mid year examination t5 kertas 2

5
Peperiksaan Pertengahan Tahun hakcipta terpelihara [email protected] 2611/2 Pendidikan Seni Visual MEI 2015 3 jam LABUAN INTERNATIONAL SCOOL PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 5 SENI HALUS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1. Kertas soalan diberi seminggu awal dari tarikh peperiksaan. 2. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan. 3. Pilih satu soalan sahaja. 4. Kertas lukisan hendaklah disediakan oleh pelajar.Pelajar dikehendaki membawa warna dan peralatan yang secukupnya semasa peperiksaan dijalankan 5. Setiap hasil Karya hendaklah diwarnakan. 2611/2 Pendidikan Seni Visual 1

Upload: mxmen

Post on 10-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Mid Year Examination t5 Kertas 2

TRANSCRIPT

Peperiksaan Pertengahan Tahun hakcipta terpelihara [email protected]

2611/2

Pendidikan Seni Visual

MEI20153 jam

LABUAN INTERNATIONAL SCOOL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN 5SENI HALUS

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

1. Kertas soalan diberi seminggu awal dari tarikh peperiksaan.

2. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.

3. Pilih satu soalan sahaja.

4. Kertas lukisan hendaklah disediakan oleh pelajar.Pelajar dikehendaki membawa warna dan peralatan yang secukupnya semasa peperiksaan dijalankan5. Setiap hasil Karya hendaklah diwarnakan.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

Disediakan oleh :

En. Rizuan Asmarah

SULIT

2611/2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nama, Nombor Kad Pengenalan, Tingkatan, Kod Mata Pelajaran, No. Soalan dan Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Hadapan Lukisan

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali

ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.

(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja yang sudah siap.

(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna, atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri.( f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.2611/2

SULIT

SULIT

2611/2

Seni Halus

Pilih satu soalan sahaja.1 Seorang lelaki tua begitu tekun mengukir hulu keris di atas sebuah pangkin. Beberapa hulu keris yang telah siap diukir terletak di sebelah kanan lelaki tua itu.Kelihatan juga beberapa bilah pahat, pisau wali dan kertas pasir yang tersusun kemas di sebelah kirinya.

Lukiskan keadaan ini dengan memberi penekanan kepada aksi lelaki tua, bentuk dan jalinan hulu keris.

2 Seekor ibu ayam dan anak-anaknya sedang memakan dedak yang terletak di dalam sebuah bekas lut sinar di hadapan sebuah reban. Lukiskan dari sudut yang menarik dengan penekanan kepada aksi-aksi, bentuk, jalinan dan ruang.

3 Anda dan rakan-rakan telah diserang oleh seekor binatang buas ketika berkhemah di hutan. Gambarkan suasana cemas ini dengan member penekanan pada aksi.

4 Pada suatu sudut ruang belakang sebuah rumah, kelihatan satu kepala naga yang akan digunakan untuk satu pesta tarian naga hampir siap diwarnai. Lukiskan gambaran ini dengan memberi penekanan kepada rupa, bentuk dan jalinan.

5 Dua orang pahlawan melayu pahang sedang berehat dan berlindung disebalik pohon besar selepas bertempur dengan segerombolan tentera penjajah inggeris. Keris panjang dan parang yang berdarah masihdi genggaman mereka. Sebahagian anggota badan mereka dipenuhi dengan luka dan berdarah. Lukiskan suasana tegang ini berlatarbelakangkan suasana di dalam hutan.

6 Hasilkan sebuah poster yang bertemakan Tahun Melawat Malaysia . Hasil karya anda hendaklah menekankan unsur kepelbagaian, penegasan warna, kesatuan dan keutuhan ruang dan garisan.

KERTAS SOALAN TAMAT

2611/2

SULIT

5 cm

8 cm

NAMA:_______________________

NO. KAD PENGENALAN:________

TINGKATAN:__________________

KOD MATA PELAJARAN:________

NO. SOALAN:__________________

MARKAH:______________________

PAGE 12611/2 Pendidikan Seni Visual