minit mesyuarat panel perundingan kastam … · smk tidak membuat validasi atas medan consignee...

36
MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017 Kementerian : Kementerian Kewangan Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tarikh : 17 November 2017 Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8, Blok Selatan, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Pengerusi : YBhg. DatoSri Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Pengerusi : YBhg. DatoTan Kwong Jin Bersama MICCI Kehadiran : Seperti di Lampiran I

Upload: lytuyen

Post on 27-Mar-2019

281 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

MINIT MESYUARAT

PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017

Kementerian : Kementerian Kewangan

Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Tarikh : 17 November 2017

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,

Aras 8, Blok Selatan,

Kementerian Kewangan Malaysia,

Presint 2, Putrajaya.

Pengerusi : YBhg. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy

Ketua Pengarah Kastam

Pengerusi : YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin

Bersama MICCI

Kehadiran : Seperti di Lampiran I

Page 2: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 YBhg. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy selaku Pengerusi

Mesyuarat mengucapkan terima kasih dan mengalu-alu kehadiran

semua ahli mesyuarat kerana dapat meluangkan masa untuk

bersama-sama hadir ke mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi mesyuarat menyatakan hasrat beliau untuk menambah

kekerapan mesyuarat ini kepada 3 kali setahun seperti yang telah

dibincangkan di dalam mesyuarat yang lepas memandangkan

terdapat pindaan Akta Kastam dan uCustoms yang akan bermula

pada tahun hadapan.

1.3 Pengerusi mesyuarat memaklumkan menurut Doing Business

Report 2017 oleh Bank Dunia, Malaysia telah jatuh ke tempat ke-23

pada tahun 2017 dalam aspek Ease of Doing Business dan

dijangka akan menduduki tempat ke-24 pada tahun 2018.

1.4 Sebelum ini Malaysia menduduki tempat ke-21 pada tahun 2011,

tempat ke-18 pada tahun 2012, tempat ke-12 pada tahun 2013,

tempat ke-6 pada tahun 2014 dan menurun ke tempat ke-18 pada

tahun 2015 dan 2016 bagi negara-negara di dunia dalam

menjalankan aktiviti perniagaan.

1.5 Beliau turut menerangkan setelah PEMUDAH dan Kabinet meneliti

laporan penilaian tersebut terdapat 3 aspek yang dinilai dalam

menentukan kedudukan dimana salah satu aspek adalah penilaian

kepada perkhidmatan Kastam, yang merupakan punca

menjadikan kedudukan Malaysia semakin jatuh.

1.6 Pengerusi mesyuarat juga mengakui terdapat sedikit kelewatan

dalam proses bayaran balik tuntutan GST dan beliau berjanji

untuk mempercepatkan proses ini pada masa akan datang.

Page 3: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

1.7 Pengerusi Mesyuarat juga menyatakan dalam pembentangan

Bajet 2018 baru-baru ini terdapat pengumuman tentang Pulau

Pangkor dijadikan Pulau Bebas Cukai, pelepasan cukai untuk

kritikal item bagi membantu industri minyak dan gas, Harmonised

System serta GST.

1.8 Seterusnya, Pengerusi Mesyuarat turut memaklumkan sistem

zoning-iaitu penggabungan beberapa buah negeri dan menjadikan

sebagai satu zon dimana seorang Pengarah Zon dilantik untuk

setiap zon dan jawatan Pengarah Kastam Negeri dimansuhkan.

1.9 Pengerusi mesyuarat memaklumkan juga tentang pelancaran

Aplikasi Mudah Alih yang sangat berguna kepada orang awam

terutamanya orang berdaftar GST dalam mendapatkan maklumat

tarif, cukai atau status bayaran cukai yang perlu dibuat dengan

lebih cepat dan mudah.

1.10 Akhir sekali, beliau menyatakan bahawa Jabatan Kastam sentiasa

mengiktiraf peranan dan kepentingan hubungan baik dengan

swasta serta merakamkan terima kasih atas sumbangan pihak

swasta dalam menjayakan mesyuarat selama ini.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 4: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

2.0 UCAPAN PENGERUSI BERSAMA

2.1 Pengerusi Bersama, YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin mengucapkan

terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir ke

mesyuarat ini. Beliau memaklumkan, beliau mewakili Encik Raja

Kumaran yang masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani

pembedahan.

2.2 Beliau memulakan ucapan dengan mengulas tentang GST, dimana

beliau menyatakan GST adalah cukai yang lebih telus bagi

mengantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST)

sebelum ini. Beliau yakin dan percaya bahawa pertumbuhan

perniagaan yang lebih lambat di Malaysia adalah positif kerana

Malaysia mengalami pertambahan yang lambat tetapi berterusan

berbanding dengan banyak negara lain yang berkembang secara

pantas.

