menyingkap usaha mengekal dan mengembangkan bahasa, · pdf file1. pengenalan kertas ini...

21
MENYINGKAP USAHA MENGEKAL DAN MENGEMBANGKAN BAHASA, SASTERA DAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DALAM MASYARAKAT MAJMUK SINGAPURA Tajudin Jaffar Setiausaha, Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) ABSTRAK Sejak 1856, apabila sekolah Melayu pertama – Sekolah Rendah Teluk Blangah dibuka dan sejak 1965, Singapura mencapai kemerdekaan, apakah perkem- bangan yang telah berlaku pada bahasa Melayu di Singapura. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi Singapura, selain bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Adakah bahasa Melayu dapat dikekalkan penggunaannya dalam negara metropolitan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kerja dan sebagai bahasa antara rakyat. Bagaimanakah bahasa Melayu dirancang agar kekal digunakan oleh masyarakat yang lebih banyak meng- gunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Bagaimana pula dengan pendidikan bahasa Melayu? Adakah bahasa Melayu masih dipelajari di sekolah? Dengan meningkatnya kepelbagaian dan fleksibiliti dalam lanskap pendidikan di Singapura, pendidikan Bahasa Melayu perlu bergerak selari dengan perubahan persekitaran, perubahan profil masyarakat penutur dan keperluan nasional dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Dengan tumbuhnya kuasa ekonomi China dan India, yang memberi kesan kepada perkembangan bahasa Mandarin dan Tamil, bagai- manakah pula kesan ke atas penggunaan Bahasa Melayu di Singapura. Kertas ini menelusuri perkembangan penggunaan bahasa Melayu, Sastera dan pendididikan bahasa Melayu sejak Singapura menjadi sebuah 1

Upload: lamanh

Post on 04-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

MENYINGKAP USAHA MENGEKAL DAN MENGEMBANGKAN BAHASA, SASTERA

DAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DALAM MASYARAKAT MAJMUK SINGAPURA

Tajudin Jaffar

Setiausaha, Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS)

ABSTRAK

Sejak 1856, apabila sekolah Melayu pertama – Sekolah Rendah Teluk Blangah dibuka dan sejak 1965, Singapura mencapai kemerdekaan, apakah perkem-bangan yang telah berlaku pada bahasa Melayu di Singapura. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi Singapura, selain bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Adakah bahasa Melayu dapat dikekalkan penggunaannya dalam negara metropolitan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kerja dan sebagai bahasa antara rakyat. Bagaimanakah bahasa Melayu dirancang agar kekal digunakan oleh masyarakat yang lebih banyak meng-gunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Bagaimana pula dengan pendidikan bahasa Melayu? Adakah bahasa Melayu masih dipelajari di sekolah? Dengan meningkatnya kepelbagaian dan fleksibiliti dalam lanskap pendidikan di Singapura, pendidikan Bahasa Melayu perlu bergerak selari dengan perubahan persekitaran, perubahan profil masyarakat penutur dan keperluan nasional dalam negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Dengan tumbuhnya kuasa ekonomi China dan India, yang memberi kesan kepada perkembangan bahasa Mandarin dan Tamil, bagai-manakah pula kesan ke atas penggunaan Bahasa Melayu di Singapura. Kertas ini menelusuri perkembangan penggunaan bahasa Melayu, Sastera dan pendididikan bahasa Melayu sejak Singapura menjadi sebuah

1

Page 2: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

republik. Kertas ini juga menyentuh bagaimana bahasa Melayu dirancang dan dikembangkan kepada masya-rakat Melayu di Singapura.

1. Pengenalan

Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, sastera dan pendidikan bahasa Melayu di Singapura sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965 dan menjadi sebuah republik. Sebuah negara kecil yang tidak kaya dengan sumber alam dan jumlah penduduk hampir lima juta orang, warga Singapura ialah sumber negara Singapura. Oleh itu, pembangunan negara Singapura bergantung pada rakyatnya. Justeru, kejayaan Singapura bergantung pada pendidikan, termasuk pendidikan bahasa Melayu. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, dasar bahasa di Singapura yang diistilahkan sebagai dasar pragmatik – dasar yang bertujuan untuk memenuhi keperluan sebuah negara membangun telah membawa perubahan terhadap penggunaan bahasa di Singapura: bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada kesan perubahan tersebut.

Sebelum 1965, bahasa Melayu merupakan bahasa utama Singapura – Bahasa Kebangsaan dan juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa Melayu masih mempunyai taraf bahasa yang sama. Namun realiti penggunaan bahasa Melayu telah berubah dengan penekanan terhadap bahasa Inggeris, bahasa yang dianggap neutral dalam negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa yang dirasakan perlu untuk mengharungi era globalisasi. Bahasa, Sastera dan Pendidikan Bahasa Melayu

Perkembangan bahasa dan sastera Melayu tidak dapat dilihat secara terpisah daripada pendidikan Melayu kerana kedudukan penting sekolahsekolah vernakular dalam pendidikan bahasa Melayu serta kesan sosiobudaya dan ekonomi. Ini lebih penting lagi apabila Sistem Pendidikan Kebangsaan Baharu diperkenalkan pada tahun 1987 yang mewajibkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua bagi semua murid-murid darjah satu di sekolah pemerintah.

2

Page 3: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

2. Bahasa Melayu di Singapura Sebelum 1965 Bahasa Melayu sebagai lingua franca

Bahasa Melayu menjadi lingua franca rakyat Singapura dari masa penemuan (atau sebelumnya) pulau tersebut oleh Sang Nila Utama sehingga kedatangan Raffles pada tahun 1819. Bahasa Melayu jati yang dituturkan pada masa itu dipercayai sebagai bahasa Melayu Riau hasil daripada kedatangan rakyat Pulau Bentan yang termasuk dalam kepulauan Riau ke Singapura (Abdul Hadi:1949).

