meor atiqulrahman

17
MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAIN Lwn FATIMAH SIHI & YANG LAIN MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SEREMBAN MOHD NOOR ABDULLAH H [SAMAN NO: 22-13-98]

Upload: bahiyah-othman

Post on 12-Jun-2015

1.832 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Meor Atiqulrahman

MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAIN

Lwn

FATIMAH SIHI & YANG LAIN

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SEREMBANMOHD NOOR ABDULLAH H

[SAMAN NO: 22-13-98]

Page 2: Meor Atiqulrahman

DEFENDAN

• Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan

PLAINTIF

• Plaintif 1 pelajar tahun lima

• Plaintif 2 pelajar tahun tiga

• Plaintif 3 pelajar tahun dua

Page 3: Meor Atiqulrahman

Antara individu yang terlibat dalam kes pemakaian serban Meor Atiqulrahman

Hakim Mahkamah PersekutuanHakim Abdul Hamid Muhammad

Meor Atiqulrahman Ishak(kiri) dan lain-lain

Page 4: Meor Atiqulrahman

SKOP KES

• Pembuangan sekolah murid sekolah kerana memakai serban.

Sama ada plaintif-plaintif tidak didengar sebelum dibuang sekolah

• Larangan memakai serban di sekolah– Sama ada Gurubesar melampau bidangkuasa

Page 5: Meor Atiqulrahman

SKOP UNDANG-UNDANG PERBICARAANUNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN• Kebebasan berugama – Islam sebagai ugama Persekutuan –

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – Tafsiran dan maksud – Peraturan Pakaian Seragam Sekolah – Larangan memakai serban di sekolah – Sama ada melanggar Perkara 3 Perlembagaan – Sama ada tak sah, terbatal dan tak berkesan – Perlembagaan Persekutuan per. 3, 4, 11(1), 14, 89, 152, 153.

PERATURAN KEMENTERIAN• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Kementerian Pelajaran dan

Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang disediakan oleh Gurubesar adalah seperti dalam Lampiran yang disediakan.

• Peruntukan “Islam ialah ugama bagi Persekutuan” hendaklah ditakrifkan dan ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan khusus Perkara 89, 152, 153 dan 14. seperti dalam lampiran.

Page 6: Meor Atiqulrahman

PERKEMBANGAN KES

• Pada 10 November 1997, tiga orang murid, dua beradik dan sepupu mereka telah dibuang sekolah oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) Bandar Baru Serting kerana mereka mengingkari perintah guru besar dengan memakai serban ke sekolah. Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa dihalau dari sekolah itu. Akhirnya mereka dibuang sekolah.

Page 7: Meor Atiqulrahman

Rentetan Peristiwa Kes ini.

• 4 Ogos 1997Surat dihantar kepada penjaga murid supaya pakaian serban digantikn dengan songkok bagi mengelakkan tindakan disiplin.

• 2 September 1997Guru Besar mengarahkan murid itu menanggalkan serban dan memakai songkok, kalau tidak, diarahkan balik.

• 3 September 1997• Guru Besar mengetuk kepala plaintif pertama semasa plaintif

menerima hadiah dalam perhimpunan pagi dengan pensel sambil berkata, “kalau hendak sekolah di sini pakai songkok, kalau tidak pergi balik.” Dia pun balik.

• 5 September 1997Guru besar menggunakan PIBG bagi membuat arahan supaya penjaga menukarkan anaknya ke sekolah lain .

Page 8: Meor Atiqulrahman

Rentetan Peristiwa Kes ini.

• 6-14 September 1997 Plaintif pergi sekolah dan dihalau setiap hari.

• 27 September 1997Semasa merngambil peperiksaan, guru besar dating dan bertanya,”kenapa degil sangat?” sambil menumbuk muka sebelah kanan plaintif pertama dan terkena cincin dan mencederakannya. Dia disuruh balik walaupun tidak habis menjawab soalan. Dr. Ishak bin Abdullah mengesahkan ada memeriksa murid ini dan mendapati “blue black” di sebelah kanan muka murid itu. Laporan polis dibuat. Guru Besar tidak menafikan bulat-bulat. Beliau hanya membuat helah yang dia Cuma menunjukkan pensel ke kepala plaintif satu, dia hanya gesel pipi plaintif satu dengan kad dan tidak menumbuknya.

• 3 November 1997Surat buang sekolaj dikeluarkan kepada ketiga-tiga orang murid tersebut.

Page 9: Meor Atiqulrahman

PERBICARAAN PENGHAKIMANMengapa Pendakwaan Dilakukan

• Mereka plaintif mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai serban di sekolah di samping memakai pakaian seragam sekolah. Dalam penyata tuntutannya mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah kerana memakai serban, diketuk di kepala, ditumbuk dan diaibkan oleh Gurubesar perempuan sekolah itu. Akhirnya mereka dibuang sekolah kerana degil memakai serban bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah.

• Tuntutan pendakwaan dibuat kerana ia bertentang dengan kebebasan berugama, larangan membezakan kerana ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir. Selain itu juga mereka dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu. Selain itu, didorong oleh niat jahat tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti menggantungkan sekolah. Juga mereka dibuang sekolah atas dua perintah yang dikeluarkan oleh Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah dan Gurubesar.