2.3 Pengerusi Bersama juga memaklumkan sesetengah bahagian di

dalam jabatan memang memerlukan lebih perhatian seperti Skim

ATS. Pihak swasta mengalami sedikit gangguan bagi

mendapatkan perkhidmatan Skim ATS kerana berlakunya

pertindihan proses yang perlu dilakukan di Bahagian GST dan

Bahagian Perkastaman. Beliau memohon agar proses ini dapat

diselaraskan tanpa perlu menghantar 2 dokumen yang sama di

kedua-dua bahagian tersebut.

2.4 Pengerusi Bersama turut menyatakan registran di Pusat

Transformasi Luar Bandar (RTC) memerlukan tempoh masa yang

panjang untuk mendapatkan pendaftaran kali pertama, perkara ini

turut menganggu pergerakan aliran tunai di dalam aktiviti

perniagaan yang dilakukan syarikat terbabit.

Page 5: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

2.5 Pengerusi Bersama turut menyatakan hubungan kerja yang

dibentuk antara MIDA dan JKDM dalam industri pengilangan

semula telah memudahkan urusan pihak swasta. Proses penilaian

dan pemantauan dapat dibuat serentak dan bersama serta mampu

menjimatkan langkah kerja secara keseluruhannya.

2.6 Sebagai penutup ucapannya, beliau sekali lagi menyatakan

sokongan pihak swasta untuk lebih memahami dan memberi

kerjasama kepada Jabatan Kastam bagi memperkemaskan lagi

urusan bersama.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Ahli Mesyuarat telah mengesahkan Minit Mesyuarat Panel

Perundingan Kastam-Swasta Bil.1/2017 sebulat suara tanpa

sebarang pindaan.

UNTUK MAKLUMAN

Page 6: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

4.0 MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 SELF CERTIFICATION REGIME - PROPOSAL TO IMPOSE

STRICTER PENALTIES AGAINST FRAUDULENT

DECLARATIONS

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 masih dalam proses

semakan Jabatan Peguam Negara.

ii. Pindaan Akta Kastam 1967 hanya akan dibentangkan

pada sesi Parlimen pada bulan Julai 2017.

iii. Walau bagaimanapun, draf pindaan Akta Kastam

1967 tidak dapat dibentangkan dalam sesi Kedua

Parlimen pada bulan Julai 2017 seperti yang

ditetapkan kerana masih belum dimuktamadkan oleh

Jabatan Peguam Negara.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 akan dibentangkan

pada sesi Pertama Parlimen 2018.

TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

Page 7: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

4.2 DIFFERENT CUSTOMS PROCEDURES ADOPTED BY FREE

ZONES IN DIFFERENT STATES

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Kementerian Kewangan dan Malaysian Institute of

Certified Public Accountant (MICPA) telah

mengadakan perbincangan berasingan berhubung

ketidakseragaman penggunaan borang oleh pihak

berkuasa Zon Bebas.

ii. Kementerian Kewangan dan MICPA akan terus

mengadakan mesyuarat pada masa akan datang

untuk menyelesaikan isu ini.

TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN

4.3 CUSTOMS INSPECTION RELATED SERVICES BY THIRD PARTY

SERVICE PROVIDERS IN PASIR GUDANG AND PORT KLANG

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dan

JKDM Johor tidak melantik mana-mana syarikat

untuk membantu pihak Kastam dalam pemeriksaan

dagangan import dan eksport di Pelabuhan.

ii. JKDM Selangor hanya memberikan pandangan

sekiranya diperlukan oleh pihak Berkuasa Zon untuk

pelantikan pihak ketiga bagi urusan pemeriksaan

dimana pelantikan tersebut dibuat oleh pihak

Berkuasa Zon.

Page 8: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iii. Manakala, JKDM Johor telah menamatkan surat

sokongan yang telah diberi kepada Crystal Clover

Sdn Bhd atas permintaan pihak pengurusan

bangunan.

iv. Pihak JKDM Johor tidak membuat sebarang

pelantikan ke atas mana-mana syarikat atau pihak

ketiga bagi melaksanakan pemeriksaan kastam.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. JKDM tidak melantik mana-mana syarikat untuk

membantu dalam membuat pemeriksaan.

ii. Pihak pengimport adalah berhak untuk membuat

pilihan untuk menggunakan mana-mana

perkhidmatan untuk melaksanakan pemeriksaan

kastam.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

4.4 CUSTOMS WORKING DAYS AND HOURS

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Federation of Malaysian Manufactures (FMM)

mencadangkan JKDM perlu memberi kebenaran

untuk pergerakan kontena selepas waktu bekerja dan

juga pada hujung minggu tanpa mengira kuantiti

yang ada di Gudang Berlesen Awam, JKDM Pahang.

