merekabentuk sistem kawalan lampu isyarat untuk kenderaan kecemasan dengan menggunakan plc - siti...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

MEREKABENTUK SISTEM KAWALAN LAMPU ISYARAT UNTUK
KENDERAAN KECEMASAN DENGAN MENGGUNAKAN PLC
SITI NASTASHA BINTI NORDIN
B 010410107
Laporan ini dihantar bagi memenuhi keperluan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Instrumentasi dan Automasi)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
MEI 2008

ii
ABSTRAK
Kesesakan lalulintas merupakan satu fenomena yang memberi impak yang
besar terhadap sistem pengangkutan negara kita. Hal ini menyebabkan pelbagai
masalah timbul terutama apabila berlakunya hal-hal kecemasan di kawasan simpang
empat yang sentiasa sibuk dan padat dengan kenderaan. Tambah merumitkan apabila
laluan khas tidak disediakan untuk kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan
bomba untuk tujuan kecemasan ketika lampu isyarat merah (berhenti). Bagi
mengatasi masalah ini, satu sistem kawalan lampu isyarat untuk kenderaan
kecemasan direkabentuk. Dengan menggunakan kaedah Mesin Keadaan Terhingga
(Finite State Machine-FSM) dan perisian Pengawal Logik Boleh Aturcara
(Programmable Logic Controller-PLC),sistem ini beroperasi untuk memudahkan
kawalan trafik dan pengguna jalan raya yang lain apabila berlakunya kecemasan.
Lampu isyarat merah (berhenti) akan bertukar menjadi hijau (jalan) sekiranya
kenderaan kecemasan melalui penderia (sensor).Di samping itu,sistem yang
sempurna ini turut membantu mengurangkan kemalangan yang kerap berlaku di
lampu isyarat simpang empat disebabkan kenderaan lain berhimpit-himpit untuk
memberi laluan kepada kenderaan kecemasan. Di harap sistem ini mampu mengawal
keadaan lalulintas di sesebuah negara dengan lebih baik malah meningkatkan
teknologi sistem lampu isyarat yang sedia ada.

iii
ABSTRACT
Traffic congestion problem is the phenomena which contributed a huge
impact to the transportation system in our country. These will caused many
problems especially when there are an emergency cases that happened at four
junction traffic light which always busy and stuck with a lots of commuters. The
situation becomes more crucial when special routing unprovided to emergency
vehicle as ambulance, police and fireman to emergency purposes when red sign
light (stop). To overcome this miserable situation, a traffic light controller system
for emergency vehicle had designed. This system is operating based on Finite State
Machine (FSM) as a method and Programmable Logic Controller (PLC) to help
traffic controlling and also other road user when emergency occurs. When the
sensor receives emergency signals, it changes the traffic red light (stop) to the green
light (go) spontaneously. In addition, this perfect system also helps to reduce
accidents which often happen at the traffic lights four junctions because of other
vehicle had to huddle for given route to emergency vehicle. In hope, this system will
take control of traffic situation of a country with better, in fact improving present
traffic light systems technology.

1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan projek
Malaysia merupakan antara negara-negara membangun dunia ketiga atau
lebih dikenali sebagai negara industri baru. Seperti yang kita ketahui, istilah
membangun boleh diklasifikasikan dengan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Antaranya, kemajuan dalam kemudahan lingkaran jalan raya yang sempurna. Ini
adalah kerana jalan raya merupakan elemen perhubungan yang penting.
Sejajar dengan taraf Malaysia sebagai sebuah negara yang kian pesat
membangun, sistem perhubungan darat dianggap dominan dan digunakan secara
menyuluruh bagi menjalankan segala aktiviti sama ada di kawasan bandar mahupun
luar bandar. Malah, jalan raya merupakan satu cara yang paling efisien, cepat dan
menjimatkan kos pengangkutan di dalam sistem pengangkutan domestik. Dengan
kemudahan lingkaran jalan raya yang canggih, Malaysia kini mampu bersaing
dengan negara membangun yang lain contohnya Singapura, Hong Kong, Korea dan
Taiwan.
Menurut statistik perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pangangkutan
Jalan Malaysia pada tahun 2003, bilangan kenderaan berdaftar meningkat sebanyak
8% setiap tahun. Pada tahun 1996, jumlah kenderaan berdaftar dilaporkan sebanyak
7.7 juta (7,686,684 buah kenderaan) dan jumlah tersebut semakin meningkat
sehingga mencecah angka 12 juta pada tahun 2002. Kini, jumlah kenderaan yang

