menteri teks penyerahan cek kuching - perkeso.gov.my€¦ · 40 tahun dan ke atas bagi menjalani...

4
Teks Ucapan YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem Menteri Sumber Manusia Majlis Penyerahan Cek Kepada Penerima Faedah PERKESO Di Pejabat PERKESO Kuching, Sarawak Pada 7 Februari 2014 Jam 2.30 petang Terima kasih Pengerusi Majlis & Pembaca Doa YBhg. Dato’ Saripuddin B. Kasim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg. Datuk Yahaya Basimin Setiausaha Persekutuan YBhg. Datuk K. Selvarajah Ketua Eksekutif PERKESO Yang Arif Tuan Gabriel Gumis Hamen Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia merangkap Pengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Sarawak; Ahli Lembaga PERKESO Tn Hj. Mohamad Ibrahim B. Hamid Pengerusi Kongres MTUC Sarawak (Wakil Orang Berinsurans) En John Chua Kheng Chew Setiausaha Eksekutif Dewan Perdagangan & Industri Sarawak (Wakil Majikan) Pn. Normiza Bt. Suhaili Pengurus Wilayah Sarawak Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara YBrs. Encik John Riba Anak Marin Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Sumber Manusia

Upload: nguyenkien

Post on 16-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menteri teks penyerahan cek kuching - perkeso.gov.my€¦ · 40 tahun dan ke atas bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan ... Pencen Penakat. Disamping itu, bagi kes Mendiang

Teks Ucapan YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem Menteri Sumber Manusia Majlis Penyerahan Cek Kepada Penerima Faedah PERKESO

Di Pejabat PERKESO Kuching, Sarawak Pada 7 Februari 2014 Jam 2.30 petang

Terima kasih Pengerusi Majlis & Pembaca Doa YBhg. Dato’ Saripuddin B. Kasim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg. Datuk Yahaya Basimin Setiausaha Persekutuan YBhg. Datuk K. Selvarajah Ketua Eksekutif PERKESO Yang Arif Tuan Gabriel Gumis Hamen Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia merangkap Pengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Sarawak; Ahli Lembaga PERKESO Tn Hj. Mohamad Ibrahim B. Hamid Pengerusi Kongres MTUC Sarawak (Wakil Orang Berinsurans) En John Chua Kheng Chew Setiausaha Eksekutif Dewan Perdagangan & Industri Sarawak (Wakil Majikan) Pn. Normiza Bt. Suhaili Pengurus Wilayah Sarawak Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara YBrs. Encik John Riba Anak Marin Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Sumber Manusia

Page 2: Menteri teks penyerahan cek kuching - perkeso.gov.my€¦ · 40 tahun dan ke atas bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan ... Pencen Penakat. Disamping itu, bagi kes Mendiang

Pegawai-pegawai Kanan PERKESO (Ibu Pejabat) & seluruh anggota PERKESO Sarawak Para Penerima faedah PERKESO Wakil-wakil Media Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk K. Selvarajah menjemput saya bagi menyempurnakan penyampaian cek faedah PERKESO kepada Orang Berinsurans serta waris pada petang ini. Datuk, Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Selaku Kerajaan yang prihatin terhadap nasib pekerja di negara ini, PERKESO di bawah Kementerian Sumber Manusia mewakili Kerajaan amat menitik beratkan tentang perlindungan keselamatan sosial bagi meneruskan Dasar Transformasi Negara kita bagi mencapai matlamat Negara maju dalam tempoh yang semakin pendek ini. Pelbagai penambahbaikan telah diusahakan oleh PERKESO demi memastikan Orang Berinsurans serta pekerja mendapat jaminan kewangan dan perlindungan tatkala ditimpa kemalangan dan kematian bukan sahaja diri pencarum malah tanggungan mereka.Setakat tahun 2013 majikan aktif yang mencarum dengan PERKESO adalah 398,800 berbanding tahun 2012 iaitu sebanyak 383,575 dan pekerja aktif yang dilindungi oleh PERKESO tahun 2013 adalah 5,999,000 berbanding 5,876,934 pada tahun 2012. Konsep tripartite yang diamalkan membuktikan bahawa Komitmen serta kerjasama yang jitu antara Kerajaan, wakil majikan dan wakil pekerja amat penting kerana ia adalah formula yang tepat untuk mencapai hasrat YAB Perdana Menteri menerusi Pelan Transformasi Nasional dan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Keadaan ini yang perlu kita beri perhatian supaya tiada isu yang berbangkit dari masa ke semasa yang boleh menggugat keadaan yang selama ini kita telah kecapi, yang selama ini Malaysia telah pun terkenal di seluruh dunia.

