memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan...

13
Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Rasmuna binti Hussain 1 , Ahmad Khairulnizam bin Zulkifli 2 Razzian binti Mat Razali 3 Bahagian Dasar Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti ABSTRAK Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu bidang tujahan utama di kolej komuniti sejak diberikan mandat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada tahun 2004. PSH di kolej komuniti menekankan aspek keterlihatan (visibility) dan keterangkuman (inclusiveness) pelbagai kelompok komuniti, agar tiada kelompok komuniti yang terpinggir (no community is marginalised). PSH juga telah dijadikan sebagai teras utama dalam Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015 adalah dokumen strategik yang menggariskan enam teras dalam memperkukuh peranannya sebagai peneraju penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan hab PSH di Malaysia. Sejak penubuhan kolej komuniti pada tahun 2001, 2.04 juta komuniti telah berjaya dilatih melalui PSH di kolej komuniti. Pelaksanaan PSH ini dipantau melalui sistem Community College Report Card (CCRC). 15 peratus peserta PSH adalah dalam kalangan kumpulan sasar iaitu miskin tegar, warga emas/pesara, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, orang asli dan belia (yang tiada pendapatan tetap). Pencapaian peserta PSH dalam kumpulan sasar tersebut telah dibincangkan bagi memperkukuh peranan kolej komuniti yang signifikan ini. PSH adalah inisiatif yang wajar diteruskan sebagai kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) agar setiap lapisan masyarakat dapat meningkatkan kemahiran, ekonomi dan taraf hidup ke arah negara berpendapatan tinggi. Kata kunci: pembelajaran sepanjang hayat, kolej komuniti, CCRC, kumpulan sasar + Corresponding author. Tel.:+(0166344969); fax:+(0388884899) E-mail address: ([email protected])

Upload: others

Post on 19-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat

di Kolej Komuniti

Rasmuna binti Hussain1

,

Ahmad Khairulnizam bin Zulkifli2

Razzian binti Mat Razali3

Bahagian Dasar Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

ABSTRAK

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu bidang tujahan utama di kolej komuniti sejak

diberikan mandat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada tahun 2004. PSH

di kolej komuniti menekankan aspek keterlihatan (visibility) dan keterangkuman

(inclusiveness) pelbagai kelompok komuniti, agar tiada kelompok komuniti yang terpinggir

(no community is marginalised). PSH juga telah dijadikan sebagai teras utama dalam Pelan

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015

adalah dokumen strategik yang menggariskan enam teras dalam memperkukuh peranannya

sebagai peneraju penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan hab

PSH di Malaysia. Sejak penubuhan kolej komuniti pada tahun 2001, 2.04 juta komuniti telah

berjaya dilatih melalui PSH di kolej komuniti. Pelaksanaan PSH ini dipantau melalui sistem

Community College Report Card (CCRC). 15 peratus peserta PSH adalah dalam kalangan

kumpulan sasar iaitu miskin tegar, warga emas/pesara, orang kelainan upaya (OKU), ibu

tunggal, orang asli dan belia (yang tiada pendapatan tetap). Pencapaian peserta PSH dalam

kumpulan sasar tersebut telah dibincangkan bagi memperkukuh peranan kolej komuniti yang

signifikan ini. PSH adalah inisiatif yang wajar diteruskan sebagai kesinambungan kepada

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) agar setiap lapisan

masyarakat dapat meningkatkan kemahiran, ekonomi dan taraf hidup ke arah negara

berpendapatan tinggi.

Kata kunci: pembelajaran sepanjang hayat, kolej komuniti, CCRC, kumpulan sasar

+

Corresponding author. Tel.:+(0166344969); fax:+(0388884899)

E-mail address: ([email protected])

Page 2: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

1. PENGENALAN

Malaysia dalam usaha melaksanakan Model Baharu Ekonomi dan meneruskan agenda

RMKe-10 yang amat memerlukan tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi

menjana ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi. Di bawah RMKe-10, kerajaan

telah menetapkan bahawa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional

diarusperdanakan bagi merealisasikan hasrat ini. PSH di kolej komuniti adalah bertujuan

untuk memenuhi potensi dan permintaan terhadap program atau kursus peningkatan

kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan komuniti yang dapat menyumbang kepada

nilai serta pembangunan ekonomi negara (KPT, 2011a).

