misi universiti - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/kandungan.pdf · rancangan...

118
MISI UNIVERSITI Misi utama Universiti ialah memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran, pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan profesional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universal OBJEKTIF Universiti berperanan untuk mengumpul, menyebar dan mengembangkan ilmu pengetahuan saintifik kepada masyarakat melalui kerja-kerja penyelidikan, pengajaran, penyimpanan khazanah ilmu serta kepimpinan berdasarkan tradisi keilmuan yang praktikal

Upload: phamnhu

Post on 11-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

MISI UNIVERSITI

Misi utama Universiti ialah memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan

pada peringkat antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran, pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan

kepada kecemerlangan akademik dan profesional,

perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang

kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara

dan aspirasi universal

OBJEKTIF

Universiti berperanan untuk mengumpul, menyebar

dan mengembangkan ilmu pengetahuan saintifik kepada masyarakat melalui kerja-kerja penyelidikan, pengajaran, penyimpanan khazanah ilmu serta kepimpinan berdasarkan tradisi

keilmuan yang praktikal

Page 2: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

ISI KANDUNGAN

Bahagian I – Pengenalan

Lambang Universiti 1

Canselor & Pro Canselor 2 Ahli Lembaga Pengarah Universiti 3 Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor/ 4 Pengarah Kampus Dekan/Pengarah Kampus Induk Pulau Pinang 5 Dekan/Pengarah Kampus Kesihatan/HUSM 8 Dekan/Pemangku Dekan/Pengarah Kampus 9 Kejuruteraan Ketua-ketua Jabatan 10

Sejarah Ringkas Universiti 12 Lembaga Pengarah Universiti 14 Senat Universiti 14

Bahagian II – Pentadbiran Universiti

Jabatan Canselori 16

Jabatan Pendaftar 20 Jabatan Bendahari 25 Jabatan Perpustakaan 26

Jabatan Pembangunan 27 Jabatan Keselamatan 28

Pusat Kesihatan 29 Pusat Islam 29

Hospital USM 32

Page 3: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

Bahagian III – Perkhidmatan & Pentadbiran Staf

Skim Perkhidmatan 35 Pelantikan 35

Kursus Induksi 37 Peperiksaan Perkhidmatan 40

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan 40 Latihan Staf 43

Sistem Penilaian Prestasi 44 Pergerakan Gaji 46 Pengesahan Dalam Jawatan 47

Pilihan Faedah Persaraan 48 Kenaikan Pangkat 48

Pertukaran Staf 50 Peletakan Jawatan 51

Penamatan Kerja 52 Pelantikan Semula 52

Persaraan 53 Tatatertib 56 Pekerjaan Luar 60

Hadiah dan Sebagainya 62 Keraian 63

Pemunyaan Harta 64 Menyenggara Taraf Kehidupan 66

Sistem Maklumat Staf 67

Page 4: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

Bahagian IV – Kemudahan Staf

Perbekalan Cuti 71 Cuti Penyelidikan 79

Cuti Sabatikal 80 Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83

Cuti Belajar Staf Bukan Akademik 84 Perubatan 87

Pakaian Seragam 91 Elaun Pindah Rumah 92 Skim Pinjaman Kenderaan/Komputer/Perumahan 93

Skim Keahlian Kelab Rekreasi & Sukan 100 Tabung Kebajikan Staf 101

Kemudahan Pengurusan Jenazah 101

Bahagian V – Maklumat Am

Hadanah 103 Tadika Islam 104 Kelas Al-Quran & Tajwid 105

Pengurusan Jenazah 105 Tadika Koperasi Minden 106

Rumah Tetamu 108 Kediaman Transit 109

Persatuan 110

Page 5: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

BAHAGIAN I PENGENALAN

Page 6: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

1

Lambang Universiti Sains Malaysia mengandungi empat bahagian tertentu membayangkan suasana Malaysia di mana universiti ini mendapat ilham dan sokongannya. Ia juga mengandungi beberapa simbol yang membayangkan identitinya sebagai salah sebuah universiti kebangsaan negara Malaysia. Anak Bulan Dengan Bintang Pecah Empat Belas yang menghiasi kemuncak lambang menandakan keanggotaan dan perpaduan empat belas buah negeri dalam Malaysia dan Kerajaan Malaysia keseluruhannya. Ia juga membayangkan kebesaran dan keperibadian agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Dua Ekor Harimau, simbol khas bagi Tanah Melayu, menggambarkan sifat-sifat kekuatan, manakala Pelepah Daun Bertitiskan Emas menandakan kesuburan ekonomi Malaysia. Sebuah Perisai, di antara dua ekor harimau itu, ialah alat asli yang digunakan oleh Bumiputera Malaysia dan warna ungu pula menandakan warna Universiti Sains Malaysia. Buku Terbuka di bahagian atas perisai, diibaratkan sebagai unsur-unsur ilmu pengetahuan sesuai dengan peranan sebuah pusat pengajian tinggi, Dua Bilah Keris yang bersilang di belakangnya pula ialah senjata tua dalam kebudyaan Melayu yang dijadikan alat kebesaran dan kekuasaan DiRaja Malaysia beserta di bawahnya dengan Sekuntum Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan Malaysia. Keseluruhan lambang ini didukung oleh cogankata yang berbunyi, “Kami Memimpin” untuk menggambarkan peranan universiti dalam bidang pengetahuan, pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan masyarakat.

Page 7: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

2

CANSELOR

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti

Al-Marhum Tengku Abdul Rashid

PRO CANSELOR

Yang Berbahagia

Tan Sri Razali Ismail

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’

Dr. Lin See - Yan

Page 8: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

3

AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Ani Arope

(PENGERUSI)

Y. Bhg. Profesor

Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

Y. Bhg. Dato’ Abdul

Rafie Mahat

Y.B. Dato’ Khalid

Ramli

Y. Bhg. Dato’ Dr. Lim

Yu Hoe

Y. Bhg. Dato’

Mustafa Mansur

Y. Bhg. Dato’ Syed

Mohamad Syed Murtaza

Encik Nordin Ibrahim

Tuan Haji Mohamad

Abdul Rahman

Page 9: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

4

NAIB CANSELOR

Y. Bhg. Profesor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR

Y. Bhg. Dato’ Prof. Madya Jamaludin Mohaiadin

(Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar)

Y. Bhg. Profesor Syed Ahmad Hussein

(Hal Ehwal Akademik)

PENGARAH KAMPUS

Profesor Mafauzy Mohamed Kampus Kesihatan, Kubang Kerian

Page 10: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

5

DEKAN/PENGARAH KAMPUS INDUK PULAU PINANG

DAN INSTITUT PERUBATAN & PERGIGIAN TERMAJU

Profesor Mashhor Mansor Dekan

Sains Kajihayat

Profesor Zaharin Yusoff

Dekan Sains Komputer

Profesor Ramli Mohamed

Dekan Institut Pengajian

Siswazah

Profesor Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim

Dekan Pengurusan

Profesor Ahmad Shukri

Mustapa Kamal Dekan

Sains Fizik

Prof. Madya Abas Hussin

Dekan Sains Farmasi

Prof. Madya Wan Rosli Wan Daud

Dekan Teknologi Industri

Prof. Madya Jamil Ismail

Dekan Sains Kimia

Prof. Madya Norizan

Mohd. Noor Dekan

Ilmu Kemanusiaaan

Page 11: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

6

Prof. Madya Ahmad Izani Ismail

Dekan Sains Matematik

Prof. Madya Abdul

Rahim Ibrahim Dekan

Sains Kemasyarakatan

Prof. Madya Abd.

Majid Ismail Dekan

Perumahan, Bangunan & Perancangan

Prof. Madya Hajah

Aminah Ayob Dekan

Ilmu Pendidikan

Prof. Madya Misni Surif,

Dekan Pendidikan Jarak Jauh

Prof. Madya Mohamed

Najib Ahmad Dawa Dekan Seni

Dr. Mohammed Zin Nordin, Dekan

Komunikasi

Prof. Madya Abdul Rashid

Abdul Rahman Pengarah

Institut Perubatan & Pergigian Termaju

Y. Bhg. Dato’ Profesor Siti

Zuraina Abdul Majid Pengarah

Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia

Page 12: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

7

Profesor Muhamad Jantan Pengarah

Pusat Penyelidikan Dasar

Profesor Aishah Abdul

Latiff Pengarah

Pusat Kawalan Doping Kebangsaan

Profesor Morshidi Sirat

Pengarah Institut Penyelidikan dan

Pendidikan Tinggi Negara

Profesor Wazir Jahan Begum Abdul Karim

Pengarah Pusat Penyelidikan

Pembangunan Wanita

Prof. Madya Sharif

Mahsufi Mansor Pengarah

Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-Ubatan

Prof. Madya Rahmat

Awang Pengarah

Racun Negara

Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi

Pengarah Pusat Bahasa dan

Terjemahan

Dr. Zarina Samsudin

Pengarah Pusat Teknologi

Pengajaran & Multimedia

Page 13: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

8

DEKAN/PENGARAH KAMPUS KESIHATAN/HUSM

Prof. Madya Zabidi Azhar Mohd Hussin

Dekan Sains Perubatan

Prof. Madya Ab. Rani

Shamsudin Dekan

Sains Pergigian

Prof. Madya Zainul

F. Zainuddin Dekan

Sains Kesihatan

Profesor Asma Ismail Pengarah

Institut Penyelidikan Perubatan Molekul

Dr. Narazah Md. Yusof

Pengarah Pusat Genom Manusia

(Pusat Vitual)

Dr. Haji Ramli Saad

Pengarah Hospital USM

Page 14: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

9

DEKAN/PEMANGKU DEKAN/PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN

Prof. Madya Othman Sidek Dekan

Kej. Elektrik & Elektronik

Prof. Madya Khairun Azizi Mohd Azizli

Dekan Kej. Bahan & Sumber

Mineral

Prof. Madya Wan Hashim Wan Ibrahim

Dekan Kej. Awam

Prof. Madya Abdul Rahman Mohamed

Dekan Kej. Kimia

Dr. Zaidi Mohd Ripin Dekan

Kej. Mekanik

Prof. Madya Radzuan Razali

Pemangku Dekan Kej. Aeroangkasa

Prof. Madya Nor Azazi

Zakaria Pengarah

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai &

Saliran

Page 15: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

10

KETUA-KETUA JABATAN

Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman

Pendaftar

Hajah Mawan Nooraini

Ismail Bendahari

Puan Hajah Noor Ida Yang

Rashdi Ketua Pustakawan

Prof. Ahmad Yusoff Hassan

Ketua Pegawai Maklumat Pusat Pengetahuan

Komunikasi dan Teknologi

Prof. Madya Ismail

Abdullah Pengarah

Dewan Budaya

Tuan Haji Ellias Haji

Zakaria Pengarah

Pusat Islam

Prof. Madya Wan Ahmad Kamil Che Mahamood

Pengarah Bahagian Pembangunan

Korporat

Ir. Haji Mohamad Sofian Ahmad

Pengarah Jabatan Pembangunan

Encik Noor Rizan Khalid

Pengarah Jabatan Keselamatan

Page 16: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

11

En. Rosli Hassan Penyelaras

Pusat Kemudahan Teknikal Universiti

En. Zolkurnian Hassan Pengarah

Muzium & Galeri

Page 17: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

12

SEJARAH RINGKAS UNIVERSITI Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada Julai 1969 dengan pengambilan pelajar mengikuti Rancangan Sains Tulen di Maktab Perguruan Persekutuan sebagai kampus sementara. Nama tersebut telah ditukar kepada Universiti Sains Malaysia (USM) pada April 1972 sesuai dengan peranannya dalam pengumpulan dan penyebaran pengetahuan saintifik serta penggunaan pengetahuan tersebut untuk memenuhi keperluan negara. Di awal penubuhan hanya terdapat tiga Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Pusat Pengajian Sains Fizik. Setelah 34 tahun penubuhannya, kini USM mempunyai empat kampus iaitu Kampus Induk di Pulau Pinang, Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Pulau Pinang. Di Kampus Induk terdapat lima belas pusat pengajian dan sepuluh pusat iaitu Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Pusat Pengajian Sains Fizik, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Pusat Pengajian Sains Matematik, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan & Perancangan, Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Pusat Pengajian Pengurusan, Pusat Pengajian Komunikasi dan Pusat Pengajian Seni. Tujuh pusat/institusi penyelidikan, iaitu Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan, Pusat Penyelidikan Dasar, Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita, Pusat Kawalan Doping Kebangsaan, Pusat Racun Negara dan Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tinggi Negara. Tiga pusat perkhidmatan akademik iaitu Pusat Bahasa & Terjemahan, Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia dan Penerbit USM. Sembilan pusat perkhidmatan iaitu Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan, Pusat Islam, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Pusat Kemudahan Teknikal Universiti, Dewan Budaya, Muzium & Galeri dan Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Universiti.

Page 18: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

13

Kampus Kesihatan Kelantan menempatkan tiga pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta Institut Penyelidikan Perubatan Molekul dan Pusat Genom Manusia. Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan pula menempatkan enam buah pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Terdapat dua pusat pendidikan iaitu Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) dan Unit Inovasi Pembangunan Teknologi Kejuruteraan.

Page 19: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

14

LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah badan kerja tertinggi universiti dan mempunyai kuasa terhadap hal-ehwal dasar kewangan, pembangunan, perkembangan universiti serta hal-ehwal perjawatan dan pentadbiran universiti amnya.

LPU dianggotai oleh pengerusi yang terdiri daripada individu luar USM. Keahliannya ialah Naib Canselor, dua (2) orang yang mewakili kerajaan, seorang (1) yang mewakili masyarakat tempatan, tidak lebih daripada tiga (3) orang yang berpengetahuan atau pengalaman mereka boleh, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dari sektor swasta dan Pendaftar adalah sebagai Setiausaha.

SENAT UNIVERSITI Senat Universiti adalah badan akademik tertinggi dalam universiti yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan penetapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain. Keanggotaan Senat terdiri daripada Naib Canselor selaku Pengerusi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) selaku Timbalan Pengerusi dan keahliannya terdiri daripada semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Pusat Pengajian/Institut Universiti, semua Pengarah Pusat, 20 orang Profesor yang dilantik oleh Naib Canselor serta Pendaftar bertindak sebagai Setiausaha.

Page 20: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

15

BAHAGIAN II PENTADBIRAN UNIVERSITI

Seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan, universiti diketuai oleh seorang Canselor. Beliau dibantu oleh dua orang Pro Canselor. Naib Canselor ialah Ketua Eksekutif yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan mentadbir perjalanan universiti seharian. Dalam aspek pentadbiran beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Naib Canselor, Pengarah Kampus, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Dekan dan Pengarah yang mengetuai pusat tanggungjawab.

Page 21: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

16

JABATAN CANSELORI Di bawah Jabatan Canselori terdapat bahagian-bahagian utama iaitu Pejabat Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dan Bahagian Pembangunan Korporat, Pejabat Perhubungan Awam dan Unit Audit Dalam. Pejabat Naib Canselor bertanggungjawab terhadap semua perancangan fungsi utama universiti termasuk menentukan halatuju pada setiap tahun melalui Perutusan Tahunan Naib Canselor. Pejabat ini juga bertanggungjawab menguruskan hal kewangan Peruntukan Pusat Canselori bagi aktiviti seperti mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, program publisiti, universiti representasi, pameran universiti, sanggar sanjung, konvokesyen dan sebagainya. Pejabat Perhubungan Awam (PPA) bertanggungjawab menyokong usaha promosi kecemerlangan dan pencapaian universiti dalam semua bidang terutamanya penyelidikan, akademik dan para pelajarnya. Selaras dengan misi universiti, PPA berusaha untuk membina imej universiti dan membentuk persepsi terhadap keutuhan universiti di kalangan pelbagai kumpulan sasaran secara terancang dan berterusan. Selaras dengan itu juga PPA berusaha untuk bersama-sama warga universiti dalam memainkan peranan untuk membentuk imej kecemerlangan dan kekuatan dalam pengurusan aktiviti (event management) yang melibatkan pengendalian majlis rasmi dan protokol. Selaras dengan keperluan untuk menyebarkan maklumat secara berterusan kepada masyarakat dan kumpulan sasaran tertentu, PPA memantapkan hubungan dengan pihak media elektronik serta cetak sebagai rakan kongsi universiti dalam usaha promosi. PPA bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi universiti dan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan pencapaian universiti dari semasa ke semasa. PPA turut menyimpan rekod keratan-keratan media yang berkaitan dengan universiti di samping koleksi foto aktiviti universiti yang diadakan dari tahun ke tahun. Di samping itu PPA turut menerbitkan bahan penerbitan universiti seperti Buletin Perantara, Warta Universiti dan Buku Aturcara Konvokesyen. PPA secara berterusan mengemaskinikan maklumat yang terdapat pada laman web rasmi universiti - www.usm.my.

