minit mesyuarat pi1

7

Click here to load reader

Upload: syamimi-mohammad

Post on 01-Jul-2015

312 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

DESCRIPTION

minute of meeting

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat pi1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA 2013

Tarikh :3 Januari 2013Masa :1.45 petangTempat :Anjung SidangKehadiran:

Hani Nasirah bt Ahmad Hasnah bt HassanHamidah bt Mohd Salmiah bt Che SaadSiti Asni bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md KhatibAinilhayath bt Abdullah Wan Solehhah bt Wan Md ZinSumaiyah bt Ali Zainul Qarihah bt Mohd SallehNabil Fikri b Aziz

Turut hadir:1. En Aziz b Jaafar (PK 1)

Tidak hadir : 1) Badriah bt Ramli (bersebab)

Agenda 1

Ucapan aluan Pengerusi1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali pertama, terutama kesudian PK 1 Pentadbiran iaitu En Aziz b Jaafar yang turut serta.

Tindakan: Makluman 1.2 Pengesahan Minit

• Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya mengesahkan.

• Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Pn.Hani Nasirah bt Ahmad.

Tindakan: Makluman 1.3 Dasar KPM

1.3.1 KSSR tahun 3• Pn Siti Asni memaklumkan semua bahawa pelaksanaan KSSR telah sampai tahun

3 menjelang 2013. Edaran bahan berkaitan KSSR tahun 3 juga telah disampaikan kepada semua ahli Panitia pada 2012.

• Pelaksanaan KSSR dalam P&P sangat menekankan penggunaan buku teks. Ia juga merupakan pesanan yang dinyatakan oleh pegawai JPN kepada semua guru Pendidikan Islam ketika Lawatan Jemaah Nazir ke SK Kampong Selamat pada 2012.

Tindakan: Guru KSSR1.4 Persediaan Sumber Awal Tahun

1.4.1 Surau sudah boleh digunakan untuk P&P. Jadual penggunaan surau belum dikeluarkan buat masa ini.

Tindakan: Pn. Siti Asni, Pn. Ainilhayath• Rekod penggunaan surau telah disediakan. • Bilangan al-Quran yang ditempatkan di surau semakin susut. Terdapat

sebahagian yang telah rosak akan dibaik pulih. Bilangan asal naskhah al-Quran di surau sebanyak 40 buah.

• En. Aziz mengingatkan semua agar berwaspada dan menyemak helaian al-Quran kerana terdapat helaian yang tidak bercetak dijual di pasaran.

• Pn. Salmiah memaklumkan bilangan al-Quran di kelas 2 Maju sebanyak 40 naskhah.

SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT

13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.No. Tel/Fax: 04-5734900 Email: skks_kampong [email protected]

Page 2: Minit mesyuarat pi1

Tindakan: Makluman1.4.2 Bilik j-QAF sudah sedia untuk digunakan untuk P&P dan aktiviti lain.1.4.3 Bilik Wuduk yang terletak di blok B (tingkat 3) telah siap. Bagaimanapun, 16

batang kepala paip tembaga telah dicuri. Pihak pentadbiran sekolah akan menggantikan paip tersebut dalam tempoh terdekat.

• Paip wuduk di hadapan surau juga telah ditambah sebanyak 20 unit untuk kemudahan murid lelaki dan perempuan.

• Pn. Asni mengingatkan semua guru panitia agar berpesan kepada murid perempuan terutama tahap 2 untuk menjaga aurat ketika berwuduk.

Tindakan: Semua GPI/j-QAF

1.4.4 Buku Iqra’:semua murid tahun 1 hingga 4 memilki secara individu.• Terdapat sebilangan Iqra’ lama yang telah rosak. PK1 mengingatkan agar Panitia

membuat bancian untuk melupuskan buku yang telah rosak.1.4.5 Bilangan Sejadah dan Telekung yang ditempatkan disurau mencukupi

keperluan.Tindakan: Makluman

1.4.6 Buku Rekod Tasmik• Terdapat buku rekod yang tidak dipulangkan kepada murid terutama yang

bertukar sekolah. PK1 mencadangkan agar semua buku rekod murid disimpan di dalam fail peribadi menjelang akhir tahun.