Page 9: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

ii. FMM turut mencadangkan pegawai JKDM perlu

sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk membuat

kerja lebih masa dan operasi hujung minggu di

semua Pejabat Kastam Negeri.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Isu yang dibangkitkan oleh FMM merupakan kes

terpencil yang telah berlaku di JKDM Pahang dan

difahamkan JKDM Pahang telah menyelesaikan isu

ini.

ii. Pengerusi mesyuarat memaklumkan tiada sekatan

untuk pegawai-pegawai Kastam bekerja lebih masa

tetapi permohonan untuk bekerja lebih masa perlu

dibuat sejam sebelum jam 5.00 petang.

iii. Syarikat perlu membuat permohonan kepada pihak

Kastam jika memerlukan pegawai Kastam untuk

bertugas selepas waktu pejabat atau pada hujung

minggu.

iv. Pengarah Kastam Negeri Selangor turut

memaklumkan akan menambah bilangan pegawai di

Gudang Berlesen Awam Port Klang dan masih

mempertimbangkan permintanaan permohonan pihak

swasta untuk Gudang Berlesen Awam beroperasi 24

jam.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 10: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

4.5 BREAKDOWN OF SMK

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. Ketidakberkesanan prosedur fallback semasa Sistem

Maklumat Kastam (SMK) mengalami masalah teknikal

menyebabkan masalah yang serius dalam proses

pelepasan Kastam di Pulau Pinang dan Selangor.

ii. JKDM telah menghantar surat pekeliling berhubung

Standard Operating Procedure (SOP) bagi tatacara

pelaksanaan fallback yang perlu dipatuhi oleh semua

Pejabat Kastam Negeri.

iii. Panduan berkaitan pelaksanaan fallback turut diedar

melalui email dan dimuat naik dalam laman web

kastam bagi kegunaan pegawai JKDM.

iv. Arahan pematuhan bagi tatacara pelaksanaan SOP

fallback turut dihantar kepada semua negeri.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. Walaupun panduan,arahan ataupun SOP fallback

telah dihantar kepada semua negeri namun masih

terdapat keadaan di mana pegawai Kastam sukar

untuk memberi kebenaran bagi membenarkan ejen

membuat pengikraran secara manual.

ii. FMFF dan AFAM meminta JKDM untuk mengeluarkan

senarai focal point bersama nombor yang boleh

dihubungi jika berlaku masalah system down.

iii. Kewujudan talian fast response ini akan memberi

kelebihan kepada pihak Kastam dan ejen.

TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN

Page 11: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

4.6 IKRAR PERDAGANGAN MANIFEST (K4) MENUNJUKKAN

KONSIGNI “TO ORDER”

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Pengikraran maklumat “To Order” dalam manifest

(K4) di SMK kadangkala menimbulkan kekeliruan di

pihak ejen perkapalan.

ii. Shipping Association of Malaysia (SAM) mendakwa

ada sesetangah pegawai kastam tidak menerima

pengikraran “To Order” dalam manifest.

iii. SAM memohon penjelasan samada JKDM akan

menerima atau menolak ikrar manifest yang

menunjukkan konsigni “To Order, To Order of

Shipper, To Order of Consignee, To order of Bank”.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Merujuk kepada trend perniagaan global pada masa

kini, terma kredit digunakan sebagai pembayaran

yang memerlukan shipping agent mengikrar manifest

mengikut maklumat dalam Bill of Landing seperti

mana diarahkan.

ii. JKDM tiada halangan menerima ikrar manifest bagi

elemen yang ditulis “To Order, To Order of Shipper,

To Order of Consignee dan To order of Bank” di

ruangan “Consignee Name” sekiranya maklumat

“Notify Party” di dalam ruangan Bill of Lading sama

dengan “Importer Name” di Borang Kastam 1.

Page 12: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iii. SMK tidak membuat validasi atas medan consignee

name atau consignee address di dalam manifest

kerana ianya adalah text free.

iv. Maklumat hanya akan disemak oleh pegawai penaksir

semasa pelepasan dagangan.

v. Walau bagaimanapun, bagi barangan kritikal seperti

rokok, tayar, minuman keras, barangan tembakau

dan barangan yang melibatkan permit seperti kereta,

rokok, minuman keras dan barangan yang melibatkan

Certificate of Analysis, nama dan alamat konsigni

perlu dimasukkan dalam ruangan “Consignee Name”.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

4.7 DIRECT CARRIER TO HOLD BACK DELIVERY ORDER PENDING

CONSIGNEES

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Shipping Association of Malaysia (SAM) menyatakan

bahawa JKDM tidak boleh mengarahkan ejen

perkapalan untuk menahan pelepasan delivery order

ke atas konsigni / pengimport yang masih

mempunyai kompaun tertunggak dengan pihak

kastam.

ii. Keadaan ini akan menyebabkan ejen perkapalan

menanggung kerugian.

Page 13: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iii. FMFF menyatakan JKDM tidak boleh meminta ejen

perkapalan untuk menahan pelepasan bagi pihak

JKDM jika konsigni/ pengimport masih mempunyai

bayaran tertunggak dengan JKDM.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

iv. Pengerusi meminta JKDM Selangor untuk

mendapatkan maklumat lanjut daripada SAM dan

menyelesaikan masalah ini dengan segera.