Page 10: Meor Atiqulrahman

Pembelaan Oleh Tertuduh

• Defendan menegaskan bahawa plaintif dengan memakai serban di sekolah telah melanggar peraturan 3(f) (v) Peraturan Sekolah 1997 dan sebagai Gurubesar yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin sekolah beliau telah bertindak membuang mereka dari sekolah selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Mereka telah diberi peluang secukupnya untuk didengar walaupun tiada prosiding dijalankan yang memerlukan plaintif diberi hak untuk didengar.

Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA), Bandar BaruSerting.• 3. Pakaian• (f). Murid lelaki• (i). Baju putih lengan pendek, kasut getah putih , sarung kaki putih • dan samping warna biru gelap .• (i) Larangan pakaian• (i). Semua murid dilarang memakai jubah, turban(serban), topi, ketayap dan purdah.

Peraturan Sekolah 1997 Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang disediakan olehGurubesar di petik daripada Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah Surat pekelilingIkhtisas Bil. 3/1983, peraturan 2 (2.1.1)

PERBICARAAN PENGHAKIMAN

Page 11: Meor Atiqulrahman

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

• Pada 10 November 1997 Mahkamah Tinggi Malaya Seremban membatalkan keputusan guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya kerana memakai serban ke sekolah.

• Guru besar tiada bidang kuasa melarang semua murid memakai serban. Guru besar sudah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar yang haknya terletak pada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

Page 12: Meor Atiqulrahman

• Kementerian tidak melarang pakaian itu dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

• Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya. Mahkamah mengarahkan defenden membayar ganti rugi dan kos.

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Page 13: Meor Atiqulrahman

MENGAPA KEMENANGAN DALAM PENGADILAN BERPIHAK KEPADA PLAINTIF.

1. Guru besar dikatakan telah bertindak melampaui bidang kuasanya

- dengan menentukan dasar/policy mengenai pakaian seragam sekolah yang sepatutnya kuasa tersebut terletak pada bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar kononnya membuat larangan itu berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 yang membenarkan ; “Guru besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.” Guru besar cuba menjustifikasikan larangan itu dengan berkata masyarakat tempatan berasal dari pelbagai keturunan dan budaya. Anak mereka dating ke sekolah dengan topi lebar keliling, topi lebar di depan, pakai songkok jawa, pakaian lilit kepala ala orang kelantan. Alasan ini adalah tidak munasabah untuk melarang pelajar memakai serban. Berdasarkan Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983, Kementerian tidak melarang pemakaian serban tersebut. Oleh itu, larangan sekolah tersebut adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan kerana bercanggah dengan peraturan Kementerian. Selain itu juga, peraturan ini berkaitan dengan peraturan melarang murid lelaki memakai turban(serban) adalah juga terbatal dan tidak sah kerana ia melarang murid lelaki Sikh memakai turban sedangkan turban adalah wajib bagi orang Sikh.

Page 14: Meor Atiqulrahman

MENGAPA KEMENANGAN DALAM PENGADILAN BERPIHAK KEPADA PLAINTIF.

2. Keputusan gurubesar juga bercanggah dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama.

Kes ini dirujuk kepada kes Hjh. Halimatussaadiah bt. Hj. Kamaruddin v Public Services Commission Malaysia and Anor [1994] iaitu “ Kebebasan ugama yang dijamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak kerana Perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam, atau kemoralan. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan perayu untuk mengamalkan ugamanya. Pemakaian purdah tidak kena mengena denagan hak perlembagaan Perayu untuk menganuti dan mengamalkan ugama Islam.

Page 15: Meor Atiqulrahman

MENGAPA KEMENANGAN DALAM PENGADILAN BERPIHAK KEPADA PLAINTIF.

3. Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya berkaitan kesalahan memakai serban di sekolah

Page 16: Meor Atiqulrahman

MENGAPA KEMENANGAN DALAM PENGADILAN BERPIHAK KEPADA PLAINTIF.

4. Membelakangkan ugama Islam dan tidak selari dengan Perlembagaan persekutuan

Peraturan Pakaian Murid Seragam Sekolah 1997, Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 3/1983 (seperti dalam lampiran) adalah membelakangkan ugama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan dan kemudian didahulukan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Selain itu juga, dasar Kementerian Pelajaran ini juga bercanggah dengan ajaran sebenar Islam iaitu mengikut firman Allah dalam Surah Al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud “ 26. Hai anak Adam, sesunguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. Dan dari hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “ Seseorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan”. Dengan demikian Peraturan Sekolah 1997 dalam pemakaian murid lelaki iaitu “ Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua . Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai sekirannya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka”. Adalah tidak selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan ajaran Islam sebenar.

Page 17: Meor Atiqulrahman

KESIMPULAN

• Dalam kes ini, kemenangan perbicaraan adalah berpihak kepada pelajar di mana banyak bukti yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan dasar dan percanggahan dalam perlaksanaan di sekolah berkaitan dengan peraturan dan perundangan. Percanggahan terhadap peraturan kementerian dan perlembagaan menjadi alas an atau bukti kepada kekalahan kes ini yang telah memihak kepada pelajar bukan kepada guru dan sekolah. Oleh yang demikian, dasar dan perlembangaan haruslah menjadi rujukan sebelum apa-apa tindakan atau perlaksanaan yang dilakukan oleh organisasi bawahan supaya apa yang dilakukan tidak akan dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan.

• Oleh itu, kes ini secara keseluruhannya berbicara tentang dasar dan perlembagaan yang menjadi rujukan bagi semua organisasi di Malaysia. Setiap percanggahan terhadap dasar dan perlembagaan adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkesan.