mendulang cinta ilahi dengan ittiba' al-rasul

234
1 MENDULANG CINTA ILAHI DENGAN ITTIBA’ AL-RASUL Mohd. Hairi Nochi KANDUNGAN Muka Surat Mukadimah 2 Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba’ al-Rasul 5 Memahami Hakikat Deenul Islam Menerusi Manhaj al-Salaf al-Shalih 19 Mengenal Umat Nabi Yang Terusir 50 Mengenal Watak Dan Ciri-Ciri Ahl al-Bid’ah 65 Mereka Sering Beralasan! 94 Mengapa Bid’ah Lebih Dicintai Iblis Berbanding Maksiat? 130 Siapakah Al-Ghuraba’? 146 Peringatan Kepada Para Penyebar Hadis Palsu 157 Benarkah Boleh Beramal Dengan Hadis Dhai Secara Mutlak? 194 Keutamaan Tauhid Dan Bahaya Syirik 212 Bibliografi 230 Biodata Penulis

Upload: mohd-zairil-faizal

Post on 08-Aug-2015

190 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

1

MENDULANG CINTA ILAHI

DENGAN ITTIBA’ AL-RASUL

Mohd. Hairi Nochi

KANDUNGAN Muka Surat

Mukadimah 2

Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba’ al-Rasul 5

Memahami Hakikat Deenul Islam Menerusi Manhaj al-Salaf al-Shalih 19

Mengenal Umat Nabi Yang Terusir 50

Mengenal Watak Dan Ciri-Ciri Ahl al-Bid’ah 65

Mereka Sering Beralasan! 94

Mengapa Bid’ah Lebih Dicintai Iblis Berbanding Maksiat? 130

Siapakah Al-Ghuraba’? 146

Peringatan Kepada Para Penyebar Hadis Palsu 157

Benarkah Boleh Beramal Dengan Hadis Dhai Secara Mutlak? 194

Keutamaan Tauhid Dan Bahaya Syirik 212

Bibliografi 230

Biodata Penulis

Page 2: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

2

MUKADIMAH

Penulis amat yakin dan percaya bahawa dengan hanya membaca judul buku

ini tentunya ramai di kalangan para pembaca yang budiman sekalian tidak sabar-

sabar untuk menelaah isi kandungannya dengan telaah yang lebih serius dan

mendalam.

Begitulah ciri-ciri orang yang benar-benar beriman dan cinta kepada

Tuhannya. Kecintaan mereka ini tidak hanya bernoktah kepada pengakuan di bibir

sahaja akan tetapi juga disusuli dengan upaya untuk mengetahui dan seterusnya

mempraktikkan cara-cara yang syar’i dalam usaha menggapai cinta agung tersebut

dalam erti kata yang sebenarnya. Alhamdulillah, semua ini telah penulis kupas

dalam risalah pertama buku ini yang diberi judul Mendulang Cinta Ilahi Dengan

Ittiba’ Al-Rasul.

Bersamaan risalah ini juga disertakan beberapa risalah lain yang

dirasakan amat wajar untuk ditelaah oleh para pembaca yang budiman. Antaranya

ialah risalah yang diberi judul Mengenal Hakikat Deenul Islam Menerusi Manhaj al-

Salaf al-Shalih. Risalah ini antara lainnya menjelaskan kepada sidang pembaca

tentang bagaimana manhaj atau cara yang benar dalam mempraktikkan agama ini

iaitu agama Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu

‘alaihi wasallam.

Secara lebih mendalam, risalah ini menekankan akan peri pentingnya umat

Islam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam ini sesuai dengan kefahaman

dan amalan generasi khairul qurun (kurun terbaik) umat ini, iaitu generasi al-Salaf

al-Shalih.

Sejurus selesai membaca risalah kedua di atas, para pembaca akan

dibawa kepada mengenal ciri-ciri umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi

wasallam yang bakal dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Kiamat kelak.

Pengenalan kepada ciri-ciri golongan ini amat penting agar umat Islam dapat

mengambil langkah berpada-pada supaya tidak terjebak kepada perbuatan yang

Page 3: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

3

akhirnya menjadikan mereka termasuk dalam golongan yang dimaksudkan,

na’udzubillahi min dzalik. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai golongan

yang dimaksudkan, silalah kaji risalah ketiga di dalam buku ini yang berjudul

Mengenal Umat Nabi Yang Terusir.

Setelah selesai membaca tiga risalah awal di atas, para pembaca akan

disajikan pula sebuah risalah yang saya judulkan sebagai Mengenal Watak dan

Ciri-Ciri Ahl al-Bid’ah, iaitu sebuah risalah yang menghuraikan secara lebih

terperinci akan kriteria golongan yang telah dihukum sebagai Ahl al-Bid’ah atau

pelaku bid’ah dalam agama.

Termasuk dalam perbahasan risalah ini ialah beberapa penjelasan para alim

ulama muktabar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berkenaan status hukum golongan

ini menurut kaca mata syarak serta peringatan akan bahayanya umat Islam

daripada bermuamalah dengan golongan berkenaan.

Menyentuh mengenai isu bid’ah, tentunya ramai di kalangan kita yang

ingin tahu sebab mengapa amalan-amalan bid’ah ini tetap subur dan mendarah

daging dalam masyarakat Islam. Ini meskipun telah jelas dalil-dalil al-Qur’an dan

al-Sunnah sahihah yang menyelisihinya. Bagi mengetahui apakah sebab-sebab itu,

mari kita singkap perbahasan artikel kelima buku ini yang berjudul Mereka Sering

Beralasan!

Masih berkaitan dengan persoalan bid’ah, iaitu perbahasan terhadap

ucapan salah seorang tokoh Salaf yang menyatakan bahawa bid’ah adalah sesuatu

yang lebih dicintai Iblis berbanding kemaksiatan. Sekilas baca, tentu sahaja

kenyataan ini dilihat sebagai tidak rasional. Walau bagaimanapun, bagi

mendapatkan kepastian akan sejauh manakah rasionalnya kenyataan ini, silalah

kaji risalah keenam buku ini yang diberi judul Mengapa Bid’ah Lebih Dicintai Iblis

Berbanding Maksiat?

Risalah seterusnya berjudul Siapakah al-Ghuraba’?. Risalah ini menerangkan

kepada sidang pembaca akan ciri-ciri khusus sebahagian umat akhir zaman yang

telah dijamin kebahagiaannya di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala oleh Nabi

Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka itulah yang disebut-sebut oleh

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai al-Ghuraba’ atau ‘golongan yang asing’

sebagai akibat keteguhan mereka meniti di atas manhaj beragama yang benar

Page 4: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

4

dalam suasana dunia dan umat kian mengasingkan manhaj ini dan sesiapa jua

yang berada di atasnya.

Peringatan Kepada Para Penyebar Hadis Palsu adalah judul yang dipilih bagi

menduduki risalah kelapan buku ini. Di dalam risalah ini dijelaskan beberapa

ancaman yang disediakan oleh Allah dan Rasul-Nya khususnya kepada mereka

yang gemar menyebarkan hadis-hadis atau riwayat-riwayat palsu yang didustakan

ke atas nama Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Menyusuli risalah kelapan di atas ini ialah risalah yang memuatkan beberapa

hujah bantahan ke atas mereka yang membolehkan beramal dengan hadis-hadis

dhaif (lemah) tanpa sebarang syarat sebagaimana yang digariskan oleh para ahli

hadis (muhaddisin). Risalah yang dimaksudkan diberi judul Bolehkah Beramal

Dengan Hadis Dhaif Secara Mutlak?

Mengakhiri perbincangan buku ini ialah risalah berjudul Keutamaan Tauhid

dan Bahaya Syirik yang akan menjelaskan bahaya syirik kepada akidah umat

Islam, disusuli beberapa contoh keyakinan atau amalan dalam masyarakat yang

boleh menjerumuskan umat kepadanya.

Demikian sepuluh buah risalah yang dimuatkan di dalam buku yang serba

ringkas ini. Didoakan semoga kesemua risalah ini dapat memberikan sumber

informasi yang berguna kepada para pembaca khususnya dalam upaya

meningkatkan kefahaman dan penghayatan beragama yang benar mengikut acuan

ajaran Islam yang sebenar. Amin. Sekian, selamat membaca.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Penulis

Mohd Hairi Nonchi

Kampung Puyut,

Lahad Datu, Sabah.

Page 5: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

5

Risalah #1:

Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba’ al-Rasul

Apabila kita berbicara mengenai soal cinta, lazimnya perbicaraan tersebut akan

tertumpu kepada hubungan cinta yang wujud antara sesama manusia. Sebagai

contoh ialah kecintaan seseorang anak kepada ibu bapanya, kecintaan seorang

suami kepada isterinya, kecintaan seorang guru kepada para pelajarnya dan

demikianlah seterusnya.

Selain itu, tidak kurang juga dalam kalangan kita yang sering mengaitkan

persoalan cinta dengan perkara-perkara selain daripada kecintaan sesama

manusia. Perkara ini adalah suatu yang lumrah kerana hakikatnya cinta itu sendiri

memiliki cakupan yang amat luas. Ia meliputi apa jua perkara yang melingkari

kehidupan manusia, selagi mana perkara-perkara tersebut berupaya

menumbuhkan kebahagiaan dan kedamaian pada jiwa yang empunya rasa cinta

tersebut.

Menerusi artikel yang serba ringkas ini penulis akan mengajak para pembaca yang

budiman sekalian untuk sama-sama berbicara mengenai persoalan cinta. Sedia kita

ketahui bahawa menurut perspektif ajaran Islam, cinta itu memiliki beberapa

tingkatannya yang tersendiri. Kecintaan seseorang terhadap ahli keluarganya,

ilmu, harta benda dan sebagainya adalah cinta yang lumrah berlaku dalam

kebanyakan manusia. Jika ditinjau dari sudut kaca mata ajaran Islam, cinta

seperti ini adalah disebut sebagai cinta yang tabi’i.

Akan tetapi apabila kecintaan terhadap perkara-perkara tersebut dilakukan dengan

cara yang melampaui batasan syarak maka ia termasuk dalam kategori cinta yang

Page 6: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

6

keji. Inilah tingkatan cinta yang amat tercela di sisi ajaran Islam. Dalam hal ini

Allah Subhanahu wa Ta’ala memperingatkan kita bahawa:1[1]

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah

menjadi fitnah ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Selain daripada kedua-dua tingkatan cinta di atas terdapat satu lagi tingkatan cinta

di sisi ajaran Islam. Tingkatan cinta inilah yang lazim kita sebut-sebut sebagai

‘cinta yang agung’ iaitu kecintaan seseorang hamba yang beriman kepada Allah

Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat ke-165 dari

surah al-Baqarah:

Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk

menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya sebagaimana

mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih

mencintai Allah (berbanding selainnya).

Cukupkah sekadar pengakuan?

Hakikat yang perlu difahami oleh setiap umat Islam bahawa seseorang itu tidak

akan mungkin sampai ke destinasi cinta yang teragung, iaitu kecintaan yang hakiki

terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala melainkan hendaklah dia terlebih dahulu

mencurahkan rasa cintanya itu melalui utusan Allah yang mulia, Nabi Muhammad

shallallahu ‘alaihi wasallam.

1 [1] Surah at-Taghabun, ayat 15.

Page 7: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

7

Kecintaan terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini pula tidaklah hanya

memadai dengan ungkapan di bibir dan dengan luahan hati semata-mata. Akan

tetapi lebih jauh dari itu, kecintaan tersebut hendaklah dibuktikan dengan cara

mengikuti segala syariat yang dibawa oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

sebagaimana yang telah termaktub dalam al-Sunnah atau hadis-hadisnya yang

sahih. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi

firman-Nya dalam surah ali-Imran ayat 31:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika Kamu (benar-benar) mencintai

Allah, (maka) ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni

dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Di samping itu juga, kecintaan tersebut hendaklah diletakkan di aras tingkatan

cinta yang tertinggi berbanding kecintaan ke atas selainnya sebagaimana sabda

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:2[2]

Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai dari

anaknya dan orang tuanya dan manusia seluruhnya.

Bagaimanakah cara yang benar untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah

dan Rasulullah?

Sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam beberapa huraian yang lalu

bahawa kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi

wasallam bukanlah sekadar dengan luahan perasaan atau pengakuan di bibir

2 [2] Hadis riwayat al-Bukhari 1/9, Muslim 1/49, al-Nasa’ 8/114 dan Ahmad 3/177

bersumberkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

Page 8: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

8

semata-mata. Akan tetapi hendaklah ia dibuktikan dengan perbuatan (amalan)

iaitu dengan cara mengikuti al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Hakikat ini adalah suatu yang amat perlu untuk dicermati oleh setiap umat Islam

memandangkan pada ketika ini tidak sedikit kita temui di sana-sini adanya

segolongan manusia yang mengakui amat mencintai Allah dan Rasul-Nya. Akan

tetapi, pada hakikatnya mereka ialah golongan yang paling terkehadapan di dalam

mengunggulkan sesuatu yang lain baik berupa perkataan, perbuatan, manhaj dan

keyakinan berbanding dengan “firman Allah” dan “sabda Rasulullah” yang sahih.

Agar lebih mudah difahami, berikut akan penulis senaraikan beberapa cara yang

dapat kita praktikkan bagi membuktikan rasa cinta dan kasih kita kepada

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya:

Pertama:

Hendaklah umat Islam mengikuti, melaksanakan dan mengagung-agungkan

sunnah-sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Ayat berikut sekali lagi

menjadi rujukan:3[3]

Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika Kamu (benar-benar) mencintai

Allah, (maka) ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni

dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3[3] Surah ali-Imran, ayat 31.

Page 9: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

9

Dr. Shalih Fauzan al-Fauzan bin ‘Abdillah al-Fauzan hafizhahullah menjelaskan di

dalam kitabnya ‘Aqidah at-Tauhid, ms. 154:4[4]

Termasuk mengagungkan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam adalah mengagungkan

sunnahnya dan berkeyakinan tentang wajibnya mengamalkan sunnah tersebut dan meyakini

bahawa sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam telah menduduki kedudukan kedua

setelah al-Qur’an al-Karim dalam hal kewajipan mengagungkan dan mengamalkannya, sebab

al-Sunnah merupakan wahyu dari Allah.

Kedua:

Hendaklah umat Islam sentiasa mendahulukan perintah Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam di atas perkataan manusia biasa sebagaimana firman-Nya dalam

surah al-Hujurat, ayat 1:

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-

Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui.

Ketiga:

Mencukupkan diri dengan apa yang telah diajarkan oleh baginda dan meninggalkan apa-apa dilarang olehnya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Hasyr, ayat 7:

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.

4[4] Lihat Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah karya Yazid Abdul, ms. 259.

Page 10: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

10

Termasuk dalam hal ini juga ialah menerima segala keputusan hukum yang telah ditetapkan

oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, menerimanya dengan lapang dada serta tidak membenci atau pun menolaknya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:5[5]

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan

kamu hakim (wahai Muhammad sebagai pemutus) dalam perkara yang mereka

perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap

keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

Keempat:

Tidak mempertentangkan sunnah dan sabda baginda dengan sunnah dan perkataan

manusia biasa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Ahzab, ayat 36:

Dan tidaklah patut laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang

beriman yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu

ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan

barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata.

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu menulis di dalam kitabnya Manhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Thaifah al-Manshurah:6[6]

Tanda cinta seseorang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan nampak ketika terjadi

pertentangan antara perintah dan larangan baginda dengan hawa nafsunya, keinginan sang isteri,

anak-anak serta manusia di sekitarnya. Jika dia benar-benar mencintai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka dia akan mendahulukan perintah-perintah baginda daripada kehendak hawa nafsunya,

keinginan keluarga dan orang-orang di sekelilingnya. Tetapi, jika kecintaannya hanyalah dusta saja,

maka dia pun akan lebih suka menderhakai Allah dan Rasul-Nya dengan memperturutkan syaitan dan

hawa nafsunya.

5[5] Surah an-Nisa’, ayat 65.

6[6] Lihat Manhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Thaifah al-Manshurah karya Syeikh

Muhammad Jamil Zainu, ms. 185.

Page 11: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

11

Kelima:

Sentiasa mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:7[7]

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya mengucapkan selawat untuk Nabi. Wahai

orang-orang yang beriman, berselawatlah untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Termasuk dalam hal ini ialah mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mendengar nama baginda shallallahu ‘alaihi wasallam disebut.

Bersumberkan daripada Husain bin Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu, dia berkata bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:8[8]

Orang yang paling bakhil (kedekut) itu ialah orang yang (apabila) namaku disebut di sisinya kemudian dia tidak berselawat kepadaku.

Walau bagaimanapun, hendak diingatkan bahawa pengucapan selawat dan salam ke atas

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini hendaklah dilakukan sesuai dengan kaifiyyat atau tatacara yang telah ditunjuk atau diajarkan menerusi hadis-hadisnya yang sahih.

Hal ini kerana – sebagaimana ibadah yang lain – selawat juga wajib dibangunkan di atas

landasan yang sahih berdasarkan kepada petunjuk al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam. Bukan sebaliknya berupa rekaan manusia (bid’ah) yang tidak memiliki

sandarannya sama sekali di sisi al-Qur’an mahupun al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam yang sahih.

7[7] Surah al-Ahzab, ayat 56.

8[8] Hadis riwayat at-Tirmidzi 1/201, no. 1736, al-Nasa’i dalam Amal al-Yaum, no. 55, 56 dan

57, Ibnu Hibban, no. 2388, al-Hakim 1/549, ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir 3/137, no.

2885 dan lain-lain dengan sanad yang sahih.

Page 12: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

12

Syeikh Abu Ubaidah menulis:9[9]

Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan

contoh ibadah dan sesuatu (yang) bersifat tauqifi (iaitu terikat dengan ketentuan nas), kita tidak

boleh menambah mahupun mengubah lafaz yang telah ditetapkan dengan formula selawat yang baru.

Tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syariat (iaitu Allah) yang

sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati.

Keenam:

Tidak keterlaluan di dalam memuji baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini sebagaimana

yang ditegaskan sendiri oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadisnya yang dikeluarkan oleh al-Bukhari, no. 3445:

Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku sebagaimana orang-orang

Nasrani telah berlebih-lebihan memuji Isa putera Maryam. Aku hanyalah hamba-

Nya maka katakanlah: ‘Abdullah wa Rasuluhu (hamba Allah dan Rasul-Nya).

Dalam hadisnya yang lain, Rasulullah menjelaskan bahawa antara faktor yang membawa

kepada kehancuran umat terdahulu adalah disebabkan oleh sikap mereka yang suka

berlebih-lebihan di dalam urusan agama. Sabdanya:10[10]

Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kerana sesungguhnya kehancuran

orang-orang sebelum kamu disebabkan kerana sikap berlebih-lebihan dalam agama.

Salah satu contoh amalan dalam masyarakat kita yang boleh dikaitkan dengan

perbincangan ini ialah memberikan gelaran sayyidina kepada baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam, padahal gelaran ini tidak pernah diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

dan juga para generasi al-Salaf al-Shalih serta para imam muktabar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

9[9] Lihat 25 Persoalan Semasa: Huraian dan Jawapan karya Mohd Yaakub Mohd Yunus, ms.

272.

10 [10] Hadis riwayat al-Nasa’i 5/268, Ibnu Majah, no. 3029, Ahmad 1/215 dan 347 dengan

sanad yang sahih.

Page 13: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

13

Pernah suatu ketika seseorang memanggil baginda dengan gelaran sayyidina. Mendengarkan yang demikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:11[11]

Sayyid kita adalah Allah Tabaraka wa Ta’ala!.

Kemudian dalam riwayat yang sama baginda bersabda lagi:

Katakanlah sesuai dengan apa yang biasa kamu katakan atau seperti sebahagian ucapan

kamu dan janganlah sampai kamu terseret oleh Syaitan!.

Syaikh al-Albani telah memberikan komentar yang sangat baik mengenai

permasalahan ini. Dengan mengutip pandangan Ibnu Hajar al-Asqalani berhubung

dengan tindakan sesetengah pihak yang menokok tambah lafaz ‘sayyidina’ dalam

selawat ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Syeikh al-Albani mengulas

dengan katanya:12[12]

Ibnu Hajar al-‘Asqalani pernah ditanya orang tentang kalimat selawat untuk Nabi yang

dibaca dalam solat dan di luar solat, baik yang wajib mahupun yang sunnah: “Apakah dalam

ucapan selawat itu disyariatkan menggunakan kata-kata “sayyid”, seperti orang mengatakan

“Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidil khalqi” atau “’ala sayyidi

waladi Adam” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”

(sahaja). Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata

“sayyid” atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis” .

11 [11] Hadis riwayat Abu Daud, no. 4806.

12 [12] Lihat Shifatu Shalati an-Nabiyyi min at-Takbir Ila at-Taslimi Ka-annaka Taraha karya

Syaikh al-Albani, ms. 215-216.

Page 14: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

14

Jawab Ibnu Hajar al-‘Asqalani : “Benar! Mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana

tersebut dalam riwayat hadis adalah benar. Janganlah sampai ada orang yang mengatakan

Nabi tidak menggunakan kata-kata “sayyid” dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap

rendah diri (tawaduk) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut

nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan “shalallaahu ‘alaihi wasallam”. Semua orang Islam

dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi.

Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan “sayyid” itu ada

(disyariatkan agama), nescaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan

tetapi, saya tidak menemukan adanya riwayat semacam itu dari sebarang sahabat atau

tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka.

(Malah al-Imam) asy-Syafie sebagai seorang yang paling menghormati Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan (adanya) kata “sayyidina” dalam awal pembukaan

(Muqadimah) kitabnya. Padahal asy-Syafie adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya.

Beliau (al-Imam asy-Syafie) hanya menyebutkan (dengan lafaz): Allahumma shalli ‘ala

Muhammad.13[13]

Juga termasuk dalam perbuatan yang berlebih-lebihan di dalam agama ialah mengadakan

perayaan Maulid al-Rasul bersempena dengan tarikh kelahiran baginda shallallahu ‘alaihi

13 [13] Lebih lanjut berkenaan beberapa contoh selawat menurut Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam yang sahih dan selawat yang bid’ah di sisi agama, sila rujuk buku Fadhlush Shalah ‘ala an-

Nabi karangan Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu. Bagi edisi terjemahan, sila rujuk Keajaiban

Shalawat, terjemahan oleh Abu ‘Aisyah Helmi Adrian (Bogor: Media Tarbiyah).

Page 15: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

15

wasallam pada setiap tahun14[14]. Padahal amalan ini tidak bersumberkan daripada ajaran

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak juga para sahabat radhiallahu ’anhum ‘ajmain

mahu pun para imam umat ini. Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:15[15]

Jika keadaannya demikian maka di antara bentuk mengagungkan baginda (ialah dengan cara)

menghormati baginda, meneladani budi pekerti baginda dan menjadikan baginda sebagai pemimpin

yang diikuti adalah kehendaknya (serta) kita tidak melampaui segala ibadah yang telah baginda

syariatkan kepada kita. (Ini kerana) Rasulullah telah wafat dan baginda tidak meninggalkan suatu

kebaikan pun kepada umatnya kecuali pasti baginda telah tunjukkan (kepada umatnya) dan

memerintahkan agar mereka mengerjakannya. Demikian pula, tidaklah ada suatu keburukan pun

kecuali pasti beliau telah menjelaskan dan memperingatkan mereka agar menjauhinya.

Atas dasar inilah maka kita tidak berhak – padahal kita mengimani baginda sebagai pemimpin yang

diikuti – lantang mendahului baginda dengan merayakan maulid (hari kelahiran) baginda atau pada hari

diutusnya baginda. Perayaan (ihtifal) ertinya adalah bergembira, bersuka ria dan menampakkan

pengagungan. Semua itu termasuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah (sebagaimana halnya

perayaan ‘Eid al-Fithri dan ‘Eid al-‘Adha). Kita tidak boleh membuat syariat berupa ibadah-ibadah

kecuali apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Beliau menambah:

Seandainya perayaan maulid Nabi adalah termasuk perkara yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya

pasti telah disyariatkan. Dan seandainya telah disyariatkan, pasti telah terpelihara kerana Allah

Ta’ala sendiri telah menjamin untuk menjaga syariat-Nya. Begitu pula, seandainya telah terpelihara,

14 [14] Apa yang benar tarikh sebenar kelahiran Nabi masih diperselisihkan di kalangan para

ulama. Ada yang berpendapat tarikh kelahiran Nabi ialah 12 Rabi’ul Awal manakala sebahagian

yang lain berpendapat ia jatuh pada 8 atau 9 pada bulan yang sama. Sementara itu, ada juga yang

berpendapat ia jatuh pada 27 Rejab dan bulan Ramadhan. Ringkas kata tidak ada kata sepakat di

kalangan para ulamak mengenai tarikh sebenar kelahiran baginda. Memadai dengan ketiadaan

kesepakatan ini bagi menunjukkan perayaan Maulid al-Rasul itu bukanlah suatu yang

disyariatkan di sisi agama.

15 [15] Dinukil secara ringkas dan berpisah-pisah daripada Majmu’ Fatawa, Ibnu ‘Utsaimin, no.

1126, Fatwa Muhimmah, ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz dan Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin 1/44-

48; dalam Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya

Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari, ms. 161-163. Diikuti dengan sedikit

suntingan bahasa dan tambahan penulis di dalam kurungan.

Page 16: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

16

pasti tidak akan ditinggalkan oleh Khulafa’ al-Rasyidin, para Sahabat, orang-orang yang mengikuti

mereka dengan baik dan para pengikut mereka.

Sementara itu al-Imam as-Sayuti rahimahulllah menulis di dalam kitabnya al-Amru bil

Ittiba’, ms. 141:

Di antara jenis bid’ah dan kemungkaran ialah sikap menyerupai orang-orang kafir dan menyamai

mereka dalam hari-hari kebesaran dan musim-musim terlaknat mereka. Seperti yang dilakukan oleh

sebahagian besar kaum muslimin yang jahil. Mereka mengikuti dan menyamai kaum Nasrani (Kristian)

dalam perayaan Hari Khamis Putih dan juga perayaan-perayaan yang sejenisnya.

Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari setelah membawakan ucapan

Imam as-Sayuti di atas, beliau menulis di dalam kitabnya Ilmu Ushul al-Bida’ sebagai berikut: 16 [16]

Contoh terbesar untuk masalah ini adalah perayaan yang diada-adakan oleh majoriti (kebanyakan)

kaum Muslimin yang jahil yang dirayakan setiap tahun (iaitu) perayaan maulid Nabi. Mereka dalam hal

ini menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani17[17] yang terbiasa merayakan perayaan yang serupa

dalam hari-hari besar mereka.18[18]

16 [16] Lihat Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya

Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari, ms. 71-72.

17 [17] Contohnya ialah perayaan Hari Natal bersempena dengan hari kelahiran Nabi Isa

’alaihissalam.

18 [18] Lebih lanjut berkenaan kemungkaran dan jawapan terhadap pelbagai syubhat

(kekeliruan) para penyeru perayaan Maulid al-Rasul, sila rujuk buku-buku berikut:

1. Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi karya Abu Muawiyah Hammad Amir al-Makassari (al-

Maktabah al-Atsariyyah).

2. Bincang-Bincang Seputar Tahlilan, Yasinan & Maulidan karya Ustaz Abu Ihsan al-Atsari

(Solo: Pustaka at-Tibyin).

3. Tarekat, Tasawuf, Tahlinan & Maulidan karya Hartono Ahmad Jaiz (Solo: Wacana Ilmiah

Press).

Page 17: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

17

Ketujuh:

Meninggalkan segala perkara bid’ah dalam urusan agama. Hal ini kerana bid’ah adalah

perbuatan maksiat dan termasuk dalam seburuk-buruk perkara yang amat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sabdanya:19[19]

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik

petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam

urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang

bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah

neraka.

Justeru amatlah menjauhi kebenaran apabila sesuatu kaum itu mengakui mencintai Allah

dan Rasul-Nya sedangkan pada waktu yang sama mereka melakukan sesuatu perkara yang

bercanggah dengan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mencabar

kesempurnaan agama yang dibawa oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Kata Penutup

Demikianlah secara ringkas mengenai hakikat mencintai Allah Subhanahu wa

Ta’ala dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan beberapa

kaedah yang dapat menghantarkan kita kepada cinta yang sejati terhadap kedua-

duanya.

4. Polemik Perayaan Maulid Nabi karya Abu Ubaidah Yusuf Mukhtar as-Sidawi (Surabaya:

Pustaka An-Nabawi).

19 [19] Hadis riwayat al-Nasa’i dalam Sunan al-Nasa’i, no.1560.

Page 18: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

18

Diharapkan dengan penulisan yang serba ringkas ini dapat memberikan anjakan

paradigma kepada kita semua untuk sentiasa berusaha ke arah menyemai rasa

cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

sesuai dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang

sahih.

Akhir kata, penulis mendoakan agar kita semua termasuk dalam kalangan mereka

yang sentiasa mendapat keredaan dan kasih sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala di

dunia dan di akhirat.

Page 19: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

19

Risalah #2

Memahami Hakikat Deenul Islam Menerusi Manhaj al-Salaf al-Shalih

Jika anda menghidapi sesuatu penyakit, kepada siapakah anda merujuk untuk

mendapatkan penjelasan mengenai sebab dan kaedah rawatan yang berkesan bagi

mengatasi penyakit yang sedang anda deritai itu? Tentulah kepada doktor, bukan?

Penulis amat yakin dan percaya bahawa anda tidak mungkin akan bertanya kepada

tukang kayu, juga tidak merujuk kepada juru jual yang berada di pasar raya akan

tetapi ialah kepada doktor. Alasannya mudah, kerana anda yakin bahawa doktor

ialah orang yang benar-benar pakar dalam bidang kesihatan dan segala hal ehwal

yang berkaitan dengannya.

Mari kita alihkan pula perhatian kepada contoh lain. Katakan kenderaan anda

sedang mengalami kerosakan. Siapakah yang akan menjadi sasaran anda untuk

anda bertanya tentang punca kerosakan dan cara memperbaiki kenderaan anda

yang sedang rosak itu? Adakah anda merujuk kepada juru wang yang sedang

berkhidmat di bank, ataukah kepada nelayan yang sedang menangkap ikan di

lautan dalam?

Tentulah jawapannya adalah tidak. Alasannya juga adalah mudah, kerena anda

benar-benar yakin dan percaya bahawa mereka bukanlah orang yang ahli dalam

bidang mekanik. Justeru, dalam hal ini pastilah rujukan anda ialah mereka yang

benar-benar pakar dalam bidang mekanik.

Ringkas kata, apa jua masalah yang kita hadapi, hendaklah ia dirujuk kepada

mereka yang sememangnya memiliki kepakaran dalam permasalahan tersebut. Ini

Page 20: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

20

adalah penting bagi memastikan penyelesaian yang efektif dapat kita perolehi

apabila wujud masalah ketika berinteraksi dengan perkara berkenaan.

Bagaimana pula dalam hal agama? Kepada siapakah harus kita merujuk agar

manhaj atau cara beragama kita benar-benar berada di atas landasan yang

dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam?

Persoalan inilah yang akan saya kupas di dalam perbincangan ini. Teruskan

membaca.

Cukupkah dengan al-Quran dan al-Hadis tanpa merujuk kepada

pemahaman dan amalan generasi al-Salaf al-Shalih?

Menerusi hadisnya yang masyhur kita dengari bersama, Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepada umatnya bahawa sekiranya mereka

berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnahnya, pastilah mereka tidak akan

sesat selama-lamanya. Ini sebagaimana sabdanya yang berbunyi:20[1]

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat

dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

Dalam lafaz lain:21[2]

20 [1] Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwaththa’, no. 1395.

21 [2] Hadis riwayat Ibnu Nashir dalam as-Sunnah, no. 68 dan dinilai hasan oleh Syeikh

al-Albani dalam al-Misykat, no. 186.

Page 21: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

21

Aku tinggalkan kepada kamu (yang) jika kamu berpegang teguh

kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-

Qur’an) dan Sunnahku.

Persoalan yang perlu kita renungkan bersama, adakah dengan merujuk terus

kepada kedua-dua sumber wahyu tersebut sudah memadai untuk kita memahami

Islam dengan kefahaman yang sebenar-benarnya?

Persoalan seterusnya, tidakkah kita pernah terfikir, mengapakah masih terdapat

beberapa aliran dalam Islam seperti Syi’ah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mur’jiah,

Khawarij dan seumpama yang dianggap sebagai sesat di sisi Ahl al-Sunnah wa al-

Jama’ah, padahal mereka ‘mendakwa’ bahawa mereka juga berpegang kepada

ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah, malah lebih terkehadapan di dalam melaungkan

slogan berpegang teguh kepada kedua-dua sumber agung tersebut?

Jawapannya adalah tidak lain kerana mereka telah meninggalkan manhaj generasi

yang telah diperakui ‘kepakarannya’ di dalam memahami dan mengamalkan ajaran

al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Generasi yang

dimaksudkan ialah generasi al-Salaf al-Shalih, terdiri daripada generasi para

sahabat Rasulullah, generasi tabi’in dan seterusnya generasi tabi’ut tabi’in. al-

Imam ‘Abdul Hamid bin Badis rahimahullah menulis di dalam kitabnya, Atsar al-

Imam jilid 5, ms. 73 di mana beliau berkata ketika menerangkan pengertian

Islam:22[3]

22 [3] Lihat Sittu Durar min Ushuli Ahl al-Atsar karya ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani,

ms. 133-134.

Page 22: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

22

Islam itu hanyalah apa yang terdapat dalam kitab Allah, al-Sunnah Rasul-Nya dan apa yang

menjadi pijakan para Salaf kita, iaitu tiga generasi yang pertama yang telah disaksikan

keutamaan dan kebaikan mereka melalui sabda Rasulullah, seorang yang benar dan

dibenarkan.

Mengapakah umat Islam perlu mengikuti manhaj generasi al-Salaf al-

Shalih di dalam memahami dan melaksanakan ajaran Islam?

Terdapat beberapa sebab yang mendasar mengapa umat Islam perlu menjadikan

manhaj generasi al-Salaf al-Shalih sebagai manhaj yang perlu diikuti di dalam

memahami dan mempraktikkan ajaran agama Islam.

Antara sebab yang utama adalah seperti berikut:

Pertama:

Perbezaan kefahaman dan tafsiran terhadap sumber hukum Islam iaitu al-Qur’an

dan al-Sunnah yang wujud di kalangan pelbagai aliran dalam Islam hari ini

menuntut agar umat Islam perlu mencari satu rujukan yang ‘standard’ yang

bertindak sebagai garis pemisah antara tafsiran yang benar dengan tafsiran yang

salah terhadap kedua-dua sumber wahyu itu.

Maka dalam menghadapi suasana ini, manhaj generasi al-Salaf al-Shalih dilihat

sebagai satu ‘petanda ukur’ terbaik yang bertindak sebagai tirai pemisah antara

kefahaman yang haq dengan yang batil terhadap ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

Perkara ini telah pun diisyaratkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya

menerusi banyak ayat al-Qur’an dan al-Hadis, antaranya seperti berikut:

Page 23: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

23

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:23[4]

Maka jika mereka beriman sebagaimana kamu beriman, maka

sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk. Dan jika mereka berpaling

(serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka

sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan

permusuhan (dengan kamu).

Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan

memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka. Dan Dialah jua Yang

Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Di dalam kitabnya yang berjudul Tafsir al-Qayyim, ms. 14, al-Imam Ibnu al-

Qayyim rahimahullah (751H) berkata mengenai firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

sebagaimana yang tertera di atas:24[5]

Pada ayat ini Allah menjadikan iman para sahabat Nabi sebagai timbangan (pengukur) bagi

membezakan antara petunjuk dan kesesatan, antara kebenaran dan kebatilan. Apabila Ahl

al-Kitab beriman sebagaimana berimannya para sahabat, maka sungguh mereka mendapat

hidayah (petunjuk) yang mutlak dan sempurna. Jika mereka (Ahl al-Kitab) berpaling (tidak

beriman) sebagaimana imannya para sahabat, maka mereka jatuh ke dalam perpecahan,

perselisihan dan kesesatan yang sangat jauh.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:25[6]

23 [4] Surah al-Baqarah, ayat 37.

24 [5] Lihat Al-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 38.

Page 24: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

24

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan

yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan

sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk).

Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham.

Menjelaskan maksud hadis ini, Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:26[7]

Dalam hadis ini terdapat dua sunnah, (iaitu yang pertama adalah) sunnah Rasulullah dan

(yang kedua adalah) sunnah para Khalifah pengganti Rasulullah yang berada di atas

petunjuk. Kita generasi terkemudian mesti merujuk kepada kitab Allah, sunnah Rasulullah

dan jalan orang beriman. Kita tidak boleh bebas berleluasa memahami al-Qur’an dan al-

Sunnah tanpa merujuk kepada kefahaman (generasi) Salaf pendahulu kita....

Atas dasar itu, menjadi suatu hakikat yang tiada tempat (untuk kita) lari darinya bahawa

tidak cukup dengan hanya bersandar kepada al-Qur’an dan al-Sunnah tanpa disertai metod

(manhaj) Salaf yang menjelaskan kedua-duanya dalam pemahaman ilmu dan amal serta

dakwah dan jihad.

Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas hafizhahullah juga memiliki komentar yang amat

baik mengenai hadis ini. Beliau berkata:27[8]

25 [6] Hadis riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan lain-lain. Disahihkan oleh

al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat komentar Syeikh al-Albani dalam Irwa’ al-

Ghalil, no. 2455.

26 [7] Lihat Majalah al-Asalah vo. 9, ms. 86-90; dalam 15 Jati Diri Muslim Cemerlang karya

Dr. Azwira Abdul Aziz, ms. 124.

27 [8] Lihat Al-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 47.

Page 25: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

25

Nabi mengkhabarkan akan terjadinya perpecahan dan perselisihan pada umatnya, kemudian

Rasulullah memberikan jalan keluar untuk selamat di dunia dan akhirat, iaitu dengan

mengikuti sunnahnya dan sunnah para sahabat. Hal ini menunjukkan tentang wajibnya

mengikuti sunnahnya (Nabi) dan sunnah para sahabatnya.

Beliau juga menyebut:28[9]

Para sahabat adalah orang-orang yang menemani sekaligus sebagai pembela Rasulullah

shallallahu ’alaihi wasallam. Oleh kerana itu, mereka adalah orang yang paling faham

terhadap risalah (agama Islam) daripada selain mereka. Sesungguhnya para sahabat,

mereka selalu bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang apa yang musykil

bagi mereka.

Oleh kerana itu, hendaklah diketahui bahawa semua masalah, baik akidah, ibadah, ahkam

(hukum-hakam) dan yang lainnya sudah ditanyakan, difahami dan diamalkan oleh para

sahabat, kerana mereka adalah orang yang dibimbing langsung oleh Rasulullah dan mereka

adalah orang-orang yang diberi ilmu sebagaimana Allah firmankan (maksudnya):

Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu diturunkan kepadamu

(Muhammad) dari Rabbmu itulah yang benar.

Mengenai firman Allah, al-Imam Qatadah rahimahullah mengatakan: (Mereka adalah) para

sahabat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

28 [9] Lihat Mulia Dengan Manhaj Salaf karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, ms. 181-

182.

Page 26: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

26

Beliau sekali lagi menjelaskan:29[10]

Termasuk hal yang mustahil bahawa para sahabat yang berada di tengah-tengah Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak faham al-Qur’an dan al-Sunnah yang dijelaskan

oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling fasih berbahasa Arab, orang

yang paling (banyak) menasihati umat, dan para sahabat menerima lansung (bimbingan) dari

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selama 23 tahun. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

memperjelaskan al-Qur’an dan al-Sunnah, menjelaskan akidah, tauhid, hukum-hakam ibadah

dan lainnya. Kemudian para sahabat adalah orang yang paling faqih (paling faham) tentang

Islam dan paling baik hatinya.

Kemudian di dalam bukunya berjudul Mulia Dengan Manhaj Salaf, Ustaz Yazid bin

Abdul Qadir Jawas hafizhahullah telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 52

hujah dan alasan mengapa perlunya seseorang itu memahami dan mengamalkan

ajaran Islam ini sesuai dengan kefahaman dan amalan generasi Salaf, khususnya

generasi para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. 30 [11]

Selanjutnya perhatikan pula firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-

Fatihah, ayat ke-7 seperti berikut:

29 [10] Lihat Mulia Dengan Manhaj Salaf karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, ms. 182.

30 [11] Sila lihat ms. 153 dan seterusnya.

Page 27: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

27

Tunjukilah kami ke jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah

Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka...

Penulis kitab Sittu Durar min Ushul Ahl al-Atsar, ‘Abdul Malik bin Ahmad

Ramadhani ketika menerangkan ayat di atas berkata:31[12]

Ayat ini mencakupi pemahaman (generasi) Salaf terhadap jalan yang lurus itu, padahal

tiada seorang pun merasa ragu bahawa orang yang berpegang teguh pada al-Qur’an dan al-

Sunnah Rasulullah, ia benar-benar berada di atas petunjuk yang membawanya kepada jalan-

jalan yang lurus.

Namun, manakala pemahaman manusia terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah tidak

memiliki kesamaan, ada yang benar dan ada pula yang salah, maka untuk memahami

keduanya, diperlukan pokok yang ketiga bagi menghilangkan perbezaan tersebut, iaitu

pemahaman Khalaf harus dikaitkan dengan pemahaman Salaf...”

Kedua:

Sesungguhnya kemuliaan dan keutamaan generasi ini telah pun dipersaksikan

dan diperakui sendiri oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Hadis Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam yang sahih, antaranya ialah sebagaimana firman Allah Subhanahu

wa Ta’ala dalam surah at-Taubah, ayat 117:

31 [12] Lihat Sittu Durar min Ushuli Ahl al-Atsar karya ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani,

ms. 129.

Page 28: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

28

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang

Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran,

sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada

menurut Nabi untuk berjuang), kemudian Allah menerima taubat mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka.

Kemudian dalam surah yang sama di atas, ayat 100, Allah Subhanahu wa Ta’ala

berfirman:

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang mula-mula (masuk Islam) dari

orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti (jejak

langkah) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka

pula redha kepada-Nya. Dan Dia menyediakan untuk mereka syurga-

syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di

dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

al-Imam Malik rahimahullah berkata mengenai ayat di atas sebagaimana disebut di

dalam kitab I’lam al-Muwaqqi’in jilid 4, ms. 129:32[13]

Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke

atas mereka. Mereka berhak menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak

menerima sanjungan bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti

setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas.

Hakikat ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

sebagaimana sabdanya dalam hadis berikut:33[14]

Sebaik-baik umatku ialah kurunku (iaitu para sahabat) kemudian

32 [13] Lihat Manhaj Salaf Akidah Salaf karya Ustaz Rasul bin Dahri, ms. 32.

33 [14] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3650.

Page 29: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

29

kurun selepas mereka (tabi’in) kemudian kurun selepas mereka

(tabi’ut tabi’in).

Kemuliaan, keistimewaan dan keutamaan para sahabat juga turut

dirakamkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu melalui kata-katanya:34[15]

Sesungguhnya Allah melihat hati hamba-hamba-Nya dan Allah mendapati hati Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah

sebaik-baik hati manusia, maka Allah memberikan risalah kepadanya, kemudian Allah melihat dari seluruh hati hamba-hamba-

Nya setelah Nabi-Nya, maka didapati bahawa hati para sahabat merupakan hati yang paling baik sesudahnya.

Maka Allah jadikan mereka sebagai pendamping Nabi-Nya yang mereka berperang untuk agama-Nya. Apa yang dipandang kaum

Muslimin (para sahabat) itu sebagai baik maka itu baik pula di sisi Allah dan apa yang mereka pandang sebagai buruk, maka di sisi

Allah itu adalah buruk.

Ketiga:

Termasuk dalam perkara yang disepakati di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah

berpegang kepada manhaj generasi al-Salaf al-Shalih yang terdiri dari kalangan

para sahabat (iaitu golongan Muhajirin dan Ansar secara umum dan Khulafa’ al-

Rasyidin secara khusus), generasi tabi’in serta generasi tabi’ut tabi’in.

Oleh kerana itu, ketika menghuraikan pengertian ‘ash-Shirath al-Mustaqim’, al-

Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menulis di dalam kitabnya,

Madarijus Salikin jilid 1, ms. 72-73:35[16]

34 [15] Atsar riwayat Ahmad 1/379, al-Hakim 3/78 dan ath-Thabrani, no. 8582.

Disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir.

35 [16] Lihat Sittu Durar min Ushul Ahl al-Atsar karya ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani,

ms. 129.

Page 30: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

30

Setiap orang yang lebih mengenal al-Haq (kebenaran) dan paling banyak mengikutinya,

mereka lebih utama memperoleh jalan yang lurus itu. Dan tiada keraguan bahawasanya para

sahabat Rasulullah lebih utama dan lebih pantas untuk memiliki sifat ini daripada Syi’ah

Rafidhah.

Oleh sebab itu, para Salaf menafsirkan “ash-Shirath al-Mustaqim wa Ahluhu” (jalan yang

lurus dan penempuhnya) adalah Abu Bakar al-Shidiq, ‘Umar al-Khaththab dan para sahabat

Rasulullah....”

Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:36[17]

Asas-asas sunnah menurut pandangan kami (ialah) berpegang teguh pada apa yang

menjadi pijakan para sahabat Rasulullah dan mengikuti jejak mereka.

Keempat:

Mengikuti manhaj generasi al-Salaf al-Shalih, secara khususnya para sahabat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah termasuk dalam perkara yang

diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya dalam surah

al-Nisa’, ayat 115 seperti berikut:

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata

kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut

jalan yang lain dari jalannya orang-orang mukmin, Kami akan

memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan

36 [17] Riwayat al-Lalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 317.

Page 31: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

31

(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka

jahanam. Dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Setelah membawakan keterangan Syeikh al-Islam mengenai tafsir ayat di atas

bahawa yang dimaksudkan dengan jalan orang-orang mukmin ialah merujuk

kepada golongan para sahabat, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafizhahullah

mengulas di dalam kitabnya, Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi:37[18]

Bahawa Allah telah menegaskan sesiapa yang memusuhi Rasul dan mengikuti selain jalannya

para sahabat sesudah nyata baginya kebenaran, maka Allah akan menyesatkannya ke mana

dia tersesat. Kemudian Allah mengancamnya dengan (neraka) janaham seburuk-buruk

tempat kembali.

Ayat yang mulia ini merupakan sebesar-besar ayat dan dalil yang paling tegas dan terang,

bahawa wajib bagi kita mengikuti perjalanan para sahabat iaitu cara beragamanya para

sahabat atau manhaj mereka di dalam beragama secara ilmu, amal dan dakwah.

Serentak dengan itu, Syeikh al-Albani rahimahullah juga menjelaskan:38[19]

Sesungguhnya Allah Maha Suci daripada perbuatan sia-sia, maka tidak diragukan lagi

bahawa penyebutan sabilil mukmin itu tentunya untuk suatu hikmah dan manfaat yang besar

ertinya. Disebut oleh-Nya untuk menunjukkan kepada kita bahawa dalam mengikuti kitab

37 [18] Lihat Laukaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir

Abdat, ms. 155.

Page 32: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

32

Allah (al-Qur’an) dan al-Sunnah Nabi-Nya, ada lagi satu kewajipan yang sangat penting iaitu

ia haruslah sesuai dengan apa yang difahami oleh generasi kaum muslimin yang terawal,

yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah dan kemudiaannya diikuti oleh generasi

sesudah mereka.

Allah berfirman (maksudnya): Dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.

Sedangkan orang yang meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah di satu sisi dan kefahaman salaf

pada sisi yang lain bukanlah dia seorang yang benar dan jujur sama sekali.

Dalam kenyataannya yang lain beliau menjelaskan bahawa maksud surah al-Nisa’,

ayat 115 di atas adalah:39[20]

Allah telah menyebutkan dalam ayat ini sebuah peringatan keras tentang menyelisihi Rasul

shallallahu ‘alaihi wasallam dan menentang baginda. Kemudian Allah menghubungkan hal ini

dengan firman-Nya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin.

Tidak diragukan lagi bahawa orang-orang mukmin yang mana Allah mengingatkan kaum

muslimin supaya tidak menyelisihi jalan mereka, tidak diragukan lagi bahawa mereka adalah

orang-orang yang disebutkan dalam ayat yang telah lalu:

Iaitu orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan

baik. Sesungguhnya Allah telah meredai mereka dan mereka pun telah reda kepada-Nya.

39 [20] Lihat at-Ta’liqatus Saniyyah, Syarh Ushulud Da’wah as-Salafiyyah karya Syeikh al-

Albani, ms. 42-43.

Page 33: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

33

Syeikh al-Albani rahimahullah juga menegaskan dengan katanya:40[21]

Kita tidak mempunyai jalan untuk mencapai sunnah tersebut dan mengetahuinya melainkan

melalui jalan (manhaj) para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana itu, maka tidak

ada jalan lain agar seorang muslim menjadi bahagian golongan yang selamat kecuali dengan

mengikuti al-Kitab dan al-Sunnah serta berasarkan pemahaman para al-Salaf al-Shalih.

Kelima:

Berpegang teguh kepada manhaj generasi al-Salaf al-Shalih juga termasuk dalam

perkara yang diwasiatkan oleh para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Perhatikan

wasiat-wasiat mereka di bawah ini:

Hudzaifah bin al-Yaman berkata:41[22]

Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam, janganlah kamu melakukannya. Sebab, sesungguhnya generasi pertama itu tidak

memberikan kesempatan kepada generasi berikutnya untuk berpendapat (dalam masalah

agama). Bertaqwalah kepada Allah wahai para qurra’ dan ambillah jalan orang-orang

sebelum kamu.

Berkata ‘Abdullah bin Mas’ud:42[23]

40 [21] Lihat at-Ta’liqatus Saniyyah, Syarh Ushulud Da’wah as-Salafiyyah karya Syeikh

al-Albani, ms. 48-49.

41 [22] Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dalam kitabnya, al-Ibanah.

Page 34: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

34

Barangsiapa mengikuti jejak (seseorang) maka ikutilah jejak orang-orang yang telah wafat.

Mereka adalah para sahabat Muhammad. Mereka adalah sebaik-baik umat ini, paling baik

hatinya, paling dalam ilmunya, dan paling sedikit berpura-pura.

Mereka adalah satu kaum yang dipilih Allah untuk menjadi sahabat Nabi-Nya dan

menyebarkan agama-Nya. Maka dari itu, berusahalah untuk meniru akhlak dan cara mereka

kerana mereka telah berjalan di atas petunjuk yang lurus.

Khalifah yang adil, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata:43[24]

Berhentilah kamu seperti berhentinya para sahabat (dalam memahami nas). Sebab

mereka berhenti berdasarkan ilmu dan dengan penglihatan yang tajam mereka menahan

(diri). Mereka lebih mampu untuk menyingkapnya dan lebih patut dengan keutamaan

seandainya hal tersebut ada di dalamnya.

al-Imam al-Auza’i berkata:44[25]

42 [23] Dikeluarkan oleh al-Baghawi dalam kitab Syarhus Sunnah 1/214 dan Ibnu ‘Abdil Barr

dalam Jami’ al-Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi 2/947, no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir al-

Zuhairi.

43 [24] Disebutkan oleh Ibnu Qadamah dalam Lum’atul I’tiqad Hadi Ila Sabilir Rasyad.

44 [25] Dikeluarkan oleh al-Khatib dalam kitab Saraf ash-habul Hadith, Imam al-Ajurri dalam

asy-Syari’ah 1/445, no. 127. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Mukhtashar al-‘Uluw lil

Imam adz-Dzahabi, ms. 138, Siyar A’lam an-Nubala’ 7/120 dan Jami’ al-Bayan al-‘Ilmi wa

Fadhlihi 2/1071, no. 2077.

Page 35: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

35

Hendaklah engkau berpegang kepada atsar para pendahulu (Salaf) meskipun orang-orang

menolakmu. Selain itu, jauhkanlah dirimu dari pendapat para tokoh (kemudian yang

bertentangan dengan pegangan para Salaf) meskipun dia menghiasi pendapatnya dengan

perkataan yang indah. Sesungguhnya hal itu akan jelas, sedang kamu berada di atas jalan

yang lurus.

Beliau juga mengingatkan:45[26]

Ilmu adalah apa yang berasal dari para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Adapun

yang datang bukan dari seseorang dari mereka, maka itu bukan ilmu.

Seterusnya perhatikan pula ucapan al-Imam Malik bin Anas rahimahullah

berikut:46[27]

Tidak akan dapat memperbaiki generasi akhir dari umat ini kecuali apa yang telah dapat

memperbaiki generasi terdahulu.

Demikian beberapa sebab penting mengapa umat Islam perlu menjadikan manhaj

generasi al-Salaf al-Shalih sebagai manhaj yang ‘standard’ yang perlu diikuti di

dalam memahami dan mempraktikkan ajaran agama ini.

45 [26] Diriwayatkan dalam Jami’ al-Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi 1/618, no. 1067.

46 [27] Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr dalam at-Tamhid 15/292, tahqiq Usamah bin

Ibrahim dan Ibnu al-Qayyim dalam Ighatsatul Lahfan min Mashayidhisy Syaithon 1/313, tahqiq

Khalid ‘Abdul Lathif as-Sab’il ‘Alami.

Page 36: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

36

Beberapa contoh amalan umat Islam masa kini yang dilihat bercanggah

dengan kefahaman dan amalan para sahabat.

Bagi melengkapkan kefahaman kita, berikut dikemukakan tiga contoh amalan

sebahagian umat Islam yang dilihat bercanggah dengan amalan para sahabat

radhiallahu’anhum ajma’in. Tiga contoh amalan yang dimaksudkan adalah seperti

berikut:

Pertama: Membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.

Salah satu amalan umat Islam masa kini yang dilihat bercanggah dengan amalan

para sahabat ialah mengkhususkan amalan membaca surah Yasin pada setiap

malam Jumaat.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam huraian terdahulu, para sahabat

terkenal sebagai generasi yang amat dalam kefahamannya terhadap ajaran Islam

yang disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malah mereka juga

terkenal sebagai satu generasi yang amat tinggi komitmennya di dalam

menjalankan ibadah yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sungguh pun demikian hebatnya kefahaman dan amalan mereka, namun sehingga

kini tidak pernah ditemui satu jua riwayat yang menerangkan bahawa para sahabat

Rasulullah menjadikan malam Jumaat sebagai waktu yang khusus untuk membaca

surah Yasin sebagaimana yang mendarah daging dalam masyarakat kita hari ini.

Page 37: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

37

Kalaulah amalan ini baik di sisi agama dan merupakan suatu yang dianjurkan oleh

Allah dan Rasul-Nya, pastilah para sahabat akan medahului kita di dalam

melakukannya.47[28]

Namun amat mendukacitakan kita apabila kita dapati kebanyakan pihak yang tegar

mempertahankan bid’ah ini ialah terdiri daripada mereka yang mengaku sebagai

pengikut mazhab Syafie. Padahal al-Imam al-Syafie rahimahullah sendiri yang

merupakan imam besar kepada mazhab Syafie tersebut tidak pernah menfatwakan

demikian.

Sebaliknya apa yang jelas beliau menggalakkan agar umat Islam menjadikan

malam Jumaat sebagai waktu yang khusus untuk membaca surah al-Kahfi, selaras

dengan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Berkata al-

Imam asy-Syafie di dalam kitabnya, Kitab al-Umm:48[29]

47 [28] Prinsip ini adalah berlandaskan kepada salah kaedah yang disebut sebagai: لو كان خيرا

kalau sekiranya perbuatan itu baik tentulah para sahabat mendahului kita) لسبقون إليه

mengamalkannya). Prinsip inilah yang dipegangi oleh setiap Ahl al-Sunnah di dalam memastikan

sesuatu ibadah itu adalah sah di sisi Islam atau sebaliknya.

Dengan berpijak di atas prinsip ini, Ahl al-Sunnah berpendapat bahawa adalah suatu yang

mustahil apabila para sahabat yang terkenal dengan keteguhan dan kesungguhan mereka di

dalam melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya mengabaikan satu jua

dalam urusan agama ini apa yang disyariatkan oleh agama dan membawa kebaikan kepada umat

Islam.

Justeru, terabainya sesuatu ibadah di sisi para sahabat bukanlah ia kerana kelalaian mereka akan

tetapi ia adalah isyarat bahawa ibadah itu bukanlah suatu yang datang daripada perintah Allah

dan Rasul-Nya.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut kaedah ini silalau merujuk kepada kitab Lau Kaana

Khairan Lasabaquuna Ilaihi karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, terbitan Pustaka

Mua’wiyah bin Abi Sufyan, Jakarta.

48 [29] Lihat Mukhtashar Kitab al-Umm Fil Fiqhi karya al-Imam Muhammad bin Idris asy-

Syafie, jld. 1, ms. 292.

Page 38: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

38

Saya juga menyukai agar seseorang membaca surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat,

berdasarkan keterangan hadis Rasul.

Apa yang difatwakan oleh al-Imam asy-Syafie rahimahullah di atas adalah

berlandaskan kepada beberapa buah hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

antaranya adalah seperti berikut:49[30]

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan keluar

cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit yang akan meneranginya

pada hari Kiamat dan dosanya diampuni antara dua Jumaat.

Dalam lafaz lain yang dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani rahimahullah dalam

Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah (no. 2751) disebut bahawa:

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan

(nescaya) baginya cahaya pada Hari Kiamat dari tempatnya sehingga ke

Makkah.

Adapun hadis-hadis yang sering dijadikan sandaran oleh sesetengah pihak bagi

mensabitkan amalan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat, tiada satu

jua daripadanya yang sahih sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ahli

hadis.50[31] Abu Ibrahim Muhammad Ali mengatakan: 51 [32]

49 [30] Hadis riwayat al-Hakim 2/368 dan disahihkan oleh al-Baihaqi, 3/249 bersumberkan

daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu’anhu.

50 [31] Bagi meneliti hadis-hadis yang dimaksudkan dan komentar ke atas statusnya, sila

lihat Yasinan karya Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas (Bogor: Media Tarbiyah).

Page 39: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

39

Hadis-hadis yang menerangkan adanya fadhilat atau keutamaan surah Yasin, semuanya

tidak boleh digunakan sebagai hujah kerana semua hadisnya tidak terlepas daripada darjat

lemah (dha’if) bahkan palsu (maudhu’) sehingga tidak sah untuk membenarkan acara Yasinan

yang diada-adakan baik mingguan, bulanan atau selainnya.

Kedua: Mengadakan ritual ‘kenduri arwah’ di rumah orang yang ditimpa

kematian dengan bilangan hari dan kaifiyyat (tatacara) tertentu.

Contoh lain amalan umat Islam masa kini yang dilihat bercanggah dengan al-

Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan amalan para Sahabat radhiallahu

‘anhum ialah mengadakan perkumpulan di rumah si mati pada hari kematian

dengan persiapan makanan, dilengkapi dengan ritual tertentu yang dikenali

sebagai ‘tahlilan’ atau ‘kenduri arwah’.

Semua ini bukan sahaja tidak pernah dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam dan para Sahabatnya radhiallahu ‘anhum, malah ia juga bercanggah

dengan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana

berikut:52[33]

Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi Jahiliyah yang belum mereka tinggalkan: Berbangga-bangga

dengan keturunan, mencela keturunan, mempercayai hujan turun berdasarkan ramalan bintang dan meratapi kematian.

51 [32] Lihat Penjelasan Gamblang Seputar Hukum Yasinan, Tahlilan dan Maulidan karya

Ustaz Abu Ibrahim Muhammad Ali A. Mutholib, ms. 47 dengan sedikit suntingan bahasa

daripada penulis.

52 [33] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 934.

Page 40: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

40

Termasuk perbuatan meratapi kematian dalam hadis di atas adalah

berkumpulnya umat Islam di rumah orang yang ditimpa kematian meskipun bukan

dengan tujuan meratap. Berkata salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam, Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu:53[34]

Kami (para sahabat) memandang berkumpul di rumah keluarga yang

ditimpa kematian dengan membuat makanan termasuk dalam perbuatan meratap.

Telah berkata al-Imam Ibnu Qadamah rahimahullah dalam kitabnya al-Mughni, jilid

3, ms. 496-497 (cetakan baru ditahqiq oleh Syeikh Abdullah bin Abdul Muhsin al-

Turki):54[35]:

Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal

yang dibenci (haram). Kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan

menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah.

Dan telah diriwayatkan bahawasanya Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar

bertanya: “Apakah mayat kamu diratapi?” Jawab Jarir: “Tidak!” ‘Umar bertanya lagi:

“Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?” Jawab Jarir:

“Ya!” Berkata ‘Umar: “Itulah ratapan!.”

53 [34] Hadis riwayat Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Shahih

Sunan Ibnu Majah, no. 1612.

54 [35] Lihat Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab & Hukum

Membaca Al-Qur’an Untuk Mayit Bersama Imam Asy-Syafie karya Ustaz Abdul Hakim Amir

Abdat, ms. 39.

Page 41: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

41

al-Imam asy-Syafie rahimahullah, imam besar kepada mazhab Syafie iaitu mazhab

yang dipegangi oleh majoriti umat Islam di negara ini berfatwa di dalam kitabnya,

al-Umm, jilid 1, ms. 318 mengenai perbuatan mengadakan majlis kenduri arwah

dimana beliau berkata:55[36]

Aku benci al-mat’am iaitu berkumpul-kumpul di rumah ahli (keluarga) mayat (si mati)

meskipun tiada tangisan kerana sesungguhnya yang demikian itu memperbaharui kesedihan.

Fatwa al-Imam asy-Syafie rahimahullah di atas juga disepakati oleh salah seorang

imam besar bermazhab Syafie, al-Imam al-Nawawi rahimahullah dimana beliau

menyebut di dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdazb, jilid 5, ms. 305-

306:56[37]

Tidak disukai (dibenci) duduk-duduk (di tempat si mati) dengan alasan untuk ta’ziyah

kerana sesungguhnya yang demikian itu muhdats sedangkan muhdats adalah bid’ah.

Ketiga: Berzikir secara berjemaah selepas solat-solat fardu dengan suara

yang kuat dan tetap melakukannya.

55 [36] Lihat Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab & Hukum

Membaca Al-Qur’an Untuk Mayit Bersama Imam Asy-Syafie karya Ustaz Abdul Hakim Amir

Abdat, ms. 35.

56 [37] Lihat Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab & Hukum

Membaca Al-Qur’an Untuk Mayit Bersama Imam Asy-Syafie karya Ustaz Abdul Hakim Amir

Abdat, ms. 43.

Page 42: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

42

Juga termasuk dalam amalan kebanyakan umat Islam masa kini yang dilihat

bercanggah dengan amalan para Sahabat ialah mengekalkan amalan berzikir dan

berdoa secara beramai-ramai (berjemaah) dengan suara yang kuat setiap kali

selesainya solat berjemaah. Kaedah yang benar dalam melaksanakan zikir-zikir

selepas solat fardhu sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi dan para Sahabat

adalah seperti berikut:

Pertama:

Berzikir dengan suara yang perlahan-lahan. Abu Musa al-Anshari

meriwayatkan:57[38]

Kami pernah bersama-sama Nabi di dalam satu ekspedisi apabila ada

beberapa orang yang menyebut "Allahu Akbar" dengan suara yang kuat.

Mendengar itu, Nabi menegur mereka dengan berkata:

Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah kamu menyeru

(berdoa) kepada Dzat yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya kamu menyeru

kepada Dzat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu.

Qais bin ‘Abbad berkata:58[39]

Dahulu para sahabat Nabi tidak menyukai untuk mengeraskan suara

pada tiga keadaan iaitu di saat berperang, menghadiri jenazah dan pada

saat berzikir.

57 [38] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 2830 dan Muslim, no.

2704.

58 [39] Riwayat Ibnu Abi Syaibah 6/143, no. 30174, al-Baihaqi 4/74 dan al-Khatib al-

Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 8/91.

Page 43: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

43

Kedua:

Melakukan zikir secara individu, bukan beramai-ramai. Antara bukti bahawa

baginda tidak menjadikan amalan memimpin zikir berjamaah secara tetap adalah

hadith berikut:59[40]

Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya bahawa dia pernah

solat bersama Rasulullah dalam solat Subuh. Setelah selesai solatnya,

baginda segera meninggalkan tempat solatnya.

Berdasarkan hadis ini, al-Imam asy-Syafie berpandangan bahawa dibolehkan bagi

makmum untuk meninggalkan imam sebaik sahaja selesai solat jemaah

dikerjakan, tanpa perlu lagi menunggu untuk berzikir bersama-sama

dengannya.60[41]

59 [40] Hadis riwayat an-Nasa’I dalam Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 1334.

60 [41] Penulis berkata:

Fatwa al-Imam asy-Syafie rahimahullah yang membolehkan makmum meninggalkan imam

sebaik sahaja selesai mengerjakan solat ini bertolak belakang dengan pandangan majoriti

masyarakat di negara ini yang sering sahaja menganggap orang yang tidak berzikir dan berdoa

bersama imam sebagai biadap atau tidak menghormati imam.

Dengan penerangan al-Imam asy-Syafie ini maka jelaslah kepada kita bahawa yang sebenarnya

biadap ialah diri mereka sendiri lantaran sikap mereka yang sering sahaja menentang sunnah-

sunnah Rasulullah yang sahih dan pandangan imam mazhab mereka sendiri.

Wallahua’lam.

Page 44: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

44

Beliau berkata di dalam kitab Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms.

355:

Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak

mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam , sebelum imam

bangun.

Ketiga:

Disunatkan menguatkan bacaan zikir dalam rangka mengajar makmum akan

tatacara berzikir selepas solat. Kemudian setelah itu hendaklah suara

diperlahankan semula. Ini sebagaimana terang al-Imam asy-Syafie di dalam kitab

Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms. 355 dimana beliau berkata:

Pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka

hendaklah memperlahankan bacaan zikir itu.

Melainkan jika imam mahu mengajar (bacaan-bacaan itu kepada makmum). Ketika itu,

bacaan zikir dikuatkan. Sehinggalah dilihat (oleh imam itu makmum mampu mempelajari

zikir itu sepenuhnya). Selepas itu, hendaklah perlahankannya.

Terhadap perkataan al-Imam asy-Syafie di atas, al-Imam al-Nawawi rahimahullah

mengulas di dalam kitabnya Syarh Shahih Muslim, jilid 5, ms. 84:

Asy-Syafie menafsiri hadis ini bahawa baginda mengeraskan suaranya dalam beberapa

waktu sahaja, guna mengajari sahabatnya cara berzikir, bukan bererti mereka senantiasa

mengeraskan suaranya.

Page 45: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

45

Keempat:

Sebagaimana amalan berzikir, berdoa juga hendaklah dilakukan secara

perseorangan. Ada pun amalan orang ramai ketika ini dimana imam ditugaskan

untuk memimpin orang ramai berdoa setiap kali selesainya mengerjakan ibadah

solat, semua itu tidak dikenali di sisi sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

para Sahabat baginda mahu pun para imam mazhab terkemuka umat ini.

Dalam hal ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan di dalam kitabnya al-

Majmu’ Syarah Muhadzdzab jilid 3, ms. 484-488:

Adapun yang biasa dilakukan oleh kebanyakan manusia dengan menugaskan imam untuk

khusus (membimbing) doa pada solat Subuh dan Asar, maka hal itu tidak ada dasarnya (di

dalam agama).

Ketika Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (728H) ditanya tentang

golongan yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau

menjawab sebagaimana yang tersebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatwa al-

Kubra:61[42]

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah berdoa bersama makmum selepas solat

fardhu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selesai menunaikan solat subuh dan

asar. Hal itu baik. Sesiapa yang mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie menyukainya, maka

tanggapan itu salah. Kenyataan dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. al-Imam Ahmad dan

yang lain tidak menyukai perbuatan itu.

61 [42] Lihat al-Majmu’ al-Fatwa al-Kubra jld. 1, ms. 215; dalam Marilah Berzikir Selepas

Solat Fardhu Bersama Rasulullah karya Mohd Hairi Nonchi, ms. 95.

Page 46: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

46

Dr. Ali Mahfuz menerusi bukunya al-Ibda' fil Mad Laarril Ibtidaa' turut

menerangkan:62[43]

Di antara perbuatan bid'ah yang tidak disukai ialah menutup solat dengan cara yang

terkenal iaitu duduk berkumpul membaca doa dengan suara yang keras (nyaring) dan tetap

melakukan demikian selalu sehinggakan orang awam menyangka begitulah seharusnya

mengakhiri solat (berjamaah) dan seolah-olah begitulah sunnah yang betul.

Padahal doa itu disukai membacanya sendiri-sendiri dengan cara perlahan. Maka cara

berdoa dengan berkumpul beramai-ramai dengan suara yang keras adalah bid'ah, tidak

pernah dibiasakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga tidak dari para

sahabat.

Majlis Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh al-

‘Allamah asy-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz rahimahullah

pernah ditanya apakah amalan berzikir dan berdoa secara berjamaah

sebagaimana yang menjadi tradisi di kebanyakan masjid hari ini

termasuk sunnah atau sebaliknya, maka mereka menjawab:63[44]

Doa adalah ibadah dan ibadah pula dibina di atas tauqif (haram dilakukan kecuali ada

dalil yang membenarkannya). Oleh itu, seseorang tidak boleh beranggapan bahawa

perbuatan ini (iaitu amalan berzikir dan berdoa secara beramai-ramai atau

62 [43] Lihat al-Ibda' fil Mad Laarril Ibtidaa', ms. 283; dalam Marilah Berzikir Selepas Solat

Fardhu Bersama Rasulullah karya Mohd Hairi Nonchi, ms. 96.

63 [44] Lihat Fatawa al-Lajnah al-Daimah lil Buhuts al-‘Ilmiyah wa al-Ifta’, jld. 7, ms. 98;

dalam Amalan Berzikir Antara Sunnah & Rekaan Manusia karya Mohd Khairil Anwar Abdul

Latif, ms. 116-117.

Page 47: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

47

berjamaah) adalah ibadah kecuali mendatangkan dalil syarak (yang menunjukkan ia

adalah disyariatkan).

Ia tidak pernah dinyatakan dalam sunnah sama ada melalui perkataan, perbuatan

atau takrir (persetujuan atau pengiktirafan) baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan, semua kebaikan itu ialah mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan yang tsabit dari baginda berdasarkan dalil yang sahih, iaitu selepas

memberi salam, baginda hanya bersendirian serta tidak berdoa beramai-ramai (berjamaah).

Oleh itu, sesiapa yang melakukan perbuatan selain petunjuk (sunnah) baginda shallallahu

‘alaihi wasallam ia tertolak.

Lebih lanjut berkaitan kemungkaran amalan berzikir dan berdoa secara beramai-

ramai setiap kali selesai mengerjakan ibadah solat fardhu, sila rujuk buku Apa Kata

Imam Syafie Tentang zikir Berjemaah Setelah Shalat Wajib Dengan Suara Keras?

karya Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa (Jakarta: Pustaka Mu’awiyah bin Abi

Sufyan, 2011).64[45]

Memadai dikemukakan tiga contoh amalan umat Islam masa kini yang dilihat

bercanggah dengan amalan para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Semoga dengan

ketiga-tiga contoh yang dikemukakan di atas dapat mengukuhkan lagi kefahaman

para pembaca yang budiman terhadap persoalan yang sedang dibahaskan di dalam

risalah ini.

64 [45] Buku ini adalah antara yang terbaik di dalam memberi penjelasan mengenai

hukum amalan berzikir dan berdoa secara berjemaah sebagaimana menurut pandangan para

ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah khususnya para imam bermazhab Syafie. Dipersilakan

merujuk ke sana bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Page 48: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

48

Kata Penutup

Berdasarkan kepada huraian di atas maka dapat disimpulkan bahawa ajaran Islam

yang diturunkan oleh Allah menerusi perantaraan wahyu-Nya, al-Quran dan al-

Sunnah Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam tidaklah memadai

dengan hanya berpegang kepada kedua-dua sumber wahyu itu, melainkan

hendaklah ia diikat dengan kefahaman generasi al-Salaf al-Shalih, iaitu generasi

para sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in.

Sesungguhnya, mengikuti manhaj mereka merupakan jalan yang membawa

kepada keselamatan dan kebahagiaan, sementara menyelisihi manhaj mereka

adalah sebuah kesesatan yang pastinya akan mengundang kecelakaan dan

kesengsaraan di akhirat kelak. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah

menegaskan di dalam kitabnya, Majmu’ al-Fatwa jilid 13, ms. 361-362:65[46]

Barangsiapa yang berpaling dari mazhab sahabat dan tabi’in dan penafsiran mereka mereka

kepada yang menyelisihinya, maka dia telah salah bahkan (disebut) sebagai Ahl al-Bid’ah

(mubtadi’). (Walau bagaimanapun) jika dia sebagai mujtahid, maka kesalahannya akan

diampuni (di atas kekeliruannya dalam berijtihad sehingga menyelisihi penafsiran generasi

Salaf).

Kita mengetahui bahawa al-Qur’an telah dibaca oleh sahabat, tabi’in dan yang mengikuti

mereka, dan sungguh mereka lebih mengetahui tentang penafsiran al-Qur’an dan makna-

65 [46] Lihat Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah karya Ustaz Yazid Abdul Qadir

Jawas, ms. 113.

Page 49: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

49

maknanya, sebagaimana mereka lebih mengetahui tentang kebenaran yang dengannya Allah

mengutus Rasul-Nya.

Perkataan yang senada turut diungkapkan oleh al-Imam al-Barbahari rahimahullah

dimana beliau berkata:66[47]

Dan Asas yang dibangun di atasnya al-Jama'ah adalah para shahabat Muhammad. Mereka

itulah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Barangsiapa yang tidak mengambil dari mereka bererti

dia telah sesat dan berbuat bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan

serta pelakunya tempatnya di neraka.

Berkata Umar ibnu Khathab: "Tidak ada uzur (alasan) bagi seorang pun dalam kesesatan

yang ia kerjakan kerana dia sangka sebagai petunjuk dan tidak pula dalam petunjuk yang ia

tinggalkan kerana ia sangka sebagai kesesatan, sebab semua perkara telah dijelaskan,

hujjah telah tegak dan telah terputus uzur. Yang demikian itu kerana al-Sunnah dan al-

Jamaah telah menjelaskan semua perkara agama ini dan telah jelas bagi manusia maka

kewajipan manusia adalah tinggal mengikuti.

67 [19] Lihat Majalah al-Asalah vo. 9, ms. 86-90; dalam 15 Jati Diri Muslim

Cemerlang karya Dr. Azwira Abdul Aziz, ms. 123.

66 [47] Dikeluarkan oleh Ibnu Baththah dalam al-Ibanah al-Kubra, no. 162 dan isnadnya

munqathi'. Dikeluarkan juga oleh Imam al-Marwazi dalam al-Sunnah, no. 95 dari Umar bin

‘Abdul Aziz.

Page 50: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

50

Risalah #3:

Mengenal Umat Nabi Yang Terusir

al-Imam Malik rahimahullah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwaththa’, hadith

no. 53 bahawa:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju

pekuburan lalu beliau membaca: “Keselamatan bagi kamu wahai para

penghuni kubur orang-orang mukmin. Jika Allah berkehendak, kami akan

menyusul kalian.” Sungguh saya ingin melihat saudara-saudara kami.

Maka para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah kami adalah

saudara anda." Baginda menjawab: "Bahkan kalian adalah sahabat-

sahabatku. Tetapi saudara-saudaraku adalah yang akan datang nanti,

pada saat aku menunggu mereka di tepi telaga."

Mereka berkata; "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau boleh mengenali

orang yang datang sepeninggalmu dari umatmu?"

Rasulullah menjawab: "Bagaimana pendapatmu jika ada seorang lelaki

yang memiliki kuda putih cemerlang di antara kuda hitam yang pekat,

bukankah dia mengetahuinya?" Mereka menjawab: "Ya benar wahai

Rasulullah."

Beliau bersabda: "Sesungguhnya mereka datang pada Hari Kiamat dengan

putih bersinar kerana (bekas) wudhu. Saya yang akan menyambut mereka

di telaga. Maka jangan sampai ada yang terusir dari telagaku,

Page 51: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

51

sebagaimana unta tersesat yang terusir. Saya memanggil mereka:

'Ayuhlah ke sini, ayuhlah ke sini, ayuhlah kesini!

Tiba-tiba ada yang menegur: “Sesungguhnya mereka telah mengganti

(agamanya) sepeninggalmu”. Maka saya berkata: “Jauhlah, jauhlah,

jauhlah."

Dalam lafaz yang lain yang dikeluarkan oleh al-Bukhari, no. 6584 dan Muslim, no.

2291 disebut:

Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan (dalam agama ini) setelah (kewafatan) engkau ...

Hadis yang mulia di atas memaparkan perkhabaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam mengenai suasana yang bakal berlaku pada hari kiamat kelak. Dalam

hadis ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kepada kita umatnya,

bahawa pada hari tersebut umat Islam akan terpecah kepada dua golongan.

Golongan yang pertama ialah mereka yang berjaya mendatangi telaga al-

Haudh1[1] sementara golongan yang kedua ialah mereka yang dihalau oleh

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendatangi telaga tersebut.

Di kalangan para pembaca mungkin ada ketika ini yang sedang tertanya-tanya,

siapakah golongan kedua yang dimaksudkan dalam hadis di atas dan apakah faktor

yang menyebabkan mereka dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

daripada mendatangi telaga al-Haudhnya pada hari kiamat kelak?

Page 52: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

52

Bagi merungkai persoalan ini, ikutilah huraian selanjutnya.

Siapakah golongan yang tercicir itu?

Jika diperhatikan matan (teks) hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

ada menyebut bahawa ... Sesungguhnya mereka datang pada Hari Kiamat

dengan putih bersinar kerana (bekas) wudhu.... Kenyataan baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam ini menunjukkan kepada kita bahawa mereka semua

adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah.

Namun apa yang memeranjatkan kita ialah dalam hadis tersebut Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut menyatakan bahawa ... Maka jangan

sampai ada yang terusir dari telagaku, sebagaimana unta tersesat yang

terusir.... Berdasarkan kepada pernyataan ini maka dapat difahami bahawa dalam

kalangan "orang-orang yang beribadah" tersebut akan ada satu kelompok dari

mereka yang akan dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam.

Di sini timbul satu persoalan, siapakah kelompok yang dihalau oleh baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut dan mengapakah mereka dihalau, padahal

mereka ialah umat baginda shallallahu ‘alaihi wasallam serta merupakan golongan

yang tekun di dalam beribadah?

Terhadap persoalan di atas, ia dapat dijawab dengan merujuk kepada matan (teks)

hadis itu sendiri, dimana dalam hadis tersebut sedia dijelaskan bahawa ...

Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan

(dalam agama ini) setelah (kewafatan) engkau ...

Page 53: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

53

Berdasarkan penjelasan ini, tidak syak bagi kita bahawa mereka ialah golongan

ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan yang bid'ah (perkara baru yang

diada-adakan) di dalam agama.

Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab al-Wushabi mengutip pandangan al-Hafiz

Ibnu ‘Abd al-Barr berkenaan dengan maksud hadis di atas di mana beliau

berkata:1[2]

Semua yang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) dalam Islam termasuk golongan yang

dihalau dari telaga, misalnya kaum Khawarij, (Syi’ah) al-Rafidhah dan semua pengekor hawa

nafsu. Demikian pula orang-orang zalim, melakukan kejahatan, merampas hak dan terang-

terangan melakukan dosa besar. Mereka ini dikhuatirkan termasuk dalam golongan yang

dimaksudkan dalam berita hadis-hadis ini.

Hal ini bukanlah suatu yang menghairankan kita kerana sedia difahami bahawa

Islam amat melarang keras umatnya daripada mengadakan sesuatu di dalam

urusan agama ini apa yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya,

Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini sebagaimana jelas hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan

pernyataan daripada para tokoh al-Salaf al-Shalih yang mencela setiap bid’ah di

dalam agama kerana setiap bid’ah itu adalah sebuah kesesatan di sisi ajaran

Islam.

Perhatikan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berikut:1[3]

Page 54: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

54

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang

banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk).

Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah

kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah

sesat.

Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain:1[4]

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-

Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu

‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-

adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah

bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat

kembalinya adalah neraka.

al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata:1[5]

Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam yang dia menganggapnya sebagai

hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Muhammad telah berkhianat

di dalam (menyampaikan) risalah (Islam yang diamanahkan kepadanya). Kerana

sesungguhnya Allah telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu.

Maka apa-apa yang tidak menjadi (bahagian dari) agama pada hari itu, nescaya tidak akan

menjadi (bahagian dari) agama pada hari ini.

Apa yang diungkapkan oleh al-Imam Malik rahimahullah di atas ini diperkuatkan

lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dimana baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam menegaskan bahawa:1[6]

Siapa yang menyangka bahawa Muhammad masih menyembunyikan

sesuatu dari wahyu yang telah Allah turunkan kepadanya, maka dia telah

Page 55: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

55

membuat kedustaan yang besar atas nama Allah kerana Allah telah

berfirman (dalam surah al-Maidah, ayat 67): Wahai Rasul, sampaikanlah apa

yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan

(apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-

Nya.

Selanjutnya, perhatikan pula ucapan ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’anhu seperti

berikut:1[7]

Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik).

Sementara itu, al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:1[8]

Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh

kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat.

Perlu difahami bahawa apa yang dimaksudkan dengan bid’ah yang sesat menerusi

huraian di atas adalah merujuk kepada hal-hal baru yang diwujudkan di dalam

urusan ibadah dan akidah.

Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi menjelaskan di dalam kitabnya Majalisu al-

Abrar: 1 [9]

Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada

Allah berupa perkataan atau perbuatan, bererti dia telah membuat syariat yang tidak

direstui Allah, kerana itulah maka semua bentuk bid’ah berupa ibadah-ibadah agama adalah

keburukan.

Page 56: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

56

Manakala Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali hafizhahullah pula menulis di dalam

kitabnya, Mausu’ah al-Manahisy Syar’iyyah fii Shalihis Sunnah an-

Nabawiyyah:1[10]

Bid’ah yang diharamkan di sini adalah tata cara yang diada-adakan dalam agama yang

bentuknya menyerupai syariat. Maksud dari pelaksanaannya adalah agar lebih mendekatkan

diri kepada Allah. Dan tidak ada dalil syar’i yang sahih yang mendukungnya, baik yang

mendukung asal-muasal atau pun bentuk dan sifatnya.

Tambahnya lagi: 1 [11]

Sebahagian orang menyangka bahawa bid’ah yang dilarang adalah yang bertentangan dengan

kaedah-kaedah agama dan menyelisihi pokok-pokok dasar agama dan kaedah umumnya.

Adapun perkara baru dalam agama yang ada dasarnya atau masuk dalam kaedah umum,

bukanlah termasuk bid’ah.

Namun sangkaan di atas dibantah dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Abu Ya’la dalam

Musnadnya (no.4594) dan Abu ‘Awanah dalam Mustakhrijnya (4/18) dengan sanad yang

sahih:

Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kami yang tidak ada di

dalamnya maka ia tertolak.

Dengan demikian, riwayat yang sahih dari ‘Aisyah memiliki tiga lafaz:

.bukan berasal darinya ليس منه (1

Page 57: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

57

.tidak ada dalil atasnya ليس عليه (2

.tidak ada di dalamnya ليس فيه (3

Lafaz pertama kandungannya lebih umum untuk membantah semua perkara bid’ah yang

diada-adakan. Meliputi bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah. Lafaz kedua lebih terfokus

kepada bid’ah idhafiyyah dan lafaz ketiga lebih jelas lagi keterangan dan

keterperinciannya. Jadi, seluruh perkara yang tidak ada asal, sifat dan perinciannya dalam

agama, maka ia tertolak.

Lebih-lebih lagi, pemahaman Salaf dalam masalah ini menunjukkan terlarangnya seluruh

perkara bid’ah yang diada-adakan dalam agama, baik bid’ah haqiqiyyah1[12], bid’ah

idhafiyyah1[13] atau pun bid’ah tarkiyyah1[14].

Berbeza halnya dengan perkara-perkara baru yang diwujudkan dalam urusan

keduniaan yang mana ia memberi maslahah atau manfaat kepada kehidupan

manusia serta tidak bercanggah dengan dasar-dasar hukum yang telah digariskan

oleh syarak, maka ia adalah diharuskan. Ini berlandaskan kepada hadis Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:1[15]

Kamu lebih tahu urusan dunia kamu

Sabdanya lagi dalam hadis yang lain:1[16]

Jika sekiranya sesuatu itu (berkaitan dengan) urusan dunia kamu, maka

uruskanlah dengannya dan kalau sekiranya (ia berkaitan dengan) urusan

agama kamu maka kembalikanlah kepada aku.

Dalam hal ini Ustaz Mubarak bin Mahfudh Bamuallim hafizhahullah

menjelaskan:1[17]

Page 58: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

58

Bid’ah yang sesat adalah bid’ah yang diada-adakan di dalam agama kerana agama sudah

disempurnakan Allah berdasarkan al-Qur’an (surah al-Maidah ayat 3). Oleh sebab itu,

orang yang mengadakan bid’ah dalam agama yang sudah sempurna ini seakan-akan

menganggap bahawa pada agama ini masih terdapat kekurangan dan seakan-akan Rasulullah

belum sepenuhnya menyampaikan misi baginda yang diamanahkan oleh Allah (Maha Suci

Allah dari mengutuskan seorang Rasul yang berkhianat, apalagi Rasul-Nya yang terakhir

dan termulia).

Adapun bid’ah duniawi (hal-hal baru yang berkait erat dengan urusan dunia) seperti

penemuan-penemuan baru dalam ilmu pengetahuan, teknologi dan lainnya tidak termasuk

bid’ah yang tercela. Kita tidak dilarang untuk menggunakannya selama bermanfaat dan

tidak bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya.

Oleh kerana itu, alangkah bodohnya orang yang mengatakan bahawa bid’ah-bid’ah duniawi

tersebut termasuk dalam cakupan hadis Rasulullah: Setiap bid’ah adalah sesat.

Selanjutnya perhatikan pula penjelasan terperinci daripada salah seorang imam

besar bermazhab Syafie, al-Imam as-Sayuti rahimahullah terhadap maksud

sebenar bid’ah hasanah,1[18] istilah yang sering disalahfahami oleh sebahagian

pihak khususnya mereka yang menyandarkan diri mereka kepada mazhab Syafie.

Beliau menulis di dalam kitabnya al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-

Ibtida’:1[19]

Bid‘ah hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan

pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan

dengan kaedah-kaedah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak

menyebabkan larangan syarak.

Page 59: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

59

Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan

sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini

kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat

yang makruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa.1[20]

Apa yang dinyatakan oleh al-Imam as-Sayuti rahimahullah berkenaan dengan

anjuran mengadakan pembaharuan-pembaharuan dalam urusan keduniaan yang

mendatangkan maslahah kepada umat Islam di atas adalah bertolak belakang

dengan kefahaman dan amalan umat Islam masa kini.

Umat Islam hari ini dilihat begitu ghairah mengadakan pelbagai pembaharuan

dalam urusan agama mereka, sebaliknya agak terkebelakang dalam menghasilkan

inovasi berhubung dengan hal-hal keduniaan mereka berbanding orang-orang

bukan Islam.

Amat tepatlah apa yang telah diungkapkan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali

rahimahullah di mana dia pernah berkata:1[21]

Sebahagian orang ada yang gemar untuk melakukan penemuan dan pembaharuan. Hal ini

merupakan suatu yang dibolehkan bahkan sangat ditekankan oleh Islam, walaupun berkarya

mempunyai tempat khusus iaitu dalam masalah duniawi dan yang berkisar dalam masalah-

masalah kehidupan, sehingga dalam masalah ini seseorang bebas berkarya dan mencari

penemuan-penemuan baru. Orang-orang bukan muslim memanfaatkan kemampuan mereka di

bidang ini, sehingga dalam hal ini mereka selalu menemukan hal-hal baru dan memberikan

manfaat dari hasil penemuannya.

Page 60: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

60

Sementara kita kaum muslimin adalah kebalikan dari mereka. Mereka sangat kolot dalam

beragama namun menonjol dalam urusan duniawi. Kita membaliknya dengan kreatif dalam

masalah-masalah agama yang tiada erti dan manfaatnya, lalu kita kolot serta tidak

berkembang dalam masalah duniawi. Orang lain sudah terbang di angkasa sedangkan kita

masih berada di bumi.

Bagaimana jika kita mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan berkarya terhadap apa

yang telah diserahkan Allah kepada akal dan usaha kita? Bukankah itu akan lebih dapat

mengangkat agama kita dan lebih berkemungkinan untuk meninggikan martabat kehidupan

kita.

Kata Penutup

Demikian sedikit peringatan berkenaan bahayanya bid’ah kepada umat Islam. Atas

kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum

muslimin dan muslimat agar hendaklah mereka sentiasa memerhatikan setiap

amal ibadah yang mereka kerjakan selama ini. Adakah ia adalah sesuatu yang

benar-benar berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

menerusi al-Sunnahnya yang sahih atau sebaliknya (bid’ah).

Hal ini perlu dicermati oleh semua pihak memandangkan ia melibatkan status kita

di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan

mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh itu atau pun termasuk dalam

kalangan mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan Rasul-Nya sehingga dihalau

daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda.

Page 61: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

61

Janganlah kerana kita termasuk dalam golongan "ahli ibadah" kita mengambil

sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan

yang akan atau telah kita lakukan selama ini.

Hendaklah kita sedar bahawa dengan hanya beribadah sahaja tidak akan mampu

menyelamatkan kita dari menerima azab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Juga dengan

beribadah sahaja, ia belum tentu akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam di hadapan Mahkamah Allah kelak, andaikata ibadah

yang kita lakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang menjauhi petunjuk al-

Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha berittiba' (mengikuti) al-Sunnah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan menjauhi diri daripada

melakukan segala bentuk amalan bid'ah di dalam agama. Semoga dengan ini kita

termasuk dalam kelompok umat Nabi yang mendapat kemuliaan mendatangi

telaga al-Haudh serta terlepas daripada kelompok yang disebutkan oleh baginda

sebagai golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya

unta-unta sesat sebagaimana yang dijelaskan di awal permulaan risalah ini.

Mengakhiri perbincangan yang serba ringkas ini, marilah kita merenungi sejenak

salah sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini.

Sabdanya:1[22]

Sesungguhnya Syaitan telah berputus harapan untuk ia disembah di bumi kamu tetapi ia rela untuk dipatuhi selain itu

daripada perkara-perkara yang kamu pandangnya senang daripada amalan-amalan kamu. Oleh itu hendaklah kamu berhati-hati.

Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika

kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat sama sekali untuk selamanya; iaitu al-Quran dan al-Sunnah Nabi-Nya.

Page 62: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

62

1 [1] Telaga al-Haudh ialah sebuah telaga yang diperuntukan khas bagi Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Kiamat kelak. Baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam bersabda ketika menjelaskan sifat-sifat telaga al-Haudh:

حوضي مسرية شهر ماؤه أبيض من اللنب ورحيه أطيب من املسك وكيزانه كنجوم السماء من شرب منها فال يظمأ أبدا.

Telagaku seluas perjalanan sebulan (perjalanan). Warna airnya lebih putih daripada

susu, aromanya lebih harum daripada minyak kasturi dan bejananya sejumlah bintang-

bintang di langit. Sesiapa yang meminum darinya, maka tidak akan dahaga selamanya.

– Hadis riwayat al-Bukhari, no. 6579 dan Muslim, no. 2292.

1 [2] Lihat Orang-Orang Yang Terusir Dari Telaga Nabi karya Syeikh Muhammad bin Abd al-

Wahhab al-Wushabi, ms. 20-21.

1 [3] Hadis riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95. Disahihkan

oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat komentar Syeikh al-Albani dalam Irwa’

al-Ghalil, no. 2455.

1 [4] Hadis riwayat Abu Daud, no. 1097, at-Tirmidzi, no. 1105, Ibnu Majah, no.

1892 dan lain-lain.

1 [5] Lihat al-Masa-il karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, jld. 1, ms. 91.

1 [6] Hadis riwayat Muslim, no. 287.

1 [7] Diriwayatkan oleh al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibnu Baththah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205.

1 [8] Riwayat al-Lalaka’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 317.

1 [9] Lihat Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya

Syaikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari, ms. 93.

Page 63: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

63

1 [10] Lihat Mausu’ah al-Manahisy Syar’iyyah fii Shalihis Sunnah an-Nabawiyyah karya

Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, jld. 1, ms. 254.

1 [11] Lihat Mausu’ah al-Manahisy Syar’iyyah fii Shalihis Sunnah an-Nabawiyyah karya

Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, jld. 1, ms. 253.

1 [12] Iaitu bid’ah yang sama sekali tidak ada asal usulnya dan dasarnya dalam agama. Dengan

perkataan lain, tidak ada satu jua dalil dari al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang

memerintahkannya.

1 [13] Iaitu bid’ah dalam kaifiyyat (tata cara) ibadah yang tidak ada contohnya dalam agama.

Pada dasarnya terdapat dalilnya dalam agama, namun kaifiyyat pelaksanaanya tidak ada

contohnya dari Rasulullah. Sebagai contoh ialah amalan berzikir dan berdoa secara berjemaah

selepas solat-solat fardu serta tetap melakukannya. Anjuran untuk berzikir dan berdoa banyak

disebutkan di dalam al-Qur’an dan al-Hadis, akan tetapi berzikir dan berdoa dengan cara

(kaifiyyat) berjemaah setiap kali selesainya mengerjakan solat-solat fardu serta tetap

melakukannya tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah dan juga para sahabatnya.

1 [14] Iaitu perbuatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah walaupun terdapat alasan dan tuntutan

serta tidak ada hal yang menghalangi baginda untuk melakukannya. Sebagai contoh tindakan

baginda meninggalkan azan dan iqamat sebelum mengerjakan solat tarawih, solat ‘Eid al-Fitri

dan solat ‘Eid al-‘Adha, tidak menghadiahkan pahala sekian-sekian ayat al-Qur’an kepada orang

yang telah meninggal dunia, tidak melakukan kenduri arwah pada hari pertama, ketiga dan

keempat puluh dari hari kematian dengan dilengkapi ritual tertentu berserta jamuan dan lain-lain

seumpama dari amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Tindakan baginda

meninggalkan semua amalan ini menunjukkan ia bukanlah hal yang disyariatkan atau

diperintahkan oleh agama. Oleh itu wajib bagi kita umat Islam untuk meninggalkannya.