TINDAKAN: JKDM SELANGOR

5.0 MEMBINCANGKAN USUL-USUL BARU

5.1 PELAKSANAAN APPENDIX K8 DIPERLUASKAN KE FREE ZONE

DAN GUDANG DI PRAI

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Penggunaan Appendix K8 di semua stesen Kastam di

Pulau Pinang termasuk Prai telah dipersetujui dalam

Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta

Bil.1/2014 peringkat JKDM Pulau Pinang.

ii. Walau bagaimanapun, pada masa kini, penggunaan

Apendix K8 hanya dipraktiskan untuk Borang Kastam

8 dari stesen kastam Kompleks Kargo Udara Kedua,

LTA Bayan Lepas (P24) ke stesen kastam Zon

Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa III (P16), Zon

Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa I (P75), Zon

Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa IV (P76) dan

Zon Pelabuhan Bebas Bayan Lepas Fasa II (P02)

sahaja.

Page 14: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iii. CAPEC mencadangkan penggunaan Appendix K8

secara meluas di semua stesen Kastam di Pulau

Pinang dapat mengawal dan menyelesaikan masalah

hanging form untuk Borang Kastam 8 yang telah

meningkat setelah pemansuhan penggunaan RFID.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Penggunaan Appendix K8 ini adalah digunakan

sebagai satu proses mempercepatkan proses

pelepasan yang melibatkan pengikraran Borang K8,

di mana senarai K8 yang telah diikrar dalam sistem

disenaraikan di dalam satu senarai dan akan

diserahkan kepada stesen penerima oleh ejen dan

disahkan secara manual.

ii. Proses ini tidak melibatkan apa-apa percanggahan

dalam prosedur yang ditetapkan dalam Borang K8

dan masih melibatkan pemeriksaan ke atas sil dan

pemeriksaan ke atas barang.

iii. Proses ini juga didapati mempercepatkan proses

pelepasan dan semakan semula dokumen yang telah

diproses bagi mengurangkan hanging dokumen K8.

iv. Cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk

dilaksanakan di semua stesen Kastam di Pulau

Pinang.

TINDAKAN: JKDM PULAU PINANG &

BAHAGIAN PERKASTAMAN

Page 15: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

5.2 PENYELARASAN PROSES TERIMA MASUK BORANG K8

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. CAPEC memaklumkan berlaku ketidakseragaman

dalam proses penerimaan masuk Borang Kastam 8 di

JKDM Pulau Pinang.

ii. CAPEC mengatakan ada stesen Kastam di Pulau

Pinang meminta ejen menyerahkan kedua-dua

Borang Kastam 8 dan K8 chit untuk tujuan

penerimaan masuk dan ada stesen Kastam yang

hanya meminta Borang K8.

iii. CAPEC berharap proses ini dapat diseragamkan di

semua stesen Kastam di Pulau Pinang dan bergerak

ke arah paperless.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Surat dasar pelaksanaan paperless dan pengurusan

pemindahan barang-barang berduti/cukai

menggunakan Kastam No.8 telah dikeluarkan oleh

Jabatan Kastam.

ii. Mengikut dasar ini, adalah memadai dokumen K8

Chit digunakan sebagai dokumen rujukan bagi tujuan

penerimaan untuk pelepasan kastam di stesen

penerima.

iii. Pengerusi mesyuarat meminta surat-surat yang

berkaitan dengan dasar Jabatan Kastam dimuatnaik

dalam laman web JKDM khas untuk pegawai JKDM.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 16: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

5.3 TEMPORARY EXPORTATION

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. FMM menyatakan kelulusan Pengarah Kastam Negeri

diperlukan untuk dagangan eksport sementara.

ii. Walau bagaimanapun, FMM mendakwa berlaku

kelewatan dalam mendapatkan kelulusan daripada

Pengarah Kastam Negeri berhubung kemudahan

eksport sementara.

iii. FMM mencadangkan JKDM untuk mengeluarkan

piagam pelanggan atau masa respon yang standard

bagi surat atau permohonan yang memerlukan

kelulusan Pengarah Kastam negeri bagi kemudahan

eskport sementara.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Isu yang dibangkitkan oleh FMM merupakan kes

terpencil yang melibatkan proses eksport sementara

yang dikendalikan oleh JKDM Johor.

ii. Statistik permohonan kelulusan eksport sementara di

JKDM Johor bermula Januari hingga Oktober 2017

menunjukkan kesemua permohonan (dengan

dokumen yang lengkap) telah diluluskan dalam masa

3 hari waktu bekerja.

iii. Mesyuarat memutuskan Ketua Cawangan akan

meluluskan permohonan untuk import sementara

bagi mengelakkan kelewatan pada masa akan datang.

Page 17: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iv. Walau bagaimanapun, Pengerusi Mesyuarat

memohon Pengarah Kastam Negeri untuk

memastikan perkara ini tidak berulang di masa

hadapan dan memaklumkan kepada semua pejabat

Kastam.

