membudayakan penataran keilmuan sebagai … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem...

6
EDISI 22 : 16 - 31 DISEMBER 2016 Majlis Apresiasi Dan Pra Pelancaran 1SERVE @UTC Perak ms2 Sekitar Majlis Pelancaran Buku ‘Mohamad Zabidi Zainal dan Institusi KPPA’ Majlis Perhimpunan Bulanan JPA Disember 2016 Majlis Iringan Kasih ms3 ms2 ms4 MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI TONGGAK PROFESIONALISME

Upload: buiphuc

Post on 21-Jul-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

EDISI 22 : 16 - 31 DISEMBER 2016

Majlis Apresiasi Dan Pra Pelancaran 1SERVE @UTC Perak

ms2

Sekitar Majlis Pelancaran Buku ‘Mohamad Zabidi Zainal dan Institusi KPPA’

Majlis Perhimpunan Bulanan JPA Disember 2016

Majlis Iringan Kasih

ms3

ms2 ms4

MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN

SEBAGAI TONGGAK PROFESIONALISME

Page 2: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

2

MAJLIS APRESIASI DAN PRA PELANCARAN 1SERVE @UTC PERAK

PERAK, 16 DISEMBER 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan

(SUK) Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Pra Pelancaran

1SERVE @UTC Perak di Ipoh. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Setiausaha

Kerajaan Negeri Perak.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Buku Coffee Table “NBOS @JPA: Horizon Baharu Perkhidmatan Awam” dan

penyampaian sijil penghargaan kepada 53 penerima terdiri daripada Agensi Pelaksana, Champion, Penyelia,

Petugas Barisan Hadapan, Tenaga Pengajar 1SERVE dan kumpulan Teknikal agensi-agensi Pelaksana 1SERVE.

Majlis Apresiasi 1SERVE yang julung kali diadakan ini merupakan suatu bentuk penghargaan atas prestasi

perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat

dan kualiti yang ditetapkan. Majlis ini diharap akan terus mendorong anggota Perkhidmatan Awam untuk terus

berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai aspirasi kerajaan.

Inisiatif 1SERVE merupakan transformasi yang digagaskan Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru

Kebangsaan (NBOS). 1SERVE adalah penambahbaikan kepada perkhidmatan kaunter Kerajaan, yang sebelum ini

mengamalkan konsep Satu Kaunter Satu Perkhidmatan kepada konsep Satu Kaunter Pelbagai Perkhidmatan

Pelbagai Agensi. Ianya selaras dengan konsep 1SERVE iaitu “Do MORE With LESS, For MORE” dan matlamat

akhir pelaksanaan 1SERVE iaitu bagi melahirkan Petugas Barisan Hadapan Yang Serba Boleh (Multi Tasking Front

Liners) dan Kaunter Pelbagai Perkhidmatan (Multi Services Counters).

Inisiatif 1SERVE JPA4U merupakan contoh pelaksanaan kaunter bagi peringkat pelbagai agensi pelbagai

perkhidmatan. Ia memberi manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan

hanya melalui satu kaunter seperti mana yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi

Kaunter 1SERVE JPA4U yang telah dilancarkan pada 2 November 2015. Selain dari perkhidmatan teras JPA, ia

turut menawarkan perkhidmatan dari tiga (3) agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Page 3: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

3

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA DISEMBER 2016

MAJLIS IRINGAN KASIH

PUTRAJAYA, 22 DISEMBER 2016—Majlis Perhimpunan Bulanan JPA yang terakhir bagi Tahun 2016 telah

dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dengan tema ‘TRANSFORMASI : Aspirasi Melakar Legasi’.

Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini juga telah melakar sejarah tersendiri kerana ianya merupakan Majlis

Perhimpunan Bulanan JPA yang terakhir dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ke-21, YBhg.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang bersara pada 31 Disember 2016. YBhg. Tan Sri juga telah turut melancarkan

buku ‘Transformasi Perkhidmatan Awam : Menjiwai Transformasi, Mengkhidmati Rakyat’ pada majlis tersebut.

Antara pengisian pada majlis tersebut termasuk penyampaian amanat terakhir YBhg. Tan Sri KPPA kepada semua

warga JPA serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovator JPA (Kategori ICT dan

Bukan ICT). Para pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut telah membawa pulang wang tunai sebanyak

RM 1,000 untuk johan, RM 750 untuk naib johan dan RM 500 untuk tempat ketiga. Turut dipamerkan di luar

Auditorium ialah pameran gambar-gambar perjalanan YBhg. Tan Sri KPPA sepanjang bergelar KPPA dari tahun

2013 sehingga 2016.

PUTRAJAYA, 22 DISEMBER 2016—Bersempena dengan hari terakhir

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (KPPA) bertugas sebelum bercuti dan bersara pada 31 Disember

2016, telah diadakan Majlis Iringan Kasih sebagai tanda kenangan

bersama warga JPA. YBhg. Tan Sri telah menanam pokok di luar lobi

Blok C1, Kompleks C pada majlis tersebut dan telah mengetik kad

perakam waktu beliau pada jam 5.30 petang sebagai simbolik majlis.

Page 4: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

4

SEKITAR PROGRAM GOLF SAHABAT BERSAMA KPPA -18 DISEMBER 2016

SEKITAR MAJLIS APRESIASI YANG DIPERTUA MAKSWIP TAHUN 2016 - 19 DISEMBER 2016

Page 5: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

5

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN BUKU ’MOHAMAD ZABIDI ZAINAL DAN INSTITUSI KPPA -20 DISEMBER 2016

SEKITAR MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KPPA - 22 DISEMBER 2016

Page 6: MEMBUDAYAKAN PENATARAN KEILMUAN SEBAGAI … · perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa melangkaui matlamat dan kualiti yang ditetapkan. Majlis

6