melnorzaini binti komel€¦ · ijazah sarjana muda sains dan komputer serta pendidikan (kimia)...

26
PERKAITAN ANTARA PRESTASI PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN PENGARUH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MELNORZAINI BINTI KOMEL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2006

Upload: others

Post on 25-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERKAITAN ANTARA PRESTASI PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN

PENGARUH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MELNORZAINI BINTI KOMEL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERKAITAN ANTARA PRESTASI PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN PENGARUH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya MELNORZAINI BINTI KOMEL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 14, LRG DESA RHU 6/2, PROF. MADYA DR MOHAMAD NAJIB TAMAN DESA RHU, BIN ABDUL GHAFAR 70400 SEREMBAN, Nama Penyelia NEGERI SEMBILAN. Tarikh: _______ Tarikh: _____________

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : .……………………………

Nama Penyelia : PM DR MOHAMAD NAJIB BIN

ABDUL GHAFAR

Tarikh : …………………………….

PERKAITAN ANTARA PRESTASI PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN

PENGARUH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MELNORZAINI BINTI KOMEL

Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : MELNORZAINI BINTI KOMEL

Tarikh : …………………………………..

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kupersembahkan buat tatapan bonda dan ayahanda yang disayangi,

Norela Binti Ismail dan Komel Bin Muhamad

Berkat doa, didikan dan pengorbanan kalian

Membuahkan hasil yang tidak ternilai di dunia dan akhirat…

Dikaulah permata hatiku..

Dikaulah ibu, dikaulah ayah...

Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan akan menjadi pendorong dan penyokong setia kejayaan

anak-anakmu, setiap ketika dan waktu

Buat adik-beradikku tersayang….

Along, Kaklong, Angah, Kakngah dan Adik Izwan….

Terima kasih atas sokongan dan doa yang kalian hulurkan..akanku titipkan ia menjadi bekalan perjuangan

hidup di kemudian hari..

Untuk insan yang teristimewa…

Dirimu sebahagian dari pendorong hinggaku ke tahap ini,

Sesungguhnya, kasih dirimu mutiara hatiku

Terima kasih atas segala-galanya…

Tidak dilupakan juga pada semua pendidik yang pernah memberi ilmu kepadaku…syukran jazilan…jasa

kalian tetap ku kenang hingga ke akhir hayat..

Buat teman-teman seperjuangan…

Harapanku agar..kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat…

Semoga kita mendapat keredhaan dan rahmat dariNYA…InsyaAllah

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”

ALHAMDULILLAH syukur yang tidak terhingga ke atas apa jua kesenangan

dan kesusahan yang telah ALLAH SWT kurniakan. Segala yang berlaku adalah

kehendakNya juga.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kerja-

kerja penulisan kajian ini. Penghargaan ikhlas dan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga khusus untuk penyelia yang dihormati Prof Madya Dr Mohamad Najib Bin

Abdul Ghafar yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan teguran

sehingga sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan dan sesiapa jua yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga

kalian menerima timbalan balasan yang setimpal dari yang MAHA ESA.

Wassalam,

MELNORZAINI BINTI KOMEL

v

ABSTRAK

Objektif kajian adalah untuk menyelidik perkaitan antara prestasi pelajar tahun

akhir dengan pengaruh persekitaran pembelajaran di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia. Dalam konteks kajian ini, lima pemboleh ubah bagi pengaruh

persekitaran pembelajaran yang dikaji iaitu faktor pergaulan, faktor suasana kediaman

kampus, faktor pemakanan, faktor peraturan universiti dan faktor kemudahan

pembelajaran. Seramai 217 orang pelajar tahun akhir lelaki dan perempuan di Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen

kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 6 item berkaitan

maklumat peribadi responden dan 35 item berkaitan faktor-faktor bagi persekitaran

pembelajaran. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.8156. Analisis statistik

deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya,

kesemua faktor-faktor persekitaran pembelajaran yang dikaji mempunyai perkaitan

yang sangat lemah dengan prestasi akademik pelajar. Kajian menunjukkan terdapat nilai

korelasi yang signifikan dan sangat lemah di antara faktor kemudahan pembelajaran