TINDAKAN: SELESAI/ UNTUK MAKLUMAN

5.4 CUSTOMS ADVANCE RULING CLIENT CHARTER

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. FMM menyatakan berdasarkan kepada Piagam

Pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia klasifikasi

dan ketetapan Kastam harus dikeluarkan dalam

tempoh:

a) 90 hari dari tarikh permohonan dengan

menyediakan dokumen yang lengkap dan tidak

melibatkan Agensi pakar ;

b) 60 hari dari tarikh penerimaan laporan dari

Agensi pakar

ii. Walau bagaimanapun, FMM mendakwa terdapat

sesetengah kes dimana Jabatan Kastam/Agensi

pakar tidak dapat memenuhi 90 hari seperti mana

dinyatakan dalam Piagam Pelanggan.

iii. Keadaan ini mewujudkan ketidakpastian di kalangan

pengimport/pengeksport dalam menguruskan

penghantaran/penerimaan dagangan mereka.

Page 18: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iv. FMM memohon Jabatan Kastam/agensi pakar untuk

mematuhi Piagam Pelanggan yang ditetapkan dan

jika proses klasifikasi dan ketetapan mengambil

masa lebih daripada 90 hari, pemohon perlu

dimaklumkan secara bertulis oleh Jabatan

Kastam/Agensi pakar.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. JKDM telah mengambil langkah-langkah yang

bersesuaian bagi memastikan Piagam Pelanggan 90

atau 60 hari dipatuhi seperti pembahagian

permohonan mengikut bab-bab tertentu kepada

pegawai dan pengenalan dua kumpulan panel

penetapan pengklasifikasian bagi menentukan

ketepatan kod tariff.

ii. Sekiranya pengeluaran keputusan dijangka melebihi

tempoh 90 hari atas dasar kes terpencil, JKDM akan

mengambil langkah memaklumkan pemohon seperti

yang dicadangkan oleh FMM.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.5 NON-ACCEPTANCE OF ADVANCE RULING ISSUED BY RMCD

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. FMM menyatakan mengikut Revised Kyoto

Convention, ahli World Customs Organization (WCO)

hendaklah menerima keputusan klasifikasi yang

dikeluarkan oleh ahli WCO yang lain.

Page 19: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

ii. FMM memaklumkan terdapat kes di mana pihak

Kastam negara China mahu menerima keputusan

klasifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam

Diraja Malaysia (JKDM).

iii. Kastam China juga enggan menerima Form E yang

dibawa oleh pengimport dan sering mengenakan duti

import ke atas pengimport.

iv. FMM memohon JKDM dan Kastam China

membincangkan isu ini dengan lebih lanjut dan

mewujudkan mekanisme bagi menghadapi kes-kes

seperti ini pada masa akan datang.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. Menurut Revised Kyoto Convention, peruntukan

keperluan Binding Rulings telah dijelaskan di dalam

Chapter 9.

ii. Dalam bab ini tidak dinyatakan secara spesifik

keperluan untuk sesuatu negara mesti menerima

keputusan klasifikasi oleh negara lain.

iii. Pengimport/pengeksport boleh mengemukakan

keputusan tersebut bagi melancar proses pelepasan

barangan mereka.

iv. Walau bagaimanapun, jika klasifikasi keputusan

dipertikaikan, maka ia akan tertakluk kepada

perundangan negara anggota masing-masing

sepertimana yang disarankan oleh WCO dalam

Chapter 5 HS Classification Handbook.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 20: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

5.6 AMENDMENTS TO THE CUSTOMS ACT 1967 AND FREE ZONE

ACT 1990

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. FMM difahamkan terdapat pindaan yang ketara /

peruntukan baru dalam Akta Kastam 1967 dan Akta

Zon Bebas 1990 yang akan dibentangkan di Parlimen.

ii. FMM memaklumkan JKDM perlu mendapat

maklumbalas / pandangan daripada pihak industri

terhadap pindaan / peruntukan baru Akta Kastam

1967 dan Akta Zon Bebas 1990.

iii. FMM mencadangkan JKDM memaklumkan perubahan

dalam Akta Kastam 1967 dan Akta Zon Bebas 1990

kepada industri terlebih dahulu agar pihak industri

mempunyai masa yang secukupnya bagi membuat

persediaan.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. JKDM bersetuju untuk mengadakan engagement

bersama pihak industri dan akan mengadakan

awareness program untuk pihak industri pada awal

tahun 2018.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 21: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

5.7 HARMONISED SYSTEMS – HS CODE

a. Mesyuarat mengambil maklum :

i. MICPA memohon JKDM agar memuat naik Jadual

Korelasi HS2017 yang telah digunakan sejak 1 April

2017 di laman web Kastam.

ii. JKDM memaklumkan Jadual Korelasi HS2012 ke

HS2017 telah dimuat naik ke dalam laman web

Kastam dan boleh diakses oleh orang awam.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

5.8 LONG APPEAL PROCESS TO RMCD / MOF

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. MICPA menyatakan dalam Mesyuarat Panel

Perundingan Kastam-Swasta Bil.2/2016 diputuskan

bahawa perbincangan berasingan dengan pihak

syarikat akan diadakan dalam tempoh satu atau dua

bulan dari tarikh penghantaran kes rayuan tuntutan

bayaran sebelum membuat sebarang keputusan.

ii. Walau bagaimanapun, sehingga kini terdapat

beberapa kes rayuan yang masih tertangguh di

peringkat Kementerian Kewangan dan JKDM.

