merintis program baru - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. pihak asian...

28
REFLEKSI 2012-2013 Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan MERINTIS PROGRAM BARU DEMI MENJAGA WARGA SINGAPURA DENGAN LEBIH BAIK

Upload: dotuyen

Post on 18-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

REFLEKSI 2012-2013

Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan

Temasek Cares CLG LimitedCo Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2The Atrium@OrchardSingapore 238891Tel: (65) 6828 8752Fax: (65) 6828 8652www.temasekcares.org.sg

MERINTIS PROGRAM BARU DEMI MENJAGA WARGA SINGAPURA DENGAN LEBIH BAIK

Page 2: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Misi danTeras Strategik

Kandungan

Tujuan dan misi Temasek Cares adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan, martabat dan mata pencarian individu yang memerlukan, keluarga-keluarga dan masyarakat-masyarakat di Singapura, melalui teras-teras berikut:

Pembangunan InsanMelalui sokongan bermaruah bagi individu dan keluarga pada masa mereka memerlukan.

Pembangunan KeupayaanMelalui pendidikan, latihan dan inisiatif lain bagi memperbaiki peluang sara hidup.

Pembangunan MasyarakatMelalui pemupukan keharmonian bangsa dan agama dan mempromosikan pemahaman rentas budaya dan bahasa demi memanfaatkan golongan kurang bernasib baik, miskin dan memerlukan.

Membina Semula KehidupanMelalui huluran bantuan untuk peluang sekali lagi bagi individu kurang bernasib baik, keluarga-keluarga atau masyarakat.

1 Sorotan Utama FY 2012-20132 Pesanan Pengerusi4 Lembaga Pengarah6 Perbincangan Meja Bulat tentang Autisme9 Program-program bagi FY 2012-201324 Analisis Pengurusan

Page 3: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

400Warga dengan Keperluan Istimewa (Pekerjaan)

760Penghidap Penyakit Mental

1

Sorotan Utama FY 2012-2013

14

Program

$4.55juta

G

eran Progra

m

1,600Ibu Bapa

dan Pengasuh

912Keluarga Kurang Bernasib Baik

4,700

Penerima Manfaat

658Warga

Tua yang Lemah

361Kanak-Kanak & Beliadengan Cabaran Pembelajaran dan Pembangunan

Page 4: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Pesanan Pengerusi

2

Berdiri Seiring Warga Singapura dan Keluarga Mereka Tahun Kewangan (FY) 2012-2013 telah membolehkan Temasek Cares (“TC”) berdiri seiring lebih daripada 4,700 warga Singapura dan keluarga mereka. Kami bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruhan – Pertubuhan Kebajikan Sukarela (“VWOs”), agensi pemerintah, sektor pentadbiran dan pertubuhan akar umbi bagi tujuan ini. Empat belas program telah dimulakan, termasuk model jagaan baru dan berbeza yang:

• menyediakan campur tangan di pusat jagaan pelajar bagi kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran daripada keluarga yang menghadapi cabaran sosial

• membangunkan keupayaan masyarakat kejiranan untuk menjaga warga tua yang sakit

• menyediakan penjagaan sementara bagi warga tua dan penjaga mereka

• menyokong belia berisiko di tempat kerja

$4.55 juta dalam bentuk geran telah disediakan bagi program-program ini.

Membangunkan Model Jagaan Baru dan BerbezaTC memberikan tumpuan kepada program yang membina keupayaan baru dalam jagaan sosial dan kesihatan. Kami menggalakkan rakan kongsi kami untuk merintis model jagaan berbeza demi mencapai hasil yang lebih baik bagi penerima. Satu contoh bukti kejayaan program konsep ialah program Temasek Cares-IMPACTT. Program perintis itu dimulakan 2 tahun lalu bagi membantu ibu bapa mempelajari kemahiran baru demi memupuk tingkah laku lebih baik dalam diri anak mereka yang mempunyai keperluan istimewa. Kajian penyelidikan yang dijalankan rakan kongsi kami, KK Women’s and Children’s Hospital (“KKH”) ke atas lebih 1,500 ibu bapa telah mengesahkan keberkesanan model ini. Maklum balas yang dikumpul daripada ibu bapa juga telah membolehkan KKH menyesuaikan model ini mengikut keperluan tempatan. Saya gembira melaporkan bahawa program ini telah mendapat sokongan pembiayaan daripada pemerintah dan akan dilanjutkan kepada lebih ramai ibu bapa.

Program Temasek Cares-TRiC juga telah membuat kemajuan penting. TRiC bertujuan memperkenalkan terapi yang dibantu teknologi di Pusat Pemulihan Harian. Prototaip pertama yang direka dan dibina Singapore Polytechnic kini berada di tahap-tahap terakhir pembangunan dan ujian pengguna dijangka bermula lewat 2013.

Page 5: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

3

Perbincangan Meja Bulat tentang AutismeKami membantu menyelaras perbincangan meja bulat tentang autisme. Buat pertama kali, VWOs dan pemimpin industri bertemu untuk melakar sekitaran, mengenal pasti jurang dalam khidmat penjagaan bagi warga autistik dan membangunkan huraian baru. Para peserta bersetuju memulakan 4 program baru yang:

• membolehkan keluarga menyediakan sekitaran di rumah yang sesuai untuk anak mereka yang autistik

• menyokong kanak-kanak autistik yang akan memasuki peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah

• membina keupayaan Institut Pendidikan Teknikal untuk mengintegrasi pelajar autistik

• menyediakan dermasiswa bagi kanak-kanak autistik daripada keluarga yang menghadapi cabaran sosial

Lebih daripada $2.5 juta dalam bentuk geran telah disediakan bagi program-program ini. Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dalam masa 2-3 tahun akan datang.

Saya juga gembira melaporkan bahawa kami telah memberikan 11 anugerah pendidikan baru bagi melatih pendidik dan pakar terapi peringkat awal kanak-kanak. Sebaik mereka lulus, pelajar-pelajar ini akan membantu meningkatkan keupayaan sektor keperluan istimewa bagi menyokong kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran dan pembangunan, termasuk mereka yang autistik.