(r=0.134*) dan faktor persekitaran kampus (r=0.024*) dengan prestasi akademik

pelajar.

vi

ABSTRACT

The objective of the research is to investigate the correlation between the

achievement of final year students and study environment in the Education Faculty,

Universiti Teknologi Malaysia. In the context of the research, five variables

representing the studying environment will be studied. These factors include the

interaction factor, the environment, food, university rules and learning facilities. A total

number of 217 final year students of Universiti Teknologi Malaysia which consist of

male and female students were involved in this study. The instrument used was the

questionnaire which consists of 6 items regarding the personal details and 35 items

regarding the learning environment. The reliability value of the research tool is α =

0.8156. Descriptive statistic analysis was used to analysis the data. On the whole, all the

factors concerning the studying environment have a very low correlation with the

academic achievement of the students. There are significant and very low correlation

with the learning facilities factor (r=0.134*) and the learning environment factor

(r=0.024*).

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

viii

1.8.1 Persekitaran Pembelajaran 9

1.8.2 Prestasi Pelajar 10

1.8.3 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengaruh Faktor-faktor Persekitaran dalam pembelajaran

2.2.1 Faktor Kemudahan Pembelajaran 15

2.2.2 Faktor Suasana Tempat Kediaman dan Kampus 17

2.2.3 Faktor Pemakanan 20

2.2.4 Faktor Peraturan Universiti 22

2.2.5 Faktor Pergaulan 24

2.3 Prestasi Pelajar 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 36

3.4.1 Bahagian A (Biodata) 37

3.4.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 38

3.4.3 Kajian Rintis 39

3.5 Analisis Data 40

3.6 Jangkamasa Kajian 43

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Bahagian A 46

ix

4.3 Analisis Bahagian B 52

4.3.1 Maklum Balas Pelajar Mengenai Pengaruh

Faktor Pergaulan Terhadap Pembelajaran 53

4.3.1.1 Taburan Tahap Pembelajaran Responden

Berdasarkan Faktor Pergaulan 55

4.3.2 Maklum Balas Pelajar Mengenai Pengaruh Faktor Suasana

Kediaman Dan Kampus Terhadap Pembelajaran 56

4.3.2.1 Taburan Tahap Pembelajaran Responden

Berdasarkan Faktor Suasana Kediaman Dan Kampus58

4.3.3 Maklum Balas Pelajar Mengenai Pengaruh Faktor

Pemakanan Terhadap Pembelajaran 59

4.3.3.1 Taburan Tahap Pembelajaran Responden

Berdasarkan Faktor Pemakanan 61

4.3.4 Maklum Balas Pelajar Mengenai Pengaruh Faktor

Peraturan Universiti Terhadap Pembelajaran 62

4.3.4.1 Taburan Tahap Pembelajaran Responden

Berdasarkan Faktor Pemakanan 64

4.3.5 Maklum Balas Pelajar Mengenai Pengaruh Faktor

Kemudahan Pembelajaran Terhadap Pembelajaran 65

4.3.5.1 Taburan Tahap Pembelajaran Responden

Berdasarkan Faktor Kemudahan Pembelajaran 67

4.3.6 Perkaitan Antara Prestasi Pelajar Tahun Akhir

Dengan Pengaruh Persekitaran Pembelajaran di

Universiti Teknologi Malaysia 68

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 70

5.2.1 Bahagian A 70

5.2.2 Bahagian B 71

x

5.2.2.1 Objektif Kajian Pertama 71

5.2.2.2 Objektif Kajian Kedua 72

5.2.2.3 Objektif Kajian Ketiga 79

5.3 Rumusan 83

5.4 Cadangan 84

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.5 Penutup 87

BIBLIOGRAFI 88

LAMPIRAN 94

xi

SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kemudahan Pembelajaran Yang Terdapat di 16

Fakulti Pendidikan

3.1 Taburan bilangan sampel bagi setiap kursus 35

di Fakulti Pendidikan

3.2 Penggunaan Skala Likert 38

3.3 Pembahagian item soalan bagi Bahagian B 39

3.4 Pekali Alpha Cronbach 40

3.5 Markat Skor Item bagi Pernyataan Positif dan Negatif 41

3.6 Pembahagian Tahap Berdasarkan Skala Pemeringkatan 41

3.7 Pembahagian Tahap Taburan Responden 42

Berdasarkan CPA

3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi Rowntree 42

3.9 Takwim Prosedur Kajian 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus Dan Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa Dan Agama 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 49

Dan Jantina

4.4 Taburan Responden Mengikut GPA 50

(Grade Point Average)

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap GPA 51

(Grade Point Average)

xii

4.6 Taburan Responden Mengikut CPA 51

(Cumulative Point Average)

4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap CPA 52

(Cumulative Point Average)

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi 53

Pengaruh Faktor Pergaulan Terhadap Pembelajaran

4.9 Tahap Pembelajaran Responden Berdasarkan 55

Faktor Pergaulan

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi 56

Pengaruh Faktor Suasana Kediaman Dan Kampus

Terhadap Pembelajaran

4.11 Tahap Pembelajaran Responden Berdasarkan 58

Faktor Suasana Kediaman Dan Kampus

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi 59

Pengaruh Faktor Pemakanan Terhadap Pembelajaran

4.13 Tahap Pembelajaran Responden Berdasarkan 61

Faktor Pemakanan

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi 62

Pengaruh Faktor Peraturan Universiti Terhadap Pembelajaran

4.15 Tahap Pembelajaran Responden Berdasarkan 64

Faktor Peraturan Universiti

4.16 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi 65

Pengaruh Faktor Kemudahan Pembelajaran Terhadap Pembelajaran

4.17 Tahap Pembelajaran Responden Berdasarkan 67

Faktor Kemudahan Pembelajaran

4.18 Hubungan Antara Prestasi Pelajar Tahun Akhir 68

Dengan Pengaruh Persekitaran Pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Hierarki Keperluan Maslow 13

3.1 Carta Alir Perancangan Kajian Penyelidikan 33

3.2 Model Kajian 37

3.3 Skala Pemeringkatan 41

xiv

SENARAI SINGKATAN % - Peratus

Bil - Bilangan

CPA - Cumulative Point Average

GPA - Grade Point Average

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

KB - Kedudukan Baik

KG - Kedudukan Gagal

KRP - Kolej Rahman Putra

KS - Kedudukan Bersyarat

KTC - Kolej Tuanku Canselor

KTDI - Kolej Tun Dr Ismail

KTF - Kolej Tun Fatimah

KTHO - Kolej Tun Hussien Onn

KTR - Kolej Tun Razak

OHP - Over Head Projector

S - Setuju

SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

xv

SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains sertaPendidikan (Sains Sukan)

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UPSP - Unit Pembangunan dan Sokongan Pelajar

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 94

B Surat Kebenaran Memohon Senarai Nama 95

Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan

C Senarai Nama Pelajar Tahun Akhir Di Fakulti 96

Pendidikan

D Jadual Penentuan Saiz Sampel 97

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan

masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang

serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada

pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa.

Pendidikan adalah satu proses berterusan yang lahiriah berlaku dalam kehidupan

setiap manusia yang tertakluk kepada interaksi individu tersebut dan

persekitarannya.

Individu akan terus terlibat dalam proses pembelajaran sebagai satu cara

untuk meneruskan kehidupan. Pembelajaran yang tidak disedari berlaku secara tak

langsung melalui pancaindera, manakala pembelajaran yang disedari berlaku

melalui fokus yang dibuat oleh individu tersebut bagi tujuan pemantapan

pengetahuan (Crow & Crow, 1983). Oleh itu, pembelajaran dalam kehidupan

individu adalah bagaimana individu dididik, terdidik dan berusaha untuk

mendapatkan pendidikan dalam diri.

Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan

melengkapkan pelajar dalam menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Dalam

kedua-dua kes, pelajar perlu memperoleh daya pembelajaran yang berterusan.

2

Perubahan proses yang memberi penekanan kepada pembelajaran dan cara

menggalakkan pembelajaran telah membawa kepada definisi yang lebih dinamik

iaitu satu proses aktif secara sedar atau sebaliknya yang melibatkan pengambilan

bahagian oleh seseorang secara menyeluruh diikuti dengan perubahan tingkahlaku

dari segi minat, sikap, prestasi dan kemahiran yang baik.