Page 22: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

17

PPA turut terlibat dalam mengadakan promosi universiti melalui pameran yang disertai dari semasa ke semasa serta menerbitkan bahan bercetak serta bahan-bahan promosi lain. PPA turut menyelaraskan aktiviti lawatan pelbagai pihak seperti pelajar sekolah, pertubuhan dan agensi luar. Di samping itu, PPA menyelaraskan penggunaan kemudahan pusat universiti oleh pihak-pihak luar universiti khususnya penggunaan dan penyewaan dewan-dewan kuliah yang ada. PPA boleh dihubungi melalui talian 04-6533114/6533902/ 6532519/6533628 atau Emel: [email protected] Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan secara bebas dan seterusnya melaporkan hasil-hasil pemeriksaan terhadap kesempurnaan dan prestasi operasi-operasi perakaunan dan pengurusan. Unit ini akan menentukan terdapatnya kawalan dalaman yang berkesan terhadap pendapatan, perbelanjaan, harta dan tanggungan kepada semua aktiviti universiti dan juga pengurusan yang ada hubungan. Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik melalui penyelarasan dan pengukuhan penawaran program pengajian dan kursus-kursus baru yang berkualiti demi memenuhi aspirasi nasional dan antarabangsa. Selaras dengan misi pengantarabangsaan, Bahagian ini memainkan peranan langsung dalam mengadakan promosi pendidikan di peringkat antarabangsa dan serantau. Bahagian ini juga menyelaraskan kerjasama pintar antara pusat-pusat pengajian dengan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam menawarkan program pengajian secara luaran atau kawal selia. Bahagian ini turut bertanggungjawab melaksanakan dan memantau peraturan-peraturan berkaitan akademik, dasar bahasa serta pengambilan dan pembangunan staf akademik. Bahagian ini memainkan peranan yang berterusan dalam menyebarkan hasil penemuan ilmu-ilmu baru oleh tokoh akademik serta individu yang terkemuka dalam bidangnya melalui siri syarahan pelantikan profesor dan syarahan umum. Pejabat Antarabangsa berperanan untuk memperluas serta

melipatgandakan aktiviti-aktiviti berbentuk akademik ke arah menjalinkan hubungan dua hala dengan Badan/Organisasi luar

Page 23: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

18

sama ada di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa daripada segi penyelidikan atau pembelajaran. Di samping itu, unit ini berfungsi ke arah memantapkan program pada peringkat pra-siswazah di samping menitikberatkan perkembangan Rancangan Ijazah Tinggi.

Unit Usahasama Akademik ditubuhkan untuk mengendalikan lima bentuk kerjasama pintar antara USM dengan kolej swasta dan kerjasama akademik dengan institusi tempatan. Lima bentuk kerjasama yang dilaksanakan melibatkan penawaran kursus di peringkat pengajian Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Tinggi. Di antara kerjasama yang telah dimenterai termasuklah kerjasama seperti Sistem Kerjasama Persisiran, Sistem Kerjasama Penawaran Program Ijazah Luaran, Sistem Kerjasama Program Kembar, Sistem Kerjasama Francais dan Sistem Kerjasama Dalam Bentuk Konsultansi.

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam usaha memperkembangkan dan mempergiatkan lagi aktiviti tersebut. Bahagian ini juga mengambil langkah dan mengatur strategi untuk memajukan kegiatan penyelidikan setanding dengan perkembangan rancangan akademik universiti. Sebagai sebuah daripada tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Research Intensive University, Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar tempatan dan luar negara. Kekuatan bidang penyelidikan yang terdapat di USM termasuk alam sekitar, akuakultur, bioperubatan dan farmaseutik, pemprosesan bahasa dan terjemahan melalui komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains dan teknologi polimer, bioteknologi, pengajaran jarak jauh, sistem maklumat geografi, analisis struktur, sains bahan, kejuruteraan, kimia permukaan dan robotik. Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO)

diwujudkan pada Mei 2002 untuk memantapkan kegiatan R & D di USM dan melambangkan sebagai sebuah Universiti Penyelidikan. Pejabat ini berfungsi untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala tugas bersabit dengan pengurusan penyelidikan. Ini termasuk perancangan strategik, pemantauan dan penilaian, pengembangan produk, pemasaran dan promosi, pengurusan teknologi dan harta intelek.

Page 24: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

19

Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar khususnya berkaitan kebajikan, kemajuan dan pembangunan mereka. Kebajikan pelajar merangkumi semua aspek berkaitan dengan penginapan, masalah kewangan dan peribadi, makanan, keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Manakala kemajuan dan pembangunan pelajar pula antaranya meliputi kegiatan persatuan, kelab, kesukanan, kebudayaan, kepimpinan, motivasi dan debat. Dorongan dan bimbingan diberikan untuk kegiatan para pelajar dengan hasrat untuk melengkapkan mereka daripada segi sahsiah dan jati diri supaya seimbang dengan pencapaian akademik. Bahagian ini juga mengendalikan urusan pentadbiran dan kawalan kewangan, perancangan, tatatertib, pilihanraya dan minggu suaikenal. Bahagian Pembangunan Korporat adalah gabungan tiga pusat tanggungjawab iaitu Biro Kualiti, Sistem Maklumat Pengurusan (SISMAP) dan Pusat Inovasi dan Perundingan. Bahagian ini menjalankan fungsi ke empat iaitu perkembangan dan pembangunan projek kampus sejahtera. Fungsi Bahagian Pembangunan Korporat ialah menjalankan aktiviti kesedaran kepada masyarakat kampus tentang konsep korporat dalam konteks IPTA; mengadakan kegiatan untuk menerapkan kepentingan perancangan strategik bagi tujuan pengurusan IPTA di kalangan ketua PTJ; dan menilai serta memantau prestasi fungsi utama PTJ/USM berdasarkan petunjuk prestasi yang telah dikenalpasti. Perkhidmatan Maklumat Eksekutif membangunkan sistem analisis data yang diperolehi dari pangkalan data sedia ada; dan menyediakan laporan dan tren secara berkala berkaitan dengan fungsi utama universiti bagi tujuan perancangan dan penilaian prestasi PTJ/USM.

Program Penjaminan Kualiti menjalankan proses pentadbiran universiti dan mencadangkan penambahbaikan di mana yang perlu dan menyediakan proses dan kaedah penjaminan kualiti di peringkat pentadbiran dan program akademik. Program Kampus Sejahtera meningkatkan keupayaan USM menghasilkan persekitaran kondusif melalui perkongsian dan pelebaran tanggungjawab antara semua kelompok akademik, profesional, sokongan dan para pelajar; menyedarkan warga kampus terhadap ekosistem yang stabil dan berkebolehan; dan memperbaiki mutu kesihatan dan menambahbaik kualiti sosial dan fizikal.

Page 25: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

20

JABATAN PENDAFTAR Misi Jabatan Pendaftar ialah untuk memimpin dan menginovasi ke arah kecemerlangan pengurusan dalam perkhidmatan sumber tenaga manusia, akademik dan kemudahan pusat melalui pemupukan kualiti dan profesionalisme yang tinggi untuk mencapai misi universiti. Selaras dengan misi ini, Jabatan Pendaftar bertanggungjawab untuk mengendalikan pentadbiran pusat universiti dengan memberi perkhidmatan pentadbiran dan kesetiausahaan supaya aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan akademik dapat dijalankan dengan licin dan berkesan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Jabatan Pendaftar dibahagikan kepada dua bahagian dan tiga unit yang bertanggungjawab terus kepada Pendaftar. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Bahagian ini bertanggungjawab mengendalikan urusan personelia untuk semua staf antara lainnya berhubung dengan perjawatan, skim perkhidmatan, pembangunan sumber manusia, pentadbiran, perhubungan staf dan sistem maklumat staf. Terdapat enam unit di bahagian ini iaitu:- Unit Pengambilan & Perjawatan bertanggungjawab

mengurus pengambilan semua kategori staf: Staf Tetap, Staf Sementara, 'University Associate', 'Post Doctoral Research’, ‘Fellow' 'Visiting Fellow', penetapan/semakan gaji, kenaikan pangkat, peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin.

Unit Perkhidmatan & Saraan bertanggungjawab mengurus

skim perkhidmatan, penilaian prestasi tahunan, pergerakan gaji tahunan, anugerah perkhidmatan universiti, elaun, cuti belajar staf pengurusan & profesional bukan akademik dan sokongan, cuti sabatikal, perbekalan cuti, pemberian taraf pekerja berpencen, pengesahan dalam jawatan, pinjaman perumahan staf, perkhidmatan lepas dan persaraan.

Unit Pentadbiran & Perundangan bertanggungjawab kepada pewujudan jawatan baru; beberapa aspek perkhidmatan staf (peperiksaan perkhidmatan, tatatertib, perisytiharan harta dan kerja luar); beberapa aspek kemudahan staf (perubatan, pakaian seragam dan elaun pindah rumah); dan urusan perundangan menerusi panel guaman universiti.

Page 26: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

21

Unit Pembangunan Sumber Manusia mengurus latihan dan pembangunan staf akademik menerusi skim latihan seperti Rancangan Latihan Kakitangan Akademik dan Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik.

Unit Perhubungan Staf menguruskan Hal Ehwal Pembangunan Perhubungan Staf melalui pelaksanaan Hari Warga dan Hari Bersama Pelanggan, Perhubungan Perusahaan melalui Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, Kaunseling Staf, Pertukaran, Kebajikan, Pengurusan Tabung Kebajikan Staf, Aduan Pelanggan serta Skim Keahlian Kelab Reakreasi dan Sukan.

Unit Maklumat Staf mengendalikan pengurusan sistem maklumat staf dan memberi perkhidmatan teknikal dan teknologi maklumat kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran khususnya dan pengguna Sistem Maklumat Staf (SMS) amnya.

Bahagian Pengurusan Akademik Bahagian ini merangkumi lima unit dan bertanggungjawab terhadap urusan berkaitan Senat, Kemasukan, Peperiksaan, Pemprosesan Data & Rekod, dan Perhubungan Alumni.

Unit Senat berperanan untuk memberi perkhidmatan urusetia kepada mesyuarat Senat dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahnya iaitu Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Ad-Hoc, Jawatankuasa Pengurniaan Kehormat, Jawatankuasa Kecil Tetap Bagi Pencalonan Ijazah Kehormat dan sebagainya termasuklah penyediaan tarikh semester, pengurusan senarai penawaran kursus serta berurusan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai penawaran program baru dan pengiktirafan ijazah.

Unit Kemasukan bertanggungjawab ke atas aktiviti

pengambilan dan kemasukan pelajar, mengendalikan orientasi pelajar baru, pendaftaran diri dan penyediaan kad daftar pelajar.

Unit Peperiksaan bertanggungjawab untuk mengurus semua

aspek peperiksaan universiti, termasuk penyediaan jadual waktu peperiksaan, mencetak kertas soalan, mengumpul markah peperiksaan, mengawal dan mengumumkan keputusan peperiksaan untuk pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat urusetia kepada Majlis Peperiksaan

Page 27: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

22

serta mengemaskini dan menyimpan maklumat berhubung dengan semua program ijazah serta mengkaji dari semasa ke semasa perjalanan peperiksaan.

Unit Pemprosesan Data dan Rekod bertanggungjawab untuk

mengurus dan mengendalikan aspek-aspek pemprosesan data bagi memenuhi keperluan pelbagai pengguna sistem di Jabatan Pendaftar/Pentadbiran dan Pusat-pusat Pengajian, khususnya terhadap Sistem Maklumat Akademik (SMA). SMA yang dilaksanakan di universiti ini adalah satu sistem yang komprehensif dan mengendalikan rekod prestasi akademik setiap pelajar dari peringkat permulaan pengajian sehingga ke tahap pengijazahan.

Unit Perhubungan Alumni bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti alumni, menjalin hubungan rapat USM dan alumninya, pusat rujukan untuk pengumpulan data alumni serta membantu dalam pengurusan dan penjanaan Dana Sumbangan Alumni.

Unit Pembangunan Teknologi Maklumat Unit ini bertanggungjawab terus kepada Pendaftar dan berperanan sebagai 'Rumah Perisian' dengan tujuan untuk pengkayaan kejuruteraan perisian bagi keperluan Sistem Sokongan Pentadbiran Universiti (SSPU), meningkatkan dan menginkubasi aplikasi dan perisian berteraskan teknologi untuk menjadi sistem maklumat pentadbiran sepadu. Di samping itu, unit ini bertanggungjawab mempromosi dan mengekploitasi teknologi maklumat dan perisian untuk SPPU, menerokai teknologi baru untuk mencapai aspirasi SSPU, mengadakan komunikasi secara 'cross-functional' dengan syarikat/agensi pencetus teknologi SMS, menyediakan infrastruktur universiti yang bersifat mesra bagi membantu universiti berdepan dengan pasaran global, mendedahkan pelajar dengan Pengalaman Sistem Pentadbiran dan mencungkil kemahiran melalui kekayaan sumber dalaman dan untuk merealisasi e-universiti dengan integrasi sistem-sistem pentadbiran menjelang tahun 2005. Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat Unit ini bertanggungjawab terus kepada Pendaftar. Ia berfungsi sebagai memberi perkhidmatan kemudahan tempahan ruang dewan kuliah dan bilik tutorial, jadual waktu pengajaran, pengurusan sistem fail polisi termasuk penyimpanan, pengeluaran rekod dan pergerakan fail aktif serta fail tidak aktif yang disimpan dalam bilik arkib. Penerimaan dan penghantaran surat, dokumen

Page 28: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

23

dalam dan luar kampus, perhubungan melalui telefon, percetakan, mengawal perbelanjaan belanjawan mengurus Jabatan dan peruntukan pusat serta mengurus perolehan alat-alatan melalui sebutharga, pengendalian setor Jabatan, pengurusan pakaian akademik semasa konvokesyen dan pengurusan Rumah Tetamu. Unit Latihan Bertindak sebagai agen perubahan utama dalam merealisasikan misi dan halatuju USM. Matlamat yang ingin dicapai seperti berikut:-

• Melibatkan pengurusan tertinggi universiti secara langsung dalam aspek perancangan program latihan dan pembangunan staf.

• Memastikan staf khususnya baru dilengkapkan dengan

pengetahuan, kemahiran asas dan sikap positif bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan cekap, mesra dan berkesan.

• Meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan di semua

peringkat secara berterusan.

• Menyediakan barisan sumber manusia dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan secara kreatif sesuai dengan perubahan dan cabaran semasa.

• Meningkatkan prestasi staf sebagai satu pasukan pekerja

ilmu dan mengamalkan nilai-nilai pendidikan seumur hidup.

• Meningkatkan kualiti staf dalam aspek penulisan, penerbitan, penyelidikan dan pengajaran, perundingan serta perkhidmatan.

• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di semua

peringkat dalam penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

• Menentukan bahawa USM merupakan satu organisasi

pembelajaran yang unggul.

• Menjadi sumber rujukan dalam hal yang berkaitan latihan dan berusaha menjadi 'self-sufficient'.

Page 29: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

24

Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan secara umumnya berperanan untuk memberikan perkhidmatan pengurusan sumber manusia dan perkhidmatan kemudahan pusat untuk keperluan pentadbiran, pengajaran dan penyelidikan. Memandangkan bilangan staf di Kampus Kesihatan telah meningkat melebihi 3,000 orang, perkhidmatan Jabatan Pendaftar lebih tertumpu kepada perkhidmatan pengurusan sumber manusia seperti perancangan sumber manusia, pengambilan, pembangunan sumber manusia, perkhidmatan dan kebajikan staf. Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan terbahagi kepada lima unit iaitu Unit Pengambilan, Unit Perkhidmatan, Unit Pentadbiran, Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Unit Maklumat Staf. Ianya berperanan seperti unit-unit di Kampus Induk. Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan berperanan memberi perkhidmatan pengurusan sumber manusia dan pentadbiran, pengurusan hal-hal akademik dan kemudahan pusat serta aspek perhubungan awam.

Page 30: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

25

JABATAN BENDAHARI Jabatan Bendahari mengendalikan hal-ehwal kewangan universiti. Diketuai oleh Bendahari yang bertanggungjawab di dalam segala urusan hal ehwal kewangan, menggubal polisi kewangan; merancang dan mengurus kewangan; mengkaji dan menyedia belanjawan; mengawal perbelanjaan, pembayaran dan memungut hasil, mengakaun semua perbelanjaan dan pendapatan serta menyedia penyata kewangan tahunan. Jabatan ini dibahagikan kepada empat bahagian berikut:- Bahagian Akaun bertanggungjawab menyedia laporan kewangan, penyata vot, laporan pengurusan dan statistik, menyediakan Akaun Tahunan Universiti, menyediakan cek bayaran, berurusan dengan Audit Dalam, Audit Luar dan lain-lain berkaitan dengan akaun, kos dan kawalan kewangan. Bahagian Pembayaran bertanggungjawab menyediakan pembayaran kepada pembekal dan pelajar yang mendapat tajaan dan hal berkaitan dengan pembayaran pelajar, pembayaran gaji staf, Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA), Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik (RPTKA) dan cuti sabatikal, honorarium dan yuran perundingan, elaun lebih masa dan tuntutan staf. Bahagian Hasil dan Pendapatan bertanggungjawab untuk memungut bayaran yang dikenakan seperti yuran pelajar, kemudahan- kemudahan universiti, kerja perundingan dan lain-lain yang dikenakan dari semasa ke semasa. Di samping itu bahagian ini juga mengurus wang runcit dan pelaburan universiti. Bahagian Pengurusan Kewangan bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan Universiti, Belanjawan Tahunan Desasiswa serta pengurusan kewangan berkaitan dengan perancangan kewangan. Bahagian ini juga menguruskan aktiviti perolehan seperti memanggil tender dan sebutharga, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, pinjaman perumahan dan pinjaman pelajar serta menyelenggara Sistem Harta Universiti. Jabatan Bendahari mempunyai cawangan di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan yang beroperasi seperti di Kampus Induk kecuali untuk urusan pinjaman kenderaan & komputer, pinjaman pelajar, pelaburan dan perolehan melalui tender. Kedua-dua cawangan ini diketuai oleh Timbalan Bendahari.

