memori(bab 2)

Upload: fads

Post on 31-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    1/8

    Pengenalan Memori (RAM)

    Memori (RAM), satu kata nama umum dalam dunia komputer. Memori (RAM)

    merupakan komponen yang digunakan untuk menyimpan aturcara dan maklumat

    sementara serta membantu CPU mengendalikan maklumat dengan cepat.Sejajar dengan peningkatan frekuensi CPU yang semakin pesat, frekuensi

    pengendalian juga semakin meningkat. Jika frekuensi pengendalian gagal bersepadan

    dengan memori, maka kecekapan komputer akan gagal dipertingkatkan secaramenyeluruh. Memori adalah penting dan berpengaruh besar terhadap kecekapan

    komputer. Dari EDO ketika zaman Pentium, SDRAM ketika zaman Pentium 2/3 dan

    K5/6, sehingga ke DDR, SDRAM yang disokong oleh Pentium 4 dan Athlon XP, kitadengan jelas bagaimana memori dapat membantu mempertingkatkan kecekapan

    komputer.

    Selain itu, sejajar dengan perkembangan sistem operasi komputer yang pesat,

    permintaan terhadap memori juga kian meningkat dari semasa ke semasa. Dari 32 M

    ketika Win95, 64 M ketika Win98 sehingga ke 128 M ketika Win2000/XP, kapasitimemori telah bertambah dengan mendadak. Sebenarnya, jika hendak memperoleh

    kecekapan komputer yang lebih tinggi, memori memang memainkan peranan yang amatpenting.

    Memori DDR

    Oleh itu, menaik taraf memori sememangnya merupakan cara mempertingkatkan

    kecekapan komputer yang paling berkesan, malah yang paling mudah. Pada masa dulu,

    kebanyakan papan induk hanya dapat menyokong memori jenis SDRAM.Bagaimanapun, dalam zaman yang canggih ini, SDRAM boleh dikatakan semakin

    mundur malah telah diganti oleh DDR-RAM. Kecekapan DDR-RAM adalah amat baik

    berbanding dengan SDRAM, dan dapat mencapai prestasi yang amat cemerlang bersama

    dengan CPU P3 atau Athlon. Jenis memori yang terkini merupakan RDRAM. Intel telahmengumumkan bahawa CPU P4 bersama dengan RDRAM akan menghasilkan prestasi

    yang paling optimum. Namun begitu, harga RDRAM adalah agak mahal dan bukan

    semua pengguna dapat menampungnya. Kebanyakan pengilang cip set telahmengeluarkan cip set P4 yang dapat menyokong memori SDRAM dan DDR untuk

    memenuhi permintaan pengguna umum.

    Jika komputer masih menggunakan memori EDO, maka usah menaik taraf memori.Ini adalah kerana, berkemungkinan besar papan induk turut gagal menyokong SDRAM.

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    2/8

    Sebaliknya, jika memori yang digunakan oleh komputer adalh SDRAM, maka boleh

    menaikkan taraf ke DDR. Bagaimanapun, sebelum menaik taraf, pastikan papan induk

    yang digunakan dapat menyokong memori DDR. Jika papan induk gagal menyokongDDR, maka boleh menggunakan alternative yang lain, iaitu menambah satu lagi SDRAM

    bagi menggandakan kapasiti memori. Tindakan ini juga dapat mempertingkatkan

    kecekapan sisitem operasi. Jika komputer menggunaka SDRAM 128 M untukmelaksanakan Win2000/XP, maka mengesyorkan supaya menaik taraf memori yang

    lebih fleksibel.

