minit mesyuarat panitia geografi

Upload: subanesha

Post on 13-Jan-2016

188 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI PERTAMA 2014

Tarikh: 30 Disember 2013Masa : 8.30 PagiHari : IsninTempat : Bilik Mesyuarat IIKEHADIRAN:1. Pn Rabiah Binti Hj Mat Rejab(Pengerusi)2. Subachanna A/P Ahchinna(Pencatat)3. Pn Aslina Binti Husain4. En Mat Rosdi Bin Mat Nawi5. Pn Zainab Binti Abu Hassan6. En Ragunathan A/L Murugappan7. Pn Norhaizan Binti Othman8. Pn Noraida Binti Hashim9. Pn Hjh Mek Som Binti Yaakob(Guru Kanan Kemanusiaan)

CATATAN MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat panitia Geografi kali pertama bagi tahun 2014.1.2 Lantikan pencatat minit mesyuarat kali pertama ialah Pn Subachanna A/P Ahchinna.Tindakan : Guru yang terlibat

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.1 Pengerusi meminta semua guru membaca dan meneliti minit mesyuarat terakhir bagi tahun 2013.Cadangan: Pn. Subachanna A/P AhchinnaSokongan: Pn. Nor Haizan Binti OthmanTindakan : Semua guru

3.0 PERKARA BERBANGKITPengerusi memaklumkan bahawa kedudukan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi tahun 2014 telah disaring berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2013.

4.0 ANALISIS PMR 2013Analisis keputusan PMR 2013ABCDE%2012%2013BEZA%

13121312131213121312

2715313410211689104433488.885.3-3.5

4.1Pengerusi membentangkan keputusan peperiksaan PMR 2013 dari segi kuantiti dan kualiti untuk subjek Geografi.4.2Beliau mengucapkan tahniah kepada guru geografi PMR yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan tersebut.4.3Pengerusi menegaskan bahawa walaupun peratus PMR menurun sebanyak 3.5% tetapi dari segi kualiti meningkat.4.4Pn Mek Som menegaskan bahawa pelajar yang gagal (9 orang) adalah pelajar yang telah melaksanakan KKG tetapi tidak hadir untuk peperiksaan . pelajar-pelajar ini tetap dikira sebagai calon . Ini merupakan salah satu punca peratus Geografi menurun.4.5 Pn Subachanna juga memaklumkan bahawa kebanyakkan pelajar yang gagal ialah pelajar yang kurang faham bahasa melayu.4.6En Ragunathan mencadangkan supaya guru kenalpasti pelajar-pelajar hardcore selepas peperiksaan pertenggahan tahun dan bagi bimbingan kepada mereka.4.7Pn Mek Som juga memberi pandangan kepada guru-guru supaya menggunakan kaedah P&P dalam bentuk perbincangan soalan.Tindakan : Semua guru

5.0ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013TingkatanPeratus Lulus (%)

160.28

255.04

482.93

5.1Pengerusi membentangkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2013 dari segi kuantiti dan kualiti untuk subjek geografi.Tindakan : Semua guru

6.0PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK (SPM DAN PMR)6.1Pengerusi telah mencadangkan beberapa program untuk meningkatkan prestasi bagi matapelajaran Geografi iaitu:i)Teknik menjawab soalan spm (En. Abdul Rani)ii) Program pecutan spm dan pmr (soalan percubaan negeri-negeri lain)iii)Kelas tambahan iv)Banyakkan latihan kepada pelajarv)Edarkan buku kerja yang lama kepada pelajar sebagai latihan tambahan

Tindakan : Semua guru7.0 DASAR KURIKULUM 2014Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum SMK Bakti Bagi tahun 2014:7.1Mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia Geografi akan diadakan 4 kali setahun.7.2Penyedia kertas peperiksaan dan ujian akan ditetapkan oleh panitia. Berikut adalah jadual penyediaan kertas peperiksaan:Ting 1Ting 2Ting 3Ting 4Ting 5