Page 31: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

26

JABATAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan Universiti Sains Malaysia berfungsi untuk menyokong Pembelajaran, Pengajaran, Penyelidikan dan Perundingan. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Perpustakaan berusaha untuk memperolehi berbagai jenis bahan maklumat termasuk buku, majalah, bahan-bahan pandang dengar, bahan mikroform, CD-ROM dan bahan-bahan secara elektronik. Perpustakaan Induk mempunyai empat Bahagian yang berurusan terus dengan pengguna dan cawangannya di Kampus Kesihatan Kelantan dan Kampus Kejuruteraan untuk membantu pengguna. Bahagian Perkhidmatan Pembaca dan Pengembangan bertanggungjawab terhadap semua perkhidmatan pinjaman, perkhidmatan reprografi, mikroform, pinjaman antara Perpustakaan dan Pengajian Jarak Jauh. Perkhidmatan pinjaman termasuk pinjaman buku dan majalah di dalam koleksi terbuka dan koleksi tertutup, koleksi bahan nadir, koleksi buku haram dan sebagainya. Bagi bahan-bahan yang tidak ada di dalam koleksi Perpustakaan, pinjaman boleh dilakukan dari Perpustakaan lain sama ada di dalam atau di luar negara. Bahagian Rujukan dan Maklumat bertanggungjawab memberi bantuan penggunaan koleksi Perpustakaan dan pusat maklumat untuk pertanyaan dan rujukan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan pencarian maklumat Pangkalan Data CD-ROM dan secara elektronik untuk staf akademik dan penyelidikan di dalam kampus serta golongan ikhtisas di luar kampus. Bahagilan Malaysiana dan Arkib menyelenggara perolehan koleksi buku dan majalah Malaysiana di samping menjalankan projek sejarah lisan serta memelihara arkib universiti. Bahagian Perkhidmatan Media menyelenggarakan semua perolehan dan pinjaman bahan-bahan pandang dengar dengan CAI dan peta. Selain daripada itu operasi dan urusan Perpustakaan juga telah diautomasikan. Katalog Perpustakaan secara talian, KRISALIS boleh diakses dari merata-rata tempat melalui rangkaian USMNET dan INTERNET. Perpustakaan Utama juga bertanggungjawab ke atas perjalanan Perpustakaan Media, Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia yang telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan pinjaman berbagai bahan yang menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di pusat ini.

Page 32: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

27

JABATAN PEMBANGUNAN Jabatan Pembangunan USM bertanggungjawab secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, pengubahsuaian dan penyelenggaraan hartanah universiti. Jabatan ini juga bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan penyediaan kemudahan asas infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, sistem pendingin hawa, sistem pencegah kebakaran, telefon, pembentungan dan kemudahan-kemudahan lain seperti pengangkutan universiti, bekalan perabot dan keperluan-keperluan lain untuk majlis keramaian universiti. Jabatan Pembangunan turut terlibat di dalam program perkembangan akademik dengan memberi khidmat di peringkat pelaksanaan kemudahan fizikal yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti akademik. Dengan perkembangan pesat USM di ketiga-tiga kampus, tugas ini adalah antara tugas utama yang dimainkan oleh Jabatan Pembangunan. Perancangan perkembangan program akademik tidak dapat berjalan dengan baik tanpa perancangan keperluan fizikal yang kemas dan teratur. Perkembangan pesat dalam jangka waktu singkat secara langsung telah menambah skop dan bidang tugas Jabatan Pembangunan terutama sekali kerja-kerja perancangan dan penilaian. Jabatan Pembangunan mempunyai dua cawangan di Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Bagi pelaksanaan pembangunan fizikal, kerja penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan serta tugas-tugas lain Jabatan Pembangunan telah menyusun struktur organisasi yang dibahagikan kepada tujuh bahagian utama iaitu:-

• Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Fasiliti • Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Fasiliti (Awam) • Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Fasiliti (M&E) • Bahagian Pengurusan Projek dan Kontrak • Bahagian Keindahan dan Kesejahteraan Kampus • Bahagian Seni Bina dan Perancangan • Bahagian Bio Medical (Kampus Kesihatan)

Page 33: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

28

JABATAN KESELAMATAN Jabatan Keselamatan bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana kampus yang ideal, selamat dan sejahtera kepada staf dan para pelajar selaras dengan kehendak universiti dan negara. Objektif Jabatan ini ialah:-

• Menjaga dan mengawal keselamatan kawasan/bangunan/ harta benda dan tempat keluar/masuk kampus.

• Mengawal ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat

kampus.

• Menjalankan penguatkuasaan peraturan-peraturan mengikut ketetapan universiti.

• Memberi sumbangan dan sokongan kepada pihak universiti

untuk mencapai matlamat dan misi. Keselamatan dalam kampus adalah tanggungjawab bersama antara masyarakat kampus dengan staf keselamatan. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Jabatan Keselamatan, diwujudkan beberapa bahagian seperti berikut:-

• Pejabat Am • Bahagian Tadbir • Bahagian Lalulintas • Bahagian Pencegah Jenayah dan Risik • Bahagian Pencegah Kebakaran/Safety • Bahagian Stor • Bahagian Pasukan Giliran (kaunter 24 jam)

Jabatan ini mempunyai cawangannya di Kampus Kesihatan, HUSM dan Kampus Kejuruteraan yang memainkan peranan yang sama. No. Telefon di Kampus Induk ialah 04-6533888/samb. 2424/3423, Kampus Kesihatan 09-76517111samb. 2063/2060, Hospital USM (HUSM) 09-7663063/09-7663042 dan Kampus Kejuruteraan ialah 04-5937788/samb. 5033. E-mel Kampus Induk: [email protected]

Page 34: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

29

PUSAT KESIHATAN Pusat Kesihatan bertanggungjawab terhadap aktiviti perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian (untuk pelajar sahaja). Pusat Kesihatan memberi perkhidmatan pesakit luar kepada staf dan pelajar termasuk tanggungan mereka (kecuali ibu bapa) serta pesara universiti. Bagi kes-kes tertentu pesakit yang memerlukan rawatan khas akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Pusat Kesihatan mempunyai cawangannya di Kampus Kejuruteraan yang memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kecuali rawatan pergigian.

PUSAT ISLAM Pusat Islam di Kampus Induk ditubuhkan sejak 1983. Dahulunya dinamakan Unit Hal Ehwal Islam. Peranan Pusat Islam ialah untuk mendidik dan membimbing pelajar dan staf Universiti Sains Malaysia supaya menjadi insan beriman dan bertakwa. Proses pendidikan diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti kuliah fardhu ain, syarahan, seminar, kursus, bengkel dan penyebaran risalah dari semasa ke semasa. Pusat Islam membuka peluang kepada seluruh masyarakat kampus USM termasuk bukan Islam untuk mengendalikan Islam dengan lebih dekat. Peluang yang sama juga diberikan kepada anggota Qaryah Masjid Al-Malik Khalid dan penduduk tempatan berdekatan. Misi Pusat Islam ialah untuk mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik untuk mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar dengan berteraskan adab, kualiti dan kecemerlangan, menggerak dan menginovasi umat ke arah usaha menjadi umat terbaik (Khaira Ummah). Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, Pusat Islam telah memainkan peranannya di dalam bidang Pendidikan, Perpustakaan Islam, Perkhidmatan Sosial dan Keagamaan serta Imarah Masjid. Sesuai dengan perkembangan masyarakat dan perubahan semasa, Pusat Islam USM telah dan sedang menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah:-

Page 35: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

30

¡ Melaksanakan dan menjayakan program Hari dan Peristiwa Kebesaran Islam:

• Sambutan Maal Hijrah • Sambutan Maulid Al-Rasul • Majlis Israk dan Mikraj • Ihya Ramadhan • Sambutan Aidil Fitri • Sambutan Aidil Adha • Amalan Qurban/Aqiqah

¡ Pendidikan Berterusan

• Pusat Asuhan Kanak-Kanak (Hadhanah) Umur 1 hari - 4 tahun

• Taman Didikan Kanak-Kanak Islam (Tadika) umur 5 - 6

tahun • Kelas AI-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) umur 7 -12

tahun • Kelas AL-Quran dan Tajwid (Pelajar dan Staf) • Siri Kuliah Ilmu dan Kursus Dakwah • Seminar, Forum, Syarahan, Kursus dan Bengkel

¡ Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan

• Perkhidmatan memasak dan jamuan • Perkhidmatan pinjaman dan peralatan • Perkhidmatan Bilik Tetamu • Perkhidmatan Pengurusan Jenazah • Kebajikan dan Hal Ehwal Saudara Baru (SABAR) • Khidmat nasihat/kaunseling Islam • lbadah-ibadah khusus dan umum dalam Islam • Bantuan kebajikan kepada anggota yang memerlukan

Page 36: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

31

¡ Imarah Masjid

Buat masa ini fokus Imarah Masjid Al-Malik Khalid adalah memelihara kelangsungan solat waktu berjemaah, majlis ilmu, syarahan umum dan melalui aktiviti-aktiviti seperti di bawah:

• Menguruskan Hal Ehwal Kebersihan Masjid

• Kuliah Mingguan/Bulanan

• Program ljtimak/Muzakarah

• Qiamullail/Zikrullah

• Risalah Mimbar

• Program Ukhuwah/Dakwah

• Program Sahabat Masjid

¡ Perpustakaan Islam Pada masa ini terdapat sebanyak 14,000 buah buku

mengenai Islam di dalam Perpustakaan Pusat Islam USM. Perkhidmatan Perpustakaan ini terbuka kepada staf dan pelajar.

Page 37: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

32

HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM) HUSM mula ditubuhkan dan memberi rawatan kepada pesakit pada bulan Oktober 1983. HUSM berfungsi memberi rawatan kepada pesakit dan sebagai hospital pengajar bagi pelajar Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Pensyarah-pensyarah dari PPSP, PPSG dan PPSK adalah menjadi pakar rujuk bagi setiap kes pesakit di HUSM. Penubuhan HUSM berasaskan objektif berikut:-

• Memberi perkhidmatan kepada pesakit sama seperti perkhidmatan hospital kerajaan lain.

• Mengadakan kemudahan-kemudahan untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

• Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi tujuan penyelidikan perubatan.

• Sebagai pusat rujukan serantau rawatan pesakit bagi

kawasan Pantai Timur dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Kini HUSM mempunyai 737 buah katil dengan bilangan staf 1,855 orang. Perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh HUSM adalah seperti berikut:-

• Perkhidmatan Pesakit Luar, kini dikenali Klinik Rawatan Keluarga.

• Perkhidmatan Klinik Pakar.

• Perkhidmatan Klinik Kakitangan.

• Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan.

• Perkhidmatan Pesakit Dalam. Wad-wad yang ada adalah

seperti Wad Perubatan, Surgeri, Kardiotorasik, Lecuran, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Otopedik, Psikiatri, ICU/CCU, Oftalmologi, Onkologi dan ORL.

• Perkhidmatan Radiologi.

Page 38: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

33

• Perkhidmatan Makmal Diagnostik seperti Makmal Mikrobiologi/Parasitologi, Patologi, Patologi Kimia, Hematologi dan Imunologi.

• Perkhidmatan Makmal Pemeriksaan Klinikal.

• Perkhidmatan Tabung Darah.

• Perkhidmatan Farmasi. • Perkhidmatan Pemulihan.

• Perkhidmatan Kebajikan Perubatan. • Perkhidmatan Perubatan Nuklear.

Page 39: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

34

BAHAGIAN III PERKHIDMATAN &

PENTADBIRAN STAF

Page 40: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

35

SKIM PERKHIDMATAN Setiap skim perkhidmatan mengandungi aspek tertentu:- � Klasifikasi � Kumpulan Perkhidmatan � Tarikh Kuatkuasa � Gred dan Jadual Gaji � Syarat Lantikan � Penetapan Gaji Permulaan � Tempoh Percubaan � Latihan � Kursus Induksi/Peperiksaan � Pengesahan Dalam Jawatan � Pengerakan Gaji Tahunan � Penilaian Tahap Kecekapan � Kenaikan Pangkat � Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Semua skim perkhidmatan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikemukakan kepada universiti untuk kelulusan LPU.

PELANTIKAN Pelantikan staf universiti merangkumi dua kumpulan staf iaitu staf akademik dan bukan akademik serta melibatkan empat kategori staf iaitu:- � Staf Tetap � Staf Kontrak � Staf Sementara � Staf Sambilan Staf Tetap dilantik berasaskan jawatan yang diluluskan oleh pihak JPA. Pengambilan staf tetap tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan iaitu terdiri daripada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan di bawah Sistem Saraaan Malaysia. Semua pengisian diiklankan di dalam akhbar tempatan, laman web http://registry.www.usm.my/e-recruit/ dan edaran dalam kampus. Semua proses pelantikan dikendalikan oleh Unit Pengambilan dan Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan

Page 41: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

36

Pentadbiran, Jabatan Pendaftar di Kampus Induk dan Kampus Kesihatan serta Kampus Kejuruteraan. Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Calon-calon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa dengan pihak Kerajaan dikehendaki terlebih dahulu mengurus pelepasan sebelum dibenarkan berkhidmat dengan universiti. Staf Kontrak dilantik berasaskan jawatan yang diluluskan oleh pihak JPA dan keperluan kepakaran/jawatan yang tidak dapat dipenuhi oleh staf biasa. Staf Kontrak terbahagi kepada dua kategori iaitu warganegara dan bukan warganegara. � Warganegara terdiri daripada mereka yang telah bersara wajib

dan atas alasan keperluan perkhidmatan/kepakaran penyandang, dilantik semula sehingga tidak melebihi umur 60 tahun sahaja, kecuali Pegawai Perubatan. Staf Akademik dan Pembantu Hospital dibenarkan berkhidmat hingga tidak melebihi umur 65 tahun. Jawatan yang hendak diisi oleh pesara bukan jawatan kenaikan pangkat.

� Bukan Warganegara akan dilantik, sekiranya

kepakaran/jawatan yang diperlukan tidak dapat dipenuhi oleh warganegara. Pelantikan dibuat setelah mendapat kelulusan khas daripada JPA dan Jabatan Imigresen. Syarat maksimum umur pelantikan adalah sama seperti staf kontrak warganegara.

Staf Sementara dilantik berasaskan kepada jawatan yang wujud dan dilantik bagi tempoh tertentu sahaja. Staf Sambilan dilantik berasaskan keperluan mendesak dengan menggunakan peruntukan khas di bawah Vot 29000. Pelantikan ini boleh dibuat tanpa pewujudan jawatan. Staf Sementara/Sambilan juga layak dipertimbangkan ke jawatan tetap apabila memenuhi syarat keperluan jawatan yang diiklankan. Pelanjutan Perkhidmatan Staf Kontrak, Sementara dan Sambilan tertakluk kepada keperluan pengisian jawatan dan prestasi tahunan staf yang memuaskan bagi tempoh setahun ke setahun dengan maksimum dua tahun pelantikan.

Page 42: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

37

Semua pengisian jawatan keempat-empat kategori ini perlu diiklan dan melalui proses temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih Universiti. Lapor Diri Semua staf dikehendaki melapor diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar, Kampus masing-masing. Semua calon mesti memenuhi syarat pemeriksaan perubatan sebelum melaporkan diri. Di samping itu, calon juga dikehendaki mengemukakan surat akuan sumpah. Semua calon dikehendaki mengisi borang perisytiharan harta untuk dikemukakan dan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh melapor diri.

KURSUS INDUKSI Semua staf dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan yang dilantik dan dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) pada atau selepas 1 Januari 1992 dikehendaki mengikuti Kursus Induksi dengan jayanya sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus lnduksi ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kursus lnduksi Umum dan Kursus Induksi Khusus. Kursus lnduksi yang disyaratkan kepada staf dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan gred 5, 6 dan gred-gred lain yang setaraf dengan Kumpulan Sokongan I menggantikan syarat asas lulus Peperiksaan Am Kerajaan. Kursus lnduksi yang disyaratkan kepada anggota dalam Kumpulan Sokongan lain adalah syarat baru yang perlu dipenuhi.

Page 43: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

38

Objektif Kursus Induksi Kursus lnduksi bertujuan untuk mencapai objektif berikut:-

• Memberi pendedahan yang sama kepada semua staf tentang sejarah negara, dasar utama kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara;

• Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran,

prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan kerajaan;

• Memberi kefahaman tentang kaedah pengurusan serta

keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan; dan

• Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan

semua staf dalam perkhidmatan universiti Staf yang mengikuti Kursus Induksi Umum dibahagikan kepada tiga kumpulan berikut:- Kumpulan I : Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional

dan Kumpulan Sokongan dalam gred 27, 29 dan gred lain yang setaraf dengan Kumpulan B.

Kumpulan II : Staf Kumpulan Sokongan dalam gred SSM

11, 12, 17 (gred SSB 12, 14, 15 dan 16 dan yang setaraf dengan kumpulan C dan D).

Kumpulan III : Staf Kumpulan Sokongan dalam gred K2,

K3, R3, K7, R10 dan R11 (yang setaraf dengan Kumpulan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir).

Penilaian Kursus Silibus Kursus Induksi Umum ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala Kursus Induksi Khusus ditetapkan oleh universiti. Untuk Kursus Induksi Umum bagi Kumpulan I, penilaian peserta adalah berasaskan penilaian sepanjang kursus dan ujian di akhir kursus. Ujian ini digubal oleh JPA. Peserta perlu lulus dalam kedua-dua penilaian ini secara berasingan. Bagi kumpulan II

Page 44: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

39

dan III di atas, penilaian peserta adalah berasaskan penilaian sepanjang kursus sahaja. Peratusan kelulusan bagi semua penilaian ditetapkan pada tahap 50%. Sebuah Jawatankuasa Panel Penilai Kursus Induksi yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) akan menimbangkan dan memutuskan keputusan Kursus Induksi Umum. Kursus Induksi Khusus bertujuan mengenalkan staf baru kepada latar belakang pentadbiran, perkhidmatan, kemudahan dan peraturan universiti. Bahagian ini mensyaratkan staf hadir dengan jayanya. Pengecualian Staf yang telah menduduki dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi sebelum ini diperlukan memohon untuk dikecualikan daripada menghadiri Kursus Induksi dengan menyertakan bersama maklumat keputusan peperiksaan Am Kerajaan atau Kursus Induksi yang telah diduduki dalam perkhidmatan lama. Tanpa permohonan rasmi, pihak universiti akan menganggap staf perlu menghadiri Kursus lnduksi untuk pengesahan dalam jawatan. Permohonan pengecualian ini hendaklah dialamatkan kepada pegawai bertanggungjawab, di kampus masing-masing.