Page 22: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. JKDM masih menjalankan siasatan terhadap kes-kes

rayuan tuntutan bayaran dan berjanji akan

menyelesaikan kes yang tertangguh pada akhir 2017.

TINDAKAN: BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

5.9 CRITICAL LEVEL OF ILLEGAL CIGARETTES TRADES AND

GOVERNMENT LOSSES RM4.4BILLION IN REVENUE

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. Kajian terhadap penyeludupan rokok pada tahun

2016 oleh Nielsen Malaysia menunjukkan antara

faktor utama yang menyebabkan peningkatan dalam

rokok seludup adalah disebabkan jurang harga

antara rokok sah dan rokok seludup.

ii. Perbezaan harga ini akan menyebabkan kerugian

hasil kepada negara dan menjejaskan industri

pengilangan rokok yang sah di Malaysia.

iii. MICCI mencadangkan bagi mencapai target JKDM

untuk mengurangkan penyeludupan rokok sehingga

50 peratus dalam masa 2 tahun, meningkatkan

penguatkuasaan pada peringkat peruncitan dengan

lebih konsisten dan aktif disokong oleh liputan media

bagi memberi kesedaran kepada peruncit.

Page 23: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

iv. MICCI turut mencadangkan agar JKDM menjadi

agensi utama dalam penguatkuasaan bersepadu

antara agensi penguatkuasaan dalam mengatasi

masalah penyeludupan rokok tidak sah dengan

mengaktifkan semula 5 Pasukan Petugas Bersepadu

Mencegah Penyeludupan Rokok Tidak Sah.

b. Mesyuarat membuat keputusan :

i. Berdasarkan kepada keputusan kajian terhadap

penyeludupan rokok di Malaysia pada tahun 2017

oleh Nielsen Company (Amerika Syarikat) peratusan

penyeludupan rokok telah menurun sebanyak 2.3

peratus dan penurunan rokok seludup secara

keseluruhan kepada 54.5 peratus.

ii. Langkah kawalan terhadap pembanterasan rokok-

rokok seludup atau tidak sah dilakukan secara

menyeluruh dan komprehensif seperti operasi outlet

dan perayaan, penubuhan Task Force Membanteras

Rokok Tidak Sah bagi mengenalpasti serta

pelaksanaan membanteras rokok tidak sah yang

cuba memasuki negara serta menghapuskan rantaian

saluran penyeludupan di negara ini.

iii. JKDM juga bekerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja

Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,

dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tindakan

National Blue Ocean Strategy (NBOS).

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 24: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

5.10 HIGH EXCISE INCREASES LED TO CONSUMERS SWITCHING TO

CHEAP ILLEGAL CIGARETTES

a. Mesyuarat mengambil maklum:

i. MICCI memaklumkan kenaikan cukai eksais yang

drastik pada tahun-tahun sebelum ini menyebabkan

jurang harga yang ketara antara rokok sah dan rokok

tidak sah.

ii. Keadaan ini menyebabkan pengguna beralih kepada

rokok tidak sah yang jauh lebih murah daripada

rokok sah.

iii. MICCI mencadangkan untuk membekukan kenaikan

cukai untuk rokok kerana ia akan memberi impak

yang besar kepada JKDM dalam usaha untuk

meningkatkan kutipan hasil negara.

b. Mesyuarat membuat keputusan:

i. Pelaksanaan duti eksais yang dilaksanakan oleh

JKDM adalah berdasarkan kepada penetapan polisi

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan setelah

mengambilkira semua faktor-faktor tertentu.

ii. JKDM sebagai salah satu agensi pemunggut cukai di

bawah Kementerian Kewangan sentiasa berusaha

melaksanakan dasar percukaian yang telah digubal

oleh kerajaan.

iii. Dasar percukaian yang dilaksanakan oleh Kerajaan

yang melibatkan pelaksanaan duti eksais adalah

antara langkah-langkah memastikan kawalan

terhadap defisit negara.

TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN

Page 25: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

6.0 MEMBINCANGKAN HAL-HAL LAIN

6.1 KEKURANGAN PEGAWAI KASTAM DI LAPANGAN TERBANG

ANTARABANGSA LANGKAWI

a. Air Freight Association of Malaysia (AFAM) menyatakan

kekurangan pegawai Kastam di kaunter pelepasan

dagangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

b. AFAM meminta JKDM untuk menyelesaikan masalah ini

dengan segera kerana ia menyukarkan proses pelepasan

Kastam.