Lebih Banyak Dana bagi Memenuhi Keperluan Baru dan BerbangkitDana-dana program dijangka tumbuh sehingga 50% dalam masa 3 tahun akan datang. Apabila TC ditubuhkan pada 2009, kami diberikan hadiah endowmen $100 juta daripada Temasek Holdings.

Tidak lama kemudian, sejumlah $70 juta diterima daripada Endowmen Ee Peng Liang dan Endowmen Balaji Sadasivan, yang telah dikenal pasti untuk membina keupayaan sektor keperluan istimewa dan jagaan kesihatan.

Pihak Temasek Trust telah diberi kepercayaan bertindak sebagai pengawas dana-dana itu. Dari FY 2013-2014, TC akan mendapat lebih banyak dana daripada endowmen-endowmen ini bagi memenuhi keperluan baru dan berbangkit dalam masyarakat. Para Pengarah dan saya rasa bertuah diberikan peluang ini untuk meninggalkan kesan sosial lebih besar. Kami ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada Temasek Holdings dan Temasek Trust kerana kemurahan hati dan bimbingan mereka.

Terima KasihSebagai penutup, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami yang telah bekerjsama untuk membangunkan dan melaksanakan program-program bermakna. Saya berterima kasih kepada anggota Lembaga Pengarah dan pasukan Pengurusan kerana sumbangan dan dedikasi mereka. Dalam kami memasuki tahun operasi yang kelima, kami berharap dapat membina kerjasama baru dan menyentuh kehidupan lebih ramai warga Singapura.

Yang Ikhlas,

Richard MagnusPengerusi

Page 6: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Lembaga Pengarah

4

Page 7: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

5

1. Richard MagnusPengerusi

2. Pang Cheng LianBendahari

3. Mohd Salleh MaricanPengarah

4. Vemala K RajamanickamPengarah

5. Goh Yong SiangPengarah

6. Benedict CheongPengarah

7. Zainul Abidin RasheedPengarah

1 4 5

6 72 3

Page 8: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Perbincangan Meja Bulat tentang Autisme

6

Temasek Cares (“TC”) telah mengadakan perbicangan meja bulat tentang autisme pada 19 April 2012. Matlamat utama perbincangan meja bulat itu adalah untuk:

• lebih memahami sekitaran autisme di Singapura, dan struktur sokongan sedia ada

• memahami cabaran, mengenal pasti jurang perkhidmatan yang mungkin ada dan keperluan tertentu

• memikirkan idea untuk inisiatif baru atau program perintis, dan menyelaraskan kerjasama supaya dapat mengukuhkan struktur sokongan

Perbincangan meja bulat itu dipengerusikan Encik Richard Magnus, Pengerusi TC dan Profesor Ho Lai Yun, Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di KK Women’s and Children’s Hospital (“KKH”). Menghadiri perbincangan itu adalah anggota lembaga TC dan wakil-wakil daripada KKH, Centre for Enabled Living, National Council of Social Service (“NCSS”), Autism Resource Centre (“ARC”), Autism Association of Singapore, St Andrew’s Autism Centre dan Rainbow Centre (“RC”).

Para peserta mengakui bahawa lebih banyak yang boleh dilakukan untuk menyokong dengan lebih baik semakin ramai kanak-kanak dalam masyarakat yang didiagnosis menghidap penyakit spektrum autisme (“ASD”). Ini akan melengkapi banyak program-program pencegahan awal dan keperluan istimewa yang telah pun dilaksanakan pemerintah. Perbincangan meja bulat itu mengenal pasti beberapa perkara yang patut diberikan lebih banyak bantuan masyarakat:

• latihan dan bantuan bagi ibu bapa dan pengasuh• pengurusan integrasi dan peralihan• meningkatkan kualiti, menetapkan standard dan

membina set kemahiran

• melakukan kajian berstruktur• sokongan bagi orang dewasa yang autistik

Menyusuli perbicangan itu, TC menyediakan dana permulaan di bawah Endowmen Ee Peng Liang kepada agensi-agensi untuk membangunkan program-program perintis sebagai respons kepada perkara-perkara yang telah dikenal pasti. Pembiayaan kami membolehkan KKH memulakan program bagi membantu ibu bapa dan pengasuh menyediakan sekitaran yang selamat dan sesuai di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu program baru untuk membantu kanak-kanak autistik berintegrasi lebih baik di pusat pra-sekolah dan sekolah rendah. ARC memberi tumpuan kepada memberi sokongan kepada kanak-kanak autistik di sekolah menengah. Akhir sekali, NCSS memulakan program dermasiswa bagi keluarga berpendapatan rendah dan yang memerlukan dengan anak-anak yang menyertai program pencegahan awal (“EIPIC”). Program-program baru itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap dalam FY 2013-2014.

Program-program lain yang sudah pun disokong oleh TC yang memberi manfaat kepada kanak-kanak keperluan istimewa termasuk: Program Pendekatan Terapi bagi Kanak-Kanak Pra-Sekolah (TOPPS); program-program menyokong pelajar dengan keperluan pembelajaran dan pembangunan dari Northlight School dan Assumption Pathway School; program membantu ibu bapa memupuk tingkah laku lebih baik dalam anak-anak mereka yang mempunyai masalah pembangunan (IMPACTT); program menawarkan sokongan pekerjaan bagi lulusan Metta School; dan anugerah pendidikan bagi pakar terapi dan guru pencegahan awal.

Page 9: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

7

Program-Program daripada Perbincangan Meja Bulat tentang Autisme

SAFE – Membina Keupayaan di Rumah Kanak-Kanak AutistikProgram bagi membina keupayaan di rumah-rumah kanak-kanak dengan ASD ini dilaksanakan oleh KKH dan akan membantu 360 penerima bagi tempoh 3 tahun. Keluarga-keluarga akan diberi keupayaan menyokong kanak-kanak ASD melalui lawatan ke rumah oleh pasukan silang bidang KKH termasuk seorang pakar paediatrik, pakar psikologi, pakar jurupulih pekerjaan, pakar terapi pertuturan dan bahasa serta petugas kes. Sokongan diberikan dalam bentuk pendidikan-psiko, bantuan sekitaran, pembangunan komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Kajian tentang hasil program akan dijalankan National Institute of Education.

