mengenalpasti tahap kemahiran generik di … filemengenalpasti tahap kemahiran generik di kalangan...

24
MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongkien

Post on 08-May-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN

PELAJAR 5 STP (A/ E/ J)

MANJULA A/P ANASAMY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Page 3: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Page 4: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN

PELAJAR 5 STP (A/ E/ J)

MANJULA A/P ANASAMY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Page 6: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

iii

DEDIKASI

Ingatan khas untuk....

ibubapa, R.Anasamy dan A.Asothda

berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai

kakak yang disayangi

Shumathi,

adik beradik yang ku sayangi

Theebaa dan Bhanu,

teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita.

semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan

rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

L.Krishna Kumari, R.Parveen Gayesthire,V.Vijayashamila,

Melanie Kelly,

saudara mara yang disayangi

dan rakan-rakan yang lain.

Page 7: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

iv

PENGHARGAAN

Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana

keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan

kajian ini.

Jutaan terima kasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Dr. Abdul

Rahim Bin Hamdan memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam

menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin. Penghargaan juga diucapkan kepada

pelajar-pelajar 5 STP (A/E/J) dalam memberikan kerjasama di sepanjang kajian ini..

Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan

sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Mudah-

mudahan Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka.

Sekian, terima kasih

Page 8: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik di

kalangan pelajar 5 STP (A/E/J). Dalam konteks kajian ini, hanya lima kemahiran

generik dikaji iaitu kemahiran komunikasi kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran

menyelesaikan masalah, pembelajaran sepanjang hayat, dan keyakinan diri. Kajian

ini telah dilakukan di Fakuti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai

63 orang pelajar lelaki dan perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen

kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kemahiran adalah soal selidik. Nilai

indeks kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.82. Instrumen kajian ini

mengandungi 35 item. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan

“Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for Windows”. Analisis statistik

deskriftif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya,

tahap keyakinan diri berada pada tahap sederhana manakala 4 kemahiran yang lain

iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kerja kumpulan, kemahiran menyelesaikan

masalah dan pembelajaran sepanjang hayat berada pada tahap rendah. Justeru itu

pihak-pihak tertentu bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kemahiran generik

yang ada pada pelajar. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah

dibincangkan.

Page 9: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

vi

ABSTRACT

This research is aimed at identifying the level of generic skills among 5 STP

(A/E/J) students. Only 5 generic skills are considered in the context of this research.

The generic skills considered are communication skills, ability to work in

group,continuous learning skills, problem solving skills and self confidence. This

research was conducted in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.

63 male and female students were involved in the study. The research instrument

used was questionnaire. The reliability index of this instrument is α = 0.82. There

are 35 items in the questionnaire. Data were collected and analyzed using

“Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for Windows”. Descriptive

statistical analysis was used to analyze data. Generally, the level of self confidence

is moderate while the other 4 skills which are communication, group work, problem

solving and continuous learning, is at low level. Therefore, certain parties are

possible to increase the generic skills of students. Several suggestion were discussed

based on the research findings.

Page 10: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xii

xiv

xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyatan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 11: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

viii

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Komunikasi 14

2.2.1 Fungsi-fungsi Komunikasi 14

2.2.2 Proses Komunikasi 15

2.2.2.1 Model Proses Komunikasi 15

2.3 Kemahiran Kerja Berkumpulan 19

2.3.1 Peranan Kumpulan Kerja 21

2.3.2 Ciri- Ciri Kumpulan Kerja 21

2.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 22

2.4.1 Peringkat Dalam Proses Penyelesaian Masalah 23

2.4.1.1 Merumuskan Masalah 23

2.4.1.2 Menterjemah Dan Memahami

Masalah 24

2.4.1.3 Membina Jalan Tindakan 24

2.4.1.3 Membuat Keputusan 25

2.4.1.5 Perlaksanaan 25

2.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat 26

2.6 Keyakinan Diri 28

2.6.1 Ciri-Ciri Keyakinan Diri 20

2.6.2 Cara- Cara Meningkatkan Keyakinan Diri 31

3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Sampel Dan Populasi 35

Page 12: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

ix

3.4 Instrumen Kajian 37

3.5 Prosedur Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 41

3.7 Analisis Data 42

3.8 Penutup 45

4 ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Bahagian A : Analisis Biodata Responden 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Keturunan 48