Menurut, Eddie Kuo dan Bjorn H. Jernudd (1994), penggunaan bahasa Melayu ‘pasar’ sebagai lingua-franca telah menurun dan dengan meningkatnya penggunaan bahasa Inggeris, jumlah orang-orang yang mempelajari bahasa Melayu di kalangan orang bukan Melayu juga berkurangan. Evolusi pragmatik dasar bahasa di Singapura mendatangkan kesan terhadap bahasa Melayu. Pendidikan Bahasa Melayu.

Pendidikan bahasa Melayu secara formal hanya wujud setelah tertubuhnya Singapore Free School pada Ogos 1834 (Doraisamy: 1969), yang mengajarkan keempat-empat bahasa penduduk Singapura – Melayu. Cina Tamil dan Inggeris, dan penubuhan dua buah sekolah rendah Melayu di Teluk Blangah dan Kampung Gelam pada tahun 1856. Sekolah-sekolah aliran Melayu ditutup pada lewat 1980-an apabila pendaftaran ke sekolah-sekolah Melayu merosot. Hal ini berlaku kerana ibu bapa lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Sebelum 1900, objektif penubuhan sekolah-sekolah vernakular Melayu adalah ‘melatih para pelajar membaca, menulis dan mengira’ dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi atau jawi. Semasa pendudukan Jepun, bahasa Melayu masih diajarkan di sekolah-sekolah Melayu meskipun bahasa Jepun menjadi bahasa pengantar (Tengku Sri Indra:1975). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Pada tahun 1959, Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi pilihan raya di Singapura. Parti tersebut percaya bahawa pendidikan Melayu harus diperkembangkan dalam semua peringkat sekolah secepat mungkin. Selepas PAP memenangi pilihan raya pada April 1959, bahasa Melayu telah dipilih menjadi Bahasa Kebangsaan.

3

Page 4: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Akhbar the The Straits Times, 4 June,1959, memetik kata-kata Dr. Goh Keng Swee, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dalam ucapannya meraikan kemenangan PAP dalam pilihan raya tersebut;

‘...In the future society we hope to bring about

barriers between groups will have disappeared. People will no longer live in groups isolated from each other. There will be free communication through a common language- Malay.’

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Pemilihan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diharap

dapat mengurangkan pengelompokan berdasarkan bangsa, perseng-ketaan (yang wujud antara mereka yang berpendidikan Inggeris dan yang berpendidikan aliran bahasa-bahasa lain) dan ketidakpercayaan sesama rakyat yang boleh membahayakan perpaduan nasional dalam sebuah negara berbilang bangsa.

Dengan itu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengluahan fikiran dan perhubungan rakyat yang umum. Bahasa Melayu juga diharap dapat membentuk semangat jati diri dalam sebuah negara dan menyatukan rakyat Singapura yang terdiri daripada penduduk yang berbilang bangsa.

Oleh sebab kedudukan Singapura sebagai pusat komersial, perdagangan dan industri di tengah-tengah kawasan yang meng-gunakan bahasa Melayu: Indonesia, Borneo dan Malaysia, kebolehan rakyat berbahasa Melayu dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan memudahkan mereka mengidentifikasikan diri sebagai milieu sosial Asia Tenggara. 1959 – 1965: Kemuncak Penggunaan Bahasa Melayu di Singapura

Dari tahun 1959 sehingga sehingga 1965, langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan rakyat dilakukan secara agresif oleh pemerintah. Langkah-langkah ini termasuklah mengadakan rancangan-rancangan Bahasa Kebangsaan di radio, menganjurkan bulan-bulan bahasa, menjadikan pengetahuan Bahasa Kebangsaan kemestian untuk penerimaan permohonan menjadi warganegara dan menjalankan kelaskelas bahasa

4

Page 5: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Melayu melalui Lembaga Gerakan Pelajaran Dewasa (Adult Education Board).

Pada 20 Mei 1960, pihak pemerintah menubuhkan Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan yang berfungsi menerajui pengajaran dan pengembangan Bahasa Kebangsaan. Pertubuhan ini sangat aktif dalam menganjurkan minggu-minggu Bahasa Kebangsaan. Minggu Bahasa Kebangsaan yang pertama diadakan pada 26 Mac sehingga 1 April 1962. Selain itu, Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan juga menganjurkan aktiviti-aktiviti Bahasa Kebangsaan yang lain seperti Musyawarah Penulis-penulis Malaya, bulan bahasa, penerbitan buku-buku, aktiviti-aktiviti budaya dan lain-lain lagi.

Penghayatan bahasa Melayu dalam kalangan orang-orang bukan Melayu juga telah mencapai ke peringkat yang setinggi-tingginya dari tahun-tahun 1959 sehingga 1965. Rakyat menyedari kelebihan menguasai bahasa Melayu dari sudut ekonomi. Ini termasuk pemberian bonus dan elaun tambahan bagi mereka yang mendapat kelulusan bahasa Melayu dengan baik. Peluang untuk mendapat pekerjaan juga menjadi lebih cerah jika mereka fasih dalam bahasa Melayu. Dengan kata lain, nilai ekonomi bahasa Melayu sangat tinggi dalam tempoh tersebut.