Sokongan bagi Pelajar Autistik di Sekolah MenengahProgram perintis oleh ARC membantu pelajar autistik supaya dapat berintegrasi di Institute of Technical Education (“ITE”) dan menamatkan pengajian dengan berjaya. Program itu, yang dilaksanakan sekumpulan pakar autisme daripada ARC, akan merangkumi 2 komponen – (i) analisis keperluan dan campur tangan langsung bagi pelajar-pelajar seperti latihan kemahiran sosial; dan (ii) latihan dan khidmat runding cara bagi ITE membina keupayaan dalam menyokong pelajar autistic. Program perintis 3 tahun itu, akan membantu purata 25 pelajar setiap tahun.

Program Peralihan bagi Kanak-Kanak Pra-Sekolah yang AutistikProgram perintis oleh RC dan AWWA akan membantu kanak-kanak yang menghidap ASD pada peringkat peralihan berbeza semasa tahun-tahun pra-sekolah mereka. Kanak-kanak ini akan menghadiri EIPIC dan pra-sekolah atau beralih daripada program di rumah ke pra-sekolah. Kumpulan pakar daripada RC dan AWWA akan membantu membina keupayaan di pusat pra-sekolah untuk:

• melaksanakan Model Peralihan oleh KKH yang menyasarkan keperluan teras kanak-kanak yang menghidap ASD

• bekerja secara langsung dengan guru-guru untuk menguruskan keperluan teras kanak-kanak yang menghidap ASD dan menyelaraskan pelaksanaan strategi sokongan

Program ini akan membantu 180 kanak-kanak bagi tempoh 2 tahun dan akan ditadbir NCSS.

Dermasiswa EIPICPusat EIPIC menyediakan terapi dan perkhidmatan sokongan pendidikan awal bagi kanak-kanak istimewa berusia antara 1 hingga 6 tahun. Pada masa ini, 17 pusat EIPIC dikendalikan Pertubuhan Kebajikan Sukarela yang menyediakan khidmat bagi sekitar 1,500 kanak-kanak, di mana sekitar 50% daripada mereka dikenal pasti menghidap ASD. Program Dermasiswa EIPIC yang baru membolehkan 315 kanak-kanak istimewa daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan khidmat di pusat EIPIC. Program 2 tahun ini ditadbir NCSS.

Page 10: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

8

Program Dermasiswa Temasek Cares-EIPIC membolehkan kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik mendapatkan khidmat pencegahan awal di pusat EIPIC.

Foto: Cerebral Palsy Alliance of Singapore

Page 11: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

9

Bagi FY 2012-2013, Temasek Cares (“TC”) telah menyediakan $4.55 juta dalam bentuk geran bagi membantu Pertubuhan Kebajikan Sukarela menjalankan program-program yang akan mendatangkan manfaat kepada warga Singapura yang kurang bernasib baik dan keluarga mereka. Geran-geran itu diketepikan bagi membiayai 14 program beberapa tahun dalam bidang Keperluan Istimewa, Kesihatan Mental, Warga Tua, dan Keluarga serta Belia Kurang Bernasib Baik.

Geran-geran Program – Komitmen bagi FY 2012-2013

KEPERLUAN ISTIMEWA• IMPACTT (Melibatkan dan Memberi Motivasi kepada

Ibu Bapa dan Pengasuh Melalui Latihan)• Projek Membina Keupayaan Keperluan Istimewa• Program Peralihan Untuk Bertugas • Program-program bagi Pelajar Assumption Pathway

School

BELIA / KELUARGA BERISIKO• Projek SPARK (Ibu-bapa yang Berjaya dan Kanak-Kanak Berdaya Tahan) • A PLUS (Program Akademik bagi Keperluan

Pembelajaran dan Pelajar Kurang Bernasib Baik) • Anugerah STAR untuk Bekas Pesalah

WARGA TUA• TRiC (Pemulihan dibantu Teknologi dalam Masyarakat)• Projek Membina Keupayaan Jagaan Kesihatan • CAN (Bantuan Prihatin daripada Jiran) • iPAL (Penggalak Bersepadu bagi Penghidupan Aktif)

KESIHATAN MENTAL• iCommunity@North • ESS (Khidmat Sokongan Pekerjaan) • YouthReach

Program-program yang dibiaya perlu mempunyai hasil yang jelas dan boleh disahkan, model khidmat yang boleh diubah skalanya dan rancangan jangka panjang melebihi tempoh pembiayaan awal TC. Program-program yang dibiaya melalui dana Endowmen Ee Peng Liang direka untuk membina keupayaan dalam sektor Keperluan Istimewa sementara program-program yang dibiaya melalui dana Endowmen Balaji Sadasivan pula untuk membina keupayaan sektor Jagaan Pertengahan dan Jangka Panjang.

Program-program TC bagi FY 2012-2013 akan membantu 4,700 penerima. Secara tidak langsung, program-program ini juga akan memberi manfaat kepada ramai ahli keluarga dan pengasuh. Jumlah penerima yang dilaporkan tidak termasuk mereka yang mengikuti program yang bermula tahun-tahun sebelumnya (dan dengan sedemikian telah dikira lebih awal) tetapi masih tersenarai sebagai komitmen geran program bagi FY 2012-2013.

Program-program bagi FY 2012-2013

Bidang Tumpuan bagi Pembiayaan(% daripada Jumlah Pembiayaan)

Belia / Keluarga berisikoWarga

Tua

23%

24%

27%

26%

Kesihatan Mental

Keperluan Istimewa

Page 12: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Program IMPACTT merupakan kerjasama dengan KK Women’s and Children’s Hospital (“KKH”) bagi melatih ibu bapa menangani kelakuan buruk anak mereka yang mempunyai pelbagai keperluan pembangunan. Kanak-kanak ini mempunyai pelbagai masalah pembangunan seperti kelewatan kognitif, pertuturan, komunikasi dan pembangunan sosial. Keluarga-keluarga menerima latihan di Signposts – sebuah program keibu-bapaan yang direka oleh Parenting Research Centre of Australia bagi keluarga yang mempunyai anak-anak dalam kumpulan usia 3-15 tahun. Temasek Cares menyediakan dana pembiayaan awal untuk memastikan program itu dapat dimampui keluarga yang memerlukan, memastikan keberkesanan model program dan menyesuaikannya supaya ia bersesuaian dalam konteks tempatan.