Menurut Sheal (1994), pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang

membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku. Kebijaksanaan bukan suatu elemen

statik tetapi adalah suatu sistem dinamik terbuka yang sentiasa berkembang

sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang signifikan adalah daripada

apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian. Menurut Honey

dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh

mempamerkan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran

ataupun kemahiran.

Keberkesanan pembelajaran itu pula bergantung kepada beberapa faktor

seperti kaedah pengajaran, persekitaran yang kondusif, alat bantu mengajar, kaedah

komunikasi, jangkaan realistik pelajar dan maklum balas konstruktif supaya dapat

melahirkan situasi pembelajaran (Hargreaves, 1996). Di pihak pelajar pula, tidak

banyak tindakan yang melibatkan dua pihak selain menumpukan perhatian kepada

pembelajaran dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Disinilah perubahan dari

segi kualiti diri dan kesediaan menghadapi situasi mencabar akan sentiasa berubah.

Setelah menamatkan zaman persekolahan, tiba masanya untuk melangkah

kepada satu tahap pendidikan yang lebih tinggi iaitu ke menara gading. Pemilihan

pelajar ke universiti ditentukan berdasarkan keputusan yang baik selepas sama ada

melalui Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ataupun keluaran daripada pusat

Matrikulasi. Secara formalnya, setiap individu menerima pendidikan melalui

beberapa peringkat pendidikan yang telah ditentukan oleh sistem pendidikan negara

sehinggalah sampai ke peringkat universiti.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Titik permulaan dalam sesuatu penyelidikan adalah masalah (Entwistle,

1981). Permasalahan bahawa ramai pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

mempunyai keputusan akademik yang mendatar dan di bawah tahap yang

sepatutnya berlarutan semenjak zaman merdeka sehingga sekarang. Keketaraan

permasalahan tersebut amat nyata walaupun pihak IPT dapat melahirkan para

graduan yang meningkat dari segi kuantiti bagi memenuhi kehendak negara, namun

gagal mencapai ke arah peningkatan kualiti (Awang, 1998).

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbiran IPT bagi

meningkatkan prestasi akademik pelajar. Walaupun usaha seperti ujian kecerdasan,

penilaian penyampaian pensyarah, latihan, ceramah, bimbingan secara peribadi di

samping program-program yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan dan

Sokongan Pelajar (UPSP), namun masih ramai dikalangan pelajar yang mencapai

tahap kelulusan kelas ketiga dan tidak ramai pelajar bumiputera yang mendapat

kelas pertama.

Seperti semua sedia maklum setiap pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke

menara gading merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik seperti

memperolehi keputusan yang membanggakan di dalam Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) ataupun Matrikulasi. Mereka yang menyambung pengajian ke

peringkat universiti diwajibkan menjalani kursus dalam bidang masing-masing

selama empat atau lima tahun. Setiap pelajar yang diterima menyambung pelajaran

merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik

berbanding dengan mereka yang tidak berpeluang.

Namun begitu, setiap tahun pihak universiti akan melahirkan graduan-

graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing.

Malangnya, terdapat empat kategori graduan yang akan dilahirkan iaitu mereka yang

mendapat ijazah kelas pertama, kelas kedua atas dan kelas kedua bawah seterusnya

kelas ketiga. Perkara ini tetap berlaku walaupun didapati setiap mahasiswa

4

mempunyai latar belakang akademik di tahap yang sama ketika mula-mula di terima

masuk belajar ke peringkat universiti.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar ketika menjalani

kehidupan sebagai mahasiswa di kampus. Faktor persekitaran pembelajaran

merupakan perkaitan paling utama terhadap prestasi pelajar. Di sini pelajar perlu

berinteraksi dan menjalani penyesuaian terhadap persekitaran yang baru. Kebolehan

pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran ini akan membolehkan mereka

menghadapi cabaran yang mendatang. Perubahan persekitaran ini dapat dilihat

dengan corak pengajaran dan pembelajaran yang berbeza antara sekolah dengan

universiti.