Program PSH kolej komuniti adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang menekankan kepada 10 lonjakan utama di

mana Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah merupakan

lonjakan yang melibatkan peranan kolej komuniti secara langsung. Pembelajaran

sepanjang hayat adalah penting untuk membangunkan masyarakat berilmu dan inklusif

(KPT, 2015). Kolej komuniti memainkan peranan besar sebagai hab pembelajaran

sepanjang hayat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta meluaskan akses

pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti kepada masyarakat.

Agenda ini diberi penekanan lanjut dalam RMKe-11 khususnya dalam Bab 3 iaitu

Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Yang Saksama. Di bawah Bidang Fokus B

pula, strategi utama ialah mengenal pasti keperluan bagi Memperkasa Komuniti Untuk

Membina Masyarakat Yang Produktif Dan Sejahtera. Strategi ini sudah pasti menuntut

penglibatan aktif dan libatsama oleh kolej komuniti. Peranan kolej komuniti lebih

mencabar dalam memberi inklusiviti kepada warga emas dan memperkasa orang kurang

upaya. Program University of the Third Age (U3A) merupakan salah satu program bagi

menambah baik persekitaran kehidupan warga emas. Ia akan memberi peluang kepada

mereka memperoleh pengetahuan serta kemahiran khususnya di kolej komuniti dan Pusat

Aktiviti Warga Emas (PAWE). Inisiatif seperti ini akan menggalakkan penuaan aktif

dalam kalangan warga emas seperti mana yang dituntut dalam RMKe-11. Dokumen ini

menggariskan beberapa strategi lain seperti meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi

rumah B40 dengan membesarkan saiz masyarakat kelas menengah, mengurangkan kadar

Page 3: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

keciciran, memastikan akses kepada pendidikan tinggi dan latihan kemahiran (UPE,

2015). Lantaran itu, budaya pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti dapat

menggerakkan beberapa inisiatif ke arah membentuk masyarakat yang produktif dan

sejahtera dengan pengetahuan serta kemahiran.

2. LATAR BELAKANG

Kolej komuniti ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang

dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 dan

mulai beroperasi dengan 12 buah kolej komuniti rintis pada tahun 2001. Kabinet telah

bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

pada tahun 2004 (JPKK 2012). Sejak itu, kolej komuniti telah berkembang pesat dan

sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh negara.

Kolej komuniti melaksanakan PSH sebagai core business berdasarkan beberapa

konsep dan konteks berikut:

i. Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.

ii. Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan sijil kemahiran

yang diperlukan untuk memulakan kerjaya mahupun memulakan perniagaan.

iii. Pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di institusi

pendidikan tinggi.

iv. Latihan dalam perkhidmatan (on-job training) yang berkonsep formal atau

tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui

bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.

v. Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan

pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

(JPP,

2013)

Page 4: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Konsep PSH di kolej komuniti ini telah diilustrasikan dalam Rajah 1 di bawah :

Rajah 1 : Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti

Sumber: Laporan Kajian Peranan Kolej Komuniti KPM

Kepada Masyarakat Setempat. (JPP, 2013)

Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015 telah dilancarkan pada 12 Mac 2013

oleh YB Menteri Pengajian Tinggi di Kuching, Sarawak. Pelan ini mengandungi enam (6)

teras strategik di mana salah satu daripada teras utamanya ialah Memperkasa

Pembelajaran Sepanjang Hayat. Teras ini adalah selari dengan teras Pembudayaan

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN) yang menggariskan empat (4) strategi. Strategi ini antara lain bertujuan

mengarusperdanakan PSH iaitu: 1) meningkatkan mekanisme dan infrastrutur PSH; 2)

memperkemaskan kerangka pengiktirafan PSH; 3) mempertingkatkan usaha promosi

dalam menggalakkkan penyertaan dalam PSH; 4) menyediakan pembiayaan secukupnya

untuk menyokong program-program pembudayaan PSH (KPT, 2011b).