Sejak 2011, lebih daripada 1,500 ibu bapa telah menjalani latihan melalui IMPACTT. Seramai 184 kakitangan daripada pusat pencegahan awal, pusat pra-sekolah, sekolah khas, pusat khidmat keluarga dan pertubuhan kebajikan sukarela lain telah dilatih dan disahkan sebagai penyelaras Signposts.

Dapatan tentang hasil dan keberkesanan IMPACTT telah mengesahkan bahawa ibu bapa rasa kurang tertekan dan lebih perkasa setelah selesai menjalani latihan. Mereka juga telah melaporkan tingkah laku dan kesan pembangunan lebih baik dalam anak mereka yang menghadapi masalah pembangunan.

Dengan kejayaan program ini, KKH mempunyai rancangan untuk menterjermah bahan latihan IMPACTT ke bahasa-bahasa utama Singapura supaya dapat mendekati lebih ramai ibu bapa.

10

IMPACTT(Melibatkan dan Memberi Motivasi kepada Ibu Bapa dan Pengasuh Melalui Latihan) Rakan kongsi: KK Women’s and Children’s Hospital

Hasil Kajian tentang IMPACTT Berdasarkan 1,000 borang tinjauan sama yang diberikan sebelum dan selepas peserta menghadiri latihan di bawah program IMPACTT, ibu bapa menyatakan yang mereka jelas kurang terganggu, tertekan, murung dan resah setelah selesai menjalani latihan 5 minggu. Mereka juga menyatakan rasa lebih yakin dan berpuas hati dengan kemampuan mereka menangani anak mereka dan memberikan markah yang menunjukkan tingkah laku anak mereka telah menjadi lebih baik.

Tambahan lagi, tinjauan itu menunjukkan 3 bulan setelah selesai menjalani latihan hasil yang sama dapat dikekalkan, menandakan pengekalan kemahiran setelah sekian masa berlalu. Jumlah bapa yang mengambil bahagian dalam program itu didapati lebih tinggi daripada tinjauan serupa di Australia, dan ini mungkin menunjukkan penyertaan secara berpasangan lebih ketara di Singapura.

Memandangkan hasil seperti yang tersebut di atas, program IMPACTT jelas telah menunjukkan manfaat menyediakan latihan bagi ibu bapa untuk menangani tingkah laku anak mereka yang mencabar.- KKH Department of Child Developmentt

Page 13: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Program Peralihan Untuk BertugasRakan kongsi: Bizlink Centre

11

Pelajar yang kurang bernasib baik menghadapi banyak cabaran dalam mendapatkan pekerjaan dan kekal bekerja setelah mereka meninggalkan sekolah. Setelah meninggalkan bangku sekolah pada usia muda, mereka sering kali kurang kematangan dan kemahiran untuk bertahan di tempat tugas. Dalam tinjauan yang dijalankan Bizlink Centre, sebab-sebab yang biasa diberikan oleh lepasan sekolah kerana berhenti kerja adalah:

• tidak serasi dengan rakan sekerja atau penyelia

• pengaruh kawan-kawan yang telah berhenti kerja

• tidak dapat menangani kesukaran atau masalah di tempat tugas, seperti masa kerja yang panjang, perlu melakukan kerja kasar, dimarahi pelanggan

• kurang minat dan keyakinan

• kurang sokongan ibu bapa

Lepasan sekolah ini mungkin tidak mendapat sokongan secukupnya daripada program-program sedia ada yang kebanyakannya menyasarkan orang dewasa yang lebih berusia. Ramai juga yang tidak layak menerima sokongan di bawah program bagi mereka yang mempunyai keperluan istimewa. Untuk memenuhi keperluan ini, Temasek Cares dan Bizlink telah menyediakan program perintis bagi membantu lepasan sekolah muda membuat peralihan daripada alam persekolahan ke tempat tugas. Dibiayai melalaui dana Endowmen Ee Peng Liang, program ini bertujuan membantu 200 lepasan sekolah bagi tempoh 2 tahun.

Di bawah program ini, setiap lepasan sekolah menjalani penilaian vokasional yang dilakukan oleh jurupulih pekerjaan dan pakar psikologi di Bizlink. Mereka kemudian ditempatkan dalam tugas yang paling sesuai dan menerima sokongan daripada jurulatih pekerjaan. Jurulatih pekerjaan bekerjasama dengan majikan untuk menyediakan sekitaran pekerjaan yang membina. Lepasan sekolah itu juga menerima sokongan guru, petugas khidmat sosial keluarga dan pegawai alumni sekolah yang mengambil bahagian seperti Northlight School dan Assumption Pathway School.

Pendekatan pengurusan kes ini membantu menyatukan semua pemegang taruhan untuk memastikan peralihan lancer untuk mula bertugas bagi lepasan sekolah muda.

Foto: Bizlink Centre

Page 14: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

12

Projek Membina Keupayaan Keperluan IstimewaRakan kongsi: National Council of Social Service

Program bagi Pelajar Assumption Pathway School

Projek Membina Keupayaan Keperluan Istimewa menawarkan anugerah pembelajaran bagi membantu sektor keperluan istimewa merekrut dan melatih tenaga kerja lebih mahir. Penerima anugerah haruslah mempunyai keghairahan bagi sektor ini, dan setuju berkhidmat di sebuah Pertubuhan Kebajikan Sukarela yang diluluskan untuk satu tempoh masa selepas lulus sekolah. Sejak 2011, projek itu telah memberikan 22 anugerah kepada pelajar yang bersiap menjadi pakar fisioterapi, jurupulih pekerjaan, pakar terapi pertuturan dan guru pencegahan awal.

Projek ini telah diberikan dana tambahan bagi menawarkan lebih banyak anugerah. Bagi tahun 2013, jumlah anugerah yang diberikan bagi guru pencegahan awal telah ditambah kepada 15. Beberapa insentif baru juga telah ditambah untuk menjadikan anugerah itu lebih menarik. Projek ini ditadbir National Council of Social Service dan dibiaya melalui Endowmen Ee Peng Liang di bawah Temasek Cares.