3. Bahasa Melayu di Singapura sejak 1965 Fasa Pencantuman dan Perpisahan dengan Malaysia

Singapura bercantum dengan Malaysia dari tahun 1963 sehingga tahun 1965. Apabila Singapura berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965, bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi Singapura. Dasar bahasa ini dapat dilihat dalam akta kemerdekaan Singapura 1965 seperti yang berikut:

(1) Malay, Mandarin, Tamil and English shall be the four

official languages in Singapore. (2) The National Language shall be Malay Language and

shall be in the Roman script: provided that:- (a) no persons shall be prohibited or prevented from using or

from teaching or learning any other language;

5

Page 6: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

(b) nothing in this section shall prejudice the right of the government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in Singapore.

( Singapore Independence Act 1965,reprint 1985:7)

Selepas berpisah dengan Malaysia, dasar-dasar bahasa yang

digubal tidak lagi mempertimbangkan kedudukan negara tersebut sebagai sebahagian daripada tanah besar Malaysia. Fokus pemerintah Singapura berubah mengikut keperluan semasa. Untuk membangunkan sesebuah negara yang serba kekurangan sumber semula jadi, pemerintah memusatkan perhatian kepada sektor perindustrian untuk membangunkan ekonomi negara tersebut. Dasar ini menyebabkan latihan sumber manusia yang diperlukan untuk sektor perindustrian lebih diutamakan daripada isu-isu bahasa. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda

Walaupun beberapa penyesuaian terhadap dasar bahasa, pendidikan dwibahasa masih menjadi asas pertimbangan pemerintah. Pendidikan bahasa ibunda dilihat sebagai cara untuk mengekalkan kebudayaan setiap etnik dan subetnik. Dengan pendidikan dwibahasa, diharapkan nilai-nilai budaya Timur dapat dipertahankan dan mengimbangi arus modenisasi.

Pelajaran bahasa kedua (sekarang dikenali sebagai bahasa ibunda) diwajibkan di semua sekolah-sekolah menengah pada tahun 1966. Jika bahasa pertama pelajar bahasa Melayu, Cina atau Tamil, bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua mereka. Sebaliknya, jika bahasa Inggeris menjadi bahasa pertama, salah satu bahasa lain boleh menjadi pelajaran bahasa kedua.

Walaupun ketetapan dasar pendidikan menekankan layanan sama rata kepada keempat-empat bahasa rasmi Singapura, kepentingan bahasa Inggeris yang meningkat mula membayangi bahasa-bahasa lain. Fokus pemerintah ke arah sektor perindustrian dan bahasa Inggeris bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik dan Sains dalam darjah satu diajarkan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Pada 1969, mata pelajaran teknikal diajarkan dalam bahasa Inggeris kepada pelajar menengah satu yang berada di sekolah-sekolah Melayu dan Tamil.

6

Page 7: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Kemasukan ke Sekolah-sekolah Melayu Kedudukan penting bahasa Inggeris serta kemerosotan bilangan

pelajar di sekolah-sekolah vernacular secara beransur-ansur mengurangkan jumlah sekolah vernakular dan munculnya sekolah gabungan; sekolah-sekolah vernakular dan sekolah-sekolah Inggeris. Konsep gabungan ini bererti dua jenis pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar yang berbeza berada di bawah satu sistem pengurusan. Sekolah-sekolah vernakular yang jumlah kemasukannya merosot akan digabungkan dengan sekolah aliran Inggeris.

Kemerosotan pendaftaran para pelajar ke dalam darjah saru aliran Melayu pula menggambarkan lunturnya daya tarikan pendidikan Melayu. Kemerosotan tersebut dapat dilihat dalam jadual yang berikut:

TAHUN BILANGAN MURID

KE DARJAH SATU 1963 5127 1964 4750 1965 4848 1966 5249 1967 3857 1968 3025 1969 2002 1970 1000 1971 876 1972 553

SUMBER: Tengku Sri Indra (1975:43) Kemerosotan pendaftaran ke darjah satu sekolah-sekolah

Melayu menunjukkan perubahan pemikiran ibu bapa. Keputusan ibu bapa memasukkan anak-anak mereka ke sekolah aliran Inggeris menunjukkan kepentingan bahasa Inggeris bagi masa depan anak-anak mereka.

Tinjauan akhbar Berita Harian keluaran Rabu, 20, Julai 1983 melaporkan bahawa hanya ada 163 orang pelajar sedang belajar di sekolah rendah aliran Melayu. Tinjauan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Singapura ketika itu. Para pelajar ditempatkan di enam buah sekolah. Hanya sebuah sahaja daripada enam buah sekolah tersebut adalah sekolah Melayu

7

Page 8: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

sepenuhnya; Sekolah Melayu Ponggol. Baki lima buah sekolah lagi merupakan sekolah-sekolah yang telah diubah menjadi sekolah gabungan Melayu/Inggeris, setelah bilangan murid yang memasuki aliran Melayu merosot.

Jumlah sekolah-sekolah aliran Melayu telah merosot sejak 1959 seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

TAHUN SEKOLAH SEKOLAH

RENDAH MENENGAH 1959 68 - 1960 44 1 1963 43 2 1964 40 3 1965 41 2 1967 38 2 1970 30 2 1975 25 2 1980 6 2 1983 2 2

(SUMBER: Ministry of Education Annual Reports 1948-1967 dan Trends in Education (Edisi Ketiga) 1982

Pada tahun 1987, pengenalan aliran pendidikan kebangsaan

baharu mewajibkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua kepada semua murid darjah satu. Langkah tersebut bermakna tidak ada pelajar darjah satu dimasukkan ke sekolahsekolah vernakular dan selesailah proses men-jadikan semua sistem persekolahan pemerintah Singapura ber-pengantarkan bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1987, sekolah menengah aliran Melayu yang pertama didirikan di Singapura, Sekolah Menengah Sang Nila Utama terpaksa ditutup kerana kemerosotan pelajar sejak beberapa tahun. Pada awal penggal tahun 1987, sekolah tersebut hanya mempunyai 94 orang pelajar.

Dengan penutupan sekolah-sekolah Melayu, maka kurang agen pengembang bahasa Melayu. Pelajaran Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah juga semakin lenyap terutama sekali apabila kementerian pendidikan memberi kelonggaran

8

Page 9: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

kepada sekolah-sekolah untuk tidak memasukkan pelajaran Bahasa Kebangsaan dalam jadual waktu.

Dengan lenyapnya pelajaran Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu hanya dipelajari sebagai salah satu mata pelajaran. Menurut Kamsiah Abdullah(1996:792), dalam konteks pendidikan Singapura, Bahasa Melayu, iaitu mata pelajaran eksklusif bagi semua pelajar Melayu, tertumpu kepada satu paradigma, iaitu ‘dunia Melayu’. Melalui mata pelajaran inilah diharapkan dapat dibentuk murid-murid yang fasih berbahasa Melayu, memahami adat resam mereka, menghayati seni budaya mereka, mengerti asal-usul pandangan bangsa mereka, keagungan dan semangat mereka. 4. Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, Sastera dan Pen-

didikan Bahasa Melayu Menurut Asmah Hj Omar (1989), bahasa merupakan alat

komunikasi, alat berfikir dan alat menghasilkan buah fikiran. Dengan tugas-tugas yang maha penting itu bahasa tidak dapat dibiarkan tumbuh dan tersebar secara liar.

Negara yang rakyatnya menggunakan satu bahasa yang sama untuk berkomunikasi tidak menghadapi banyak masalah berbanding dengan negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa. Bagi negara yang rakyatnya menggunakan berbilang bahasa, penentuan satu bahasa sebagai bahasa nasional perlu dibuat sebelum perancangan selanjutnya dapat dilakukan.

Dasar bahasa dan sistem pendidikan di Singapura tidak dapat berfungsi bebas daripada keadaan ekonomi, sosial, dan sejarah politik negara tersebut. Perancangan bahasa yang dijalankan di Singapura berpandukan dasar pragmatik berbilang bahasa yang disebut sebagai ‘pragmatic multilingualism’ (Kuo & Jernudd :1994). Dasar tersebut memberikan taraf yang sama kepada keempat-empat bahasa rasmi negara, iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Cina, dan Tamil.

Stephen A. Wurm (2002) menerangkan bahawa sesuatu bahasa perlu menjalankan strategi pengekalan sekiranya tanda-tanda ke-pupusan bahasa tersebut bermula. Tanda-tanda tersebut termasuklah:

(i) penggunaan yang berkurangan dalam kalangan kanak-kanak

9

Page 10: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

(ii) penggunaan yang berkurangan dalam kalangan orang dewasa yang tidak mempunyai anak ramai atau tidak ada anak menuturkan bahasa mereka

(iii)penggunaan bahasa dengan baik hanya dapat dilakukan oleh penutur yang tidak muda daripada berumur 50 tahun

(iv) golongan penutur yang boleh bertutur bahasa tersebut mula meninggal dunia

(v) tidak terdapat penutur sesuatu bahasa tersebut dengan mudah.

Menurutnya lagi, dalam keadaan yang mana bahasa minoriti

atau kumpulan kecil terasa ‘terancam’ dan penutur bahasa tersebut menghadapi tekanan daripada sikap dan dasar penutur bahasa majoriti atau dominan, perkara yang boleh dilakukan adalah membuat penuturnya atau beberapa orang ahli terkenal dalam masyarakat tersebut sedar akan kebaikan dwibahasa atau pelbagai bahasa.

David Bradley (2002) menerangkan bahawa faktor genting dalam pengekalan bahasa ialah sikap masyarakat penutur bahasa tersebut tentang bahasa mereka termasuklah sama ada:

(i) masyarakat tersebut melihat pengekalan bahasa sebagai aspek penting dalam identiti masyarakat tersebut

(ii) kedwibahasaan diterima, mempunyai nilai tinggi atau diperlukan dalam masyarakat tersebut

(iii) masyarakat tersebut melihat bahasa mereka ‘susah’ di-kekalkan.

Oleh itu, pengekalan dan anjakan bahasa dapat dirumuskan

sebagai suatu keadaan bahasa yang berlaku apabila pengguna bahasa daripada latar belakang (tempat, budaya, bahasa dan sebagainya) bertemu atau bertembung. Keadaan ini boleh berbentuk pengekalan bahasa asal pengguna bahasa tersebut ataupun anjakan kepada suatu bahasa yang baharu. Aspek pengekalan dan anjakan ini ditentukan pula oleh unsur masa dan ruang. Proses yang terlibat untuk mengekalkan sesuatu bahasa atau terjadinya suatu anjakan bahasa biasanya tidak berlaku dalam waktu yang singkat.

Apabila dua pengguna bahasa yang berlainan (A dan B) bertembung, dan komunikasi perlu dilakukan, salah seorang pengguna tersebut (pengguna A) harus berupaya menggunakan bahasa pengguna

10

Page 11: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

yang lain (pengguna B) ataupun kedua-duanya menggunakan satu bahasa yang baharu yang dapat difahami oleh kedua-dua penutur tadi. Keadaan ini mewujudkan kebolehan berdwibahasa salah seorang pengguna bahasa tersebut ataupun kedua-duanya sekali.

Keadaan ini bermakna, pengekalan bahasa tidak dapat berlaku kepada semua bahasa yang bertembung. Salah seorang penutur bahasa tersebut akan cuba menyesuaikan bahasanya agar komunikasi dapat dilakukan. Aspek penyesuaian bahasa atas sebab persekitaran bahasa inilah yang membawa kepada anjakan sesuatu bahasa. Persekitaran atau konteks sosial yang mana memerlukan seseorang itu berdwibahasa yang berterusan atau lama akan membawa kesan kepada penutur tadi apabila bertemu penutur bahasa yang sama dan mempunyai pengalaman persekitaran bahasa yang sama. Mereka berkemungkinan menggunakan ‘bahasa baharu’ dalam situasi pertama tadi.

Dalam konteks bahasa di Singapura, penutur A yang mungkin berbahasa Melayu akan menggunakan bahasa Inggeris apabila bertemu dengan penutur B yang berbahasa etnik lain, Cina, India atau etnik yang lain. Inilah matlamat perancangan bahasa di Singapura sejak tahun 1965, selepas mencapai kemerdekaannya, iaitu rakyatnya yang berbilang bahasa menggunakan bahasa Inggeris apabila mereka ber-komunilkasi.

Walau bagaimanapun, keberkesanan perancangan bahasa yang memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris ini telah membawa kesan ‘sampingan’ kepada bahasa-bahasa ibunda. Kajian tentang Penggunaan Bahasa Melayu Masyarakat Singapura

Roksana Bibi Bte Abdullah (2003) telah mengkaji pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu di Singapura. Beliau memberi fokus terhadap perubahan-perubahan dalam aspek bahasa dan pemilihan terhadap bahasa terutamanya di kalangan tiga generasi. Kajian beliau melibatkan 18 buah keluarga yang tinggal serumah yang merangkumi golongan dari kelompok etnik Melayu seperti Jawa, Boyan, Bugis, Banjar dan lain-lain suku Melayu. Beliau membuat rumusan bahawa peralihan sangat jelas dan sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Singapura. Menurutnya, trend ini merupakan petanda bagi kepupusan bahasa tersebut dan masyarakat Melayu Singapura sedang dalam proses mengalami peralihan bahasa iaitu menuju ke arah penggunaan bahasa Inggeris.

11

Page 12: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Ketika Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, bahasa Melayu sedang berada dikemuncak penggunaannya. Setelah 43 tahun berlalu , kesan perancangan bahasa di Singapura yang menggunakan pendekatan ‘pragmatik’ dalam perancangan bahasanya telah membawa kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Dasar dwibahasa sistem pendidikan telah menghasilkan rakyat yang boleh berdwibahasa dan lebih bercenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam situasi-situasi tertentu. 5. Memasyarakatkan Bahasa dan Sastera Melayu

Antara maksud memasyarakatkan bahasa dan sastera Melayu ialah proses menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat penutur bahasa Melayu. Pemasyarakatan bahasa Melayu di Singapura dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan bahasa ataupun pihak media: cetak dan elektronik. Majlis Bahasa Melayu Singapura

Tugas mengekalkan bahasa di Singapura tidak terletak di atas bahu pemerintah sahaja. Tanggungjawab bersama ini dipikul oleh masyarakat Melayu secara individu mahu pun sebagai satu organisasi.

Salah satu pertubuhan itu ialah Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). MBMS berfungsi sebagai teraju kepada badan-badan bahasa yang lain. MBMS dibentuk pada mulanya sebagai Jawatankuasa Ejaan pada tahun 1983 sebelum menjadi Jawatankuasa Bahasa Melayu dan kemudian, pada tahun 1992 dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura. Antara tugas MBMS termasuklah mengembang, mempertingkat dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Dua aktiviti penting yang dianjurkan oleh MBMS dengan sokongan badan-badan Melayu di Singapura ialah Bulan Bahasa Melayu dan Anugerah Persuratan Melayu. Kedua-dua aktiviti ini djalankan secara berselang-seli. Dalam menjalankan kedua-dua aktiviti nasional ini, MBMS mendapat sokongan padu daripada pertubuhan-pertubuhan Melayu, badan-badan pemerintah, institusi-institusi pendidikan, sekolah-sekolah dan pihak media.

Selain itu, MBMS juga menjadi wakil Singapura ke persidangan-persidangan MABBIM dan MASTERA sebagai pemerhati aktif sidang-sidang tersebut. Hal ini membantu Singapura mengikuti

12

Page 13: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

usaha pengembangan Melayu di peringkat serantau. Oleh itu MBMS menjadi pemantau pelaksanaan bahasa baku di Singapura serta menerajui perancangan untuk mengembangkan bahasa Melayu di Singapura. Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Pada tahun 2005, satu daripada saranan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu ialah penubuhan satu jawatankuasa yang dapat menggalakkan pembelajaran dan peng-gunaaan Bahasa Melayu agar persekitaran bahasa Melayu dapat diluas-kan. Pada tahun 2006, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakkan Bahasa Melayu (MLLPC) ditubuhkan dengan tujuan untuk memupuk minat pelajar dalam pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. MLLPC bekerjasama dengan pertubuhanpertubuhan masya-rakat Melayu, media massa, institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah dalam menganjurkan aktiviti bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Jawatankuasa ini mendapat dana pemerintah untuk menjalan-kan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Pertubuhan-pertubuhan Melayu di Singapura

