minggu 8.pptx

26
Tutorial EDU3104 Minggu 8: BANDING BEZA TEORI DISIPLIN KOUNIN DAN GLASSER

Upload: erica-leenya-eben

Post on 14-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

Tutorial EDU3104 Minggu 8:

Tutorial EDU3104 Minggu 8:BANDING BEZA TEORI DISIPLIN KOUNIN DANGLASSER12PengenalanMenggunakan model Kounin, sebagai seorang guru, kita boleh menggunakan beberapa Idea-ideanya. Antaranya ialah kesan kelembutan suara, Withitness, overlapping, group focus dan kepuasan. 31. Kelembutan suaraSeorang guru perlu menangani tingkahlaku murid-muridnya dengan suara yang lembut.Ini bertujuan agar wujud perasaan hormat murid-murid terhadap guru. Sebagai guru, kita digalakkan untuk mengunakan suara yang lemah lembut dan tidak kasar ketika berhadapan dengan murid-murid. 42. WithitnessWithitness bermaksud guruhendaklah peka dengan setiap perkara yang berlaku di dalam kelas. Contohnya, apabila dua orang murid sedang bergaduh, cikgu itu perlu peka dan bertindak pantas untuk menangani masalah tersebut. 53. OverlappingOverlapping bermaksud seorang guru itu mampu menyelesaikan dua atau lebih isu yang berbangkit pada waktu yang sama. Dalam hal ini, guru hendaklah segera dan berkemampuan dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam masa yang sama bagi mengelakkan masalah-msalah itu menjadi lebih sukar.

64. Group focus Bermaksud seorang guru mampu menarik perhatian kelas atau kumpulan kepada pembelajaran dalam kelas. Bagi idea ini, seorang guru perlu menyediakan diri dengan bahan-bahan yang dapat menarik perhatian kelas. Contohnya dengan menyediakan powerpoint untuk pembentangan. Subjek yang disediakan dalam bentuk powerpoint dapat menarik minat kelas kerana murid-murid mudah tertarik kepada teknologi. 75. KepuasanSeorang guru itu hendaklah bersikap tidak mudah berpuas hati dengan persediaan yang telah dilakukan. Bagi mengurangkan perasaan mudah berpuas hati itu, guru bolehlah mengamalkan beberapa perkara seperti berikut; Sentiasa membuat penambahbaikan.Menyediakan pelbagai cabaran dalam proses pembelajaran. Bersemangat tinggi dan menambah kepelbagaian dalam pembelajaran.8Model Teori Realiti GlasserWilliam GlasserBeliau merupakan pengasas bagi teori ini.Dilahirkan di Celeveland Ohio, California (1925)Menjadi ketua psikiatri di Ventura School for Girls, tempat merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan dan undang-undang3 prinsip Model Teori Realiti1/ Individu bertanggungjawab terhadap tingkahlaku masing-masing

2/ Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan

3/ Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya seperti mana yang dikehendakinya

Keperluan-keperluan pelajarMenurut glasser pelajar memerlukan 4 keperluan iaitu: keperluan untuk memiliki (memiliki kawan, terlibat dengan aktiviti kelas bersama guru).Keperluan terhadap kuasa/pengaruh (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain dan rasa ingin bersaing).Keperluan terhadap kebebasan(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat kepurusan mereka sendiri).

Keperluan untuk berseronok10 langkah disiplin glasser1/ Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya masalah disiplin tersebut (analisis).

2/ Guru perlu menentukan cara mengurus tingkah laku pelajar berdasarkan pengalaman pada masa lepas.3/ Guru mengatasi masalah tingkahlaku dengan 2 cara : sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik : membina hubungan baik dengan pelajar 4/ Guru perlu bertanya kepada murid Apa yang anda lakukan? Daripada bertanyakanMengapa lakukan perkara tersebut. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya salah maka dia tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.5/ Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut.

6/ Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik.

7/ Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedah time-out yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti kelas sehingga memperbaiki atau membuat perjanjian yang baru.

8/ Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Guru yang menyelia kelas tahanan hendaklah guru yang berhemah dan guru yang menjadi pilihan pelajar tersebut.9/ Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari.

10/ Langkah terakhir ialah pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi yang dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut. Elemen disiplin Glasser1/ membantu murid membuat pilihan yang wajar

2/ mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi

3/menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau

4/ memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka

5/ membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku

6/ percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positifPerbandingan teori Kounin dan Glesser 21Pengasas dan konsep teoriPengurusan kelompok (kounin)Terapi Realiti (Glasser)Diasaskan oleh Jacob Kounin

Model ini berhubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran efektif

Diasaskan oleh William Glasser

Model ini berkaitan dengan tingkah laku yang tidak diingini, tidak perlu pembelaan tetapi harus belajar untuk berkelakuan yang boleh diterima

Penekanan TeoriPengurusan Kelompok (Kounin)Terapi Realiti (Glasser)Menekankan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik

Haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid

Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu dan menjangkaui keperluan dan kehendak orang lain

Faktor-faktor asas teoriPengurusan KelompokTerapi RealitiDalam jangkauan

Serentak

Pergerakan

Kelancaran

Kepekaan kumpulan

Berfokus kepada semasa bagi mengelakkan berbincang perkara masa lalu

Bertanya kepada diri sendiri

Perancangan spesifik bagi membantu melaksanakan dan menilai kemajuan diriAplikasi dalam bilik darjahPengurusan kelompok Terapi RealitiGuru peka dengan masalah dalam bilik darjah

Guru boleh menangani masalah dalam dan luar bilik darjah

Guru mesti buat persediaan supaya pembelajaran berjalan lancar

Guru tidak mengganggu murid semasa aktiviti

Pelajar dilihat sebagai berpotensi bukan perosak

Guru yakinkan murid tambahkan kualiti hidup

Guru sediakan suasana belajar yang seronok

Guru mewujudkan hubungan baik dengan muridTerangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah

Meninjau hasil kerja murid

Minta murid bagi respons terhadap sesuatu perkara