Penerima Anugerah:

Ang Cai Wen, Brenda Tan Yan Ni, Eleanor Tan Yin Shi, Goh Yee Chee dan Wong Pei Shan Diploma Psikologi Kanak-kanak dan Pendidikan Awal, Ngee Ann Polytechnic

Athirah Bte Rosli, Cristy Ang Cin Yin, Julia Tan Shu En, Png Jia Min dan Zulaikha Binte Ismail Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ngee Ann Polytechnic

Michelle Yap Jia Qi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Temasek Polytechnic

Nadiah Binte Muhamed Amin Diploma Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Temasek Cares (“TC”) mengukuhkan sokongannya bagi pelajar kurang bernasib baik di Assumption Pathway School dengan geran baru bagi menyediakan dermasiswa pendidikan dan pakar bantuan pembelajaran. Dermasiswa pendidikan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membantu membantu mereka dalam perbelanjaan berkaitan pelajaran. Pakar bantuan pembelajaran seperti jurulatih celik huruf dan pakar psikologi pendidikan membantu pelajar dengan keperluan pembelajaran mereka untuk lebih memahami kurikulum. TC juga membiayai program yang menyediakan pekerja khidmat sosial keluarga membantu keluarga bermasalah.

Foto: Temasek Cares

Young Dawn Patricia Chuan YuSarjana Sains (Pertuturan & Patologi Bahasa), National University of Singapore

Foto: Temasek Cares

Page 15: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

13

Yap Zhi Yuan, 18, lulusan Northlight School, mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Runcit melalui program Temasek Cares-Peralihan Untuk Bertugas yang menyediakan penilaian vokasional, tapisan kerja, pemadanan kerja dan sokongan kerja kepada pelajar muda dan kurang bernasib baik.

Foto: Bizlink Centre

Page 16: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

14

A PLUS (Program Akademik bagi Keperluan Pembelajaran dan Pelajar Kurang Bernasib Baik)Rakan kongsi: Yayasan MENDAKI

Pusat jagaan pelajar di sekolah-sekolah menyediakan jagaan bagi pelajar sekolah rendah berusia antara 7-14 tahun. Pusat-pusat itu beroperasi di dalam kawasan sekolah dan dikendalikan Pertubuhan Kebajikan Sukarela atau pengendali swasta.

Kebanyakan pelajar di pusat jagaan pelajar di sekolah datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau kurang bernasib baik. Pelajar-pelajar ini mendapat manfaat daripada jagaan dan pemantauan sebelum atau selepas sekolah yang diberikan pusat-pusat ini. Buat masa ini, kebanyakan pusat-pusat sedemikian memberi tumpuan kepada penjagaan pastoral. Tidak banyak pusat-pusat yang mempunyai sumber mencukupi untuk memberikan sokongan akademik berstruktur bagi para pelajar.

Program perintis oleh Yayasan MENDAKI dan Temasek Cares ini bertujuan meningkatkan keupayaan pusat jagaan pelajar bagi membantu pelajar yang mengambil masa lebih lama untuk memahami pelajaran. Program ini bertujuan membantu lebih 240 pelajar bagi tempoh 2 tahun di 2 pusat jagaan pelajar di 2 sekolah. Setiap pusat dilengkapi lebih ramai guru-guru untuk membantu pelajar memperbaiki kemahiran celik huruf, nombor dan I.T. Para pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran mendapat sokongan daripada pakar keperluan pembelajaran luar. Konsep utama adalah pembelajaran sosial dan emosional. Semua pelajar dilengkapi dengan kemahiran sosial dan emosional untuk membantu mereka menjadi warga berjaya di masa hadapan.

Program ini juga memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan yang perlu lebih banyak bantuan membayar yuran program.

Anugerah STAR bagi Bekas PesalahRakan kongsi: Yellow Ribbon Fund

Anugerah STAR Yellow Ribbon Fund - Temasek Cares membantu bekas pesalah membina semula hidup mereka. Program ini menawarkan dermasiswa kepada bekas pesalah yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos latihan kemahiran dan vokasional. Latihan ini akan membantu mereka mendapatkan kemahiran baru supaya mereka boleh mendapatkan pekerjaan dan berdikari, kedua-duanya merupakan mercu tanda penting dalam usaha mereka menyertai semula masyarakat.

Temasek Cares mengesahkan sokongannya bagi bekas pesalah dengan geran baru bagi menyediakan 15 anugerah STAR untuk setahun lagi.

Foto: Yayasan MENDAKI

Page 17: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

15

Program Temasek Cares-A PLUS menyediakan bantuan akademik berstruktur bagi kanak-kanak di pusat jagaan pelajar yang berpangkalan di sekolah. Sokongan pakar turut disediakan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembangunan.

Foto: Yayasan MENDAKI

Page 18: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Projek Membina Keupayaan Jagaan KesihatanRakan kongsi: Agency for Integrated Care

Projek Membina Keupayaan Jagaan Kesihatan menawarkan anugerah pembelajaran bagi membantu sektor Jagaan Pertengahan dan Jangka Panjang (“ILTC”) merekrut dan melatih tenaga kerja lebih berkemahiran. Program itu diadakan sebagai respons kepada masalah kekurangan kronik pakar terapi dan jururawat dalam sektor itu. Setelah lulus, penerima anugerah setuju berkhidmat di sebuah institusi ILTC yang diluluskan pilihan mereka bagi tempoh masa yang dipersetujui. Sejak tahun 2011, projek itu telah memberikan 7 anugerah bagi melatih pakar terapi dan jururawat. Temasek Cares mengesahkan semula komitmennya kepada sektor ILTC dengan geran baru bagi membiayai 12 anugerah bari untuk tempoh 2 tahun lagi. Ini termasuk anugerah baru, Diploma Pentadbiran Jagaan Kesihatan. Projek ini ditadbor oleh Agency for Integrated Care (“AIC”) dan dibiayai menerusi Endowmen Balaji Sadasivan di bawah kelolaan Temasek Cares.