    Jika komputer merupakan P4 peringkat awal dan memori yang digunakan adalahSDRAM, maka mungkin akan mendapati bahawa tiada perubahan besar setelah penaik

    taraf dilakukan. Ini adalah kerana, SDRAM yang berharga murah gagal bersepadan

    dengan kecekapan CPU P4 yang berkelajuan tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Intel,

    CPU bertaraf P4 perlu bekerja bersama dengan RDRAM untuk prestasi yang optimum.Cip set P4X266 keluaran VIA merupakan cip set yang amat popular. Cip set ini bukan

    sahaja dapat menyokong memori DDR, malah harganya juga amat ekonomik. Cip set

    1845D keluaran Intel juga dapat menyokong memori DDR. Harganya lebih mahal dan

    kecekapannya juga lebih tinggi.

    Jenis kad memori

    Jenis kad memori yang terdapat dalam pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis

    utama: SDRAM, DDR RAM dan RDRAM.

    SDRAM

    SDRAM merupakan jenis kad memori yang paling lama wujud dalam pasaran. Pada

    suatu ketika, SDRAM mendapat sambutan hangat memandangkan harganya yang murahserta prestasinya yang baik. Bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan yang pesat,sambutannya telah semakin menurun.

    DDR RAM

    DDR RAM boleh dikatakan pengganti SDRAM. Sejak DDR RAM dikeluarkan,SDRAM telah kian kurang mendapat sambutan pengguna, tetapi DDR ARM pula yang

    hangat di pasaran. Memori DDR RAM mempunyai kelajuan pengendalian yang berkali

    ganda lebih cepat berbanding SDRAM, malah harganya juga amat ekonomikmemandangkan taraf teknologi yang semakin meningkat dan kos pengeluaran yang

    semakin menurun.

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    3/8

    RDRAM

    Ketika DDR RAM masih ingat dibincangkan di kalangan pengguna, Intel telah

    melancarkan cip set P4 dan mengatakan bahawa memori dedekasi baginya RDRAM,

    iaitu satu kad memori yang direka khas oleh RamBus bagi sistem operasi P4. RDRAMmerupakan kad memori yang khas digunakan oleh P4, bagaimanapun konsep operasinya

    adalah lebih kurang sama dengan DDR RAM, tetapi harganya agak tinggi. Oleh itu,

    setakat ini hanya pengguna P4 saja berminat terhadap RDRAM. Namun begitu, kami

    percaya dengan perkembangan teknologi, RDRAM akan menjadi sesuatu yang umumdalam masa yang singkat.

    Ketika membeli produk baru bagi penggunaan menaik taraf, janganlah terburu-buru

    membeli produk yang yang paling baru dan terkini. Ini adalah kerana, produk baru

    biasanya masih belum stabil dari segi teknologinya, malah harganya turut lebih tinggi danberkemungkinan sistem yang digunakan akan gagal menyokongnya. Oleh itu, penaik

    taraf yang rasional harus difikirkan dalam skop yang disokong oleh sistem operasi yang

    sedang digunakan, kemudian lakukan penyelarasan yang sesuai bagi mengoptimumkankecekapan komputer. Ketika membeli kad memori, ingat untuk memilih jenis kad

    memori yang dapat disokong oleh papan induk komputer. Dengan ini,barilah penaik taraf

    dapat dilakukan dengan efektif.

    Kapasiti memori

    Ketika menaik taraf memori, bagi mengelakkan kerja berganda, kita boleh cubamemilih untuk menaik taraf memori kapasiti yang lebih besar. Bagaimanapun, tidak

    semestinya kapasiti yang lebih besar itu lebih baik. Kita harus mempertimbangkan

    keadaan papan induk. Jika kapasiti memori yang dinaik taraf melebihi skop sokonganpapan induk, maka sia-sia saja usaha menaik taraf yang dilakukan. Setakat ini, kapasiti

    yang dapat disokong oleh papan induk adalah 512 M bagi SDRAM, dan 1024 M bagi

    DDR. Namun, ini adalah tertakluk kepada pengilang papan induk tertentu, kita harus

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    4/8

    merujuk kepada buku panduan papan induk, Perhatian, RDRAM tidak dapat menyokong

    memori tunggal.