2
berdaftar telah mencecah sehingga 14.8 juta (14,816,407 buah kenderaan) sehingga
akhir tahun 2006. Ini menunjukkan pengguna jalan raya semakin hari semakin
bertambah berdasarkan jumlah peningkatan kenderaan di jalan raya. Hal ini juga
disebabkan masyarakat Malaysia kini berlumba-lumba mengejar kemajuan untuk diri
sendiri. Penambahan penduduk Malaysia juga merupakan antara faktor penambahan
bilangan kenderaan di Malaysia.
Peningkatan mendadak bilangan kenderaan dianggar akan menyulitkan lagi
pergerakan lalulintas di dalam negara. Peningkatan kesesakan lalulintas ini turut
dirasai oleh kawasan bandar lebih-lebih lagi bandaraya Malaysia, Kuala Lumpur.
Ciri-ciri dan konteks masalah kesesakan adalah berbeza dari satu bandaraya ke
bandaraya lain. Dalam konteks di bandaraya Kuala Lumpur, ‘Single Occupancy
Vehicle’ (SOV) iaitu kereta yang membawa pemandu sendiri sahaja dipercayai
menjadi faktor utama masalah kesesakan di pusat bandar. Namun begitu, terdapat
juga pelbagai faktor kesesakan lalulintas antaranya, sikap atau perangai manusia,
kelakuan masyarakat umum dan sistem lampu isyarat itu sendiri.
Pelbagai kesan diperolehi akibat masalah kesesakan lalulintas ini. Antara yang
boleh difokuskan ialah masalah kenderaan kecemasan. Kenderaan kecemasan boleh
dikategorikan sebagai ambulans, kereta polis, kereta bomba dan kenderaan Di Raja.
Seperti yang umum ketahui, penggunaan kenderaan kecemasan di jalan raya tidaklah
sekerap kenderaan persendirian. Ini kerana, penggunaannya diperlukan apabila
terdapat hal-hal kecemasan sahaja. Contohnya kenderaan ambulans; penggunaannya
amatlah penting dari segi masa kerana ianya melibatkan nyawa dan perlu di hantar
segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Tambah merumitkan lagi,
dengan sistem lampu isyarat sedia ada, masa yang banyak diperuntukkan bagi
membolehkan ambulans sampai ke destinasinya.
Oleh itu, satu kajian dan pengubahsuaian sistem yang berterusan harus
dilakukan bagi mengatasi masalah kenderaan kecemasan ini.
1.2 Gambaran projek

3
Projek ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan satu sistem lampu
isyarat untuk kenderaan kecemasan. Projek ini akan dilengkapi dengan perisian dan
perkakasan. Satu perisian dengan menggunakan CX-programmer akan direkabentuk
melalui satu kaedah iaitu Mesin Keadaan Terhingga (Finite State Machine-FSM).
Dengan menggunakan Pengawal Logik Boleh Aturcara (Programmable Logic
Controller-PLC), perisian CX-programmer ini akan disimulasi bertujuan untuk
mengawal keseluruhan projek.
1.3 Penyataan masalah
Kemajuan sesebuah negara dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Seperti yang
umum ketahui, sistem pengangkutan jalan raya merupakan antara faktor terpenting di
mana satu sistem lingkaran jalan raya yang sempurna, cepat dan menjimatkan
dipraktikkan dalam sistem lalulintas di negara kita. Namun begitu, sistem ini turut
mempunyai pelbagai masalah. Antaranya:
1. Sistem jalan raya di Malaysia tidak dilengkapi dengan kaedah atau cara yang
mudah dan selamat jika terjadinya hal-hal kecemasan. Kaedah ini penting
dalam menjamin keselamatan jika berlakunya hal-hal yang tidak dijangka;
contohnya jika berlakunya sebarang kemalangan yang melibatkan nyawa
seseorang.
2. Masa yang lama diperuntukkan bagi mengawal kesesakan jalan raya
sekiranya berlakunya kecemasan. Contohnya memberi laluan kepada
ambulans untuk cepat dan selamat sampai ke hospital/klinik. Dengan
menggunakan sistem yang sedia ada, masa yang lama diperuntukkan bagi
mengatasi masalah ini. Hal ini akan mengundang pelbagai masalah lain
contohnya nyawa pesakit akan terancam jika terlewat mendapatkan rawatan
yang sewajarnya.