Penerima Anugerah:

Cik Nur Atiqah binte Sidek Diploma Fisioterapi, Politeknik Nanyang

Puan Liaw Lay KianNITEC in Nursing, ITE College East

Jawatankuasa Pemilih:Cik Philomena Liew, Penolong Pengarah Kejururawatan, Changi General Hospital • Cik Vivian Lim, Naib Presiden, Singapore Physiotherapist Association • Cik Florence Cheong, Presiden, Singapore Association of Occupational Therapist • Cik Doris Chan, Pengurus (Klinikal), Nanyang Polytechnic • Cik Aw Thong Lin, Pensyarah, School of Health Sciences, Ngee Ann

16

Polytechnic • Cik Mae Tang Sheue Yin, Pemangku Pengurus Kursus/Ketua Bahagian, Jabatan Kejururawatan, School of Applied and Health Sciences, ITE College East • Encik Tay Wei Sern, Timbalan Pengarah, Pengurus Sains Kesihatan dan Kursus, Allied Health, ITE College East, dan Wakil-Wakil daripada AIC serta Temasek Cares.

TRiC (Pemulihan dibantu Teknologi dalam Masyarakat)Rakan kongsi: Agency for Integrated Care

TRiC membantu membina keupayaan bagi Pusat Pemulihan Harian (DRCs) di Singapura. Pihak Agency for Integrated Care dan Singapore Polytechnic (SP) akan membangunkan dan menguji teknologi-teknologi yang bertujuan meningkatkan kecekapan operasi pusat-pusat ini dan memperbaiki kesan klinikal bagi para pesakit. Temasek Cares menyediakan dana permulaan bagi 4 projek melalui Endowmen Balaji Sadasivan.

Prototaip bagi 4 projek ini kini di tahap akhir penyempurnaan dan ujian pengguna dijangka bermula lewat tahun 2013. SP bekerja rapat dengan DRCs yang dikendalikan St. Andrew’s Community Hospital dan Asian Women’s Welfare Association tentang rekaan dan ujian peralatan, selain daripada mendapatkan maklum balas daripada pesakit dan kakitangan. Prototaip terakhir dijangka akan dilaksanakan dalam masa 1-2 tahun akan datang.

Page 19: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

17

Puan Liaw Lay Kian (kiri) menerima anugerah pembelajaran di bawah Temasek Cares-Projek Membina Keupayaan Jagaan Kesihatan. Beliau sedang mengikuti kursus diploma NITEC dalam bidang Kejururawatan selama 2 tahun di ITE College East.

Foto: Agency for Integrated Care

Page 20: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

18

CAN (Bantuan Prihatin daripada Jiran)Rakan kongsi: Agency for Integrated Care

Jumlah warga tua yang tinggal sendiri di Singapura diunjurkan akan mencapai 61,000 menjelang tahun 2020 dan 83,000 menjelang tahun 2030. Lebih 70 peratus daripada mereka berusia 61-80 tahun dan menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, hyperlipidemia (kandungan lemak berlebihan dalam darah) dan kencing manis. Hampir 15% menghidap masalah psikiatrik seperti demensia dan kemurungan. Warga tua yang tinggal sendiri tanpa sokongan penjaga sering tidak dapat menguruskan kesihatan mereka dengan baik. Mereka tidak, atau tidak mampu, mematuhi rejim pengambilan ubat atau pelan rawatan yang telah ditetapkan akibat penafian, kurang pemahaman tentang kesihatan atau jemu makan ubat. Hasilnya, mereka menghadapi risiko kesihatan yang cepat menjadi semakin teruk.

Agency for Integrated Care (“AIC”) dan Temasek Cares telah menyediakan program perintis, yang dikenali sebagai CAN (Bantuan Prihatin daripada Jiran), untuk membantu golongan warga tua yang berisiko menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik. Di bawah program ini, pengasuh masyarakat yang terlatih mengunjungi warga tua di rumah dan memantau kesihatan serta memberikan bantuan setiap hari. Mereka membantu warga tua itu memahami tentang penyakit yang dihidapi, mengingatkan mereka untuk makan ubat dan mengukur penunjuk utama kesihatan. Pemantauan setiap hari akan membantu mengenal pasti perubahan kesihatan yang negatif lebih awal dan membawa kepada campur tangan perubatan yang lebih tepat pada masanya. Pendekatan sedemikan bagi pengurusan penyakit kronik akan mengukuhkan sistem sokongan kejiranan dan membolehkan warga tua menjalani hari-hari tua di kawasan mereka sendiri.

Program perintis ini menyasarkan 2 kawasan di Taman Jurong dan Bukit Merah yang mempunyai konsentrasi

warga tua yang tinggi. Ia menyasarkan untuk berkhidmat bagi 100 klien bagi tempoh 2 tahun. Satu rangkaian yang mempunyai penjaga masyarakat yang direkrut daripada kawasan kejiranan menyediakan khidmat berikut:from the neighbourhood provide the following services:

• memastikan ubat dimakan dengan betul dan pada waktunya

• mengambil tekanan darah, kadar degupan jantung, kadar glukosa dalam darah, berat badan jika diperlukan

• membantu membuat temujanji perubatan dan terapi

• mendampingi dan menjalinkan warga tua kepada perkhidmatan bersesuaian yang diperlukan

Pengasuh masyarakat diselia oleh jururawat berdaftar terlatih dan pengurus kes di Pusat Aktiviti Warga Tua di kejiranan itu. Jika program perintis ini berjaya, AIC merancang mengembangkan rangkaian pengasuh masyarakat ke lebih banyak kawasan.

Foto: Temasek Cares

Page 21: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

191919

iPAL (Penggalak Bersepadu bagi Penghidupan Aktif) Rakan kongsi: Agency for Integrated Care

Jumlah penduduk Singapura yang berusia 65 tahun ke atas akan bertambah kepada 900,000 menjelang tahun 2030. Lebih ramai warga tua akan menghidap penyakit Alzheimer’s, demensia, kemurungan dan penyakit mental yang lain. Walaupun perkhdimatan sokongan boleh didapatkan di Pusat Jagaan Harian Demensia, program alternatif diperlukan untuk membolehkan warga tua yang menghidap penyakit mental menjalani hari-hari tua di kawasan mereka sendiri.

Warga tua yang menghidap demensia yang kekal di rumah mengharapkan penjaga mereka untuk sokongan. Bagaimanapun, ramai penjaga yang tidak memahami penyakit itu sepenuhnya dan kurang kemahiran untuk memberikan jagaan optimal. Penjaga juga mendapati semakin sukar dan tertekan untuk menangani keadaan apabila penyakit itu bertambah buruk.

Agency for Integrated Care, Khoo Teck Puat Hospital (“KTPH”) and Temasek Cares telah menubuhkan program, iPAL (Penggalak Bersepadu bagi Penghidupan Aktif), untuk menyediakan kegiatan bermakna dan merangsang minda kepada warga tua yang menhidap demensia di rumah mereka. Kegiatan sedemikan membantu warga tua mengekalkan fungsi kognitif, fizikal dan mental mereka. Kunjungan-kunjungan itu juga memberikan kelegaan kepada anggota keluarga supaya mereka dapat mengikuti sesi latihan demensia atau mengambil bahagian dalam rangkaian sokongan.

Pasukan demensia di KTPH menyediakan kurikulum latihan berstruktur untuk melatih penyedia jagaan tentang penjagaan demensia. Mereka juga menyediakan sokongan berlanjutan kepada pengasuh apabila diperlukan. Ini akan meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menyokong meningkatnya jumlah warga tua yang menghidap demensia.

Program ini menyasarkan untuk berkhidmat kepada 200 orang warga tua dan penjaga mereka bagi tempoh 3 tahun. Pada permulaannnya, ia akan memberi tumpuan kepada keluarga di kawasan utara Singapura, yang menjadi sebahagian program Temasek Cares-iCommunity@North. Jika berjaya, program ini akan dilanjutkan kepada lebih ramai keluarga yang memerlukan di seluruh Singapura. Program ini dibiaya melalui Endowmen Balaji Sadasivan.

Foto: Temasek Cares

Page 22: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

20

Program Temasek Cares-TRiC membolehkan Singapore Polytechnic dan Pusat Pemulihan Harian membangunkan dan menguji alat terapi yang dibantu teknologi bagi memperbaiki kesan kepada pesakit.

Foto: Agency for Integrated Care

Page 23: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

iCommunity@North Rakan kongsi: Agency for Integrated Care

iCommunity@North merupakan program yang menyediakan khidmat perubatan dan sosial bersepadu bagi warga tua yang menghidap demensia dan penyakit mental. Rangkaian bersepadu ini menyatukan agensi khidmat sosial, jagaan kesihatan dan masyarakat untuk menyediakan khidmat melalui sistem sokongan masyarakat sedia ada seperti pusat kegiatan warga tua, pusat khdimat keluarga, pusat kesejahteraan, doktor biasa dan hospital. Khidmat-khidmat itu disediakan melalui pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Campur Tangan Masyarakat (“COMIT”) dan Pasukan Sumber Masyarakat, Pendekatan dan Sokongan (“CREST”).

Agency for Integrated Care telah memilih kawasan utara Singapura bagi melaksanakan fasa pertama perkampungan kesihatan mental masyarakat. Pihak Thye Hua Kwan Moral Charities menjalankan program CREST yang memberikan tumpuan kepada meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental melalui program pendekatan, mengenal pasti warga tua yang menunjukkan tanda-tanda awal dan gejala demensia, dan memberikan sokongan emosional asas kepada warga tua dan penjaga mereka. O’Joy Care services mengendalikan pasukan COMIT yang menyediakan khidmat kaunseling, pendidikan psikologi dan penyelarasan jagaan kepada warga tua selain daripada menyediakan latihan dan sokongan bagi penjaga. Khoo Teck Puat Hospital (“KTPH”) menyediakan latihan dan sokongan kepakaran sumber bagi rakan kongsi masyarakat program CREST dan COMIT. Jalinan, proses rujukan dan model khidmat yang digunakan antara program-program ini dan KTPH dapat dibangunkan dan dilanjutkan kepada perkhidmatan berteraskan masyarakat yang lain seperti Jagaan Harian Demensia dan Pusat Pemulihan Harian pada fasa akan datang.

Khidmat Sokongan PekerjaanRakan kongsi: Singapore Anglican Community Services

Dimulakan pada tahun 2010, program Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan menyediakan sokongan pekerjaan kepada orang yang dalam proses pemulihan daripada penyakit mental. Di bawah program ini, Singapore Anglican Community Services bekerja rapat dengan kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan suasana kerja yang sesuai dan pemadanan kerja yang betul. Tekanan juga diberikan dalam mencipta kesedaran dan penerimaan di tempat tugas. Temasek Cares meneruskan sokongannya bagi program ini dengan geran baru untuk membantu 250 penerima.

YouthReachRakan kongsi: Singapore Association for Mental Health

YouthReach menyediakan sokongan berteraskan masyarakat kepada belia yang menghadapi masalah mental yang teruk dan keluarga mereka. Masalah ini termasuk penyakit seperti skizofrenia, kecelaruan mood, keresahan dan penyakit obsesif-kompulsif. Program ini bekerjasama dengan anggota keluarga, penjaga dan rakan masyarakat lain untuk membantu belia membangunkan kemahiran sosial dan fungsi supaya dapat berfungsi dengan selamat bersama keluarga dan masyarakat. Sejak tahun 2009, Temasek Cares telah menyediakan dana untuk meningkatkan program ini dengan talian 24 jam dan komponen mentor. Lebih daripada 200 kanak-kanak dan keluarga mereka telah mendapat manfaat daripada program ini.

21

Page 24: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

22

YouthReach merupakan program yang disokong Temasek Cares yang membantu belia dengan cabaran mental berintegrasi dengan masyarakat.

