mengenai kami penyelidikan akademik jaringan …psasir.upm.edu.my/51442/1/saintis kutub...

2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Selasa, Mac 14, 2017 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Saintis Kutub Malaysia, Dr. Siti Aqlima buat penyelidikan di Antartika Oleh Azman Zakaria Sumber foto oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan SERDANG, 13 Mac - Pensyarah kanan Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Siti Aqlima Ahmad kini berada di Pulau Signy, Antartika, menjalankan penyelidikan selama 80 hari di pulau itu sehingga 20 Mac 2017. Penyelidikannya bertajuk Diversity and Biogeography of Soil Bacteria Degrading Phenol,dijalankan di Signy Research Station, Factory Cove, Borge Bay, di pulau itu. Stesen penyelidikan itu yang terletak pada kedudukan latitud 60°43'0"S dan longitud 45°36'0"B menawarkan persekitaran yang sesuai untuk penyelidikan berkenaan. Menurut paparan Facebook milik Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), satu daripada keunikan Signy Research Station adalah ia menyokong pelbagai projek berkaitan eko-sistem dan perubahan iklim Southern Ocean. Jarang terdapat pengunjung ke Signy Island, dan sehubungan itu membolehkan kajian terhadap kepelbagaian mikrobial dijalankan dengan mudah menggunakan sampel tanah di kawasan semulajadi (yang tidak terganggu) dan kawasan pernah terganggu. Dr. Siti Aqlima, penerima YPASM Berth Support, tiba di Punta Arenas, Chile pada 25 Disember 2016 dari Kuala Lumpur, dan meneruskan perjalanan ke Signy Research Station pada 27 Disember 2016 menaiki kapal tentera British, HMS Protector.MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 14/3/2017 http://www.upm.edu.my/berita/details/sitiaqlimabm

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN …psasir.upm.edu.my/51442/1/Saintis Kutub Malaysia...SERDANG, 13 Mac - Pensyarah kanan Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Selasa, Mac 14, 2017

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Saintis Kutub Malaysia, Dr. Siti Aqlima buat penyelidikan di Antartika

Oleh Azman ZakariaSumber foto oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan

SERDANG, 13 Mac - Pensyarah kanan Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Siti Aqlima Ahmad kini berada di Pulau Signy, Antartika, menjalankan penyelidikan selama 80 hari di pulau itu sehingga 20 Mac 2017.

Penyelidikannya bertajuk ‘Diversity and Biogeography of Soil Bacteria Degrading Phenol,’ dijalankan di Signy Research Station, Factory Cove, Borge Bay, di pulau itu.

Stesen penyelidikan itu yang terletak pada kedudukan latitud 60°43'0"S dan longitud 45°36'0"B menawarkan persekitaran yang sesuai untuk penyelidikan berkenaan.

Menurut paparan Facebook milik Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), satu daripada keunikan Signy Research Station adalah ia menyokong pelbagai projek berkaitan eko-sistem dan perubahan iklim Southern Ocean.

Jarang terdapat pengunjung ke Signy Island, dan sehubungan itu membolehkan kajian terhadap kepelbagaian mikrobial dijalankan dengan mudah menggunakan sampel tanah di kawasan semulajadi (yang tidak terganggu) dan kawasan pernah terganggu.

Dr. Siti Aqlima, penerima YPASM Berth Support, tiba di Punta Arenas, Chile pada 25 Disember 2016 dari Kuala Lumpur, dan meneruskan perjalanan ke Signy Research Station pada 27 Disember 2016 menaiki kapal tentera British, ‘HMS Protector.’

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

14/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/sitiaqlimabm

Page 2: MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN …psasir.upm.edu.my/51442/1/Saintis Kutub Malaysia...SERDANG, 13 Mac - Pensyarah kanan Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains

Beliau tiba di stesen penyelidikan itu pada 31 Disember, 2016.

Terdapat tujuh orang bekerja di stesen penyelidikan itu iaitu dua saintis Britain, seorang saintis Jepun, Dr Siti Aqlima serta tiga orang kakitangan British Antarctic Survey (BAS).

Signy Island, adalah sebuah daripada kepulauan kecil di Antarctic yang panjangnya adalah 6.5 km dan lebar kurang daripada 5 km. Sebahagian besarnya dilitupi ais yang kekal sehingga ketebalan 288m.

Pada musim panas, banyak kawasannya berlumut dan terdapat rumput serta terbentuknya kolam dan tasik air tawar.

Signy Research Station adalah satu-satunya stesen musim panas Britain, dan antara yang terkecil miliknya. Pulau itu mempunyai banyak hidupan liar dan kehijauan sekitar menjadikannya makmal luar yang ideal. – UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 13 Mar 2017

Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

14/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/details/sitiaqlimabm