Page 45: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

40

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN Peperiksaan Perkhidmatan Universiti diadakan bagi tujuan:- (i) Pengesahan dalam jawatan (ii) Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) (iii) Mendapat hadiah kenaikan gaji/elaun

� Hadiah kenaikan gaji bagi elaun mengambil trengkas dalam dua bahasa bagi Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17.

� Hadiah kenaikan gaji bagi ujuan kederasan 35 - 40 atau

45 - 50 p.s.m. bagi Pembantu Tadbir Rendah N11. � Hadiah kenaikan gaji bagi ujian kederasan 4000KD

atau 5340 KD bagi Operator Mesin Prosesan Data F11. Peperiksaan ini diadakan sekali setahun dan staf perlu memohon dengan mengisi borang tertentu, kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran, Jabatan Pendaftar di ketiga-tiga kampus.

PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Universiti diadakan bagi tujuan:-

a. Untuk menguji kebolehan dan kemahiran staf b. Anjakan gaji c. Kenaikan pangkat

Syarat-syarat kelayakan:

a. Disahkan dalam jawatan. b. Mendapat perakuan Ketua Jabatan c. Penilaian prestasi yang baik

Berikut adalah peringkat tahap kecekapan yang perlu diambil oleh semua staf yang layak mengikut skim Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan kaedah penilaian mengikut kumpulan perkhidmatan:

Page 46: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

41

JENIS PEPERIKSAAN YANG PERLU

DIAMBIL KUMPULAN /

TAHAP Aneka Pilihan

Esei

KURSUS AMALI /

PEMERHATIAN / TEMU DUGA

1. Pengurusan

& Profesional (Ijazah dan setaraf)

Tahap Kecekapan 1

Tahap Kecekapan 2

Tahap Kecekapan 3

Tahap Kecekapan 4

Tahap Kecekapan 5

Tahap Kecekapan 6

P

P

P (KK) P P P P

2. Sokongan (Diploma/

STPM) Tahap Kecekapan 1

Tahap Kecekapan 2 Tahap Kecekapan 3 Tahap

kecekapan 4

P P

P

P (KK) P

Page 47: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

42

3. Sokongan (SPM dan

setaraf) Tahap

Kecekapan 1 Tahap

Kecekapan 2 Tahap

Kecekapan 3

Tahap kecekapan 4

P P

P

P (KK) P

4. Sokongan (PMR dan

setaraf) Tahap Kecekapan 1 Tahap Kecekapan 2

P P

5. Mahir,

Separuh Mahir & Tidak Mahir

P (KK)

P

(KK) = Kursus Kenegaraan Catatan : Bagi Kumpulan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir pihak universiti boleh menentukan kaedah Penilaian Tahap Kecekapan yang sesuai (peperiksaan/amali/kursus/pemerhatian/temu duga) tertakluk kepada kelulusan Lembaga Peperiksaan Universiti.

Page 48: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

43

LATIHAN STAF Fokus program latihan adalah berdasarkan keperluan semasa. Pada masa ini, fokus program latihan adalah seperti berikut:- � Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif � Pengurusan Kewangan � Pembangunan Komunikasi, Pentadbiran dan Kualiti � Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan � Kampus Sejahtera � Pengajaran, Penerbitan dan Asas Penyelidikan � Kursus Induksi Staf boleh melayari laman web Unit Latihan www.usm.my/ulatihan/ untuk mendapatkan maklumat terkini serta hebahan tentang aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Latihan.

Page 49: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

44

SISTEM PENILAIAN PRESTASI Sistem Penilaian Prestasi USM diwujudkan untuk mencapai matlamat organisasi ini menerusi pelaksanaan di setiap Pusat Tanggungjawab. Ianya melibatkan proses penetapan Sasaran Kerja Tahunan, penilaian perlakuan dan pencapaian kerja pegawai dalam tempoh masa tertentu bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti sesebuah jabatan. Hasil penilaian ini membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan, pertimbangan dan keputusan berkaitan dengan pengurusan dan kemajuan kerjaya pegawai iaitu:- (i) menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai

dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;

(ii) menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan

pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara;

(iii) menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk

pergerakan dan anjakan gaji; (iv) menentukan penganugerahan khidmat cemerlang,

pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;

(v) mengenalpasti dan merancang keperluan latihan; dan (vi) memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan

mempertingkat prestasi serta motivasi pegawai. Prinsip asas dan tujuan utama Penilaian prestasi ialah:-

• Penilaian hendaklah dilaksanakan secara objektif, adil dan telus.

• Penilaian prestasi hendaklah diasaskan kepada

penghasilan kerja dan tingkahlaku yang dipamerkan oleh pegawai ke arah pencapaian objektif organisasi yang ditetapkan.

• Menggalakkan persaingan positif sesama pegawai untuk

meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Page 50: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

45

Berdasarkan prinsip di atas, penilaian prestasi digubal untuk:-

• Membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan.

• Membolehkan ketua perkhidmatan melaksanakan penilaian

prestasi mengikut kesesuian perkhidmatan tertentu.

• Membolehkan penilaian prestasi digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, penempatan dan latihan.

• Meningkatkan penglibatan ketua jabatan dan semua

peringkat pegawai penyelia dalam proses penilaian prestasi Ciri-ciri Sistem Penilaian Prestasi melibatkan:- (i) penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan kajian semula

pertengahan tahun; (ii) penilaian prestasi yang objektif, adil dan telus; (iii) pengiktirafan kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi; (iv) penetapan wajaran markah mengikut aspek penilaian

prestasi yang bersesuaian dengan peranan setiap kumpulan pegawai;

(v) pemakaian lima jenis borang Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan mengikut kumpulan pegawai; dan (vi) peranan Panel Pembangunan Sumber Manusia sebagai

pihak yang memastikan penilaian dibuat dengan objektif, adil dan telus.

Proses penilaian prestasi melibatkan Ketua Jabatan, Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilaian Pertama (PPP), Pegawai Penilaian Kedua (PPK), Panel Pembangunan Sumber Manusia Peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan universiti.

Page 51: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

46

PERGERAKAN GAJI Pergerakan gaji diberi berdasar bulan bergerak iaitu Januari, April, Julai dan Oktober. Di bawah Sistem Saraan Malaysia terdapat dua jenis pergerakan gaji iaitu:-

• Pergerakan Gaji Biasa; dan

• Anjakan Gaji Pergerakan Gaji Biasa ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji berikutnya di peringkat yang sama tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Anjakan Gaji ialah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga berikutnya pada satu Peringkat yang lebih tinggi. Bagi staf yang berada di matagaji maksimum, Anjakan Gaji adalah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di Tangga yang sama pada satu Peringkat yang lebih tinggi. Bagi gred lantikan yang kekal dengan tiga peringkat gaji, terdapat dua anjakan gaji iaitu Anjakan Gaji Pertama dan Anjakan Gaji Kedua:

• Anjakan Gaji Pertama boleh dipertimbangkan setelah staf memenuhi lima syarat, iaitu disahkan dalam perkhidmatan, lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, berkhidmat tidak kurang daripada tiga tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan;

• Anjakan Gaji Kedua boleh dipertimbangkan setelah staf

memenuhi empat syarat, iaitu lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, telah memperolehi Anjakan Gaji Pertama tidak kurang daripada satu tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Page 52: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

47

PENGESAHAN DALAM JAWATAN Staf yang menerima opsyen di bawah Sistem Saraan Malaysia boleh dipertimbangkan pengesahan dalam jawatan selepas memenuhi tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam jawatan seperti berikut:-

• Lulus Kursus Induksi Khusus dan Kursus Induksi Umum

• Lulus Peperiksaan Perkhidmatan dan peperiksaan lain yang disyaratkan oleh universiti untuk sesuatu jawatan (jika ada); dan

• Diperakukan oleh Ketua Jabatan

• Untuk jawatan pensyarah, pihak universiti mensyaratkan

lulus Peperiksaan Bahasa Malaysia Peringkat Maju (Ujian Lisan, Ujian Bertulis dan Ujian Penyampaian Kuliah)

Bagi staf yang mempunyai perkhidmatan lepas dengan sektor awam/berkanun dan staf yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan, syarat lulus Kursus Induksi Khusus dan Kursus Umum boleh dikecualikan sekiranya pernah lulus kursus tersebut dalam kumpulan kursus yang sama atau telah lulus Peperiksaan Am Kerajaan (Bahagian I dan II) tertakluk kepada permohonan pengecualian staf. Urusan pengesahan staf akan dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan bagi staf Kumpulan Akademik dan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Bukan Eksekutif & Sokongan, sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Lanjutan Tempoh Percubaan Lanjutan tempoh percubaan boleh dipertimbangkan kepada staf yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pengesahan dalam jawatan apabila genap 3 tahun perkhidmatan. Tempoh yang boleh dipertimbangkan adalah selama maksimum dua tahun dengan berdenda. Jika staf masih belum disahkan dalam jawatan selepas tempoh tersebut perkhidmatan mereka boleh ditamatkan.

Page 53: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

48

PILIHAN FAEDAH PERSARAAN Staf yang dilantik bagi kali pertama dalam Perkhidmatan Sektor Awam dikehendaki mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa dalam tempoh percubaan di atas kadar yang dikuatkuasakan oleh pihak KWSP. Sebelum disahkan dalam jawatan, staf akan diberi opsyen memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi staf yang memilih Skim Pencen pemberian taraf pekerja berpencen akan diberi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia setelah disahkan dalam jawatannya dan genap tempoh perkhidmatan selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan. Manakala staf yang memilih Skim KWSP, caruman kepada pihak KWSP akan di teruskan atas kadar yang dikuatkuasakan oleh KWSP.

KENAIKAN PANGKAT Definisi kenaikan pangkat ialah melangkah dari satu gred ke satu gred yang lebih tinggi dalam skim yang sama. Kriteria Kenaikan Pangkat Staf Akademik Staf akademik layak memohon kenaikan pangkat setelah memenuhi kriteria berikut:-

• Disahkan dalam perkhidmatan. • Mencapai tahap kecemerlangan dalam pengajaran,

penyeliaan, penyelidikan & penerbitan, perkhidmatan kepada universiti dan masyarakat.

• Semua calon yang dipertimbangkan untuk kenaikan

pangkat adalah tertakluk kepada penilaian oleh Penilai Awal dan Penilai Luar yang dilantik oleh universiti.

• Mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang

ditetapkan.

• Lulus Penilaian Tahap Kecekapan. • Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Page 54: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

49

Kriteria Kenaikan Pangkat Staf Bukan Akademik Beberapa lapisan gred kenaikan pangkat telah diwujudkan di bawah Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia.

• Disahkan dalam perkhidmatan.

• Mencapai tahap prestasi ditetapkan.

• Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan

• Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Syarat kenaikan pangkat ke lapisan gred seterusnya:

• Mencapai tahap prestasi ditetapkan.

• Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan

• Diperakukan oleh ketua Jabatan.

Selain daripada syarat-syarat di atas, universiti juga boleh/telah menggunakan kriteria tambahan berikut untuk menilai calon bagi kenaikan pangkat:

• Prestasi tahunan yang baik bagi tempoh tiga tahun ke

belakang.

• Prestasi dalam temu duga.

Kriteria-kriteria tambahan yang juga digunakan calon untuk kenaikan pangkat:

• Wawasan dan komitmen untuk mencapai misi dan objektif

jabatan. Ini perlu berhubung kait dengan matlamat, misi dan halatuju universiti.

• Inovasi dan sumbangan kepada pembaharuan ke arah

peningkatan taraf keberkesanan pentadbiran. Contohnya penggunaan Teknologi Maklumat dalam tugasan, pembangunan sistem pengurusan baru yang membawa kepada kecekapan, keberkesanan, penjimatan kos dan kepimpinan telah dibuktikan dalam arena pentadbiran yang boleh dicontohi.

Page 55: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

50

• Sumbangan kepada universiti dan masyarakat luar, misalnya:

- Penglibatan dalam persatuan/kesatuan sebagai ahli

exco atau ahli biasa.

- Penglibatan dalam aktiviti sukan di peringkat universiti, daerah, negeri atau negara.

PERTUKARAN STAF Pertukaran staf bertujuan memberi pengalaman menyeluruh kepada seseorang staf di samping mendedahkan staf kepada latihan sambil bertugas (in service-training). Pertukaran staf terbahagi kepada dua kategori iaitu:-

• Pertukaran dalam kampus iaitu dari satu jabatan/pusat pengajian/unit ke satu jabatan/pusat pengajian/unit yang lain dalam kampus yang sama.

• Pertukaran antara kampus iaitu dari Kampus Induk, Pulau

Pinang ke Kampus Kesihatan/Kejuruteraan dan sebaliknya. Permohonan pertukaran akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan/kesesuaian staf untuk tempat yang akan di tukar, kekosongan jawatan dan alasan-alasan peribadi munasabah serta setelah staf itu berkhidmat selama lima (5) tahun. Proses pertukaran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa atas sebab-sebab berikut:-

• Penempatan asal seseorang staf mungkin dibuat tanpa

mengetahui latarbelakang dan kebolehan seseorang staf secara mendalam dan penempatan tersebut mungkin menimbulkan ketidaksesuaian tempat dan suasana staf itu ditempatkan;

• Untuk membolehkan seseorang staf itu memperolehi

pengalaman luas dan boleh menjadi pelengkap (complementry).

Page 56: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

51

• Untuk membolehkan staf berkenaan berfungsi dan bertindak sebagai pakar rujuk untuk jabatan/pusat pengajian/unit yang baru ditubuhkan; dan

• Untuk memberikan suasana dan keadaan persekitaran

baru dan dapat memperbaharui kreativiti seseorang staf.

PELETAKAN JAWATAN Staf Yang Tiada Ikatan Dengan Universiti Staf yang hendak meletak jawatan, perlu memberi notis secara bertulis seperti berikut:

• Staf yang telah disahkan dalam jawatan, perlu memberi tiga bulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.

• Staf dalam tempoh percubaan atau staf sementara/

sambilan perlu memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.

• Staf kontrak perlu mengikut syarat-syarat dalam kontrak.

Notis peletakan jawatan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar untuk tindakan selanjutnya. Staf Yang Ada Ikatan Dengan Universiti Staf yang mempunyai ikatan dengan USM misalnya, mempunyai ikatan kerana bercuti sabatikal atau bercuti belajar dengan pembiayaan penuh oleh universiti, dikehendaki menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum meletak jawatan mengikut syarat yang sama seperti di atas.

Page 57: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

52

PENAMATAN KERJA Staf yang memberi maklumat palsu atau tidak benar (maklumat peribadi atau pendidikan dan sebagainya) semasa permohonan jawatan atau tidak memberi kenyataan benar dalam borang pemeriksaan kesihatan atau pengakuan sumpah (borang akuan) boleh ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta oleh pihak universiti. Staf dalam tempoh percubaan yang gagal disahkan dalam jawatan kerana tidak mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan atau kerana tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan, sama ada telah diberi lanjutan tempoh percubaan atau tidak, juga boleh ditamatkan perkhidmatannya. Staf yang akan ditamatkan perkhidmatan, perlu diberi sebab-sebab mengapa penamatan perkhidmatannya dan diberi peluang untuk membela dirinya dalam tempoh tidak kurang daripada 14 hari. Universiti boleh menamatkan perkhidmatan staf yang bukan dalam perjawatan berpencen dengan memberi notis yang sesuai dengan syarat-syarat pelantikannya termasuk notis penamatan jawatan. Staf sementara dan staf bukan dalam perjawatan berpencen yang lain, boleh ditamatkan perkhidmatan dengan notis satu bulan.

PELANTIKAN SEMULA Staf yang telah bersara wajib boleh dilantik semula sebagai staf kontrak, untuk mengisi jawatan sebelum bersara atau lain-lain jawatan sekiranya perkhidmatan mereka benar-benar diperlukan oleh universiti demi kepentingan organisasi. Pelantikan pesara adalah dibuat secara kontrak bagi tempoh satu hingga dua tahun dan boleh dipertimbangkan pelanjutan mengikut keperluan universiti. Staf yang hendak dilantik semula hendaklah terdiri daripada pesara wajib. Bagi pesara pilihan sendiri, mereka boleh dipertimbangkan untuk lantikan semula dengan kelulusan daripada JPA. Pesara hendaklah disahkan sihat oleh pihak berkuasa perubatan dan boleh menjalankan kerja dengan memuaskan.

Page 58: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

53

PERSARAAN Persaraan Wajib Seseorang staf apabila mencapai umur 56 tahun adalah dikehendaki bersara wajib sama ada memilih faedah persaraan berpencen atau pun KWSP. Walau bagaimanapun, staf yang telah berkhidmat sebelum 1 Oktober 2001 umur persaraan wajib adalah mengikut pilihan masing-masing sama ada umur 55 atau 56 tahun. Persaraan Pilihan Seseorang staf berpencen boleh memilih dan memohon bersara secara pilihan apabila mencapai umur 40 tahun. Persaraan Atas Sebab Kesihatan Seseorang staf yang telah disahkan dalam jawatannya, sama ada beliau di bawah skim berpencen atau skim KWSP, boleh dibersarakan atas sebab kesihatan kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal. Faedah Persaraan Staf Di Bawah Skim Berpencen Tertakluk kepada peraturan pencen, pesara wajib dan pesara

secara pilihan di bawah skim berpencen layak menerima faedah persaraan seperti ganjaran dan pencen bulanan berdasarkan formula berikut tertakluk kepada pencen maksimum setengah gaji akhir:-

Ganjaran 7.5 % x Tempoh Perkhidmatan x Gaji Akhir Yang Boleh Diambilkira Pencen 1/600 x Tempoh Perkhidmatan x Gaji Akhir Yang Boleh Diambilkira

Page 59: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

54

Pembayaran Pembayaran ganjaran dibuat oleh pihak JPA dalam tempoh sebulan dari tarikh persaraan dengan syarat semua dokumen adalah lengkap. Ia akan disusuli pula dengan pembayaran pencen bagi mereka yang bersara wajib sahaja. Bagi persaraan pilihan mereka yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 45 tahun bagi perempuan dan 50 tahun bagi lelaki. Manakala mereka yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun atau 56 tahun mengikut tawaran opsyen pelanjutan umur persaraan wajib di bawah pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2001. Staf yang bersara atas sebab kesihatan, pihak universiti akan mengemukakan perakuan Lembaga Perubatan kepada Bahagian Pencen, JPA untuk kelulusan dan pembayaran faedah persaraan.

