mengapa mahasiswa menganggur

5
MUHAMMAD WAFIQ BIN AZMAN A151120 Set 3 PENDAHULUAN Apabila tiba di tahun-tahun akhir pengajian, perkara yang sering bermain-main di awangan pemikiran mahasiswa adalah apakah pekerjaan yang akan mereka ceburi sebaik sahaja menamatkan pengajian. Namun,persoalan ini bukan hanya bermain dalam pemikiran pelajar tahun akhir malah ianya bermula sejak pertama kali pelajar menerima tawaran ke universiti lagi. Imam Syafie berkata, “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat,disamping ianya menjadi amalan para Nabi,Rasul dan orang-orang soleh”. Itulah salah satu kalam yang menjelaskan kembali kepada mahasiswa bahawa tujuan utama mahasiswa ialah menuntut ilmu sehabis mungkin namun itu tidaklah bermakna bidang pekerjaan perlu diketepikan sehingga wujudnya siswazah yang menganggur. Sehubungan dengan itu,penulis akan cuba mengupas faktor-faktor yang menyebabkan graduan menganggur dan langkah bagi mengurangkannya. ISI 1 Antara faktor yang menyebabkan kebanyakan siswazah menganggur ialah siswazah terlalu memilih kerja. Sebaik sahaja menerima segulung ijazah,siswazah merasakan pencapaian mereka itu berada pada tahap yang tinggi berbanding rakan-rakan yang berkelayakan rendah daripada mereka seperti segulung diploma mahupun Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Sikap takbur ini seringkali menjadi salah satu penguat kepada faktor siswazah terlalu memilih dalam mencari peluang pekerjaan.Apalah guna

Upload: muhd-wafiq

Post on 27-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

Page 1: MENGAPA MAHASISWA MENGANGGUR

MUHAMMAD WAFIQ BIN AZMAN

A151120

Set 3

PENDAHULUAN Apabila tiba di tahun-tahun akhir pengajian, perkara yang sering

bermain-main di awangan pemikiran mahasiswa adalah apakah pekerjaan yang akan mereka

ceburi sebaik sahaja menamatkan pengajian. Namun,persoalan ini bukan hanya bermain

dalam pemikiran pelajar tahun akhir malah ianya bermula sejak pertama kali pelajar

menerima tawaran ke universiti lagi. Imam Syafie berkata, “Tuntutlah ilmu sebanyak

mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di

akhirat,disamping ianya menjadi amalan para Nabi,Rasul dan orang-orang soleh”. Itulah

salah satu kalam yang menjelaskan kembali kepada mahasiswa bahawa tujuan utama

mahasiswa ialah menuntut ilmu sehabis mungkin namun itu tidaklah bermakna bidang

pekerjaan perlu diketepikan sehingga wujudnya siswazah yang menganggur. Sehubungan

dengan itu,penulis akan cuba mengupas faktor-faktor yang menyebabkan graduan

menganggur dan langkah bagi mengurangkannya.

ISI 1 Antara faktor yang menyebabkan kebanyakan siswazah menganggur ialah siswazah

terlalu memilih kerja. Sebaik sahaja menerima segulung ijazah,siswazah merasakan

pencapaian mereka itu berada pada tahap yang tinggi berbanding rakan-rakan yang

berkelayakan rendah daripada mereka seperti segulung diploma mahupun Sijil Pelajaran

Malaysia(SPM). Sikap takbur ini seringkali menjadi salah satu penguat kepada faktor

siswazah terlalu memilih dalam mencari peluang pekerjaan.Apalah guna sekiranya

memperolehi segulung ijazah namun menceburi pekerjaan yang setaraf dengan diploma dan

SPM. Itulah tanggapan yang sering bermain di corok-corok minda siswazah yang tidak mahu

dipandang serong oleh masyarakat oleh sebab pekerjaan yang diceburinya tidak mencermin

kelayakan akademik yang dimilikinya.

ISI 2 Kemahiran terhad yang dimiliki oleh siswazah menjadi salah satu faktor yang

menyebabkan pengangguran berlaku dalam kalangan mahasiswa lepasan universiti.