Ujian 1Pn Nor Haizan Pn NoraidaPn SubachannaPn SubachannaEn Mat Rosdi

Pep. Pertenggahan TahunPn SubachannaPn Zainab Pn AslinaPn SubachannaEn Mat Rosdi

Pep. Akhir TahunPn Mek SomPn RabiahEn RagunathanPn SubachannaEn Mat Rosdi

7.3Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya menyediakan soalan berdasarkan JSU dan menyediakan soalan peperiksaan lebih awal supaya tidak berlaku masalah semasa percetakan dilakukan.7.4Peperiksaan akan diadakan 3 kali setahun iaitu:- UP 14 hingga 6 Mac- PPT5 hingga 21 Mei- Percubaan PMR18 hingga 29 Ogos- Percubaan SPM9 hingga 30 September-PAT29 Sept hingga 16 Oktober7.5Setiap program panitia perlu ada kertas kerja dan didokumentasikan selepas program.7.6Guru-guru yang telah menghadiri kursus luar perlu membuat kursus dalaman dan menyediakan laporan supaya maklumat yang diperolehi dikongsi bersama dengan guru-guru lain.7.7Pencerapan akan dilakukan mengikut takwim yang telah disediakan.7.8Semakan buku latihan pelajar-pelajar 2 kali setahun.7.9Buku rekod mengajar perlukan dihantar pada minggu ke dua. Buku rekod yang lengkap sepenuhnya perlu dihantar pada 31/01/2014. 7.10Guru-guru diminta menggunakan buku teks semasa P & P dan soalan-soalan dalam peperiksaan mesti ada soalan KEBAT. 7.11Guru-guru yang menghadiri kursus dan tinggalkan kelas perlu mengganti semula dengan mengadakan kelas tambahan (MMI)7.12sekiranya guru-guru mempunyai masa free, guru-guru dikehendaki menggunakan masa tersebut untuk menanda buku dan menyediakan bahan bantu mengajar.Tindakan : Semua guru8.0PENGURUSAN P&P8.1Pengerusi mengingatkan guru-guru melengkapkan buku rekod mengajar dengan sukatan pelajaran dan rancangan tahunan.8.2pengerusi juga memaklumkan kepada guru-guru bahawa sukatan pelajarn tingkatan 3 perluk dihabiskan hujung bulan Julai manakala sukatan pelajaran tingkatan 5 perlu dihabiskan hujung bulan Ogos.8.3Pengerusi memberitahu guru-guru supaya meminta pelajar-pelajar yang berada di kelas hadapan menyediakan buku latihan dan buku nota manakala pelajar yang berada di kelas akhir menggabungkan latihan dan nota dalam satu buku yang sama. 8.4Pengerusi juga meminta guru-guru memaksimumkan penggunaan buku teks iaitu menggunakan latihan-latihan yang ada dalam buku teks dan guru-guru juga digalakkan menggunakan buku pintas buku untuk memahirkan topic peta.8.5Guru-guru diingatkan supaya melengkapkan buku rekod mengajar dengan senarai nama pelajar-pelajar, TOV dan Refleksi selepas P&P.8.6Guru-guru akan dimaklumkan kemudian bila Sistem SPPBS akan beroperasi semula untuk memasukkan prestasi pelajar tahun 2013, dijangka SPPBS akan dibuka pada bulan April.8.7Guru-guru dimaklumkan bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan tingkatan 3 akan diadakan 2 kali selepas sekolah. Tarikh akan diberitahu kemudian.8.8Pengerusi memberitahu guru-guru bahawa panitia telah membeli buku PBS tingkatan 1, 2 dan 3 serta meminta guru-guru mengutip RM3 dari pelajar-pelajar untuk menampung kos pembelian buku.

9.0KEWANGAN9.1Pengerusi memberitahu guru-guru mengisi nota minta terlebih dahulu sekiranya ingin membeli sebarang benda.9.2Panitia memberitahu bahawa panitia telah membeli jangka sudut besar untuk kegunaan guru-guru dan juga telah membeli benang untuk digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mengukur jarak.

10.0HAL-HAL LAIN10.1Guru-guru diminta untuk datang ke sekolah pada 31/12/13 untuk membuat persediaan bagi memulakan hari persekolahan.10.2Guru-guru dimaklumkan bahawa hari pertama sekolah tiada perhimpunan dan guru-guru perlu memastikan buku rekod lengkap dengan rancangan harian hari pertama persekolahan.

11.0PENUTUP9.1Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap komitmen yang diberikan oleh ahli panitia dapat membantu mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Geografi bagi setiap tingkatan dengan lebih baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,Setiausaha Panitia Geografi SMK Bakti

2