Page 60: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

55

Staf Di Bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Di bawah undang-undang KWSP yang termaktub di dalam Akta KWSP 1991, staf yang mencapai umur 55 tahun boleh mengeluarkan kesemua baki simpanan di dalam akaun KWSP melalui salah satu dari cara-cara berikut:- � Secara Sekaligus

- Skim Pengeluaran 55 Tahun

� Secara Berkala (Min. RM12,000.00/ 5 Tahun)

- Skim Pengeluaran Bayaran Berkala

� Sebahagian Secara Sekaligus dan Sebahagian Secara Berkala

- Skim Pengeluaran 55 Tahun dan Skim Pengeluaran Bayaran Berkala

� Mengeluarkan Dividen Tahunan Sahaja

- Skim Pengeluaran Dividen Tahunan

� Mengeluarkan Secara Bayaran Bulanan (Akaun 4 – Min RM24,000/ 20 Tahun)

- Skim Pengeluaran Bayaran Bulanan

Bagi staf yang memilih Skim KWSP dan bersara atas sebab kesihatan tindakan seterusnya akan diuruskan mengikut peraturan di bawah Akta KWSP.

Page 61: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

56

TATATERTIB Staf universiti adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000. Kaedah ini merangkumi aspek disiplin berikut:-

• Kelakuan am • Pekerjaan luar • Etiket pakaian • Dadah • Hadiah • Keraian • Pemunyaan Harta • Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen

dan pendapatan persendirian yang sah • Meminjam dan meminjamkan wang • Keberhutangan wang yang serius • Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan • Cabutan bertuah atau loteri dan sebagainya • Penerbitan buku, dan sebagainya • Membuat pernyataan awam • Mengambil bahagian dalam politik • Surcaj

Takrif Tatatertib Satu aspek pentadbiran staf yang menguatkuasakan tatakelakuan sama ada bertulis atau tidak untuk menggalakkan apa yang diharapkan dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak diingini daripada pihak seorang staf/pekerja dalam menguruskan/ menjalankan tugas-tugas serta tanggungjawab rasminya dan hal-hal peribadinya setakat hal-hal peribadi itu menyentuh kedudukannya sebagai seorang pekerja. Penentuan Kesalahan Tatatertib Kesalahan tatatertib adalah ditentukan melalui:-

• Peraturan mengenai kelakuan dan hukuman yang boleh dikenakan kepada semua pegawai seperti Akta, Pekeliling Perkhidmatan, Peraturan;

• Peraturan mengenai kelakuan serta tatacara kerja

berkaitan dengan jabatan tertentu atau kumpulan pegawai tertentu;

Page 62: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

57

• Penentuan tugas dan tanggungjawab yang nyata bagi sesuatu jawatan itu;

Dalam menentukan tugas/tanggungjawab, perlu dipertimbangkan:- Matlamat Jabatan serta fungsi bahagian di mana jawatan berkenaan terdapat.

• Cara yang paling efektif bagi mencapai matlamat itu

ditentukan dan tugas/tanggungjawab bagi jawatan itu disesuaikan dengan cara tersebut.

• Patut diwujudkan suatu pembahagian kerja yang saksama

dengan mengambilkira hubungan jawatan itu dengan jawatan lain tertakluk kepada tanggungjawabnya dan jawatan atasan kepada yang mana jawatan berkenaan bertanggungjawab dan hubungannya dengan jawatan-jawatan lain yang sama gred dalam Jabatan yang sama.

• Pegawai yang memegang jawatan itu diberi kesempatan

untuk membincangkan dengan ketuanya secara membina berkaitan dengan tugas-tugas serta tanggungjawabnya istimewa jika pegawai itu berada dalam gred yang tinggi seperti dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas.

• Penentuan kesalahan-kesalahan tatatertib dengan itu

membolehkan seseorang pegawai itu menjadi sedar terhadap apa yang diharapkan darinya dan yang patut dijauhi olehnya dalam menguruskan tugas-tugas serta tanggungjawab jawatannya dan hal-hal peribadinya setakat hal-hal peribadi itu menyentuh kedudukannya sebagai staf.

Proses Tindakan Tatatertib • Tindakan Ketua Jabatan berkenaan

• kesalahan berlaku • panggil/amaran dan jika berulang • surat tunjuk sebab

• Aduan/Laporan daripada Ketua Jabatan

• Ketua Jabatan mesti kemukakan laporan bertulis kepada

Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran.

Page 63: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

58

• Laporan mestilah lengkap dan terperinci

contoh: Aduan tidak hadir bertugas tanpa sebab/ kesalahan-kesalahan lain

Laporan mestilah disertakan dengan:-

• Nama staf, no. staf, jawatan dan Jabatan/Pusat/Pusat

Pengajian. • Tarikh/masa tidak hadir bertugas (perlu disertakan

dengan rekod kehadiran sekiranya ada)/tarikh dan masa kesalahan dilakukan.

• Kesalahan yang dilakukan.

• Bukti kesalahan jika ada (contoh: buku rekod

kedatangan/pengesahan doktor dan lain-lain). • Nama saksi (beserta no. staf, jawatan, Jabatan/

Pusat/Pusat Pengajian). • Dokumen/peraturan yang menetapkan prosedur

Jabatan (jika ada). • Lain-lain maklumat yang boleh membantu seperti surat

amaran Ketua Jabatan dan lain-lain. • Untuk Kes Tidak Hadir Bertugas Tanpa Sebab

Tahan Gaji - Perakuan untuk tahan gaji oleh Ketua Jabatan berdasar berapa hari staf tidak hadir

(Untuk Kes Tidak Hadir Bertugas Tanpa Sebab)

- Hantar surat & Kenyataan Gaji kepada Bendahari (tindakan Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran)

A.R. Berdaftar (tidak hadir bertugas tanpa sebab dan staf tidak dapat dikesan)

- Hantar surat minta hadir bekerja dan selepas itu Ketua Jabatan Lapor kepada Unit Pentadbiran sama ada tertuduh hadir/tiada khabar langsung.

Page 64: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

59

• Untuk Kes Jenayah

• Apabila Ketua Jabatan tahu staf terlibat dengan jenayah, Ketua Jabatan hendaklah dapatkan laporan polis/ mahkamah dan kemukakan maklumat tersebut kepada Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Perakuan Ketua Jabatan untuk tahan kerja atau tidak.

• Setelah prosiding jenayah selesai dan staf didapati

bersalah/tidak bersalah/rayuan ditolak - Ketua Jabatan dapatkan laporan mahkamah - laporkan kepada Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

• Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib A,B,C,D & E. • Jawatankuasa Siasatan - Jika Jawatankuasa Tatatertib

berpendapat perlu ditubuhkan. • Jawatankuasa Rayuan Tatatertib - Jika ada rayuan selepas

tindakan sabit kesalahan (14 hari dari tempoh keputusan tatatertib) diberi kepada tertuduh.

Hukuman Tatatertib • amaran • denda • lucut hak emolumen • tangguh pergerakan gaji • turun gaji • turun pangkat • buang kerja

Page 65: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

60

PEKERJAAN LUAR Seksyen 4 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 menyatakan:- (1) Melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun, seseorang pegawai tidak boleh:-

(a) mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian;

(b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja

dengan mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;

(c) sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan

atau memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang pegawai boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya, menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subperaturan itu, sama ada bagi faedahnya atau bagi faedah saudara-maranya yang dekat atau mana-mana badan tidak mencari keuntungan yang baginya dia menjadi seorang pemegang jawatan. (3) Dalam menimbangkan sama ada atau tidak kebenaran patut diberikan kepada mana-mana pegawai di bawah subperaturan (2), Ketua Jabatan hendaklah memberikan perhatian kepada tatakelakuan yang ditetapkan dalam peraturan 3 dan hendaklah memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu:-

(a) tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;

(b) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung

menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun; dan

Page 66: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

61

(c) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan badan berkanun, atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun.

(4) Kecuali sebagaimana yang ditetapkan selainnya oleh badan berkanun, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah didepositkan dengan badan berkanun sementara menunggu keputusan Ketua Pengarah tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan oleh mana-mana pegawai lain yang membantu pegawai itu dalam menjalankan aktiviti atau melaksanakan perkhidmatan itu.

Page 67: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

62

HADIAH DAN SEBAGAINYA Seksyen 7, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 menyatakan:- (1) Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya. (2) Ketua Jabatan seorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai. (3) Ketua Jabatan boleh membenarkan pemungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawah jagaannya bagi maksud pemberian hadiah kepada seseorang pegawai dalam Jabatannya sempena persaraan pertukaran atau perkahwinan pegawai itu atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai. (4) Jika:-

(i) seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada

bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau

(ii) hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang

pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini.

Hadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatannya yang mengandungi perihal lengkap dan anggaran nilai hadiah itu dan hal keadaan hadiah itu diterima.

Page 68: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

63

(5) Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah:-

(a) membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu; atau (b) mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan, melalui

Ketua Jabatan itu, kepada pemberinya.

KERAIAN Seksyen 8, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 menyatakan:- (1) Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika:-

(a) keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun untuk kepentingan orang itu; dan

(b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam

apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 3.

Page 69: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

64

PEMUNYAAN HARTA

Seksyen 9, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 menyatakan:- (1) Seseorang pegawai hendaklah, apabila dilantik ke perkhidmatan sesuatu badan berkanun atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga, mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan, melalui Ketua Jabatannya, segala harta yang dipunyai olehnya atau oleh isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. (2) Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah membuat suatu perisytiharan secara bertulis yang menyatakan sedemikian.

(3) Jika, selepas membuat suatu perisytiharan di bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya memperoleh apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau apa-apa harta yang telah diperoleh olehnya atau oleh isteri atau suaminya atau anaknya dilupuskan, pegawai itu hendaklah dengan segera, melalui Ketua Jabatannya, mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Jawatankuasa Tatatertib berkenaan. (4) Jika seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan pemerolehan itu adalah tidak selaras dengan peraturan 3, pemerolehan itu tidak boleh dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Tatatertib berkenaan. (5) Dalam memutuskan sama ada atau tidak hendak memberikan kebenaran di bawah subperaturan (4), Jawatankuasa Tatatertib berkenaan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut :- (a) saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan

emolumen pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah;

Page 70: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

65

(b) sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin akan bercanggah dengan kepentingan badan berkanun, atau dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 3;

(c) ulasan Ketua Jabatan tentang pemerolehan atau

pemunyaan harta itu; (d) apa-apa faktor lain yang dianggap perlu oleh

Jawatankuasa Tatatertib berkenaan bagi menjaga keutuhan dan kecekapan badan berkanun dan pegawai badan berkanun.

(6) Jawatankuasa Tatatertib berkenaan hendaklah, jika berpuas hati dengan perisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai itu, mengarahkan Ketua Jabatan mencatatkan di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai itu bahawa perisytiharan sedemikian telah dibuat. (7) Tiap-tiap perisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tiap-tiap orang yang memperoleh maklumat di bawah peraturan ini tentang apa-apa perisytiharan sedemikian hendaklah menyimpan kerahsiaannya.

(8) Bagi maksud peraturan ini, “harta” ertinya apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang pegawai itu dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Lembaga supaya mengisytiharkannya, iaitu harta yang telah diperoleh oleh pegawai itu melalui pembelian, pemberian, pewarisan atau cara lain, dan termasuk harta yang diperolehi atau dipegang oleh isteri atau suami atau anak pegawai itu.

Page 71: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

66

MENYENGGARA TARAF KEHIDUPAN YANG MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH

Sekyen 10, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 menyatakan:- (1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah atau tampaknya:

(a) menyenggara suatu taraf kehidupan melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada; atau

(b) mengawal atau memiliki sumber-sumber kewangan

atau harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperolehi oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendirian lain yang sah,

Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis bertulis, memanggil pegawai itu supaya memberikan penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu tentang bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangannya atau harta itu.

(2) Ketua Jabatan itu hendaklah, apabila menerima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika pegawai itu tidak memberikan apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat, melaporkan hakikat ini kepada Jawatankuasa Tatatertib berkenaan beserta dengan penjelasan pegawai itu, jika ada.

(3) Apabila laporan di bawah subperaturan (2) diterima,

Jawatankuasa Tatatertib berkenaan boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu atau mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap pegawai itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

Page 72: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

67

SISTEM MAKLUMAT STAF Sistem Maklumat Staf adalah sistem pengkomputeran yang telah dibangunkan oleh USM untuk mengutip dan menyimpan semua rekod staf secara elektronik bermula tarikh lapor diri sehingga ke tarikh staf meninggalkan perkhidmatan. Antara maklumat yang dikutip dan disimpan adalah seperti berikut:- Butiran Peribadi Staf dan Keluarga, Kelayakan Akademik, Penganugerahan Bintang Kehormat dan Sijil Cemerlang, Perkhidmatan Lepas dengan Agensi Kerajaan, Semua Jenis Perkhidmatan dengan USM, Semua Jenis Latihan/Cuti Belajar dan Fellowship USM, Rekod Harta, Kerja Luar dan Perundingan, Disiplin, Peperiksaan Perkhidmatan, Tempoh Percubaan, Rekod Cuti, Pertukaran Tempat Bertugas, Rekod Pinjaman, Gaji dan Elaun, Mungkir Perjanjian dan sebagainya. Maklumat ini digunapakai untuk membantu pihak pentadbiran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran khasnya dan USM serta Agensi-agensi kerajaan lain amnya. Pihak pentadbiran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran khasnya menggunakan data-data ini dalam semua urusan sumber manusia seperti untuk tujuan pengesahan dalam jawatan, pemberian taraf berpencen, kursus, peperiksaan, kenaikan pangkat, pertukaran jabatan, persaraan, kenaikan gaji, laporan prestasi tahunan, cuti, perubatan, pakaian seragam, disiplin, kerja luar dan sebagainya. Pelbagai sistem pengkomputeran telah dibangunkan untuk kegunaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran dengan tujuan memberi perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan. Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran juga telah menurunkan beberapa sistem yang telah dibangunkan untuk kegunaan di semua Jabatan/Pusat Pengajian bagi membantu Ketua-ketua Jabatan dan antaranya ialah:- � Sistem Butiran Peribadi Staf � Sistem Butiran Peribadi Fellow Rancangan Latihan Kakitangan Akademik � Sistem Laporan Piawai � Sistem Laporan Prestasi Tahunan

Page 73: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

68

� Sistem Rekod Cuti � Sistem Pentadbiran Cuti � Sistem Rekod Cuti Persidangan � Sistem Surat Jaminan Perubatan � Sistem Kerja Perundingan � Buletin Sumber Manusia Semua staf digalakkan menghubungi Ketua Jabatan masing-masing atau pun menghubungi terus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran sekiranya ada sebarang perubahan maklumat peribadi dengan membawa dokumen asal dan salinan dokumen asal untuk disahkan tentang perubahan ini bagi membolehkan maklumat terkini dikutip dan rekod komputer dikemaskini.

Page 74: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

69

BAHAGIAN IV KEMUDAHAN STAF

Page 75: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

70

PERBEKALAN CUTI Cuti diberi kerana perkhidmatan Cuti yang boleh diberi kerana perkhidmatan melayakkan ialah: (a) Cuti Rehat Kelayakan untuk mendapat cuti rehat di dalam mana-mana

satu tahun genap perkhidmatan hendaklah mengikut sifir di bawah:

Kumpulan/Gred Kurang 10

Tahun Perkhidmatan Genap 10

Tahun Perkhidmatan

Pengurusan Tertinggi

30 hari

35 hari

31 - 54

30 hari

35 hari

21 - 30

25 hari

30 hari

1 - 20

20 hari

25 hari

Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil Seseorang staf yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehat yang ia berkelayakan bagi tempoh dua (2) tahun perkhidmatan ke tahun ketiga.

Cuti Tugas Khas Perubatan Staf berikut adalah layak mendapat cuti tugas khas perubatan iaitu:-

• Staf yang menjalankan tugas X-ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-ray;

• Staf di pusat-pusat perubatan tertentu di mana jenis-jenis

tugas yang dijalankan adalah merbahaya atau tidak digemari. Pusat-pusat perubatan ini hendaklah seperti diluluskan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.

Page 76: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

71

• Cuti Khas Perubatan boleh diberi tidak melebihi 14 hari di dalam satu-satu tahun. Bagi seseorang staf yang menjalankan tugas khas perubatan kurang dari satu (1) tahun, kelayakannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan di dalam menjalankan tugas khas itu.

• Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan

dan hendaklah diambil di dalam tahun yang ia perolehi.

(b) Cuti Separuh Gaji

• Boleh dipertimbangkan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari di dalam satu-satu tahun kepada staf di atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada staf itu.

• Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah

sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.

• Cuti tersebut tidak boleh diberi kepada staf wanita di atas

sebab bersalin. (c) Cuti Tanpa Gaji (i) Cuti Tanpa Gaji atas sebab peribadi.

