minda wang oleh neal izham

of 20 /20
Minda Wang. Kawal Status Kewangan Anda. Oleh : Neal Izham

Author: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

415 views

Category:

Entertainment & Humor


4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Minda Wang.Kawal Status Kewangan Anda. Oleh : Neal Izham

2. NOTIS & HAKPenulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkane-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiapfakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlakudi dunia internet kini.Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendirioleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasiyang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yangterasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akandiambil perhatian.Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama sepertipenulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehaninformasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untukmenjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yangprofessional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan halkewangan.Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalammembuat bacaan. 3. BIODATA PENULISNeal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluangmelanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di UniversitiMalaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis danmempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga duniaperniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu diperingkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidangperniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasamempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untukmenangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakanparadigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman inimenemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untukmemberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik. 4. Kandungan.Part #1 : Wang dan anda. Apa yang anda perlu faham tentang wang. Makna Wang? Beringat sebelum terkena. Masa dan wang.Part #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan? 2 cara biasa untuk kaya. 3 cara untuk cari wang.Part #3 : Syarat utama untuk melabur. Makna perlaburan kepada anda? Perlaburan untuk diri sendiri. Kepentingan pendidikan kewangan.Part #4 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan? Strategi Bertahan. Strategi Menyerang. 5. P art #1 : Wang dan anda . Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terushidup. Tiada wang, tiada hidup. Wang sudah membelenggu kehidupan kita.Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang MahaEsa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya. Manusia tidakperlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terushidup.Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni?Yeye, banyak duit?Mak, Ali nak patung robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah.Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan danberbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan iakenyataan.Apa yang anda perlu faham mengenai wang?Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalamhidup mereka.Mahu rumah lebih besar,mahu kereta lebih besar,mahu berikan yang terbaik untuk keluarga. 6. Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepadakita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatuyang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.Anda tidak boleh harapkkan situasi berikut akan berlaku.Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yangberbeza.Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akanberlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda danberkata :Arif, Hari ini saya nak naikkan gaji awak?Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikangaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika andamelakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkankeajaiban akan berlaku kepada anda. Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlufikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yangsepatutnya.Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda.Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatuperkara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatuyang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkanmasa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yangsama.Perlaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukanuntuk menjamin masa hadapan. Fikirkan perkara berikut:-Gaji yang tinggi bermaksud lagi tinggi cukai anda kena bayar dan lagi tinggi kosuntuk menampung kehidupan seharian. Anda perlu lakukan sesuatu untukmenjamin kesejahteraan hidup anda di masa hadapan.Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang. 7. Apa itu wang?Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untukpertukaran.Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorangpada zaman sekarang.Lagi banyak wang, lagi kaya.Lagi banyak wang, lagi di hormati.Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusialain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wangsebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yangmenarik untuk di kongsi.Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masadan kehidupan anda.Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah pengurusanwang yang betul.Beringat sebelum terkena.Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak dapatmenerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatankita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup. 8. Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kianmembelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantuitahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virusmuncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akanmenyerang kita.Masa dan Wang.Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia: 1. Tiada masa dan tiada wang.Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap haridan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka jugakahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsanyang tidak dapat di kawal. 2. Tiada masa tetapi ada banyak wang.Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Merekalebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyakwang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungansentiasa berada pada pihak mereka. 3. Ada masa tetapi tiada wang.Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh padakategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk dibelanjakan. 4. Ada masa dan ada banyak wang.Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuhpada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk 9. membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahapini. 10. P art #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?.2 cara biasa untuk kaya.Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa manusia tergolongdalam dua kategori.Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memilikiwang. AtauOrang yang berusaha dan kejayaan akan datang kemudian.Anda berada di mana? Mari kita siasat 2 cara untuk kaya ini.Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untukmemiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan ijazahdan peniaga kecil-kecilan.Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak menghinaanda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada dalamgolongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yangberharga untuk wang.Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha danbekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuangbegitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut : Bekerja pada kadar minimum supaya tidak di pecat oleh bos Sentiasa memikirkan perkara negatif. Sentiasa berada di dalam dilemma. 11. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk andamemiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu golongan yang berusaha dankejayaan akan datang dengan sendirinya.Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda baru,pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar nasihatberikut.Berhenti bekerja untuk duit tetapi bekerja supaya anda boleh meneruskankehidupan.Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau kedua.Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akanperkara berikut. Golongan kedua adalah golongan yang berusaha. Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar. Golongan kedua adalah mereka yang selalu bernasib baik. Golongan kedua adalah mereka yang berani untuk menyuarakan pandangan mereka. Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar dari perkara sebenar, bukannya dari sekolah.Untuk berusaha, anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. DonaldThrump, ketika melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruhcalon-calonnya untuk menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidakpenting, namun, bagi beliau ia adalah penting. Jika perkara sekecil itupun,mereka tidak mampu lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkarayang besar?Bermula kecil sentiasa menghasilkan keputusan yang besar. 12. 3 cara untuk cari wang.Berikut adalah 3 cara untuk mencari wang yang ada pada zaman sekarang.1. Menukarkan masa dengan wang pekerja dan bekerja sendiri.2. Menghasil dan menggunakan idea yang kreatif pelukis, jurutera dan pereka.3. Menyuruh orang lain mencarinya pemilik perniagaan dan pemimpin.Setiap cara adalah unik dan mempunyai kelemahan dan kebaikannya yangtersendiri.Soalan : Anda mahu gunakan cara apa untuk mencari wang ? 13. P art #3 : Syarat utama untuk melabur?.Makna perlaburan pada anda?Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataanperlaburan?Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham ataumembuka syarikat perniagaan.Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yanghanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Adajuga di kalangan anda yang merasakan perlaburan adalah sesuatu yang sangatkompleks untuk di fahami.Perlaburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuatpembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yangmengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburanadalah sesuatu yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untukmendapat keputusan yang lebh baik.Perlaburan untuk diri sendiri?Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda tidakmelabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan?Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar dania adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di sekolah, anda tidak di ajarbagaimana hendak mengawal kewangan anda atau bagaimana hendak melabur. 14. Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang kepada orang lain iaitubekerja dengan orang lain.Oleh kerana tiada sesiapa yang akan mengajar anda bagaimana hendakmenguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut.Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang mendidik diri anda untuk lebihpandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti dari mendidik diri anda, andaakan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir, anda akan berada pada tahap yangsama.Perlaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu bertanggungjawab atassemua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda perlu lebih berhati-hatidalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda.Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur untuk diri sendiri, merekasentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan mereka.Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri, anda sedangmelukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke KotaBharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai kedestinasi walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain,tetapi lukislah peta diri sendiri untuk di ikuti.Kepentingan pendidikan kewangan.Anda perlu melabur untuk minda wang?Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri andadalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untukminda wang.Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yangkukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepiadalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya. 15. Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak beranimengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza darimereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakankerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagijika mahu menggunakannya.Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan.Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu,anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembutersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluarpendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikankewangan adalah penting.Anda akan lebih untung jika,Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal da permintaan.Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masapanjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta (akan rosak ).Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan. 16. P art #3 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan? .Ada dua cara yang anda boleh amalkan untuk mengeluarkan anda dari masalahkewangan.Strategi bertahan.Potong semua perbelangaan yang tiada faedah. Anda tidak mulakan perniagaanjika keluar masuk kewangan anda tidak dapat di kawal. Aliran wang adalahpenting.Anda boleh potong perbelanjaan seperti berikut: Smoking jika tidak boleh berhenti, minimumkan. Alcohol Bagi bukan Islam, jangan minum kerana wang anda akan mengalir keluar dengan lajunya. Membeli belah barangan tambahan. Bermain judi. Percutian dan langganan pada country club. Makanan makan makanan yang sihat sahaja. Malas anda perlu melakukan semua perkara dengan sendiri.Pada keadaan anda mengalami masalah kewangan, jangan anda membelisesuatu yang ada liabiliti. Liabilit bermaksud perkara yang memerlukan andasentiasa mengeluarkan wang pada masa hadapan. Fikir dengan bijak. Apa yanganda labur pada hari ini akan membeir pulangan kepada anda kelak? 17. Strategi serangan.Salah satu cara untuk memulihkan masalah kewangan anda adalah denganberniaga. Namun, cara yang terpantas adalah perniagaan yang ada jaringan. Iabukan perniagaan tradisional tetapi perniagaan yang berbentuk jaringan sepertiperniagaan melalui internet.Ramai yang tidak sedar, perniagaan yang ada jaringan seperti perniagaaninternet dan MLM membolehkan anda untuk mendapat pulangan yang cepatpada kos yang rendah.Strategi serangan bermakna anda aktifkan diri untuk mencari jalan keluardengan melakukan perniagaan.Antara perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi pada kos yang rendahadalah? Perniagaan melalui internet. MLM Agen insurans dan sebagainya. Perlaburan secara kecil-kecilan. 18. Tawaran IstimewaDapatkan khidmat nasihatMemandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya andaseorang yang serius untuk menambah ilmu.Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihatsecara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskanmembaca ebook ini.Subjek email haruslah dinamakan Bonus Khidmat Nasihat dan diikuti denganpertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook PremiumGunakan kupon unik ini : 50ebooknealizhamUntuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.http://www.BlogMudah.info 19. http://www.Affiliate-Malaysia.infohttp://www.MLM-Malaysia.com