4
3. Lalulintas menjadi semakin sesak akibat kenderaan yang berhimpit-himpit
ketika memberi laluan kepada kenderaan kecemasan. Apabila mendengar
siren ambulans, kenderaan yang berada di hadapan akan memberi laluan
kepada ambulans. Namun, kawasan yang sempit akan menyesakkan keadaan
dan kenderaan lain terpaksa berpusu-pusu memberi laluan kepada ambulans.
Adakalanya, sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu mengalah akan
merumitkan masalah ini.
4. Dengan mengambil jalan mudah, kenderaan kecemasan terpaksa melanggar
lampu isyarat merah (berhenti) untuk tujuan kecemasan. Hal ini boleh
berlakunya kemalangan yang lain di antara kenderaan-kenderaan dari
simpang yang lain.
1.4 Objektif projek
Oleh yang demikian, pelbagai idea tercetus bagi mengatasi masalah ini agar
kesesakan jalan raya yang kian meruncing dapat dikurangkan terutamanya kesesakan
akibat kenderaan kecemasan. Selain itu, pelbagai kemudahan turut diperolehi.
Antaranya:
1. Memudahkan kenderaan kecemasan melalui jalan-jalan utama ketika
terjadinya hal-hal kecemasan terutamanya ambulans.
2. Sistem ini mampu mengawal sistem lampu isyarat empat simpang dengan
memberi laluan terus kepada kenderaan kecemasan sekiranya lampu isyarat
merah (berhenti).
3. Mengelakkan kesesakan di kawasan lampu isyarat disebabkan kenderaan lain
terpaksa berhimpit-himpit untuk memberi laluan kepada kenderaan
kecemasan ketika siren dibunyikan.
4. Mengurangkan kadar kemalangan disebabkan kenderaan kecemasan terpaksa
bergegas menuju destinasi.

5
5. Membantu menjimatkan masa khasnya untuk kenderaan kecemasan dalam
menjalankan tugas.
6. Meningkatkan taraf teknologi kawalan lampu isyarat di negara kita setanding
negara-negara membangun yang lain.
1.5 Skop projek
Umumnya, setiap projek mempunyai skop atau had yang tersendiri sebagai
petunjuk. Bagi melaksanakan projek ini, terdapat beberapa skop yang meliputi dua
bahagian iaitu :
Tempat :
a. Tertumpu kepada lampu isyarat simpang empat.
b. Simpang empat di kawasan bandar di mana menjadi jalan utama ke hospital/
klinik.
c. Sistem akan beroperasi untuk satu kenderaan kecemasan dalam satu masa
sahaja.
Kenderaan :
a. Umumnya kepada kenderaan kecemasan. Tetapi bagi projek ini, kajian dan
perlaksanaan khasnya tertumpu kepada ambulans sahaja.
b. Ambulans yang berada dalam keadaan kecemasan yang mampu
mengaktifkan penderia (sensor).
1.6 Ringkasan laporan
BAB 1: Bab ini menerangkan tentang pengenalan projek. Bab ini turut
meliputi gambaran awal projek, pernyataan masalah, objektif
projek, dan skop projek

6
BAB 2: Bab ini menerangkan mengenai jurnal yang telah dikaji dan di
analisis untuk dijadikan kajian ilmiah. Terdapat beberapa
jurnal yang telah dikaji dimana jurnal ini mempunyai objektif
yang sama dengan projek ini namun menggunakan pendekatan
yang berlainan.
BAB 3: Bab ini menerangkan mengenai Pengawal Logik Boleh
Aturcara dan perisian CX-Programmer
BAB 4: Bab ini menerangkan mengenai metodologi projek iaitu
perkembangan projek. Bagi bab ini akan diterangkan secara
terperinci mengenai pembangunan perisian dan pembinaan
perkakasan.
BAB 5: Bab ini menerangkan mengenai keputusan dan analisis yang
telah dilakukan setelah perisian dan perkakasan
diantaramukakan.
BAB 6: Bab ini menerangkan mengenai kesimpulan dan cadangan
untuk projek jika ianya mampu dikembangkan untuk masa
hadapan.

7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur adalah satu cara untuk mendapatkan sumber rujukan dan
maklumat-maklumat berkenaan projek yang dibangunkan. Bagi projek ini, terdapat
pelbagai jenis maklumat yang berkenaan iaitu fokus lebih kepada tajuk iaitu
merekabentuk sistem lampu isyarat untuk kenderaan kecemasan. Terdapat beberapa
jurnal yang di analisis dan dikaji untuk melihat perbandingan di antara sistem yang
telah di bina mahupun yang akan di bangunkan ini. Jurnal-jurnal yang di kaji
mempunyai cara dan sistem tersendiri bagi mengatasi masalah kenderaan kecemasan
ini.