• Cuti tanpa gaji di atas sebab-sebab persendirian mustahak (keagamaan, kerjaya/peluang hidup/persaraan pilihan sendiri, kerukunan rumah tangga/ikatan kekeluargaan dan tujuan kebudayaan) boleh dipertimbangkan kepada staf yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan melayakkan.

• Pada masa permohonan dibuat, kesemua kelayakan cuti

bergaji penuh hendaklah telah dihabiskan. • Tempohnya tidak melebihi tiga (3) bulan pada sesuatu

masa dan 360 hari di sepanjang tempoh perkhidmatan.

Page 77: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

72

(ii) Cuti Tanpa Gaji Mengikuti Pasangan Berkursus/ Berkhidmat Di Luar/Dalam Negara

Tempoh maksimum cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan

terhad kepada tiga (3) tahun sahaja atau selama tempoh berkhidmat/kursus pasangan pegawai, mengikut mana lebih pendek. Ia boleh diambil secara terus-menerus selama tiga (3) tahun atau secara berperingkat-peringkat (intermittent) sehingga mencapai had maksimum tiga (3) tahun. Cuti tanpa gaji berikutnya hanya boleh dipohon tiga (3) tahun selepas tarikh cuti tanpa gaji sebelumnya. Jika pasangan pegawai terdiri daripada pegawai kerajaan dan mereka dikehendaki bertugas atau berkursus di luar negara bagi tempoh melebihi tiga (3) tahun, Naib Canselor boleh menimbangkan cuti tanpa gaji kepada pegawai melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan.

(iii) Cuti Menjaga Anak

Staf boleh dipertimbangkan cuti tanpa gaji sehingga 90 hari, mulai dari hari ke 61 dari tarikh bersalin. Ini bermakna kemudahan ini tidak boleh diluluskan jika diambil mulai hari ke 62 dari tarikh bersalin. Jika staf tidak menggunakan kesemua 90 hari tersebut, baki cuti tanpa gaji yang tidak digunakan akan luput. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

(d) Cuti Tanpa Rekod

Staf boleh dipertimbangkan untuk cuti tanpa rekod bagi

aktiviti-aktiviti berikut:-

• Cuti Gantian/Cuti Pampasan

Staf boleh diberi cuti gantian kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.

Page 78: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

73

• Cuti Menghadiri Latihan Pasukan Sukarelawan Staf boleh diberi cuti tanpa rekod selama tidak melebihi

30 hari di dalam satu-satu tahun. Tambahan sebanyak 2 hari lagi boleh diberikan bagi perjalanan ke tempat latihan dan sebaliknya.

• Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/Persatuan

Ahli pertubuhan/persatuan yang diperakukan oleh

universiti boleh dibenarkan cuti tanpa rekod tidak melebihi 14 hari bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah tahunan, seminar dan aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan tersebut yang diadakan di dalam Malaysia. Tambahan sebanyak 2 hari lagi boleh diberi bagi perjalanan pergi ke tempat latihan/khemah dan sebaliknya.

• Kursus Latihan Semangat/Latihan Kepimpinan Belia

Kemudahan cuti tanpa rekod sebanyak 14 hari boleh di

pertimbangkan kepada staf yang menghadiri kursus di sekolah latihan semangat, latihan pimpinan belia di bawah anjuran kesatuan sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

• Kursus Bercorak Agama/Dakwah

Kemudahan cuti tanpa rekod sebanyak 14 hari boleh dipertimbangkan kepada staf yang menghadiri kursus bercorak dakwah dianjurkan oleh Institut Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama, Jabatan Agama Islam.

• Kegiatan Kebudayaan

Kemudahan cuti tanpa rekod sebanyak 14 hari boleh

dipertimbangkan kepada staf yang mengikuti kegiatan kebudayaan anjuran pihak universiti atau staf yang dipilih untuk mengadakan persembahan kebudayaan di dalam/di luar negara oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian atau Kementerian Belia dan Sukan.

Page 79: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

74

• Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan Staf boleh diluluskan cuti tersebut seperti yang ditetapkan

mengikut jadual peperiksaan.

• Menghadiri Mesyuarat Persatuan/Pertubuhan Ikhtisas Staf boleh diberi cuti tanpa rekod untuk menghadiri

mesyuarat agong tahunan, mesyuarat agong luar biasa mengikut senarai Persatuan/Pertubuhan Ikhtisas yang diiktiraf.

• Menghadiri Latihan/Kursus Syarikat Kerjasama Seseorang staf yang menjadi ahli sesebuah Syarikat

Kerjasama dan telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat tersebut dalam masa 2 tahun selepas kursus itu boleh diberi cuti tanpa rekod tidak melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus Syarikat Kerjasama.

• Menghadiri Kursus/Latihan/Seminar Atau Mesyuarat

Syarikat Kerjasama Ahli dari mana-mana Syarikat Kerjasama (yang telah

berdaftar dengan Kementerian Tanah dan Koperasi) boleh diluluskan cuti tanpa rekod untuk menghadiri kursus/ latihan/seminar atau mesyuarat dalam atau di luar negara yang diluluskan oleh kementerian tersebut.

• Cuti Mengambil Bahagian Acara Olahraga/Sukan

Seseorang staf yang dipilih untuk mengambil bahagian di

dalam sebarang perlawanan olahraga atau sukan di peringkat universiti, negeri atau antarabangsa, boleh diberi cuti tanpa rekod bagi masa-masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut sahaja, tetapi tidak melebihi 30 hari dalam setahun.

Page 80: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

75

• Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ)

Staf boleh dipertimbangkan cuti tanpa rekod untuk mengikuti kursus intensif dengan syarat:-

• Staf berkenaan telah mendapat kebenaran

daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti pengajian di bawah program PPJJ yang berkenaan;

• Staf berkenaan mengikuti pengajian di peringkat

Diploma atau Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mereka belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang sedang diikuti dan

• Tempoh cuti yang boleh diluluskan tidak melebihi

30 hari setahun. Sekiranya tempoh kursus yang perlu dihadiri melebihi 30 hari, staf bolehlah menggunakan kelayakan cuti rehat yang masih ada atau pun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut.

• Cuti Isteri Bersalin Cuti tanpa rekod sebanyak 7 hari termasuk semua hari

rehat dan hari kelepasan am, diberi kepada staf lelaki dan dihadkan kepada 5 kali sepanjang perkhidmatan.

• Cuti Bencana Alam Staf diberi cuti tanpa rekod apabila berlaku sesuatu

kejadian kecemasan bencana alam di kediaman staf yang menyebabkan staf tidak hadir bekerja, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh universiti. Tempoh yang dibenarkan ialah selama tempoh berlakunya kecemasan atau bencana alam tersebut.

• Cuti Kematian Keluarga Terdekat

Staf yang kematian ahli keluarga terdekat (suami/isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung) diberikan cuti tanpa rekod selama 3 hari termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

Page 81: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

76

Cuti Atas Sebab Perubatan Jenis-jenis cuti diberi atas sebab-sebab perubatan adalah:-

• Cuti Sakit • Cuti Sakit Lanjutan • Cuti Kerantina • Cuti Bersalin • Cuti Kecederaan • Cuti Tibi, Kusta atau Barah

Cuti Berkursus Seseorang staf yang telah dipilih atau dibenarkan oleh universiti untuk mengikuti apa jua jenis kursus latihan atau pengajian yang diakui, sama ada dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji, dan sama ada untuk kursus pendek atau panjang, boleh diberi cuti bagi jangka masa berikut:- • Bagi tempoh kursus yang diikuti termasuk cuti akademik dan

rehat yang jatuh di dalam masa kursus itu; • Bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik

selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan • Bagi tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat

dielakkan disebabkan oleh urusan perjalanan tempatan. Sebarang tempoh masa kursus kurang daripada 12 bulan yang staf bercuti akademik atau penggal akan ditolak daripada apa-apa cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum pergi berkursus itu. Sekiranya jumlah cuti akademik atau penggal itu adalah lebih panjang daripada cuti rehat yang ia berkelayakan, maka ini tidak akan ditolak daripada cuti rehat yang ia akan berkelayakan selepas tamat kursus itu kelak. Seseorang staf yang mengikuti sesuatu kursus yang melebihi 12 bulan, akan dianggap sebagai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia telah berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus. Pihak universiti boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi 7 hari dari cuti terkumpul kepada staf yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan.

Page 82: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

77

Cuti Haji

Staf berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan, boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan. Sekiranya tempoh melebih 40 hari tertentu, staf bolehlah memohon untuk menggunakan cuti rehat atau cuti tanpa gaji. Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada staf berjawatan sementara telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan. Gantian Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Dihabiskan Universiti meluluskan award wang tunai iaitu gantian cuti rehat sebagai pemberian hadiah kepada staf yang bersara daripada perkhidmatan universiti (wajib atau secara pilihan) pada hari persaraannya atau kepada staf yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang ditetapkan, bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan oleh sebab kepentingan perkhidmatan. Jumlah cuti rehat yang dibenarkan dikumpulkan bagi sesuatu tahun semasa untuk tujuan ini adalah dihadkan kepada maksimum 15 hari atau tidak melebihi separuh daripada kelayakan cuti bagi tahun semasa tersebut. Pemberian award wang tunai gantian cuti rehat adalah senilai dengan 1/30 daripada ‘gaji akhir yang diterima’ bagi tiap-tiap satu hari cuti yang dikumpulkan itu, tertakluk sehingga had maksimum sebanyak 90 hari sepanjang perkhidmatan seseorang staf.

Page 83: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

78

CUTI PENYELIDIKAN Cuti penyelidikan di dalam dan di luar negara diperuntukkan kepada staf akademik untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang memberi faedah kepada dirinya dan universiti serta pembangunan negara. Cuti penyelidikan dalam satu-satu tahun tidak melebihi 2 bulan atau 60 hari. Kelulusan cuti ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Sekiranya seseorang staf itu memerlukan cuti yang lebih daripada tempoh itu, mereka bolehlah menggunakan sebahagian daripada kelayakan cuti rehat yang masih ada atau pun memohon cuti tanpa gaji.

Walau bagaimanapun, kelayakan cuti penyelidikan akan luput secara automatik untuk tahun tersebut sekiranya staf diluluskan cuti mempertahankan tesis. Perkara ini adalah selaras dengan peraturan di bawah Rancangan Pengajian Tinggi Kakitangan Akademik. Permohonan mengikuti cuti penyelidikan dalam negeri perlu melalui Ketua Jabatan manakala permohonan cuti penyelidikan luar negara perlu dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) dengan perakuan Ketua Jabatan.

Page 84: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

79

CUTI SABATIKAL Cuti sabatikal diperuntukkan khusus untuk staf akademik mengikuti program pengajian atau penyelidikan dalam bidang kepakaran bagi mendapat pengalaman dan memperolehi pengetahuan tentang perkembangan dan kemajuan terbaharu. Kelayakan • Semua staf tetap adalah layak untuk memohon bercuti

sabatikal. • Telah disahkan dalam jawatan. • Diperakukan oleh Ketua Jabatan • Program dan tempat cuti sabatikal dipersetujui oleh Ketua

Jabatan. Tempoh Cuti Sabatikal • Perkhidmatan 3 tahun (terus menerus) untuk tempoh 5 bulan.

• Perkhidmatan 5 tahun (terus menerus) untuk tempoh 9 bulan.

• Tempoh berikut tidak diambilkira untuk perkiraan cuti sabatikal:

Cuti tanpa gaji; Cuti separuh gaji; Cuti belajar;

Cuti bagi memenuhi suatu program di bawah skim latihan bagi staf akademik;

Tangguhan cuti sabatikal atas alasan peribadi yang diluluskan

oleh universiti;

Tahanan kerja atau penggantungan di bawah kaedah tatatertib universiti; atau

Tahanan di bawah undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana sebahagiannya, pencegahan.

Page 85: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

80

Prosedur Memohon Permohonan untuk cuti sabatikal boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan cuti sabatikal yang boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar setelah iklan dikeluarkan; Penangguhan Cuti Sabatikal • Atas Kepentingan Perkhidmatan

Ketua Jabatan perlulah mengemukakan permohonan penangguhan atas kepentingan perkhidmatan bagi pihak staf yang terlibat dengan memberikan justifikasi terhadap permohonan tersebut. Penangguhan tidak boleh melebihi 24 bulan.

• Atas Sebab Peribadi

Staf juga boleh memohon untuk menangguhkan cuti sabatikalnya atas sebab-sebab peribadi ke suatu tarikh tidak lebih dari 12 bulan.

Luputnya Cuti Sabatikal Dan Hilang Kelayakan Mendapatkan Cuti Sabatikal Cuti sabatikal akan luput sekiranya staf tidak mengambil pada tarikh layak cuti atau pada tarikh tamat penangguhan yang diluluskan oleh universiti. Perjanjian Cuti Sabatikal Staf yang diluluskan cuti sabatikal mesti menyempurnakan perjanjian dengan dua (2) orang penjamin dan mengakujanji akan berkhidmat di universiti selama tempoh:

• 12 bulan dari tarikh staf melaporkan diri untuk bertugas sekembalinya daripada cuti sabatikal, jika cuti itu diambil sebaik sahaja perkhidmatan 3 tahun; atau

• 24 bulan dari tarikh staf melaporkan diri untuk bertugas

sekembalinya daripada cuti sabatikal, jika cuti itu diambil sebaik sahaja perkhidmatan 5 tahun.

Page 86: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

81

Laporan Cuti Sabatikal Staf yang telah bercuti sabatikal mesti mengemukakan Laporan Cuti Sabatikal tentang program yang telah dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas kembali dari cuti sabatikal. Staf yang gagal mengemukakan laporan dalam tempoh ditetapkan, tidak akan diberi pertimbangan untuk mendapat cuti sabatikal pada masa hadapan. Pengumpulan Cuti Rehat Semua cuti rehat terkumpul sebelum memulakan cuti sabatikal akan luput mulai tarikh permulaan cuti sabatikal. Walau bagaimanapun, seseorang staf yang diberi cuti selama 9 bulan dan mengikuti program cuti sabatikal sepenuhnya di luar Malaysia dan Singapura, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehat maksimum sebanyak 14 hari. Maklumat Tambahan Seseorang staf yang sedang bercuti sabatikal adalah berada dalam perkhidmatan universiti dalam tempoh tersebut. Staf tidak dibenar menjalankan apa-apa pekerjaan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti untuk mendapat apa-apa keuntungan daripada mana-mana punca lain daripada universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari Naib Canselor.

Page 87: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

82

RANCANGAN PENDIDIKAN TINGGI KAKITANGAN AKADEMIK (RPTKA)

Skim ini diwujudkan untuk menghantar staf akademik pada peringkat yang lebih tinggi. Staf akademik yang dihantar belajar melalui skim ini akan menjalankan pengajian di peringkat Ph.D. Walau bagaimanapun, jika staf akademik yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana maka staf tersebut akan diminta menjalankan pengajian di peringkat Sarjana hingga Ph.D. Staf yang menjalankan pengajian di bawah skim ini akan dibayar gaji dan elaun-elaun seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Universiti mengharapkan untuk meningkat staf akademik yang berkelayakan dan mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Page 88: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

83

CUTI BELAJAR STAF BUKAN AKADEMIK Objektif

Cuti belajar diperuntukkan untuk memberi peluang kepada staf menimba ilmu bagi mewujudkan pekerja berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era k-pekerja masa kini. Syarat-Syarat Umum Cuti Belajar • Telah disahkan dalam jawatan. • Berkhidmat dengan USM sekurang-kurang 5 tahun. • Pernah mencapai kecemerlangan perkhidmatan berdasarkan

markah penilaian prestasi tahunan purata sekurang-kurang 80% bagi 3 tahun terakhir.

• Berumur tidak lebih 45 tahun untuk mengikuti kursus di

peringkat diploma/Ijazah pertama/sarjana dan tidak melebihi 43 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) semasa tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, had umur boleh dilonggarkan di atas keperluan atau keadaan tertentu.

• Mendapat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan. • Semua calon perlu melalui proses temu duga kecuali cuti

belajar tanpa gaji. • Calon yang diluluskan cuti belajar kecuali cuti belajar tanpa gaji

perlu menandatangani surat ikatan perjanjian. • Program pengajian yang dipohon mestilah program yang

diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. • Staf yang telah ditawarkan cuti belajar mestilah mendapat

tempat dalam tempoh 1 tahun. Pelanjutan tempoh boleh diberi dalam keadaan tertentu.

Page 89: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

84

Cuti Belajar ini diperuntukan kepada staf:- (i) Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) (ii) Kumpulan Sokongan. Pertimbangan Cuti Belajar adalah berdasarkan asas-asas berikut:- § Cuti Belajar Bergaji Penuh Berbiasiswa

• Diperuntukkan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional melalui syarat-syarat Skim Latihan Kumpulan Pengurusan & Profesional.

• Bagi staf sokongan, kemudahan ini diberikan dalam

keadaan di mana pihak universiti perlu melatih staf sendiri bagi memenuhi bidang kepakaran tertentu.

• Memenuhi syarat umum cuti belajar.

§ Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

• Terbuka kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan staf Sokongan.

• Kursus/Bidang yang diikuti selaras dengan keperluan dan

perancangan Jabatan/Pusat Pengajian.

• Memenuhi syarat umum cuti belajar. § Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa

• Terbuka kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan staf Sokongan

• Kursus/Bidang yang diikuti bukanlah keperluan dan

perancangan Jabatan/Pusat Pengajian.

• Memenuhi syarat umum Cuti Belajar.

Page 90: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

85

§ Cuti Belajar Tanpa Gaji

• Terbuka kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan staf Sokongan.

• Memenuhi syarat umum cuti belajar kecuali tempoh

perkhidmatan perlulah sekurang-kurangnya 3 tahun.