TINDAKAN: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN &

SUMBER MANUSIA

6.2 PEMILIHAN HARI & MASA MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN

KASTAM-SWASTA

a. Air Freight Association of Malaysia (AFAM) memohon urus

setia mesyuarat untuk tidak mengadakan mesyuarat pada

hari Jumaat pada masa akan datang agar ahli mesyuarat

mempunyai lebih masa untuk membincangkan usul-usul

yang terlibat.

TINDAKAN: URUS SETIA MESYUARAT

Page 26: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

7.0 UCAPAN PENUTUP PENGERUSI BERSAMA

7.1 YBhg. Dato’ Tan Kwong Jin mengucapkan terima kasih kepada

JKDM atas penganjuran Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

Swasta pada kali ini.

7.2 Beliau memaklumkan mesyuarat berjalan lancar dan memberi

faedah kepada semua ahli mesyuarat.

7.3 Beliau juga memaklumkan pihak swasta sentiasa bersedia untuk

membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan

Kastam dalam melicinkan semua urusan bersama demi kebaikan

semua pihak.

7.4 Pihak swasta juga akan memberi sokongan penuh dalam

membantu JKDM untuk meningkatkan prestasi negara agar

ditahun hadapan Malaysia akan berada di tempat yang lebih baik

lagi dalam bidang perniagaan.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 27: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Bersama

di atas ucapan penangguhannya. Beliau juga mengucapkan

terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

8.2 Pengerusi menyatakan beliau bersetuju dengan pandangan

Pengerusi Bersama tentang pertumbuhan perniagaan di Malaysia

yang masih berada pada paras yang baik tetapi pertumbuhan

yang sedikit perlahan jika dibandingkan dengan beberapa negara

maju yang berkembang dengan lebih pantas.

8.3 Pengerusi turut memohon agar kedua-dua pihak meneruskan

kerjasama yang terbaik di dalam urusan perniagaan dan

import/eksport melangkaui sempadan untuk masa hadapan.

Beliau berjanji untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik

cekap dari semasa ke semasa.

8.4 Dato’ Sri Pengerusi memaklumkan juga bahawa Jabatan Kastam

akan menjemput satu atau dua orang wakil dari setiap

agensi/persatuan perniagaan ke Majlis Dialog bersempena The

ASEAN Director-General of Customs Meeting yang bakal diadakan

pada awal bulan Mei 2018.

8.5 Dato’Sri Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

mesyuarat dan berharap kerjasama yan terjalin antara pihak JKDM

dan swasta akan terus berkekalan bagi kebaikan bersama.

TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN

Page 28: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

a. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

b. Tarikh dan tempat bagi Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-

Swasta Bil.1/2018 akan ditentukan kemudian.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

SEKRETARIAT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.2/2017 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA

28 DISEMBER 2017

Page 29: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

LAMPIRAN I

SENARAI KEHADIRAN A. PENGERUSI 1. YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia B. PENGERUSI BERSAMA 2. YBhg. Datuk Tan Kwang Jin Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) C. WAKIL JKDM 3. YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Yahya Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Penguatkuasaan / Pematuhan) 4. YBhg. Dato’ Paddy bin Abd. Halim Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Perkastaman / GST) 5. YBhg. Dato’ Dr Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Pengurusan) 6. YBhg. Dato’ Azimah binti Abd Hamid

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

7. YBhg. Dato’ Mohd Nor bin Hassan Pengarah Kastam

Bahagian Teknologi Maklumat 8. YBhg. Dato’ Haji Rumainor bin Sarif Pengarah Kastam

Cawangan Siasatan 9. Tuan Haji Iskandar bin Jaafar Pengarah Kastam

Bahagian Perkhidmatan Teknik 10. YBhg. Dato’ Sarip bin Ismail

Pengarah Kastam Negeri Selangor

Page 30: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

11. Tuan Ahmad Maher bin Abd Jalil Pengarah Kastam Bahagian GST

12. Puan Nor Haziah binti Abd Wahab Pengarah Kastam

Bahagian Perkastaman 13. Puan Radziah binti Abdul Razak Pengarah Kastam

Bahagian Perancangan Korporat 14. Tuan Saidi bin Ismail Pengarah Kastam Negeri

Pulau Pinang

15. Tuan Mohammad Hamiddan bin Maryani Pengarah Kastam Negeri

Johor 16. Tuan Hadzri bin Mohd Sabri Pengarah Kastam Negeri

Pahang

17. Tuan Ismail bin Rahman Timbalan Pengarah Kastam

Pasukan Projek uCustoms Bahagian Perkastaman

18. Puan Hasimah binti Semuli Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Industri, Petroleum & Gas

Bahagian Perkastaman

19. Puan Wan Marini binti Wan Hamzah Timbalan Pengarah Kastam

Cawangan Pengurusan Perjenisan, Tarif dan Gubalan Bahagian Perkhidmatan Teknik

20. Datin Nor Abinah binti Haji Ahmad Sablie Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Perakaunan Hasil Bahagian Perkhidmatan Teknik 21. Puan Choo Kim Foong Timbalan Pengarah Kastam (Perkastaman / Fasilitasi) LTA Kuala Lumpur