8
2.2 Kajian Kes
Kajian kes merupakan satu alternatif untuk mengkaji cara atau inisiatif pereka
lain yang mempunyai tajuk dan tujuan yang sama. Kajian ini dilakukan berdasarkan
sistem yang mempunyai hubung kait atau persamaan dengan projek yang akan di
bangunkan. Terdapat beberapa perbezaan dari segi sistem yang dibangunkan atau
penggunaan alat.
2.2.1 Kajian Kes 1
(Traffic light control means for emergency-type vehicle oleh Michael T.
Robertson)
Sistem rekaan ini adalah berhubung kait dengan sistem kawalan lampu
isyarat untuk kenderaan kecemasan dengan menggunakan papan plot yang
mempunyai gambarajah lalulintas samaada jalan utama, jalan kecil atau lebuh raya.
Setiap bentuk atau jenis jalan akan dipaparkan di atas papan plot. Sejenis pen khas
digunakan untuk melukis gambaran laluan kenderaan kecemasan samaada ianya akan
diterima atau tidak. Kemungkinan sebarang laluan yang dilukis akan disambungkan
kepada komputer pengawal dan komputer pengawal ini akan memberi arahan kepada
kenderaan kecemasan. Sebelum menghantar arahan, komputer pengawal akan
memastikan jalan yang di pilih untuk laluan kenderaan kecemasan akan
mengaktifkan peta isyarat signal (traffic signal map) seterusnya menukarkan sistem
lampu isyrat yang akan dilalui oleh kenderaan kecemasan.[7]

9
Gambarajah 2.0 : Papan plot yang mempunyai paparan lalulintas
2.2.2 Kajian Kes 2
(Emergency traffic control system with security transmission coding oleh
Levi L. Rose)
Sistem lampu isyarat yang dibina adalah sistem kawalan lampu isyarat
kecemasan yang dikhaskan untuk kenderaan kecemasan sahaja. Penderia yang
menggunakan sistem kod penghantar (transmit) telah disediakan di dalam setiap
kenderaan kecemasan. Manakala penderia penerima (receiver) telah disediakan dan
ditetapakan di setiap lampu isyarat. Apabila kenderaan kecemasan melalui jalan-
jalan utama, kod akan dihantar dalam bentuk frekuensi dan penerima akan menerima
sebarang isyarat. Apabila penerima mendapat signal dan memastikan kod yang
dihantar dari kenderaan kecemasan, barulah lampu isyarat akan bertukar merah
disemua simpang menandakan keadaan kecemasan. Jadi, kenderaan kecemasan akan
mendapat laluan khas untuk sampai ke destinasi.[7]
PEN YANG DIGUNAKAN UNTUK MELUKIS GAMBARAN LALUAN DI
ATAS PAPAN PLOT

10
Gambarajah 2.1 : Bentuk frekuensi kenderaan kecemasan
Gambaran kod yang dihantar dalam bentuk frekuensi oleh penderia
penghantar dan diterima oleh penderia penerima.
KOD YANG DIHANTAR OLEH KENDERAAN
KECEMASAN
MASA
KOD

11
2.2.3 Kajian Kes 3
(Emergency vehicle warning and traffic control system oleh Michael R.
Smith, Paul J. Davidson dan Henry L. Pfister)
Gambarajah 2.2 : Gambaran jalan raya simpang empat.
Sistem lampu isyarat yang di bina oleh pereka ini adalah bertujuan untuk
memberi amaran awal kepada kenderaan kecemasan untuk mencari jalan keluar dari
kesesakan lalulintas. Hal ini bertujuan untuk memudahkan kenderaan kecemasan
sampai dengan cepat ke destinasi. Amaran awal kecemasan akan dipaparkan untuk
menunjuk arah atau jalan dimana kenderaan kecemasan sedang menghampiri.
Disamping itu, ianya juga akan menunjukkan kawasan kesesakan lalulintas di setiap
simpang.
Penderia penghantar (transmitter) berada di kenderaan kecemasan akan
menghantar signal kecemasan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Signal ini
akan diterima secara langsung oleh penderia penerima (receiver) secara infrared
(I.R). Penderia penerima ini akan diletakkan di setiap simpang dan berfungsi untuk
KENDERAAN KECEMASAN
PUSAT KAWALAN
SIGNAL KECEMASAN DIKESAN SECARA
INFRARED