• Permohonan tidak perlu melalui proses temu duga. Prosedur Permohonan Semua permohonan untuk cuti belajar dibuat dengan mengisi borang permohonan cuti belajar yang boleh diperolehi di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar setelah iklan dikeluarkan.

Page 91: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

86

PERUBATAN Kelayakan • Semua staf tetap, sementara dan kontrak serta tanggungan

mereka yang layak boleh menerima kemudahan perubatan mengikut peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan Staf.

• "Tanggungan" bererti suami/isteri-isteri, anak, anak tiri dan

anak angkat yang diambil secara sah dan belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar penuh masa dan di bawah umur 21 tahun juga layak menerima kemudahan perubatan mengikut peraturan di atas.

• Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993,

berkuatkuasa 1 Januari 1992, kemudahan rawatan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa sah bagi staf yang memilih opsyen Sistem Saraan Baru di Hospital Kerajaan mengikut kelayakan staf berkenaan.

Sumber Rawatan Rawatan perubatan boleh diperolehi dari:- • Pusat Kesihatan (Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan) dan

Hospital Universiti Sains Malaysia; • Panel Klinik Universiti yang menjadi pilihan staf yang berkahwin

diberi 2 pilihan panel klinik dan staf yang bujang diberi 1 pilihan panel klinik. Semasa panel klinik itu tidak beroperasi rawatan boleh diperolehi dari Panel Klinik 24 Jam dalam senarai panel klinik USM. Pesakit di Kampus Induk mempunyai pilihan untuk menerima ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh panel klinik dari Panel Farmasi Universiti. Senarai kedua-dua panel ini dikemaskinikan setiap 2 tahun sekali dan dipaparkan dalam Buletin Sumber Manusia di laman web Jabatan Pendaftar.

• Hospital Kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan kerajaan;

dan • Hospital Swasta setelah dirujuk oleh Hospital Kerajaan dan

juga tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor.

Page 92: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

87

Prosedur Untuk Mendapatkan Rawatan Perubatan Staf perlu:-

• Mengisi Borang Butir-Butir Peribadi untuk mendapatkan Kad

Rawatan Kakitangan (KRK) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran (BPSM&P), Jabatan Pendaftar.

• KRK hendaklah dibawa setiap kali ke Pusat Kesihatan dan

Panel Klinik semasa staf dan tanggungan staf mendapat rawatan. Kad ini perlu dikemaskinikan oleh staf dengan memberi dokumen-dokumen berikut ke BPSM&P sekiranya berlaku perubahan-perubahan berikut:-

Jenis Perubahan Dokumen Yang Dikehendaki

(i) Berkahwin 1 salinan sijil nikah dan KRK lama

(ii) Bercerai 1 salinan sijil cerai dan KRK lama

(iii) Pertambahan anak 1 salinan sijil lahir dan KRK lama

(iv) Kematian 1 salinan sijil kematian dan KRK (suami/isteri & anak)

(v) Anak angkat 1 salinan sijil anak angkat dari badan berkuasa dan KRK yang lama

(vi) Pertukaran klinik Mengisi borang pertukaran panel klinik yang boleh didapati dari kaunter BPSM&P.

(vii) Anak staf yang berumur 18 tahun

Surat pengesahan persekolahan penuh masa dan KRK lama

(viii) Anak staf berumur

21 tahun

Nama akan dikeluarkan dari KRK

Page 93: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

88

• Untuk rawatan di Hospital Kerajaan, staf dan tanggungan staf perlu mendapatkan Surat Jaminan Perubatan/Surat Rawatan Pergigian Staf. Surat-surat jaminan ini boleh diperolehi dari BPSM&P, Jabatan Pendaftar.

• Rawatan di Hospital Swasta boleh dipertimbangkan oleh

universiti sekiranya mendapat rujukan dari Pusat Kesihatan atau Hospital Kerajaan. Untuk tujuan ini staf perlu mengemukakan surat rujukan dari mana-mana pihak tersebut ke BPSM&P, Jabatan Pendaftar dan seterusnya mendapatkan Surat Jaminan Rawatan Perubatan/ Pemeriksaan di Hospital Swasta.

• Staf dan tanggungan staf juga boleh menerima rawatan di

Hospital Kerajaan di luar stesen yang sama, sekiranya mendapat rujukan dari Pusat Kesihatan atau Hospital Kerajaan. Untuk tujuan ini mereka boleh menuntut elaun-elaun mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

• Di dalam keadaan luar biasa Naib Canselor adalah

berkuasa membuat keputusan atas sebarang keadaan luar biasa yang tidak dilindungi oleh peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan Staf. Untuk tujuan ini staf boleh membuat rayuan bertulis melalui BPSM&P, Jabatan Pendaftar.

Rawatan Yang Dibiayai • Rawatan di Pusat Kesihatan, Panel Klinik serta perolehan ubat-

ubatan dari Panel Farmasi adalah ditanggung oleh universiti. • Universiti menanggung bayaran perundingan, spesimen (yang

dirujuk oleh Pusat Kesihatan) dan laporan lembaga perubatan di Hospital Kerajaan.

Rawatan Yang Tidak Dibiayai Bayaran rawatan-rawatan berikut tidak dibiayai di bawah Skim Perkhidmatan Perubatan:- • Rawatan pergigian melainkan apabila rawatan pergigian

disyorkan oleh seorang doktor perubatan sebagai sebahagian dari rawatan seorang pesakit itu. Walau bagaimanapun, rawatan pergigian yang percuma (tidak termasuk pembekalan gigi palsu) boleh didapati di Hospital Kerajaan.

Page 94: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

89

• Bayaran untuk gigi palsu, ‘braces’, ‘fillings’, ‘scaling’, ‘surgical appliances’, cermin mata, pemeriksaan kesihatan keseluruhan, ‘circumcision’, ‘IUD’, ‘menstrual regulations’, ‘cosmetic surgery’, ‘family planning pills’ dan lain-lain.

• Bayaran wad di Hospital Kerajaan dan lain-lain yayasan

perubatan kerajaan hendaklah dibayar oleh staf mengikut kadar yang ditetapkan oleh Hospital Kerajaan. Kadar bayaran wad ini yang berkuatkuasa 1 Januari 1992 adalah seperti berikut:-

Gred Kelas Wad Bayaran Sehari Gred Khas dan ke atas Kategori I hingga III yang bergaji RM3,138 dan ke atas

Kelas 1 Bilik Seorang

RM10.00

Kategori III yang bergaji RM3,137 dan ke bawah hingga kategori VI

Kelas I Bilik Berdua

RM8.00

Kategori VII Hingga VIII

Kelas I Bilik Bertiga

RM6.00

Kategori IX Hingga XI

Kelas Dua RM3.00

Kelas Tiga Percuma

Page 95: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

90

PAKAIAN SERAGAM Pihak universiti menyediakan pakaian seragam untuk staf yang dilantik dalam jawatan-jawatan yang diputuskan perlu dibekalkan dengan pakaian seragam. Urusan ini dilaksanakan setiap tahun. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran bertanggungjawab untuk menetapkan staf yang perlu memakai pakaian seragam, jenis pakaian seragam serta elaun upah jahit, manakala Jabatan Pembangunan bertanggungjawab untuk membekalkan semua pakaian seragam dan Jabatan Bendahari bertanggungjawab untuk membuat semua bayaran elaun upah jahit dan sebagainya. Kadar bayaran maksimum bagi sepasang pakaian seragam termasuk bekalan kain upah menjahit tidak melebihi daripada kadar berikut:-

• Sepasang seluar panjang dan baju lengan pendek -RM87.00.

• Sepasang seluar panjang dan baju lengan panjang -

RM90.00.

• Sepasang baju kebaya wanita - RM84.00.

• Overall - RM80.00

• Overcoat - RM62.00 Jawatankuasa Tetap Kewangan dalam mesyuarat ke-90 pada 9 November 1998 telah meluluskan pemberian elaun upah jahit mengikut kadar baru seperti berikut:-

• Seluar panjang dan baju lengan pendek/panjang atau seluar panjang dan bush jacket Pengawal Keselamatan lelaki KP11 - RM45.00

• Overall - RM45.00

• Overcoat/Labcoat - RM62.00

• Seluar panjang dan Bush Jacket

- Pengawal Keselamatan KP11 (perempuan) - RM49.00 - Pengawal Keselamatan KP14 - RM49.00

Page 96: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

91

Kadar bayaran maksimum yang boleh dibayar secara tunai disokong dengan resit bagi sepasang kasut adalah tidak melebihi kos harga kasut yang bersamaan jenisnya seperti yang ditetapkan di dalam Kontrak Pusat dan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Keengganan staf memakai pakaian seragam adalah satu kesalahan tatatertib.

ELAUN PINDAH RUMAH Staf universiti yang membeli rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan layak membuat tuntutan perpindahan mengikut borang yang disediakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

• Pegawai mendiami rumah tersebut dan kepada syarat jarak perpindahan antara rumah lama dan baru adalah dalam lingkungan 25 km.

• Tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah

dikemukakan kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan dilakukan.

• Kadar tuntutan elaun perpindahan rumah adalah mengikut

Jadual 2, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995.

Page 97: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

92

SKIM PINJAMAN KENDERAAN/KOMPUTER/PERUMAHAN Jabatan Bendahari, USM mengendalikan tiga (3) Skim Pinjaman untuk staf iaitu Skim Pinjaman Kenderaan, Skim Pinjaman Komputer dan Skim Pinjaman Perumahan. Skim Pinjaman Kenderaan Universiti menawarkan dua jenis pinjaman untuk membeli kenderaan iaitu: “Skim Pinjaman Kenderaan” secara biasa dan “Skim Pembiayaan Kenderaan mengikut Prinsip Al-Bai Bithaman Ajil”. Kelayakan Untuk memohon Pinjaman/Pembiayaan

• Staf berjawatan tetap dan staf kontrak. • Staf dalam tempoh percubaan atau staf berkhidmat kontrak

hendaklah dijamin oleh dua orang staf universiti dari kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Sokongan I yang telah disahkan dalam jawatan.

• Boleh dipertimbangkan setiap 5 tahun.

Amaun Pinjaman/Pembayaran Maksimum Had Pinjaman

(RM) Untuk Membeli Kereta:- (i) Jawatan Utama dan Jawatan Gred

Khas (ii) Kumpulan Pengurusan dan Profesional (iii) Kumpulan Sokongan (Kelulusan Khas gaji RM1,320.00 ke bawah)

60,000.00

55,000.00

45,000.00

Membeli Motosikal 5,000.00

Membeli Motorbot 4,000.00

Membeli Enjin Motorbot 3,500.00

Membeli Bot 700.00

Membeli Basikal 500.00

Page 98: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

93

Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan Kereta baru - 96 bulan Kereta terpakai - 84 bulan Motosikal baru - 72 bulan Motosikal terpakai - 48 bulan Basikal - 20 bulan Pinjaman/Pembiayaan Untuk Membeli Kenderaan Terpakai (termasuk kenderaan `recondition’).

• Pinjaman/pembiayaan tidak boleh melebihi harga kenderaan atau maksimum kelayakan atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

• Semua kenderaan terpakai hendaklah dinilaikan dan

dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

• Tempoh bayaran balik hendaklah ditentukan berdasarkan

kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan selamat dipakai.

• Kenderaan mestilah boleh dilindungi oleh insurans

komprehensif/takaful kenderaan komprehensif bagi Skim Pembiayaan sehingga baki pinjaman diselesaikan.

Skim Pinjaman Komputer Universiti menawarkan 2 jenis skim pinjaman untuk membeli komputer, Skim Pinjaman Komputer Universiti dan Skim Pinjaman Komputer Sistem Saraan Baru (SSB). Skim Pinjaman Komputer Universiti Syarat-Syarat

• Pinjaman adalah dihadkan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan I sahaja.

• Pinjaman adalah bagi membeli komputer mengikut

kelayakan dan kemampuan staf.

Page 99: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

94

• Pinjaman hanya boleh diberi sekali sahaja dalam tempoh lima tahun dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan dengan sepenuhnya.

• Pinjaman kepada staf yang layak hendaklah dijamin oleh

dua orang staf Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya. Penjamin menandatangani surat kebenaran untuk memotong gaji mereka bagi melindungi kepentingan universiti sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.

• Stem untuk surat perjanjian hendaklah dibayar oleh

peminjam.

• Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok serta elaun.

• Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar

balik sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan:-

(i) bagi pinjaman hingga RM2,300.00 - tidak melebihi 12 bulan.

(ii) bagi pinjaman hingga RM3,500.00 - tidak melebihi

18 bulan.

• Jumlah maksimum pinjaman ialah RM3,500.00 Skim Pinjaman Komputer SSB Syarat-Syarat

• Pinjaman ditawarkan kepada semua staf yang bertaraf tetap. Staf yang bertaraf sementara, kontrak dan sambilan tidak layak memohon.

• Pinjaman adalah bagi membeli komputer mengikut

kelayakan dan kemampuan staf.

• Pinjaman boleh dipertimbangkan setiap 5 tahun.

Page 100: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

95

• Pinjaman hendaklah dijamin oleh seorang staf bertaraf tetap dalam Kumpulan Perkhidmatan yang sama atau kumpulan lebih tinggi.

• Stem untuk surat perjanjian hendaklah dibayar oleh

peminjam.

• Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.

• Tempoh bayaran balik tidak melebihi 48 bulan.

• Jumlah maksimum pinjaman ialah RM5,000.00.

Bayaran Perkhidmatan Ke Atas Pinjaman

• Bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun dikira atas baki bulanan yang belum selesai adalah dikenakan kepada peminjam.

• Bayaran perkhidmatan tidak dikenakan ke atas baki

pinjaman staf yang meninggal dunia.

Sungguhpun begitu, pinjaman boleh diselesaikan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan di atas.

• Pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf

bersara, meninggalkan perkhidmatan, atau tamat tempoh kontrak;

• Baki pinjaman staf yang meninggal dunia, bersara atau

meletakkan jawatan, bayaran diselesaikan dengan cara memotong dari ganjarannya, sekiranya bayaran daripada kedua-dua penjaminnya tidak diperolehi.

Page 101: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

96

Skim Pinjaman Perumahan Selaras dengan dasar kerajaan, universiti telah menawarkan dua jenis pinjaman iaitu Skim Pinjaman Perumahan mengikut “Prinsip Al-Bai Bithaman Ajil” dan Skim Pinjaman Perumahan secara Biasa (conventional). Tertakluk kepada jumlah pinjaman yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, kemudahan kegunaan pinjaman adalah untuk:-

• membeli sekaligus tanah bersama rumah siap di atasnya; • membina rumah atas tanah pemohon sendiri atau tanah

suami/isteri; • membeli tanah dengan sekaligus dan mendirikan rumah di

atasnya; • membeli tanah; • menyelesaikan hutang pinjaman perumahan yang telah

diambil daripada suatu punca lain. Semua staf tetap adalah layak untuk memohon pinjaman perumahan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

• Warganegara Malaysia;

• Telah disahkan dalam jawatan;

• Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang pemakan gaji yang tidak berkemampuan;

• Borang permohonan dikemukakan selewat-lewatnya 6

bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan.

Page 102: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

97

Amaun pinjaman maksimum yang boleh didapati oleh seseorang pemohon mengikut kelayakan adalah seperti berikut:- • Had Pinjaman/Pembiayaan

GAJI BULANAN HAKIKI (RM) KELAYAKAN PINJAMAN

(RM)

i. 3,500.00 dan ke atas 300,000.00

ii. 3,000.00 ke 3,499.00 250,000.00

iii. 2,500.00 ke 2,999.00 220,000.00

iv. 2,000.00 ke 2,499.00 200,000.00

v. 1,500.00 ke 1,999.00 160,000.00

vi. 1,200.00 ke 1,499.00 130,000.00

vii. 1,000.00 ke 1,199.00 100,000.00

viii. 800.00 ke 999.00 80,000.00

ix. 600.00 ke 799.00 60,000.00

x. 599.00 dan ke bawah 40,000.00 • Kadar Keuntungan/Faedah ialah 4%. • Tempoh maksimum bayaran balik adalah tidak melebihi 25

tahun bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen. Tempoh maksimum bayaran balik bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.

Pinjaman Kali Kedua Syarat: • Telah selesai bayaran balik bagi pinjaman perumahan pertama;

atau

• Baki hutang sedia ada tidak melebihi 1/3 dari jumlah keseluruhan pinjaman atau baki bayaran tidak melebihi 5 tahun.

• Keseluruhan potongan gaji bulanan tidak boleh melebihi 50%

daripada gaji pokok dan semua elaun tetap.

Page 103: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

98

• Membeli tanah - 50% daripada kelayakan semasa.

• Potongan 50% daripada ganjaran apabila bersara wajib.

• Maksimum tempoh bayaran balik ialah 20 tahun bagi pemohon berjawatan tetap dan berpencen dan bagi yang mencarum KWSP tempoh maksimum bayaran balik ialah tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.

Kadar Keuntungan/Faedah Dikenakan kadar keuntungan/faedah 4% dan 6% perkiraan ansuran bayaran balik bulanan berdasarkan kadar purata wajaran (weighted average rate).

Page 104: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

99

SKIM KEAHLIAN KELAB REKREASI & SUKAN Kemudahan ini diperuntukan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas) serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Skim ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi pegawai dengan rakan sejawat mereka di sektor swasta selaras dengan hasrat Persyarikatan Malaysia. Syarat-syarat permohonan adalah:

• Sumbangan bayaran/yuran masuk sebenar tertakluk

kepada had maksimum RM3,000.00 dan selebihnya ditanggung sendiri oleh pegawai;

• Pegawai tetap yang menerima gaji dan syarat-syarat

perkhidmatan SSM;

• Telah menganggotai salah sebuah kelab rekreasi dan sukan yang diiktiraf;

• Pegawai atau suami/isteri yang layak menerima

kemudahan ini boleh membuat tuntutan berasingan;

• Tuntutan kemudahan ini hendaklah disokong dengan resit pembayaran; dan

• Tuntutan kemudahan ini diberi hanya sekali sahaja dalam

tempoh perkhidmatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.