Kebanyakan bidang pekerjaan lazimnya memerlukan anggota kerja yang memiliki kemahiran

dalam melakukan sebarang bidang pekerjaan sehinggakan ingin menjadi tukang cuci juga

memerlukan kemahiran.Bukannya saya mengatakan pekerjaan ini pekerjaan yang hina, cuma

saya ingin menegaskan kemahiran merupakan perkara penting dalam menceburi bidang

pekerjaan. Disebabkan kebanyakan pelajar lebih didedahkan kepada konsep teori,konsep itu

Page 2: MENGAPA MAHASISWA MENGANGGUR

hanya bermain di minda dan bibir mahasiswa untuk dihafal sebagai bekalan untuk dibawa ke

dewan peperiksaan dan bukannya dipraktikkan.Ini yang menyebabkan kebanyakan lepasan

universiti terhad dari segi kemahiran sehinggakan ada daripada kalangan mereka yang

menganggur.

ISI 3 Masalah berkomunikasi juga adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan

siswazah tidak diterima bekerja dan membawa mereka ke lembah pengangguran. Baru-baru

ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan universiti perlu

memastikan graduan universiti fasih berbahasa inggeris. Dalam kenyataannya yang lain dia

mengatakan bahawa mahasiswa ketika menulis,dapat menulis dengan baik namun ketika

bertutur dalam bahasa Inggeris,tidak melambangkan apa yang ditulis sehingga menyebabkan

mereka gagal dalam sesi temuduga dalam sektor swasta. Kelemahan ini kerap berlaku

terutamanya dalam kalangan mahasiswa universiti yang menggunakan bahasa pengantar

Bahasa Melayu. Kebanyakan majikan meletakkan syarat penguasaan Bahasa Inggeris yang

baik ketika mengambil pekerja menyebabkan pekerja yang menguasai hanya bahasa Melayu

terpaksa menganggur.

ISI 4 Bak kata pepatah,setiap penyakit ada ubatnya,setiap masalah ada jalan

keluarnya.Begitulah jua dengan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah ini.Antara

langkah yang perlu dilakukan oleh siswazah-siswazah ialah dengan tidak terlalu memilih-

memilih pekerjaan. Memang tidak salah untuk siswazah memilih bidang pekerjaan mana

yang sesuai dengan minat mereka,namun siswazah tidak patut terlalu memilih sehinggakan

sanggup menganggur bertahun lamanya. Siswazah disaran untuk menceburi mana-mana

bidang pekerjaan tidak kira ianya setaraf dengan kelayakan SPM mahupun diploma namun

apa yang paling penting adalah pengalaman bekerja itu sendiri. Sikap tidak terlalu memilih

inilah menjadi salah satu antibiotik penting untuk membetulkan persespi siswazah yang

menganggap pekerjaan itu diukur melalui kemahiran bukannya kelayakan akademik semata-

mata.

ISI 5 Dalam arus kemajuan teknologi maklumat kini,pelbagai kemudahan dan alternatif

disediakan oleh kerajaan mahupun swasta dalam membantu siswazah mencari

pekerjaan.Dengan itu,siswazah digalakkan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan ini

bagi memudahkan urusan siswazah dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan

kelulusan yang dimiliki. Sebagai contoh JobsMalaysia iaitu laman web yang mengiklankan

syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau kerja-kerja kerajaan sendiri. Adakalanya, bakal

Page 3: MENGAPA MAHASISWA MENGANGGUR

penjawat awam seperti guru perlu memohon di Jobsmalaysia sebagai syarat kemasukan, juga

jawatan-jawatan kerajaan yang lain.Begitu juga dengan laman web Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam(SPA) Malaysia yang disediakn khusus untuk mereka yang ingin bekerja

dalam sektor kerajaan.

PENUTUP Kesimpulannya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk siswazah

bersenang lenang selepas tamatnya pengajian kerana siswazah akan berada pada perubahan

alam iaitu daripada alam universiti kepada alam pekerjaan. Alam pekerjaan ini bukanlah satu

bidang yang boleh dianggap tidak serius kerana ianya mungkin adalah alam yang akan kita

tempuhi sehingga kita menempuh hari tua.Oleh sebab itu,pengangguran dalam kalangan

siswazah ini perlu diberi perhatian penuh oleh semua lapisan masyarakat supaya ianya tidak

melarat dan janganlah nanti seperti sudah terantuk baru terngadah apabila berlakunya

lambakan penganggur dalam kalangan siswazah melebihi bilangan mahasiswa.

RUJUKAN

Anon. 2015. Universiti perlu pastikan graduan fasih berbahasa Inggeris. Berita Harian, 30

April 2015.

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abdul Rahim. 2007. Membina Pelajar

Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Johor Bahru. Universiti Teknologi

Malaysia Press.

Anon. 2015. Siswazah terlalu memilih. Utusan Malaysia, 12 April 2015.