Tindakan: Semua GPI / j-QAF

2.2.7 Buku rekod PAFA ada pada guru tahun semasa. Pn Salmiah meminta semua GPI agar mengeluarkan helaian dan membuat pengelasan mengikut senarai nama 2013.

• Helaian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid pada akhir tahun.• Pn. Asni meminta agar GPI dapat menggunakan masa ketika kelas ganti untuk

menguji murid disebabkan kekangan masa guru.• Buku PAFA diletakkan di dalam setiap kelas.

Tindakan: Semua GPI Agenda 2Buku Rancangan Pengajaran Guru

2.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disedut dari Blog hendaklah disertakan tarikh mingguan. Bagaimanapun penyediaan tarikh boleh sama ada bertaip atau ditulis.-PK1 meminta semua guru terlibat menyimpan RPT (tahun 1 hingga 6) di dalam 1 cakera

2.2 Format RPH : Pengerusi meminta semua guru mengikut contoh format penulisan sebagaimana contoh edaran tahun lalu. Bagi guru KSSR, edaran berkaitan penulisan RPH telah diedar pada akhir tahun lalu. Guru KBSR pula hendaklah mengosongkan ruangan KSSR.

2.3 PK1 memaklumkan semua agar menghantar Buku Rancangan Pengajaran pada minggu kedua persekolahan.

Tindakan: semua GPI / j-QAFAgenda 3Anggaran Perbelanjaan3.1 Semua Program Panitia menggunakan peruntukan wang “SUWA” dan “claim”.

Tindakan: MaklumanAgenda 4Laporan aktiviti 20124.1Laporan analisa peperiksaan (rujuk lampiran) Tindakan:

Makluman4.2 Laporan aktiviti Panitia sepanjang 2012

4.2.1 KLAQ masa cuti akhir tahun 2012• 20 murid sahaja terlibat, kehadiran antara 15 hingga 19 murid.• Baki Iqra’ murid tahun 6 tahun 2013 seramai 12 orang (rujuk Data Oktober 2012)

Page 3: Minit mesyuarat pi1

4.2.2 Istilah-istilah dalam P&P• -JAdual Spesifikasi Item (JSI) perlu ada untuk memastikan aras soalan menepati

kemampuan murid• Analisis item pula bertujuan untuk melihat topik yang telah dipelajari/dicapai

murid• PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah: dilaksanakan dalam KSSR untuk

menilai kemampuan murid.Agenda 5Pembahagian tugas dalam Panitia

5.1 j-QAF:Tasmik : Sumaiyah bt Ali dan Hamidah bt MohdKBS : Nabil Fikri b Aziz dan RAbiatul Adawwiyah bt Md KhatibData (bulanan) : Ainilhayath bt Abdullah dan Zainul Qarihah bt Mohd SallehData Jun/Oktober: Hani Nasirah bt Ahmad

5.2 KSSRPenyelaras thn 1: Wan Solehhah bt W. Mat ZinPenyelaras thn 2: Hasnah bt HassanPenyelaras thn 3: Siti Asni bt Abdullah

5.3 MTQ-Semua GPI/j-QAF telah sedia maklum tugasan individu

Tindakan: Semua GPI / j-QAFAgenda 6Penyeliaan P&P

6.1 Pengurusan Rancangan Mengajar• Guru KSSR diingatkan agar memaksimumkan penggunaan buku teks yang

disediakan KPM(pesanan Ustaz Mohd Rozi/pegawai JPN)• Guru perlu peka dengan ikon dan symbol yang ada di setiap helaian buku teks

KSSR.Tindakan: semua GPI / j-QAF

6.2 Buku Latihan Murid• Tahun 1,2,3 menggunakan 1 buku tulis sahaja, Lembaran kerja sebagai eviden.• Tahap 2 (tahun 4,5,6) menggunakan 4 buah buku.