Pelaksanaan pelan tersebut telah menuntut kolej komuniti untuk memainkan peranan

yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh

Page 5: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

masa dan melatih sekurang-kurangnya 1500 hingga 5000 peserta kursus pendek setahun di

bawah program PSH. Program sepenuh masa dan PSH ini meningkatkan peluang

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan komuniti. Di

samping itu, program ini membantu membangunkan potensi diri kumpulan sasar komuniti

setempat seperti golongan miskin tegar, orang asli, OKU, ibu tunggal, belia (tiada

pendapatan tetap), dan warga emas/pesara.

Kolej komuniti juga diberikan amanah besar untuk meneruskan pelaksanaan PSH

menerusi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang telah dilancarkan pada 5 April

2014 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Selaras dengan amanah yang diberikan, kolej

komuniti dilantik sebagai Sekretariat Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di

peringkat nasional. PISH menumpukan pendidikan yang berterusan dalam bidang

kemahiran teknikal kepada pelajar maahad atau tahfiz dalam mengimbangkan ilmu

duniawi dan ukhrawi. Sehingga kini, lebih daripada 610 program PISH dengan penyertaan

lebih daripada 20 ribu peserta telah dilaksanakan dalam pelbagai bidang dengan jayanya.

Kolej komuniti berperanan untuk merapatkan rakyat dengan kerajaan melalui

pelbagai program TVET dan PSH yang terkini melalui pelbagai program khidmat

masyarakat (CSR), jaringan, kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pelbagai agensi

dan industri. Selain itu, kolej komuniti turut menyahut seruan kerajaan dengan

melaksanakan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan menekankan prinsip impak

tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan. Sehubungan itu, kolej komuniti

melaksanakan pelbagai High Impact Programme contohnya program Basmi Kemiskinan

Bandar dan Rumah Komuniti yang menyumbang ke arah peningkatan taraf sosio-ekonomi

komuniti setempat. Sehingga ke hari ini, PSH telah memberi impak kepada 2.04 juta

komuniti dalam pelbagai kursus dan kemahiran untuk melahirkan usahawan kecil,

sederhana malahan jutawan. Jadual 1 menunjukkan taburan penyertaan PSH di kolej

komuniti dari tahun 2002 hingga kini.

Page 6: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Jadual 1: Penyertaan peserta PSH mengikut tahun.

Tahun Bilangan Peserta

2002 1,771

2003 8,216

2004 23,907

2005 46,512

2006 71,684

2007 102,445

2008 106,814

2009 121,003

2010 123,061

2011 219,183

2012 206,562

2013 277,083

2014 314,828

2015 279,760

2016 (sehingga Jun) 137,002

JUMLAH 2,039,831

Pelbagai program PSH di kolej komuniti juga telah menyumbang kepada

pengurangan jurang tenaga kerja mahir yang dihadapi oleh industri melalui program

peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini

bercirikan customised programme iaitu direka agar lebih fleksibel untuk pekerja industri.

Kolej komuniti telah muncul sebagai salah satu daripada pembekal utama tenaga kerja

terlatih dan berpengetahuan untuk memenuhi keperluan negara, kepentingan tempatan dan

industri. Program yang ditawarkan di kolej komuniti bertujuan menyediakan belia dengan

kemahiran yang sesuai yang akan memberi kuasa kepada mereka ke dalam dunia

pekerjaan. Taburan trend penyertaan dalam program PSH boleh dirujuk dalam Jadual 2 di

bawah. Justeru, program pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti merupakan satu

pendekatan yang mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat pekerja yang menjadi

penyumbang kritikal kepada produktiviti dan pembangunan negara.

Page 7: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Jadual 2: Bilangan kursus PSH mengikut tahun.

