minyak pati - sabah.gov.mysabah.gov.my/mafi/hppns2014/images/eo information for hppns...

4
MINYAK PATI LATAR BELAKANG Korporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak pati dari tanaman aromatik, herba dan rempah pada penghujung Tahun 2012, di mana kaedah yang digunakan ialah Sistem Penyulingan Stim (Rujuk Gambar 1) dan Sistem Pengekstrakan Gas (HFC) Sub-Critical (Gambar 2). Bahan mentah yang digunakan adalah kebanyakkannya hasil daripada ladang KPD sendiri serta dari ladang petani kontrak. Hasil tanaman herba yang dikeluarkan dibeli oleh KPD dengan harga yang berpatutan. Antara bahan mentah yang digunakan untuk penghasilan minyak pati adalah:- 1) Kenanga (Cananga odorata) 2) Jasmine (Jasminum officianalis sambac) 3) Kayu Putih (Eucalyptus grandis) Gambar 1: Mesin Penyuling Stim Gambar 2: Mesin Gas Ekstraktor CARA PENGGUNAAN MINYAK PATI Titiskan beberapa titik minyak pati ke minyak kelapa dara ataupun losyen yang tidak mempunyai haruman (fragrance-free). Campuran tersebut hanya boleh digunakan pada bahagian luar badan sahaja. Untuk aromaterapi, letak beberapa titis minyak pati di atas pembakar (aromatherapy burner).

Upload: hoangnhi

Post on 19-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINYAK PATI - sabah.gov.mysabah.gov.my/mafi/HPPNS2014/images/EO Information for HPPNS 20141.pdfMINYAK PATI LATAR BELAKANG Korporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak

MINYAK PATI

LATAR BELAKANGKorporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak pati dari tanaman aromatik, herba dan rempah pada penghujung Tahun 2012, di mana kaedah yang digunakan ialah Sistem Penyulingan Stim (Rujuk Gambar 1) dan Sistem Pengekstrakan Gas (HFC) Sub-Critical (Gambar 2).

Bahan mentah yang digunakan adalah kebanyakkannya hasil daripada ladang KPD sendiri serta dari ladang petani kontrak. Hasil tanaman herba yang dikeluarkan dibeli oleh KPD dengan harga yang berpatutan.

Antara bahan mentah yang digunakan untuk penghasilan minyak pati adalah:-1) Kenanga (Cananga odorata)2) Jasmine (Jasminum officianalis sambac)3) Kayu Putih (Eucalyptus grandis)

Gambar 1: Mesin Penyuling Stim Gambar 2: Mesin Gas Ekstraktor

CARA PENGGUNAAN MINYAK PATITitiskan beberapa titik minyak pati ke minyak kelapa dara ataupun losyen yang tidak mempunyai haruman (fragrance-free). Campuran tersebut hanya boleh digunakan pada bahagian luar badan sahaja.

Untuk aromaterapi, letak beberapa titis minyak pati di atas pembakar (aromatherapy burner).

Page 2: MINYAK PATI - sabah.gov.mysabah.gov.my/mafi/HPPNS2014/images/EO Information for HPPNS 20141.pdfMINYAK PATI LATAR BELAKANG Korporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak

KENANGA

TINDAKAN PRA-LAKUAN & PEMPROSESANPokok bunga kenanga ditanam sendiri oleh KPD di Lumadan Klias. Minyak pati diperolehi dari bunga yang matang (kekuning-kuningan) yang perlu dipetik di waktu awal pagi.

Tiada tindakan pra-lakuan diperlukan kerana bunga diproses segar. Proses penyulingan stim hanya mengambil masa lebih kurang empat jam untuk memastikan kandungan minyak pati yang bermutu. Ini kerana kandungan minyak pati mudah meruap pada suhu tinggi.

Purata Peratus penghasilan minyak pati kenanga adalah diantara 0.4-0.5%.

Gambar 3: Produk Minyak Pati dan Bahan Mentah (Dari Kiri : Vanilla, Serai Wangi, Jasmine, Kenanga)

KEGUNAANDigunakan dalam aromaterapi untuk fungsi menenangkan serta mengurangkan stress. Menurut kajian juga, ia mempunyai kesan yang baik kepada kulit dengan memperbaiki pengeluaran sebum dan merangsang pertumbuhan rambut.

Selain itu, digunakan secara meluas sebagai pewangi dalamIndustri kosmetik, minyak wangi dan bahan pencuci.

Page 3: MINYAK PATI - sabah.gov.mysabah.gov.my/mafi/HPPNS2014/images/EO Information for HPPNS 20141.pdfMINYAK PATI LATAR BELAKANG Korporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak

JASMINE

TINDAKAN PRA-LAKUAN & PEMPROSESANPokok bunga Jasmine atau lebih dikenali juga sebagai Bunga Melor, ditanam oleh KPD pada akhir Tahun 2013. Unit Pembangunan Produk mula mengekstrak Bunga Jasmine di pertengahan Tahun 2014.

Bunga ini perlu dipetik pada waktu pagi kerana ia hanya mekar pada waktu malam. Tiada tindakan pra-lakuan yang perlu dibuat kerana bunga Jasmine akan diproses segar dengan menggunakan Sistem Pengekstrakan Gas HFC Sub-Critical.

Purata Peratus penghasilan ekstrak Jasmine berdasarkan Kajian adalah antara 0.1-0.4%.

Gambar 4: Bunga Jasmine

KEGUNAANDigunakan dalam aromaterapi untuk fungsi menenangkan , mengurangkan stress, insomnia dan sakit kepala. Menurut kajian yang dijalankan di China, bahawa ekstrak Jasmine digunakan di bilik yang menempatkan pesakit untuk menyegarkan udara dalam bilik dan membunuh kuman. Selain itu, ada juga kajian mendapati kandungan ekstrak Jasmin boleh merangsang pertumbuhan sel dan menegangkan kulit.

Industri menggunakan ekstrak Jasmine dalam industri minyak wangi, kosmetik, produk kecantikan, produk kerbersihan dan mandian.

Page 4: MINYAK PATI - sabah.gov.mysabah.gov.my/mafi/HPPNS2014/images/EO Information for HPPNS 20141.pdfMINYAK PATI LATAR BELAKANG Korporasi Pembangunan Desa (KPD) mula menghasilkan minyak

KAYU PUTIH/EUCALYPTUS

TINDAKAN PRA-LAKUAN & PEMPROSESANKPD mendapat bekalan bahan mentah dari ladang Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI). Dengan kerjasama SFI, KPD telah diberi kebenaran untuk mengutip daun kayu putih.

Daun Kayu Putih ini terlebih dahulu dipotong kecil menggunakan Mesin 'Chopper' dan kemudian dikeringkan secara air-dry dalam tempoh seminggu lebih (bergantung kepada cuaca) untuk memaksimakan penghasilan minyak pati.

Mesin Penyuling Stim digunakan untuk menghasilkan minyak pati dari daun kayu putih, di mana kadar penghasilan minyak pati diantara 0.4-0.6%.

Gambar 5: Produk Minyak Pati Gambar 6: Daun Kayu Putih(Dari Kiri : Minyak Pati Kayu Putih, Serai Wangi, Cengkih, Vanilla, Kenanga)

KEGUNAANDigunakan dalam aromaterapi untuk fungsi menenangkan , mengurangkan stress, melegakan sakit kepala dan masuk angin. Selain itu, minyak pati kayu putih sering digunakan dengan minyak kelapa dara atau losyen tidak berharuman untuk kesan gigitan serangga.

Penggunaan minyak pati dalam industri sebagai bahan pewangi dalam produk kebersihan diri dan ubatan.