Tindakan: semua GPI / j-QAF6.3 Proses P&P

o Guru digalakkan menggunakan i-Board (TMK) dalam P&P.o Semua i-Board berfungsi kecuali kelas 2 maju sahaja masih rosako Kelas yang tiada kemudahan tersebut boleh menumpang i-board kelas

Pemulihan bagi P&P Asas Ulum.Tindakan: semua GPI / j-QAF

6.4 Laporan Pemantauan Nazir 2012• -Pegawai JPN memberi teguran agar memasukkan unsur didik hibur dalam P&P

dan memaksimumkan penggunaan buku teks KSSR serta tiada rekod penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBM)

Tindakan: semua GPI / j-QAFAgenda 7Perkembangan staf

7.1 Perkembangan staf KSSR telah dilaksanakan pada pebghujung tahun lalu.7.2 P&P lebih berkesan: PK 1 mencadangkan agar murid dimaklumkan tajuk serta

matlamat pelajaran agar P&P lebih berfokus dan menyoal balas di akhir sesi.7.3 Sistem fail akan ditambah baik dari semasa ke semasa

Tindakan: Pn. Ainilhayath7.4 Laporan aktiviti Panitia 2012

-sebanyak 16 aktiviti dijalankan sepanjang 2012 termasuk program di bawah Makdis: 1.Yasin Bulanan2. Bacaan ayat Kursi serta terjemahan

-Pn. Hani mencadangkan agar digantikan dengan bacaan dalam solat seperti Tahiyyat AKhir dan Qunut. Tindakan: Semua GPI/j-QAF

Page 4: Minit mesyuarat pi1

3. Bacaan doa selepas BIG akan diteruskan4. Jadual tazkirah mingguan akan diteruskan.5. SAmbutan di ambang Ramadan6. Solat Zuhur berjemaah untuk tahun 6

-GB beri kebenaran agar murid keluar 5 minit sebelum masuk waktu.-Jadual Imam dan azan akan disusun semula selepas ini.

Tindakan: Pn. Siti Asni7. Maulidul Rasul akan disambut pada 26 Jan 2013 pada persekolahan ganti (Sabtu) mengikut jadual hari Khamis.

Tindakan: Semua GPI / j-QAFAgenda 8Hal-hal lain

8.1 Jadual Tasmik : guru yang terlibat dengan kursus diingatkan agar memaklumkan lebih awal kepada Cik Hamidah, sekiranya tidak sempat, guru-lain diminta menguruskan murid tersebut.

8.2 PK 1 mengucapkan tahniah kepada semua guru Panitia PI kerana mendapat markah yang tinggi dalam pengurusan fail• -Harapan beliau agar GPI/j-QAF terus komited dengan aktiviti supaya dapat

tingkatkan sahsiah/disiplin murid melalui agama.• Saranan agar memberi inisiatif kepada murid yang tonjolkan akhlak baik.• Panitia diingatkan agar sentiasa membuat hebahan aktiviti kepada semua guru.• Cadangan agar meletakkan kad info dalam surau• Cadangan agar murid yang belum habis Iqra’ supaya masuk ke surau ketika rehat.• Carta murid naik al-Quran akan ditampal di surau, panitia sedang menimbangkan

cadangan untuk menyediakan hadiah insentif murid naik al-Quran.• Pn. Hjh Hasnah memaklumkan semua agar menghebahkan kepada murid yang

datang bulan supaya mendapatkan bekalan tuala wanita daripada beliau.Tindakan: Semua GPI / j-QAF