Selain badan-badan bahasa yang ada kaitan dengan pemerintah, sama ada dari segi penerimaan dana atau tenaga kerja untuk melaksanakan aktivitiaktiviti bahasa Melayu, ada beberapa pertubuhan yang ditubuhkan oleh aktivist bahasa dan sastera Melayu. Pertubuhan-pertubuhan ini termasuklah ASAS 50’ Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS), Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu (PGBM), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM) dan Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus). Termasuk juga dalam kategori ini badan-badan teater dan seni persembahan yang lain. Media Cetak dan Elektronik

Media massa bahasa Melayu ialah pengguna bahasa yang paling aktif. Tidak kira media cetak mahupun elektronik. Oleh itu media massa menjadi wadah yang meluas dan efektif dalam menyebarkan bahasa Melayu di Singapura. Penggunaan media cetak lebih berpusat pada satu-satunya akhbar bahasa Melayu di Singapura,

13

Page 14: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

iaitu Berita Harian/Berita Minggu. Media elekronik pula mempunyai lebih banyak pilihan, terutama sekali dengan adanya dua stesen radio, iaitu ‘Warna’ 94.2FM dan ‘Ria’ di 89.7FM. Di televisyen, pula disediakan dua saluran berbahasa Melayu, iaitu ‘Suria’ dan saluran berbayar ‘Sensasi’. Satu lagi wadah yang semakin luas ialah penggunaan bahasa Melayu di Singapura di Internet. Dengan rangkaian Internet, pengguna bahasa Melayu seperti di negara-negara lain juga menggunakan jaringan internet untuk meluaskan penggunaan bahasa Melayu, sama ada melalui lelaman-lelaman rasmi atau peribadi atau aktiviti-aktiviti seperti peraduan menulis blog.

Dalam kebanyakan aktiviti bahasa dan kesusasteraan Melayu di Singapura, pertubuhan-pertubuhan Melayu dan pihak media berpadu tenaga untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. 6. Pendidikan Bahasa dan Sastera Bahasa Melayu dalam Sistem

Pendidikan Singapura Kini Sistem Pendidikan

Perkembangan bahasa dan Sastera Melayu di Singapura sangat terikat dengan sistem pendidikannya. Keadaan ini berlaku kerana Kementerian Pendidikan Singapura melibatkan diri secara langsung dengan setiap dasar bahasa yang diumumkan oleh pemerintah.

Secara umum, sistem pendidikan Singapura boleh diperingkat kepada tiga fasa: fasa pendidikan berdasarkan penakatan (survival-driven), fasa pendidikan berdasarkan Keberkesanan (efficiency-driven) dan fasa pendidikan berdasarkan kebolehan (ability –driven). Fasa Berdasarkan Penakatan (survival-driven)

Pada tahun 1959 apabila Singapura mendapat status ber-pemerintahan sendiri, fokus negara kecil kami ialah penakatan – membangunkan sebuah negara padu dan mempunyai daya ekonomi. Pendidikan dikenal pasti sebagai satu strategi penting dalam membentuk warga yang bersatu dan tenaga kerja yang mahir. Ciri-ciri utama pendidikan fasa ini ialah pendidikan dwibahasa (bahasa Inggeris dan bahasa ibunda) literasi, matematik, pendidikan sivik dan moral serta pendidikan sains dan teknikal.

14

Page 15: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Fasa Berdasarkan Keberkesanan (efficiency-driven) Pada tahun 1979, sistem pendidikan Singapura disemak untuk

mempertingkat keberkesanan dengan memperkenalkan cara untuk memenuhi keperluan pelajar dari pelbagai kebolehan. Ciri-ciri utama fasa ini ialah penyaluran para pelajar sekolah rendah dan menengah ke aliran-aliran yang sesuai dengan kebolehan pembelajaran mereka. Pada tahun 1991, sistem pendidikan Singapura diperhalus untuk memastikan bahawa setiap pelajar dapat menamatkan 10 tahun pendidikan umum – enam tahun pendidikan peringkat rendah dan empat tahun peringkat menengah. Fasa Pendidikan Berdasarkan Kebolehan (ability –driven)

Dari tahun 1997, pendidikan di Singapura memasuki fasa strategik baharu –fasa pendidikan berdasarkan kebolehan. Globalisasi, perubahan teknologi yang pantas serta pentingnya meraih sumber intelek untuk keperluan ekonomi kini mendasari perubahan fokus agar warga Singapura tetap relevan dalam dunia yang berubah dengan pantas ini. Visi Sekolah Berdaya Fikir Negara Pencinta Ilmu (Thinking Schools Learning Nation) menggambarkan pentingnya membina bakat setiap pelajar and kemahiran untuk terus menimba ilmu secara kendiri agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat.

Justeru, sistem pendidikan Singapura membentuk warganegara yang akan membina masa depan negara dengan mengambil kira keadaan Singapura yang unik – sebuah negara muda, bersaiz kecil, sumber fizikal yang terbatas, pelbagai bangsa dan budaya pen-duduknya. Dengan pertimbangan tersebut, sistem pendidikan Singapura berhasrat untuk membentuk warga yang tinggi moralnya, berkesan secara intelek, produktif dalam pembangunan ekonomi, bertanggungjawab sosial, lasak fizikal dan mempunyai kesedaran estetik. Pendidikan Bahasa dan Sastera Bahasa Melayu

Sistem pendidikan Singapura memberi perhatian serius kepada pendidikan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Setiap warga Singapura perlu mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka (Bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil). Kemahiran bahasa Inggeris dan bahasa ibunda memberikan pelajar keyakinan dalam membentuk jati diri dan kemudahan untuk memahami nilai dan budaya mereka serta pandangan

15

Page 16: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

dunia yang seiring dengan pandangan dunia warga negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris.