Foto: Singapore Association for Mental Health

Page 25: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Senarai Program dan Maklumat Perhubungan bagi Tahun Kewangan (FY) 2012-2013

Keperluan IstimewaTemasek Cares – IMPACTTKK Women’s and Children’s HospitalTel: 6337 7646, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Projek Membina Keupayaan Keperluan IstimewaNational Council of Social ServiceTel: 6589 5516, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Program Peralihan Untuk BertugasBizlink CentreTel: 6449 5652, Email: [email protected]

Belia / Keluarga BerisikoTemasek Cares – Projek SPARKYayasan MENDAKITel: 6478 3108, 6478 3103E-mel: [email protected]

Temasek Cares – A PLUSCHAMPS Network School Based Student Care CentreYayasan MENDAKITel: 6270 4230, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Anugerah STARYellow Ribbon Fund SecretariatTel: 6214 2867, E-mel: [email protected]

Program bagi Pelajar Assumption Pathway SchoolAssumption Pathway SchoolTel: 6879 3900, E-mel: [email protected]

Warga TuaTemasek Cares – TRiCAgency for Integrated CareTel: 6603 6961, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Projek Membina Keupayaan Jagaan KesihatanAgency for Integrated CareTel: 6603 6800, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – CANAgency for Integrated CareTel: 6603 6832, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – iPALAgency for Integrated CareTel: 6632 1105, E-mel: [email protected]

Mental HealthTemasek Cares – iCommunity@NorthAgency for Integrated CareTel: 6632 1006, E-mel: [email protected]

Temasek Cares – Khidmat Sokongan PekerjaanSingapore Anglican Community ServicesTel: 6584 4633, E-mel: [email protected]

YouthReachSingapore Association for Mental HealthTel: 6593 6424, E-mel: [email protected]

23

Page 26: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

24

Analisis Pengurusan

Dalam FY 2012-2013, Temasek Cares (“TC”) menjanjikan $4.55 juta dalam bentuk geran untuk membiaya 14 program. $3.17 juta diambil daripada dana Endowmen Utama bagi program-program yang meningkatkan kehidupan golongan warga Singapura dan keluarga mereka yang menghadapi cabaran sosial. Jumlah $0.69 juta daripada Endowmen Ee Peng Liang dan Endowmen Balaji Sadasivan setiap satu, masing-masing digunakan untuk program yang meningkatkan keupayaan dalam sektor khidmat sosial dan jagaan kesihatan. Program-program itu apabila dilaksanakan sepenuhnya akan memberi manfaat kepada lebih 4,700 penerima. Secara tidak langsung, program-program itu turut memberi manfaat kepada pengasuh atau penjaga dan anggota keluarga mereka.

Geran program yang disediakan untuk FY 2012-2013 bertambah sebanyak 36% dalam tempoh setahun lalu sedang jumlah penerima yang dibantu meningkat sebanyak 33%. Ini melambangkan tahun keempat pertumbuhan dalam kedua-dua pembiayaan geran dan penerima yang dibantu sejak penubuhan TC pada tahun 2009. Dari FY 2013-2014, pembiayaan geran program dijangka meningkat secara signifikan. TC akan menggunakan peratusan lebih besar daripada endowmen-endowmen yang ada untuk memenuhi keperluan lebih ramai warga Singapura dan keluarga mereka. Ini termasuk jumlah $2.5 juta yang telah diketepikan untuk program-program baru yang telah dikenal pasti semasa perbincangan meja bulat mengenai autisme.

Nisbah perbelanjaan bagi FY 2012-2013 ialah 11%. Ini sejajar dengan matlamat kami untuk mengekalkan nisbah perbelanjaan pada kadar kurang 15%. Nisabah perbelanjaan dikira sebagai nisbah perbelanjaan operasi dan modal kepada geran program yang dijanjikan termasuk perbelanjaan bagi tahun itu.

Geran dijanjikan sepanjang tahun bagi program-program berbilang tahun yang dilaksanakan secara bertahap-tahap. Dana sebenar yang diagihkan bergantung kepada tahap pelaksanaan dan pencapaian memuaskan mengikut mercu tanda dan kesan yang telah dipersetujui.

Kos tenaga kerja lebih tinggi adalah disebabkan tambahan kakitangan kontrak. Kakitangan kontrak diperlukan untuk membantu menguruskan pertumbuhan dalam pembiayaan geran dan jumlah program yang disokong. Perbelanjaan operasi juga lebih tinggi dalam menyediakan laporan tahunan dalam empat bahasa. Bagaimanapun, penjimatan dapat dilakukan melalui perbelanjaan sewa. TC beroperasi dari International Involvement Hub (i2Hub), kawasan bebas sewa yang tercipta setelah ubah elok semula bangunan The Atrium@Orchard dan telah dikenal pasti sebagai kawasan untuk kegunaan pertubuhan kedermawanan.

Pihak pengurusan telah meletakkan struktur sokongan untuk memenuhi pertumbuhan dalam geran program dari FY 2013-2014. Pasukan pengurusan akan diperkukuhkan dengan penukaran kakitangan kontrak kepada kakitangan tetap. Satu sistem pengurusan maklumat juga akan disediakan bagi menyokong tugas harian pasukan pengurusan.

Pasukan PengurusanCik Woon Saet Nyoon, Pengurus Besar Encik Kee Kirk Chuen, Timbalan Pengurus Besar

Page 27: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

Sorotan Utama FY 2012-2013

Sorotan 3 Tahun

$4.55 jutaGeran Program

14Program

4,700Penerima Manfaat

11%Nisbah Perbelanjaan

Geran Program

15

3,200

3,750

15

$3.33 juta

$3.07 juta

$4.55 juta

14

4,700

Jumlah Program

Jumlah Penerima

FY 2010-2011

FY 2011-2012

FY 2012-2013

Laporan Pengarah dan Kenyataan Kewangan bagi Tahun Kewangan (FY) 2012-2013 boleh didapatkan di www.temasekcares.org.sg

Page 28: MERINTIS PROGRAM BARU - temasekfoundation-cares.org.sg · di rumah bagi anak autistik. Pihak Asian Women’s Welfare Association (“AWWA”) and RC bekerjasama bagi satu ... sokongan

REFLEKSI 2012-2013

Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan

Temasek Cares CLG LimitedCo Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2The Atrium@OrchardSingapore 238891Tel: (65) 6828 8752Fax: (65) 6828 8652www.temasekcares.org.sg

MERINTIS PROGRAM BARU DEMI MENJAGA WARGA SINGAPURA DENGAN LEBIH BAIK