4.2.3 Kursus 48

4.3 Bahagian B : Analisis Item Soalan 49

4.3.1 Tahap Kemahiran Komunikasi Di Kalangan

Pelajar 5 STP (A/ E/ J) 49

4.3.2 Tahap Kemahiran Penyelesaian Masalah Di

Kalangan Pelajar 5 STP (A/ E/ J) 52

4.3.3 Tahap Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan

Di Kalangan Pelajar 5 STP (A/ E/ J) 54

4.3.4 Tahap Pembelajaran Sepanjang Hayat Di

Kalangan Pelajar 5 STP (A/ E/ J) 56

4.3.5 Tahap Keyakinan Diri Di Kalangan Pelajar

5 STP (A/E/J) 58

4.4 Keputusan Analisis Bahagian B 60

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Mengenalpasti Tahap Kemahiran Komunikasi Di

Kalangan Pelajar 5 STP (A/E/J) 61

Page 13: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

x

5.2.2 Mengenalpasti Tahap Kemahiran Penyelesaian

Masalah Di Kalangan 63

5.2.3 Mengenalpasti Tahap Kemahiran Bekerja Dalam

Kumpulan Di Kalangan Pelajar 5 STP (A/E/J) 65

5.2.4 Mengenalpasti Tahap Pembelajaran Sepanjang

Hayat Di Kalangan Pelajar 5 STP (A/E/J) 66

5.2.5 Mengenalpasti Tahap Keyakinan Diri

Di Kalangan Pelajar 5 STP (A/E/J). 68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 70

5.4.1 Kerajaan 71

5.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 71

5.4.3 Institusi Pengajian Tinggi 71

5.4.4 Sekolah 72

5.4.5 Ibubapa 73

5.4.6 Individu 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

5.6 Penutup 74

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 76

LAMPIRAN A -B 80-86

Page 14: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pemilihan sampel mengikut kursus-kursus yang dikaji 36

3.2 Skala Likert 39

3.3 Item – item soalan yang berkaitan dengan kemahiran

generik yang dikaji 39

3.4 Pekali Alpha Cronbach 41

3.5 Item-item yang berkaitan dengan persoalan kajian 43

3.6 Perubahan mata skala Likert 44

3.7 Skor min purata 45

4.1 Taburan jantina responden 47

4.2 Taburan pengkhususan responden 49

4.3 Kemahiran komunikasi 50

4.4 Kemahiran penyelesaian masalah 52

4.5 Kemahiran bekerja dalam kumpulan 54

4.6 Pembelajaran sepanjang hayat 56

4.7 Keyakinan diri 58

4.8 Tahap kemahiran generik di kalangan pelajar 5 STP (A/E/J) 60

Page 15: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model proses komunikasi 16

2.2 Ciri-ciri utama kumpulan kerja 23

Page 16: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xiii

SENARAI SIMBOL

α - Nilai Cronbach’s Alpha

% - Peratus

n - Jumlah

Page 17: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xiv

SENARAI SINGKATAN

Dsb - Dan sebagainya

ICT - Information And Communications Technology

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PTK - Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan

SPA - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPJ - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPSS - Statistical Package for Social Science

STP (A/E/J) - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan

Jentera)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal selidik 81-86

B Jadual Krejcie dan Morgan 87

Page 19: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan negara menjelang tahun 2020 adalah untuk mewujudkan negara

maju dan berteknologi tinggi. Wawasan ini hanya boleh dicapai sekiranya

keperluan negara dalam memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan

khususnya dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai daya perubahan yang

tinggi dan berpandangan luas mencukupi.