Tahun Bilangan Kursus

2002 79

2003 316

2004 867

2005 1,324

2006 2,436

2007 3,778

2008 4,321

2009 5,400

2010 6,339

2011 11,076

2012 10,013

2013 7,717

2014 14,287

2015 13,231

2016 (sehingga Jun) 7,054

JUMLAH 88,238

3. METODOLOGI

Bahagian Dasar (BDS), JPKK telah melaksanakan transformasi dalam Pelan

Tindakan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 – 2005 dengan memperkenalkan

pelaksanaan Community College Report Card (CCRC) untuk digunapakai oleh kolej

komuniti seluruh negara. Dalam CCRC telah digariskan 6 Teras Utama yang terkandung

di dalam pelan tersebut sebagai strategi pelaksanaannya yang merangkumi 22 Petunjuk

Prestasi Utama (KPI) wajib serta 4 KPI pilihan bagi setiap KK Rintis, KK Pelapis 1 dan

KK Pelapis 2, serta 8 KPI bagi KK Tunas. Salah satu daripada objektif strategik di dalam

Teras 1 : Memperkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat ialah Memantapkan Pelaksanaan

PSH. Melalui objektif ini, KPI yang ditetapkan kepada kolej komunti ialah bilangan

Page 8: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

peserta kursus pendek daripada kumpulan sasaran mesti mencapai 15 peratus daripada

jumlah keseluruhan peserta kursus pendek pada setiap tahun. Kumpulan sasar yang telah

ditetapkan adalah dalam kalangan golongan miskin tegar, warga emas/pesara, orang

kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, orang asli dan belia (yang tiada pendapatan tetap).

Pemantauan terhadap pelaksanaan program atau aktiviti PSH di kolej komuniti adalah

merupakan salah satu prosedur penting bagi memastikan keberkesanan serta keberhasilan

sistem penyampaian program ini. Pemantauan dan penilaian dijalankan secara berkala

sepanjang tahun dan laporan pencapaian disediakan dua kali setahun iaitu bagi tempoh

Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Pengumpulan data penyertaan oleh kumpulan sasar tersebut dalam program dan

kursus PSH di kolej komuniti diambil dari tahun 2013 sehingga 2015. Bagi melancarkan

proses pengumpulan data ini, Pegawai Penyelaras CCRC dilantik di setiap kolej komuniti.

Pegawai ini berperanan untuk merekod dan mengemaskini data penyertaan secara berkala

berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan oleh JPKK. Pegawai ini juga bertanggungjawab

memastikan data yang diisi adalah sah dan tepat pada masa program PSH tersebut

dilaksanakan di kolej komuniti masing-masing.

Data asal yang telah diperolehi daripada setiap kolej komuniti ditentusahkan dengan

melaksanakan audit silang dengan data di dalam sistem e-PSH yang telah digunapakai

oleh semua kolej komuniti. Sistem e-PSH ini pula adalah di bawah pemantauan serta

penyeliaan Unit PSH di JPKK. Data pencapaian keseluruhan KPI yang diperoleh melalui

sistem CCRC tersebut dieksport ke dalam perisian Microsoft Excel untuk dianalisa secara

terperinci. Proses ini penting untuk mendapatkan bilangan penyertaan berdasarkan

kategori kumpulan sasar tersebut. Data dianalisa secara deskritif untuk mendapatkan

kekerapan dan peratusan.

4. PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap data yang dikumpul pada tahun 2013

hingga 2015, keputusan diperolehi dengan merujuk kepada Rajah 2 di bawah. Penerangan

dan huraian pula adalah seperti berikut :

4.1 Miskin tegar

Page 9: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Analisis data daripada eCCRC menunjukkan bahawa 39.8 peratus (145,108 peserta)

kumpulan sasar adalah dalam kalangan miskin tegar. Ini merupakan peratus

pencapaian kedua tertinggi daripada 6 kumpulan sasar. Secara purata 95 peratus

kolej komuniti telah mencapai sasaran bagi KPI ini. Ini jelas menunjukkan bahawa

program yang telah dilaksanakan menerima sambutan yang menggalakkan dan

menepati objektif untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti terutamanya

kumpulan miskin tegar ini.

4.2 Warga emas / pesara

Berdasarkan eCCRC, data yang dianalisis menunjukkan bahawa 5.6 peratus (20,402

peserta) kumpulan sasar adalah terdiri daripada golongan warga emas / pesara.