    Pengilang memori

    Setiap pengilang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut merupakanpengilang utama bagi keluaran kad memori komputer, boleh melayari laman webnya

    untuk maklumat lanjut:

    Kingston:www.kingston.com

    Genuine: www.genuine.com

    Twinmos:www.twinmos.com

    Kingmax: www.kingmax.comSynnex:www.synnex.com

    Bergantung pada papan induk

    Seperti yang telah dibincangkan, kapasiti maksimum bagi penaik taraf memori adalah

    bergantung pada tahap sokongan papan induk. Sebelum menaik taraf, rujuk kepada buku

    panduan papan induk bagi mengetahui keterangan yang berkaitan dengan kad memoriyang dapat disokongnya. Jika penaik taraf yang dilakukan gagal disokong oleh papan

    induk, maka prestasi memori turut gagal dipertingkatkan.

    Proses pemasangan kad memori

    Berikut merupakan aliran proses memasang kad memori.

    Memahami jenis kad memori yang

    disokong oleh papan induk

    Menanggalkan casing,

    menanggalkan kad memori

    Memasang memori yang baru

    Memasang semula casing

    Pemasangan selesai

    Menerusi gambar rajah di atas, kita dapat memahami elemen penting ketika

    pemasangan memori. Terlebih dahulu, kita perlu mengetahui struktur papan induk dankapasiti maksimum memori yang disokongnya. Proses pemasangan memori sebenarnya

    amat mudah, usah bimbang jika belum pernah melakukan penaikan taraf. Ikuti aliran

    proses penaikan taraf yang dinyatakan di atas dan semuanya akan berjalan lancar.

    http://www.kingston.com/http://www.kingston.com/http://www.genuine.com/http://www.twinmos.com/http://www.twinmos.com/http://www.kingmax.com/http://www.synnex.com/http://www.synnex.com/http://www.kingston.com/http://www.genuine.com/http://www.twinmos.com/http://www.kingmax.com/http://www.synnex.com/
  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    5/8

    Menyediakan peralatan pemasangan

    Peralatan yang diperlukan untuk penaikan taraf memori amat ringkas, hanya

    memerlukan satu pemutar skru. Pemutar skru boleh dikatakan peralatan penting bagi

    pemasangan, penaikan taraf dan penyelenggaraan computer. Semua kerja berkenaanperkakasan akan memerlukan pemutar skru. Gambar berikut menunjukkan salah satu

    pemutar skru yang biasa digunakan, iaitu skru berhujung T.

    Kini kebanyakkan casingtelah direka untuk penggunaan yang lebih mudah.Sesetengah jenis casinghanya memerlukan pemutar skru biasa, atau ada juga tidak

    mempunyai skru. Dengan kemajuan teknologi, pengendalian casingsemakin mudah danringkas.

    Menaik Taraf ke DDR RAM

    Bagi papan induk P4 yang terdapat menyokong SDRAM dan DDR RAM, sudah pasti

    DDR RAM dapat menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi.Masih belum terdapat jenispapan induk yang dapat menyokong kesemua jenis memori dalam masa yang sama.

    Rekaan kesepadanan papan induk membolehkan pengguna menikmati kecekapan P4

    yang optimum tanpa memerlukan RDRAM yang mahal. Bagaimanapun, gabungan P4dan SDRAM belum dapat memuaskan pengguna dari segi kecekapan, ini adalah keranafrekuensi pengendalian SDRAM adalah lemah.

    Dalam keadaan ini, memasang satu DDR RAM akan dapat mempercepatkan kelajuan

    pengendallian sistem. Di samping itu, perbezaan hargan DDR RAM dan SDRAM jugatidaklah besar. Pada masa yang akan dating, P4 akan terus menyokong DDR RAM,

    jesteru itu membekalkan peluang pengembangan yang besar juga.