Dalam era ledakan maklumat ini, maklumat yang diperlukan bertambah

setiap hari. Adalah sangat penting bagi setiap orang mencari peluang untuk

mengembangkan ilmu pengetahuan. Pendidikan teknik dan kejuruteraan merupakan

suatu pelaburan masa depan.

Dunia pendidikan di Malaysia sedang menuju ke arah pendidikan global

yang lebih mencabar dan menuntut keazaman, semangat serta komitmen tinggi agar

generasi yang dididik mampu memenuhi keperluan negara maju menuju alaf 2020.

Page 20: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

2

Pendidikan adalah nadi kepada pembangunan budaya . Oleh itu, kemahiran

generik dapat disesuaikan ke dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kerjaya

manusia dan kekeluargaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, ramai pelajar berusaha menyambung pelajaran mereka hingga ke

peringkat tinggi untuk memperoleh segulung ijazah. Pelbagai usaha dilakukan

untuk memenuhi syarat kemasukan ke universiti. Akan tetapi pelajar yang

dilahirkan dikatakan kurang kredibiliti oleh pihak majikan. Kemampuan graduan

sering dipertikaikan.

Selain itu, menurut Buletin City Campus (2004), masalah penggangguran di

kalangan graduan universiti bukan lagi merupakan sesuatu yang dianggap janggal

dewasa ini. Ianya sering dibincangkan sama ada di peringkat Kementerian,

Universiti malah ianya juga merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian

pihak media dan juga masyarakat umum. Salah satu isu yang dikatakan merupakan

faktor penyebab ialah disebabkan kekurangan dan kelemahan graduan yang

dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Tidak kira apa jua bidang sekalipun, ia memerlukan kemahiran yang

sepatutnya. Kemahiran generik dalam diri seseorang dirasakan perlu, kerana

kemahiran itu merupakan kemahiran yang umum (Kamus Dewan, 1997) sepatutnya

ada dalam diri seseorang. Antara kemahiran generik yang ada adalah kemahiran

komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu

menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri, dan etika atau

moral.

Page 21: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

3

Tidak semua orang mahir dalam setiap satu kemahiran generik yang

dinyatakan di atas, oleh itu ia perlulah diterapkan semasa seseorang itu masih

menuntut lagi. Dalam konteks ini pengkaji hanya mengkaji mengenai kemahiran

generik yang ada pada pelajar.

Menurut Ketua Eksekutif Proton Berhad dalam dalam pembentangan kertas

kerja Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Di Sektor Swasta pada

Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Bangi,

sepanjang tahun 2002 graduan IPTA yang melepasi temuduga tahap kedua

merupakan 68 peratus graduan. Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti

Sains Malaysia (USM- 65 peratus), Universiti Multimedia (MMU-59 peratus),

Universiti Teknologi Malaysia (UTM-48 peratus) dan Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM-19 peratus).

Menurut Azalya (2003), Industri memerlukan penggunaan bidang peralatan

yang bersesuaian dengan aktivitinya. Jenis dan kemampuan tersebut adalah

bergantung kepada perkembangan teknologi semasa. Oleh itu, industri adalah satu

aplikasi kepada kemahiran atau kebolehan tenaga manusia menggunakan peralatan

yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembangunan industri tidak hanya memerlukan tenaga pekerja yang ramai

tetapi juga tenaga pekerja yang mahir, cekap, berkelayakan atau berpengalaman

(Katiman Rostam dan Tengku Anuar Tengku Dalam, 1992). Walaupun graduan

mempunyai keputusan cemerlang tetapi mereka tidak mampu berhujah mahu pun

mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu (Tengku Mahaleel

Tengku Ariff, 2002). Tengku Mahaleel turut menekankan bahawa punca graduan

Page 22: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

4

tempatan gagal dalam temuduga kerja di syarikat-syarikat swasta ialah mereka gagal

menyakinkan penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1999), ramai graduan

mempunyai kelulusan tinggi, tetapi tidak memiliki kemahiran menyelesaikan

masalah, akibatnya para graduan tidak mampu menandingi prestasi pesaing-pesaing

mereka yang berkelulusan sederhana tetapi cekap dan pintar menyelesaikan

masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah ialah salah satu faktor utama yang

menentukan kejayaan mahupun kegagalan seseorang.