1 [15] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 2363.

1 [16] Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, no. 2462.

1 [17] Lihat Fadhilah Shalawat Kepada Nabi Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah karya Ustaz

Mubarak bin Mahfudh Bamuallim, ms. 142 dengan sedikit suntingan bahasa.

1 [18] Perbincangan yang lebih terperinci mengenai bid’ah hasanah akan menyusul kemudian.

1 [19] Lihat al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ karya Imam as-Sayuti, ms. 25; edisi

muat turun internet di http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab2.htm (dirujuk

pada 5 Mei 2012).

1 [20] Perhatikan, tiada satu jua contoh-contoh bid’ah hasanah yang dikemukakan

oleh al-Imam as-Sayuti rahimahullah di atas berkaitan dengan perkara ibadah. Dengan

penjelasan ini maka tertolaklah dakwaan sebahagian pihak bahawa bid’ah hasanah

adalah meliputi hal-hal ibadah.

Page 64: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

64

1 [21] Lihat Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu

Aziz, ms. 39.

1 [22] Hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih. Lihat Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

1/36/21.

Page 65: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

65

Risalah #4:

Mengenal Watak Dan Ciri-Ciri Ahl al-Bid’ah

Jika kita mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama muktabar Ahl al-Sunnah wa

al-Jama’ah yang membicarakan secara khusus mengenai persoalan bid’ah, maka

kita akan dapati mereka amat memberikan perhatian yang serius terhadap bid’ah

dan hal-hal yang berhubung kait dengannya.68[691]

Keperihatinan dan kesedaran mereka terhadap hal ini memberi petunjuk akan

implikasi bahaya yang dibawa bid’ah tersebut ke atas agama mahupun umat Islam

seluruhnya. Di atas dasar keperihatinan mereka inilah, maka kita dapati para

tokoh yang mulia ini telah pun meninggalkan begitu banyak wasiat dan peringatan

sebagai usaha bagi memelihara umat Islam daripada terperangkap oleh jeratan

bid’ah dan tipu daya para penyerunya.

Melalui perbincangan ini penulis akan mendedahkan kepada sidang pembaca yang

budiman sekalian beberapa keterangan daripada para ulamak muktabar Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah yang bermanhaj al-Salaf al-Shalih mengenai ciri-ciri yang

lazim terdapat pada golongan Ahl al-Bid’ah.

68[1] Antara kitab-kitab muktabar yang membicarakan secara khusus persoalan bid’ah adalah al-

I’tisham oleh asy-Syathibi, Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim oleh Syeikh al-Islam Ibnu

Taimiyyah, Inkar al-Hawadits wa al-Bida’ oleh Ibnu Wadhdhah, al-Ba’its ‘ala Inkari al-Bida’

wa al-Hawadits oleh Syeikh Abu Syamah asy-Syafie, al-Ibda’ fi Madharri al-Ibtida’ oleh

Syeikh Ali Mahfuzh, Risalah at-Tahdzir min al-Bida’ oleh Syeikh ‘Abdul Aziz bin Bazz, as-

Sunan wa al-Mubatada’at al-Muta’alliqah bi al-Adzkar wa ash-Shalawat oleh Muhammad bin

Ahmad al-Syuqairi al-Hawamidi dan lain-lain.

Page 66: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

66

Pengenalan kepada ciri-ciri Ahl al-Bid’ah ini adalah suatu yang teramat penting

sebagai langkah pemeliharaan diri kita semua agar tidak terjatuh ke dalam jurang

bid’ah yang pastinya akan mengundang kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala,

na’udzubillahi min dzalik.

Larangan al-Qur’an kepada umat Islam daripada melakukan bid’ah dan

bermu’amalah dengan para penyerunya.

Sebagai mukadimah, marilah kita perhatikan terlebih dahulu firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dan keterangan daripada salah seorang tokoh Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah yang mengikutinya di bawah ini. Firman-Nya dalam surah al-An’am, ayat 68:

Apabila engkau melihat orang-orang yang sengaja mengeluarkan perkataan kotor terhadap ayat-ayat Kami, jauhkan dirimu daripada

mereka sehingga mereka berbicara perkara yang lain. Jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),

janganlah engkau ulangi duduk bersama-sama kaum yang zalim itu

lagi setelah engkau mendapat peringatan (mengenai larangan itu).

Ayat ini menerangkan kepada setiap manusia agar menjauhi golongan yang suka

berbohong terhadap agama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini kerana, mereka

sanggup mengubah dan menukar ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan

meletakkannya sesuatu yang bukan pada tempatnya.

Maksud kalimah al-Zhalimin ialah golongan terdiri daripada kaum الظا لمين

musyrikin, mereka yang merubah atau menukar ayat Allah dan mereka yang

Page 67: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

67

melakukan bid’ah dalam agama.70[2] al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah

rahimahullah (751H) telah menegaskan perkara ini di dalam kitabnya, Kitab at-

Tafsir, ms. 630, beliau berkata:71[3]

Siapa yang bergaul atau berkawan dengan golongan Ahl al-Bid’ah sebenarnya dia telah

menghancurkan keseluruhan syariat agama. Bergaul dengan mereka seolah-olah memakan

racun dan sebagainya. Sedangkan Allah sendiri telah memberi perumpaan kepada manusia

tentang perkara ini bahawa mereka ini adalah golongan bid’ah dan golongan yang sesat.

Mereka menyekat seseorang dari melakukan suruhan Allah dan Rasul-Nya dan mengajak

manusia menyanggahi perintah Allah. Selain itu, mereka juga menghalangi manusia dari

mengikuti jalan Allah lalu memesongkan mereka. Bahkan, golongan ini sanggup mengubah

suai amalan bidaah sehingga dianggap sunnah dan sebaliknya berusaha menjadikan sunnah

sebagai bid’ah.

Apa yang mereka harapkan, perkara makruf dikatakan mungkar dan perkara mungkar

dianggap makruf. Antara ungkapan dan perbuatan yang biasa mereka gunakan dalam usaha

menentang sunnah dan mengelirukan masyarakat agar menjauhinya serta mengamalkan

bid’ah:

70[2] Lihat Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama karya Mohd Sabri Mohammed, ms.

209.

71[3] Lihat Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama karya Mohd Sabri Mohammed, ms.

209.

Page 68: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

68

1. Apabila berbicara perkara berkaitan tauhid, mereka mengatakan masih ada kekurangan

pada wali-wali yang soleh seperti generasi al-Salaf al-Shalih. Sebab itulah boleh menokok

tambah dalam agama.

2. Apabila diminta agar mengikuti sunnah Rasulullah, mereka mengatakan patutkah kita

meninggalkan pendapat imam-imam muktabar yang menjadi pegangan mazhab kita?

3. Apabila Allah mensifatkan diri-Nya dengan sifat yang selayaknya bagi Dzat-Nya

sedangkan Rasulullah dan imam mazhabnya sendiri mensifatkan seperti mana yang

disifatkan oleh Allah tanpa mentakwil atau melampau, mereka mengatakan golongan yang

menetapkan sifat-sifat Allah secara mutlak ialah golongan Musyabbihin (menyamakan Allah

dengan makhluk).

4. Apabila mereka diminta mengikuti perintah Allah dan Rasul-Nya supaya melakukan

perkara makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar yang menyanggahi perintah Allah dan

Rasul-Nya, mereka menuduh golongan ini sebagai golongan pembawa fitnah yang boleh

memecah-belahkan masyarakat.

5. Apabila kita mengikuti sunnah Nabi dan meninggalkan apa yang bertentangan dengan

sunnah (bid’ah), mereka menuduh golongan ini termasuk pengikut bid’ah yang menyesatkan.

6. Apabila kita cuba mendekatkan diri dengan Allah lalu menjauhi golongan mereka serta

menghindari diri daripada menikmati kehidupan yang tidak bermakna itu (penuh dengan

syirik, bid’ah dan khurafat), mereka menuduh golongan ini hanya berpura-pura.

Page 69: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

69

Apabila kamu meninggalkan sunnah dan kamu sentiasa mengamalkannya dan menurut

kehendak hawa nafsu mereka (mengamalkan bid’ah), kamu sebenarnya termasuk orang yang

paling (dibenci) di sisi Allah. Manakala ketika bersama mereka, engkaulah orang yang paling

munafik. Walau apapun yang bakal berlaku, berpeganglah dengan apa yang diredhai oleh

Allah dan Rasul-Nya sekalipun mereka marah, tidak mencampuri usaha mereka dalam

mempermainkan agama dan tidak mempedulikan ancaman yang bakal mereka lakukan kerana

pegangan kamu berada di atas kebenaran.

Demikian penjelasan ringkas daripada salah seorang tokoh muktabar Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah, al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah

(751H) mengenai ciri-ciri umum golongan ahli bid’ah dan reaksi mereka terhadap

para pendukung al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Seterusnya

akan diterangkan pula ciri-ciri khusus yang lazim terdapat pada kebanyakan Ahl al-

Bid’ah.

Ciri-ciri khusus Ahl al-Bid’ah.

Sebelum ini telah diterangkan beberapa ciri-ciri umum Ahl al-Bid’ah dan hujah-

hujah penolakan mereka ke atas dakwah Salafiyyah72[4] yang dibawa oleh para

72[4] Apakah dakwah Salafiyyah? Ustaz Abdul Wahab Bustami hafizhahullah menerangkan:

Dakwah Salafiyyah ialah seruan kepada manusia untuk kembali kepada Kitabullah dan al-

Sunnah Rasulullah berdasarkan pemahaman yang benar iaitu sesuai dengan pemahaman para

sahabat baginda dan setiap generasi ulama yang mengikuti manhaj mereka dalam semua

aspek, baik dalam persoalan akidah, ibadah, muamalah, akhlak, adab dan sebagainya.

Dakwah Salafiyyah tidak pernah mengajak manusia kepada jamaah tertentu ataupun aliran

tertentu dan ideologi serta perkumpulan tertentu. Tidak pula fanatik kepada tokoh-tokoh

Page 70: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

70

pendukung al-Sunnah Rasululah shallallahu ‘alaihi wasallam. Pada kesempatan ini

kita akan meneliti pula secara lebih terperinci ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh

golongan tersebut. Tumpuan akan diberikan kepada tujuh ciri-ciri utama Ahl al-

Bid’ah sebagaimana menurut keterangan para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Tujuh ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Ciri #1: Gemar memberikan pelbagai gelaran (laqob) buruk ke atas Ahl as-

Sunnah.

Antara ciri utama golongan Ahl al-Bid’ah ialah sikap mereka yang gemar

memberikan pelbagai gelaran buruk ke atas para pendukung al-Sunnah Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam. Antara gelaran-gelaran yang masyhur dilontarkan

oleh golongan ini kepada Ahl al-Sunnah termasuk mereka yang berada di Malaysia

ialah seperti ‘Wahhabi’, ‘Kaum Muda’, al-Musyabbihah’73[5] dan lain-lain

seumpama.

tertentu yang tidak maksum. Tetapi dakwah Salafiyyah mengajak umat kepada Allah.

Dakwah ini merupakan dakwah semua Rasul. – Lihat Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz

Abdul Wahab Bustami, ms. 148.

73[5] al-Musyabbihah merujuk kepada golongan yang menyamakan sifat-sifat Allah dengan

sifat-sifat makhluk. Keyakinan mereka yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk inilah

yang disebut sebagai tasybih. Golongan ini menganggap bahawa apa jua yang dikhabarkan oleh

Allah dan Rasul-Nya mengenai sifat-sifat-Nya seperti memiliki Tangan (al-Yad), Wajah (al-

Wajh), Turun (al-Nuzul) dan lain-lain seumpama, semua itu adalah sama dengan apa yang ada di

sisi makhluk-Nya.

Ini berbeza dengan Ahl al-Sunnah di mana Ahl al-Sunnah beriman kepada sifat-sifat Allah

sebagaimana yang dikhabarkan-Nya menerusi perantaraan kitab-Nya al-Qur’an dan al-Hadis

Nabi-Nya yang sahih, menetapkannya (ithbat) tanpa menyamakannya dengan sifat-sifat

makhluk.

Dengan kata mudah:

1. Ahl al-Sunnah menetapkan sifat-sifat Allah tanpa menyamakannya dengan makhluk.

2. al-Musyabbihah menetapkan sifat-sifat Allah lalu menyamakannya dengan sifat makhluk.

Page 71: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

71

al-Imam Abu Hatim al-Razi rahimahullah menulis di dalam kitabnya, Ahl al-

Sunnah wa I’tiqad ad-Din sebagaimana nukil al-Imam al-Lalaka’i rahimahullah di

dalam kitab beliau Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 321 dan

al-Imam al-Barbahari rahimahullah dalam Syarh as-Sunnah (tahqiq Khalid bin

Qasim al-Radady), ms. 116:74[6]

Tanda Ahl al-Bid’ah adalah mencela Ahl al-Atsar (Ahl as-Sunnah). Tanda orang-orang

Zindiq adalah mereka menamakan Ahl al-Atsar dengan sebutan al-Hasyawiyyah, mereka

ingin mematikan atsar. Tanda orang-orang al-Jahmiyyah mereka menamakan Ahl al-Sunnah

dengan sebutan al-Musyabbihah (menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk). Tanda

orang-orang al-Qadariyyah ialah mereka menamakan Ahl al-Sunnah dengan sebutan al-

Mujabbirah.

Tanda orang-orang Murjiah ialah mereka menamakan Ahl al-Sunnah dengan sebutan al-

Mukhalifah dan al-Nuqshaniyyah. Tanda orang-orang (Syi’ah) al-Rafidhah ialah mereka

menamakan Ahl al-Sunnah dengan sebutan al-Nashibah. Padahal Ahl al-Sunnah tidak

mempunyai nama kecuali satu nama sahaja dan mustahil nama-nama tersebut berpadu dalam

diri mereka.

Alhamdulillah penulis sendiri memiliki sebuah buku khas berkenaan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-

Jama’ah di dalam berinteraksi dengan tauhid al-Sifat Allah. Sila rujuk buku penulis Aina Allah? (Di Mana

Allah?), terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru.

74[6] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari, ms. 222.

Page 72: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

72

Sementara itu al-Imam al-Barbahari rahimahullah (329H) menulis di dalam

kitabnya, Syarh as-Sunnah:75[7]

Jika anda mendengar seseorang mencela atsar atau (menolak atsar) atau menginginkan

selain atsar, maka jadikanlah dia seorang yang tertuduh dalam Islam dan janganlah (anda

ragu-ragu) dia seorang pengikut hawa nafsu dan Ahl al-Bid’ah.

Sebenarnya sikap Ahl al-Bid’ah yang suka melontarkan pelbagai gelaran buruk ke

atas Ahl al-Sunnah ini bukanlah sesuatu yang baru dalam lembaran sejarah

dakwah Salafiyyah. Malah perkara yang sama juga pernah berlaku ke atas

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika manhaj ini didakwahi baginda ke atas

masyarakat Arab jahiliah pada suatu ketika dahulu.

Antara gelaran-gelaran buruk yang diberikan oleh masyarakat Arab jahiliah ini ke

atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam usaha mereka menolak dakwah

yang disampaikan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam adalah dengan

menggelarinya sebagai seorang ahli sihir, gila, bodoh dan pendusta.

Malah yang lebih berat dari itu, baginda shallallahu ‘alaihi wasallam juga pernah

diugut untuk dibuang negeri, dibakar, disembelih, dipenjara dan lain-lain

seumpama. Hakikat ini telah pun dirakamkan di dalam al-Qur’an. Firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Shad, ayat 4:

Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa

hairan bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran dari

75[7] Lihat Syarh as-Sunnah karya al-Imam al-Barbahari, ms.129.

Page 73: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

73

kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: Orang ini

adalah seorang ahli sihir lagi pendusta.

Dalam surah al-Furqan, ayat 41 Allah menjelaskan:

Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah

menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata): Inikah orangnya

yang diutuskan oleh Allah sebagai Rasul-Nya?

Firman-Nya lagi dalam ayat yang lain pada surah as-Shaffah, ayat 36:

Serta mereka berkata: Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan

yang kami sembah kerana dengan ajakan seorang penyair gila?

Kemudian dalam surah al-Qashash, ayat 57, Dia berfirman:

Dan mereka (golongan kafir) berkata: Kalau kami menyertaimu menurut

petunjuk yang engkau bawa itu nescaya kami dengan serta merta

ditangkap dan diusir dari negeri kami.

Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman ash-Shabuni rahimahullah (449H)

menulis di dalam kitabnya, ‘Aqidah ash-haabil Hadith, ms. 105:76[8]

Aku melihat Ahl al-Bid’ah dalam memberikan laqab (gelaran) nama-nama ini (iaitu gelaran-

gelaran yang negatif) terhadap Ahl al-Sunnah mengikuti jejak kaum musyrikin dalam

bersikap terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam .

76[8] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih, ms. 49-50.

Page 74: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

74

Mereka terbahagi-bahagi dalam menamai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ada di

antara mereka yang menggelarnya sebagai tukang sihir, dukun, penyair, orang gila, orang

yang terfitnah dan ada pula menamainya sebagai pendusta. Sedangkan Nabi shallallahu

‘alaihi wasallam sendiri jauh dan berlepas diri daripada aib-aib tersebut.

Baginda tiada lain hanyalah seorang Rasul dan Nabi yang terpilih. Allah Subhanahu wa Ta’ala

berfirman:77[9]

Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan terhadapmu kerana itu

mereka menjadi sesat dan tidak dapat lagi menemukan jalan (yang benar).

Demikian pula Ahl al-Bid’ah – semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menghinakan mereka –

mereka terbahagi-bahagi dalam memberikan gelaran (yang buruk) terhadap para pembawa

berita-berita dan atsar-atsar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para perawi hadis

Nabi yang sentiasa mengikutinya dan berpetunjuk dengan sunnahnya.

Maka di antara mereka (Ahl al-Bid’ah) ada yang menamai Ahl al-Sunnah dengan nama al-

Hasyawiyyah (orang hina) dan ada pula menamainya dengan al-Musyabbihah (golongan yang

menyerupakan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sifat-sifat makhluk-Nya).

Sementara Ahl al-Hadith sentiasa terjaga (terpelihara), berlepas diri dan suci dari aib-aib

tersebut. Mereka tiada lain adalah Ahl al-Sunnah yang (berada di atas manhaj) terang-

77[9] Surah al-Isra’, ayat 48.

Page 75: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

75

benderang, orang-orang yang riwayat hidupnya diredai (oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala),

jalannya lurus dan hujah-hujahnya kuat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan taufiq-Nya kepada mereka untuk sentiasa

mengikuti Kitab-Nya, wahyu-Nya dan perintah-Nya dan agar sentiasa berqudwah

(mengikuti) kepada Rasul-Nya di dalam hadis-hadisnya. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga

telah menolong mereka dalam berpegang teguh dengan sirah Nabi-Nya dan komitmen

dengan sunnahnya. Dia telah melapangkan dada-dada mereka untuk mencintai para imam

(yang memelihara) syariat-Nya dan para ulama umat-Nya. Sesiapa mencintai sesuatu kaum

maka ia (dibangkitkan) bersama mereka pada hari Kiamat...

Mungkin ada di kalangan para pembaca yang tertanya-tanya, mengapakah para

pendukung bid’ah – khususnya di Malaysia - amat gemar melabelkan gelaran

‘Wahhabi’ ke atas setiap pendukung dakwah Salafiyyah?

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini, antaranya ialah

kesedaran mereka terhadap kebenaran dakwah Ahl al-Sunnah dan ancamannya

terhadap pegangan dan amalan mereka yang selama ini sebenarnya adalah sebuah

kesesatan yang bersembunyi disebalik jenama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Para pendukung bid’ah ini amat yakin dan percaya bahawa jika gelaran-gelaran

buruk seumpama ini tidak disandarkan ke atas para pendukung dakwah Salafiyyah

maka lambat laun masyarakat awam akan mendekati fahaman yang dibawa oleh

para pendukung al-Sunnah.

Page 76: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

76

Jika ini yang berlaku maka segala fahaman dan amalan bid’ah yang mereka

sandarkan secara dusta ke atas Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah selama ini akan

ditinggalkan oleh masyarakat. Ini secara tidak langsung akan mengakibatkan

segala kepentingan dan kemasyhuran yang mereka raih disebalik slogan “pembela

Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah” selama ini juga akan lenyap serta-merta.

Maka di atas kesedaran inilah mereka merasakan adalah perlu dimomokkan isu

‘Wahhabi’ ini sebagai salah satu strategi bagi mempertahankan segala kepentingan

yang mereka raih hasil daripada penipuan mereka kepada orang ramai. 78 [10]

Ciri #2: Amat keras permusuhan dan kebenciannya terhadap Ahl al-

Sunnah.

Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Abu ‘Utsman al-Shabuni

rahimahullah (449H). Katanya:79[11]

78[10] Alhamdulillah kini terdapat begitu banyak kitab yang telah menjawab pelbagai fitnah

yang dilontarkan Ahl al-Bid’ah ke atas Ahl al-Sunnah yang dimasyhurkan dengan gelaran

‘Wahhabi’ ini. Antaranya:

1) Islamiyah Laa Wahhabiyah karya Prof. Dr. Nashir bin Abdul Karim al-‘Aql; edisi terjemahan oleh

Abdur Rosyad Siddiq di atas judul Hanya Islam Bukan Wahhabi (Jakarta: Darul Falah).

2) Meluruskan Sejarah Wahhabi karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi (Gresik: Pustaka

Al-Furqon).

3) Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab karya Abdul

Aziz bin Muhammad bin Ali Abdul Lathif (Johor: Perniagaan Jahabersa).

4) Haqiqat Da’wat al-Imam Muhammad Ibn Abd al-Wahhab wa Namadzij min Rasa-ilihi, Wasyahadati

Ulama’ al-Haramain Lahu karya Syeikh Abdurrahman bin Hammad al-Umr; edisi terjemahan oleh

Abdur Rosyad Siddiq di atas judul Hakikat Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Jakarta:

Darul Falah).

79[11] Lihat al-Risalah fii I’tiqad Ahl al-Sunnah wa Ash-haab al-Hadith wa al-Aimmah karya

Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman al-Shabuni, ms. 138.

Page 77: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

77

Tanda-tanda bid’ah yang ada pada ahlinya adalah nampak jelas. Di antara tanda-

tanda yang paling jelas terdapat pada diri mereka terhadap orang-orang yang

meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah (Ahl al-Hadith). Ahl al-Bid’ah menghina dan

merendah-rendahkan mereka.

Berkata al-Imam Ahmad bin Sinan al-Qaththan:80[12]

Tidak ada seorang pun mubtadi’ (yang berbuat bid’ah) di dunia ini melainkan dia (pasti)

membenci Ahl al-Hadith (Ahl al-Sunnah). Jika seseorang berbuat bid’ah pasti kemanisan

hadis akan tercabut dari hatinya.

Abu Nashr al-Faqih berkata:81[13]

Tiada suatu yang lebih berat dan lebih dibenci oleh orang-orang yang mulhid

(berpaling daripada agama Allah selain) daripada mendengarkan hadis dan

meriwayatkannya dengan sanadnya.

Ciri #3: Gemar mengampu para pemerintah.

Ahl al-Bid’ah amat menyedari bahawa dengan hanya melontarkan gelaran-gelaran

buruk ke atas Ahl al-Sunnah sahaja adalah tidak memadai bagi menjauhkan umat

Islam dari mendekati dakwah yang cuba diterap dan disuburkan oleh para

pendukung al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

80[12] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari, ms.

209.

81[13] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih, ms. 49.

Page 78: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

78

Lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam hari ini yang terdedah kepada pelbagai

sumber ilmu pengetahuan agama yang berteraskan kepada dalil dan hujah. Pasti

sahaja ini merupakan satu kelebihan kepada Ahl al-Sunnah yang terkenal sebagai

manhaj yang berdiri di atas landasan ilmiah untuk menarik keyakinan umat Islam

kepada manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Senario ini telah memberi kesedaran kepada Ahl al-Bid’ah betapa perlunya untuk

mereka mengambil satu pendekatan yang bersifat radikal bagi menghindarkan

umat Islam daripada dipengaruhi oleh para pendukung manhaj Salafiyyah. Antara

usaha yang dilakukan oleh golongan ini dalam rangka mencapai hasrat tersebut

adalah dengan cara mempengaruhi para pemimpin Islam untuk turut serta

memerangi dakwah Salafiyyah.

Inilah yang berlaku di Malaysia juga dimana sesetengah pihak yang tidak

menyenangi dakwah ini cuba mempengaruhi para pemimpin tempatan dan

menjadikan kedudukan mereka di sisi pemimpin berkenaan sebagai sarana untuk

memerangi dakwah Salafiyyah dan para pendukungnya. Amat benarlah apa yang

telah diungkapkan oleh al-Imam asy-Syathibi rahimahullah:82[14]

Seorang pelaku bid’ah, jika merasa seruannya (dakwahnya) yang dilakukan dengan

mengancam tidak membuahkan hasil, maka dia pasti berusaha menjilat para penguasa (agar

penguasa tersebut menekan masyarakat) supaya seruannya (kepada bid’ah) lebih mudah

untuk diterima.

Oleh yang demikian, bukanlah satu keasingan apabila kita melihat para tokoh

muktabar Ahl al-Sunnah terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikh al-

82[14] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 189.

Page 79: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

79

Islam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab serta Ahl al-Haq

lainnya sering mendapat ancaman daripada para pemerintah yang zalim sebagai

akibat daripada api fitnah yang dimarakkan oleh Ahl al-Bid’ah ke atas mereka. al-

Imam asy-Syathibi sekali lagi menjelaskan:83[15]

Bukankah anda telah melihat keadaan Ahl al-Bid’ah pada zaman tabi’in dan setelah mereka?

Sehingga mereka mampu mencapai kedudukan (di sisi) para sultan dan bergelut dengan

pecinta dunia, sedangkan orang yang tidak mencapai hal tersebut menyembunyikan dirinya

dengan bid’ahnya serta menghilang dari kehidupan masyarakat dan menjalankan semua amal

perbuatannya hanya sebagai pelindung bagi dirinya.

Ciri #4: Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam beribadah.

Ahl al-Bid’ah terkenal dengan sikap mereka yang amat tekun di dalam

mengerjakan pelbagai ibadah. Akan tetapi amat disayangkan kerana kesungguhan

mereka di dalam mengerjakan ibadah-ibadah tersebut tidak didasarkan kepada

petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang

sahih.

Sebaliknya ia dilandaskan kepada sangkaan dan menurut hawa nafsu semata-

mata, hasil daripada bisikan dan tipu daya Syaitan ke atas mereka. Mungkin inilah

yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi ayat-ayat-Nya seperti

berikut:

Firman-Nya dalam surah Yunus, ayat 36:

83[15] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 131.

Page 80: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

80

Kebanyakannya mereka, tidak menuruti melainkan sesuatu sangkaan

sahaja, (walhal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi

kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman:84[16]

Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang yang berada di muka bumi,

nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tiada yang mereka

turuti melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah

berdusta.

Firman-Nya lagi dalam ayat yang lain:85[17]

Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang

diingini oleh hawa nafsu mereka dan Sesungguhnya telah datang petunjuk

kepada mereka dari Tuhan mereka.

Ramai di kalangan umat Islam – khususnya orang awam – mudah terikut-ikut

dengan fahaman dan amalan yang dibawa oleh Ahli Bid’ah disebabkan oleh akhlak

dan ibadah yang ditampilkan olehnya. Padahal semua ini adalah gimik atau helah

Ahli Bid’ah tersebut bagi mengelabui mata orang awam dari melihat kebatilan yang

dibawa oleh mereka, disamping mengharapkan sanjungan dan pujian daripada

orang awam terhadap akhlak dan ibadah mereka.

84[16] Surah al-An’am, ayat 116.

85[17] Surah al-Najm, ayat 23.

Page 81: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

81

Disebutkan di dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah, jilid 1, ms. 233-234, no.

32586[8718] bahawa ada seorang lelaki mengadu kepada al-Imam Ahmad

rahimahullah berkenaan seorang lelaki tua yang suka bergaul dengan salah

seorang tokoh bid’ah, Harith al-Qashir yang dilihatnya sebagai seorang yang

lembut akhlaknya, khusyuk dalam ibadah dan pelbagai kebaikan lainnya.

Mendengarkan yang demikian, al-Imam Ahmad dengan marah berkata kepadanya:

Janganlah kau tertipu dengan kekhusyukan dan kelembutannya. Dan jangan kau terpedaya

dengan kebiasaannya menundukkan kepalanya (iaitu menzahirkan sifat rendah dirinya)

kerana sesungguhnya dia adalah lelaki yang jahat (Ahl al-Bid’ah). Dia itu tidaklah

mengetahuinya kecuali yang telah berpengalaman dengannya!.

Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih menulis di dalam

kitabnya, Syarhu Ushulu Sunnah:88[19]

Sebahagian orang tertipu dengan Ahl al-Bid’ah disebabkan kezuhudan dan kekhusyukan

serta tangisan atau selainnya dari banyaknya ibadah yang mereka lihat pada mereka (Ahl

al-Bid’ah). Akan tetapi hal ini bukanlah suatu barometer yang benar dalam mengetahui

kebenaran. Nabi telah bersabda kepada para sahabatnya, menyebutkan sebahagian sifat

Ahl al-Bid’ah:

م صالتهح قي صالته، وصيامهح ف صيامه. حيحقرح أحدحكح

86[18] Lihat 29 Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf karya Syeikh Abu Abdillah Jamal

bin Farihan al-Harithi, ms. 45-46.

Page 82: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

82

Salah seorang di antara kamu merasa hina solatnya (jika) dibandingkan solat mereka (Ahl

al-Bid’ah Khawarij) dan puasanya (jika) dibandingkan puasa mereka.89[20]

Telah diriwayatkan dari al-Auza’i, ia berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa

yang berbuat bid’ah yang sesat maka Syaitan akan menjadikannya cinta beribadah dan

meletakkan pada dirinya rasa khusyuk dan menangis agar ia dapat memburunya.

Dalam pada itu al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menulis di dalam

kitabnya Fath al-Bari dengan katanya:90[21]

Orang-orang Khawarij (Ahl al-Bid’ah) ini digelar al-Qurra’ (para pembaca al-Qur’an)

disebabkan kesungguhan dan ketekunannya dalam membaca al-Qur’an dan beribadah.

Hanya saja, mereka salah faham dalam mentafsirkan makna al-Qur’an dan lebih

mengkedepankan pendapat peribadi. Di sisi lain, sikap mererka sangat berlebihan di dalam

menjalankan kezuhudan, kekhusyukan serta ibadah lainnya.....

Ciri #5: Cenderung berhujah dan berpegang kepada ayat-ayat

mutasyabihat.

89[20] Potongan dari hadis yang panjang bersumberkan daripada Abu Sa’id al-Khudri.

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih Muslim, no. 1064.

90[21] Lihat Fath al-Bari, jld. 12, ms. 283; dalam al-Fitnah wa Mauqiful Muslim Minha

karya Dr. Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-‘Aqil, ms. 138.

Page 83: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

83

Ciri-ciri Ahl al-Bid’ah yang seterusnya ialah sikap mereka yang cenderung

mengambil ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sukar difahami maknanya)

daripada al-Qur’an lalu menjadikannya sebagai sebahagian daripada prinsip atau

dasar di dalam beragama. Kewujudan golongan ini telah pun diisyaratkan Allah

Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana dalam ayat-Nya berikut:91[22]

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al-

Qur’an. Sebahagian besar daripada al-Qur’an itu ialah ayat-ayat

‘muhkamat’ (iaitu ayat-ayat yang jelas maknanya); ayat-ayat muhkamat

itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Qur’an. Dan yang lain ialah ayat-ayat

‘mutasyabihat’. Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut

kandungan hati masing-masing).

Adapun orang-orang yang dalam hatinya kecenderungan ke arah

kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar

(mutasyabihat) dari al-Qur’an untuk mencari fitnah dan mencari-cari

takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir

maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.

Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya

dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu

datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran

dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Sehubungan dengan ayat ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda:92[23]

92[23] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 4547, Muslim, no. 2665 dan Abu Daud, no. 4598.

Page 84: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

84

Apabila engkau melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat

mutasyabihat (maka) mereka itulah yang dimaksudkan oleh Allah maka

berwaspadalah terhadap mereka.

Kewujudan golongan bid’ah yang cenderung mengikuti ayat-ayat mustasyabihat

dan mengambil syubhat-syubhat (kekeliruan) dari al-Qur’an ini juga pernah

diisyaratkan sendiri oleh Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu’anhu.

Justeru beliau mengingatkan umat Islam agar hendaklah mereka berpegang teguh

dengan al-Sunnah dan menjadikannya sebagai senjata dalam mematahkan

syubhat fitnah golongan tersebut. Beliau berkata:93[24]

Akan datang sekelompok manusia yang akan membantah kamu dengan

syubhat al-Qur’an, maka bantahlah mereka dengan al-Sunnah kerana

orang-orang yang (berpegang teguh) pada al-Sunnah lebih mengerti

tentang Kitabullah (al-Qur’an).

Ayyub al-Sikhtiyani rahimahullah turut memperakui ucapan Amirul Mukmin di atas

dengan katanya sebagaimana yang tersebut di dalam kitab al-Ibanah jilid 2, ms.

501:94[25]

Saya tidak mengetahui ada seorang dari Ahl al-Ahwa’ (Ahl al-Bid’ah) yang berdebat kecuali

dengan perkara (ayat) mustasyabihat.

93[24] Atsar riwayat ad-Darimi 1/49, al-Ajurri dalam asy-Syari’ah, no. 93 dan 102 dan

lain-lain.

94[25] Lihat 29 Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf karya Abu Abdillah bin Farihan

al-Harithi, ms. 28.

Page 85: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

85

Tambah beliau lagi:95[26]

Sesungguhnya Ahl al-Ahwa’ adalah para penganut kesesatan. Aku tidak melihat tempat

kembali mereka, kecuali Neraka.

Ciri #6: Sering mendahulukan sesuatu yang lain di atas al-Qur’an dan al-

Sunnah yang sahih.

Termasuk ciri-ciri khusus Ahl al-Bid’ah ialah sikap mereka yang dilihat sering

mengunggulkan sesuatu yang lain di atas al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih

berupa ajaran mazhab, akal fikiran, ucapan-ucapan manusia, sangkaan dan

sebagainya.

Terhadap golongan ini, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu’anhu

sekali lagi mengingatkan:96[27]

Janganlah kamu duduk dengan orang-orang yang berpegang kepada

rasional (lojik akal) mereka, kerana sesungguhnya mereka itu musuh-

musuh sunnah Rasulullah, mereka tidak mampu menghafal (memelihara)

sunnah, mereka lupa (dalam sebuah riwayat disebut: mereka diserang)

hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga mereka pun

tidak mampu untuk memahaminya.

Mereka ditanya tentang hal yang tidak mereka ketahui lalu merasa malu

untuk menyatakan: Kami tidak tahu, sehingga mereka pun berfatwa

dengan akal mereka, maka mereka tersesat dari jalan yang lurus.

95[26] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-

Atsari; ms. 215.

96[27] Atsar riwayat Ibnu Abi Zumanain dalam Ushulu Sunnah, no. 8, al-Lalika’i dalam

Syarh Ushul al-I’tiqad, no. 201 dan lain-lain.

Page 86: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

86

Sesungguhnya, Nabimu (Muhammad) tidaklah diwafatkan kecuali setelah

Allah mencukupi dengan wahyu dan menjauhi lojik akal dan seandainya

akal itu lebih utama daripada Sunnah, nescaya mengusap bahagian bawah

kedua sepatu (khuf) lebih utama daripada mengusap bahagian atasnya.

Dalam pada itu Ahl al-Bid’ah ini juga terkenal sebagai kelompok yang amat keras

di dalam bertaklid kepada ajaran mazhab mereka sehingga sesiapa sahaja yang

menyelisihi ajaran mazhab tersebut dianggap sebagai sesat, bahkan telah

terkeluar daripada ajaran Islam.

Dasar mereka di dalam beragama bukanlah ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah

Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih akan tetapi ialah ajaran

mazhab tersebut. Oleh itu setiap ayat atau hadis yang bersesuaian dengan ajaran

mazhab mereka, ianya diterima lalu ditonjol-tonjolkan sebagai bukti bahawa

kononnya mazhab mereka adalah berada di atas landasan al-Quran dan al-Sunnah.

Namun sebaliknya, jika terdapat sesuatu ayat atau hadis yang tidak berpadanan

dengan ajaran mazhab mereka, ayat atau hadis tersebut akan ditakwil atau

dipaksa tafsirannya sehinggalah ia kelihatan seakan-akan searah dengan ajaran

mazhab mereka. Hakikat ini dijelaskan oleh al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah

rahimahullah (751H) di dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in jilid 2, ms. 195:

Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid! Kamu ini jika

mendapati ayat al-Qur’an yang bersesuai dengan mazhab kamu maka kamu akan terima apa

yang jelas daripada ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara

berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut.

Page 87: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

87

Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu

(maka) kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan

mengeluarkannya daripada maksudnya yang jelas kerana tidak bersesuaian dengan mazhab

kamu.

Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas sunnah. Jika kamu dapat satu hadis yang

sahih bersesuaian dengan mazhab kamu (maka) kamu menerimanya. Kamu kata: Kami ada

sabda Nabi begini dan begitu. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadis sahih yang

berbeza dengan mazhab kamu (maka) kamu tidak pandang kepadanya walaupun satu hadis.

Demikian secara ringkas beberapa ciri-ciri umum dan khusus yang lazim

dimiliki oleh golongan Ahl al-Bid’ah yang sempat penulis paparkan menerusi perbincangan ini.

Adakah setiap orang yang melakukan bid’ah layak dihukumi

sebagai Ahl al-Bid’ah?

Jawapannya adalah tidak. Ini kerana wujud kemungkinan ketika dia mengerjakan sesuatu

amalan bid'ah dia ialah seorang yang jahil. Disebabkan kejahilan ini, dia tidak dapat

membezakan antara amalan yang benar-benar tsabit daripada Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum dengan amalan yang sebenarnya adalah bid'ah di sisi ajaran agama.

Justeru dalam hal ini dia dimaafkan dan hukuman sebagai Ahl al-Bid'ah ditangguhkan ke

atasnya. Berkata Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafizhahullah:97[28]

Setiap orang yang mengerjakan bid’ah belum tentu dia sebagai Ahl al-Bid’ah (mubtadi’). Kerana

adakalanya dia jahil atau dia seorang mujtahid yang salah di dalam ijtihadnya. Akan tetapi orang yang

terus-menerus di dalam (melakukan) bid’ahnya sesudah nyata baginya kebenaran kerana mengikuti

97[28] Lihat Telah Datang Zamannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms. 19.

Page 88: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

88

(taqlid) kepada nenek moyangnya, atau kaumnya, atau golongannya, dan dia berpaling dan menentang

kebenaran, atau tidak menerimanya kerana tidak sesuai dengan pemahamannya atau mazhabnya

(taksub), maka orang yang seperti ini tidak syak lagi atau tidak ragu lagi dia telah masuk ke dalam

golongan Ahl al-Bid’ah (mubtadi’).

Demikian juga terhadap para ulama yang terkenal dengan kejujurannya namun dalam

beberapa masalah dia tersilap di dalam mengeluarkan sesuatu ijtihad, maka dalam hal ini

dia dimaafkan. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti yang

tertera di bawah ini:98[29]

Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran

maka baginya dua pahala. Sementara apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian silap maka baginya satu pahala.

Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Faqihi menulis di dalam kitabnya berjudul al-Bid’ah

Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah:99[30]

Adapun orang yang tersalah dalam sebahagian permasalahan, yang terkenal akan manhaj dan

perilakunya yang baik serta ilmunya yang syar’i, jika orang seperti ini berbuat kesalahan, maka tidak

akan menurunkan keadaannya mahupun mengurangi kedudukannya.

Kemudian di dalam kitab yang sama, beliau mengutip ucapan Syeikh al-Islam Ibnu

Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang termaktub di dalam Majmu’ al-Fatawa jilid 11, ms. 13 dengan katanya:100[31]

Adapun orang yang di tengah-tengah umat telah mempunyai buah tutur yang baik lagi menyeluruh

dimana dia disanjung dan dipuji oleh kebanyakan pelbagai golongan umat, mereka itulah para imam

petunjuk dan pelita penerang.

98[29] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 7352.

99[30] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali

bin Muhammad Nashir al-Faqihi, ms. 50.

100[31] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin Muhammad

Nashir al-Faqihi, ms. 51.

Page 89: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

89

Kesalahan mereka sangatlah sedikit (jika) dibandingkan dengan kebenarannya dan kebanyakannya

(kesalahan mereka itu hanyalah) pada tempat-tempat ijtihad (dimana mereka diberi dua pahala jika

benar dan satu pahala jika tersalah). Merekalah orang-orang yang mengikuti ilmu dan keadilan.

Mereka adalah orang-orang yang jauh dari kebodohan dan sikap mengikuti persangkaan dan hawa

nafsu.

Tambah Syeikh al-Islam lagi:101[32]

Hendaklah diketahui bahawa tidak ada seorang pun dari (para) imam – yang dipercayai umat secara

umum – yang sengaja menyelisihi sunnah Rasulullah sedikitpun, baik yang mendalam mahupun yang

terang. Mereka semua bersepakat secara pasti akan kewajipan berittiba’ (mengikuti) Rasulullah, juga

bahawa setiap orang dapat diambil dan ditolak ucapannya kecuali Rasulullah.

Akan tetapi, jika didapati salah seorang ulama mengeluarkan pendapat yang menyalahi hadis sahih,

tentunya dia mempunyai uzur (halangan atau sebab) dalam meninggalkan hadis itu.

Sementara itu mantan mufti umum bagi Kerajaan Arab Saudi, Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin

‘Abdullah bin Baz rahimahullah menegaskan:102[33]

Para ulama, mereka mempunyai sebahagian kesalahan, akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan

Kelembutan dan Kebaikan-Nya mengampuni atas mereka apa yang terjadi dari kesalahan tersebut

demikian itu kerana, kesalahan tersebut terjadi setelah adanya ijtihad dan upaya untuk mencari

kebenaran. Sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala membalasi mereka atas ijtihadnya dengan

memberikan satu pahala dan memberikan dua pahala jika menepati kebenaran. Para ulama adalah

pewaris para Nabi dan mereka adalah para saksi akan keesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:103[34]

101[32] Lihat Raf’ul Malaam ‘An al-Aimmatil A’lam karya Syeikh al-Islam Ahmad bin

Taimiyyah, ms. 13.

102[33] Lihat Zhahirah at-Tabdi’ wa Tasfiq wa Dhawabithuha karya Syeikh Soleh Fauzan al-

Fauzan, ms. 72-73.

Page 90: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

90

Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Rabb (yang berhak disembah) melainkan Dia yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan demikian itu). Tidak ada Rabb (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Maka yang wajib adalah mengetahui kedudukan mereka, berbaik sangka terhadap mereka,

mengertikan perbuatan mereka kepada kemungkinan yang paling baik dan menyebutkan kebaikan-

kebaikan mereka.

Adapun yang terjadi dari kesalahan, maka mereka bukanlah orang-orang yang maksum sehingga

mereka yang menepati kebenaran akan mendapat dua pahala, sedangkan yang salah akan mendapat

satu pahala atas kesabaran dan ijtihad mereka. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuni dan

menjadikan kita semua termasuk pengikut mereka.

Pengecualian kepada pelaku bid'ah yang telah sampai kebenaran kepadanya dan

hujjah telah ditegakkan ke atasnya (iqamatul hujjah) akan tetapi dia tetap berdegil

di dalam mempertahankan bid'ah yang dilakukannya serta aktif menyebarkan

bid’ah tersebut kepada orang ramai, maka dalam hal ini dia adalah layak dihukumi

sebagai Ahl al-Bid'ah. Manakala para ulama Ahlu al-Sunnah berkewajipan

menjelaskan keburukannya kepada umum umat Islam agar mereka dapat

mewaspadainya.

Sehubungan dengan hal ini Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat menulis:104[35]

Setiap orang yang mengerjakan bid’ah belum tentu dia sebagai Ahl al-Bid’ah (mubtadi’).

Kerana adakalanya dia jahil atau dia seorang mujtahid yang salah di dalam ijtihadnya. Akan

tetapi orang yang terus-menerus di dalam (melakukan) bid’ahnya sesudah nyata baginya

kebenaran kerana mengikuti (taklid) kepada nenek moyangnya, atau kaumnya, atau

103[34] Surah ali Imran, ayat 18.

104[35] Lihat Telah Datang Zamannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms. 19.

Page 91: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

91

golongannya, dan dia berpaling dan menentang kebenaran, atau tidak menerimanya kerana

tidak sesuai dengan pemahamannya atau mazhabnya (taksub), maka orang yang seperti ini

tidak syak lagi atau tidak ragu lagi dia telah masuk ke dalam golongan Ahl al-Bid’ah

(mubtadi’).

Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan pernah ditanya tentang manhaj para ulama Salaf

terhadap Ahl al-Bid’ah, beliau menjelaskan:105[36]

Apabila telah jelas bahawa seseorang melakukan bid’ah dalam agama dan dia enggan untuk

meninggalkannya, maka manhaj ulama Salaf adalah memboikotnya (memulaukannya),

menjauhinya serta tidak bermajlis (duduk) bersamanya. Inilah manhaj mereka.

Akan tetapi sebagaimana telah saya sebutkan tadi, setelah terbukti bahawa dia benar-benar Ahl al-Bid’ah dan setelah dinasihati kemudian dia tidak mahu kembali daripada perbuatan bid’ahnya, maka

ketika itu (dia) diboikot, agar bahayanya tidak menjalar dengan orang yang duduk dan berhubungan

dengannya. Juga, dengan tujuan agar manusia diperingatkan daripada (keburukan) Ahl al-Bid’ah dan

perbuatannya.

Kata Penutup

Akhir sekali, marilah kita merenungi sejenak beberapa buah nasihat dan

peringatan daripada para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, antaranya ialah

Fudhail bin ‘Iyadh di mana dia berkata:106[37]

105[36] Lihat Zhahirah at-Tabdi’ wa Tasfiq wa Dhawabithuha karya Syeikh Soleh Fauzan al-

Fauzan, ms. 95-96.

106[37] Lihat Syarh Ushul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 267.

Page 92: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

92

م أصحابح لهح هون عن أصحاب البدع. أدركتح خيار الناس، كح نة وي ن سح

Aku mendapati orang-orang terbaik, semuanya adalah penjaga-penjaga sunnah dan mereka

melarang bersahabat dengan orang-orang yang melakukan bid’ah.

‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata:107[38]

Janganlah kamu merasa aman dari Ahl al-Bid’ah atas agamamu, jangan kamu ajak dia

musyawarah dalam urusanmu dan duduk dengannya! Barangsiapa yang duduk dengan Ahl al-

Bid’ah maka Allah akan mewariskan kepadanya kebutaan (iaitu di dalam hatinya).

Amirul Mukminin dalam riwayat Sufyan al-Tsauri pula berkata:108[39]

Barangsiapa yang mendengarkan (perkataan) Ahl al-Bid’ah sedang dia mengetahui bahawa

dia Ahl al-Bid’ah maka ishmahnya (keterpeliharaannya dari kesalahan) pasti akan dicabut

dan disandarkan kepada dirinya sendiri.

107[38] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-

Atsari; ms. 212.

108[39] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-

Atsari; ms. 213.