Secara umum, pelajar mempelajari Bahasa Melayu dan Sastera sesuai dengan kebolehan bahasa mereka. Jadual yang berikut menun-jukkan jenis/kursus bahasa Melayu yang ditawarkan di peringkat rendah, menengah dan prauniversiti: Sekolah Rendah Sekolah Menengah Prauniversiti (6 tahun) (4 tahun) (2-3 tahun) Bahasa Melayu (Darjah 1-4) Bahasa Melayu Asas (Darjah 5 & 6) Bahasa Melayu Asas Bahasa Melayu (H1) Bahasa Melayu (Darjah 5 & 6) Bahasa Melayu Bahasa Melayu dan Sastera (H2) Bahasa Melayu Lanjutan (Darjah5 & 6) Bahasa Melayu Lanjutan Bahasa Melayu dan Sastera (H3)

Bahasa Melayu Sukatan B Bahasa Melayu Sukatan B Bahasa Melayu Pertuturan Bahasa Melayu Pertuturan Bahasa Melayu Pertuturan (untuk pelajar bukan Melayu) (untuk pelajar bukan (untuk pelajar bukan Melayu)

Melayu) Bahasa Melayu Program Bahasa Melayu Program Khas Khas (untuk pelajar bukan (untuk pelajar bukan Melayu) Melayu) Sastera Melayu (Subjek Elektif) (Menengah 3 & 4) Sastera Melayu (sebagai sebahagian subjek Sains Kemanusiaan Gabungan Elektif ) (Menengah 3 & 4)

Arah Pendidikan Bahasa Melayu di Singapura – Visi Arif Budiman

Dalam semakan kurikulum dan pedagogi bahasa Melayu pada 2005, jawatankuasa semakan menyarankan agar pendidikan Bahasa Melayu memperkukuh pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kekuatan yang ada dalam kurikulum yang sedia ada dan meluaskan peluang untuk memperkaya bahasa Melayu pelajar. Pengukuhan pembelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk membina pelajar yang fasih berbahasa Melayu dan berminat untuk cemerlang dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Minat dan keghairahan untuk mempelajari Bahasa Melayu diharapkan dapat membentuk insan Arif Budiman – insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.

16

Page 17: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

7. Arah Bahasa Melayu di Singapura Perkembangan bahasa Melayu di Singapura bergerak selari

dengan perkembangan ekonomi negara. Evolusi pragmatik ini ber-dasarkan keperluan semasa Singapura. Pemerolehan bahasa Melayu masih dilihat sebagai satu pendekatan yang efektif dalam membentuk warga Melayu Singapura yang mempunyai jati diri dan nilai masyarakat dan universal yang dapat membantunya kekal relevan dalam kepesasatan perubahan dunia. Kesan Perkembangan China dan India

Pembangunan China dan India sebagai dua kuasa ekonomi besar telah membentuk semua lanskap ekonomi dan politik di Asia dan dunia. Warga Singapura membina ikatan ekomoni dengan kedua-dua negara tersebut. Dengan penggunaan Mandarin yang meluas di China serta Tamil di kebanyakan bahagian selatan India, masyarakat dunia mula berminat mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Di Singapura, minat warga Singapura semakin berminat untuk mempelajari bahasa-bahasa tersebut.

Bagaimana pula dengan bahasa Melayu? Di peringkat sekolah, mula diperkenalkan dari peringkat sekolah rendah hingga ke prauniversiti kursuskursus bahasa Melayu pertuturan. Ini diharap dapat memberi peluang kepada para pelajar bukan Melayu memperoleh kemahiran dan pengetahuan asas bahasa Melayu yang membolehkan mereka berkomuikasi dengan rakan dan jiran. Dengan pengetahuan asas ini, warga Singapura akan lebih mengenali bahasa dan budaya Melayu lantas mempererat perhubungan kaum di Singapura.

Di peringkat masyarakat, bahasa Melayu pertuturan ditawarkan oleh balai-balai rakyat dan pusat-pusat bahasa swasta kepada mereka yang berminat. Usaha Mengekalkan Bahasa yang Berterusan

Kesan dasar bahasa berbentuk pragmatik pemerintah sejak mencapai kemerdekaannya pada tahun 1965 telah menghasilkan masyarakat Melayu yang berupaya menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dan dasar bahasa yang mewajibkan pembelajaran bahasa ibunda di sekolah-sekolah telah menghasilkan masyarakat yang boleh berdwibahasa. Kedwibahasaan para penduduk

17

Page 18: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Melayu Singapura, yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris telah membuat mereka lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris, terutama sekali dalam kalangan penutur-penutur muda Singapura, iaitu golongan yang menjalani perubahan dasar bahasa pemerintah.

Penggunaan bahasa Inggeris yang meluas berbanding dengan pengunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang-orang Melayu walaupun belum mencapai tahap kritikal, perlu ditangani. Trend ini membimbangkan kerana kumpulan penutur yang lebih cenderung berbahasa Inggeris merupakan golongan muda yang menerima pendidikan mereka dalam bahasa Inggeris. Keadaan penggunaan bahasa Melayu dikhuatiri akan mencapai tahap yang rendah apabila golongan ini menjadi ibu bapa dan mempunyai anak yang sedikit. Ini akan mendatangkan kesan terhadap jumlah pengguna bahasa Melayu pada masa depan.