Agenda 9PenutupPengerusi mengucapkan terima kasih kepada En Aziz bin Jaafar (Penolong Kanan 1) serta semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.Disediakan oleh:Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Selamat

Tarikh : 3 JANUARI 2013

Page 5: Minit mesyuarat pi1

__________________________________________________________________________________MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2013

Tarikh : 19 Jun 2013Masa : 12.40 tengahariTempat : Anjung Sidang

Kehadiran:Siti Asni bt Abdullah Nabil Fikri b AzizAinilhayath bt Abdullah Rabiatul Adawiyah bt Md KhatibHamidah bt Mohd Sumaiyah bt AliHani Nasirah bt Ahmad Wan Solehhah bt Wan Md ZinIrniyati bt Ismail Salmiah bt Che Saad

Turut hadir: Tiada

Agenda 1

Ucapan aluan Pengerusi1.1 Pengerusi Panitia PI, Pn Siti Asni mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam kali kedua.

Tindakan: Makluman 1.2 Pengesahan Minit• Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti mesyuarat yang lalu dan seterusnya

mengesahkan.• Pn.Salmiah bt Che Saad mecadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan dan

disokong oleh Pn.Sumaiyah bt Ali.Tindakan: Makluman

1.3 Perkara berbangkit

1.3.1 Penggunaan surau untuk PdP sudah dilaksanakan.• Rekod penggunaan surau telah disediakan• Terdapat cadangan untuk menyediakan rak bacaan namun sumber buku belum

diputuskan.• Puan salmiah mencadangkan agar Panitia membeli rak buku untuk menempatkan

bahan bacaan di surau “Mini Perpustakaan Surau”• Terdapat cadangan agar kad info Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF turut diletak di

surau• Terdapat cadangan agar ahli panitia meletakkan bahan bacaan yang sesuai di surau

untuk bacaan murid. Pengerusi akan lihat sekiranya sumber kewangan mencukupi.

Tindakan: Makluman

1.3.2 Puan Hani Nasirah memaklumkan bahawa poster cara berwuduk akan ditampal di bilik wuduk (blok B) Tindakan: Pn Hani Nasirah

• Bilangan selipar semakin berkurang.1.3.3 Terdapat murid tahun 3 yang masih belum ada buku rekod Tasmik.1.3.4 Pengerusi memaklumkan semua murid sudah dibekalkan dengan buku rekod PAFA.

SEK. KEB. KAMPONG SELAMAT

13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.No. Tel/Fax: 04-5734900 Email: skks_kampong [email protected]

Page 6: Minit mesyuarat pi1

Namun terdapat sebahagian murid tahun 6 yang kehilangan buku mereka. Oleh itu ujian terpaksa dumulakan dari awal sekali lagi.

• Murid perlu menggantikan buku yang hilang dan membeli ganti.• Pengerusi mengingatkan semua guru agar mengikut RPH seperti ditetapkan dalam

mesyuarat pertama.1.3.5 Laporan analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun belum selesai.1.3.6 Penggunaan TMK dalam PdP sangat digalakkan oleh Guru Besar

• Pengerusi mencadangkan agar makmal ICT digunakan jika perlu (selepas maklumkan guru ICT) atau menggunakan kelas yang mempunyai i-board.

• Guru yang ingin menggunakan i-board disaran agar membuat persediaan awal.1.3.7 Carta ayat Kursi sudah diedarkan ke semua kelas tahap satu. Kelas tahap dua belum

diedarkan, masih menunggu peruntukan.1.3.8 Solat Zuhur berjemaah tahun 6 berjalan lancar.1.3.9 Kad info dalam surau belum dapat dijalankan kerana kekangan tempat.1.3.10 Insentif murid Iqra’ yang Berjaya naik al-Quran akan diberi selepas Ramadhan.