Page 93: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

93

Sementara itu, Ibnu Wadhah menerusi kitabnya yang berjudul al-Bida’ wa al-

Nahyu ’anha menulis bahawa al-Imam al-Auza’i pernah berkata:109[40]

Janganlah kamu memberi kesempatan Ahl al-Bid’ah untuk berdebat kerana ia akan

menjadikan hatimu penuh keraguan disebabkan fitnahnya.

110[19] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih,

ms. 53.

111[22] Surah ali-Imran, ayat 7.

109[40] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-

Atsari; ms. 213.

Page 94: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

94

Risalah #5:

Mereka Sering Beralasan!

Golongan yang gemar melakukan pelbagai amalan bid’ah dalam agama sering

mengemukakan beberapa alasan bagi menjadikan bid’ah mereka sebagai sunnah

dan mengecualikannya termasuk dalam kategori bid’ah yang dicela oleh Allah dan

Rasul-Nya.

Antara alasan-alasan yang sering dilontarkan oleh golongan ini bagi

menjustifikasikan amalan-amalan bid’ah mereka adalah seperti berikut:

Alasan pertama: Tidak salah mewujudkan amalan-amalan baru (bid’ah) dalam agama

dengan kaifiyyat (tata cara) yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum selagi ia dilihat suatu yang baik.

Alasan kedua: Meski pun ibadah yang kami amalkan ini tidak pernah dicontohkan oleh

baginda namun kami amat yakin ia akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah. Mustahil Allah

mensia-siakan tujuan dan niat para hamba-Nya yang ikhlas.

Alasan ketiga: Selagi tidak terdapat dalil khusus yang menjelaskan larangan sesuatu

bid’ah di sisi agama, maka selagi itulah ia tetap boleh diamalkan. Dalam perkataan lain, tidak

boleh mendakwa sesuatu bid’ah dalam urusan ibadah itu sebagai tercela di sisi agama selagi

mana tidak terdapat dalil khususnya yang menyatakannya sebagai bid’ah yang dicela syarak.

Alasan keempat: Daripada membazirkan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, lebih

baik mengisi masa lapang dengan melakukan sesuatu ibadah sekalipun ibadah itu tidak pernah

dicontohkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya radhiallahu ‘anhum.

Alasan kelima: Terdapat sebahagian para ulama yang membenarkan bid’ah dalam agama.

Antaranya ialah al-Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau rahimahullah sendiri membahagikan

bid’ah kepada dua iaitu bid’ah yang baik (hasanah) dan tercela. Memandangkan para ulama

besar seumpama al-Imam asy-Syafie membenarkan bid’ah, maka tidak salah untuk

melakukannya.

Page 95: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

95

Alasan keenam: Bukankah di kalangan para Sahabat sendiri ada yang melakukan bid’ah

dan perbuatan mereka tersebut tidak mendapat tegahan daripada baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam? Bukankah ini menjadi dalil keharusan mengadakan bid’ah di dalam urusan agama?

Demikian antara beberapa alasan yang sering dikemukakan oleh kebanyakan

mereka yang gemar melakukan ibadah yang bid’ah dalam agama. Keadaan

bertambah berat apabila yang melontarkan alasan yang sama ialah mereka yang

memakai gelaran agama atau memiliki kedudukan dan peranan yang besar di

dalam institusi-institusi agama dan masyarakat umat Islam.

Terhadap keenam-enam alasan yang disebutkan di atas, ia dapat dijawab seperti

berikut:

Pertama:

Penentuan sama ada baik atau buruk sesuatu perkara di dalam urusan agama itu

hendaklah dinilai berdasarkan kepada nas-nas syarak yang dirujuk terus kepada

al-Qur’an dan al-Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih, bukannya

dengan akal, hawa nafsu dan persangkaan semata-mata. al-Imam asy-Syathibi

rahimahullah pernah berkata:112[1]

Tatkala pelaku bid’ah telah dikuasai oleh hawa nafsu dan kejahilan terhadap jalan-jalan

sunnah, maka dia akan mengira bahawa sesuatu yang dihasilkan oleh akalnya adalah jalan

yang lurus, sehingga dengan keyakinan penuhnya dia mengikuti jalan tersebut, pada dia

berada di jalan yang sesat yang dia sangka benar. Ia seperti orang yang berjalan pada

malam yang gelap dan tidak ada satu pun orang yang menunjukinya.

112[1] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 141.

Page 96: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

96

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Jatsiyah, ayat 23:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya

sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya

dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan

tututap atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberikannya

petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)?. Maka mengapa kamu

tidak mengambil pelajaran?

Firman-Nya lagi dalam ayat 36 dari surah Yunus:

Dan kebanyakannya mereka tidak menuruti melainkan sesuatu sangkaan

sahaja, (walhal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi

kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu pernah berkata:113[2]

Seandainya agama itu (berdasarkan) pemikiran (akal), pastilah bahagian bawah sepatu khuf

lebih utama untuk disapu daripada bahagian atasnya. Akan tetapi, aku melihat Rasulullah

menyapu di bahagian atasnya.

Lebih-lebih lagi penilaian menurut akal dan persangkaan manusia adalah suatu

yang bersifat relatif (berubah-ubah) dan kebenaran yang dibawa bersamanya

adalah tidak mutlak. Mungkin baik dan benar menurut penilaian satu pihak, namun

sebaliknya ia adalah buruk dan salah menurut penilaian pihak yang lain. Demikian

113[2] Atsar riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf dengan lafaz yang hampir sama

dengan riwayat Abu Daud, no. 162 dan selainnya. Dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam

Shahih Sunan Abu Daud, no. 153.

Page 97: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

97

juga, mungkin ia dilihat sesuai pada hari ini, namun belum tentu ia sesuai pada

esok harinya dan demikianlah selanjutnya. al-Imam Malik bin Anas rahimahullah

menuturkan:114[3]

Rasulullah telah meninggal dunia, sedangkan perkara ini (agama Islam) telah pun sempurna.

Maka selayaknya kita mengikuti hadis Rasulullah dan tidak mengikut pendapat akal. Sebab,

jika kamu mengikut pendapat akal kemudian seseorang datang dengan pendapatnya yang

lebih kuat daripada pendapatmu, maka kamu akan mengikutinya. Setiap kali datang

seseorang yang mengalahkan (pendapat)mu, maka kamu akan mengikutinya dan aku

menganggap hal itu tidak akan selesai.

Kedua:

Melakukan sesuatu ibadah dalam Islam tidaklah memadai dengan hanya tujuan

yang baik dan niat yang ikhlas. Akan tetapi hendaklah ia diseiringkan dengan cara

(spesifikasi) pelaksanaan yang benar, iaitu cara yang selari dengan ajaran al-

Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah ali-Imran ayat 85 dan tafsiran oleh

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah yang mengikutinya berikut menjadi rujukan:

Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka sekali-kali tidaklah

akan diterima (agama itu darinya). Dan di akhirat, dia termasuk orang-

orang yang rugi.

114[3] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 100.

Page 98: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

98

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (774H) berkata mengenai maksud ayat di

atas:115[4]

Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima

(agama itu darinya). Maksudnya, sesiapa menempuh jalan selain yang telah disyariatkan

Allah, maka Dia tidak akan menerimanya. (Firman-Nya): Dan di akhirat, dia termasuk orang-

orang yang rugi. (Ini) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis sahih

(maksudnya): Sesiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada dasar perintahnya

dari kami, maka amalan itu ditolak.

Dalam keterangannya yang lain, ketika menghuraikan maksud firman Allah dalam

surah al-Kahfi, ayat 110:

Sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka

hendaklah dia mengerjakan amal soleh. Dan janganlah dia menyekutukan

sesuatu pun jua dalam beribadah kepada Tuhannya.

Beliau (al-Hafiz Ibnu Katsir) berkata:116[5]

Sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, iaitu (mengharapkan) pahala dan

balasan-Nya yang baik, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh, iaitu yang sesuai

dengan syariat Allah. Dan janganlah dia menyekutukan sesuatu pun jua dalam beribadah

kepada Tuhannya.

Itulah perbuatan yang dimaksudkan untuk mencari keredaan Allah semata, yang tiada

sekutu bagi-Nya. Kedua hal tersebut merupakan rukun amal yang maqbul (diterima), iaitu

115[4] Lihat Tafsir Ibnu Katsir karya al-Hafiz Ibnu Katsir, jld. 2, ms. 86.

116[5] Lihat Tafsir Ibnu Katsir karya al-Hafiz Ibnu Katsir, jld. 5, ms. 385.

Page 99: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

99

harus benar-benar tulus (ikhlas) kerana Allah dan harus sesuai dengan syariat (al-Sunnah)

Rasulullah.

Salah seorang tokoh Islam yang hidup di zaman Salaf, al-Fudha’il bin ‘Iyadh

rahimahullah pernah ditanya berkenaan maksud “yang paling baik amalnya” dalam

ayat berikut:117[6]

(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu,

siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya.

Al-Fudha’il berkata:

Yang paling ikhlas dan yang paling benar (caranya).

Kemudian dia ditanya lagi mengenai apakah yang dimaksudkan dengan “yang

paling ikhlas dan yang paling benar (caranya)” dan beliau menjelaskan:

Sesungguhnya, amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas akan tetapi tidak benar

(tatacaranya) nescaya tidak akan diterima. Dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar

akan tetapi tidak ikhlas nescaya tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan

ikhlas dan benar (caranya). Dan yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu (dilakukan

semata-mata) kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan “benar” ialah amal itu di atas

dasar sunnah (Nabi yang sahih).118[7]

Ketiga:

117[6] Surah al-Mulk, ayat 2.

118[7] Lihat al-Masa-il karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld. 2, ms. 252.

Page 100: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

100

Dalam melaksanakan apa jua ibadah, baik sesuatu yang bersifat wajib mahupun

sunat, kita umat Islam diperintahkan agar mengikuti apa yang telah diajar dan

dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (ittiba’) sebagaimana yang

sedia termaktub di dalam hadis mahupun sunnahnya yang sahih.

Kita umat Islam amat dilarang sama sekali daripada ‘mendahului’ sunnahnya iaitu

dengan cara mengadakan sesuatu ritual ibadah apa yang tidak pernah dicontoh

mahupun dianjurkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kita.

Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

menerusi kedua-dua hadisnya berikut:119[8]

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu yang berkaitan

urusan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.

Juga dalam hadis yang lain:120[9]

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami

(iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat 1 dari surah al-Hujurat:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan

Rasul-Nya (dalam melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum

atau izin daripada kedua-duanya) dan bertakwalah kamu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

119[8] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 2697.

120[9] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 1718.

Page 101: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

101

al-Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah menerangkan di dalam kitabnya, I’lam al-

Muwaqqi’in tentang pengertian ayat di atas:121[10]

Iaitu janganlah berkata (memutuskan) mendahului firman Allah, janganlah memerintahkan

(sesuatu yang) mendahului perintah-Nya, janganlah memberikan fatwa mendahului fatwa-

Nya dan janganlah memutuskan sesuatu kecuali diputuskan berdasarkan hukum dan

ketetapan yang telah ditetapkan-Nya...

Katanya lagi:122[11]

Mengenai pengertian ayat tersebut, kebanyakan ulama berpendapat: Janganlah kamu

terburu-buru mengatakan sesuatu perkataan dan mengerjakan sesuatu perbuatan sebelum

Rasulullah mengatakan atau mengerjakannya.

Justeru, orang yang tetap berkeras untuk mengamalkan sesuatu yang tidak

disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya akan memungkinkan segala pahala

kebaikannya akan dibatalkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Perhatikan firman

Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat 2 dari surah al-Hujurat berikut dan huraian al-

Imam Ibnu al-Qayyim yang menyertainya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara

kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara

(dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah

kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang

121[10] Lihat I’lam al-Muwaqqi’in karya Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, jld. 1, ms. 47.

122[11] Lihat I’lam al-Muwaqqi’in karya Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, jld. 1, ms. 47.

Page 102: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

102

lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus

pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Berkata al-Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah:123[12]

Seandainya tingginya suara mereka yang melebihi ketinggian suara Rasul itu menjadi

penyebab terhapusnya pahala kebaikan mereka, maka bagaimana dengan (mereka yang suka)

mendahului pandangan, akal, perasaan, politik dan pengetahuan mereka terhadap apa yang

dibawa oleh Rasulullah? Bukankah hal ini lebih utama menjadi penyebab terhapusnya pahala

amal kebaikan mereka?.

Dalam rangka memastikan umat manusia tidak melakukan sesuatu yang disifatkan

sebagai ‘mendahului Allah dan Rasul-Nya’ inilah maka para ilmuan Islam telah

menggariskan satu kaedah dalam urusan ibadah yang berbunyi:

Setiap ibadah pada dasarnya ditegah dan dilarang kecuali apa yang disyariatkan oleh Allah.

Kaedah ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-

Syura, ayat 21:

Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (selain Allah) yang

mensyariatkan mana-mana bahagian daripada agama kepada mereka

sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah?

Kaedah ini menjelaskan bahawa seseorang adalah dilarang sama sekali melakukan

atau mengada-adakan sesuatu ibadah melainkan terdapat dalil yang menunjukkan

bahawa ibadah tersebut adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-

123[12] Lihat I’lam al-Muwaqqi’in karya Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, jld. 1, ms. 48.

Page 103: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

103

Nya. Berdasarkan prinsip ini, maka alasan dan andaian sesetengah pihak yang

membolehkan apa jua ibadah selagi tidak terdapat dalil yang menegahnya adalah

tertolak sama sekali.

Justeru itu, hendaklah setiap umat Islam memastikan bahawa setiap ibadah yang

hendak mereka kerjakan memiliki dalilnya yang sahih lagi sarih di sisi al-Quran

mahupun al-Sunnah Rasulullah shallallahu a’alaihi wasallam. Ustaz Abdul Hakim

bin Amir Abdat mengingatkan bahawa:124[13]

Beribadah kepada Allah maknanya mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka tidak ada ibadah

kecuali apa yang Allah telah syariatkannya melalui lisan Nabi-Nya yang mulia yang terdiri

dari hukum-hukum yang wajib dan sunat atau disukai (sunat atau mustahab). Ini kerana kita

tidak beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang haram dan tidak disukai atau makruh,

apalagi dengan berbagai macam bid’ah.

Oleh kerana itu, sesiapa yang beribadah kepada Allah dengan bid’ah, maka amalnya tertolak

sebagaimana akan datang hadisnya. Ini kerana Allah tidak akan menerima sesuatu pun amal

kecuali apa yang telah disyariatkan melalui Rasul-Nya yang mulia.

Maka ketataan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah, kerana tidak mungkin kita

dapat mentaati Allah tanpa perantaraan Rasul yang mulia, yang menjelaskan kepada kita

bagaimana cara beribadah kepada Rabb al-‘Alamin.

Keempat:

124[13] Lihat Al-Islam: Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin

Amir Abdat, ms. 59.

Page 104: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

104

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tentunya

merasa puas dengan apa yang telah disyariatkan oleh-Nya menerusi perantaraan

al-Kitab dan al-Sunnah Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Malah

mereka sedar bahawa apa yang telah disyariatkan Allah di dalam agama ini adalah

suatu yang lebih daripada mencukupi, bahkan mencabar kemampuan mereka

sebagai manusia biasa.

Sikap ini berseberangan dengan mereka yang hatinya telah condong kepada

kesesatan. Mereka mewujudkan pelbagai alasan ‘merapu’ semata-mata demi

membenarkan tindakan mereka untuk mewujudkan ‘syariat’ baru dalam agama ini.

Antaranya ialah menjadikan kemalasan diri atau orang lain untuk beribadat dan

melakukan hal-hal yang tidak berfaedah sebagai alasan untuk mereka menciptakan

hal-hal baru dalam agama. Ini semua dilakukan dengan alasan kononnya bagi

mengelakkan diri mereka daripada terjebak kepada perbuatan yang tidak

berfaedah tersebut. Terhadap alasan ini, penulis berkata:

Membazirkan masa dengan melakukan perkara yang sia-sia adalah perbuatan yang

jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang menegah umatnya daripada

melakukan suatu yang tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Ini

sebagaimana hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:125[14]

Antara ciri keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang

tidak perlu baginya.

Menjadikan alasan bahawa dengan melakukan bid’ah dapat mengelakkan

seseorang daripada terjebak kepada perbuatan yang sia-sia adalah hujah yang

125[14] Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2317 dan 2318.

Page 105: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

105

tidak tepat sama sekali.126[15] Orang yang berpegang kepada alasan ini

sekurang-kurangnya telah melakukan tiga kesalahan yang amat berat.

Kesalahan yang pertama ialah menjadikan perbuatan sia-sia orang lain sebagai

dalil di dalam menentukan sesuatu hukum. Padahal sumber hukum-hakam agama

ialah al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan selainnya.127[16]

126[15] Kalaulah mereka ini meluangkan sedikit sahaja masa mereka untuk mengkaji sunnah-

sunnah Rasulullah dalam ibadah, nescaya akan mereka dapati bahawa di sana tidak ada alasan

untuk mereka cipta ibadah yang baru kerana apa yang sedia diajarkan oleh Nabi adalah

memadai, bahkan melangkaui keperluan manusia.

127[16] Golongan ini tidak sedar bahawa dengan alasan itu, mereka sebenarnya telah

melakukan satu kemungkaran baru di sisi agama, bahkan kemungkaran yang jauh lebih besar

berbanding kemungkaran selainnya, iaitu menggubal syariat baru dalam urusan agama

sekaligus mengambil kedudukan Allah selaku penggubal syariat agama ini.

Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini

adalah sebuah ajaran yang lengkap dan sempurna (surah al-Maidah, ayat 3). Tidak ada satu jua

ibadat dan pendekatan diri kepada-Nya melainkan semuanya telah pun dijelaskan oleh Nabi dan

Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Oleh yang demikian, jelaslah bagi kita bahawa orang yang menokok tambah ajaran Islam ini,

mereka sebenarnya ialah terdiri daripada orang-orang yang merasakan Islam yang dibawa oleh

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini adalah satu ajaran yang serba kekurangan. Dengan

kekurangan ini, mereka merasakan adalah perlu diwujudkan ibadah-ibadah yang baru bagi

menjadikannya sebagai agama yang lengkap lagi sempurna.

Tidak syak lagi bahawa anggapan seperti ini merupakan satu bentuk perlecehan kepada agama

Islam, sekaligus kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala selaku Tuhan yang mensyariatkan agama

ini. Maha Suci Allah daripada andaian golongan seperti ini.

Page 106: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

106

Manakala kesalahan yang kedua ialah melakukan bid’ah itu sendiri. Bahaya yang

menimpa ke atas orang yang sengaja mengadakan bid’ah di dalam urusan ibadah

ini akan dijelaskan di dalam risalah selanjut, insya Allah.

Kelima:

Tidak dinafikan bahawa al-Imam asy-Syafie rahimahullah ialah di antara tokoh

yang menyebut adanya bid’ah yang hasanah di dalam ajaran Islam. Namun adalah

tidak benar jika bid’ah hasanah yang dimaksudkan oleh al-Imam asy-Syafie

tersebut ditajamkan pengertiannya kepada bid’ah dalam konteks ibadah.

Ini kerana jika dilihat perincian al-Imam asy-Syafie ke atas pembahagian bid’ah

itu, jelas menunjukkan bahawa bid’ah hasanah yang dimaksudkan oleh beliau

adalah merujuk kepada bid’ah dalam konteks bahasa, bukannya dalam koteks

ibadah (istilah) sebagaimana yang sering disalah fahami oleh ramai pihak.128[17]

128[17] Ingin ditarik perhatian para pembaca bahawa kebanyakan pihak yang melabelkan

amalan bid’ah yang diada-adakan oleh mereka di dalam agama ini sebagai bid’ah yang

hasanah, mereka sedikit pun tidak membawakan sebarang dalil atau bukti yang menunjukkan

amalan mereka itu adalah sesuatu yang berasal daripada ajaran ataupun telah diiktiraf sebagai

hasanah oleh al-Imam asy-Syafie, tokoh yang mereka ambil perkataannya bagi melabelkan

bid’ah mereka sebagai hasanah.

Di waktu yang sama mereka juga menyembunyikan perincian al-Imam asy-Syafie ke atas apa

yang disebutkan oleh beliau sebagai ‘bid’ah yang tercela’ itu. Mereka sedar bahawa dengan

tersembunyinya perincian tokoh ini, kebatilan pegangan dan amalan mereka dapat

diselindungkan daripada diketahui umum. Ini sekaligus dapat membantu mengekalkan amalan-

amalan bid’ah tersebut di samping menarik keyakinan orang awam untuk kekal kepadanya.

Wallahu a’lam.

Page 107: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

107

Bagi mengukuhkan kenyataan ini, mari kita tinjau semula perkataan beliau dan

perincian yang dimaksudkan. al-Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:129[18]

Bid’ah itu dua jenis: terpuji dan tercela. Apa yang menepati sunnah adalah terpuji dan apa

yang menyalahinya (sunnah) adalah tercela.

Perhatian ditujukan kepada perincian al-Imam asy-Syafie terhadap apa yang

dikatakan oleh beliau sebagai ‘bid’ah yang tercela’. Menurut beliau, apa jua perkara

baru (bid’ah) dalam urusan agama yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-

Sunnah, maka ia adalah bid’ah yang dicela.

Tentu saja termasuk dalam perkara yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-

Sunnah ialah melakukan sesuatu perkara baru dalam urusan ibadah apa yang tidak

pernah dicontohkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang melarang

umatnya daripada melakukan sesuatu amalan yang tidak mengikut cara yang telah

dicontohkan olehnya dan para sahabatnya (Shahih Muslim, no. 1718) dan larangan

Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada orang-orang beriman daripada melakukan

sesuatu yang bersifat mendahului-Nya dan juga mendahului Rasul-Nya (surah al-

Hujurat, ayat 1).

Diulangi semula ayat dan hadis yang dimaksudkan. Firman Allah Subhanahu wa

Ta’ala:

129[18] Lihat Fath al-Bari Bi Syarh Shahih al-Bukhari karya al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani,

jld. 13, hlmn. 253; dalam Siapakah Ahlus Sunnah Yang Sebenar? karya Dr. Azwira Abdul

Aziz, ms. 250.

Page 108: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

108

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan

Rasul-Nya (dalam melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum

atau izin daripada kedua-duanya) dan bertakwalah kamu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:130[19]

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu yang berkaitan

urusan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.

Juga dalam hadis yang lain:131[20]

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami

(iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.

Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi hafizhahullah ketika menjelaskan

kenyataan al-Imam asy-Syafie yang membahagikan bid’ah kepada dua di atas,

beliau berkata:132[21]

Kalau kita perhatikan ucapan al-Imam asy-Syafie di atas secara teliti, maka maksud

ucapan beliau dengan bid’ah yang terpuji adalah bid’ah secara bahasa, bukan bid’ah secara

istilah.133[22]

131[20] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 1718.

132[21] Lihat Manhaj Salafi Imam Syafi’i karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi,

ms. 103.

Page 109: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

109

Dengan bukti setiap bid’ah secara istilah adalah menyelisihi al-Kitab dan al-Sunnah,

sedangkan al-Imam asy-Syafie mensyaratkan bid’ah yang terpuji adalah bid’ah yang tidak

menyelisihi al-Kitab dan al-Sunnah, padahal setiap bid’ah dalam istilah itu pasti menyelisihi

al-Kitab dan al-Sunnah.

al-Hafiz Ibnu Rejab (al-Hanbali) menjelaskan bahawa maksud al-Imam asy-Syafie

dengan ucapannya di atas adalah bid’ah secara bahasa.

Penjelasan yang serupa juga turut dikemukakan oleh Dr. Muhammad bin A.W. al-

‘Aql dimana beliau menulis di dalam kitabnya Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbat

al-‘Aqidah:134[23]

Sebahagian pembuat bid’ah telah mengomentari ucapan al-Imam asy-Syafie yang

membahagikan bid’ah menjadi beberapa bahagian sehingga mereka membuat perkara baru

dalam agama dengan berhujahkan kepada ucapan al-Imam asy-Syafie itu, yakni

pembahagian bid’ah menjadi dua: bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah.

Siapa saja yang merenungi ucapan al-Imam asy-Syafie pasti akan menyalahkan para

Ahl al-Bid’ah dalam permasalahan ini. (Telah diketahui umum bahawa) al-Imam asy-Syafie

adalah seorang yang anti-bid’ah kerana beliau seorang yang sangat teguh dalam mengikuti

sunnah.

Beliau mengulas lanjut dengan katanya: 135 [24]

134[23] Lihat Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbat al-‘Aqidah karya Dr. Muhammad bin A.W.

al-‘Aql, ms. 165.

135[24] Lihat Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbat al-‘Aqidah karya Dr. Muhammad bin A.W.

al-‘Aql, ms. 166-167.

Page 110: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

110

Jadi al-Imam asy-Syafie dalam setiap ucapannya mewajibkan mengikuti sunnah,

sedangkan bid’ah adalah lawan dari sunnah dan bertolak belakang dengan sunnah Nabi.

Bagaimana mungkin juga al-Imam asy-Syafie menyelisihi hadis Rasul yang berbunyi: Setiap

bid’ah adalah sesat. Bukankah beliau adalah seorang pembela sunnah dan pendukung atsar?

Kerana itulah sikap penolakan itu tidak mungkin dilakukan oleh seorang imam besar seperti

beliau....

Oleh kerana itu, ucapan beliau yang menyatakan bahawa setiap sesuatu yang dibuat

dan tidak ada pada zaman Nabi adalah bid’ah yang mengandungi bid’ah dalam erti bahasa.

Yakni, apabila sesuatu yang baru itu sesuai dengan al-Kitab dan al-Sunnah, maka perkara

tersebut tidak mengapa sekalipun disebut sebagai bid’ah. Sebaliknya, apabila menyalahi

sunnah, maka ia adalah bid’ah dalam erti bahasa dan syar’i sekaligus sehingga ia tercela dan

tertolak, wallahu a’lam.

Kenyataan bahawa al-Imam asy-Syafie amat menolak keras setiap sesuatu yang

bercanggah dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dikuatkan

lagi dengan beberapa kenyataan beliau, antaranya seperti berikut:

Berkata al-Imam asy-Syafie rahimahullah:136[25]

Saya wasiatkan dengan taqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berpegang teguh dengan

sunnah dan hadis Rasulullah ‘alaihissalam dan para sahabatnya serta meninggalkan dan

menjauhi hawa kebid’ahan dan hawa nafsu.

al-Imam asy-Syafie juga berkata:

136[25] Lihat I’tiqad Imam Syafi’i oleh al-Haraki, ms. 16, al-Amru bil Ittiba’ oleh as-Suyuthi,

ms. 313, Aqidah Syafi’i oleh al-Barzanji, ms. 93 dan Juhud Syafi’iyyah fi Muharabatil Bida’ oleh

Dr. Muhammad Nur Ihsan, ms. 97; dalam Manhaj Salafi Imam Syafi’i karya abu Yusuf bin

Mukhtar as-Sidawi, ms.98.

Page 111: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

111

Ilmu itu tidaklah indah kecuali dengan tiga perkara: taqwa kepada Allah, sesuai dengan

sunnah dan rasa takut.

Dalam pada itu, al-Imam asy-Syafie juga amat menolak keras istihsan iaitu sikap

suka bersangka baik pada sesuatu perkataan yang disandarkan ke dalam urusan

agama namun tidak memiliki dasarnya di sisi syarak, baik al-Qur’an, hadis, ijmak

manupun qiyas.137[26] Bahkan beliau dikatakan telah menulis sebuah kitab

khusus berjudul Ibthal Istihsan (Menghancurkan Istihsan)138[27]. Beliau

berkata:139[28]

Sesiapa yang istihsan maka dia telah membuat syariat.

Di samping itu juga al-Imam asy-Syafie rahimahullah amat menolak keras sikap

bertaklid buta kepada apa jua pandangan yang tidak didasarkan kepada al-Sunnah

Nabi yang sahih, termasuklah terhadap kepada pandangan beliau sendiri.

Penolakan kepada sikap taklid buta ini adalah tidak lain bagi mencerminkan

kesungguhan beliau di dalam mengunggulkan al-Sunnah Nabi di atas segala-

galanya dan menolak segala sesuatu yang bercanggah dengannya. Mari kita lihat

kenyataan-kenyataan beliau:

137[26] Lihat Taisir al-Wushul ila Qawa’id Ushul oleh Abdullah al-Fauzan, ms. 328; dalam

Manhaj Salafi Imam Syafi’i karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi, ms. 99.

138[27] Lihat Manhaj Salafi Imam Syafi’i karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi,

ms. 99.

139[28] Lihat Manhaj Salafi Imam Syafi’i karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi,

ms. 99.

Page 112: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

112

al-Imam Ibnu Abi Hatim al-Razi telah meriwayatkan di dalam kitabnya, Adab

Syafie wa Manaqibuhu, ms. 67-68 dan 93, bahawa al-Imam asy-Syafie pernah

menyatakan:140[29]

Setiap apa yang telah aku ucapkan, padahal telah datang dari Nabi yang sahih yang

bertentangan dengan ucapanku itu, maka mengambil hadis Nabi itulah yang utama dan

janganlah kamu bertaklid kepadaku.

al-Imam al-Baihaqi rahimahullah telah meriwayatkan dalam kitab Manaqib Syafie,

jilid 1, ms. 485 bahawa al-Imam asy-Syafie rahimahullah pernah

mengatakan:141[30]

Siapa sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah maka aku akan menyetujuinya dan

bersepakat dengannya, sedangkan orang yang meninggalkan sunnah Rasulullah maka aku

akan menyelisihinya dan tidak akan bersepakat dengannya. Adapun teman yang tidak aku

tinggalkan adalah orang yang selalu berpegang dengan hadis Rasulullah yang sahih walaupun

dia berada jauh dariku. Sedangkan mereka yang aku tinggalkan dan pisahkan dariku adalah

orang tidak menerima sunnah Rasulullah walaupun dia berada dekat denganku.

al-Imam asy-Syafie rahimahullah berkata lagi:142[31]

(Hal ini) juga menjadi dalil bahawa bila telah diketahui suatu amalan dari seorang ulama

Islam, kemudian didapati satu hadis dari Nabi yang bertentangan dengan apa yang telah

140[29] Lihat Wasiat & Prinsip Imam Syafi’i Tentang Taqlid Buta & Fanatisme Madzhab karya

Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa, ms. 51.

141[30] Lihat Wasiat & Prinsip Imam Syafi’i Tentang Taqlid Buta & Fanatisme Madzhab karya

Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa, ms. 54.

142[31] Lihat Wasiat & Prinsip Imam Syafi’i Tentang Taqlid Buta & Fanatisme Madzhab karya

Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa, ms. 121-122.

Page 113: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

113

diamalkan olehnya itu, maka (seandainya) ulama itu (mengetahui hal itu, pastilah dia) akan

meninggalkan amalannya demi menghormati hadis Rasulullah. Dan hal itu juga menjadi dalil

bahawa hadis Rasulullah itu berdiri sendiri (dan dapat menjadi hukum agama dengan

sendirinya). Dan ketetapan hadis Rasulullah itu tidaklah terikat dengan satupun

pengamalan orang yang datang setelah baginda.

Bagi meneliti dengan lebih lanjut persoalan bid’ah hasanah ini dan salah faham

umat Islam terhadapnya, silalah mengkaji kitab al-Luma’ fil Radd ‘ala Muhassiniy

al-Bida’ karya Syeikh ‘Abdul Qayyum Muhammad as-Sahaibani.143[32]

Keenam:144[33]

Jika diteliti hadis-hadis Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam dan atsar para

sahabat radhiallahu ’anhum, akan ditemui sejumlah hadis atau riwayat yang

menjelaskan bahawa ada di kalangan para sahabat Nabi yang melakukan ibadah

tertentu di mana ianya bukanlah suatu yang berasal daripada sunnah baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam.

Akan tetapi baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pula melarangnya, malah

mengiktirafnya sebagai satu amalan yang terpuji dan dianjurkan di sisi ajaran

Islam. Berdasarkan kepada hadis atau riwayat-riwayat tersebut, sebahagian pihak

143[32] Bagi edisi terjemahan, sila rujuk buku Adakah Bid’ah Hasanah?, hasil terjemahan

saudara Abu Anas as-Salafiy, terbitan Cahaya Tauhid Press, Malang. Selain itu, sila lihat juga

Bid’ah Hasanah Tokok Tambah Amalan Rasulullah karya Mohd Yaakub Mohd Yunus

(Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd).

144[33] Perbahasan yang seumpama juga telah dikemukakan oleh saudara Hafiz Firdaus

Abdullah hafizhahullah menerusi salah sebuah artikelnya berjudul Fitnah Ke Atas Para Sahabat

yang dimuatkan di dalam buku beliau berjudul Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna

Sebenar Bid’ah, ms. 158 dan seterusnya.

Page 114: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

114

berhujah bahawa diperbolehkan bagi sesiapa jua untuk mewujudkan amalan baru

di dalam Islam. Ini meskipun amalan-amalan tersebut bukanlah suatu yang berasal

daripada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Antara amalan-amalan para sahabat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pertama: Azan sebelum solat-solat fardu.

Pada dasarnya azan yang biasa kita dengari setiap kali masuknya waktu solat-solat

fardu bukanlah berasal daripada amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Akan tetapi ia sebenarnya merupakan mimpi salah seorang sahabat baginda yang

bernama Abdullah bin Zaid bin ‘Abd Rabbih radhiallahu ’anhu. Setelah mendapat

mimpi tersebut, sahabat tadi mencadangkan kepada baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam agar menjadikan azan sebagai salah satu kaedah bagi menunjukkan

masuknya waktu bagi umat Islam mengerjakan solat-solat fardu yang

diperintahkan ke atas mereka.

Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam – dengan bimbingan wahyu Allah Subhanahu

wa Ta’ala- telah menerima baik cadangan tersebut. Dengan penerimaan ini, maka

menjadilah azan salah satu syi’ar di dalam ajaran Islam sehingga ke saat ini. Kisah

ini diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitabnya Sunan Abu Daud, hadis no. 420,

bersumberkan daripada Abu ‘Umair bin Anas radhiallahu’anhu.

Kedua: Solat sunat wuduk.

Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

bertanya kepada Bilal radhiallahu ’anhu tentang amalan yang dia lakukan sehingga

Page 115: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

115

dengan amalan itu baginda mendengar bunyi terompahnya di dalam Syurga, maka

Bilal radhiallahu ‘anhu menjawab dengan katanya:145[34]

Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang paling aku harapkan, hanya

sahaja setiap kali aku bersuci (berwuduk), sama ada pada waktu malam

atau siang hari, aku sering mengerjakan solat setelah berwuduk.

Sebagaimana yang dimaklumi solat sunat selepas wuduk, atau lebih tepat dikenali

sebagai solat sunat wuduk, bukanlah berasal daripada amalan Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya ia berasal daripada amalan sahabat Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam di atas iaitu Bilal bin Rabbah radhiallahu ‘anhu.

Meskipun demikian Allah dan Rasul-Nya tidak mengingkari amalan tersebut.

Ketiga: Bacaan bangkit daripada rukuk.

Pernah suatu ketika apabila baginda bangkit daripada rukuk dalam satu solat

bersama para sahabat, baginda terdengar salah seorang daripada mereka

membaca: “Rabbana lakal hamdu hamdan katsiran thoyyiban mubarokan fihi.”

Sebaik sahaja selesai solat, baginda bertanya siapakah di kalangan mereka yang

membaca doa berkenaan dan sahabat yang membaca tadi membuat pengakuan.

Lalu baginda pun mengkhabarkan kepadanya bahawa dengan doa berikut, baginda

melihat seramai tiga puluh orang malaikat saling berebutan untuk mencatatnya.

Sila rujuk Shahih al-Bukhari, no. 799 bagi melihat riwayat yang dimaksudkan.

Sebagaimana hadis sebelum ini, hadis ini juga menjadi bukti kukuh bahawa

terdapat di kalangan para sahabat yang mengamalkan sesuatu ‘perkara baru’

145[34] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 1149.

Page 116: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

116

dalam urusan ibadah apa yang tidak diajar dan disunnahkan oleh Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam. Bagaimana pun baginda tidak mengingkarinya.

Keempat: Solat tarawih secara berjemaah.

Selain daripada tiga riwayat sebelum ini, para pelaku bid’ah juga menjadikan kisah

berikut sebagai dalil diperbolehkan mewujudkan perkara baru di dalam urusan

ibadah. Perhatikan riwayat berikut:146[35]

Dari 'Abdurrahman bin 'Abdul Qariy bahawa dia berkata: "Aku keluar

bersama 'Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhu pada malam Ramadhan

menuju masjid, ternyata orang-orang solat berkelompok-kelompok secara

terpisah-pisah. Ada yang solat sendiri dan ada seorang yang solat diikuti

oleh makmum yang jumlahnya kurang daripada sepuluh orang. Maka

'Umar berkata: "Aku fikir seandainya mereka semuanya solat berjama'ah

dengan dipimpin seorang imam itu lebih baik".

Kemudian ‘Umar memantapkan keinginannya itu lalu mengumpulkan

mereka dalam satu jama'ah yang dipimpin oleh Ubbay bin Ka'ab.

Kemudian aku keluar lagi bersamanya pada malam yang lain dan ternyata

orang-orang shalat dalam satu jama'ah dengan dipimpin seorang imam,

lalu 'Umar berkata: "Sebaik-baiknya bid'ah adalah ini.” 147 [36]

146[35] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no.1871.

147[36] Mengerjakan solat tarawih secara berjemaah bukanlah perkara yang bid’ah di dalam

agama. Ini kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah mengerjakan solat

tarawih bersama-sama dengan para sahabatnya di bulan Ramadan (Shahih Muslim, no. 761 dan

Shahih Sunan al-Nasa’i, no. 1604).

Justeru itu perkataan Amirul Mukminin ‘Umar al-Khaththab radhiallahu ‘anhu dalam riwayat

di atas hendaklah difahami dalam konteks pengertian bahasa (etimologi) dan bukannya bid’ah

Page 117: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

117

Dan mereka yang tidur terlebih dahulu adalah lebih baik daripada yang

solat awal malam, yang dia maksudkan untuk mendirikan solat di akhir

menurut takrifan syariat (terminologi). Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah

menjelaskan di dalam kitabnya Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim, jld. 2, ms. 588-589:

Berkenaan solat tarawih, hal itu bukanlah bid’ah dalam syariat tetapi sunnah

Rasulullah yang baginda kerjakan secara berjemaah. Rasulullah bersabda

(maksudnya): Sesungguhnya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan pada kamu dan

aku mensunnahkan kepada kamu untuk solat (pada malam hari)nya.

Pelaksanaan solat tarawih dengan berjemaah tidak boleh disebut bid’ah (secara

syariat) tetapi ia sunnah. Penamaan ‘Umar dengan bid’ah adalah penamaan secara

bahasa, bukan secara syariat. Bid’ah secara bahasa mencakupi setiap perbuatan

yang belum ada contohnya, sedangkan bid’ah dalam syariat ialah setiap sesuatu

yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar’i.

Oleh sebab itu, berkumpulnya orang-orang di masjid untuk solat dengan seorang

imam dan diberi penerangan lampu merupakan perbuatan atau amal yang belum

pernah dilakukan sebelumnya, maka disebut dengan bid’ah, tetapi bid’ah dalam erti

bahasa. Kerana bid’ah dalam erti bahasa mencakupi hal yang seperti itu. (Akan

tetapi) solat tarawih berjemaah tidak boleh dinamakan bid’ah secara syar’i kerana

perbuatan itu adalah amal shalih yang dituntut oleh sunnah untuk tetap dikerjakan

sekiranya tidak takut dianggap wajib.

Kekhuatiran solat tersebut dengan tatacaranya dijadikan wajib (anggapan inilah

yang menjadi penyebab Rasulullah menghentikannya) telah lenyap dengan wafatnya

Rasulullah. – Lihat Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbat al-‘Aqidah karya Dr. Muhammad bin

A.W. al-‘Aql, ms. 167-168.

Page 118: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

118

malam, sedangkan orang-orang secara umum melakukan shalat pada awal

malam.

Demikian beberapa hadis atau riwayat yang masyhur dijadikan sebagai dalil oleh

para pelaku bid’ah bagi menjustifikasikan perbuatan mereka mengada-adakan

sesuatu yang baru (bid’ah) di dalam urusan agama. Walau bagaimanapun hujah

ini dilihat sangat lemah dan ia dapat dijawab semudah berikut:

Pertama:

Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, khususnya para Khulafa’ al-

Rasyidin, mereka termasuk dalam keumuman hadis baginda yang memerintahkan

agar kita umat Islam sentiasa berpegang teguh kepada sunnah-sunnah mereka,

selain daripada sunnah baginda shallallahu ’alaihi wasallam. Berikut hadis yang

dimaksudkan:148[37]

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah

dengannya dan gigitlah ia dengan geraham.

Justeru apa yang dilakukan oleh para sahabat dalam riwayat-riwayat yang

disebutkan sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai bid’ah di sisi syarak akan

tetapi ia merupakan sunnah di sisi syarak. Lebih-lebih lagi ia mendapat perkenan

dan pengiktirafan secara langsung daripada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

148[37] Hadis riwayat Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95.

Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat komentar Syeikh al-Albani

dalam Irwa’ al-Ghalil, no. 2455.

Page 119: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

119

tanpa sebarang tegahan atau pun larangan.149[15038] Seandainya amalan-

amalan tersebut adalah suatu yang bercanggah dengan ajaran Islam, tentulah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan segera menegurnya. Ini sebagaimana

yang dilakukan oleh baginda dalam beberapa riwayat yang akan dikemukakan

sebentar lagi.

Adapun selain mereka, khususnya generasi yang hidup selepas kewafatan baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam, tidaklah termasuk di dalam perbincangan hadis ini.

Justeru, apa jua amalan yang wujud selepas kewafatan Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam, meskipun ia kelihatan baik dan tidak terdapat sebarang dalil

khusus yang menjelaskan larangannya, ia tetap tidak boleh dianggap sebagai

sunnah, tetapi adalah bid’ah yang tercela di sisi agama.

Kedua:

Perlu diketahui bahawa tidak semua amalan ‘baru’ dalam urusan ibadah yang

diada-adakan oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum mendapat pujian dan

pengiktirafan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, Muhammad

shallallahu ‘alaihi wasallam. Terdapat sebahagian daripada amalan-amalan tersebut

yang mendapat teguran dan bantahan yang tegas daripada baginda shallalahu

a’alaihi wasallam. Perhatikan riwayat-riwayat berikut:

Hadis #1:

149[38] Inilah yang disebutkan oleh para ulama sebagai sunnah takririyyah, iaitu apa-apa

perkataan dan perbuatan para sahabat yang tidak dilakukan mahupun dianjurkan oleh Nabi

shallallahu ’alaihi wasallam akan tetapi baginda tidak melarangnya. Diamnya baginda

terhadap perbuatan tersebut menunjukkan ia adalah suatu yang dibolehkan. Sekiranya

perbuatan tersebut salah di sisi ajaran Islam, pastilah Rasulullah akan segera menegahnya.

Page 120: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

120

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa tiga orang sahabat telah datang ke rumah

para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bagi bertanyakan tentang ibadah

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Setelah mendapat penjelasan daripada para isteri baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam mengenai sifat ibadahnya, ketiga-tiga sahabat tadi terfikir bahawa adalah

perlu untuk mereka melipat-gandakan ibadah mereka mengatasi ibadah Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini kerana - menurut andaian mereka - jika baginda sebagai insan yang maksum

lagi diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang

beribadah dengan kadar dan kualiti sebagaimana yang dijelaskan oleh para

isterinya, maka sudah tentulah mereka sebagai manusia yang tidak maksum perlu

melaksanakan ibadah yang jauh lebih banyak daripada baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam.

Bagi tujuan tersebut, ketiga-tiga sahabat tersebut memasang azam masing-masing

di mana salah seorang daripada mereka bercadang untuk melakukan puasa

sepanjang tahun, manakala dua orang yang lain pula berazam untuk mengerjakan

solat sepanjang malam dan hidup membujang seumur hidup.

Walau bagaimanapun keazaman mereka ini telah mendapat bantahan yang tegas

daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:151[39]

Ketahuilah! Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut

dan paling bertaqwa kepada Allah di antara kamu tetapi (kadangkala) aku

151[39] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 5063 dan Muslim dalam

Shahih Muslim, no. 1401.

Page 121: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

121

(juga) berpuasa dan (kadangkala) tidak, aku bersolat (malam) tetapi aku

juga tidur dan aku juga berkahwin dengan wanita-wanita. Sesiapa yang

berpaling daripada sunnahku maka dia bukan dari (umat) aku!

Hadis #2:

Di bawah ini pula akan dinukilkan sebuah riwayat berkenaan larangan baginda ke

atas beberapa orang sahabat yang memanggilnya dengan gelaran Sayyidina:

Dari Mutarrrif bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa ayahnya

pernah bersama satu rombongan daripada Bani Amir pergi untuk

berjumpa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Apabila mereka tiba, mereka berkata kepada Rasulullah: ‘Anta Sayyidina’

(Engkau Tuan kami). (Mendengarkan yang demikian). Rasulullah

menjawab: ‘Tuan kamu ialah Allah Tabaraka wa Ta’ala!”

Mereka (Bani Amir) berkata lagi: ‘Engkau adalah yang paling mulia

kemuliaannya, dan yang paling besar kemuliaannya’. Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Berkatalah kamu dengan

perkataan itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu

sebagai wakilnya!.’

Hadis #3:

Al-Barra’ bin ‘Azib radhiallahu ‘anhu menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam bersabda:152[40]

152[40] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 4884.

Page 122: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

122

Apabila kamu hendak tidur, maka berwudhulah sebagaimana kamu

berwudhu untuk shalat. Setelah itu berbaringlah dengan miring ke kanan,

lalu berdoalah:

“Ya Allah ya Tuhanku, aku pasrahkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan

urusanku kepada-Mu dan aku serahkan punggungku kepada-Mu dengan

berharap-harap cemas kerana tidak ada tempat berlindung dan tempat

yang aman dari adzab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku

beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman

kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus.”

Jadikan bacaan tersebut sebagai penutup ucapanmu menjelang tidur.

Apabila kamu meninggal dunia pada malam itu, maka kamu meninggal

dalam kesucian diri (fitrah)."

al-Barra' berkata: “Saya mengulang-ulangi bacaan tersebut agar (ia dapat

saya) hafal dan (ketika) saya ucapkan: Saya beriman kepada Rasul-Mu

yang telah Engkau utus.' Lalu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam

berkata: 'Ucapkanlah: Saya beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau

utus."

Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan

kepada salah seorang sahabatnya, al-Barra’ bin ‘Azib radhiallahu ‘anhu tentang doa

yang perlu dia lafazkan ketika hendak tidur. Ketika menghafal doa tersebut di

hadapan Nabi, al-Barra’ didapati telah mengubah salah satu lafaz daripada doa

yang baginda ajarkan kepadanya.

Page 123: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

123

Lafaz tersebut ialah ‘Nabi-Mu’ yang diubah oleh al-Barra’ kepada lafaz ‘Rasul-

Mu’. Walaupun pengubahan lafaz ini kelihatan baik, namun baginda tetap

melarangnya berbuat demikian dan memerintahkan agar dia mengekalkan sahaja

lafaz asal sebagaimana yang diajarkan oleh baginda kepadanya.