Pencapaian kumpulan sasar ini adalah yang ketiga tertinggi, dengan 89.2 peratus

kolej komuniti mencapai KPI yang ditetapkan. Data ini memberi petunjuk bahawa

kumpulan ini masih berminat secara aktif menimba pengetahuan dan kemahiran agar

dapat dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan selain mengeratkan hubungan

sesama komuniti serta memenuhi keperluan kendiri. Ini adalah bertepatan dengan

penganugerahan JPKK sebagai IPT Prihatin Warga Emas 2012 oleh Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di atas sumbangan dan penglibatan

dalam menjayakan program PSH (Berita Harian, 18 Oktober 2012). Selain itu

Program PSH untuk kumpulan ini telah dilaksanakan dengan jayanya melalui

kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

4.3 OKU

Analisis data daripada eCCRC menunjukkan bahawa 2.7 peratus (9,865 peserta)

kumpulan sasar yang terlibat adalah terdiri daripada kumpulan OKU dengan 80

peratus kolej komuniti mencapai KPI ini. Pencapaian ini seiring dengan penglibatan

enam kolej komuniti yang menawarkan program sepenuh masa khusus untuk

kumpulan OKU.

4.4 Ibu tunggal

Berdasarkan analisis data daripada eCCRC, kumpulan ibu tunggal menyumbang

kepada 4.8 peratus (17,560 peserta) penglibatan dalam program PSH sepanjang 2013

Page 10: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

hingga 2015. Secara purata 84.6 peratus kolej komuniti mencapai KPI ini. Impak

penyertaan dalam kalangan kumpulan sasar ini amat besar kerana mereka adalah

komuniti yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk membina kemandirian dalam

meneruskan kelangsungan hidup keluarga.

4.5 Orang asli

Data yang dianalisis daripada eCCRC menunjukkan pencapaian yang

memberangsangkan iaitu 2.7 peratus (9,759 peserta) dengan 92.9 peratus kolej

komuniti mencapai KPI ini secara purata. Ini memberi konatasi bahawa kolej

komuniti telah berjaya mendekati kumpulan sasar tersebut dengan membuka ruang

dan peluang bagi mereka mendapatkan pelbagai kemahiran melalui program-

program PSH. Ini selari dengan peranan kolej komuniti yang berkonsepkan

keterangkuman (inclusiveness) pelbagai kelompok komuniti, agar tiada kelompok komuniti

yang terpinggir (no community is marginalised).

4.6 Belia (tiada pendapatan tetap)

Penyertaan kumpulan sasar ini menunjukkan peratusan yang paling tinggi iaitu 44.4

peratus (161,693 peserta) kerana mereka merupakan golongan yang lebih terdedah

kepada peluang memperoleh kemahiran-kemahiran teknikal di kolej komuniti.

Secara purata 85.4 peratus kolej komuniti mencapai KPI ini. Golongan belia ini

diharapkan dapat menjana pendapatan sendiri dengan mendapatkan pekerjaan yang

lebih stabil atau membuka perniagaan sendiri berdasarkan bidang kemahiran yang

telah diperolehi.

Page 11: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Rajah 2 : Taburan penyertaan PSH berdasarkan kumpulan sasar.

Sumber : eCCRC 2013 hingga 2015. (JPKK, 2015)

Berdasarkan Rajah 3, secara keseluruhan, 364,387 peserta kumpulan sasar

telah mengikuti PSH yang telah dianjurkan sepanjang 2013 hingga 2015. Bilangan

ini menunjukkan bahawa 42 peratus daripada 871,671 jumlah keseluruhan adalah

peserta dalam kalangan kumpulan sasar. Secara purata 87.8 peratus kolej komuniti

telah mencapai KPI 15 peratus peserta kumpulan sasar daripada keseluruhan peserta

PSH. Bilangan penyertaan ini memberi impak positif kepada penawaran program

PSH di kolej komuniti. Analisis data yang telah diperolehi juga menyokong laporan

dapatan kajian peranan kolej komuniti kepada masyarakat setempat yang dijalankan

oleh Jabatan Pendidikan Politeknik juga menunjukkan kolej komuniti dapat menarik

minat golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah (GB40%) dan meningkatkan

tahap sosial ekonomi kepada golongan ini (JPP, 2013).