12
menerima signal dari penghantar. Pusat kawalan akan memproses data atau signal
yang di hantar oleh penderia penerima dan ianya akan mengawal segala operasi
sistem lampu isyarat dan pergerakan kenderaan lain dimana simpang kenderaan
kecemasan berada.
Pusat kawalan juga membekalkan keluaran untuk memaparkan isyarat di
setiap simpang dimana ianya memaparkan mesej dan simbol berkenaan arah
perjalanan kenderaan kecemasan. Tambahan pula, sistem paparan juga memaparkan
keadaan kenderaan kecemasan samada belum atau sudah melepasi simpang. Selepas
kenderaan kecemasan melepasi simpang untuk menuju destinasi, secara
automatiknya sistem untuk kenderaan kecemasan akan di nyahaktifkan dan sistem
bertukar seperti asalan. [7]
2.2.4 Kajian Kes 4
(Traffic signal light control for emergency vehicles oleh Carl J. Obeck)
Sistem kawalan lampu isyarat yang direka dimana mempunyai komunikasi
dua hala di antara kenderaan kecemasan yang melalui jalan yang sibuk dan sesak
dengan lampu isyarat yang akan dilaluinya. Sistem kawalan ini telah ditetapkan
untuk menyimpan beberapa pola atau corak berkenaan jangkaan respon yang bakal
berlaku untuk mengawal lalulintas. Ini bermakna, sistem ini mempunyai cara yang
efektif dan berkesan untuk mengawal lalulintas yang sentiasa sibuk dan sesak
disebabkan banyak kenderaan lain di jalan raya.
Melalui rekaan ini, mekanisme kawalan lampu isyarat ini akan menerima
arahan dari kenderaan kecemasan. Apabila mekanisme mendapat arahan, ianya akan
mencari pola untuk keadaan kecemasan dan menghantar signal terus ke pusat
penghantar. Pusat penghantar seterusnya akan memberi arahan kepada lampu isyarat
untuk membenarkan kenderaan kecemasan mendapat laluan kecemasan. Sistem
simpanan pola untuk kawalan lampu isyarat tadi akan menghantar respon terhadap
segala keadaan ke pusat penghantar.

13
Sistem ini akan menyimpan banyak lagi pola atau corak jangkaan respon
lampu isyarat untuk mengawal lalulintas lebih-lebih lagi laluan simpang empat.
Namun begitu, sistem ini masih tidak sempurna kerana ianya tidak mampu
beroperasi sekiranya terdapat beberapa keadaan yang tidak dipastikan sebelumnya.
[7]
Gambarajah 2.3 : Pandangan atas lalulintas simpang empat
2.2.5 Kajian Kes 5
(Emergency vehicle detection system oleh William E. Brill)
Sistem ini adalah satu sistem untuk mengesan kehadiran kenderaan
kecemasan. Sistem ini adalah untuk memberi kepekaan kepada pemandu lain
terhadap kenderaan kecemasan yang menghampiri untuk mendapat laluan terus di
hadapan.
KENDERAAN KECEMASAN
MENGHANTAR DATA
MEKANISME YANG
MENYIMPAN POLA LALULINTAS
PUSAT PENGHANTAR
LAMPU ISYARAT

14
Sistem ini telah menyediakan satu alat pengesan bunyi kepada semua
kenderaan dan satu alat yang membekalkan bunyi kecemasan untuk kenderaan
kecemasan (ambulans khususnya). Alat di kenderaan kecemasan akan menghasilkan
dan menghantar signal bunyi. Bagi kenderaan kecemasan yang berada dalam
keadaan kecemasan, suis akan di aktifkan untuk menjana signal bunyi dan ianya akan
disambungkan kepada siren. Ini bermakana, apabila siren dibunyikan, secara
automatik signal bunyi turut mengeluarkan gelombang untuk memberi arahan kepada
pemandu di hadapan. Pemandu lain akan mendapat arahan melalui alat paparan yang
berada di dalam kenderaan. Alat paparan di dalam kenderaan akan disetkan pola atau
corak gelombang bagi ambulans. Apabila ambulans menghantar gelombang bunyi,
tranduksi bunyi akan membaca gelombang untuk mendapat kepastian jenis
kenderaan. Jika terdapat persamaan pola untuk kenderaan kecemasan, barulah
kenderaan lain akan memberi laluan terus. [7]
Gambarajah 2.4 : Pandangan sisi antara kenderaan kecemasan dan kenderaan biasa
Gambarajah menunujukkan gelombang yang dihasilkan oleh ambulans akan
menyebabkan kenderaan di hadapan memberi laluan terus. Ini bermakana, ambulans
akan mendapat laluan kecemasan disebabkan kenderaan lain tidak lagi bersesak di
jalan raya.
KENDERAAN KECEMASANKENDERAAN BIASA
ALAT YANG MENGELUARKAN GELOMBANGGELOMBANG DARI
AMBULANS