Hadis #4:

Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata:153[41] Semasa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan khutbah, baginda

melihat seorang lelaki berdiri di bawah cahaya matahari lalu baginda

bertanya tentangnya.

Para sahabat berkata: Dia ialah Abu Israil. Dia bernazar untuk berdiri dan

tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan akan berpuasa.

Baginda berkata: “Beritahu kepadanya agar (hendaklah dia) bercakap,

berteduh, duduk dan biarkan dia terus berpuasa.”

Hadis #5:

Bersumberkan daripada Abul Malih radhiallahu ‘anhu bahawa seorang lelaki telah

berkata:154[42]

153[41] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 6210.

154[42] Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 4330 dan dinilai sahih oleh

Syeikh al-Albani. Lihat Shahih Sunan Abu Daud, no. 4982.

Page 124: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

124

Aku membonceng di belakang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka

ketika haiwan tunggangan baginda lambat saat berjalan aku berkata:

“Celakalah Syaitan ini.”

Baginda lalu bersabda: Janganah engkau berkata: “Celakalah Syaitan ini”

kerana jika engkau berkata seperti itu ia (Syaitan) akan semakin besar

hingga seperti rumah dan berkata: “Demi kekuatanku.”

Tetapi hendaklah engkau katakan 'Bismillah” (dengan menyebut nama

Allah). Jika engkau ucapkan itu maka syaitan akan semakin kecil hingga

(menjadi) seperti lalat.

Memadai dikemukakan beberapa hadis di atas bagi menunjukkan bahawa terdapat

sebahagian amalan para sahabat yang tidak mendapat perkenan baginda untuk

diangkat menjadi ibadah yang diiktiraf di dalam ajaran Islam.

Hakikat bahawa pada sebahagian amalan sahabat ada yang diterima oleh

Rasulullah manakala sebahagian yang lain mendapat tegahan dan larangan

daripada baginda menunjukkan kepada kita bahawa penentuan sama ada diterima

atau ditolaknya sesuatu ibadah itu adalah tertakluk sepenuhnya kepada ketentuan

yang datang daripada Allah melalui lisan Rasul-Nya.

Pasti saja, penentuan ini pula tidak mungkin boleh berlaku melainkan jika baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam hadir dan menyaksikan sesuatu amalan yang

disandarkan ke atas ajaran agama sebagaimana baginda menyaksikan dan

menentukan kedudukan amalan para sahabatnya.

Page 125: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

125

Memandangkan Rasulullah sudah wafat dan tidak berkesempatan lagi untuk

menyaksikan sekaligus menentukan kedudukan bid’ah yang diciptakan oleh

sebahagian pihak di zaman ini, maka apakah lagi faedah untuk kita mengada-

adakan bid’ah di dalam urusan agama?

Penjelasan tambahan.

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah, usaha mengingkari amalan-amalan

bid’ah yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

tidak hanya khusus dilakukan oleh baginda ketika masih hayatnya tetapi juga oleh

para sahabat baginda setelah kewafatannya.

Semua ini menjadi bukti betapa kukuhnya kefahaman para sahabat terhadap

pengertian bid’ah yang dicela di sisi agama, sehingga dengan kefahaman itu

mereka mengambil peranan baginda untuk mengingkari apa jua amalan baru yang

bermunculan selepas kewafatannya. Perhatikan riwayat-riwayat berikut:

Riwayat #1: 155 [43]

Daripada Nafi’ beliau meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seorang

lelaki telah bersin di sisi Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhu lalu lelaki tersebut

berkata: "Alhamdulillah wassalam 'ala Rasulillah." (Mendengarkan yang

demikian) berkatalah Ibnu 'Umar: "(Adakah) saya mengucapkan

"Alhamdulillah wassalam 'ala Rasulillah?.”

Bukanlah ucapan seperti ini (yang diajar oleh Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam kepada kami tetapi) Rasulullah shallallahu ‘alaihi

155[43] Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Sunan al-Tirmizi, no. 2662 dan al-Hakim dalam

al-Mustadrak, no. 7691.

Page 126: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

126

wasallam telah mengajarkan kepada kami ucapan ini: "Alhamdulillah 'ala

kulli haal.”

Riwayat #2:

Daripada Said Ibnu al-Musayyib radhiallahu ‘anhu bahawasanya dia telah

melihat seorang lelaki solat setelah terbit fajar lebih daripada dua rakaat.

Lelaki itu memperbanyakkan rukuk dan sujud dalam solatnya itu. Lalu

beliau pun melarang lelaki itu berbuat sedemikian. Maka lelaki itupun

berkata kepadanya:

“Wahai Abu Muhammad! Adakah Allah mengazabku di atas solat yang aku

kerjakan ini?.” Beliau menjawab: “Tidak, akan tetapi Allah mengazabmu

kerana perlakuanmu ini menyelisihi sunnah (cara Nabi shalallahu‘alaihi

wasallam).”

Riwayat ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab ash-Shalat, Bab Man Lam

Yusholli Ba’dal Fajri Illa Rak’atainil Fajri, no. 4445 dan disahihkan oleh Syeikh Ali

Hasan rahimahullah.

Riwayat #3:

Daripada ‘Amr bin Salamah radhiallahu ’anhu, dia berkata:

Suatu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud sebelum solat

Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid.

Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari, lalu bertanya: “Apakah

Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu.”

Kami jawab: “Tidak.” Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah

bin Mas’ud keluar.

Page 127: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

127

Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-

Asy’ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman156[44], aku telah

melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku

tidak lihat - Alhamdulillah - melainkan ia baik.” 157 [45]

Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya: “Apakah ia?.” Kata Abu Musa: “Jika

umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak,

mereka duduk di dalam lingkungan (bulatan/halaqah) menunggu waktu

solat. Bagi setiap lingkungan ada seorang lelaki (yang bertindak sebagai

ketua dalam lingkungan mereka), sementara di tangan mereka yang lain

ada anak-anak batu.

Apabila lelaki (ketua dalam lingkungan) itu berkata: “Takbir (Allahu

Akbar) 100 kali”, maka mereka (yang lain) pun bertakbir 100 kali. Apabila

dia berkata “Tahlil (La ilaha ilallah) 100 kali”, maka mereka pun bertahlil

100 kali. Apabila dia berkata: “Tasbih (Subhanallah) 100 kali”, maka

mereka pun bertasbih 100 kali.”

Tanya ‘Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah engkau katakan kepada

mereka?.” Jawabnya (Abu Musa): “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa

kerana menanti pandangan dan perintahmu.” Kata ‘Abdullah bin Mas’ud:

“Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan

engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun?.”

156[44] Gelaran bagi ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu.

157[45] Maksud beliau, perkara tersebut kelihatan baik walaupun dia tidak

menyetujuinya.

Page 128: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

128

Lalu dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan

bersamanya. Sehinggalah dia (’Abdullah bin Mas’ud) tiba kepada salah

satu daripada lingkungan berkenaan. Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berdiri

lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?”

Jawab mereka (yang sedang berzikir dalam halaqah): “Wahai Abu ‘Abdul

Rahman158[46]! Anak-anak batu yang dengannya kami menghitung

Takbir, Tahlil dan Tasbih.” Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Hitunglah

dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun.

Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu.

Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan

bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.

Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas

agama yang lebih mendapat petunjuk dari agama (yang dibawa oleh)

Muhammad atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?.”

Jawab mereka: “Demi Allah wahai Abu ‘Abdul Rahman, kami hanya

bertujuan baik.” Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Betapa ramai yang

bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”

159[19] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 2697.

158[46] Gelaran bagi ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu.

Page 129: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

129

160[22] Dalam membincangkan persoalan bid’ah, para ilmuan Islam lazimnya membahagikan

bid’ah kepada dua pengertian iaitu bid’ah dari sudut bahasa (etimologi) dan bid’ah dari sudut

syarak atau istilah (terminologi).

Maksud bid’ah dalam konteks bahasa ialah apa jua perkara baru dalam urusan keduniaan yang

tidak pernah muncul di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Sementara bid’ah dalam

konteks syarak atau istilah ialah segala perkara baru yang diada-adakan dalam urusan ibadah

mahupun akidah dimana ianya tidak memiliki dasarnya di sisi al-Qur’an dan/atau pun al-Sunnah

yang sahih.

Terhadap bid’ah dalam konteks keduniaan (bid’ah menurut pengertian bahasa), tidak semuanya

tercela di sisi agama selagi mana tidak terdapat padanya sesuatu yang bercanggah dengan hukum

syarak. Adapun bid’ah dalam konteks ibadah (bid’ah menurut pengertian syarak atau istilah),

tiada khilaf di kalangan para ilmuan bahawa ia adalah sesuatu yang diharamkan di sisi ajaran

Islam. Lihat semula perbahasan yang lalu berkenaan perbezaan bid’ah dalam konteks dunia

dengan bid’ah dalam konteks ibadah dan akidah.

Page 130: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

130

Risalah #6

Mengapa Bid’ah Lebih Dicintai Iblis Berbanding Maksiat?

Salah seorang tokoh Salaf yang terkenal, al-Imam Sufyan ats-Tsauri rahimahullah

(161H) pernah berkata:161[1]

Perbuatan bid’ah lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan. Pelaku kemaksiatan masih

mungkin untuk dia bertaubat dari kemaksiatannya sedangkan pelaku bid’ah sulit untuk

bertaubat daripada bid’ahnya.

Pasti ada di kalangan para pembaca yang budiman ketika ini sedang tertanya-

tanya, mengapakah dalam kenyataannya di atas Sufyan ats-Tsauri rahimahullah

mengatakan bahawa bid'ah itu lebih dicintai oleh Iblis berbanding maksiat?

Bukankah bid'ah itu adalah suatu perbuatan berbentuk ibadah dan niat pelakunya

ingin menghampirkan diri kepada Allah, lalu bagaimana mungkin ia boleh dianggap

sebagai suatu perbuatan yang lebih keji berbanding maksiat?

Agar para pembaca yang budiman sekalian dapat memahami maksud sebenar

kenyataan di atas, maka izinkan penulis memberikan sedikit komentar

mengenainya sebagaimana tercatat di bawah ini:

Pertama:

161[1] Riwayat al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah dan al-Lalika’i dalam Syarh Ushul al-I’tiqad

Ahlus Sunnah wal Jama’ah, no. 238.

Page 131: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

131

Ahl al-Bid’ah amat yakin bahawa bid’ah yang mereka kerjakan adalah sesuatu

yang baik lagi mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebab itu kita lihat

golongan ini amat mudah melenting apabila dikatakan kepada mereka bahawa apa

yang diamalkan oleh mereka itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan ajaran

Islam.

Masakan tidak, amalan bid’ah tersebut kelihatan mirip kepada ibadah sebagaimana

yang sedia wujud dalam syariat Islam dan menurut sangkaan mereka, sesiapa jua

yang melakukannya pastilah beroleh ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu

wa Ta’ala.

Atas sangkaan ini, mereka berpendapat tidak mungkin ia dianggap sebagai satu

perbuatan yang salah lagi keji di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, apatah lagi

menganggapnya bukan sebahagian daripada ajaran Islam. Mungkin inilah yang

dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi firman-Nya pada ayat

berikut:162[2]

Maka apakah orang dijadikan (syaitan) menganggap baik perbuatannya

yang buruk, dia meyakini perkerjaannya itu baik?

Hal ini berbeza dengan para pelaku maksiat, mereka tetap sedar bahawa apa yang

mereka lakukan adalah perbuatan yang salah dan keji di sisi ajaran agama, jauh

daripada menganggapnya sebagai suatu amalan yang terpuji.

Kedua:

162[2] Surah Fathir, ayat 8.

Page 132: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

132

Sebab kedua mengapa bid’ah dikatakan lebih disukai iblis berbanding maksiat

kerana para pelaku bid'ah lazimnya terjerumus kepada perbuatan menghalalkan

apa yang telah diisytiharkan sebagai haram oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sejauh kajian penulis, tiada khilaf (perselisihan) di kalangan para ulama bahawa

apabila seseorang itu menghalalkan sesuatu yang diharamkan di dalam Islam

maka dia telah jatuh kepada perbuatan kufur. Demikian juga sebaliknya, jika dia

mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya maka dia telah

jatuh kepada perbuatan kufur.

Sama-sama kita maklumi bahawa bid'ah adalah perbuatan yang keji di sisi Allah

dan Rasul-Nya, malah ia dianggap sebagai perkara yang paling buruk di dalam

urusan agama sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam:163[1643]

... dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) ...

Bahkan lebih jauh dari itu, sebahagian amalan bid’ah dilihat berpotensi mengheret

para pelakunya kepada perbuatan syirik, iaitu menjadikan sesuatu selain Allah

Subhanahu wa Ta’ala sebagai penggubal syariat (asy-Syari’) yang menandingi

kesempurnaan syariat-Nya sebagaimana yang sedia tertera di dalam al-Qur’an dan

al-Sunnah Rasul-Nya yang sahih.

Ini sebagaimana firman-Nya dalam surah asy-Syura, ayat 21:

163[3] Hadis riwayat Abu Daud, no. 1097, at-Tirmidzi, no. 1105, Ibnu Majah, no. 1892 dan lain-lain.

Page 133: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

133

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang

mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?

Dengan mengutip kenyataan Syeikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah, Syeikh

Sa’ad Yusuf Abu Aziz menulis di dalam bukunya Mausu’ah as-Sunan wa al-

Mubtada’at menulis:165[4]

Orang yang membuat bid’ah dalam agama memberikan dirinya kedudukan yang tidak

sepatutnya. Kerana pembuat syariat hakiki hanyalah Allah dan tidak ada yang menyekutui-

Nya. Bagaimana seseorang – apa pun niat dan kedudukannya – mencampurkan hukum-hukum

Allah dengan hukum yang berasal dari dirinya sendiri?

Bagaimana dia mengatakan: “Ini adalah perbuatan sama ada yang sebaiknya dilakukan dan

perbuatan buruk yang sebaiknya ditinggalkan, walaupun tidak diturunkan hukumnya oleh

Allah dan tidak disunnahkan oleh Nabi-Nya?” Allah berfirman dalam surah asy-Syura, ayat

21:

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari

agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?.

Ini merupakan bahagian dari pengakuan menjadi Tuhan, yang mana jika sudah demikian,

seseorang yang melakukannya bererti melampau batasan-basatan kedudukannya sebagai

manusia.

165[4] Lihat Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubatada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz, ms. 29.

Page 134: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

134

Akan tetapi malangnya amalan bid'ah yang jelas pengharamannya di sisi ajaran

agama ini telah dianggap sebagai ‘halal’ lagi baik oleh kebanyakan para pencipta

dan penggemarnya. Dengan anggapan tersebut maka tanpa disedari mereka telah

jatuh kepada perbuatan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan

Rasul-Nya.

Berbeza dengan maksiat yang dilakukan oleh para pelakunya dimana mereka tahu

bahawa apa yang mereka amalkan itu adalah perkara yang jelas diharamkan di sisi

agama. Tidak pernah sama sekali mereka terfikir bahawa maksiat itu adalah

sesuatu yang dihalalkan di sisi ajaran Islam, bahkan mana-mana jua agama di

dunia ini.

Ketiga:

Ahl al-Bid’ah amat bangga dengan amalan-amalan bid’ah mereka. Dengan

kebanggaan itu mereka tidak sedikit pun memiliki perasaan malu kepada Allah dan

Rasul-Nya serta orang-orang beriman.

Berbeza dengan ahli maksiat, mereka tetap merasakan apa yang dikerjakan oleh

mereka itu adalah sesuatu yang keji di sisi ajaran agama serta bercanggah dengan

norma-norma masyarakat. Dengan kesedaran itu mereka sentiasa merasa malu

kepada Allah dan Rasul-Nya serta kepada orang-orang yang beriman.

Keempat:

Amat jarang ditemui di kalangan para pelaku maksiat yang berani membantah

ayat-ayat al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang

disampaikan kepada mereka. Sekalipun ada, ia hanyalah sebilangan kecil sahaja

Page 135: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

135

dan kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan yang sememangnya

jahil di dalam memahami ilmu-ilmu agama.

Berbeza dengan pelaku bid'ah yang majoritinya terdiri dari kalangan mereka yang

dikenali sebagai orang yang berilmu dan penggiat ibadah (‘abid), namun dilihat

begitu tegar di dalam mempertahankan bid’ah dan sentiasa membantah al-Qur'an

dan al-Sunnah yang sahih yang dibentangkan di hadapan mereka. Ini terutamanya

apabila nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah itu dilihat sebagai sesuatu yang

bercanggah dengan amalan-amalan bid’ah mereka.

Bantahan ini dilakukan dengan pelbagai cara; dengan cara mendahulukan akal,

sangkaan dan perasaan di atas nas, ‘memaksumkan’ perkataan ‘tok guru’ serta

mengunggulkan kebiasaan atau tradisi masyarakat melebihi apa yang dibawa oleh

al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Kelima:

Perbuatan maksiat adalah sesuatu yang jelas kemungkarannya di sisi ajaran

agama dan ini amat mudah difahami sekalipun oleh mereka yang amat minimum

kefahamannya terhadap hukum-hakam agama. Ini berbeza dengan bid'ah yang

pada zahirnya kelihatan baik, indah lagi mempersona bagi setiap yang

memandangnya. Ia amat sukar difahami hatta oleh mereka yang memiliki ilmu

pengetahuan agama sekalipun, melainkan mereka yang telah diberi rahmat dan

bashirah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Berkata Syeikh ‘Abdurrahman bin Hasan rahimahullah (1258H):166[5]

166[5] Lihat Mulakhkhas Min Minhaj as-Sunnah karya Syeikh ‘Abdurrahman bin Hasan bin

Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, ms. 200.

Page 136: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

136

Tidak ada yang sanggup membezakan antara bid’ah dan sunnah selain orang yang Allah

kurniakan kepadanya semangat mencari al-haq (kebenaran) dengan penuh kesungguhan,

mencari kitab-kitab Ahl al-Sunnah serta memahami dengan baik dalil-dalil al-Qur’an,

sunnah dan pemahaman al-Salaf al-Shalih.

Maka sebab itu kita dapati para ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang bermanhaj

Salaf amat memberi penekanan kepada usaha membanteras kemungkaran syirik

dan bid'ah berbanding kemungkaran-kemungkaran maksiat lainnya.

Keenam:

Mereka yang melakukan bid’ah pada hakikatnya ialah orang yang tidak meyakini

kesempurnaan dan kelengkapan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan kita

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Jauh di sudut hati mereka, mereka

merasakan seakan-akan wujud kekurangan pada agama ini yang masih

memerlukan kepada pengubahsuaian bagi menjadikan ia lebih ‘lengkap’ dan

‘sempurna’ berbanding apa yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-

Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Muhammad al-Ghazali rahimahullah berkata:167[6]

Mengapa seseorang membuat hal baru dalam agamanya, mencampuri dengan agama agar

yang dibuatnya itu masuk dalam agama dan dianggap suci? Apakah kerana kekurangan yang

dilihatnya pada ajaran yang diturunkan oleh Allah? Jika hal tersebut adalah sebagai alasan

seseorang membuat bid’ah, maka dia termasuk orang yang bodoh. Hal itu kerana Allah telah

berfirman:

167[6] Lihat Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubatada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz,

ms. 30.

Page 137: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

137

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan

kepada kamu nikmat-Ku dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama kamu.

Maka barangsiapa menyangka bahawa dalam ajaran Islam terdapat kekurangan, yang

membuatnya perlu tambahan sehingga layak untuk meluruskan jiwa manusia, maka hal itu

adalah kebodohan dan pengingkaran.

Dalam mentafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala pada ayat 3 dari surah al-

Maidah berikut:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku

telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu

menjadi agama untuk kamu.

al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata:168[7]

Ini merupakan nikmat Allah terbesar yang diberikan kepada umat ini (umat Islam), tatkala

Allah menyempurnakan agama mereka sehingga mereka tidak memerlukan agama lain dan

tidak pula Nabi lain selain Nabi mereka iaitu Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Oleh kerana itu, Allah menjadikan baginda sebagai penutup para Nabi dan mengutuskannya

kepada seluruh manusia dan jin sehingga tidak ada yang halal kecuali yang baginda halalkan,

tidak ada yang haram kecuali yang baginda haramkan dan tidak agama kecuali yang

168[7] Lihat Tafsir Ibnu Katsir karya al-Hafiz Ibnu Katsir, jld. 3, ms. 18.

Page 138: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

138

disyariatkannya. Semua yang dikhabarkannya adalah haq, benar dan tidak ada kebohongan

serta tidak ada pertentangan sama sekali.

Penulis kitab al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah, Dr. Ali

bin Muhammad Nashir al-Faqihi menjelaskan:169[8]

Ini adalah konsekuensi dari keadaan seorang penyeru kebid’ahan (mubtadi’) atau ucapannya. Seakan dia mengatakan: Sesungguhnya syariat ini belum sempurna dan masih tersisa sesuatu

yang wajib atau sunat untuk diralat.

Sebab, seandainya dia meyakini akan kesempurnaan syariat ini dari segala sisinya maka dia

tidak akan berbuat bid’ah dan tidak akan meralatnya. Dan seandainya ada orang yang

mengatakan demikian atau meyakininya, maka dia adalah orang yang tersesat dari jalan yang

lurus.

Dalam sebuah hadis yang bersumberkan daripada Abu Dzar radhiallahu’anhu,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:170[9]

Tidak tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan (kamu) ke syurga dan

menjauhkan (kamu) dari neraka kecuali sesungguhnya telah dijelaskan

kepada kamu.

Berdasarkan hadis di atas Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafizhahullah

menjelaskan:171[10]

169[8] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin

Muhammad Nashir al-Faqihi, ms. 18.

170[9] Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 1647.

171[10] Lihat Al-Islam: Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms.

56-57.

Page 139: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

139

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menjelaskan kepada umatnya

segala sesuatu, baik berupa perintah atau larangan atau khabar dan lain-lain (berhubung

dengan agama ini). Untuk itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia telah bersabda:

Tidak tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan (kamu) ke syurga dan menjauhkan (kamu)

dari neraka kecuali sesungguhnya telah dijelaskan kepada kamu.

Oleh kerana itu, sesiapa yang mencari jalan menuju jannah atau syurga dan menjauhkan

dirinya dari naar atau api neraka tanpa mengikuti al-Kitab dan al-Sunnah Nabi shallallahu

‘alaihi wasallam yang mulia bahkan dia merasa cukup dari keduanya, maka sesungguhnya dia

telah menempuh jalan yang tidak pernah dijelaskan dan diterangkan oleh Allah dan Rasul-

Nya.

Kerana tidak ada jalan bagi seseorang hamba untuk memperoleh keselamatan dan

kebahagiaan dunia dan akhiratnya kecuali dengan beriman kepada baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam dengan sebenar-benar keimanan dan mengikuti sunnahnya. Inilah yang

dimaksudkan dengan mentaati baginda, iaitu dengan ittiba’ kepada baginda.

Ketujuh:

Ahli maksiat memiliki harapan untuk bertaubat setelah mendapat kesedaran.

Sebaliknya Ahl al-Bid’ah amat sukar untuk bertaubat kerana merasakan apa yang

mereka lakukan itu adalah suatu kebaikan di sisi agama. Sebab itu seringkali kita

lihat para pelaku bid’ah ini amat sukar untuk menerima nasihat yang disampaikan

kepada mereka. Ini sekalipun mereka menyedari bahawa apa yang mereka

lakukan itu adalah bercanggah dengan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam yang sahih.

Page 140: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

140

Amat benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam:172[11]

Sesungguhnya Allah menahan taubat dari setiap pelaku bid’ah

sampai dia meninggalkan bid’ahnya.

Hakikat bahawa para pelaku bid’ah adalah golongan yang amat degil untuk

menerima nasihat dan kebenaran yang disampaikan kepada mereka ini telah pun

dijelaskan oleh al-Imam asy-Syathibi rahimahullah. Beliau menyatakan di dalam

kitabnya yang terkenal, al-I’tisham, jilid 2, ms. 268:173[12]

Ahl al-Bid’ah selalu bersikap degil dengan nasihat, tidak mahu menerima dalil dan tidak

peduli terhadap kritikan seperti para pendahulu bid’ah. Satu contoh Ma’bad al-Juhani, Amr

bin Ubaid dan selain mereka, meskipun mereka banyak mendapat kritikan pedas dan

sorotan semua penjuru, tetapi tidak bertambah kecuali jauh dari Allah dan bertahan

(berkeras) di atas bid’ah mereka. Ini sebagaimana firman Allah (dalam surah al-Maidah

ayat 41 yang bermaksud): Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-

kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) dari Allah.

Besarnya bahaya yang dibawa bid’ah ini sehingga menghalangi para pelakunya

bertaubat telah pun dijelaskan oleh Syeikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad al-‘Abbad

al-Badr hafizhahullah sebagaimana katanya:174[13]

172[11] Hadis riwayat ath-Thabrani dengan sanad yang bagus (jayyid), bersumberkan daripada Anas

radhiallahu’anhu, secara marfu’. Lihat Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, no. 1620.

173[12] Lihat Mauqifu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa’ wa al-Bid’ah karya Dr.

Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, ms. 200.

174[13] Lihat Al-Hatstsu ‘Ala at-Tiba’i as-Sunnah wa at-Tahdziru min al-Bida’i wa Bayanu

Khatharaha karya Syeikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad al-‘Abbad al-Badr, ms. 69.

Page 141: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

141

Bahaya bid’ah adalah besar, urusannya adalah perkara yang mengkhuatirkan dan musibah

yang ditimbulkannya adalah besar. Ia lebih berbahaya daripada dosa maksiat, kerana

pelaku maksiat mengetahui bahawa dirinya telah terjatuh kepada perkara yag haram

sehingga dia akan meninggalkannya dan bertaubat daripada maksiat tersebut.

Adapun pelaku bid’ah, dia memandang dirinya di atas kebenaran sehingga dia akan terus

menerus di atas bid’ahnya hingga mati. Padahal sebenarnya dia adalah pengikut hawa nafsu

dan seorang yang keluar dari jalan yang lurus.

Sementara itu Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah turut mengulas lanjut

perkara ini dimana beliau berkata:175[14]

Oleh sebab itu, para alim ulama sunnah seperti Sufyan ats-Tsauri dan yang lain

berpendapat bahawa Ahl al-Bid’ah lebih dicintai iblis daripada maksiat, kerana bid’ah tidak

mempunyai harapan untuk bertaubat. Sebab Ahl al-Bid’ah yang membuat ajaran yang buruk

menyangka baik terhadap keburukan tersebut.

Dan selama dia memandang baik, maka tidak mungkin bertaubat. Kerana awal pintu taubat

terbuka ketika seseorang menyedari perbuatannya buruk atau dia merasa telah

meninggalkan perintah, baik yang bersifat wajib atau sunat. Selagi dia menganggap bahawa

perbuatan buruk tersebut suatu kebaikan, maka sangat susah untuk bertaubat.

175[14] Lihat Mauqifu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa’ wa al-Bid’ah karya

Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, ms. 198.

Page 142: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

142

Kelapan:

Antara faktor lain mengapa Iblis amat menyukai bid’ah yang diada-adakan di

dalam agama ini adalah, melaluinya umat Islam berpecah-belah dan bermusuhan

antara sesama sendiri, padahal perpecahan itu amatlah disukai oleh syaitan. Sabda

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan

oleh Ibnu Hibban dalam Shahih Ibnu Hibban, no. 4577:

Sesungguhnya Tangan Allah bersama al-Jama’ah dan sesungguhnya

syaitan berlari bersama orang yang memecahbelahkan al-Jama’ah.

Baginda juga bersabda dalam hadis yang lain ketika menggambarkan suasana

perpecahan yang akan melanda umat Islam sebagai akibat daripada bid’ah yang

mereka ada-adakan di dalam ajaran Islam. Sabdanya:176[15]

Dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada

tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk

Neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk Syurga iaitu al-Jama’ah.

Dalam riwayat yang lain: 177 [16]

Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan para sahabatku.

176[15] Diriwayatkan oleh sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah

maksud yang sama. Lafaz hadis di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud, no.

4429. Hadis ini adalah hadis sahih. Disahihkan oleh at-Tirmizi, al-Hakim, adz-Zahabi dan al-Juzani

dalam kitab al-Abathil 1/302, al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah 1/213, asy-Syathibi dalam al-I’tisham

2/698, tahqiq Syeikh Salim al-Hilali, Ibnu Taimiyyah dalam al-Majmu’ al-Fatawa 3/345, Ibnu Katsir

dalam Tafsir Ibnu Katsir 1,/390, Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Kasysyaf, ms. 63, al-‘Iraqi dalam al-Mughni

‘an Hamlil Asfar, no. 3240, al-Bushairi dalam Mishbah az-Zujajah 4/180, Syeikh al-Albani dalam Silsilah

al-Ahadith ash-Shahihah, no. 203 dan lain-lain yang banyak jumlahnya.

177[16] Hadis riwayat at-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, no. 2565.

Page 143: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

143

Justeru satu-satunya cara untuk bersatu adalah dengan kembali sepenuhnya

kepada kebenaran yang berpaksikan kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah

yang sahih sesuai dengan kefahaman generasi al-Salaf al-Shalih. ‘Abdullah bin

Mas’ud radhiallahu ’anhu pernah berkata:178[17]

Al-Jama’ah ialah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau

seorang diri.179[18]

Kesembilan:

Faktor terakhir yang mendorong Iblis menyukai bid’ah melebihi kemungkaran

lainnya adalah kerana bid’ah akan menjadikan agama Islam sebagai satu ajaran

yang amat sukar lagi menjenguhkan para penganutnya. Dengan kesukaran ini,

Iblis telah berjaya melemahkan umat manusia daripada terus mengamalkan ajaran

Islam dalam kehidupannya, sekaligus memisahkan diri mereka daripada mendekati

Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Penulis membawakan satu contoh mudah iaitu berkaitan dengan urusan

perkahwinan. Jika kita perhatikan tradisi perkahwinan dalam kalangan masyarakat

Islam masa kini – secara khusus umat Islam di nusantara - akan didapati tidak

sedikit padanya yang mengandungi unsur-unsur bid’ah yang menyulitkan para

pengantin. Padahal Islam amat menitikberatkan kemudahan dalam urusan

perkahwinan.

178[17] Dikeluarkan oleh al-Lalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, no. 160.

Diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Damshiq 46/409 dan dinilai sahih oleh Syeikh al-

Albani dalam al-Misykat al-Mashabih 1/56.

179[18] Kata-kata ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu merupakan satu tamparan yang hebat

ke atas sebahagian pihak yang sering sahaja menjadikan kuantiti orang yang berada di dalam sesebuah

firqah atau kelompok sebagai kayu ukur dalam menentukan kebenarannya. Sedangkan menurut Islam

kebenaran satu-satu kelompok itu bukanlah diukur degan berdasarkan kuantiti orang yang berada di

atasnya akan tetapi ialah berdasarkan kepada prinsip atau dasar ia berpijak.

Page 144: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

144

Demikian juga dengan lain-lain perkara yang berkait terus dengan pelaksanaan

syariat Islam seperti urusan pengendalian jenazah, pelaksanaan ibadah solat,

puasa dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir kesemua perkara yang disebutkan

tidak terlepas daripada seribu satu macam unsur bid’ah yang amat menyusahkan

umat Islam.

Semua ini bercanggah dengan ajaran Islam yang sentiasa memberikan kemudahan

kepada umatnya di dalam melaksanakan segala suruhan perintah dan

larangannya.180[19]

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:181[20]

Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki

kesulitan bagimu.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadisnya yang

masyhur: 182 [21]

Sesungguhnya agama ini (agama Islam adalah) mudah. Tidak seseorang

yang memaksakan diri dalam agama melainkan akan menemui kesulitan.

Sabdanya lagi dalam hadis yang lain:183[22]

181[20] Surah al-Baqarah, ayat 185.

182[21] Hadis riwayat al-Bukhari 1/23.

Page 145: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

145

Mudahkanlah dan janganlah menyusahkan, dan berilah khabar gembira

dan janganlah membuat orang lari (dari agama ini).

Kata Penutup

Demikian beberapa catatan mengenai jurang perbezaan antara bid’ah dan maksiat

yang dapat saya huraikan menerusi perbincangan singkat ini. Berdasarkan huraian

ini, dapat diperhatikan bahawa bid’ah membawa bahaya yang jauh lebih besar jika

dibandingkan dengan maksiat yang dilakukan oleh kebanyakan umat manusia,

khususnya umat Islam.

Ini kerana bid’ah secara halus berpotensi mengheret setiap pelakunya kepada

perbuatan kufur, di samping menghalangi mereka untuk bertaubat daripada

kemungkaran bid’ah yang dilihat sebagai benar dan indah pada pandangan

mereka.

Inilah yang terjadi pada umat terdahulu dari kalangan ahli kitab disebabkan oleh

sikap mereka yang suka berlebih-lebihan di dalam mempraktikkan ajaran agama

yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan para Rasul dan kitab-Nya,

sehingga akhirnya menjadikan mereka sebagai umat terlaknat dan kafir di sisi

Tuhannya.

Sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat kita agar tidak

terjerumus ke lembah bid’ah yang amat berbahaya ini.

Wallahu a’lam

184[19] Lebih lanjut berkenaan ajaran Islam dan ciri-ciri kemudahannya, sila lihat Al-Islam:

Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (Jakarta: Maktabah

Mu’awiyah bin Abi Sufyan).

185[22] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 69 dan Muslim, no, 1734.

Page 146: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

146

Risalah #7

Siapakah al-Ghuraba’?

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, no. 145, Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana

awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing).

Hadis di atas menjelaskan kepada kita umat Islam mengenai perkhabaran

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhubung dengan sifat keasingan agama

Islam sejak ia mula-mula didakwahkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

kepada umat manusia.

Dalam hadis yang sama juga, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam turut

mengingatkan bahawa sifat ‘keasingan’ agama ini pasti akan kembali berulang di

akhir zaman sebagaimana ketika awalnya ia disampai dan diamalkan oleh baginda

dan para sahabatnya radhiallahu‘anhum.

Seiring dengan perkhabaran mengenai sifat keasingan ajaran Islam ini, Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam juga menerangkan bahawa di sebalik keasingan itu

akan wujud sekelompok manusia dari kalangan umatnya yang digelar sebagai al-

Ghuraba' disebabkan kelainan pada manhaj atau cara mereka mengamalkan

ajaran agama berbanding kebanyakan manusia lainnya. Terhadap mereka ini

dikurniakan nikmat kebahagiaan sebagaimana yang dijanjikan oleh baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadisnya tersebut.

Page 147: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

147

Siapakah golongan al-Ghuraba' ini dan apakah ciri-ciri mereka? Bagi menjawab

persoalan ini, ikutilah huraian selanjutnya.

Siapakah al-Ghuraba'?

'Abdullah bin 'Amr al-'Ash radhiallahu‘anhu meriwayatkan bahawa pada suatu

ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-

Ghuraba', baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:186[1]

Orang-orang soleh yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka.

Sementara itu, dalam riwayat yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

menyebut:187[2]

Iaitu orang-orang yang sentiasa memperbaiki (umat) di tengah-tengah

rosaknya manusia.

Dalam lafaz yang lain disebutkan:188[3]

Iaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku selepas peninggalanku

sesudah dirosakkan oleh manusia.

186[1] Hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir dalam tahqiq

Musnad Imam Ahmad, no. 6650.

187[2] Lihat Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, no. 1273.

188[3] Hadis riwayat at-Tirmidzi, no. 2630 dan beliau menjelaskan bahawa hadis ini adalah

hasan sahih.

Page 148: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

148

Ringkasnya, sesiapa jua di kalangan umat Islam yang berpegang teguh kepada al-

Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih sebagaimana asalnya,

mempertahankan ketulenan ajarannya daripada dicemari oleh pelbagai unsur

bid’ah serta berusaha mendakwahkannya kepada umat manusia maka dia

termasuk dalam kalangan al-Ghuraba' sepertimana yang dimaksudkan oleh

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadisnya di atas.

Mengapakah dikatakan asing?

Setelah kita mengetahui ciri-ciri umum mereka yang digelar sebagai al-Ghuraba’,

maka persoalan kedua menyusul; mengapakah mereka yang berpegang teguh

kepada al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini dianggap sebagai

golongan yang ‘asing’? Dalam menjawab persoalan ini, al-Imam Ibnu al-Qayyim al-

Jauziyyah rahimahullah (751H) menulis di dalam kitabnya, Madarijus Salikin, jilid.

3, ms. 198-200:189[4]

Pahala yang sangat agung ini (iaitu kurniaan 50 pahala para sahabat)190[5] adalah kerana

dia terasing di tengah kelompok manusia lainnya, juga kerana tegar di atas al-Sunnah

Rasulullah di tengah kegelapan hawa nafsu dan fikiran sesat mereka.

Jika ada seorang mukmin yang telah diberi anugerah oleh Allah untuk dapat memahami

agamanya, juga memahami Sunnah Rasul-Nya, mendalami kitab-Nya serta diberi petunjuk

189[4] Lihat Tegar di Atas Sunnah Ibarat Menggenggam Bara Api, susunan Tim Media

Tarbiyah, ms. 151-153.

190[5] Hadis yang menerangkan ganjaran sebanyak 50 kali ganda pahala para sahabat kepada mereka

yang berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini akan dikemukakan

dalam huraian selanjutnya.

Page 149: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

149

tentang hawa nafsu, bid’ah, kesesatan dan berpalingnya orang lain dari jalan lurus yang

pernah dijalani oleh Rasulullah dan para sahabat.

Maka, jika orang seperti ini ingin menempuh jalan ini, hendaklah dia bersiap untuk menjadi

tempat celaan dan cemuhan orang-orang bodoh dan Ahl al-Bid’ah, serta akan menjadi bahan

olok-olok dan cacian, serta orang-orang akan diperingatkan agar jangan dekat-dekat

dengannya sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang kafir terhadap orang-orang yang

mengikuti Rasulullah.

Jika ia tetap mengajak mereka untuk menuju kepada al-Sunnah Rasulullah dan mencela

perbuatan mereka, maka akan bangkitlah kesumat mereka. Mereka akan mencari orang

yang akan mampu membinasakannya, segera memasang jaring perangkap, segera menaiki

kuda dan memacunya untuk menghalanginya.

Orang ini (Ahl al-Sunnah), seorang asing dalam agamanya, kerana rosaknya agama mereka,

asing dalam tegar di atas sunnah kerana mereka kukuh di atas bid’ah, asing dalam solatnya

kerana buruknya solat mereka, asing cara hidupnya kerana sesat dan salahnya cara hidup

mereka, asing nisbahnya kerana tidak sama dengan nisbah mereka, asing saat bergaul

dengan mereka kerana dia bergaul dengan mereka dengan sesuatu yang tidak mereka

gemari.

Perhatikanlah! Dia asing dalam semua urusan dunia dan akhiratnya, tidak ada yang mahu

membantu dan menolongnya, seorang ‘alim di tengah komuniti orang-orang bodoh, seorang

yang tegar di atas sunnah di tengah-tengah para Ahl al-Bid’ah. Orang yang mengajak

kepada agama Allah dan Rasul-Nya di tengah para penyeru kepada hawa nafsu dan bid’ah,

orang yang memerintahkan segala yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.

Page 150: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

150

Berdasarkan kepada keterangan beberapa buah hadis di atas dan huraian al-Imam

Ibnu al-Qayyim rahimahullah yang mengikutinya, maka dapatlah disimpulkan

bahawa:

Pertama:

Islam dan ajarannya adalah suatu yang bersifat ‘asing’ di sisi kehidupan majoriti

umat manusia dan sifat ini sentiasa kekal di sepanjang zaman. Dengan sifat

keasingannya ini menjadikan setiap orang yang berpegang teguh kepada

ajarannya yang tulen akan menjadi golongan terasing dan tersisih daripada

manusia lainnya yang ingkar terhadap ajaran yang dibawa oleh agama Islam.

Dalam hal ini, ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu pernah berkata:191[6]

Bagaimana sikapmu apabila kamu telah dilanda oleh suatu fitnah (bid’ah)

terus-menerus sehingga orang-orang dewasa mencapai usia tua dan anak

kecil mencapai usia dewasa dalam suasana seperti itu dan masyarakat

telah menganggap fitnah itu sebagai suatu amalan sunnah sehingga

apabila fitnah itu diingkari (ditentang), mereka berkata: Amalan sunnah

telah diubah (ditentang).

Dikatakanlah kepadanya (Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anh): Bilakah

yang demikian itu akan berlaku wahai Abu ‘Abdirrahman? Beliau

menjawab:

191[6] Lihat Riwayat ad-Darimi 1/75, no. 185, Ibnu Abi Syaibah 7/452, no. 37156 dan al-

Hakim 4/560, no. 8570.

Page 151: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

151

Bila ahli qira’at (pembaca al-Qur’an) kamu telah banyak, sedangkan ahli

fiqih (orang yang faham) dari (kalangan) kamu hanya sedikit, harta kamu

telah melimpah dan orang-orang yang memiliki rasa amanah jumlahnya

jarang ditemui dan apabila kehidupan dunia dicapai dengan (perantaraan)

amalan akhirat.

Penjelasan ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu menerusi atsar di atas bahawa

sunnah akan mendapat tentangan adalah tidak lain kerana sifat ‘keasingan’ sunnah

itu sendiri yang dilihat berbeza dengan kebiasaan atau tradisi beragama

kebanyakan umat manusia.

Justeru, sesiapa sahaja di dunia ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam

sebagaimana asalnya pasti akan disisihkan oleh sebahagian besar umat manusia

sebagaimana terang Yunus bin Ubaid menerusi kata-katanya berikut:192[7]

Seorang yang disampaikan kepadanya al-Sunnah kemudian menerimanya akhirnya menjadi

orang yang asing. Namun lebih asing lagi adalah yang menyampaikannya.

Kedua:

Mereka yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam yang sahih bukan sahaja disisihkan oleh masyarakat dimana mereka

berada akan tetapi mereka juga akan sentiasa dihujani dengan pelbagai cacian

daripada para penentang al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Walau bagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu yang asing dalam lembaran

sejarah perjuangan menegakkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

192[7] Riwayat al-Lalika’i 1/64 dan Ibnu Baththah dalam al-Ibanah 1/185, no. 20.

Page 152: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

152

malah perkara yang sama juga pernah dialami oleh baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam dan para sahabatnya radhiallahu’anhum.

Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin Abdul ar-Rahman ash-Shabuni rahimahullah

menjelaskan kenyataan ini:193[8]

Saya katakan bahawa saya telah melihat Ah al-Bid’ah yang menggelari Ahl al-Sunnah dengan gelaran-gelaran (yang negatif) ini, sedangkan Ahl al-Sunnah tidak terdapat

pada mereka suatu pun ciri-ciri daripada apa yang mereka gelarkan itu. Ini sebagai

kemuliaan dan kurniaan daripada Allah kepada Ahl al-Sunnah. Sebenarnya Ahl al-Bid’ah telah melalui jalan-jalan orang-orang musyrik – semoga Allah melaknat

mereka – terhadap apa yang mereka lakukan terhadap Rasulullah.

Sesungguhnya mereka telah menggelari Rasulullah dengan pelbagai gelaran (yang

buruk). Sesetengah mereka menamakannya sebagai tukang sihir. Ada pula yang

menamakannya sebagai tukang tilik. Sebahagian lainnya pula menamakannya sebagai

ahli syair, orang gila, tukang fitnah, pendusta yang suka membuat cerita-cerita

dongeng. Sedangkan Nabi berlepas diri dan jauh daripada keaiban-keaiban itu.

Baginda tidak lain hanya sebagai pesuruh yang dipilih oleh Allah dan sebagai Nabi-

Nya. Allah berfirman (dalam surah al-Furqan, ayat 9 yang bermaksud):

Perhatikanlah! Bagaimana mereka membuat perbandingan-perbandingan tentang kamu, lalu sesatlah mereka. Mereka tidak sanggup (mendapatkan) jalan untuk menentang kerasulanmu.

193[8] Lihat al-Risalah fii I’tiqad Ahl al-Sunnah wa Ash-haab al-Hadith wa al-Aimmah au Aqidah al-

Salaf Ash-haab al-Hadith karya Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman al-Shabuni, ms. 142-

143

Page 153: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

153

Sungguhpun demikian, harus diingat bahawa ‘kehinaan’ yang menimpa Ahl

al-Sunnah ini hanyalah berdasarkan sudut pandang para penentang al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itu sendiri, namun di sisi Allah

dan Rasul-Nya, mereka tetap dipandang sebagai kaum yang mulia.

Bagi mereka pahala yang besar dan keredaan Allah ke atas mereka, sebagai balasan di atas keteguhan mereka berpegang kepada al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di zaman yang penuh dengan pencemaran

pelbagai fitnah bid’ah dan maksiat ini.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:194[9]

Akan selalu ada segolongan dari umatku yang sentiasa taat menjalankan

perintah Allah. Tidak akan membahayakan mereka orang yang menghina

atau menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah dan mereka

tetap dalam keadaan seperti itu.

Dalam lafaz yang lain yang diriwayatkan oleh Muslim, no. 1920 disebut:

Ada satu golongan dari umatku yang akan selalu berada di atas

kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang yang menghinakan

mereka sehingga datang keputusan Allah sedangkan mereka tetap dalam

keadaan seperti itu.

Juga dalam hadisnya yang lain:195[10]

194[9] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3641 dan Muslim, no. 1037.

195[10] Hadis riwayat al-Hakim dan lainnya. Beliau menganggap hadis ini sebagai sahih dan

disepakati oleh adz-Dzahabi.

Page 154: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

154

Sesungguhnya di belakang kamu ada hari-hari dimana orang yang sabar

ketika itu seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah

pada hari itu akan mendapatkan lima puluh kali dari kamu yang

mengamalkan amalan (sunnah) tersebut. Para sahabat bertanya:

Mendapatkan lima puluh kali dari kita atau dari mereka? Rasulullah

menjawab: Bahkan lima puluh kali pahala kamu.

Asing dan minoriti tidak semestinya sesat.

Kita sering mendengar ungkapan sebahagian orang yang mengatakan bahawa jika

sesuatu amalan itu dilakukan oleh golongan yang sedikit (minoriti) dan terasing

dalam masyarakat maka ia adalah suatu yang sesat atau salah di sisi ajaran

agama. Walau bagaimanapun andaian ini adalah tidak benar.

Malah ia dilihat bercanggah dengan banyak ayat al-Qur’an yang menegaskan

bahawa benar atau tidak sesuatu perkara itu bukanlah diukur dengan jumlah

pendukung atau penganutnya, tetapi ialah sejauh mana ia berpijak di atas

landasan kebenaran yang berpaksi kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-An’am, ayat 116

berikut:

Dan jika engkau mengikuti kebanyakan orang yang berada di muka bumi

nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiada yang mereka

turuti melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah

berdusta.

Page 155: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

155

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mulia di atas menunjukkan kepada kita

bahawa faktor kuantiti bukanlah garis penentu bagi melayakkan sesuatu itu

dianggap sebagai benar di sisi ajaran Islam.

Berdasarkan kepada prinsip ini, maka para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah

mewasiatkan umat Islam agar hendaklah mereka sentiasa berpegang teguh

kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang

sahih, sekali pun ia pada pandangan kebanyakan masyarakat adalah sesuatu yang

ganjil lagi terasing.

Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan menegaskan di dalam kitabnya, Syarh Masa-il

Jahiliyah:196[11]

Nilai ukur kebenaran itu bukan kerana jumlah pengikut yang besar, tetapi nilai ukurnya

adalah kebenaran atau kebatilan yang menyertainya. Setiap yang benar walaupun

pengikutnya sedikit, maka harus digenggam kuat. Itulah jalan keselamatan. Semua

kebatilan tidak boleh berubah menjadi benar hanya kerana jumlah pengikutnya yang

banyak. Nabi bersabda (maksudnya): Sesungguhnya Islam itu muncul sebagai agama yang

asing (sedikit pengikutnya) dan suatu ketika akan kembali asing sebagaimana pertama

kali muncul.

Dalam hal ini, al-Imam al-Hasan al-Basri rahimahullah pernah mengingatkan

bahawa:197[12]

196[11] Lihat buku penulis, Cukupkah Sekadar Niat?, ms. 165.

197[12] Lihat Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz Abdul Wahab Bustami, ms. 129.

Page 156: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

156

Sesungguhnya Ahl al-Sunnah mereka adalah manusia yang sedikit jumlahnya pada zaman-

zaman yang telah lalu dan mereka juga sedikit jumlahnya pada masa yang akan datang.

Mereka ialah orang-orang yang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah

dalam kemewahan mereka. Dan tidak pula pergi bersama-sama dengan Ahl al-Bid’ah dalam

melakukan bid’ah-bid’ah mereka. Mereka tetap bersabar di atas sunnah mereka sehinggalah

mereka menemui Tuhan mereka. maka begitulah keadaan Ahl al-Sunnah, Insya-Allah. Maka

hendaklah kamu seperti mereka.

Senafas dengan wasiat al-Imam Abu al-Hasan al-Bashri rahimahullah di atas ialah

kenyataan Sufyan ats-Tsauri rahimahullah, beliau mewasiatkan:198[13]

Aku wasiatkan kamu untuk berpegang teguh kepada Ahl al-Sunnah dengan baik kerana

mereka adalah al-Ghuraba’. Alangkah sedikitnya Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Semoga dengan wasiat dan peringatan yang disampaikan oleh para tokoh Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah di atas ini akan menjadikan sumber kekuatan kepada kita

semua untuk terus konsisten dalam berpegang teguh kepada ajaran al-Qur’an dan

al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Semoga dengan berpegang teguhnya kita kepada kedua-dua petunjuk agung ini

akan meletakkan kita dalam golongan al-Ghuraba’ yang pastinya akan mendapat

ganjaran berupa nikmat kebahagiaan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Insya’

Allah.

198[13] Riwayat al-Lalika’i dalam Syarh I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah 1/63.

Page 157: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

157

Risalah #8:

Peringatan Kepada Para Penyebar Hadis Palsu

Seakan-akan menjadi satu kelaziman bagi sebahagian umat Islam yang

apabila disebut sahaja sesuatu ucapan sebagai ‘hadis’ atau ‘al-Sunnah’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka terus sahaja menerimanya,

mengamalkannya lalu menyebarkannya ke tengah-tengah masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa usaha menyebarkan hadis-hadis Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah satu amalan mulia yang amat dianjurkan oleh agama. Lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam ketika

ini yang sememangnya amat dahagakan ilmu berkaitan hadis atau al-Sunnah baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Namun apa yang menjadi permasalahan di sini adalah apabila hadis yang disampaikan itu tidak diperhatikan terlebih dahulu statusnya, apakah ia

sesuatu yang benar-benar berasal daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana menurut penilaian para ahli hadis atau sekadar perkataan yang

disandarkan secara dusta ke atas nama kemuliaan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam artikel ini penulis akan menjelaskan kepada sidang pembaca akan beberapa bahaya perbuatan menyebarkan hadis palsu, dengan dilandaskan

kepada hujah daripada ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim dan al-Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih serta penerangan para

ulama muktabar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini sedikit-sebanyak akan

membangkitkan kesedaran kita semua agar tidak terjebak kepada perbuatan menyebarkan hadis-hadis palsu yang pastinya akan mengheret pelakunya ke

lembah bahaya sebagaimana yang akan dihuraikan sebentar nanti.

Page 158: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

158

Peringatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam akan kemunculan

golongan pendusta.

Tidak diragukan lagi bahawa penciptaan dan penyebaran riwayat-riwayat dusta yang disandarkan ke atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

– atau lebih tepat dikenali sebagai jenayah pemalsuan hadis – bukanlah satu perkara yang asing dalam lembaran sejarah umat Islam. Malah fenomena ini

telah pun dikhabarkan sendiri oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadisnya sejak 1400 tahun yang lampau.

Ini sebagaimana sabdanya dalam hadis berikut yang berbunyi:199[1]

Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pendusta yang memberitahu kamu tentang hadis

yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah

didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka

menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah.

Sesungguhnya sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di atas mengandungi

mukjizat ilmiah yang besar di mana perkhabaran baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam mengenai kemunculan golongan pendusta yang sengaja mereka cipta

pelbagai riwayat atau hadis palsu itu benar-benar wujud selepas kewafatan

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini jelas terbukti apabila kita menyaksikan wujudnya pelbagai kitab yang dikarang

oleh para ilmuan Islam yang mendedahkan pelbagai riwayat atau hadis palsu yang

muncul dan berlegar-legar di tengah-tengah masyarakat umat Islam. Prof. Dr. H.M

Syuhudi Ismail menjelaskan hakikat ini dengan katanya:200[2]

199[1] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no.15.

200[2] Lihat Hadits Nabi Menurut Pembela, Pengingkar Dan Pemalsunya karya Prof. Dr. H.M Syuhudi

Ismail, ms. 48.

Page 159: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

159

Penelitian terhadap periwayatan hadis menjadi sangat penting kerana sebahagian dari apa

yang dinyatakan oleh masyarakat sebagai hadis Nabi, ternyata setelah diteliti dengan

saksama, pernyataan-pernyataan yang dikatakan sebagai hadis Nabi, ternyata menurut

hasil penelitian, pernyataan-pernyataan itu sama sekali tidak memenuhi syarat untuk

dikatakan sebagai hadis Nabi. Dalam ilmu hadis, pernyataan-pernyataan itu disebut

sebagai hadis palsu.

Apakah yang dimaksudkan dengan berdusta ke atas Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam?

Secara umumnya berdusta ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud

seseorang yang menyandarkan sesuatu ke atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam apa yang tidak berasal daripada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. al-

Imam al-Nawawi rahimahullah (676H) menyebut di dalam kitabnya, al-Adzkar

bahawa dusta bermaksud:201[3]

Ketahuilah! Sesungguhnya menurut mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah bahawa dusta itu

ialah: Mengkhabarkan tentang sesuatu yang berlainan/berbeza/menyalahi keadaannya.

Sama sahaja, apakah engkau lakukan dengan sengaja atau kerana kebodohanmu (iaitu tidak

sengaja). Akan tetapi tidak berdosa kalau kerana kebodohan dan berdosa kalau dilakukan

dengan sengaja.

Oleh itu berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dapat

ditakrifkan sebagai: Menyandarkan sesuatu kepada baginda baik berupa perkataan (qaul) atau perbuatan (fi'li) atau taqrir (iaitu persetujuan beliau

atas perkataan atau perbuatan sahabat) dan segala sesuatu yang disandarkan kepada baginda dengan cara berbohong atas nama baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam.

201[3] Lihat Al-Adzkar, ms. 326; dalam Al-Masaa-il karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir

Abdat, jld.1, ms. 38.

Page 160: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

160

Sama sahaja, apakah untuk masalah-masalah hukum, at-Targhib dan at-

Tarhib, keutamaan amal (Fadhail al-A'mal), nasihat, tafsir atau Tarikh (sejarah) dan lain-lain. Semuanya adalah haram termasuk berbohong atas

nama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana penjelasan al-Imam al-Nawawi rahimahullah di atas.

Asmawi Haji Ehsan menerusi buku beliau yang berjudul Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam menjelaskan:202[4]

Berdusta bermaksud seseorang perawi itu didapati pernah melakukan pendustaan

kepada Rasulullah dengan meriwayatkan sesuatu bersandarkan bahawa Rasulullah

dikatakan pernah berkata atau melakukan perbuatan yang disebutkannya sedangkan

pada hakikatnya, baginda tidak mengatakan atau melakukannya.

Seseorang perawi itu apabila telah disabitkan pernah melakukan pendustaan seperti

itu, tidak akan diterima lagi periwayatannya buat selama-lamanya walaupun dia

melakukannya hanya sekali dalam hidupnya dan telah berubah serta bertaubat atas

perbuatannya itu.

Kebanyakan para perawi hadis seperti ini akan mereka (cipta) hadis yang paling baik

sekali dengan gaya bahasa yang (biasa) digunakan oleh Nabi. Adakalanya, mereka

mengambil kata-kata ulama dan mendakwa itu adalah hadis Nabi atau mengubahsuai

perkataan tersebut mengikut kehendak mereka.

Siapakah yang dimaksudkan berdusta ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam?

202[4] Lihat Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam karya Asmawi Haji Ehsan, ms. 148.

Page 161: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

161

Ringkasnya, siapa jua yang memiliki salah satu atau lebih daripada ciri-ciri

golongan di bawah ini, maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang berdusta

ke atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Antaranya ialah:

Golongan pertama:

Para pereka hadis palsu. Mereka ialah orang yang bertanggungjawab mencipta

sesuatu riwayat palsu sama ada berupa ucapan (qauli), perbuatan(fi’li) mahupun

pengiktirafan atau persetujuan (taqriri) ke atas sesuatu perkara lalu

menyandarkannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Padahal

hakikatnya baginda tidak terkait sedikit pun dengannya.

Golongan kedua:

Para penyebar hadis palsu. Mereka ini bukanlah orang yang pertama mencipta

sesuatu riwayat atau hadis palsu yang disandarkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam sebagaimana yang telah disentuh dalam poin di atas. Akan tetapi mereka

ialah golongan yang berperanan aktif di dalam menyebar atau menyampaikan

hadis-hadis palsu kepada orang ramai. Syeikh al-Albani rahimahullah yang

merupakan salah seorang ahli hadis terkemuka di abad ini menjelaskan di dalam

kitabnya, Tamamul Minnah:203[5]

Orang yang tidak mengetahui kelemahan hadis (tetapi menyebarkannya kepada orang

ramai) termasuk berdosa juga kerana dia menisbahkannya kepada Nabi tanpa didasari ilmu.

Nabi bersabda (maksudnya): Cukuplah kebohongan seseorang dengan menceritakan setiap

yang dia dengar. Sehingga dia mendapat bahagian dari dosa berdusta kepada Rasulullah.

203[5] Lihat Tamamul Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah karya Syeikh Muhammad

Nashiruddin al-Albani, jld. 1, ms. 25-26.

Page 162: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

162

Sebagaimana dijelaskan oleh baginda bahawa orang yang menceritakan setiap apa yang

didengarnya termasuk orang yang menuliskannya – tidak diragukan lagi jatuh pada tindakan

berdusta atas diri Rasulullah. Tindakan itu menyebabkan dia termasuk salah satu dari dua

pendusta, (pertama) orang yang mengada-ada atau (kedua) orang yang menyebarkannya (ke

atas nama Nabi).

Ibnu Hibban (1/9) berkata: Dalam berita ini ada larangan seseorang menceritakan setiap

apa yang didengarnya sehingga dia meyakini kebenarannya.

(al-Imam) al-Nawawi menjelaskan orang yang tidak mengetahui kelemahan suatu hadis

tidak dibenarkan menjadikannya sebagai hujah sebelum melakukan penelitian dan

pengkajian secara cermat jika ia mampu, atau bertanya kepada ahlinya (iaitu mereka yang

pakar dalam bidang hadis) jika dia tidak memiliki kemampuan (untuk berbuat demikian).

Lihat (kitab) at-Tamhid dalam pendahuluan adh-Dha’ifah, ms. 10-12.

Sehubungan dengan ini, al-Imam at-Tirmidzi rahimahullah menukilkan nasihat al-

Imam asy-Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah beliau terangkan di dalam

kitabnya Sunan at-Tirmidzi setelah membawakan hadis no. 2666:

Berkata (al-Imam) asy-Syafie: Jika hadis sudah engkau ketahui dusta (palsu) kemudian

engkau sampaikan (iaitu sebarkan kepada orang lain), maka engkau termasuk para pendusta.

Pengecualian diberikan kepada mereka yang menyebarkan hadis-hadis palsu dalam

rangka menjelaskan kepalsuannya kepada orang ramai agar mereka dapat

mengetahui bahawa ia adalah sesuatu yang tidak berasal daripada Rasulullah

Page 163: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

163

shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini sebagaimana yang disarankan sendiri oleh Syeikh

Muhammad Syakir rahimahullah menerusi kitabnya al-Ba’ith al-Hadith, beliau

berkata:204[6]

Saya berpendapat menjelaskan kelemahan hadis dhaif adalah wajib dalam segala keadaan,

kerana jikalau tidak dijelaskan ianya akan memberi andaian kepada para pembaca bahawa

ianya adalah suatu hadis yang sahih (daripada Nabi).

Sehubungan dengan hal ini, al-Imam Ibnu al-Shalah rahimahullah (643H)

menegaskan di dalam kitabnya, ‘Ulum al-Hadith, ms. 98:

Tidak halal bagi sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk

sekalipun. Melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.

Senada dengan ucapan al-Imam Ibnu al-Shalah rahimahullah (643H) di atas ialah

Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah rahimahullah di mana beliau

menulis di dalam kitabnya yang berjudul al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Musthalah al-

Hadith, ms. 321:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dengan apa perkara sekali pun. Melainkan bersama

keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, fadhail

(kelebihan-kelebihan amalan), at-Tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat), at-

Targhib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya.

204[6] Lihat Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajarkan Dan Dilakukan

Oleh Rasulullah S.A.W karya Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 69.

Page 164: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

164

Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan, bererti dia telah melakukan dosa yang besar

dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan (kepada) apa yang diriwayatkan oleh

al-Imam Muslim dalam Muqaddimah kitab Shahihnya bahawa Rasulullah bersabda (yang

bermaksud): Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta,

maka dia termasuk salah seorang pendusta.

Golongan ketiga:

Mereka yang sengaja menyebarkan sesuatu hadis palsu akan tetapi tidak

menjelaskan kepalsuan hadis yang disampaikan oleh mereka. Padahal mereka

sendiri menyedari akan kepalsuan hadis tersebut. al-Imam al-Nawawi rahimahullah

menulis di dalam kitabnya Syarh Shahih Muslim:205[7]

Barangsiapa yang meriwayatkan hadis maudhu dengan pengetahuannya dan persangkaannya

yang lebih kuat, kemudian tidak menerangkan tentang keadaan riwayat tersebut, maka dia

termasuk dalam ancaman hadis ini, dikategorikan dalam jajaran para pendusta atas nama

Rasulullah.

Golongan keempat:

Mereka yang membawakan sesuatu hadis yang sahih menurut penilaian para ahli

hadis akan tetapi mereka mentafsirnya kepada sesuatu yang menyelisihi maksud

dan tujuan asal hadis itu disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Mudah kata, apa yang baginda shallallahu ‘alaihi wasallam maksudkan, lain pula

yang mereka tafsirkan.

205[7] Lihat Syarh Shahih Muslim karya al-Imam al-Nawawi, jld. 1, ms. 191.

Page 165: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

165

Perkara ini lazim berlaku kepada mereka yang tidak mahu meneliti syarah para

ulama ke atas hadis-hadis yang mereka sampaikan kepada orang ramai, sehingga

akhirnya mereka mengeluarkan tafsiran yang salah daripada hadis-hadis tersebut.

Golongan kelima:

Mereka yang menyebarkan sesuatu hadis dan menganggapnya sebagai sahih

dengan hanya berdasarkan kepada syak atau sangkaan sahaja tanpa terlebih

dahulu melakukan kajian ilmiah mengenai kedudukan sebenar status hadis

tersebut. Persoalan ini akan penulis sentuh secara terperinci dalam perbahasan

yang selanjutnya. Insya’ Allah.

Beberapa implikasi negatif di sebalik penciptaan dan penyebaran hadis-

hadis palsu.

Suatu hal yang tidak dapat diragukan lagi bahawa kemunculan hadis-hadis palsu

dalam masyarakat Islam, bermula sejak awal kemunculannya sehinggalah ke saat

ini, telah pun meninggalkan pelbagai implikasi negatif ke atas agama dan

ketamadunan umat Islam. Di antara kesan negatif yang paling ketara akibat

daripada penciptaan dan penyebaran hadis-hadis palsu secara berleluasa ini adalah

berpecahnya umat Islam kepada pelbagai aliran dan fahaman sebagaimana yang

dapat kita saksikan ketika ini.

Lebih jauh dari itu, hadis-hadis palsu ini juga telah menyebabkan lahirnya pelbagai

fahaman dan amalan bid'ah yang merupakan faktor terpenting yang membawa

kepada keruntuhan asas-asas agama sekaligus memusnahkan kegemilangan

ketamadunan Islam sebagaimana yang pernah diraih suatu ketika dahulu.

Page 166: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

166

Dalam konteks ini, al-Marhum Muhammad Rashid Reda rahimahullah menulis di

dalam kitabnya at-Ta'rif bi al-Kitab al-'I'tisham, ms. 3-4:206[8]

Ulama sains sosial, ahli politik dan pakar sejarah pelbagai bangsa bersepakat

bahawa bangsa Arab bangkit mencapai kemajuan dan kegemilangan terakhir mereka

kerana kesan daripada ajaran Islam yang menyatupadu dan memperbaiki keadaan

diri dan kelakuan (jahiliyah) mereka. Tetapi ramai yang tidak bersepakat dalam

menentukan faktor kejatuhan umat Islam selepas kebangkitan, sehingga ada yang

meletakkan kesalahan itu pada agama.

Sedangkan kata-kata orang berilmu menetapkan bahawa agama yang pernah menjadi

faktor kebaikan dan perubahan tidak mungkin (di satu masa) akan menjadi faktor

kemusnahan dan kelemahan, kerana faktor yang sama tidak akan menghasilkan kesan

yang berbeza.

Jika benar ajaran Islam memberi kesan kemunduran kepada generasi terkemudian,

maka yang demikian itu pastinya bukan (berasal) dari ajaran Islam sebenar yang

mendatangkan kebaikan kepada generasi terdahulu. Bahkan ianya tentu kerana

faktor bid'ah yang memecahkan perpaduan mereka dan memesongkan mereka

daripada jalan yang lurus.

Sementara itu, Ustaz Abdullah Taslim al-Buthoni menerusi artikelnya yang

berjudul Bahaya Hadith Palsu Dalam Merosak Akidah Umat Islam, beliau menjelaskan:207[9]

Kerosakan yang ditimbulkan hadis-hadis palsu menjadi lebih parah disebabkan

kejahilan kebanyakan umat Islam terhadap agama mereka, sehingga mudah

terpengaruh dan menerima semua ucapan yang dinisbahkan kepada Rasulullah yang

206[8] Lihat Khilaf Dalam Islam: Sebab Dan Adab, himpunan kertas kerja oleh Ustaz Abdul Rasyid

Idris, Dr. Azwira bin Abdul Aziz dan Dr. Fadlan Mohd Othman, ms. 39-40.

207[9] Lihat Majalah As-Sunnah, edisi No. 1/Thn.XV/Jumadil Akhir 1432H /Mei 2011M, ms. 23.

Page 167: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

167

sampai ke telinga mereka, tanpa berusaha mencari kejelasan tentang mana hadis

yang sahih dan mana yang lemah, bahkan palsu. Tentu saja, keadaan ini akan

berakibat fatal, kerana nantinya kerosakan yang terdapat pada hadis-hadis palsu

tersebut akan diterima dan diyakini oleh mereka sebagai kebenaran.

Peringatan Allah dan Rasul-Nya kepada para pencipta dan penyebar

hadis-hadis palsu.

Jika diteliti ayat-ayat suci al-Quran al-Karim dan al-Hadis Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam yang sahih, akan ditemui begitu banyak celaan dan ancaman keras

yang disediakan kepada mereka yang sengaja berdusta ke atas nama Allah dan

Rasul-Nya.

Salah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai berdusta ke atas nama Allah

dan Rasul-Nya adalah bercakap sesuatu berkaitan agama Islam tanpa memiliki

ilmu yang tepat lagi benar mengenainya. Ini termasuklah menyebarkan hadis-

hadis palsu yang disandarkan ke atas nama utusan-Nya yang mulia, Nabi

Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

al-Imam as-Sakhawi rahimahullah menulis di dalam al-Maqashid al-Hasanah, ms.

36:208[10]

Sesungguhnya berdusta di atas (nama) Rasulullah tidak sama dengan berdusta atas (nama)

orang lain. Sehingga para ulama (ahli hadis) yang memiliki ilmu yang mendalam telah

bersepakat (mengatakan) bahawa berdusta atas (nama) Rasulullah termasuk perbuatan

dosa yang paling besar.

208[10] Lihat Majalah As-Sunnah, edisi No. 1/Thn.XV/Jumadil Akhir 1432H /Mei 2011M, ms.

23.

Page 168: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

168

Beberapa imam dan ulama besar Islam menyatakan dengan tegas bahawa orang yang

melakukan perbuatan ini tidak diterima taubatnya. Bahkan Syeikh Abu Muhammad al-

Juwaini (berpendapat dengan pendapat yang) sangat keras (dalam masalah ini) sehingga

beliau mengkafirkan orang yang melakukan perbuatan ini serta memperingatkan (dengan

keras) akan fitnah dan bahayanya.

Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di bawah ini:209[11]

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap

Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu

pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum

yang zalim.

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa orang-orang yang

sengaja berdusta ke atas Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah termasuk dalam

golongan mereka yang paling zalim. Malah para pendusta ini, sebagaimana lanjut

ayat di atas, sekali-kali tidak akan beroleh petunjuk hidayah daripada Subhanahu

wa Ta’ala.

Dalam ayat yang lain pula Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa para

pendusta ini akan hadir pada Hari Kiamat dalam keadaan muka mereka kehitaman

sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Zumar, ayat 60:

Pada hari kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berdusta

terhadap Allah muka-muka mereka hitam.

209[11] Surah al-An’am, ayat 144.

Page 169: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

169

al-Imam al-Hafiz Ibnu al-Jauzi rahimahullah (597H) setelah membawakan ayat ini

beliau berkata:210[12]

Sebahagian para ulama berpendapat bahawa berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah

kufur yang memindahkan seseorang dari agama (murtad) dan tidak syak lagi bahawa

berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya dalam mengharamkan yang halal dan menghalalkan

yang haram adalah sama sekali kufur, hanya perkara (yang diperselisihkan) ialah mengenai

pembohongan ke atas Rasul dalam perkara-perkara selain itu.

Seiring dengan kenyataan al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi rahimahullah di atas ialah

ulasan Syeikh Abu Muhammad al-Juwaini asy-Syafie rahimahullah (438H) dimana

beliau berkata:211[13]

Orang yang dengan sengaja mendustakan Rasulullah adalah kafir walaupun dia tidak

menganggapnya halal. Memang jumhur (majoriti) ulama tidak menganggapnya kafir

tetapi dia dianggap fasiq dan seluruh riwayatnya ditolak serta tidak diperbolehkan

berhujah dengannya.

Demikian juga sebagaimana yang diutarakan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah

dalam Muqaddimah kitabnya, Silsilah al-Ahadith adh-Dha'ifah wa al-

Maudhu'ah:212[14]

al-Imam Ibnu Hibban dalam Shahihnya (Shahih Ibnu Hibban) mengatakan wajib masuk

neraka bagi sesiapa sahaja yang menisbahkan (menyandarkan) sesuatu kepada Rasulullah

padahal ia tidak mengetahui sejauh mana kebenaran (perkara yang disandarkan ke atas

210[12] Lihat Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' karya Drs. Abdul Ghani Azmi Hj Idris, jld. 1,

ms. 41.

211[13] Lihat al-Bida' al-Hauliyah karya Abdullah Abdul Aziz at-Tuwaijiriy, ms. 46.

212[14] Lihat Silsilah al-Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Madhu'ah karya Syeikh al-Albani, jld.

1, ms. 31.

Page 170: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

170

Rasulullah itu). Kemudian dia menyebutkan hadis: Man qaala 'alayya... dan seterusnya

seperti yang diriwayatkan oleh Ashhabus Sunan.

Oleh sebab itu al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah (354H) menerusi kitabnya,

Shahih Ibnu Hibban, jilid 1, ms. 210 meletakkan satu pasal yang dinamakan oleh

beliau sebagai:

Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu

kepada al-Musthafa, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya.

Selanjutnya, sila perhatikan pula Firman Allah dalam surah al-A’raf, ayat 33

berikut:

Katakanlah: Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik

yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar

hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan)

mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan

hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah

apa yang tidak kamu ketahui.

Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan bahawa termasuk

dalam perbuatan keji yang diharamkan oleh-Nya ialah mengada-adakan sesuatu ke

atas-Nya tanpa pengetahuan yang benar. Ini termasuklah menyandarkan sesuatu

maklumat palsu ke atas nama Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sesungguhnya berdusta ke atas nama Allah dan Rasul-Nya adalah perbuatan yang

terkutuk di sisi ajaran Islam, malah ia juga merupakan salah satu bentuk

kepatuhan kepada sebagaimana firman-Nya menerusi surah al-Baqarah, ayat 168-

169 berikut:

Page 171: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

171

Sesungguhnya ia (syaitan) hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan

dan perkara-perkara keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata terhadap

Allah apa yang kamu tidak ketahui.

Selanjutnya marilah kita perhatikan pula hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam di bawah ini:213[15]

Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani

Israil dan jangan takut dan barangsiapa yang bedusta atas namaku, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dalam neraka.

Dalam hadisnya yang lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 1209 baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Dari al-Mughirah radhiallahu ’anhu, beliau berkata: Aku pernah

mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya

berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan

nama orang lain. Maka, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan

sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.

Berpandukan kepada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa berdusta ke atas

nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah sesuatu yang boleh

dipandang ringan. Malah ia adalah suatu perkara besar yang sewajarnya dielakkan

oleh sesiapa jua, mengingatkan ancaman yang dijanjikan kepada mereka yang

berdusta ke atas nama baginda shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sesuatu yang

amat dahsyat iaitu berupa api neraka.

213[15] Hadis riwayat al-Bukhari, no.3274.

Page 172: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

172

Perkara ini telah pun diulang-ulang oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam

beberapa kali sebagaimana sabdanya dalam hadis yang lain. Baginda shallallahu

‘alaihi wasallam bersabda:214[16]

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu, dia berkata: Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kamu berbohong atas (nama)ku!

Sesungguhnya sesiapa yang berbohong atas (nama)ku, maka hendaklah

dia masuk ke (dalam) neraka.

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (852H) menerusi kitabnya Fath al-Bari

jilid 1, ms. 270 ketika mengulas hadis di atas, beliau berkata:

Ia mengenai setiap pendustaan ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan semua jenis

pendustaan ke atas baginda. Maksudnya jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku

(menggunakan namaku).

Dalam riwayat yang lain:215[17]

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ’anhu bahawasanya Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang berdusta ke atas

namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat

tinggalnya di neraka.

Menurut Abu Faidh Fashih al-Harawi rahimahullah (837H), ancaman tersebut tidak

membezakan apakah pemalsuan hadis itu berisi tentang hukum, dorongan beramal

(at-Targhib), mempertakuti agar orang-orang tidak melakukan perbuatan-

214[16] Hadis riwayat al-Bukhari 1/35, Muslim 1/7, at-Tirmidzi 4/142, Ibnu Majah, no. 31 dan

Ahmad 1/83.

215[17] Hadis riwayat Muslim al-Bukhari, no.1291.

Page 173: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

173

perbuatan yang dilarang agama (at-Tarhib), ataukah berisi nasihat-

nasihat.216[18]

Selanjutnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 109 Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak

pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam

neraka.

Dalam lafaz yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad jilid 4,

ms. 50, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Tidak seorang pun yang berkata atas (nama)ku dengan batil atau (dia mengucapkan) apa saja (perkataan) yang tidak pernah aku ucapkan, melainkan tempat tinggalnya di neraka.

Sebagaimana yang telah disentuh dalam hadis pertama di atas, pendustaan ke

atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah tidak boleh diserupakan

dengan pendustaan ke atas selain baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ini kerana penyandaran sesuatu perkara ke atas baginda shallallahu ‘alaihi

wasallam baik berupa perkataan, perbuatan mahupun persetujuan dimana baginda

shallallahu ‘alaihi wasallam sedikitpun tidak terkait padanya tetap akan meletakkan

seseorang itu kepada ancaman api neraka. Ini sekalipun penyandaran tersebut

dilakukan di atas dasar niat dan tujuan yang baik atau hanya sekadar sangkaan

cuma.

216[18] Lihat Hadits Nabi Menurut Pembela, Pengingkar Dan Pemalsunya karya Prof. Dr. H.M.

Syuhudi Ismail, ms. 58.

Page 174: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

174

Perhatikan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ulasan oleh para ulama

yang mengikutinya di bawah ini: Dari Hafsh bin Ashim r.a, dia berkata bahawa

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:217[19]

Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta kalau dia

menceritakan semua yang dia dengar (tanpa mengkaji benar atau tidak).

al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah ketika mengomentari hadis di atas berkata di

dalam kitab adh-Dhu’afa’, jilid 1, ms. 33:218[20]

Di dalam hadis ini ada ancaman bagi seseorang yang menyampaikan setiap apa yang

dia dengar sehingga dia tahu dengan seyakin-yakinnya bahawa hadis atau riwayat itu

sahih.

Menjelaskan hikmah larangan hadis ini kepada sesiapa jua untuk menceritakan

segala yang dia dengari, al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:219[21]

Makna yang terkandung dalam hadis dan atsar 220 [22] yang terdapat dalam bab ini adalah

tentang celaan dalam berbicara atau memberitahukan segala sesuatu yang didengari oleh

seseorang. Kerana sesuatu yang didengar biasanya mengandungi unsur kebenaran dan

kedustaan (iaitu sesuatu yang tidak pasti -pen). Sehingga, apabila dia berbicara dan

memberitahukan segala sesuatu yang dia dengar, maka dia telah berdusta jika

mengkhabarkan sesuatu (yang pada hakikatnya) tidak terjadi.

218[20] Lihat Ar-Rasaa-il karya Yazid Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 68.

219[21] Lihat Syarh Shahih Muslim karya al-Imam al-Nawawi, jld. 1, ms. 199.

Page 175: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

175

Serentak dengan itu dalam kitab Mushkil al-Atsar (tahqiq: Muhammad ‘Abd al-

Salah Syahin), jilid 1, ms. 176, al-Imam ath-Thahawi rahimahullah (321H)

mengingatkan:221[23]

Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah berdasarkan sangkaan, bererti dia

telah menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar. (Sesiapa yang)

menyampaikan hadis daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda

sebagaimana seorang pendusta. Mereka termasuk dalam sabdanya: Sesiapa yang berdusta

ke atas aku, hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka. Kami berlindung

daripada Allah daripada yang sedemikian.

Demikian betapa kejinya kedudukan mereka yang sengaja melakukan pendustaan

terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bahaya yang bakal ditanggung oleh

mereka akibat daripada tindakan menyebarkan hadis-hadis palsu yang disandarkan

ke atas nama kemuliaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Sebenarnya, amaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis-hadisnya

yang lalu tidak hanya terhad kepada mereka yang sengaja melakukan pendustaan

ke atas nama baginda (pereka hadis palsu) sahaja tetapi meliputi sesiapa jua yang

terlibat dalam perbuatan dusta tersebut.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata dalam mukadimah kitabnya yang masyhur,

Silsilah al-Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah jilid 1, ms. 31:

Kalaupun mereka tidak secara langsung mendustakan hadis-hadis Rasulullah, mereka (tetap

juga) dikategorikan sebagai pengikut atau pengekor dalam memperluaskan hadis-hadis yang

belum jelas sahih dan dhaifnya. Di samping itu, mereka juga mengetahui bahawa dalam

hadis-hadis Rasulullah ada yang dhaif dan ada pula yang maudhu (palsu).

221[23] Lihat Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus

Abdullah, ms. 327.

Page 176: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

176

Selanjutnya beliau juga berkata dalam kitab yang sama, jilid 1, ms. 32:

Menjadi jelaslah apa yang saya kemukakan tadi bahawa tidak boleh meriwayatkan atau

mengutarakan hadis tanpa mengetahui sejauh mana kesahihannya. Kerana itu, siapa sahaja

yang melakukannya, ia termasuk orang yang berdusta dengan mengatasnamakan Rasulullah

dan termasuk orang yang diancam oleh baginda dengan diberikannya tempat di dalam

neraka seperti yang tercantum dalam hadis mutawatir tadi.

Berdasarkan kepada penjelasan ini, hendaklah kita, umat Islam, sentiasa berpada-

pada apabila membicarakan sesuatu perkara yang disandarkan ke atas nama

baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Hendaklah setiap hadis atau riwayat yang

hendak disampaikan disemak terlebih dahulu kedudukannya, apakah ianya sesuatu

yang benar-benar diambil secara sah (sahih) daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam atau sebaliknya.

al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah pernah ditanya tentang para khatib

yang biasa menyampaikan hadis-hadis lemah dan palsu dalam khutbahnya, beliau

menjawab sebagaimana yang tersebut di dalam kitab al-Fatawa al-Hadithiyyah,

ms. 63:222[24]

Tidak halal berpedoman dalam menyampaikan hadis pada suatu kitab atau khutbah yang

penulisnya bukan ahli hadis. Barangsiapa yang melakukan hal itu maka dia layak untuk

dihukum dengan hukuman yang berat.

222[24] Lihat majalah As-Sunnah – Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73.

Page 177: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

177

Inilah keadaan para khatib zaman sekarang, tatkala melihat ada makalah khutbah yang

berisi hadis-hadis, mereka langsung menghafalnya dan berkhutbah dengannya tanpa

memeriksa terlebih dahulu apakah hadis tersebut ada asalnya atau tidak.

Maka merupakan kewajipan bagi pemimpin negeri tersebut untuk melarang para khatib

dari perbuatan tersebut dan menegur dari khatib yang telah melakukan perbuatan

tersebut.

Amat dukacita apabila ramai di kalangan umat Islam tidak mengambil serius

persoalan ini. Terutamanya para pendakwah agama di mana sebahagian daripada

mereka amat gemar berbicara mengenai hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam tanpa terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu yang asas (basic) berkaitan

dengan subjek tersebut.

Sebagai akibatnya hadis-hadis maudhu (palsu) yang disampaikan oleh mereka itu

telah tersebar ke merata tempat sehingga menimbulkan pelbagai pencemaran

terhadap ajaran agama.

Inilah sebab utama mengapa pelbagai amalan dan fahaman bid’ah yang

bersumberkan daripada hadis maudhu di dalam masyarakat kita amat sukar

dibanteras. Semua ini tidak lain disebabkan oleh sikap sebahagian para pendakwah

yang suka mengambil sikap ‘acuh tak acuh’ di dalam menyemak darjat setiap hadis

yang hendak disampaikan oleh mereka ke dalam masyarakat.

Syeikh al-Albani rahimahullah pernah menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap

sebahagian para pendakwah yang mencuaikan tanggungjawab menjelaskan

Page 178: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

178

kedudukan hadis yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka. Beliau berkata di

awal kitabnya, Tamamul Minnah:223[25]

Tidak boleh menyebutkan hadis lemah kecuali harus diterangkan kelemahannya. Merupakan

kebiasaan para penulis dari berbagai mazhab dan berbagai kalangan, bahawa mereka saat

meriwayatkan hadis lemah banyak yang tidak memperingatkan akan kelemahannya.

Mungkin ini adalah kerana ketidaktahuan mereka atau mungkin kerana kebencian dan

kemalasan mereka untuk merujuk kembali kitab-kitab para ahli hadis serta sebahagian ahli

hadis pun terlalu memudahkan urusan ini terutama sekali dalam hadis-hadis tentang fadhail

al-a’mal (keutamaan amal).

Masyhur belum tentu sahih.

Ramai yang beranggapan bahawa apabila sesuatu hadis itu masyhur dalam

masyarakat maka ia adalah sesuatu yang sahih daripada Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam. Walau bagaimanapun tanggapan ini adalah tidak tepat.

Realiti membuktikan telah banyak hadis yang masyhur berlegar-legar dalam

masyarakat yang dianggap oleh sebahagian pihak sebagai hadis Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam. Padahal yang sebenarnya ia adalah riwayat yang

lemah atau palsu, bahkan tidak ada asalnya sama sekali dalam mana-mana kitab

hadis yang muktabar.

223[25] Lihat Hadits Lemah & Palsu Yang Populer Di Indonesia karya Ahmad Sabiq bin

Abdul Lathif Abu Yusuf, ms. 6.

Page 179: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

179

Dalam hal ini, Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (728H) menjelaskan di

dalam kitabnya Majmu' al-Fatawa, jilid 4, ms. 409-410 dengan katanya:224[26]

Seandainya sebahagian masyarakat umum yang mendengar hadis dari tukang cerita dan

aktivis (penggiat) dakwah, atau dia membaca hadis yang baginya adalah popular (masyhur)

maka bukanlah hal itu menjadi rujukan sama sekali. Betapa banyak hadis-hadis yang popular

di tengah masyarakat umum, bahkan di kalangan para ahli fekah, kaum sufi, ahli falsafah

dan sebagainya, lalu menurut pandangan ahli hadis ternyata hadis tersebut tidak ada

asalnya dan mereka menegaskan hadis tersebut palsu.

Apakah hadis masyhur?

Hadis masyhur adalah salah satu jenis hadis yang masuk kategori hadis Ahad, iaitu hadis yang diriwayatkan lebih dari satu atau dua perawi namun

belum sampai pada tahap mutawatir. Terkadang hadis masyhur sangat akrab di lidah masyarakat tapi isnadnya tidak sahih, atau tidak dikenal oleh

ulama hadis atau tidak mempunyai asal.

Padahal hakikatnya perkataan yang ma’tsur (yang berisnad dari para

sahabat atau tabi’in), kata mutiara atau sebuah peribahasa.225[27] al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Nuzhoh Nazhor fi Taudhih Nukhbah Fikar, ms. 63-

64:226[28]

224[26] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73.

225[27] Lihat Laisa min Qaul An-Nabi s.a.w karya Dr. Muhammad Fuad Syakir, ms. 38.

226[28] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 73.

Page 180: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

180

Hadis masyhur boleh juga diertikan dengan suatu hadis yang banyak beredar di lidah

masyarakat umum, maka hal ini mencakup hadis yang memiliki satu sanad227[29] atau

lebih, bahkan hadis yang tidak memiliki sanad sama sekali.

Oleh kerana itu, para ulama merasa perlu mencatat dan membukukannya dalam

kitab tersendiri. Beberapa ulama yang menulis dalam bidang ini adalah:

1. Badruddin Muhammad bin Abdullah al-Zarkasyi, wafat tahun 794H.

Kitabnya berjudul at-Tadzkirah fii al-Ahadith al-Musytaharah.

2. Muhammad bin Abdurrahman al-Sakhawi, wafat tahun 902H. Kitabnya

berjudul al-Maqasid al-Hasanah fii Bayan Katsirin min al-Ahadith al-

Musytaharah ‘Ala Alsinah.

3. Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuthi, wafat tahun 911H. Kitabnya berjudul

ad-Durar al-Muntasirah fii al-Ahadtih al-Musytahirah.

4. Abu al-Hasan Nuruddin al-Samshudi, wafat tahun 911H. Kitabnya berjudul

al-Ghammaz ‘Ala al-Lammaz.

5. Abdurrahman bin Ali bin al-Rabi’ al-Syaibani, wafat tahun 994H. Kitabnya

berjudul Tamyiz at-Thayyibi min al-Khabith fii Maa Yaduru ’Ala Alsinati al-

Nas min al-Hadith.

6. Abdul Wahab bin Ahmad al-Sya’rani, wafat tahun 973H. Kitabnya berjudul

al-Badru al-Munir fii Gharib Ahadith al-Basyiri al-Nadzir.

7. Ismail bin Muhammad al-Ajuni, wafat tahun 1162H. Kitabnya berjudul Kasyf

al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amma Isytihara min al-Ahadith ‘ala al-Sinati al-

Nas.

Secara umumnya, kebanyakan umat Islam lazimnya begitu mudah terpengaruh

dengan hadis-hadis palsu yang terdapat pada kitab-kitab yang masyhur, di mana

ianya dikarang oleh para ilmuan Islam yang muktabar.

227[29] Apakah sanad dan matan? Sanad atau isnad ialah silsilah (mata rantai) perawi yang

menghubungkan kepada suatu matan. Manakala matan pula ialah ucapan atau kalimat yang berhenti

padanya sebuah sanad.

Page 181: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

181

Dalam menangani masalah ini para ulama hadis mengambil pendekatan

memeriksa semula kandungan kitab-kitab ini lalu kemudiannya memberi catatan

agar para pembaca tidak terpengaruh dengan riwayat-riwayat palsu yang telah

dimasukkan secara tidak sengaja oleh para penulis asal kitab-kitab tersebut.

Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh para tokoh berikut, antaranya ialah:

1. Ibnu Hajar dalam kitab al-Kasysyaf li Zamahsyari yang merupakan kitab tafsir yan

masyhur. Maka ketika datang Ibnu Hajar, maka ditarjihkanlah hadis-hadisnya. 2. Al-Hafiz al-Iraqi terhadap kitab Ihya’ Ulumiddin, ketika ditakhrij dan diterangkan

darjat hadis-hadisnya dalam kitab beliau al-Mughni ‘an Hamli al-Asfar fii al-Asfar. 3. Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya, Talkhis al-Kabir bi Takhrij Ahadith Kitab al-

Rafi’ al-Kabir. 4. Al-Hafiz al-Zaila’i dalam kitabnya Nashbu al-Rayah fii Takhrij Ahadith Hidayah. 5. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam kitabnya Takhrij Fiqh al-Sunnah

karangan Sayyid Sabiq dan Fiqh Sirah karangan Muhammad al-Ghazali dan kitab-

kitab masyhur lainnya.

Kebenaran makna yang terkandung pada sesebuah hadis palsu bukan

ukuran ia adalah sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa riwayat atau hadis palsu

(maudhu’) yang mengandungi makna atau fakta yang benar serta sesuai dengan

apa yang dibawa oleh al-Qur'an dan hadis Rasulullah yang sahih. Namun harus

diketahui bahawa tidak semua hadis yang maknanya benar bererti Nabi shallallahu

‘alaihi wasallam pernah mengatakannya, sehingga tidak boleh menisbahkannya

kepada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebagai contoh adalah seperti hadis

berikut, maksudnya:

Apabila kaum Muslimin membenci para ulama mereka, menampakkan para

penjaga pasar mereka, saling menikah untuk mengumpulkan dirham,

Page 182: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

182

maka Allah akan menimpakan kepada mereka empat perkara: (1)

Kekeringan (kemarau) yang cukup lama, (2) Kezaliman penguasa, (3)

Pengkhianatan para pemimpin dan (4) Serangan dari musuh.

al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah, salah seorang tokoh hadis terkemuka

bermazhab Syafie berkata mengenai hadis ini: (Hadis ini) Munkar.

Syeikh al-Albani rahimahullah memberi komentar yang agak panjang terhadap

hadis ini sebagaimana yang dicatatkan oleh beliau di dalam kitabnya, Silsilah al-

Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Maudhu’ah jilid 2, ms. 36-37:228[30]

Sebahagian penuntut ilmu yang jahil telah menulis dengan tinta yang tidak boleh dihapus

setelah ucapan adz-Dzahabi di atas pada Nuskhah Zhahiriyyah: Saya berkata: Bahkan

hadisnya adalah sahih sekali. Sepertinya, orang jahil ini beranggapan bahawa suatu hadis

apabila sesuai dengan kenyataan bererti Rasul pasti mengucapkannya.

Sungguh ini adalah kejahilan yang amat parah kerana berapa banyak hadis-hadis yang

dilemahkan oleh para ulama ahli hadis padahal maknanya sahih. Terlalu banyak sekali kalau

saya harus menampilkan contoh-contohnya, cukuplah apa yang terdapat (dalam) kitab

karyaku ini.

Seandainya pensahihan hadis dibuka kerana melihat maknanya yang sahih tanpa melihat

kepada (kedudukan) sanadnya, nescaya berapa banyak kebatilan akan masuk pada syariat

dan betapa banyak manusia yang akan menyandarkan kepada Nabi suatu ucapan yang

228[30] Lihat majalah As-Sunnah, Edisi ke-2/Tahun ke-7/1428H/2007M, ms. 72.

Page 183: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

183

baginda tidak katakan dengan alasan tersebut, kemudian mereka mengambil tempat

duduknya dalam neraka.

Demikian juga dengan lain-lain hadis palsu yang menerangkan fadhilat

(keutamaan) bagi sesuatu amal dimana sebahagiannya ternyata terbukti

‘kemujarabannya’. Namun, ia juga tetap tidak boleh disandarkan ke atas nama

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini semua demi memastikan agar

kemurniaan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah akan tetap terpelihara.

Tujuan yang baik bukan ‘lesen’ untuk menghalalkan penyebaran hadis-

hadis palsu.

Mungkin ada di kalangan kita yang bertanya: Apakah boleh menyebarkan sesuatu

hadis yang telah jelas kepalsuannya dengan tujuan yang baik seperti memberi

motivasi umat Islam untuk mendekatkan diri kepada agama (at-Targhib) dan

menjauhkan mereka daripada melakukan kemungkaran (at-Tarhib)?

Syeikh Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah (1322H) dalam kitabnya Qawaid at-

Tahdith, ms. 165 memiliki huraian yang amat baik dalam menjawab persoalan ini.

Beliau berkata:

Terdapat tujuan (yang sangat mustahak mengapa) para imam hadis menerangkan tentang

sanad dan kelemahannya. Ia lebih besar daripada tujuan menggalakkan ibadah, puasa dan

solat. Iaitu untuk membebaskan dan memelihara syariat yang suci daripada sebarang

penambahan (atau perubahan). Ini merangkumi penambahan yang baik atau buruk. Apakah

lagi keburukan yang lebih besar akan masuk ke dalam syariat yang suci ini daripada dibuka

ruang untuk para pendusta mencipta apa sahaja yang mereka suka? Tanpa membezakan

antara yang benar dan bohong?

Page 184: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

184

Kemudian, siapa yang sanggup namanya digunakan oleh penulis lain bagi membolehkan

mereka menulis apa sahaja yang mereka sukai mengenai pemikiran atau perkataan,

sekalipun ia (bermaksud) baik? Siapa pula yang menerima jika seseorang berdusta

menggunakan nama menteri atau ketua dengan mengeluarkan sesuatu ketetapan atau

edaran bersama dengan tanda tangannya? Bolehkah semua itu diterima dengan baik tanpa

menganggapnya mempersendakan undang-undang, didenda atau sekurang-kurangnya

dibantah?

Siapa pula yang dapat bayangkan bahawa dia boleh mengada-adakan suatu perintah

tertinggi dan menghebahkannya seakan-akan ia (suatu arahan yang sah) daripada sultan,

namun (adakah) dia tidak dihukum (kerana berdusta ke atas nama sultan)? Jika demikian,

siapa pula muslim yang dibenarkan untuk berdusta kepada Rasulullah?.