Walaupun keadaan kepupusan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu di Singapura merupakan satu keadaan yang sukar dibayangkan, namun berdasarkan tanda-tanda yang diketengahkan oleh Stephen Wurm (2002) dalam bahagian yang lebih awal kertas ini, sebahagian tanda-tanda tersebut boleh dikenal pasti. Tanda-tanda yang dikemukakan oleh beliau adalah seperti yang berikut:

(i) penggunaan yang berkurangan dalam kalangan kanak-kanak

(ii) penggunaan yang berkurangan dalam kalangan orang dewasa yang tidak mempunyai anak ramai atau tidak ada anak menuturkan bahasa mereka

(iii) penggunaan bahasa dengan baik hanya dapat dilakukan oleh penutur yang tidak muda daripada berumur 50 tahun

(iv) golongan penutur yang boleh bertutur bahasa tersebut mula meninggal dunia

(v) tidak terdapat penutur sesuatu bahasa tersebut dengan mudah.

Tanda-tanda yang pertama, kurangnya penggunaan bahasa

dalam kalangan kanak-kanak, sudah mula kelihatan. Tanda yang kedua pula merupakan manifestasi kempen perancangan keluarga di Singapura pada awal 70-an yang menggalakkan penduduknya mempunyai hanya dua orang anak. Keadaan ini akan mengurangkan

18

Page 19: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

jumlah penutur bahasa Melayu pada masa akan datang. Berdasarkan banci penduduk, peratusan penduduk Melayu di Singapura telah menurun: 14.8% pada tahun 1970, 14.4% pada tahun 1980. 14.1% pada tahun 1990 dan 13.9% pada tahun 2000.

Berdasarkan kajian Roksana (2003), bahasa-bahasa dialek Melayu tidak digunakan lagi oleh generasi ketiga dalam keluarga Melayu di Singapura sekarang. Bagaimana pula dengan bahasa Melayu sekiranya dasar dwibahasa yang mewajibkan kanak-kanak Melayu mempelajari bahasa Melayu di Singapura memberikan kelonggaran untuk mereka memilih bahasa yang ingin dipelajari? Jika ini berlaku, tanda yang ketiga mungkin akan mula kelihatan. Secara semula jadi, tanda yang keempat dan kelima berlaku dengan peredaran waktu selepas tanda ketiga. Sekiranya semua ini berlaku, semakin jelaslah tanda-tanda bahasa Melayu bergerak ke arah kepupusan dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura.

Oleh itu, usaha pengekalan penggunaan bahasa Melayu dilakukan secara terus menerus dengan gabungan tenaga pemerintah, pertubuhan-pertubuhan Melayu, institusi-institusi pendidikan dan masyarakat amnya. Majlis Bahasa Melayu Singapura akan terus menerajui perancangan pengekalan dan pengembangan bahasa Melayu di Singapura.

8. Penutup

Demikianlah secara ringkas pengalaman Singapura dalam usaha mengekal dan mengembangkan Bahasa Melayu. Pengekalan bahasa tidak dapat dilakukan dengan melakukan sesuatu terhadap bahasa sahaja. Tanggungjawab mengekalkan ini juga berada di atas bahu masyarakat penutur bahasa itu sendiri, iaitu orang-orang Melayu. Sekiranya semangat untuk mengekalkan bahasa masih dihidupkan, akan berterusanlah perjuangan melestarikan bahasa dan budaya Melayu.

BIBLIOGRAFI Abdul Hadi Haji Hassan, 1949. Sejarah Alam Melayu II, Malaya

Publishing House 1949, Singapura.

19

Page 20: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Asmah Haji Omar, 1989. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bradley, David dan Maya, 2002 ed.: Language Endangerment and

Language Maintenance, London and New York: RoutledgeCurzon.

Doraisamy T.R. 1969. 150 years of Education in Singapore, Teachers

Training Colledge Singapore, Singapura. Eddie Kuo dan Bjorn H. Jernudd,1994. ‘Balancing Macro- and Micro-

Sociolinguistic Perspectives in Language Management: the case of Singapore’. Dalam Language, Society and Education in Singapore. Dalam Issues and Trends. S Gopinathan, Anne Pakir, Ho Wah Kam dan Vanithamani Saravanan, Times Academic Press, 1994, Singapore.

Gopinathan, 1973. Towards a National System of Education in

Singapore, 1945-1973, Oxford University Press, Singapura. Kamsiah Abdullah, 1996. Pemupukan Nilai-nilai Melayu Dalam

Pendidikan Dwibahasa, dalam Jurnal Dewan Bahasa, hlm 787-795.

Kamsiah Abdullah, 1994. Kedwibahasaan, Prestasi Akademik, Dan

Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Penuntut di Singapura, dalam Jurnal Dewan Bahasa, hlm.1949-1955.

Republic of Singapore Independence Act 0f 1965 (Revised Edition

1985). 1986, Singapura. Roksana Bibi Abdullah, 2003. Bahasa Melayu di Singapura:

Pengalihan dan Pengekalan, DeeZed Consult, Singapura

20

Page 21: Menyingkap Usaha Mengekal dan Mengembangkan Bahasa, · PDF file1. Pengenalan Kertas ini menelusuri perkembangan bahasa, ... bermula seawal 1966 dan 1967 apabila mata pelajaran Matematik

Stephen A. Wurm, 2002. Strategies for language maintenance and revival, dalam David Bradley dan Maya Bradley (eds.), Language endangerment and language maintenance (New York: RoutledgeCourzon, 2002), p. 14.

Tengku Sri Indra Ismail, 1975. Malay Education In Singapore, Latihan

Ilmiah Sarjana Muda, Universiti Nasional Singapura, Singapura.

21