15
2.2.6 Kajian Kes 6
(Automated traffic control system having an interactive emergency vehicle
warning therein oleh Jeremiah W. Pearson)
Definasi bagi sistem keutamaan lalulintas adalah satu sistem yang
dilaksanakan oleh kenderaan kecemasan di jalan raya simpang empat. Satu signal
yang direka sebagai signal eletronik kedua (sekunder) dan sistem pemancar, dengan
secara elektronik merupakan satu sumber dan akan di hantar ke pusat pengawal
lampu isyarat seperti lampu isyarat tiga warna (tricolour).
Sistem ini akan menggantikan signal elektronik primer untuk mendapatkan
satu sistem yang bertentangan dengan sistem lampu isyarat biasa. Salah satu lampu
isyarat, biasanya warna kuning, akan dipilih untuk menjadi signal elektronik kedua.
Signal ini akan memaparkan ikon berkenaan keadaan kecemasan. [7]
Gambarajah 2.5 : Lampu isyarat tiga warna
WARNA KUNING YANG MEMPUNYAI DUA JENIS SIGNAL

16
Gambarajah 2.6 : Ikon keadaan kecemasan
Gambarajah ini memaparkan isyarat kecemasan dan di paparkan di lampu isyarat warna kuning.
2.2.7 Kajian Kes 7
(Traffic light control for emergency vehicles oleh Wilbur L. Mitchell)
Satu sistem kawalan lampu isyarat untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan
memudahkan kenderaan kecemasan untuk mendapatkan laluan kecemasan dimana
radio penghantar (transmitter) dan antena telah dibekalkan di dalam kenderaan
kecemasan. Radio akan menghantar signal kepada satu atau lebih kenderaan biasa
yang berada berdekatan. Beberapa radio penerima (receiver) telah diletakkan di
setiap lampu isyarat simpang empat untuk mendapat signal kecemasan dari
kenderaan kecemasan yang melalui simpang itu. Kod signal yang pertama meliputi
frekuensi untuk kenderaan kecemasan yang pertama manakala yang kod signal kedua
meliputi frekuensi untuk kenderaan yang berlainan.
Signal-signal yang dihantar akan memberi pelbagai pola lampu isyarat
samaada dalam keadaan biasa ataupun keadaan kecemasan. Ini bermakna, apabila
penerima menerima signal dari penghantar kenderaan kecemasan, sistem lampu
isyarat untuk kenderaan kecemasan akan diaktifkan.[7]

17
2.2.8 Kajian Kes 8
(Traffic light control for emergency vehicles oleh Wilbur L. Mitchell)
Gambarajah 2.7 : Kenderaan kecemasan melalui simpang empat
KENDERAAN KECEMASAN
PUSAT KAWALAN

18
Satu sistem kawalan lampu isyarat untuk kenderaan kecemasan dengan
menggunakan sistem isyarat bulatan induktif (inductive traffic loops). Isyarat bulatan
induktif terletak di simpang empat untuk menentukan dua keadaan samaada
kenderaan aktif atau kenderaan pasif.
Apabila berada dalam keadaan kenderaan aktif, ini bermakna isyarat bulatan
induktif mengesan kehadiran kenderaan kecemasan. Elemen pasif yang berada
dibulatan akan menghantar tag ID dan ianya menghantar maklumat ke penerima
yang berada di dalam kenderaan kecemasan. Kenderaan kecemasan akan menghantar
semula signal kecemasan dan memberi arahan kepada pusat kawalan. Pusat kawalan
akan memproses signal yang di hantar. Selepas di pastikan data yang di hantar ialah
dari kenderaan kecemasan, barulah sistem lampu isyarat akan berubah kepada
keadaan kecemasan.
Apabila berada dalam keadaan kenderaan pasif, ini bermakna penerima yang
berada di simpang tidak diaktifkan dan sistem lampu isyarat berada dalam keadaan
sedia ada. [7]
Gambarajah 2.8 : Isyarat bulatan induktif di simpang empat
PUSAT KAWALAN
ISYARAT BULATAN INDUKTIF (inductive traffic loops).
LAMPU ISYARAT