Page 3: Menteri teks penyerahan cek kuching - perkeso.gov.my€¦ · 40 tahun dan ke atas bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan ... Pencen Penakat. Disamping itu, bagi kes Mendiang

Para hadirin yang dihormati sekalian, Pada tahun lepas PERKESO telah memperluaskan lagi faedah seperti pindaan akta telah pun dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013 dengan menaikkan had umur mencarum iaitu 55 tahun kepada 60 tahun bagi melanjutkan kelayakan permohonan di bawah skim keilatan. Disamping itu, Perkeso juga telah memperluaskan liputan keselamatan sosial kepada penjawat awam yang berstatus kontrak dan sementara mulai 1 Jun 2013. Bagi membendung penyakit yang tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan lain-lain, mulai 1 Januari 2013 PERKESO telah pun melantik 3012 klinik panel HSP di seluruh Negara dan di Sarawak sebanyak 139 bagi memberi kemudahan kepada pekerja yang berumur 40 tahun dan ke atas bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan ini termasuk program pencegahan kemalangan di seluruh Negara sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan perjalanan yang mana kian meningkat saban hari. Hadirin sekalian, Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Merujuk kepada statistic

PERKESO, Jumlah kemalangan termasuk tempat kerja dan perjalanan

yang dilaporkan pada tahun 2012 adalah 61,552 kes berbanding tahun

2013 sebanyak 63,578 kes iaitu berlaku sedikit peningkatan sebanyak

3.29%. Oleh itu adalah penting untuk pekerja mengamalkan budaya

pemanduan yang selamat dan juga mengetahui hak masing-masing serta

menjadi tanggungjawab majikan juga untuk memastikan pekerja

dilindungi di bawah skim perlindungan PERKESO.

Maka pada petang yang penuh bermakna ini, saya akan menyempurnakan

penyerahan cek faedah kepada penerima faedah PERKESO dan salah

seorangnya kepada waris pemain lagenda bola sepak Sarawak iaitu Arwah

Sazali B. Mohamad Rambli yang telah meninggal dunia akibat serangan

jantung. Waris beliau akan menerima Faedah Pengurusan Mayat dan

Pencen Penakat. Disamping itu, bagi kes Mendiang Benedict Guan Anak

Christopher yang telah meninggal dunia semasa sedang melakukan

pekerjaan dan Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan

akan diterima oleh warisnya yang berupa pencen bulanan serta penerima

faedah hilang upaya kekal.

Page 4: Menteri teks penyerahan cek kuching - perkeso.gov.my€¦ · 40 tahun dan ke atas bagi menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan ... Pencen Penakat. Disamping itu, bagi kes Mendiang

Dikesempatan ini juga saya ingin mengumumkan bahawa sidang Jemaah Doktor Khas akan diadakan di Hospital Miri dan Sibu dalam masa yang terdekat untuk memudahkan Orang Berinsurans membuat pemeriksaan kerana buat masa ini ianya hanyalah di Hosptal Kuching sahaja. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ketua Eksekutif PERKESO Datuk K. Selvarajah atas kesudian menjemput saya bagi menyempurnakan majlis ini dan juga Dato’- dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang sudi hadir serta seluruh anggota PERKESO Sarawak bagi menjayakan majlis ini. Sekian, terima kasih. YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem Menteri Sumber Manusia