Tindakan: Semua GPI/j-QAFAgenda 1Kurikulum / Pelaksanaan KBSR dan KSSR

1.1 Rekod Transit• Guru tahap 1 perlu menyediakan rekod transit untuk kelas yang diajar.

1.2 PBS• Perlu diisi mengikut murid. Perlu capai band 1 dan 2 sekurang-kurangnya setakat Jun.

1.3 Kaedah PdP• Penekanan tulisan Jawi kepada murid-murid. Sentiasa member tumpuan kaedah penulisan

Jawi yang betul dalam PdP.• BIG (Baca Ikut Guru) berjalan seperti biasa.• Peruntukan masa untuk mata pelajaran al-Quran kekal 3 masa sepanjang tahun.

1.4 Penyediaan RPH• Semua guru telah sedia maklum.

Tindakan: Semua GPI/j-QAF

Agenda 2Laporan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)Sila rujuk lampiran

Tindakan: Makluman

Agenda 3Penyediaan PdP

3.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia agar rujuk “buku kuning” untuk memastikan tarikh/bulan pemeriksaan buku latihan murid.

3.2 Penyediaan RPH: harapan pengerusi agar semua GPI/j-QAF menghantar buku Rekod Pengajaran setiap minggu.

• Ingatan agar ahli mengisi maklumat di bahagian hadapan dan belakang buku.

Tindakan: Semua GPI/j-QAFAgenda 4Aktiviti bulan Panitia

Pengerusi memaklumkan semua ahli bahawa bulan Panitia akan bermula 10 Julai hingga 24 Ogos 2013 (sepanjang bulan Puasa)

Page 7: Minit mesyuarat pi1

4.1 Di ambang Ramadhan: cadangan agar dilaksanakan pada 4 /7/ 2013 atau 5/7/2013 • Pengisian program ialah bacaan Yasin dan bacaan solat (KBS 3)

4.2 Bacaan Muqaddam waktu rehat akan dikawal oleh guru Pendidikan Islam.• Guru bertugas mingguan perlu turut serta di kantin.

4.3 Tadarus al-Quran guru dan murid: bacaan bersama 2 juzuk setiap hari.4.4 Khatam al-Quran: Panitia akan mohon sumbangan daripada Syarikat Yusuf Taiyoob4.5 Agihan wang /sumbangan pelajar miskin akan diedarkan pada pagi 1 Ogos 2013.4.6 Majlis berbuka puasa akan diadakan petang 1 Ogos 2013.

Tindakan: Semua GPI/j-QAF

Agenda 5Hal-hal lain

5.1 Tazkirah mingguan (Jumaat) perlu dijalankan seperti biasa.5.2 PAFA : Buku Rekod PAFA hendaklah diletak di dalam kelas.

• Penilaian sepanjang tahun mengikut kod tahun semasa.5.3 Terdapat cadangan agar panitia memohon sumbangan daripada BKGS untu diberikan

kepada murid miskin/yatim.Tindakan: Pn Siti Asni

5.4 Terdapat teguran daripada guru lain berkaitan sikap murid yang tidak mengamalkan adab makan (murid makan berjalan).• Cadangan agar semua guru memainkan peranan untuk menegur sikap murid terbabit.

5.5 Kelas Pemulihan Jawi perlu berjalan seperti biasa.5.6 GPI dan j-QAF perlu menetapkan masa pengajaran Jawi di dalam jadual waktu dan

memaklumkan kepada PK 1. Untuk mengelakkan bertembung dengan jadual ganti.5.7 Cadangan agar adakan kelas sokongan untuk Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab untuk murid

lemah Jawi.5.8 Ustaz Nabil mencadangkan agar murid turut serta membaca surah ketika majlis Khatam al-

Quran.Tindakan: Semua GPI/j-QAF

Agenda 6Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua GPI dan j-QAF yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap agar perkara yang telah dibincangkan akan mendapat perhatian semua yang terbabit. Perjumpaan diakhiri dengan bacaan doa.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh:Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SK Kampong Selamat

Tarikh : 19 JUN 2013