19
BAB 3
PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA
(PROGRAMMABLE LOGIC CONTROL-PLC)
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai Pengawal Logik Boleh Aturcara
(Programmable Logic Control) di mana sistem kawalan ini digunakan bagi
mengawal lampu isyarat bagi projek Sistem Kawalan Lampu Isyarat untuk
Kenderaan Kecemasan yang akan dibangunkan ini. Dalam bab ini, pengenalan,
fungsi, kelebihan, rekabentuk, jenis, dan lain-lain berkenaan Pengawal Logik Boleh
Aturcara akan di bincangkan dengan lebih terperinci. Melalui ciri-ciri yang telah
dibincangkan, ianya akan menunjukkan mengapa dan bagaimana Pengawal Logik
Boleh Aturcara dipilih bagi projek ini.
3.2 Pengenalan Kepada Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC)

20
Dalam era baru yang serba maju, canggih dan kian mencabar ini kursusnya
dalam persaingan dunia industri dan permodenan teknologi, kita hendaklah sentiasa
fleksibel dan peka mengenai perkembangan informasi teknologi dunia kerana ianya
sejajar dengan perkembangan dunia teknologi dan automasi. Selain itu, sebagai
negara yang meningkat maju, Malaysia perlu mengambil peluang untuk
meningkatkan prestasi negara setanding negara maju lain.
Perkembangan teknologi yang begitu positif menyebabkan pelbagai kebaikan
pada negara lebih-lebih lagi di sektor industri. Hal ini menyebabkan pelbagai jenis
sistem kawalan telah diwujudkan sejajar dengan perkembangan teknologi dinegara
kini yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sistem kawalan ini dibangunkan
bertujuan untuk membantu dan memudahkan proses pengawalan sesuatu bahagian di
dalam industri termasuklah kelajuan proses, keboleh ulangan yang cepat dan
pengeluaran produk sesuatu syarikat industri. Kini terdapat pelbagai jenis sistem
kawalan yang ada di negara antaranya ialah hard-wire relay, sistem kawalan logik
dan sistem kawalan menggunakan komputer yang kerap digunakan di dalam industri
kini. Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan yang timbul jika
dibandingkan dengan penggunakan Pengawal Logik Boleh Aturcara.
3.3 Pengawal Logik Boleh Aturcara
Pengawal Logik Boleh Aturcara atau lebih mudah dikenali sebagai
Programmable Logic Control (PLC) telah digunakan secara meluas sekitar awal
tujuh puluhan (1970-an) dimana ianya berfungsi untuk menggantikan penggunaan
panel relay (geganti) yang lebih besar. Sejarah penciptaan PLC ini adalah dengan
tercetusnya idea daripada sekumpulan jurutera daripada Genaral Motors pada tahun
1968.

21
Pengawal Logik Boleh Aturcara ialah satu sistem kawalan yang
menggunakan komputer untuk mengawal sesebuah mesin atau pusat pemprosesan di
dalam sesuatu industri. Ia menggunakan memori yang boleh diprogramkan untuk
menyimpan arahan dan fungsi aturcara dengan lebih spesifik. Kebiasaannya, PLC ini
menggunakan mikropemprosesan yang tersendiri. Tidak seperti tujuan utama
komputer, PLC merupakan satu modul yang dipakejkan dan direka untuk mampu
bertahan pada perubahan suhu yang tinggi, habuk serta kekotoran, mempunyai
ketahanan mekanikal yang lebih kuat dan tahan pada sebarang getaran dan tekanan.
Seperti yang diketahui umum, penggunanaan PLC kini amat meluas dan
kepelbagaian. Ini kerana penggunaan PLC didalam sesuatu sistem kawalan dapat
mengurangkan kos pemasangan berbanding dengan sistem kawalan biasa yang
banyak menggunakan wayar dan terpaksa disambungkan kepada beratus-ratus
geganti (relay) dan pemasa (timer). Jadi dengan menggunakan PLC, sejumlah
geganti dan pemasa dapat dikurangkan sekaligus mampu mengurangkan kesalahan
ketika melakukuan pendawaian. Malah, kerosakan wayar turut diambil kira jika
ianya telah lama digunakan. Selain itu, dengan penggunaan PLC, kos pembaikan
mampu dikurangkan dan ianya hanya perlu dipantau dengan teliti. Penggunaan PLC
amat menyeluruh bukan sahaja mampu mengurangkan tapak ruang untuk
pendawaian jika dibandingkan dengan sistem geganti (relay), tetapi ianya mampu
beroperasi dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang masalah.
Pada masa kini, mustahil untuk mengubahsuai sesuatu sistem kawalan tanpa
membuat penyambungan atau sebaliknya dengan hanya satu wayar sahaja. Ini
bermakna, sekiranya dalam sesuatu bahagian yang mempunyai banyak
penyambungan atau pendawaian, ianya amat sukar mengubahsuai sesuatu litar
kerana untuk penyambungan hard-wire relay, ianya terpaksa dibuka kesemua litar
pendawaian dan dipasang semula. Ini akan mendatangkan kerugian masa dan
kewangan. Jadi, dengan penggunaan PLC, kerja akan menjadi lebih senang dan
mudah dengan hanya mengubahsuai perisian sebelumnya.[21]
Dengan kemajuan yang dicapai pada masa kini, PLC yang berada dipasaran
mampu berinteraksi dengan perisian yang dicipta khas sesuai dengan
penggunaannya. Oleh yang demikian, dengan terciptanya perisian CX-Programmer