Dalam pada itu, al-Hafiz Abu al-Khaththab bin Dihya dalam kitab Maa Jaa’a fii

Syarhi Sya’ban berkata:229[31]

Jagalah diri kamu – wahai hamba Allah – dari orang bodoh yang meriwayatkan sebuah hadis

untuk kamu. Dia mengungkapkannya untuk mengutarakan kebaikan, sebab kebaikan

semestinya yang disyariatkan oleh Rasulullah.

Apabila orang tersebut berdusta maka tidak termasuk dari yang disyariatkan dan

mengamalkannya merupakan dari khidmat kepada Syaitan sebab dia mengamalkan sebuah

hadis atas nama Rasulullah yang tidak berasal daripada Allah.

229[31] Lihat Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya

Syeikh Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsary, ms. 141.

Page 185: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

185

Tegasnya, menyebarkan sesuatu hadis sekalipun dengan tujuan dan niat yang baik

sedangkan telah jelas akan kepalsuannya di sisi para ilmuan adalah haram dan ia

sama sekali tidak dibenarkan di sisi agama. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:230[32]

Barangsiapa yang menceritakan (dalam riwayat yang lain: meriwayatkan

dariku) satu hadis yang dia sangka/lihat (dalam lafaz yang lain: yang dia

telah mengetahuinya) sesungguhnya hadis itu dusta, maka dia termasuk

salah seorang dari para pendusta (dalam lafaz yang lain: Dua pendusta).

Menerusi kitabnya, adh-Dhu'afa, jilid 1, ms. 7, al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah

menulis ketika mensyarahkan hadis di atas:231[33]

Di dalam khabar (hadis) ini terdapat dalil tentang sahnya apa yang telah kami terangkan

iaitu bahawa seseorang yang telah menceritakan hadis yang tidak sah datangnya daripada

Nabi, apa sahaja hadis yang diada-adakan atas nama baginda sedangkan dia mengetahuinya,

maka dia termasuk (dalam) salah seorang dari para pendusta. Bahkan zahirnya khabar

(hadis) ini lebih keras lagi kerana baginda telah bersabda: Barangsiapa yang meriwayatkan

dariku satu hadis yang dia sangka yang hadis tersebut dusta/palsu...

Baginda tidak mengatakan orang itu telah yakin bahawa hadis tersebut palsu (iaitu dia baru

menyangka sahaja atau dzan (sangkaan) semata bahawa hadis tersebut dusta, dia telah

terkena dengan ancaman hadis di atas iaitu sebagai salah seorang pendusta). Maka setiap

orang yang ragu-ragu tentang apa-apa yang dia sandarkan kepada Nabi, sahih atau tidak,

maka dia telah termasuk ke dalam perbicaraan zahirnya khabar (hadis) ini.

230[32] Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim 1/7.

231[33] Lihat al-Masaa-il karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld. 1, ms. 51.

Page 186: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

186

Mulla Ali al-Qari rahimahullah di dalam kitabnya al-Asrar al-Marfu’ah selepas

membawakan lebih dari seratus riwayat hadis palsu mengenai pendustaan ke atas

nama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menukilkan kata-kata al-Imam al-Nawawi

rahimahullah (676H) dalam kitab Syarh Shahih Muslim. Berkata al-Imam al-

Nawawi rahimahullah:232[34]

Tiada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad di antara hadis

hukum dan hadis yang bukan berkaitan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi

dorongan serta galakan beramal ibadah, hadis berkenaan nasihat dan selainnya. Semua

perbuatan itu adalah haram dan ia termasuk dalam sebesar-besar dosa dan seburuk-buruk

perkara dengan kesepakatan ulama Islam.

Kata Penutup

Di dalam al-Qur'an, surah al-Najm, ayat 3-4 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan

pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Ayat yang mulia di atas ini merupakan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam kepada umat manusia berhubung dengan agama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Islam) bukanlah suatu yang direka-reka menurut kemahuan

ataupun hawa nafsu baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya ia

232[34] Lihat Sahabat Pembela Sunnah karya Mohd Fikri Che Hussain, ms. 17.

Page 187: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

187

adalah merupakan wahyu yang diwahyukan secara langsung daripada Allah

Subhanahu wa Ta’ala.

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan firman-Nya dalam ayat yang lain sebagaimana di bawah ini:233[35]

Dan kalaulah (Muhammad) mengatakan atas nama Kami sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan

kekuasaan Kami; kemudian sudah tentu Kamiakan memutuskan tali jantungnya.

Di sini penulis ingin mengajak para pembaca yang budiman sekalian untuk merenungi sejenak firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-

Haqqah ayat 44-46 sebagaimana yang telah dikemukakan dalam perenggan di atas.

Perhatikan, jika di dalam ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjanjikan ancaman yang begitu keras ke atas Nabi dan Rasul-Nya yang

mulia, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam apabila baginda memperkatakan ke atas agama-Nya sesuatu yang bersifat dusta, maka

bayangkan pula tahap ancaman yang bakal diberikan kepada mereka yang jauh lebih rendah kedudukannya berbanding Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam yang berbicara secara dusta ke atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Mendakwahi manusia kepada mengenal dan mempraktikkan hadis-hadis atau al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan salah satu

amalan yang terpuji dan mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Malah, dalam banyak hadisnya yang sahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

sendiri amat memuji dan menjanjikan pahala yang begitu besar kepada mereka yang berusaha menghidupkan semula hadis atau sunnah-sunnahnya

di akhir zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah kesesatan dan

pencemaran agama ini.

233[35] Surah al-Haqqah, ayat 44-46.

Page 188: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

188

Akan tetapi di sebaliknya semua itu, suatu hal yang perlu kita perhatikan di

dalam keghairahan mempraktik dan menyebarkan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada umat manusia adalah mengenai

kedudukan (darjat) bagi setiap hadis yang kita amal dan sebarkan, apakah ianya benar-benar suatu yang diambil secara sah (sahih) daripada

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau sebaliknya?

Bukanlah suatu hal yang memeranjatkan kita apabila dikatakan bahawa

tidak semua yang kita dengari, kita pelajari, kita amalkan, kita ucapkan dan kita sebar-sebarkan iaitu sesuatu yang sering kita sebut-sebut sebagai

"hadis" atau "sunnah" selama ini adalah bersumberkan daripada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Beberapa peringatan penting

Sebelum mengakhiri perbahasan, di sini penulis ingin mengambil

kesempatan untuk memberi sedikit peringatan dan pesanan khususnya kepada diri penulis sendiri dan sidang pembaca yang budiman sekalian:

Pertama:

Hendaklah kita sentiasa berpada-pada di dalam menerima mahupun menyebarkan sesuatu riwayat yang disandarkan ke atas nama Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam. Untuk itu, langkah pertama yang harus kita ambil di dalam menerima sesuatu “hadis” adalah dengan menyemak

statusnya terlebih dahulu, apakah ianya sesuatu yang sah menurut penilaian ahli hadis (muhaddisin) atau sebaliknya.

Dalam hal ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah berkata sebagaimana dinukil dan kemudiannya dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Jamaluddin

Page 189: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

189

al-Qasimi di dalam kitabnya, Qawa’id at-Tahdith min Fununi ‘ala Mushthalah

al-Hadith (tahqiq dan ta’liq Muhammad Bahjar al-Baithar), ms. 115:234[36]

Bahawa tidak halal berhujah bagi orang yang mengerti hadis hingga ia tidak tahu,

dia harus bertanya kepada orang yang ahli (pakar).

Jika riwayat atau hadis yang kita terima telah dapat dipastikan

kedudukannya sebagai suatu yang sah menurut penilaian ahli hadis, maka hendaklah kita mengambilnya. Jika sebaliknya, sama ada lemah atau palsu,

hendaklah pula kita mengabaikannya dan di waktu yang sama hendaklah pula kita menahan diri daripada mengamalkan dan/atau menyebarkannya

kepada orang lain.

Perlu disedari bahawa mempraktikkan sesuatu amalan yang bersumberkan

daripada riwayat yang dusta tidak sesekali akan membawa kita kepada kebaikan melainkan kerugian dan kecelakaan semata-mata. Semoga Allah

Subhanahu wa Ta’ala merahmati al-Imam al-Qurthubi rahimahullah tatkala

beliau menulis di dalam kitabnya, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, jilid 7, ms. 173:235[37]

Seharusnya manusia wajib melihat urusan agama mereka sebagaimana (mereka

melihat) urusan harta mereka, di mana mereka tidak akan mengambil dalam sesuatu

urusan jual-beli dengan mata wang yang rosak. Mereka hanya akan mengambil apa

yang selamat dan baik.

Demikianlah juga, jangan diambil sesuatu riwayat daripada Nabi melainkan apa yang

sah sanadnya (sahih) daripada Nabi, agar tidak termasuk dalam ruang lingkup

berdusta atas Rasulullah. Dibimbangi dia sedang mencari keutamaan (fadhilat)

234[36] Lihat Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 68.

235[37] Lihat 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya karya Hafiz

Firdaus Abdullah, ms. 138-139.

Page 190: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

190

dengan riwayat itu lalu yang ditemui hanyalah kekurangan. Bahkan mungkin saja dia

menemui kerugian yang nyata.

Terkecuali dalam hal ini ialah apabila penyebaran sesuatu hadis yang palsu atau lemah itu dilakukan dalam rangka menjelaskan kedudukannya kepada

masyarakat, maka dalam hal ini adalah diperbolehkan. Ini sebagaimana yang telah disentuh dalam perbincangan yang lalu.

Adapun terhadap sesuatu hadis yang tidak dapat dipastikan kedudukan

darjatnya (samar), apakah ianya sesuatu yang sahih atau sebaliknya, maka hendaklah kita mengambil sikap bertangguh (tawaquf) iaitu tidak

menerimanya mahupun menolaknya secara mentah-mentah sehinggalah

dapat dipastikan terlebih dahulu kedudukan darjatnya yang sebenar.

Kedua:

Dalam pada itu hendaklah kita semua umat Islam sentiasa menyedari bahawa perbuatan menyebarkan riwayat atau hadis-hadis yang

diatasnamakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ke tengah-tengah masyarakat tidaklah boleh dipandang ringan begitu sahaja, sehingga yang

demikian menyebabkan kita malas daripada mengerahkan segala upaya untuk menganalisa kedudukan sebenar bagi setiap riwayat yang kita

sampaikan kepada orang ramai.

Perlu kita sedari bersama bahawa perbuatan menyebarkan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah merupakan satu

tanggungjawab yang amat berat yang bakal dipersoalkan ke atas kita kelak

iaitu selaku "agen" yang menyampaikan sesuatu ke atas nama agama Allah Subhanahu wa Ta’ala yang maha agung ini (Islam).

Justeru, menyampaikan sesuatu hadis ke tengah-tengah masyarakat secara

membuta tuli dan tanpa ilmu pengetahuan yang benar mengenainya

hanyalah akan mengundang bencana ke atas diri kita sendiri. Sikap seumpama ini telah pun disinggung oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

sebagaimana firman-Nya menerusi surah al-Isra', ayat 36:

Page 191: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

191

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai

pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan

hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Menyampaikan sesuatu riwayat dusta yang disandarkan ke atas nama Allah dan Rasul-Nya bukan sahaja akan mengakibatkan pelbagai kerosakan di dalam agama itu sendiri, malah lebih jauh itu tindakan ini juga berpotensi

meletakkan diri si pelakunya ke lembah kehancuran sebagaimana yang telah

dijelaskan di awal perbincangan risalah ini.

Ketiga:

Di waktu yang sama, penulis juga ingin menyeru kepada semua pihak yang berwajib dari kalangan para alim ulama, para ustaz dan ustazah, tuan-tuan

guru dan para imam agar marilah kita semua berganding bahu untuk sama-

sama berusaha membendung segala bentuk aktiviti penyebaran hadis-hadis palsu yang berlaku di tengah-tengah masyarakat.

Sesungguhnya, usaha pembendungan penyebaran hadis-hadis palsu ini

daripada terus berleluasa dalam masyarakat tidak mungkin akan tercapai melainkan dengan adanya usaha padu daripada segenap pihak yang

terbabit.

Semoga dengan adanya usaha seumpama ini, hadis-hadis palsu yang telah

tersebar luas dan bertapak kukuh dalam masyarakat umat Islam di negara ini akan dapat disifarkan. Pada masa yang sama, usaha ini juga secara tidak

langsung akan menjadi enjin penggerak ke arah merealisasikan usaha penghapusan pelbagai fahaman dan amalan bid'ah yang selama ini menjadi

virus terbesar kepada perpecahan dan kehancuran umat serta kerosakan agama akibat daripada penyebaran hadis-hadis palsu yang disandarkan ke

atas nama agama.

Penulis amat yakin dan percaya bahawa hanya dengan adanya usaha

seumpama ini barulah kejernihan serta keindahan ajaran Islam akan dapat diterjemah dan disuburkan semula dalam masyarakat kita di negara ini yang

sememangnya amat dahagakan ilmu yang benar lagi tepat tentang sunnah-sunnah Nabi mereka yang sahih, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam,

Insya’ Allah.

Page 192: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

192

Kata Penutup

Sebagai penutup, marilah kita renungi sejenak sikap dan akhlak para

sahabat terhadap hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang akan penulis nukilkan di bawah ini. Semoga paparan ini

dapat kita jadikan sebagai suri teladan dalam berbicara atau berinteraksi dengan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam kehidupan

kita seharian.

al-Imam Ibnu Majah rahimahullah meriwayatkan bahawa Abdullah Rahman

bin Abu Laila radhiallahu’anhu berkata:236[38]

Kami pernah berkata kepada Zaid bin Arqam: Ceritakanlah kepada kami hadis-hadis daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Beliau menjawab: Kami telah tua dan lupa, sedangkan menceritakan hadis daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sangat berat.

Anas bin Malik radhiallahu’anhu pula berkata:237[39]

Sekiranya aku tidak takut tersalah dalam menyampaikan hadis, nescaya aku sudah menyampaikan kepada kalian hadis-hadis yang

aku dengari dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berdusta ke atas

(nama)ku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka kelak.

238[19] Hadis riwayat Muslim, no.5 dan Abu Daud, no.205.

236[38] Atsar riwayat Ibnu Majah, no.25.

237[39] Atsar riwayat Ahmad dalam Musnadnya (no.12303) dan ad-Darimi dalam Sunan ad-Darimi, no.

237.

Page 193: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

193

239[22] Atsar khusus digunakan untuk segala sesuatu yang disandarkan kepada selain

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah

mereka. Kadang-kadang atsar ini digunakan untuk khabar-khabar yang disandarkan kepada

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, namun dengan taqyid (catatan). Contohnya seperti

perkataan: “Dan di dalam atsar dari Rasulullah….”. Adapun secara mutlak, atsar bererti segala

sesuatu yang disandarkan kepada para sahabat dan orang-orang setelah mereka. - Lihat Syarhu

al-Mandhumah al-Baiquniyah karya Abu al-Harits Muhammad Ibrahim as-Salafiy al-Jazairiy,

ms. 12-13.

Page 194: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

194

Risalah #9:

Bolehkah Beramal Dengan Hadis Dhaif Secara

Mutlak?

Secara umumnya yang dimaksudkan dengan hadis dhaif ialah hadis yang berada di

bawah tingkatan hadis sahih dan hasan namun tidak sampai kepada tingkatan

maudhu (palsu). Dalam perkataan lain, hadis dhaif ialah hadis yang tidak memiliki

satu atau lebih syarat-syarat bagi hadis sahih240[1] atau hasan.

Ini bermaksud, hadis dhaif ialah hadis-hadis yang baik dan hampir memiliki syarat-

syarat untuk menjadi sahih tetapi terdapat beberapa kekurangan di dalam syarat-

syarat tersebut terutama syarat yang berkaitan dengan para perawinya.241[2] al-

Imam al-Baiquni menjelaskan takrifan hadis dhaif seperti berikut:242[3]

240[1] Syarat-syarat bagi sesebuah hadis sahih yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Perawi yang meriwayatkan hadis tersebut bersifat ‘adil iaitu memiliki syarat-syarat ‘adil seperti

beragama Islam, mencapai usia baligh, berakal, tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemari

maruahnya, tidak bersifat fasiq dan lain-lain.

2) Keseluruhan perawinya memiliki sifat dhabit iaitu tepat dalam meriwayatkan hadis-hadis Nabi

shallallahu ‘alaihi wasallam baik secara hafalan mahupun penulisan.

3) Sanad bagi hadis tersebut berkesinambungan (bersambung) sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi

wasallam.

4) Hadis-hadis tersebut tidak mempunyai kecacatan yang diketahui.

5) Hadis tersebut juga tidak janggal dari segi sanad dan matannya.

241[2] Lihat Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam karya Asmawi Haji Ehsan, ms.

147.

242[3] Lihat al-Manar al-Munif fii ash-Shahih wa adh-Dha’if karya al-Imam Ibnu al-Qayyim al-

Jauziyyah, ms. 18.

Page 195: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

195

Setiap hadis yang tingkatannya berada di bawah hadis hasan (tidak memenuhi syarat hadis

sahih atau hasan) maka disebut hadis dhaif dan hadis ini banyak sekali ragamnya.

Hadis-hadis dhaif amat banyak berdasarkan kelemahan yang ada padanya sama

ada dari segi perawi, sanad atau dari segi matannya. Sebagaimana juga dikatakan

oleh al-Imam Ibnu al-Solah dalam Muqaddimahnya bahawa Ibnu Hibban telah

membahagikan hadis dhaif kepada 49 bahagian. Al-Iraqi pula membahagikan hadis

ini kepada kepada 42 bahagian sementara ada yang membahagikan kepada 129

bahagian.

Tinggi atau rendahnya martabat hadis itu bergantung pada berapa banyak syarat-

syarat hadis sahih yang dimilikinya. Hadis dhaif yang tidak bersambung sanadnya

(sanad terputus) dan tidak ‘adil (tepat riwayatnya) adalah lebih lemah atau rendah

martabatnya berbanding hadis dhaif yang hanya tidak ‘adil sahaja. Oleh itu,

dengan kata lain semakin kurangnya syarat yang dimilikinya maka semakin

rendahlah martabat hadis tersebut dan hadis tersebut tidak boleh dibuat hujah.

Walau bagaimanapun perlu dicatat bahawa sesebuah hadis dhaif boleh diangkat

martabatnya kepada status hasan sekiranya kecacatan yang terdapat padanya

tidaklah terlalu berat dan ia memiliki beberapa penguat daripada hadis-hadis yang

lain. Berbeza halnya jika ia memiliki kecacatan yang amat berat, maka ia tetap

berada pada tingkatan dhaif. Dengan yang demikian, ia tidak boleh dijadikan

sebagai landasan dalam berhujah mahu pun beramal.

Sebab-sebab sesebuah hadis diklasifikasikan sebagai dhaif.

Page 196: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

196

Adapun punca kelemahan sesuatu hadis itu adalah disebabkan oleh beberapa hal,

iaitu:

1. Tidak terdapat kesinambungan berterusan di antara perawi-perawi hadis tersebut

(sanad terputus). Sebagaimana yang kita ketahui, sesuatu hadis itu hanya mula

diriwayatkan dan dibukukan secara formal pada permulaan abad ke-2 hijrah. Di

dalam jangka masa tersebut, hadis-hadis itu telah dihafal oleh generasi sahabat, dan

diajarkannya ke generasi selepas mereka dan seterusnya. Setiap yang menghafal itu

digelar sebagai perawi, dan setiap perawi itu perlu dipastikan telah mendengar dan

mempelajari hadis tersebut daripada perawi sebelumnya. 2. Kedudukan seseorang perawi hadis itu dari segi penampilannya sebagai seorang

mukmin terbukti telah menjauhi sifat-sifat seorang beriman dan bertakwa, seperti

terlibat dalam perkara-perkara fasiq dan terlarang. 3. Kedudukan seseorang perawi itu terbukti tidak meyakinkan, seperti hafalannya yang

bercampur-aduk, ingatannya yang lemah, kejujurannya dan kebenarannya. 4. Maksud sesuatu hadis itu bercampur-aduk dan bertentangan pula dengan nas-nas

sahih lagi jelas.

Bolehkah beramal dengan hadis dhaif ?

Sejauh kajian penulis, tidak ditemui adanya khilaf (perselisihan) di kalangan para

ilmuan tentang haramnya menyebarkan hadis-hadis yang telah diklasifikasikan

oleh para ahli hadis sebagai maudhu (palsu). Demikian juga adalah haram

menjadikannya sebagai sandaran dalam berhujah mahupun beramal. Ini

sebagaimana yang telah dihuraikan dalam perbincangan terdahulu.

Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan hadis-hadis yang berstatus dhaif

dimana telah wujud perbincangan di kalangan para sarjana hadis berkenaan

kebolehan beramal dengannya. Perbincangan ini membuahkan tiga pandangan,

sebagaimana terang al-Hafiz as-Sakhawi (902H) menerusi kitabnya, al-Qaul al-

Badi’ fii Fadhl al-Shalah ‘ala al-Habib asy-Syafi’, ms. 473:243[4]

243[4] Lihat Catatan-catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus

Abdullah, ms. 323.

Page 197: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

197

Bahawa dalam pengamalan hadis dhaif terdapat tiga pendapat: (yang pertama adalah) tidak

dibolehkan beramal dengannya secara mutlak, (yang kedua adalah) boleh beramal

dengannya jika dalam bab tersebut tidak ada selainnya (tidak ada hadis yang sahih atau

hasan) dan yang ketiga – ini merupakan pendapat jumhur – boleh beramal dengannya dalam

bab keutamaan (Fadhail al-A’mal) asalkan bukan dalam bab hukum-hakam seperti yang telah

disebutkan ini akan syarat-syaratnya.

Walau bagaimanapun, di antara ketiga-tiga pandangan di atas, penulis secara

peribadi lebih mencenderungi untuk berpegang kepada pandangan yang pertama.

Ini sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa ulama hadis

antaranya ialah al-Imam Yahya bin Ma’in, al-Imam al-Bukhari, al-Imam Muslim, al-

Imam Ibnu Hazm dan selainnya.

Ini sebagaimana terang Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi di dalam kitab

Qawa’id at-Tahdits min Fununi Musthalah al-Hadith (tahqiq: Muhammad Bahjah al-

Baithar), ms. 113:244[5]

Hadis-hadis dhaif tidak boleh digunakan secara mutlak untuk ahkam (hukum-hakam) mahu

pun untuk Fadhail al-A’mal (kelebihan amal). Hal ini disebutkan oleh Ibnu Sayyidin Nas

dalam kitabnya, Uyun al-Atsar, dari Yahya bin Ma’in dan disebutkan juga di dalam kitab

Fathul Mughits. Ulama yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar Ibnu al-Arani, al-

Imam al-Bukhari, al-Imam Muslim dan al-Imam Ibnu Hazm.

244[5] Lihat Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 69.

Page 198: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

198

Kenyataan di atas juga turut disokong oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah

(676H). Beliau mengkritik golongan yang suka mengikuti hadis-hadis dhaif dan

meninggalkan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang jelas

kesahihannya. Beliau menulis di dalam mukadimah kitabnya, Khulashah al-

Ahkam:245[6]

Sepantasnya bagi setiap orang untuk berakhlak sesuai dengan akhlak Rasulullah,

mencontohi ucapan, perbuatan dan apa-apa yang didiamkannya dalam masalah hukum, adab

dan semua cabang-cabang Islam. Dan hendaknya dalam hal ini setiap orang berpegang

kepada dalil sahih serta menjauhi dalil dhaif, jangan terpedaya oleh orang-orang yang

menyalahi sunnah yang sahih, jangan bertaklid kepada orang-orang yang berpegang kepada

hadis-hadis dhaif.

Adapun alasan penulis mencenderungi pandangan yang tidak membolehkan

penggunaan hadis-hadis dhaif secara mutlak dan hanya berpegang kepada dalil-

dalil yang sahih, temasuk dalam konteks ini ialah bab Fadhail al-A'mal (kelebihan

sesuatu amal), at-Targhib (anjuran untuk melakukan sesuatu amalan) dan at-

Tarhib (amaran terhadap sesuatu amalan), adalah seperti berikut:

Pertama:

Sekalipun terdapat sebahagian ilmuwan Islam yang membolehkan beramal dengan

hadis-hadis dhaif, namun jika diperhatikan setiap syarat yang digariskan di sebalik

kebolehan itu ternyata ia adalah suatu yang amat rumit lagi berat untuk

dipraktikkan, apatah lagi terhadap mereka yang sememangnya tidak memiliki

245[6] Lihat Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifuhu karya Syeikh Salim bin ‘Id al-Hilali, jld. 1,

ms. 17.

Page 199: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

199

kepakaran dalam bidang berkenaan. Ini sebagaimana jelas ‘Ali bin Muhammad al-

Maghribi menerusi kitabnya, ash-Shalih al-Musnad min Fadha’il al-A’mal:246[7]

Para ulama yang memberi syarat agar dapat mengamalkan hadis dhaif dalam masalah-

masalah Fadhail al-A’mal, umumnya mensyaratkan beberapa syarat yang tidak mampu

dipenuhi oleh majoriti (kebanyakan) kaum muslimin.

Dalam perkataan lain, kebolehan untuk mempraktikkan hadis-hadis dhaif hanyalah

khusus bagi mereka yang sedia memiliki kefahaman dan kemahiran dalam

berinteraksi dengan ilmu hadis. Adapun selain mereka, iaitu orang awam yang

terdiri dari kalangan para ustaz dan ustazah, para khatib, para imam, para

penceramah dan seumpama tidaklah termasuk dalam kebolehan ini.

Justeru, amat tepatlah apa yang diungkapkan oleh saudara Abdul Razak Muthalib

menerusi bukunya yang berjudul 40 Hadis Palsu Popular:247[8]

Jika diteliti, syarat-syarat yang diletakkan oleh para sarjana hadis ini agak ketat. Ianya

sukar untuk dikenalpasti dan diaplikasi kecuali tokoh-tokoh yang pakar dan menguasai

bidang ini sahaja. Syarat-syarat yang ditetapkan ini mesti dipatuhi terlebih dahulu sebelum

beramal dengan sesuatu hadis dhaif.

246[7] Lihat 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya karya

Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 137.

247[8] Lihat 40 Hadis Palsu Popular karya Abdul Razak Muthalib, ms. 26-27.

Page 200: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

200

Sesetengah pihak hari ini berhujah bahawa dibolehkan untuk beramal dengan hadis dhaif

yang berkaitan dengan kelebihan sesuatu amalan (al-Fadhail). Mereka mengatakan bahawa

ada pendapat di kalangan para sarjana yang membolehkannya.

Ya, kita bersetuju. Tetapi, para sarjana yang membolehkan perkara ini tidak mengatakan

boleh beramal secara mutlak. Bahkan mereka telah menggariskan syarat-syarat tertentu

(bagi membolehkan hadis-hadis dhaif tersebut diamalkan).

Sehubungan dengan ini, berkata Muhammad Syauman al-Ramli:248[9]

Meskipun kita menerima bolehnya menjadikan hadis dhaif sebagai landasan dalam Fadha’il

al-A’mal maka sesungguhnya harus terpenuhi syarat-syaratnya sebagaimana yang telah

dijelaskan oleh para ulama dan tidak ada yang mampu untuk menentukan apakah syarat-

syarat tersebut sudah terpenuhi atau tidak kecuali ahli hadis yang sangat teliti dalam

meneliti kedudukan hadis. Jika tidak demikian maka bagaimana mungkin dia boleh

membezakan antara hadis dhaif (lemah) dan hadis sangat lemah sekali (dhaif jiddan)....

Keadaan menjadi semakin rumit apabila kebanyakan golongan yang membolehkan

beramal dengan hadis-hadis dhaif itu sendiri tidak memenuhi syarat-syarat yang

digariskan oleh para peneliti hadis. Sebagai natijahnya, mereka mengambil hadis-

hadis dhaif tersebut sebagai dasar dalam penetapan hukum-hakam syariat.

Hakikat ini telah disuarakan oleh Syeikh al-Albani sebagaimana keterangan beliau

di dalam kitabnya, Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 28:

248[9] Lihat al-Ahadith as-Sunan al-Arba’ah al-Maudhu’ah karya Syeikh al-Albani, ms. xi-xii.

Page 201: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

201

Maka pengamalan hadis dhaif dibolehkan jika ketetapan hukumnya berdasarkan dalil yang

dapat dijadikan hujah. Tetapi saya mempunyai dugaan kuat, kebanyakan mereka yang

mengucapkan kata-kata ini tidak melaksanakan konsep tersebut secara bersungguh-

sungguh.

Realitinya kita melihat mereka melaksanakan hadis-hadis dhaif yang tidak didukung

pelaksanaannya oleh hadis-hadis kuat, seperti anjuran (al-Imam) al-Nawawi – dan diikuti

oleh mu’allif (pengarang Fiqh as-Sunnah)249[10] – (dalam masalah) menjawab mu’adzin yang

telah mengucapkan dua kalimah iqamah dengan bacaan: semoga Allah) قامها هللا و أدا مهاأ

menegakkan dan mengekalkannya). Padahal hadis tersebut dhaif sebagaimana akan

dijelaskan nanti. Bacaan ini tidak disyariatkan kecuali berdasarkan hadis dhaif tersebut.

Meskipun begitu mereka tetap menganjurkannya. Padahal anjuran adalah salah satu hukum

yang lima (iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus/mubah -pen) yang tidak boleh

disyariatkan kecuali berdasarkan dalil yang dapat dijadikan hujah.

Betapa banyak ajaran yang mereka syariatkan dan kemudian mereka anjurkan untuk

dilaksanakan hanyalah berdasarkan pada hadis-hadis dhaif di mana tidak ada dasar

pengamalannya dalam sunnah yang benar.

249[10] Atas dasar ini para pembaca disarankan agar dapat meneliti kitab di atas (Tamamul

Minnah) yang merupakan sebuah koreksi ilmiah Syeikh al-Albani ke atas kandungan kitab Fiqh

as-Sunnah karangan Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah. Diharapkan dengan penelitian ini para

pembaca akan dapat membezakan apa yang tepat dan yang kurang tepat di dalam kitab karangan

Syeikh Sayyid Sabiq tersebut (semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau) dan sekaligus

dapat beramal dengan apa yang benar-benar sabit dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Page 202: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

202

Setelah membawakan beberapa syarat yang digariskan oleh para ilmuan yang

membenarkan beramal dengan hadis-hadis dhaif bagi tujuan fadhail al-a’mal

(keutamaan amal), Syeikh al-Albani memberi komentar dengan katanya:250[11]

Namun sangat disayangkan ada banyak para ulama, terutama masyarakat umum yang

mengabaikan pensyaratan ini. Mereka mengamalkan hadis tanpa mengetahui kuat atau

lemahnya hadis itu. Kalau pun tahu mereka tidak mengetahui tingkat kelemahannya – ringan

atau berat – sehingga tidak boleh diamalkan. Kemudian mereka melazimkan sebagaimana

hadis yang sahih. Oleh sebab itu banyak ibadah kaum muslimin yang tidak sah yang

menjauhkan mereka dari (berpedoman kepada) ibadah-ibadah yang sah berdasarkan sanad

hadis yang kuat.....

Huraian di atas menyimpulkan bahawa hadis lemah untuk keutamaan amal sedapat mungkin

tidak boleh difatwakan untuk diamalkan, sebab itu bertentangan dengan hukum asal (yang

mewajibkan berpegang kepada hadis-hadis yang kuat sebagai landasan dalam beramal) dan

tidak ada dalil yang membolehkannya. Dan bagi orang yang membolehkan hendaklah

memperhatikan dengan penuh pertimbangan syarat-syarat di atas dan mematuhinya dalam

pelaksanaan.

Di antara pengaruh negatif yang ditimbulkan oleh pendapat yang menentang apa yang telah

kami huraikan sebagai pendapat yang diunggulkan adalah terseretnya pada pendukung

pendapat yang menentang dari wilayah fadha’il sampai kepada hukum-hukum syariat,

bahkan mungkin masalah akidah.

250[11] Lihat Tamamul Minnah fi Ta’liq ‘ala Fiqh as-Sunnah karya Syeikh al-Albani, jld. 1,

ms. 29-31.

Page 203: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

203

Saya mempunyai banyak contoh tentang hal ini. Tetapi cukuplah saya sampaikan satu contoh

sahaja, iaitu tentang hadith yang menyuruh orang yang solat membuat garis di hadapannya

ketika dia tidak menemukan penutup (sutrah). Meskipun al-Baihaqi dan al-Nawawi

mengatakan lemahnya hadith ini, namun keduanya membolehkan mengamalkannya. Ini

berbeza dengan pendapat guru mereka (iaitu al-Imam) asy-Syafie.

Kedua:

Orang yang beramal dengan hadis dhaif lazimnya bersandarkan kepada sangkaan

(dzan) dan keraguan terhadap kekuatan hadis yang diamalkan oleh mereka.

Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala mencela persangkaan ini dalam sekian banyak

ayat-Nya.251[12] Berkata Syeikh al-Albani:252[13]

Inilah yang saya yakini dan dakwahkan kepada manusia, bahawa hadis lemah itu tidak boleh

diamalkan secara mutlak, baik dalam masalah Fadhail al-A’mal, sebuah perbuatan sunnah

ataupun lainnya. Hal ini disebabkan sebuah dzan marjuh tanpa ada satu pun khilaf

(perselisihan) di antara para ulama sepengetahuan saya.

Dan kalau memang seperti itu maka bagaimana boleh dikatakan bahawa boleh beramal

dengan hadis lemah, padahal Allah telah mencela dzan semacam ini dalam banyak ayat, di

antaranya adalah firman-Nya:

251[12] Sila lihat surah Yunus, ayat 36, surah al-An'am, ayat 116 dan surah an-Najm, ayat 23

untuk melihat celaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas mereka yang suka bersangka-sangka di

dalam beragama.

252[13] Lihat Hadits Lemah & Palsu Yang Populer Di Indonesia karya Ahmad Sabiq bin Abdul

Lathif Abu Yusuf, ms. 10-11.

Page 204: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

204

Sesungguhnya persangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun pada kebenaran. – Surah al-

Najm, ayat 28.

Rasulullah bersabda:

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jauhilah berprasangka kerana prasangka adalah ucapan yang paling dusta.

Senada dengan ucapan Syeikh al-Albani di atas ialah Dr. Subhi Shalih dimana

beliau menulis di dalam kitabnya, Ulum al-Hadith wa Musthalahuhu, ms.

211:253[14]

Menurut pendapat agama yang tidak diragukan lagi bahawa riwayat yang lemah (dhaif)

tidak mungkin untuk dijadikan sumber dalam masalah ahkam syar’i dan tidak untuk fadhilat

akhlak, kerana sesungguhnya dzan atau persangkaan tidak boleh mengalahkan yang haq

sedikitpun.

Dalam masalah fadhail (ia adalah) sama seperti ahkam (hukum-hakam). Ia termasuk (dalam)

asas agama yang pokok (mendasar) dan tidak boleh sama sekali bangunan asas ini lemah

yang berada di tepi jurang yang dalam. Oleh kerana itu, kita tidak boleh selamat apabila

kita meriwayatkan hadis-hadis dhaif untuk Fadhail al-A’mal, meskipun sudah disebutkan

syarat-syaratnya.

Ketiga:

253[14] Lihat Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 72.

Page 205: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

205

Hadis atau al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih masih

terlalu banyak untuk dijadikan sandaran dalam beramal dan berhujah, malah

mencabar kemampuan kebanyakan manusia. Oleh itu, mengapakah perlu kita

umat Islam beralih kepada hadis-hadis yang dhaif sebagai sandaran dalam

beragama dan meninggalkan pula sekian banyak hadis atau al-Sunnah Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam yang jelas kesahihannya?

Dalam hal ini Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah (728H) mengingatkan di

dalam kitabnya, Majmu' Al-Fatawa, jilid 1, ms. 250:254[15]

Tidak boleh kita menyandarkan syariat agama ini pada hadis-hadis yang dhaif, yang tidak

sahih atau tidak hasan.

Dalam kitab yang sama, jilid 18, ms. 65-66 beliau berkata ketika mengulas

kenyataan al-Imam Ahmad yang menyatakan akan sikap mereka bermudah-

mudahan di dalam meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah

Fadhail al-A’mal dan at-Tarhib wa at-Targhib:255[16]

Maksud perkataan ini bukanlah mensunnahkan suatu amalan dengan hadis dhaif yang tidak

boleh dijadikan sebagai hujah, kerana masalah sunnah adalah masalah syar’i, maka yang

harus digunakan pun haruslah dalil syar’i.

Sesiapa yang mengkhabarkan bahawa Allah cinta pada suatu amalan tetapi dia tidak

membawakan dalil syar’i (hadis yang sahih), maka sesungguhnya dia telah mengadakan

254[15] Lihat Mari Mengenal Ilmu Hadith karya Ahmad Fauzan Abu Muadz alfauzani bin

Yahya, ms. 65.

255[16] Lihat Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, jld. 1, ms. 71.

Page 206: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

206

syariat yang tidak diizinkan oleh Allah, sebagaimana dia menetapkan hukum wajib dan

haram.

al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (463H) menerusi kitab al-Kifayah fi al-'Ilm al-

Riwayah, ms. 132 menukilkan kata-kata al-Imam Abd al-Rahman bin Mahdi

rahimahullah (198H) seperti berikut:256[17]

Tidaklah wajar seseorang itu menyibukkan diri dengan menulis hadis-hadis dhaif kerana

kesibukannya itu akan mengakibatkan tercicirnya hadis daripada perawi yang tsiqah

(terpecaya: hadis sahih) sebanyak hadis daripada perawi lemah yang dituliskannya.

Sementara itu, Syeikh Ali bin Muhammad al-Maghribi berkata:257[18]

Oleh kerana itu, jika orang-orang ini sudah merasa cukup dengan hadis-hadis yang ada

dalam kitab-kitab sahih, musnad dan tulisan-tulisan lainnya yang beredar di kalangan ulama

dan diriwayatkan oleh para imam fekah, nescaya mereka tidak perlu lagi dalam masalah itu

dan mereka terbebas dari larangan Nabi: Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan

sengaja, maka dia mempersiapkan tempatnya dalam neraka.

Dalam kitab yang sama, beliau sekali lagi berkata:258[19]

256[17] Lihat Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus

Abdullah, ms. 337.

257[18] Lihat Ash-Shahih al-Musnad min Fadhail al-A’mal karya Syeikh Ali bin

Muhammad al-Maghribi, jld. 1, ms. 14.

Page 207: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

207

Namun sangat disayangkan, anda dapat menyaksikan kebanyakan orang menghafal hadis-

hadis dhaif, maudhu dan hadis-hadis yang tidak memiliki sumber sama sekali. Sebaliknya,

anda tidak mendapatkan mereka menghafalkan hadis-hadis sahih, sekalipun itu yang

terdapat dalam ash-Shahihain (dua kitab sahih iaitu Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim).

Ini disebabkan kejahilan mereka terhadap sunnah Nabi. Dan kebanyakan kaum muslimin

mengetahui pintu-pintu pahala dan keutamaan, namun mereka menguncinya. Malah mereka

membuka pintu-pintu maksiat yang disukai nafsu-nafsu mereka. Demikianlah yang diperbuat

syaitan terhadap mereka.

Keempat:

Setiap yang bersangkutan dengan urusan agama hendaklah dibangunkan di atas

dalil-dalil yang sahih lagi jelas kedudukannya. Tidak terkecuali dalam hal ini ialah

perkara-perkara yang berkaitan dengan keutamaan sesuatu amalan (al-Fadha’il al-

A’mal). Ustaz Abdul Wahab Bustami hafizhahullah mengingatkan di dalam

bukunya, Membela Sunnah Nabawiyah:259[20]

Beramal dengan menyandarkan hadis dhaif pada fadhilat-fadhilat (kelebihan-kelebihan)

amal merupakan persoalan yang tidak seharusnya dianggap kecil, tetapi hendaklah dikaji

semula tentang kebenarannya. Ianya hanya dapat terjawab melalui nas-nas al-Qur’an dan

hadis-hadis Nabi yang sahih.

(Hendaklah disedari bahawa) fadhilat-fadhilat amal juga termuat dalam hukum Islam

seperti wajib, mustahab, haram, makruh dan harus. Ini bermakna ianya tidak boleh

dipisahkan sama sekali daripada hukum-hukum tersebut. Memperkatakan tentang perkara-

259[20] Lihat Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz Wahab Bustami, ms. 158.

Page 208: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

208

perkara Islam sama ada besar atau kecil, semuanya mestilah merujuk kepada dasar-dasar

yang telah ditetapkan oleh Allah.

Serentak dengan itu Ustaz Abu Ihsan al-Atsari, salah seorang pendakwah Salafi semasa Indonesia, ketika membantah pandangan yang membolehkan

beramal dengan hadis dhaif dalam bab al-Fadhail al-A’mal, beliau menegaskan:260[21]

Perkataan itu tidak benar. Hadis lemah tidak boleh digunakan, sama halnya dalam

soal akidah, ibadah, muamalah mahupun fadhail. Sebab, segala sesuatu yang

berkaitan dengan syariat Islam harus ditetapkan dengan dalil yang sahih.

Di antara salah satu penyebab munculnya bid’ah adalah kerana pengamalan hadis-

hadis dhaif. Tidak dibenarkan menetapkan hukuman syar’i, baik hukum mustahab (sunat) atau hukum lainnya dengan hadis dhaif. Inilah pendapat yang benar, selain

itu jelas keliru.

Konsekuensinya, tidak ada perbezaan antara hadis-hadis tentang Fadhail al-A’mal dengan hadis-hadis tentang hukum. Dan inilah pendapat kebanyakan ulama seperti

al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, al-Imam asy-Syaukani, al-Allamah Shiddiq Hasan

Khan dan Syeikh Muhammad Syakir dan lainnya.

Akhir sekali perhatikan pula apa yang diungkapkan oleh Syeikh al-Albani di dalam

kitabnya Tamamul Minnah:261[22]

260[21] Lihat Bincang-bincang Seputar Tahlilan, Yasinan & Maulidan karya Ustaz Abu Ihsan

Al-Atsari, ms. 23-24.

Page 209: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

209

Kerana itu pentingnya untuk diketahui bahawa hadis dhaif tidak secara mutlak boleh

diamalkan dalam fadhail menurut mereka sendiri yang berpendapat begitu, maka al-Hafiz

Ibnu Hajar (al-‘Asqalani) dalam Tabyin al-Ajab, ms. 3-4 berkata: Telah dikenal di kalangan

ahli ilmu meremehkan penggunaan hadis fadhail meskipun lemah – selagi tidak sampai

maudhu.

Maka dari itu disyaratkan bagi orang yang mengamalkannya meyakini hadis tersebut

memang dhaif dan tidak lazim diamalkan agar tidak ada orang yang melaksanakan hadis

dhaif kemudian mensyariatkannya atau diduga oleh sebahagian orang-orang yang jahil

bahawa itu merupakan sunnah (Rasulullah) yang benar.

Hal ini telah dijelaskan oleh Ustaz Abu Muhammad bin Abd al-Salam dan yang lain.

Hendaklah seseorang takut termasuk apa yang disabdakan Nabi:

Sesiapa yang mencerita dariku sebuah hadis yang diketahui itu dusta maka ia salah satu

dari dua pendusta.

Lalu bagaimana dengan orang yang melaksanakannya? Tidak ada perbezaan dalam

melaksanakan sebuah hadis baik dalam masalah hukum mahupun fadhail (kerana hakikatnya)

semua itu (termasuk dalam perkara) syariat.

Page 210: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

210

Kata Penutup

Sebagai penutup, berikut penulis nukilkan komentar Syeikh al-Albani rahimahullah

terhadap pandangan yang membolehkan pengamalan hadis-hadis dhaif, khususnya

dalam bab keutamaan atau kelebihan amal (Fadhail al-A’mal). Beliau berkata di

dalam kitabnya, Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah:262[23]

Pendapat yang mengatakan bahawa hadis dhaif dapat diamalkan dalam Fadha’il al-A’mal ini pun merupakan suatu pendapat yang bertolak belakang antara awal dan

akhirnya. Mari kita lihat, ketika kita mengamalkan hadis-hadis dhaif dalam Fadhail al-A’mal, apakah amalan kita itu berdasarkan hadis-hadis dhaif tersebut atau

berdasarkan hadis lain (yang sahih)?

Kalau jawapannya berdasarkan hadis dhaif (sahaja) bererti kita menetapkan

sesuatu hukum berdasarkan hadis dhaif. Padahal menetapkan suatu hukum

berdasarkan hadis dhaif ditentang oleh orang yang membolehkan mengamalkan

hadis dhaif dalam Fadhail al-A’mal.

Dan jika jawapannya berdasarkan hadis yang sahih maka buat apa kita membawakan

hadis-hadis yang dhaif tadi? Sebab hadis-hadis yang dhaif tersebut (sama ada ia)

ada atau tidak ada sama sahaja, sama sekali tidak ada pengaruhnya. (Ini kerana

sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini bahawa sesuatu) amal itu hanya

berdasarkan kepada hadis yang sahih (sahaja dan bukannya hadis yang dhaif).

Semoga dengan komentar Syeikh al-Albani rahimahullah di atas dapat

membangkitkan kesedaran mereka yang selama ini gemar untuk berpedoman kepada hadis-hadis yang dhaif dan meninggalkan hadis-hadis

yang jelas kesahihannya daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.263[24]

262[23] Lihat Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah karya Syeikh al-Albani, ms. 55.

263[24] Terdapat beberapa kenyataan para ulama berkenaan kebolehan beramal dengan

hadis-hadis dhaif yang sering disalahfahami oleh sebahagian umat Islam. Punca salah faham dan

jawapannya ke atasnya telah pun dihuraikan dengan baik oleh salah seorang rakan dan juga

merupakan mentor penulis, saudara Mohd Yaakub Mohd Yunus menerusi bukunya berjudul

Bid’ah Hasanah Tokok Tambah Amalan Rasulullah (Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd).

Dipersilakan merujuk ke sana bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Page 211: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

211

264[19] Lihat Ash-Shahih al-Musnad min Fadhail al-A’mal karya Syeikh Ali bin

Muhammad al-Maghribi, jld. 1, ms. 14.

265[22] Lihat Tamamul Minnah karya Syeikh al-Albani, jld. 1, ms. 28-29.

Page 212: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

212

Risalah #10:

Keutamaan Tauhid Dan Bahaya Syirik

Salah satu tujuan diutusnya para Nabi dan Rasul adalah untuk mengajak umat manusia

mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta membersihkan mereka daripada segala

bentuk amalan dan keyakinan yang membawa kepada perbuatan mempersekutukan Allah Subahanhu wa Ta’ala dengan sesuatu selain-Nya.

Firman-Nya dalam surah al-Nahl, ayat 36:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul untuk setiap umat (untuk

menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut itu.

Jika dicermati ayat-ayat al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

akan didapati tidak sedikit ditemui ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberi penekanan kepada persoalan tauhid melebihi persoalan lainnya.266[1]

Sesungguhnya tanggungjawab menyeru umat manusia agar mentauhidkan Allah

Subhanahu wa Ta’ala bukan sahaja terletak di atas bahu para Nabi dan Rasul akan tetapi ia

juga merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap yang mengaku umat baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Yusuf, ayat 108:

Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang

mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik (mensyirikkan Allah).

Tanggungjawab untuk mendakwahkan umat manusia kepada mentauhidkan Allah juga

merupakan perkara yang diwasiatkan sendiri oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

menerusi salah satu hadisnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari seperti berikut:

266[1] Lebih lanjut sila lihat at-Tauhid Awwala Ya Du’atal Islam karya Syeikh al-Albani rahimahullah.