    Selain itu, jika papan induk hanya dapat menyokong CPU peringkat P3 sahaja, usahbimbang kerana penaikan taraf masih dapat dilakukan. Namun, penaikan taraf yang dapat

    dilakukan bukanlah menaik taraf komputer ke P4 kerana kos menaik taraf papan induk

    bukanlah murah, malah prosesnya juga kompleks. Sebenarnya, komputer P3 adalah

    cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kecekapan system, menaik tarafSDRAM ke DDR RAM, ataupun menambah lagi satu DDR RAM akan dapat

    mempertingkatkan kecekapan komputer. Tindakan ini bukan sahaja menjimatkan kos,

    malah ringkas saja.

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    6/8

    Bagaimanapun, harus memberi perhatian terhadap jumlah pin DDR RAM (184Pin)

    DAN sdram (168Pin) ketika menaik taraf memori. Ini adalah kerana soketnya turut

    berbeza, oleh itu pastikan papan induk yang dapat memuatkan dua jenis memori dalammasa yang sama. Oleh itu, jika SDRAM digunakan, maka DDR RAM tidak dapat

    digunakan, dan keadaannya sama jika DDR RAM digunakan, maka SDRAM tidak dapat

    digunakan.

    Mari kita mulakan proses menaik taraf. Contoh berikut mengaplikasikan memori DDRRAM.

    Langkah 1

    Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casingdan

    letakkannya secara mendatar atas permukaan yang rata.

    Langkah 2

    Tanggalkan SDRAM yang terdapat pada papan induk.

    Longgarkan pemegang SDRAM (tarik pemegang keluar) dan tanggalkan dari soket. Kemudian,

    berpandukan buku panduan induk, cari soket DIMM

    yang berlabel BANK1 pada papan induk, bukanlah

    dua pemegang yang terdapat pada dua sisi soket.

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    7/8

    Langkah 3

    Pasangkan DDR RAM yang baru ke dalam soket yang

    bersepadan.

    Langkah 4

    Tekan kedua-dua hujung DDR RAM ke bawah agar

    ketat pada soketnya. Jika ia gagal dimuatkan ke dalam

    soket, maka mungkin arah pemasangan telah salah.

    Tukarkan arah pemasangan dan cuba pasangkannya kedalam soket, ketatkannya.

    Langkah 5

    Pastikan memori telah dipasang dengan betul.

    Pasangkan casingdan ketatkannya dengan skru.

    Setakat ini, sudahpun memasang satu DDR RAM ke atas papan induk. Jika hendak

    memasang dua DDR RAM, maka aplikasikan langkah yang sama.

    Menaik Taraf ke RDRAM

    Ketika hendak menaik taraf memori, jika berkemampuan, dan papan induk turut

    dapat menyokong memori jenis RDRAM, maka boleh menaik taraf memori ke RDRAM

    bagi menikmati kecekapan sebenar yang dibawa oleh komputer P4. Prosespemasangannya adalah seperti berikut:

  • 8/14/2019 Memori(bab 2)

    8/8

    Langkah 1

    Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casing

    komputer.

    Langkah 2

    Berpandukan arahan yang terdapat dalam buku panduan

    papan induk, cari soket pada papan induk yang berlabelRIMM, bukakan pemegang yang terdapat pada sisi

    soket.

    Langkah 3

    Berdasarkan arah pemasangan yang betul, pasangkan

    RDRAM ke dalam soket RIMM. Ketatkan

    kedudukannya.

    Periksa dan pastikan pemasangan adalah betul. Kemudian, pasangkan semula casing

    dan hidupkan komputer. Pemasangan telahpun selesai.Perhatian!Memandang RDRAM tidak menyokong bilangan memori ganjil, oleh itu

    ketika memasang RDRAM, pastikan bilangan memori sentiasa genap. Jika bilangan

    memori ganjil, maka tambahkan satu lagi RDRAM atau pasangkan satu kelengkapansoket memori sampukan. Fungsi kelengkapan ini adalah untuk membolehkan computer

    mengenal pasti bahawa papan induk telah dipasang dengan bilangan RDRAM yang

    genap, dan seterusnya dapat memastikan system bekerja dengan stabil. Cara

    pemasangannya adalah sama seperti yang ditunjukkan di atas.