22
ini, kerja-kerja untuk membina aturcara menjadi lebih mudah disamping dapat
mempercepatkan proses pengubahsuaian aturcara ini. [21]
Pengawal Logik Boleh Aturcara juga merupakan sistem elektronik digital
yang menggunakan sistem memori dengan melaksanakn fungsi-fungsi tertentu
antaranya kawalan on/off, pemasa (timing), pengiraan (counting), turutan
(sequencing), arimatik (arimethic) untuk mengawal samaada analog atau digital dan
pengurusan data (data handling).
Peningkatan permintaan yang tinggi oleh syarikat-syarikat industri dunia
menyebabkan terdapat pelbagai jenama yang dikeluarkan untuk memenuhi kehendak
aplikasi oleh pengguna. Antaranya ialah OMRON, ALLEN-BRADLEY, ABB,
MITSUBISHI, PHILIPS, SCHNEIDER, TEXAS INSTRUMENT, TOSHIBA,
SEIMENS dan lain-lain lagi. Fungsi kesemua PLC adalah sama dan ianya dapat
dibezakan melalui rajah tetangga untuk setiap PLC.
3.4 Kelebihan Pengawal Logik Boleh Aturcara
Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, penggunaan PLC amat popular
dan menyeluruh semenjak awal 1970-an lagi. Penggunaannya semakin meningkat
dan dianggap sebati didalam sektor industri lebih-lebih lagi didalam sektor industri
besar. Ini bermakna, penggunaannya mendatangkan keuntungan kepada syarikat dan
ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut merupakan kelebihan PLC yang
sudah dikenalpasti. Antaranya ialah:
a) Mudah dan senang ketika membuat penyambungan atau pengubahsuaian
litar.
b) Memerlukan masa, kos dan ruang yang minimum semasa pengoperasiannya.
c) Kos permulaan sesuatu projek yang murah.
d) Merekabentuk sistem dengan menggunakan perisian CX-Programmer.

23
e) Melakukan sebarang perubahan atau pertambahan fungsi hanya dengan
mengubah perisian sebelumnya.
f) Julat yang besar didalam aplikasi kawalan
g) Mudah dan cepat untuk menyelanggarakan masukan dan keluaran sesuatu
proses.
h) Mudah untuk mengesan dan mencari sebarang permasalahan yang berlaku
terhadap pendawaian perkakasan melalui perisian
i) Kebolehulangan yang tinggi untuk melakukan sesuatu proses
j) Penggunaan yang lebih fleksibel
3.5 Rekabentuk Perkakasan Pengawal Logik Boleh Aturcara
Sebenarnya, PLC adalah hampir sama dengan komputer dimana ianya terdiri
daripada tiga fungsi kawasan iaitu pemprosesan, ingatan dan masukan/keluaran.
Isyarat masukan ke PLC akan dibaca dan disimpan di dalam ingatan, dimana
pemprosesan akan melaksanakan arahan logik untuk masukan tersebut. Isyarat
keluaran akan dijana dan disambungkan pada perkakasan yang telah dibina selari
dengan pembangunan perisian.

24
Gambarajah 3.0: Sistem Pengawal Logik Boleh Aturcara
Unit memproses Pengawal Logik Boleh Aturcara merupakan bahagian utama
yang berfungsi untuk menyelaras dan mengawal segala operasi PLC. Unit
pemprosesan selalunya diletakkan paa satu bahagian ingatan didalam PLC. Selain
itu, unit pemprosesan di bahagikan kepada tiga bahagian yang lain iaitu Unit Pusat
Memproses (CPU), Unit Arimetik Logik (ALU) dan Memori.
Gambarajah 3.1: Gambarajah blok Unit Memproses
3.5.1 Unit Pusat Memproses (CPU)