Page 31: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

22. Puan Rohana binti Mohamed Dali Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Auditan Pasca Import Bahagian Pengurusan Pematuhan 23. Tuan Jasmi bin Yusoff Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Perkhidmatan dan Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia 24. Puan Zainad binti Daud Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi Bahagian GST 25. Puan Nora’ini binti Abd Khalid Timbalan Pengarah Kastam Sektor I Bahagian GST 26. Puan Norlela binti Ismail Timbalan Pengarah Kastam Sektor II Bahagian GST 27. Puan Nur Hanisah Dukes binti Abdullah Timbalan Pengarah Kastam Sektor IV Bahagian GST 28. Tuan Wong Pun Sian Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Pengurusan Penilaian Bahagian Perkhidmatan Teknik 29. Dr Ramlah binti Haji Mukhtar Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan Bahagian Perkastaman 30. Tuan Md Jaafar bin Abdullah Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Zon Perindustrian Bebas (ZPB) Pulau Pinang 31. Puan Fadzlina binti Bafaruddin Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Import & Zon Bebas LTA Kuala Lumpur

Page 32: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

32. Puan Radziah binti Ahmad Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Aplikasi Perkhidmatan Kastam Bahagian Teknologi Maklumat 33. Tuan Razali bin Abdullah Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia 34. Tuan Azhar bin Mahamud Penolong Kanan Pengarah Kastam II Unit Urusetia Bahagian Perkastaman Pulau Pinang D. WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN 35. Cik Khalilasalwa binti Salleh Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan 36. Puan Noreen Haiza bt Khairudin Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Perkhidmatan I)

Kementerian Kewangan

E. WAKIL PIHAK SWASTA 37. Cik Wong Hin Wei Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 38. Encik Mohd Abdul Hadi Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 39. Cik Maygelah Siva

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 40. Encik Abd Samad bin Ibrahim

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 41. Cik Shamini Sakthinathan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 42. Cik Wong Poh Geng The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

Page 33: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

43. Cik Tan Yu Yin The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 44. Encik Larry James Sta Maria

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

45. Encik Huang Shi Yang Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)

46. Encik Koh Siok Kiat

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 47. Encik Tiruselvam Kupusamy

Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 48. Encik Ong Whee Tiong

The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

49. Encik Eric Yong Siew Meng

The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)

50. Encik Walter Culas Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 51. Encik Zainal Abidin

Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 52. Encik Anuar bin Ashari Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 53. YBhg. Dato’ Sri Dr M. Vijayan Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 54. YBhg. Dato’ Tony Chia Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 55. Encik Alvin Chua Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 56. Encik Krishnan Chelliah Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 57. Encik Lim You Loke Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 58. Encik Hasan Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC)

Page 34: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

59. Encik Lim Kar Haw Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 60. Encik Khoo Liong Chuan

The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

61. Cik Lim Yen Ling The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

62. Cik Azlina Zakaria Malaysian Institute of Accountants (MIA) 63. Encik V.Muthiah Central Region Shipping Association (CRSA) 64. Encik Bala. J Central Region Shipping Association (CRSA) 65. Encik BC Teoh Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 66. Encik Leong Lai Khuan Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 67. Encik Fazli Azwan Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) 68. Puan Yap Lai Han Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) F. PIHAK BERKUASA PELABUHAN 69. Kapten K. Subramaniam Lembaga Pelabuhan Klang 70. Encik Ahmad Rizal bin Mohd Yusop Lembaga Pelabuhan Klang 71. Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 72. Encik Kamaruzaman bin Hj Munasir Lembaga Pelabuhan Johor 73. Encik Ezat Iskandar bin Monzani Lembaga Pelabuhan Johor

Page 35: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

74. Encik Paul Lui Penang Port Sdn Bhd (PPSB) 75. Encik Ismail Mohamed Qhouse Penang Port Sdn Bhd (PPSB) G. SEKRETARIAT 76. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor

Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

77. Puan Kohila Rajaram

Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

78. Puan Nur Maidizah binti Maidin Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 79. Tuan Muhammad Ellias bin Ibrahim

Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

80. Tuan Fatihahtul Ahmad bin Abdul Mutthalib Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 81. Puan Suhaliza bt Mohd Mokhtar Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

Bahagian Perancangan Korporat 82. Puan Farah Fatihah binti Jamaludin Pembantu Penguasa Kastam

Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat

83. Puan Hamidah bt Abdul Hamid Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

Bahagian Perancangan Korporat

Page 36: MINIT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM … · SMK tidak membuat validasi atas medan consignee name atau consignee address di dalam manifest kerana ianya adalah text free. iv. Maklumat

84. Encik Zamani bin Husin Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam

Bahagian Perancangan Korporat 85. Cik Normala binti Othman Pembantu Tadbir (P/O) Cawangan Perhubungan Awam

Bahagian Perancangan Korporat