilaksanakan di sekolah. Untuk menyelesaikan

permasalahan ini, pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk memberi info dan

penerangan kepada setiap ibu bapa tentang betapa pentingnya program 1 Murid 1

Sukan terhadap setiap anak-anak mereka. Pihak sekolah boleh menjalankan

ceramah untuk memberikan maklumat dan info tentang 1 Murid 1 Sukan kepada ibu

bapa supaya mereka lebih peka keperluan anak-anak mereka untuk bersukan selain

mementingkan pelajaran.

7

Page 8: mmmmm

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring

dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran

yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya.

Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan

wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

(JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan

2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru

sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan

dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi

sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di

sekolah rendah.

8

Page 9: mmmmm

Rujukan

Addleson, M. (1998), ‘What Is A Learning Organisation’ , online, available, diperoleh

pada Januari 2010.

Clyde, L. (1983). ‘Australian School Libraries in the Nineteenth Century’, Australian

Library Journal, jld 32 (2), hlm 11-17

Shulman, J.H. (1992), Case Methods in Teacher Education, New York: Teachers

College Record.

9