Miskin tegar 145,108

40%

Warga emas / Pesara 20,402

5%

OKU 9,865

3%

Ibu tunggal 17,560

5%

Orang asli 9,759

3%

Belia 161,693

44%

KUMPULAN SASAR PSH 2013-2015

Page 12: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

Rajah 3 : Perbandingan penyertaan kumpulan sasar dengan keseluruhan penyertaan

PSH 2013 hingga 2015.

Sumber : eCCRC 2013 hingga 2015. (JPKK, 2015)

Bagi meningkatkan peratusan penyertaan peserta PSH dan memperkukuhkan

peranan kolej komuniti, maka wajarlah kolej komuniti mempergiatkan program

outreach ke seluruh negara melalui kerjasama strategik dan kolaborasi dengan rakan

industri. Antara program yang diperluaskan untuk menggalakkan penyertaan

kumpulan sasar adalah Program 1Keluarga 1Kemahiran, Teach@CC, eRezeki,

eUsahawan dan lain-lain.

Langkah-langkah mempertingkatkan promosi perlu dirancang dengan lebih

sitematik untuk menarik minat lebih ramai kumpulan sasar menyertai program-

program PSH. Antara usaha yang boleh dijalankan bagi mempercepatkan langkah

ini adalah melalui khidmat masyarakat, penyampaian dan menyebarluaskan

maklumat dengan lebih baik melalui penggunaan ICT, media sosial dan teknologi

terkini. Penggunaan laman sesawang, internet, aplikasi telefon pintar, e-

pembelajaran dan sebagainya dapat dimanfaatkan secara intensif. (KPT, 2011a)

Kumpulan Sasar

364387 42%

Jumlah keseluruhan

PSH 2013-2015: 871,671

KUMPULAN SASAR BERBANDING PSH KESELURUHAN 2013 HINGGA 2015

Page 13: Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat ... · yang lebih optima dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua (2) program sepenuh masa dan melatih sekurang-kurangnya

5. KESIMPULAN

Penyertaan kumpulan sasar dalam program PSH di kolej komuniti telah memberikan

impak positif kepada peranan kolej komuniti sebagai hab PSH. Sepanjang tempoh tiga

tahun pelaksanaan eCCRC, data telah menunjukkan bahawa kolej komuniti amat

responsif terhadap keperluan masyarakat terutamanya enam kumpulan sasar tersebut.

Ini seterusnya dapat melahirkan komuniti yang berilmu dan berpengetahuan (learning

communities) yang dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi di

samping menjana pendapatan keluarga. Sehubungan itu, pemantauan PSH melalui

eCCRC adalah kekal relevan dan digunapakai untuk meneruskan pelaksanaan PSH di

kolej komuniti seluruh negara.

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 2012. Pemerkasaan kolej komuniti 2013-2015.

Kementerian Pendidikan Tinggi.

Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 2013. Koleksi informasi terkini kolej komuniti.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 2015. Koleksi informasi terkini kolej komuniti. Edisi 2015.

Kementerian Pendidikan Tinggi.

Jabatan Pengajian Politeknik. 2013. Laporan kajian: Peranan kolej komuniti KPM kepada

masyarakat setempat di Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi. 2011a. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2

(2011-2015).

Kementerian Pengajian Tinggi. 2011b. Meneraju Kegemilangan Ilmu. Khaled Nordin.

Kementerian Pendidikan Tinggi. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysa. 2014. Education in Malaysia: A Journey to Excellence.

Educational Planning and Research Division. Putrajaya, Malaysia.

Unit Perancang Ekonomi. 2015. Rancangan Malaysia ke-11: Kertas strategi 9:

Mentransformasi TVET bagi memenuhi permintaan industri. Jabatan Perdana Menteri.

Unit Perancang Ekonomi. 2015. Rancangan Malaysia ke-11: Bab 3: Memperkukuh inklusiviti

ke arah masyarakat yang saksama. Jabatan Perdana Menteri.