Cabaran pekerjaan dari segi kelayakan, pendidikan berterusan serta

keperluan pembangunan semakin berubah. Atan long (1982) menjelaskan bahawa

bagi menjayakan tugas memilih dan menyediakan diri untuk pekerjaan memerlukan

tiga bidang pembelajaran (i) penilaian tentang minat sendiri terhadap jenis pekerjaan

yang mungkin dipilih (ii) membuat persediaan untuk memahami pekerjaan termasuk

peluang untuk berkembang pada masa akan datang dan (iii) menyedari kebolehan

diri sendiri dan menyedari apa-apa latihan yang diperlukan bagi perkembangan

kebolehan ini. Zaman di mana pekerjaan telah sedia menunggu setiap lepasan

universiti yang akan membolehkan mereka hidup mewah dan mendapat status sosial

yang tinggi sudah pun berlalu. Para siswazah tidak lagi dijanjikan dengan sebarang

pekerjaan. Mereka terpaksa mencari dan bersaing sesama mereka yang semakin

ramai bilangannya untuk mendapatkan pekerjaan. (Ibrahim Saad, 1982).

Menurut Buletin P & P (September 2004), Pihak institusi pengajian tinggi

sering menekenakan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan

program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga mahir yang

diperlukan oleh negara namun di pihak majikan pula menyatakan bahawa

kebanyakan graduan yang dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang

diharapkan. Graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran

menyelesaikan masalah, kurang kemahiran komuniksai dan kerja berkumpulan,

Page 23: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

5

kurang kemahiran menggunakan kemudahan Ict, lemah berbahasa Inggeris dan

sebagainya merupakan antara keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kemahiran

generik di kalangan pelajar 5STP(A/ E/ J), Fakulti Pendidikan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

a. Mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi di kalangan pelajar 5

STP(A/E/J)?

b. Mengenalpasti tahap kemahiran penyelesaian masalah yang dikuasai

oleh pelajar 5 STP(A/E/J)?

c. Mengenalpasti tahap kemahiran bekerja dalam kumpulan yang

dikuasai oleh pelajar 5 STP(A/E/J)?

d. Mengenalpasti tahap keyakinan diri yang dikuasai oleh pelajar 5

STP(A/E/J)?

e. Mengenalpasti tahap pembelajaran sepanjang hayat yang dikuasai

oleh pelajar 5 STP9A/E/J)?

Page 24: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI … fileMENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR 5 STP (A/ E/ J) MANJULA A/P ANASAMY Laporan projek ini dikemukakan sebagai

6

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut :-

a. Apakah tahap kemahiran komunikasi yang dikuasai oleh pelajar 5

STP(A/E/J) ?

b. Apakah tahap kemahiran penyelesaian masalah yang dikuasai oleh

pelajar 5 STP(A/E/J)?

c. Apakah tahap kemahiran bekerja dalam kumpulan yang dikuasai

oleh pelajar 5 STP(A/E/J)?

d. Apakah tahap keyakinan diri yang dikuasai oleh pelajar 5

STP(A/E/J)?

e. Apakah tahap pembelajaran sepanjang hayat yang dikuasai oleh

pelajar 5 STP(A/E/J)?

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Kepentingan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi pihak Kementerian Pendidikan pula kajian ini dapat memberi sedikit

input mengenai kemahiran generik yang ada pada pelajar 5 SPAEJ dan usaha –usaha

yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran generik.