Permohonan dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan borang yang disediakan dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran.

Page 105: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

100

TABUNG KEBAJIKAN STAF Tabung Kebajikan Staf ditubuhkan berdasarkan falsafah bahawa staf USM adalah satu keluarga dan bekerja dalam suasana dan semangat kekeluargaan yang sentiasa mengambil berat soal kebajikan masing-masing. Keahlian Tabung terbuka kepada semua staf tetap, sementara/kontrak dan sambilan yang sedang berkhidmat dengan USM. Caruman atas kadar RM1.00 sebulan untuk Staf Kumpulan Sokongan dan RM2.00 sebulan untuk Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas. Caruman dibuat melalui potongan bulanan. Borang caruman boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Jabatan Pendaftar, Kampus Pulau Pinang, Kejuruteraan dan Kesihatan.

Ahli tabung berkelayakan menerima faedah/sumbangan berikut:-

• Sambungan kematian staf: RM3,000.00

• Sumbangan kematian suami/isteri/anak staf: RM500.00

• Dermasiswa Pendidikan (pemberian berdasarkan kepada pendapatan keluarga dan kecemerlangan akademik).

• Bantuan bencana alam dan kebakaran.

• Bantuan peralatan untuk staf cacat anggota.

• Lain-lain sumbangan yang timbul dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN PENGURUSAN JENAZAH Kemudahan mengurus jenazah bagi staf yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk menghargai bakti mereka kepada universiti dan negara. Sejumlah RM1,000.00 diberi kepada keluarga staf bagi tujuan menguruskan jenazah, di samping tambang pengangkutan jenazah yang perlu dituntut oleh keluarga staf. Bagi tuntutan tambang kaedah pengangkutan jenazah yang sesuai dan berpatutan hendaklah digunakan. Kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia dan juga tambang untuk pengiring.

Page 106: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

101

BAHAGIAN V

MAKLUMAT AM

Page 107: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

102

HADANAH Perkhidmatan Hadanah di Kampus Induk dikelolakan oleh Pusat Islam. Hadanah mempunyai lima buah bangunan yang memuatkan seramai 150 orang kanak-kanak. Perkhidmatan yang diberikan ialah enam hari seminggu iaitu:-

Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang Sabtu 8.00 pagi - 1.30 tengah hari (Hadanah ditutup pada hari cuti/kelepasan am)

Perkhidmatan ini mengenakan yuran tahunan sebanyak RM30.00 seorang dan yuran pendahuluan sebulan manakala yuran bulanan dikenakan berdasarkan purata pendapatan sekeluarga serta umur kanak-kanak seperti berikut:-

� Jumlah Pendapatan sebanyak RM2,000.00 ke bawah - Jumlah Bayaran RM150.00

� Jumlah Pendapatan sebanyak RM2,000.00 ke atas - Jumlah Bayaran RM180.00

Yuran bagi perkhidmatan separuh masa (kanak-kanak 5 hingga 6 tahun) adalah sebanyak RM120.00 sebulan. Yuran Kecemasan bagi seorang kanak-kanak dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sehari iaitu mulai dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari (Sabtu). Yuran lebih masa sebanyak RM5.00 satu jam dikenakan atas kelewatan mengambil anak-anak atau menghantar lebih awal dari jam biasa. Yuran perkhidmatan semasa cuti umum sebanyak RM20.00 sehari juga dikenakan bagi ibubapa yang memerlukan perkhidmatan jagaan anak semasa cuti umum. Borang permohonan kemasukan boleh didapati di pejabat pentadbiran Hadanah. Perkhidmatan Hadanah juga disediakan di Kampus Kesihatan dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Kampus Kesihatan, Kelantan.

Page 108: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

103

TADIKA ISLAM

Tadika Islam USM ditubuhkan pada 1984 di bawah pentadbiran Pusat Islam. Tadika ini memberi pendidikan awal untuk mendidik kanak-kanak menjadi insan berilmu, beriman, bertakwa dan beradab. Tadika ini menerima kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun (pada tahun kemasukan) untuk anak staf, anak pelajar dan anak ahli Qaryah Masjid Al-Malik Khalid. Jadual Belajar:- Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 1.00 tgh./2.00 - 4.30 petang Jumaat : 8.30 pagi - 12.15 tgh./2.45 - 4.30 petang

Penggal Tadika Islam adalah selaras dengan penggal persekolahan. Yuran pendaftaran dikenakan setiap tahun persekolahan, RM34.00 untuk seorang kanak-kanak dan RM58.00 untuk dua orang. Kadar yuran bulanan berasaskan had pendapatan keluarga iaitu:- Pendapatan Keluarga Kadar Bulanan Kurang daripada RM1,250.00 RM40.00 RM1,251.00 - RM1,700.00 RM45.00 RM1,701.00 - RM2,250.00 RM55.00 RM2,251.00 - RM2,700.00 RM65.00

Borang permohonan kemasukan boleh didapati Pusat Islam USM.

Page 109: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

104

KELAS AL-QURAN DAN TAJWID

Kelas Al-Quran dan Tajwid Pusat Islam, USM ditubuhkan pada 1983 bertujuan untuk mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran dengan baik serta mengajar ilmu-ilmu Fardhu Ain. Ia adalah di bawah pentadbiran Pusat Islam dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Kelas ini menerima pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan hingga tahun enam sahaja, keutamaan kemasukan diberi kepada anak-anak staf Qaryah Masjid Al-Malik Khalid dan juga kepada masyarakat sekitar kampus. Matapelajaran yang diajar ialah Al-Quran, Tajwid, Feqah, Tauhid, Akhlak, Sirah dan Bahasa Arab.

Waktu Belajar:- Isnin - Khamis : 8.45 pagi - 11.15 pagi/ 2.15 - 4.45 petang Jumaat : 9.00 pagi - 11.00 pagi/ 2.45 - 4.45 petang

Yuran tahunan RM20.00 dan yuran bulanan RM18.00 seorang. Borang permohonan boleh didapati di Pusat Islam, USM.

PENGURUSAN JENAZAH

Pengurusan Jenazah dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Jenazah yang ditadbir di bawah Jawatankuasa Qaryah Masjid Al-Malik Khalid, USM. Ia disediakan untuk warga USM Kampus Induk, keluarga serta Qaryah Masjid.

Di antara perkhidmatan pengurusan jenazah yang disediakan ialah:-

� Kenderaan Pengangkutan Jenazah � Menyediakan Keranda � Peralatan Memandi dan Mengkafan � Memandi dan Mengkafan � Menguruskan Tanah Perkuburan � Sembahyang Jenazah di Masjid Al-Malik Khalid

Page 110: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

105

TADIKA KOPERASI MINDEN

Tadika ini ditubuhkan pada tahun 1975 bertujuan untuk memberi bimbingan dan latihan awal kepada anak-anak staf. Kanak-kanak yang diterima masuk ke tadika ini di antara umur tiga hingga enam tahun.

Waktu operasi Tadika Minden:-

Isnin - Khamis : 8.45 pagi - 12.00 tengah hari Jumaat : 8.45 pagi - 12.00 tengah hari Kurikulum

Kurikulum Tadika Minden berdasarkan Kurikulum Pendidikan Pra-sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pendidikan prasekolah menyediakan murid dengan asas ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peringkat ini adalah asas bagi pemupukan, pembinaan dan penyuburan perkembangan murid sebagai persediaan pada tahun seterusnya. Di dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal melalui strategi bermain sambil belajar. Program ini adalah kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus, meningkatkan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin untuk menyediakan mereka mengikuti pelajaran di sekolah rendah. Matapelajaran yang diajar di adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Awal Nombor, Awal Sains, Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan Seni, Muzik dan Perkembangan Fizikal. Kecuali Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam, semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris.

Page 111: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

106

Yuran pengajian berdasarkan pendapatan ibu dan bapa iaitu:-

Gaji Ibu bapa

(RM)

Yuran Tadika (RM)

Yuran Minuman & Yuran Khas

(RM)

Jumlah

(RM)

< 1500.00 60.00 25.00 85.00

1501.00 - 3000.00 70.00 25.00 95.00

3001.00 - 4500.00 95.00 25.00 120.00

4501.00 - 6000.00 105.00 25.00 130.00

6001.00 - 10,000.00 115.00 25.00 140.00

> 10,000.00 135.00 25.00 160.00

Bukan Staf USM 155.00 25.00 180.00

Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak akan diberi potongan yuran sebanyak 20%.

Page 112: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

107

RUMAH TETAMU Perkhidmatan Rumah Tetamu USM bertujuan untuk memberi kemudahan penginapan yang selesa di dalam kampus dengan kadar sewa berpatutan. Kemudahan penginapan ini terbuka kepada staf, pelajar, tetamu universiti, kaum keluarga staf dan pelajar serta orang awam. Jenis bilik yang disediakan berbentuk Executive Suite, Standard Room dan Deluxe Room. Bilik seminar dan bilik pameran juga disediakan. Kadar sewa dan diskaun adalah seperti berikut:-

JENIS BILIK

KADAR HARIAN

(RM)

1-7 HARI DISKAUN

10%

(RM)

8-14 HARI DISKAUN

20%

(RM)

15 HARI KE ATAS

DISKAUN 30% (RM)

EXECUTIVE SUITE 1 130.00 TIADA TIADA TIADA

EXECUTIVE SUITE 2, 3 & 4 120.00 TIADA TIADA TIADA

EXECUTIVE SUITE 5 110.00 TIADA TIADA TIADA

STANDARD SUITE 1 120.00 TIADA TIADA TIADA

STANDARD SUITE 2, 3 & 4 110.00 TIADA TIADA TIADA

STANDARD SUITE 5 100.00 TIADA TIADA TIADA

DELUXE ROOM

90.00 81.00 SEHARI

72.00 SEHARI

63.00 SEHARI

STANDARD ROOM

75.00 67.50 SEHARI

60.00 SEHARI

52.50 SEHARI

SEMINAR ROOM 1 & 2

RM50.00 (3 JAM PERTAMA DAN SETIAP JAM TAMBAHAN RM20.00)

BILIK PAMERAN RM100.00 SEHARI Waktu tempahan boleh dibuat semasa waktu pejabat. Telefon : 04-6533888 Samb: 2050, 2030 04-6532050/6532030 Faks : 04-6597124 E-mel : [email protected] [email protected] Laman : http://www.usm.my/kemudahan/rumahtetamu.asp Web

Page 113: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

108

KEDIAMAN TRANSIT Kediaman Transit di Kampus Induk disediakan untuk felow dan staf yang baru kembali ke Malaysia, di bawah Rancangan Latihan Kakitangan Akademik. Ia disewakan kepada felow/staf berkenaan bagi tempoh maksimum 6 bulan sahaja sementara mereka mendapat penginapan tetap. Kadar sewa bagi tempoh 6 bulan pertama untuk unit 1 bilik ialah RM300.00 sebulan dan untuk unit 2 bilik ialah RM400.00 sebulan. Manakala kadar sewa bagi lanjutan penginapan (bagi kes-kes tertentu sahaja) untuk unit 1 bilik ialah RM350.00 sebulan dan untuk unit 2 bilik ialah RM450.00 sebulan. Bayaran-bayaran lain yang dikenakan: � Bayaran elektrik mengikut bacaan meter � Cagaran penginapan - sebulan sewa � Cagaran kerosakan - sebulan sewa � Cagaran bekalan elektrik - RM50.00

Permohonan untuk Kediaman Transit mestilah dibuat kepada Penolong Pendaftar, Unit Perumahan dan Penginapan Universiti, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Bangunan K09 Desasiswa Aman Damai. Kampus Kesihatan Kubang Kerian juga menyediakan kemudahan perumahan untuk staf khususnya bagi staf bukan warganegara, staf yang mula berkhidmat dan berasal daripada luar serta staf yang baru kembali bercuti belajar di luar negara.

Page 114: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

109

PERSATUAN Persatuan Kakitangan Akademik Dan Pentadbiran USM (PKAPUSM) Objektif PKAPUSM antara lain ialah untuk memastikan mutu profesionalisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti dikekalkan, mengambil bahagian dalam semua aspek pembangunan USM dan kebajikan ahli. Keahlian persatuan terbuka kepada semua staf Kumpulan Pengurusan & Profesional dan borang permohonan keahlian boleh didapati daripada Setiausaha PKAPUSM. Yuran keahlian:

• Ahli Penuh - RM15.00 sebulan • Ahlu Bersekutu - RM10.00 setahun

Sejak penubuhannya, persatuan ini giat berusaha memberi perkhidmatan bercorak sosio-ekonomi kepada ahli-ahlinya, membantu ahli-ahli di dalam hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat dan peraturan perkhidmatan, urusan peribadi dan sebagainya. Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) KKAUSM ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Akta Pertubuhan Ordinan Kesatuan Sekerja. Antara tujuan penubuhannya untuk menjaga kepentingan ahli kesatuan khususnya dan staf USM kumpulan sokongan amnya. Keahlian kesatuan terbuka kepada semua staf sokongan yang dilantik secara tetap sahaja. Ia meliputi semua kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Kejuruteraan. Kesatuan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dipilih melalui mesyuarat agong dwi tahunan. Ia terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Penolong Setiausaha Agong, Penolong Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil zon. Staf yang berminat menjadi ahli perlu mengisi borang keahlian yang boleh didapati daripada wakil zon masing-masing atau Setiausaha Agung Kesatuan.

Page 115: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

110

Yuran keahlian: Yuran Pendaftaran - RM2.00 Yuran Bulanan - RM2.00 bagi gaji pokok RM600.00 ke bawah RM3.00 bagi gaji pokok RM601.00 ke atas Persatuan Staf Islam USM (PSIUSM) Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 pada 11 Februari 1985. Tujuan PSIUSM adalah seperti berikut:-

• Mengeratkan silaturrahim di antara semua staf khususnya yang beragama Islam.

• Menjalankan kegiatan berteraskan Islam untuk staf Islam di kampus khususnya dan untuk masyarakat luar amnya;

• Berusaha meningkatkan penghayatan Islam di kampus khususnya dan masyarakat luar amnya;

• Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meninggikan taraf pendidikan ahli-ahli dan keluarga ahli;

• Menyalurkan maklumat pengetahuan dan pendirian berkaitan dengan Islam dan berhubungan dengan kebajikan ahli-ahli;

Kadar yuran

• Yuran masuk: RM5.00

• Yuran tahunan (berdasarkan pendapatan): (i) Pendapatan RM500.00 ke bawah - RM2.00 setahun.

(ii) Pendapatan RM501.00 hingga RM999.00 - RM5.00 setahun.

(iii) Pendapatan RM1,000.00 hingga RM1,499.00 - RM8.00 setahun

(iv) Pendapatan RM1,500.00 ke atas - RM12.00 setahun Keahlian persatuan terbuka kepada semua staf Islam. Borang permohonan boleh didapati daripada Setiausaha PSIUSM.

Page 116: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

111

Persatuan Wanita USM (PWUSM) Persatuan Wanita USM (PWUSM) telah ditubuhkan pada 3 September 1975 dengan objektif berikut:-

• Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf wanita

dan isteri staf. • Memupuk kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab

wanita dan keluarga terhadap pembangunan negara.

• Meningkatkan kefahaman di kalangan staf wanita dan isteri staf USM tentang hak mereka sebagai pekerja, isteri dan ibu.

• Menggalakkan staf wanita dan isteri staf terlibat dalam

kegiatan kebudayaan, sukan, pendidikan, sosial dan kerohanian yang memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat umum.

• Menggalakkan staf wanita dan isteri staf menyumbang

khidmat bakti ke arah meningkatkan taraf pendidikan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

• Mewujudkan saluran perhubungan rasmi di antara ahli

PWUSM dengan persatuan dan badan atau pertubuhan luar serta masyarakat.

PWUSM sentiasa peka terhadap keperluan ahli-ahlinya dan menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai merangkumi aspek pendidikan, kebajikan, sukan, sosial dan kebudayaan dalam usaha melahirkan wanita moden yang dapat menghadapi cabaran masa depan dengan penuh wajadiri dan keyakinan demi kemajuan bangsa dan negara. Semua staf wanita adalah layak menjadi ahli biasa atau ahli seumur hidup PWUSM, manakala isteri dan ahli keluarga wanita staf adalah layak menjadi ahli bersekutu PWUSM. Yuran keahlian setahun:-

• Ahli Biasa : RM5.00 • Ahli Bersekutu : RM6.00 • Ahli Seumur Hidup : RM100.00

Borang permohonan keahlian boleh diperolehi daripada Setiausaha PWUSM.

Page 117: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

112

Kelab Sukan Staf USM (KSSUSM) Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1977 untuk mencapai tujuan berikut:-

• Mengatur, merancang dan memajukan aktiviti-aktiviti sukan untuk staf universiti.

• Mengadakan kemudahan untuk kemajuan fizikal ahli; • Memberi peluang kepada staf untuk berinteraksi menerusi

sukan; • Membentuk pasukan staf USM untuk mengambil bahagian

dalam aktiviti perlawanan sukan.

• Yuran Masuk - RM1.00 • Yuran Tahunan - RM6.00 setahun

Keahlian kelab terbuka kepada semua staf USM. Borang permohonan boleh didapati daripada Setiausaha Kelab Sukan.

Page 118: MISI UNIVERSITI - registry.usm.myregistry.usm.my/portalreg/upload/borang/KANDUNGAN.pdf · Rancangan Pendidikan Tinggi Kakitangan Akademik 83 ... Kediaman Transit 109 Persatuan 110

113