Bagi edisi terjemahan, sila lihat Kepada Para Pendakwah Utamakanlah Tauhid, terbitan Badan

Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan.

Page 213: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

213

Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan (dakwahkan) kepada mereka (manusia) adalah mentauhidkan Allah Ta’ala.

Risalah ini akan meninjau beberapa bentuk kepercayaan dan amalan syirik serta khurafat

yang dilihat berpotensi membatalkan akidah seseorang Muslim. Jika diperhatikan

kepercayaan dan amalan-amalan tersebut, ia adalah sesuatu yang sebati lagi masyhur

diamalkan oleh sebahagian umat Islam.

Sebelum itu mari kita lihat keutamaan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada

mereka yang mentauhidkan Allah serta membersihkan diri daripada segala perbuatan yang membawa kepada perbuatan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu.

Keutamaan Tauhid

Di antara keutamaan tauhid ialah:

Pertama:

Orang yang mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.akan beroleh keamanan dan

petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman-Nya dalam surah al-An’am, ayat 82:

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan

kezaliman (syirik)267[2], mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan. Mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Kedua:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberi jaminan bahawa orang yang mentauhidkan

Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjadi salah seorang penghuni Syurga di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dzar radhiallahu ’anhu:268[3]

267[2] Tafsiran kalimah ‘zalim’ sebagai ‘syirik’ di sini adalah berdasarkan kepada keterangan surah

Luqman, ayat 13.

268[3] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 5827 dan Muslim dalam Shahih Muslim,

no. 94.

Page 214: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

214

Tidaklah seorang hamba mengatakan ‘laa ilaha ilallaah’, kemudian dia meninggal dunia atas

kalimat tersebut melainkan dia akan masuk Syurga. Aku (Abu Dzar) bertanya: ‘Walaupun

dia berzina dan mencuri?’. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Walaupun dia berzina dan mencuri’.

Aku berkata lagi: ‘Walaupun dia berzina dan mencuri?’ Rasulullah shallallahu

‘alaihi wasallam menjawab: ‘Walaupun dia berzina dan mencuri.’ (Baginda

menjawab demikian sebanyak tiga kali). Kemudian pada kali yang keempat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Walaupun dia berzina dan mencuri, meskipun Abu Dzar tidak menyukainya.’269[4]

Sabdanya dalam hadis yang lain:270[5]

Sesiapa yang bertemu dengan Allah (mati) dalam keadaan tidak menyekutukan (mensyirikkan) Allah dengan sesuatu pun maka dia akan masuk Syurga.

Dalam lafaz yang lain, hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, no. 26:

Sesiapa yang meninggal dunia dan dia mengetahui bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah maka dia masuk Syurga.

269[4] Harus difahami bahawa hadis ini tidaklah bermaksud membenarkan atau memandang kecil

amalan berzina dan mencuri seperti yang difahami oleh sebahagian golongan jahil. Sebagaimana yang

telah kita sedia maklum bahawa perbuatan berzina dan mencuri, kedua-duanya adalah perbuatan yang

salah di sisi ajaran Islam dan setiap pelakunya akan menanggung dosa yang sangat besar di hari akhirat

kelak.

Apa yang benar berhubung hadis ini adalah, ia hanyalah sekadar menjelaskan akan keagungan

pengucapan kalimah ‘laa ilaha illallaah’ sehingga dengannya seseorang telah diberi jaminan

untuk menjadi penghuni Syurga kelak, meskipun sebelum itu dia diazab dengan api Neraka

disebabkan oleh sebahagian dosa-dosa yang dilakukan olehnya selama mana dia tidak

mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

Wallahu a’lam.

270[5] Hadis riwayat Muslim, no. 93.

Page 215: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

215

Salah satu pertanyaan yang sering dilontarkan oleh sebahagian pihak: Adakah dengan

hanya mengucapkan kalimah ‘Laa ilaaha illallaah’ sahaja seseorang itu telah dijamin

kedudukannya sebagai ahli Syurga? Terhadap syubhat ini Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas hafizhahullah menjawab:271[6]

Hadis-hadis yang dimaksudkan tersebut272[7] diperuntukkan bagi orang-orang yang telah

mengucapkan (kalimah) laa ilaaha illallaah dan mati dalam keadaan bertauhid serta tidak

merosakkannya dengan kesyirikan dan dia mengucapkan kalimat tersebut dengan ikhlas.

Di samping itu, dia pun mengingkari segala sesuatu yang disembah selain Allah dan mati dalam

keadaan demikian, maka dia pasti masuk Syurga dan diharamkan masuk Neraka. (Ini) sebagaimana

dalam hadis ‘Ithban radhiallahu ’anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan Neraka atas orang yang telah mengucapkan: laa illaha illallaah dengan mengharapkan wajah Allah. (H/R Muslim 1/456)

Di dalam hadis Muslim (1/53) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

Barangsiapa mengucapkan laa ilaaha illallaah dan mengingkari segala sesuatu yang disembah selain

Allah maka harta dan darahnya haram dan hisabnya diserahkan kepada Allah.

Beliau seterusnya mengulas lanjut maksud bagi kedua-dua hadis di atas dengan katanya:

Dalam hadis ini Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memberi dua syarat terjaganya harta dan darah iaitu

(pertama) mengucapkan laa ilaaha illallaah dan (kedua) mengingkari segala sesuatu yang disembah

selain Allah.

271[6] Lihat Tauhid Jalan Menuju Keadilan Dan Kemakmuran karya Yazid Abdul Qadir Jawas, ms. 68.

272[7] Iaitu hadis-hadis yang menerangkan keutamaan mengucapkan kalimah laa ilaaha illallaah

sebagai salah satu antara sebab yang melayakkan seseorang memasuki Syurga dan dijauhkan daripada

azab Neraka.

Page 216: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

216

Jadi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mencukupkan hanya ucapan laa ilaaha illallaah, akan

tetapi harus pula difahami dan diamalkan konsekuensinya. Ucapan laa ilaaha illallaah memang sebab

untuk masuk Syurga dan selamat dari Neraka, akan tetapi hal itu dapat dicapai apabila dipenuhi

syarat-syaratnya dan dihilangkan segala pembatalnya.

Ketiga:

Allah dan Rasul-Nya menjanjikan pengampunan dosa bagi mereka yang tetap

mentauhidkan-Nya serta membersihkan diri daripada sebarang keyakinan dan perbuatan

syirik. Anas bin Malik radhiallahu ’anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah

shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:273[8]

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman:

Wahai anak Adam (manusia), seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa

dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apa pun, maka Aku akan memberimu ampunan sepenuh bumi pula.

Keempat:

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berjanji bahawa orang yang mentauhidkan-Nya akan

beroleh kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:274[9]

Sesiapa yang mengerjakan amal shalih, baik lelaki mahupun perempuan dalam

keadaan beriman maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik

dan akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari

apa yang telah mereka kerjakan.

Kelima:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berjanji akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi,

meneguhkan agama mereka serta menjadikan kehidupan mereka di dunia aman sentosa.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah an-Nur, ayat 55:

273[8] Hadis riwayat at-Tirmidzi, no. 3540 dan beliau menjelaskan bahawa hadis ini hasan gharib.

274[9] Surah an-Nahl, ayat 97.

Page 217: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

217

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu

dan mengerjakan amal-amal shalih bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka

berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.

Dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk

mereka dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka sesudah mereka berada

dalam keadaan ketakutan menjadi aman sentosa.

Mereka tetap beribadah kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan Aku dengan

sesuatu pun. Tetapi sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Firman-Nya lagi dalam surah al-A’raf, ayat 96:

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan

kepada mereka berkah dari langit dan bumi. Tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Orang kafir juga beriman kepada tauhid al-Rububiyyah Allah?

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:275[10]

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): “Kepunyaan siapakah bumi ini

dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?”. Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.”

Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak ingat?”. Katakanlah: “Siapakah yang empunya langit

yang tujuh dan yang empunya ‘Arasy yang besar?”. Mereka akan menjawab: “Kepunyaan

Allah.”

Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak bertakwa?”. Katakanlah: “Siapakah yang

ditangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi tetapi

tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya jika kamu mengetahui?”. Mereka

akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “(Kalau demikian) maka dari

275[10] Surah al-Mu’minun, ayat 84-90.

Page 218: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

218

jalan manakah kamu lihat? Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.

Firman-Nya lagi:276[11]

Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada

mereka (orang-orang kafir yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu): Siapakah

yang menciptakan mereka? Sudah tentulah mereka akan menjawab: “Allah”. Jika

demikian, maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan Allah)?.

Dua ayat di atas dan lain-lain ayat yang seumpama277[12] menjelaskan kepada kita umat

Islam bahawa orang-orang kafir juga beriman akan kewujudan Allah dan meyakini Allah

sebagai Tuhan yang menciptakan mereka, termasuklah seluruh alam raya ini. Meskipun

demikian keyakinan dan pengakuan mereka, namun Allah dan Rasul-Nya tetap menegaskan

bahawa mereka adalah golongan yang telah terpesong dari jalan kebenaran.

Punca kesesatan golongan ini adalah disebabkan oleh perbuatan mereka sendiri yang

mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, meskipun pada hakikatnya mereka

sendiri menyedari akan kedudukan Allah sebagai Tuhan alam semesta. Inilah yang disebut sebagai syirik.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah al-Zumar, ayat 3:

Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan

yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain

dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah

atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-

hampirnya.”

276[11] Surah az-Zukhruf, ayat 87.

277[12] Sila lihat surah Yunus ayat 31, surah al-Ra’d ayat 16, surah al-Ankabut ayat 61dan 63, surah

Luqman ayat 25 dan lain-lain.

Page 219: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

219

Dengan mengutip penjelasan Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti rahimahullah, Syeikh

‘Abd. al-Razzaq bin ‘Abd. Al-Muhsin al-Badr menulis di dalam kitabnya al-Qaul al-Sadid fii

al-Radd ‘Ala Man Ankara Taqsim at-Tauhid:278[13]

Al-Qur’an banyak berhujah dengan golongan kafir yang mengakui kerububiyyahan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Al-Qur’an mewajibkan mereka mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dari sudut

peribadatan (al-Uluhiyyah). Sehubungan dengan ini Allah berhujah dengan mereka mengenai tauhid

al-Rububiyyah dalam bentuk al-Istifham al-Taqrir (pertanyaan berbentuk penetapan).

Dalam konteks ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyyahan Allah Subhanahu wa Ta’ala, al-

Qur’an menjadikan pengakuan mereka sebagai penghujahan terhadap mereka. Allah Subhanahu wa Ta’ala semestinya ditauhidkan dari sudut peribadatan (al-Uluhiyyah).

Oleh itu Allah mencela golongan kafir sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka terhadap al-Rububiyyah disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan.

Penjelasan di atas menunjukkan kepada kita bahawa keimanan kepada tauhid al-Rubiyyah

sahaja adalah tidak memadai seandainya ia tidak diikat dengan satu lagi tauhid yang

memisahkan antara seorang muslim dengan orang musyrik. Tauhid yang dimaksudkan ialah

tauhid al-Uluhiyyah yang bermaksud mentauhidkan Allah dalam setiap peribadatan dengan

membersihkannya daripada segala unsur yang membawa kepada perbuatan

mempersekutukan Allah dengan sesuatu selain-Nya.

Apakah Syirik?

Secara mudahnya syirik279[14] bermaksud ‘menduakan’ Allah dengan sesuatu selain-Nya,

dalam erti kata meyakini adanya sesuatu selain Allah yang berupaya mengendalikan tugas-

tugas ketuhanan atau memiliki sifat-sifat ketuhanan sebagaimana layaknya Allah. Ini

seperti berkuasa menghidup dan mematikan sesuatu, memberi manfaat (nikmat) dan mendatangkan mudarat (bala), mengabulkan sesuatu hajat dan lain-lain seumpama.

278[13] Lihat al-Qaul al-Sadid fii al-Radd ‘Ala Man Ankara Taqsim at-Tauhid karya Syeikh ‘Abd. al-

Razzaq bin ‘Abd. Al-Muhsin al-Badr, ms. 47-48.

279[14] Menurut bahasa asy-Syirku ertinya asy-Syarik bentuk jamaknya syuraka’, maknanya ialah

sekutu. Sedangkan menurut istilah syariat, syirik ialah menjadikan sesuatu sebagai sekutu atau tandingan

bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Page 220: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

220

Apakah bentuk-bentuk kesyirikan yang lazim berlaku dalam masyarakat Islam?

Termasuk dalam amalan atau kepercayaan yang membawa kepada kesyirikan yang lazim diamalkan oleh sebahagian umat Islam ialah seperti berikut:

1. Berdoa atau memohon sesuatu daripada orang yang telah mati.

Ini seperti meminta kepada orang shalih yang dianggap sebagai ‘wali’ atau nenek moyang

yang dipercayai memiliki kuasa mendatangkan nikmat berupa rezeki dan menolak sesuatu

mudarat (seperti penyakit dan seumpama). Keyakinan ini adalah bercanggah dengan ajaran

Islam yang menetapkan Allah sebagai sumber permohonan doa atau hajat serta Dzat yang Maha Berkuasa menolak sesuatu mudarat.

Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 56:

Serukanlah (berdoalah kepada) orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi

pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya.

Firman-Nya lagi dalam ayat yang lain: 280 [15]

Dan janganlah engkau menyeru (menyembah atau berdoa) selain daripada Allah

yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat

mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang

demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Perhatikan juga firman-Nya dalam surah al-Ahqaf, ayat 5 berikut yang menjelaskan akan

kesesatan orang-orang yang menyeru kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala padahal

yang mereka seru itu tidak berupaya sedikit pun untuk memakbulkan permintaan mereka

sehingga ke Hari Kiamat:

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-

sembahan selain daripada Allah yang tidak dapat memperkenankan (doa) sampai Hari Kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?

280[15] Surah Yunus, ayat 106.

Page 221: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

221

Sementara itu al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang mati sedangkan dia berdoa kepada selain Allah sebagai tandingan-Nya maka dia akan masuk Neraka.

Sabdanya lagi dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam al-Misykah, no. 5302:

Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta

pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.

2. Memakai tangkal atau azimat.

Memakai tangkal atau azimat, baik bagi tujuan pelaris perniagaan atau untuk menolak

sesuatu mudarat, adalah suatu yang masyhur khususnya di kalangan mereka yang memiliki akidah yang rapuh terhadap keesaan dan kekuasaan Allah.

Tangkal wujud dalam pelbagai jenis dan reka bentuk, seperti rantai, taring haiwan,

bungkusan kain hitam atau kuning dan sebagainya. Dalam sesetengah kes, azimat juga

wujud dalam bentuk gambar potret orang mati yang dianggap sebagai ‘wali’ dimana orang

yang menyimpannya meyakini ia berupaya mendatangkan nasib tuah dan menolak sesuatu

bencana, sebagaimana yang berlaku di kalangan para pengamal tarekat kesufian.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-An’am, ayat 17:

Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang

dapat menghilangkannya melainkan Dia.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:281[16]

Sesiapa yang memakai tangkal maka sungguh dia telah syirik.

281[16] Hadis riwayat Imam Ahmad dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Shahih al-

Jami’, no. 6394 dan Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, no. 492.

Page 222: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

222

Sabdanya dalam hadis yang lain:282[17]

Sesungguhnya jampi, azimat dan tilawah adalah syirik.

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan al-Hakim dan disepakati kesahihannya oleh adz-

Dzahabi diceritakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

melihat seorang lelaki yang mengenakan azimat pada dirinya, lalu baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya:

Azimat ini tidak akan menambahkan kepadamu kecuali kelemahan. Jauhkanlah ia

darimu kerana jika engkau mati (sementara engkau masih memakainya) maka engkau tidak akan pernah beruntung selamanya.

3. Meyakini adanya sial atau bencana pada bulan-bulan atau hari-hari tertentu.

Umpamanya meyakini setiap hari Rabu pada bulan Safar mengandungi sesuatu malapetaka

atau kesialan. Keyakinan seperti ini adalah bercanggah dengan akidah Islam yang

menetapkan bahawa sesuatu nikmat dan bencana adalah merupakan ketentuan yang

datang Allah semata-mata.

al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib baik atau

buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai

kecelakaan) pada bulan Safar.

Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz at-Tuwaijiri menulis di dalam kitabnya al-Bida’ al-

Hauliyah:283[18]

Menganggap sial terhadap waktu tertentu atau terhadap bulan tertentu seperti bulan Safar atau

yang lainnya tidaklah dibenarkan. Sebab, waktu adalah ciptaan Allah dan di dalam lingkup waktu

itulah Allah menetapkan perbuatan cucu anak Adam.

282[17] Hadis riwayat Abu Daud, no. 3883, Ibnu Majah, no. 3530 dan lain-lain. Disahihkan oleh

Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Hadith ash-Shahihah, no. 331 dan 2972.

283[18] Lihat al-Bida’ al-Hauliyah karya Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz at-Tuwaijiri, ms.

208-209.

Page 223: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

223

Setiap waktu yang diisi seseorang dengan perbuatan taat kepada Allah maka itu merupakan waktu

yang penuh berkah baginya. Sebaliknya, setiap waktu yang diisi seseorang dengan perbuatan maksiat

kepada Allah maka itu merupakan waktu yang penuh sial baginya.

Dengan demikian kesialan yang sesungguhnya adalah berbuat derhaka kepada Allah dan melakukan

perbuatan dosa. Itu jelas mendatangkan kemurkaan Allah. Jika Allah telah murka kepada seorang

hamba, pastilah hamba itu akan merugi di dunia dan di akhirat.

Orang yang suka melakukan kemaksiatan adalah orang yang menimpakan kesialan pada diri sendiri dan

kepada orang lain. Sebab, ia tidak aman dari azab Allah yang menimpa dirinya dan yang kemudian

menimpa manusia yang lain pula, khususnya terhadap orang yang tidak mengingkari kemaksiatan

tersebut. dengan demikian maka jelaslah bahawasanya kita harus menjauhi maksiat.

Kenyataan Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz at-Tuwaijiri di atas dikuatkan lagi dengan

firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah asy-Syura, ayat 30:

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana)

maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan.

4. Berjumpa dengan bomoh, dukun dan pawang.

Salah satu amalan masyhur dalam masyarakat kita yang apabila mereka ditimpa dengan

suatu musibah berupa kehilangan barang atau inginkan sesuatu kelebihan seperti ingin

menjadikan wajah bertambah seri atau melariskan sesuatu perniagaan (pemanis), maka

mereka akan mendapatkan khidmat daripada para bomoh/dukun yang didakwa memiliki

kuasa dan mengetahui perkara ghaib.

Padahal Islam amat melarang keras perbuatan ini sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi

menerusi hadisnya, iaitu sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu:

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat Muslim, no. 2230:

Sesiapa yang mendatangi seorang peramal lalu bertanya kepadanya tentang

sesuatu maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.

Page 224: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

224

Sabdanya lagi dalam hadis yang lain:284[19]

Sesiapa yang mengunjungi seorang tukang ramal atau dukun dan percaya pada

apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad (al-Qur’an).

5. Berlebih-lebihan (ghuluw) di dalam memuliakan orang-orang shalih.

Salah satu faktor yang membawa kepada terlaknatnya kaum Ahl al-Kitab di sisi Allah

Subhanahu wa Ta’ala adalah kerana sikap mereka yang keterlaluan di dalam memuliakan orang-orang shalih di kalangan mereka.

Salah satu perbuatan yang menggambarkan sikap ghuluw (keterlaluan) mereka di dalam

memuliakan orang-orang shalih di kalangan mereka ialah menjadikan kuburan orang-orang

shalih tersebut sebagai pusat beribadah. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam:285[20]

Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah.

Dalam hadisnya yang lain disebut:286[21]

Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para

nabi mereka sebagai tempat ibadah. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah. Sesungguhnya aku melarang perbuatan itu.

Hal ini tidak jauh berbeza dengan sikap sebahagian golongan tareqat kesufian yang

keterlaluan di dalam memuja dan memuliakan guru mereka sehingga yang demikian kita

dapati kebanyakan golongan ini menjadikan kuburan para tokoh atau syeikh mereka

sebagai lokasi beribadah seperti mengerjakan solat287[22], bertabarru’ (mengambil

berkat), bertawassul288[23], membaca al-Qur’an289[24] dan sebagainya.

285[20] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 190, 435 dan Muslim, no. 5229, 531.

286[21] Hadis riwayat Muslim, no. 532.

288[23] Kupasan yang lebih terperinci berkenaan hukum bertawassul kepada orang yang telah mati, sila

lihat Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah karya Yazid Abdul Qadir Jawas, ms. 445 dan seterusnya.

Page 225: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

225

Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari, no. 427 dan Shahih Muslim, no. 528 dari A’isyah

radhiallahu’anha, dia berkata bahawa Ummu Salamah radhiallahu’anha bercerita kepada

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah berserta gambar-gambar yang berada di dalam gereja tersebut.

Mendengarkan yang demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:290[25]

Sesungguhnya mereka ialah orang-orang yang apabila seseorang lelaki yang

shalih di kalangan mereka meninggal dunia, mereka bangunkan di atas kuburnya

masjid (tempat ibadah)291[26] dan membuat gambar-gambar (orang-orang

shalih) tersebut di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada Hari Kiamat.

Kebimbangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam terhadap tertimpanya fitnah

seumpama ini kepada umatnya dapat dilihat menerusi doanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik seperti berikut:

Ya Allah, janganlah engkau menjadikan kuburku sebagai berhala yang disembah.

Alangkah murkanya Allah kepada orang yang menjadikan kubur-kubur orang shalih sebagai tempat ibadah.

289[24] Ini berdasarkan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

ورةح الب قر يطان ي نفرح من الب يت الذي ت حقرأح فيه سح م مقابر، إن الش ة.ل تعلحوا ب حي حوتكح

Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari

rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah. – Hadis riwayat Muslim dalam Shahih

Muslim, no. 1179.

290[25] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 427 dan Muslim, no. 528.

291[26] Syeikh al-Albani rahimahullah memiliki sebuah kitab yang khas yang membincangkan tentang

larangan mengerjakan solat di masjid yang dibangunkan di atas kawasan kubur. Kitab tersebut diberi

judul Tahdzirus Sajid Min Ittikhadzil Qubur Masajid. Bagi edisi terjemahan, sila rujuk Larangan Shalat

Di Masjid Yang Dibangun Di Atas Kubur; terjemahan oleh M. Abdul Ghoffar E.M (Jakarta: Pustaka

Imam Asy-Syafi’i).

Page 226: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

226

Oleh sebab itu Islam amat melarang keras umatnya daripada berlebih-lebihan di dalam

memuliakan siapa jua. Ini termasuklah kepada Nabi kita yang mulia, Muhammad shallallahu

‘alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:292[27]

Janganlah kamu memujiku dengan berlebih-lebihan seperti pujian orang Nasrani kepada

Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba. Oleh kerana itu, katakanlah: “(Muhammad) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”

Umar menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:293[28]

Janganlah kamu bersikap berlebih-lebihan. Sesungguhnya faktor penyebab kehancuran umat-umat yang sebelum kamu adalah berlebih-lebihan.

Sementara Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi

wasallam pernah bersabda:294[29]

Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan (ghuluw). Nabi mengulangi perkataan ini sebanyak tiga kali.

Termasuk dalam perbuatan berlebih-lebihan di dalam memuliakan orang-orang shalih ialah

mentaati apa jua yang diajarkan oleh mereka berhubung dengan ajaran agama tanpa

merujuk kebenarannya di sisi al-Qur’an dan al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Sekali lagi Allah Subhanahu wa Ta’ala menegur sikap seumpama ini sebagaimana firman-

Nya ketika mencela golongan Ahl al-Kitab yang keterlaluan di dalam mentaati ajaran para

ulamak dan rahib mereka sehingga membelakang ajaran Allah dan Rasul-Nya:295[30]

292[27] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3445.

293[28] Hadis riwayat al-Nasa’i 5/218, Ibnu Majah, no.3029, Ahmad 1/215, Ibnu Khuzaimah, no. 2827,

Ibnu Hibban, no. 3871 dan al-Hakim 1/466. Hadis ini adalah sahih.

294[29] Hadis riwayat Muslim, no. 2670.

295[30] Surah at-Taubah, ayat 31.

Inilah realiti yang dapat kita saksikan ketika ini. Tidak sedikit kita temui di sana sini sebahagian

umat Islam yang dilihat begitu fanatik terhadap ajaran para agamawan tertentu. Sehingga apabila berlaku

pertembungan antara pandangan agamawan ini dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka

Page 227: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

227

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.

6. Bertabarruk (mengambil berkat) pada kuburan orang-orang shalih, pokok, batu dan sejenisnya.

Antara lain perbuatan yang boleh mengheret seseorang ke lembah perbuatan syirik ialah

mengambil berkat pada perkara-perkara yang tidak disyariatkan agama seperti pada kuburan orang-orang shalih, pokok, batu dan lain-lain seumpama.296[31]

Perhatikan ucapan Amirul Mukminin Umar bin al-Khaththab radhiallahu ’anhu di bawah ini ketika beliau mencium Hajar Aswad:297[32]

Saya tahu engkau adalah batu yang tidak berupaya mendatangkan bahaya atau manfaat. Seandainya saya tidak melihat Rasulullah menciummu maka saya tidak akan menciummu.

al-Imam Ibnu al-Mulaqqin berkata ketika mengomentari atsar di atas:298[33]

Ucapan di atas merupakan pokok dan landasan yang sangat agung dalam masalah ittiba’ (mengikuti)

kepada Nabi walaupun tidak mengetahui alasannya serta meninggalkan ajaran jahiliah berupa

pengagungan terhadap patung dan batu kerana memang tidak ada yang dapat memberikan manfaat

dan menolak bahaya kecuali hanya Allah semata, sedangkan batu tidak boleh memberikan manfaat.

Lain halnya dengan keyakinan kaum jahiliah terhadap patung-patung mereka, maka Umar ingin

membanteras anggapan tersebut yang masih menempel dalam benak manusia.

yang diunggulkan adalah pandangan agamawan berkenaan, bukan al-Qur’an dan al-Sunnah. Semua ini

tidak lain adalah disebabkan oleh sikap fanatik mereka di dalam mentaati dan mengunggulkan golongan

agama.

296[31] Para ilmuan Islam telah membahagikan tabarruk kepada dua kategori iaitu:

1) Tabarruk masyru’ iaitu tabarru’ pada perkara yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya baik

berupa tempat, masa, benda dan selainnya. Ini seumpama air Zam-Zam, al-Qur’an, bulan Ramadan dan

lain-lain.

2) Tabarru’ mamnu’ iaitu tabarru’ pada perkara yang tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya

seperti bertabarru’ pada kuburan, batu, pokok dan lain-lain seumpama.

297[32] Atsar riwayat al-Bukhari, no. 1597 dan Muslim, no. 1270.

298[33] Lihat al-I’lam bi Fawa’id Umdatil Ahkam karya Ibnu al-Mulaqqin, jld. , ms. 190; dalam Manhaj

Salafi Imam Syafi’i karya Abu Ubaidah Yusuf Mukhtar as-Sidawi, ms. 70.

Page 228: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

228

Kata Penutup

Demikian secara ringkas mengenai beberapa bentuk amalan dan kepercayaan syirik yang

sempat penulis ketengahkan buat tatapan para pembaca sekalian. Tentu saja, di luar sana

masih terdapat banyak contoh berkenaan amalan dan keyakinan berbaur syirik dalam

masyarakat Islam yang tidak sempat penulis kupas menerusi perbincangan singkat ini.299[34]

Justeru, penulis menyarankan agar para pembaca meluaskan pembacaan dan membuat

kajian lanjut mengenai persoalan yang amat mustahak ini. Mudah-mudahan dengan

tersingkapnya segala kepercayaan dan amalan syirik tersebut, iman dan amal kita akan

terpelihara dan kita akan mendapat syafaat di Hari Kiamat kelak.

Kalam Allah dan Rasul-Nya yang mulia berikut menutupi tirai perbincangan risalah ini.

Firman-Nya:300[35]

Jika engkau mempersekutukan (Allah dengan sesuatu) tentulah akan gugur (batal segala) amalan kamu dan kamu akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.

Firman-Nya lagi:301[36]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-

Nya (dengan sesuatu) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.

299[34] Berikut disarankan beberapa buku yang baik untuk dijadikan rujukan berkenaan subjek tauhid

dan syirik, antaranya:

1) Kitabut Tauhid Alladzi Huwa Haqqu Allah ‘Ala al-‘Abid karya Syeikh Muhammad bin Abdul

Wahhab; edisi terjemahan oleh Eko Haryono di atas judul Kitab Tauhid Memurnikan La Ilaha Ilallah

(Jogjakarta: Media Hidayah).

2) Tauhid Jalan Menuju Keadilan Dan Kemakmuran karya Yazid Abdul Qadir Jawas (Jawa Barat:

Media Tarbiyah).

3) 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid karya Hafiz Firdaus Abdullah (Johor Bahru:

Perniagaan Jahabersa).

300[35] Surah az-Zumar, ayat 65.

301[36] Surah al-Nisa’, ayat 48.

Page 229: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

229

al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah

bersabda:302[37]

Sesiapa yang bertemu dengan Allah sementara dia menyekutukan Allah

dengan sesuatu (maka) dia akan masuk Neraka.

303[19] Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’, no.

5939.

304[22] Pengecualian bagi solat jenazah dimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah

mengerjakan solat jenazah di kawasan perkuburan sebaik sahaja mendengar berita kematian

seorang yang sering membersihkan masjid. Ini sebagaimana riwayat al-Bukhari di dalam kitab

Shahihnya, no. 1337. Adapun selain solat jenazah, maka ia termasuk dalam keumuman hadis-

hadis di atas yang melarang mengerjakan solat di kawasan perkuburan. Untuk perbahasan yang

lebih terperinci berkenaan hukum mengerjakan solat di kawasan perkuburan, sila lihat Catatan-

Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 243-

317.

302[37] Hadis riwayat Muslim, no. 9

Page 230: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

230

Bibliografi

Al-Bida' al-Hauliyah karya Abdullah Abdul Aziz at-Tuwaijiriy; terjemahan oleh Munirul

Abidin di atas judul Ritual Bid'ah Dalam Setahun (Jakarta: Darul Falah, 2003). Al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin

Muhammad Nashir al-Faqihi; edisi terjemahan oleh Yahya Abu Hudzaifah di atas

judul Bid’ah Dan Dampak Negatifnya Terhadap Umat (Yogyakarta: Hikmah Ahlus

Sunnah, 2009). Al-Islam: Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat

(Jakarta: Pustaka Mu’awiyah bin Abi Sufyan, 2008). Al-Luma’ fii al-Radd ‘Ala Muhassiniy al-Bida’ karya Syeikh ‘Abdul Qayyum

Muhammad as-Sahaibani; edisi terjemahan oleh Abu Anas as-Salafiy di atas judul

Adakah Bid’ah Hasanah? (Malang: Cahaya Tauhid Press, 2007). Al-Ahadith as-Sunan al-Arba’ah al-Maudhu’ah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin

al-Albani, susunan Muhammad Syauman al-Ramli; edisi terjemahan oleh Ali

Bawazeer di atas judul Hadith Palsu Dalam Kitab 4 Sunan (Jakarta: Pustaka as-

Sunnah, 2006). Al-Manar al-Munif fi ash-Shahih wa adh-Dha’if karya Imam Ibnu al-Qayyim al-

Jauziyyah; edisi terjemahan oleh Fauzi Isnain di atas judul Hadis Lemah Dan Palsu Di

Sekitar Kita Dan Ciri-Ciri Untuk Mengetahuinya (Jawa Tengah: Pustaka Salafiyah,

2008). Al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama) karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, 10 jilid

(Jakarta Timur: Darus Sunnah Press, 2005). Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim ibn al-Hajjaj karya Imam al-Nawawi; edisi

terjemahan oleh Agus Ma’mun, Suharlan dan Suratman di atas judul Syarah Shahih

Muslim, 6 jilid (Jakarta: Darus Sunnah Press, 2010). Al-Fitnah wa Mauqif al-Muslim Minha karya Dr. Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-

‘Aqil; edisi terjemahan oleh Ahmad Yunus di atas judul Fitnah Akhir Zaman (Jakarta:

Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2010). Al-Hatstsu ‘Ala at-Tiba’i as-Sunnah wa at-Tahdziru min al-Bida’i wa Bayanu

Khatharaha karya Syeikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad al-‘Abbad al-Badr; edisi

terjemahan oleh Fathul Mujib di atas judul Ikutilah Sunnah, Tinggalkanlah Bid’ah!

(Malang: Pustaka Qaba-il, 2009). Al-Risalah fi I’tiqad Ahl al-Sunnah wa Ash-haab al-Hadith wa al-Aimmah au Aqidah

al-Salaf Ash-haab al-Hadith karya Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman al-

Shabuni; edisi terjemahan oleh Ustaz Abdul Wahab Bustami di atas judul ‘Aqidatus

Salaf (Johor: Perniagaan Jahabersa, 2003). Ar-Rasaa-il karya Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas, 3 jilid (Jakarta: Pustaka ‘Abdullah,

2004). At-Ta’liq as-Saniyyah Syarh Ushulud Da’wah as-Salafiyyah karya Syeikh Muhammad

Nashiruddin al-Albani; edisi terjemahan oleh Ahmad Abu Zahrah di atas judul

Penjelasan Syaikh al-Albani Tentang Dasar-Dasar Manhaj Salaf (Bogor: Pustaka Ibnu

‘Umar, 2010). Apa Kata Imam Syai’i Tentang Dzikir Berjamaah Setelah Shalat Wajib Dengan Suara

Keras? karya Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa (Jakarta: Puata Mu’awiyah bin Abi

Sufyan, 2011). Al-Qaul al-Sadid fii al-Radd ‘Ala Man Ankara Taqsim at-Tauhid karya Syeikh ‘Abd. al-

Razzaq bin ‘Abd. Al-Muhsin al-Badr; edisi terjemahan oleh Mohd Amin Yaacob di atas

judul Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa,

2011).

Page 231: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

231

Ash-Shahih al-Musnad min Fadhail al-A’mal karya Syeikh Ali bin Muhammad al-

Maghribi; edisi terjemahan oleh Ahmad Yunus Naidi, M. Syu’aib al-Faiz dan Gunaim

Ihsan di atas judul Shahih Fadhail A’mal, 2 jilid (Jakarta: Pustaka at-Tazkia, 2007). At-Ta’liqatus Saniyyah, Syarh Ushul ad-Da’wah as-Salafiyyah karya Syeikh

Muhammad Nashiruddin al-Albani dan susunan oleh Syeikh ‘Amr ‘Abdul Mun’im

Sulaim; edisi terjemahan oleh Ahmad Abu Zahrah di atas judul Penjelasan Syeikh

Albani Tentang Dasar-Dasar Manhaj Salaf (Bogor: Pustaka Ibnu ‘Umar, 2010). Atsaru al-Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah karya ‘Abdul Rahman ‘Abdul Khaliq,

edisi terjemahan oleh Muhammad Baihaqi di atas judul Bahaya Hadith Dhaif &

Maudhu Dalam Aqidah (Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers, 2003). Al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih (Ahlis Sunnah wal Jama’ah) karya ‘Abdullah bin

‘Abdul Hamid al-Atsari; edisi terjemahan oleh Farid bin Muhammad Baththy di atas

judul Intisari ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah (Bogor: Pustaka Imam asy-Syafi’i,

2007). Bid’ah Hasanah Tokok Tambah Amalan Rasulullah karya Mohd Yaakub Mohd Yunus

(Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd., 2008). Bincang-bincang Seputar Tahlilan, Yasinan & Maulidan karya Ustaz Abu Ihsan Al-

Atsari (Solo: Pustaka at-Tibyin, 2007). Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah karya Hafiz Firdaus

Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2010). Cukupkah Sekadar Niat? karya Mohd Hairi Nonchi (Selangor: Karya Bestari Sdn.

Bhd., 2010). Marilah Berzikir Selepas Solat Bersama Rasulullah karya Mohd Hairi Nonchi (Johor

Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2010). Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam (Jakarta Timur: Lidwa Pustaka). Fadhilah Shalawat Kepada Nabi Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah karya Ustaz

Mubarak bin Mahfudh Bamuallim (Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2007). Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama karya Mohd Sabri Mohammed

(Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd., 2007). Hadits Lemah & Palsu Yang Populer Di Indonesia karya Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif

Abu Yusuf (Pustaka al-Furqon, Indonesia, 2007). Hadits Nabi Menurut Pembela, Pengingkar Dan Pemalsunya karya Prof. Dr. H.M

Syuhudi Ismail (Jakarta: Gema Insani Press, 1995). Hukum Tahlilan (Selamatan Kematian) Menurut Empat Madzhab & Hukum Membaca

Al-Qur’an Untuk Mayit Bersama Imam Asy-Syafie karya Ustaz Abdul Hakim Amir

Abdat (Jakarta: Maktabah Mu’awiyah bin Abi Sufyan, 2011). Ilmu Hadith: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam karya Asmawi Haji Ehsan (Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003). Ilmu Ushul al-Bida’ Dirasah Takmiliyah Muhimmah fii Ilmi Ushul al-Fiqh karya Syaikh

Ali bin Hasan bin Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari; terjemahan oleh Abu Hilya Normal

Robbaniy di atas judul Mengupas Tuntas Akar Bid’ah Dalam Timbangan al-Qur’an &

as-Sunnah (Bekasi: Pustaka Imam adz-Dzahabi, 2009). I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin karya Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah;

edisi terjemahan oleh Asep Saefullah FM dan Kamaluddin Sa’adiyatulharamain di

atas judul Panduan Hukum Islam, 4 jilid (Jakarta: Pustaka Azzam, 2010). Khilaf Dalam Islam: Sebab Dan Adab, himpunan kertas kerja oleh Ustaz Abdul

Rasyid Idris, Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz dan Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman (Johor:

Perniagaan Jahabersa). Kitab at-Tauhid: Alladzi Huwa Haqqu Allah ‘Ala al-‘Abid karya Syeikh Muhammad bin

Abdul Wahhab; terjemahan oleh Eko Haryono di atas judul Kitab Tauhid:

Memurniakan Laa Ilajaa Ilallaah (Jogjakarta: Media Hidayah, 2004).

Page 232: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

232

Khudz ‘Aqidataka min al-Kitab wa as-Sunnah karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu;

edisi terjemahan oleh Ade Ichwan Ali di atas judul Ambillah Aqidahmu Dari al-Qur’an

dan as-Sunnah Yang Sahih Yang Difahami Shahabat (Bogor: Pustaka Ibnu Umar). Laisa min Qaul an-Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam karya Dr. Muhammad Fuad

Syakir; edisi terjemahan oleh Ashim Musthafa di atas judul Tidak Termasuk Sabda

Nabi S.A.W (Jakarta: Pustaka Azzam, 2005). Laukaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat

(Jakarta: Pustaka Mu’awiyah bin Abi Sufyan, 2010). Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin

al-Albani, edisi terjemahan oleh Taqdir Muhammad Asryad di atas judul Fatwa-Fatwa

Syeikh Nashiruddin al-Albani (Jogjakara: Media Hidayah, 2004). Majalah As-Sunnah, edisi No. 1/Thn.XV/Jumadil Akhir 1432H /Mei 2011M

(Surakarta: Yayasan Lajnah Istiqomah). Manhaj Salaf Akidah Salaf karya Ustaz Rasul bin Dahri (Johor: Perniagaan Jahabersa,

2004). Manhaj al-Imam asy-Syafie Fi Itsbat al-‘Aqidah karya Dr. Muhammad bin A.W. al-

‘Aql; edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris dan Saefuddin Zuhri di atas judul

Manhaj ‘Aqidah Imam asy-Syafi’i (Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2006). Manhaj Salafi Imam Syafie: Prinsip-Prinsip Imam Syafie Dalam Beragama karya Abu

Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi (Jawa Timur: Pustaka Al-Furqon, 2012). Manhaj al-Firqah an-Najiyah wa ath-Thaifah al-Manshurah karya Syeikh Muhammad

Jamil Zainu; edisi terjemahan oleh Abu Shafiya di atas judul al-Firqotun Najiyah

Jalan Hidup Golongan Yang Selamat (Yogyakarta: Media Hidayah, 2003). Lihat Mausu’ah al-Manahisy Syar’iyyah fii Shalihis Sunnah an-Nabawiyyah karya

Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali; edisi terjemahan oleh Abu Ihsan al-Atsari di atas judul

Ensiklopedi Larangan, 3 jilid (Bogor: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2008). Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz; edisi

terjemahan oleh Muhammad Akhyar dan Syahrin Jasah di atas judul Ensiklopedia

Sunnah & Bid’ah (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2009). Mauqifu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa’ wa al-Bid’ah karya Dr.

Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, edisi terjemahan oleh Abu Ahmad Syamsuddin di atas

judul Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah (Jakarta: Pustaka al-Kautsar,

2002). Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz Abdul Wahab Bustami (Johor: Perniagaan

Jahabersa, 2006). Mukhtashar Kitab al-Umm fi al-Fiqhi karya Imam asy-Syafie Abu Abdullah bin Idris;

diringkas dan ditetili oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail; edisi terjemahan oleh

Mohammad Yasir Abd Muthalib dan Andi Arlin, 2 jilid (Jakarta: Pustaka Azzam,

2004). Mulakhkhas min Minhaj as-Sunnah karya Syeikh ‘Abdurrahman bin Hasan bin

Muhammad bin ‘Abdul Wahhab; edisi terjemahan oleh Fuad di atas judul Ringkasan

Minhaj as-Sunnah Ibnu Taimiyyah (Kartasura: Pustaka ar-Rayyan, 2010). Mulia Dengan Manhaj Salaf karya Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas (Bogor: Pustaka

at-Taqwa, 2009). Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf karya Syeikh Abu Abdillah Jamal bin Farihan

al-Harithi; edisi terjemahan oleh Abu Aminah Wajihah (Johor: Perniagaan Jahabersa,

2006). Orang-Orang Yang Terusir Dari Telaga Nabi karya Syeikh Muhammad bin Abd al-

Wahhab al-Wushabi; terjemahan oleh Idral Harits (Solo: Pustaka Ar-Rayyan, 2007). Penjelasan Gamblang Seputar Hukum Yasinan, Tahlilan dan Maulidan karya Ustaz

Abu Ibrahim Muhammad Ali A. Mutholib (Solo: Pustaka Al-Ummat, 2006).

Page 233: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

233

Raf’ul Malaam ‘an al-Aimmah al-A’lam karya Syeikh al-Islam Ahmad bin Taimiyyah;

edisi terjemahan oleh Fuad Qowwam di atas judul Mengapa Ulama Berselisih

Pendapat? (Malang: Pustaka Qaba-il, 2007). Sahabat Pembela Sunnah karya Mohd Fikri Che Hussain (Johor: Perniagaan

Jahabersa, 2008). Siapakah Ahlus Sunnah Yang Sebenar? karya Dr. Azwira Abdul Aziz (Johor:

Perniagaan Jahabersa, 2006). Silsilah al-Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Madhu'ah karya Syeikh Muhammad

Nashiruddin al-Albani; edisi terjemahan oleh saudara oleh A.M Basalamah, 4 jilid

(Jakarta: Gema Insani Press, 1994). Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani;

edisi terjemahan oleh Yunus, S.Ag; Zulfan, ST di atas judul yang sama, 4 jilid

(Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2010). Sittu Durar min Ushuli Ahl al-Atsar karya ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani; edisi

terjemahan oleh Mubarak B.M Bamuallim di atas judul 6 Pilar Utama Dakwah

Salafiyyah (Surabaya: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2003). Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifuhu karya Syeikh Salim bin ‘Id al-Hilali; edisi

terjemahan oleh Muslim Arif dan M. Abdul Ghoffar di atas judul Shahih Dan Dha’if

Kitab al-Adzkar, 2 jilid (Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2009). Shifatu Shalati an-Nabiyyi min at-Takbir Ila at-Taslimi Ka-annaka Taraha karya

Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (Yogyakarta: Media Hidayah, 2000). Syarhu al-Mandhumah al-Baiquniyah karya Abu al-Harits Muhammad Ibrahim as-

Salafiy al-Jazairiy; taqdim oleh Syeikh Yahya Ali al-Hajurry; edisi terjemahan oleh

Abu Hudzaifah di atas judul Mengenal Kaedah Dasar Hadits (Jawa Tengah:

Maktabah al-Ghuroba’, 2008). Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah karya Yazid Abdul Qadir Jawas (Bogor:

Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2006). Syarhus Sunnah karya Imam Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Khalaf al-

Barbahari; edisi terjemahan oleh Abu Ahmad Zaenal Abisin di atas judul Syarhus

Sunnah (Bekasi Timur: Pustaka Imam adz-Dzahabi, 2010). Syarh Ushul as-Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih; edisi terjemahan

oleh Muhammad Wasitho di atas judul Syarah Ushulus Sunnah: Keyakinan Al-Imam

Ahmad Rahimahullah Dalam ‘Aqidah (Bogor: Pustaka Darul Ilmi, 2009). Tafsir Ibnu Katsir karya al-Hafiz ‘Imamuddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir

al-Quraisy ad-Dimasyqi dan diteliti oleh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin

‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syeikh; edisi terjemahan oleh M. ‘Abdul Ghoffar E.M, 10

jilid (Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi’i, 2009). Tauhid: Jalan Menuju Keadilan dan Kemakmuran karya Ustaz Yazid Abdul Qadir

Jawas (Jawa Barat: Media Tarbiyah, 2008). Tamamul Minnah fi Ta’liq ‘ala Fiqhus Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin

al-Albani; edisi terjemahan oleh Afifuddin Said di atas judul Terjemah Tamamul

Minnah: Komentar Dan Koreksi Secara Ilmiah Terhadap Fiqhus Sunnah Karya Sayyid

Sabiq (Gajah Madah: Maktabah Salafy Press, 2002). Tegar Di Atas Sunnah Ibarat Menggenggam Bara Api, susunan Tim Media Tarbiyah

(Jawa Barat: Media Tarbiyah, 2010). Telah Datang Zamannya karya Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat (Jakarta: Maktabah

Mu’awiyah bin Abu Sufyan, 2010). Wasiat dan Prinsip Imam Syafi’i Tentang Taqlid Buta & Fanatisme Madzhab karya

Ibnu Saini bin Muhammad bin Musa (Bogor: Media Tarbiyah, 2008). Zhahirah at-Tabdi’ wa Tafsiq wa Takfir wa Dhawabuthuha karya Syeikh Soleh bin

Fauzan al-Fauzan; edisi terjemahan oleh Yahya Abu Hudziafah di atas judul Stop!

Jangan Mudah Mengkafirkan dan Membid’ahkan (Malang: Pustaka Qaba-il).

Page 234: Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-rasul

234

Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajarkan Dan Dilakukan Oleh

Rasulullah S.A.W karya Hafiz Firdaus Abdullah (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa,

2005). 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid karya Hafiz Firdaus Abdullah (Johor:

Perniagaan Jahabersa). 15 Jati Diri Muslim Cemerlang karya Dr. Azwira Abdul Aziz (Johor: Perniagaan

Jahabersa, 2007). 25 Persoalan Semasa: Huraian dan Jawapan karya Mohd Yaakub Mohd Yunus

(Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd., 2007). 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya karya

Hafiz Firdaus Abdullah (Johor: Perniagaan Jahabersa, 2010). 40 Hadis Palsu Popular karya Abdul Razak Muthalib (Selangor: PTS Islamika Sdn.

Bhd., 2011). Dan lain-lain.