Pengaruh persekitaran ini berperanan sama ada dalam bentuk membantu atau

menghalang pembelajaran berlaku. Kejayaan dan kegagalan seseorang pelajar

bergantung kepada pengaruh faktor persekitaran dalam proses pembelajaran yang

sedang dilalui. Faktor-faktor persekitaran dalam pembelajaran bagi pelajar tahun

akhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah seperti kemudahan

pembelajaran, pemakanan, suasana kediaman dan kampus, peraturan universiti dan

pergaulan.

Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah ke atas kebanyakan pelajar

tahun akhir yang telah menikmati dan merasai kehidupan di kampus selama hampir

empat atau lima tahun. Pelajar tahun akhir ini telah dapat menyesuaikan diri dengan

suasana dan persekitaran kampus jika dibandingkan dengan sekolah. Di sekolah,

pelajar sentiasa diawasi oleh guru dan ibu-bapa. Walaupun pelajar terbabit malas,

tetapi jika sentiasa dinasihati pasti akan mencapai kecemerlangan. Berbeza di

universiti, jika pelajar malas maka tiada siapa yang akan menolong mereka kerana

pelajar cuma diasuh dan selebihnya pelajar terbabit perlu berusaha sendiri untuk

lebih memahami sesuatu ilmu yang baru.

Jika dahulu, pelajar sentiasa diawasi oleh guru mahupun ibubapa, namun di

universiti cuma diri mereka sendiri yang mampu mengawal segala tindak tanduk

5

perlakuan mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, kebanyakan pelajar tahun akhir

lebih banyak membuang masa dengan berbual kosong sewaktu ketiadaan pensyarah.

Rakan sebaya adalah pengaruh yang kuat dalam proses pembelajaran kerana apabila

pelajar bergaul dengan rakan yang boleh dipercayai maka segala perlakuan rakan

terbabit pasti akan diikuti.

Jika diperhatikan, setiap semester pasti terdapat pelajar yang mendapat

kedudukan baik, kedudukan bersyarat dan kedudukan gagal apabila keputusan

peperiksaan akhir semester dikeluarkan. Mengapa perkara begini boleh terjadi

sedangkan mereka semua dari golongan bijak pandai ketika diterima masuk ke

Universiti Teknologi Malaysia? Pihak universiti juga telah menyediakan

persekitaran khidmat sokongan seperti kemudahan pembelajaran, tempat beribadah,

kafetaria, kawasan beriadah serta suasana kediaman dan kampus yang dilengkapi

dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat pos, klinik dan bank.

Persekitaran adalah keadaan luaran yang mempengaruhi segala kehidupan

yang wujud di bumi terutama sekali kehidupan manusia. Persekitaran menentukan

mutu dan hidup atau matinya sesuatu penghidupan. Terdapat dua jenis persekitaran

iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran bukan fizikal. Persekitaran fizikal adalah

berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan material. Persekitaran bukan

fizikal pula berkaitan dengan perlakuan, bahasa, agama dan peraturan sosial

(Datwyer, 1985).

Persekitaran fizikal amat penting dalam meningkatkan prestasi pelajar dan

seterusnya menyumbang kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pengkaji

telah memilih persekitaran fizikal seperti suasana tempat kediaman dan kampus

serta kemudahan pembelajaran di UTM sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi

prestasi seseorang pelajar. Manakala faktor pergaulan, faktor pemakanan dan faktor

peraturan universiti telah dipilih sebagai persekitaran bukan fizikal. Ini kerana,

persekitaran bukan fizikal meliputi persekitaran emosi, persekitaran budaya dan

persekitaran sosial seseorang pelajar. Keadaan emosi pelajar akan dapat menentukan

sesuatu aktiviti pembelajaran dapat dijalankan atau tidak.

6

Didapati ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT

tergolong daripada pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang

baik semasa di peringkat sekolah. Namun sebilangan besar pelajar tersebut

mempunyai sikap yang pasif dan mempunyai daya tindakbalas yang lemah semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Perlukah para akademik di IPT

mengadaptasikan pendekatan pengajaran mereka supaya selari dengan gaya

pembelajaran para pelajar? Lanjutan daripada senario yang semakin berlarutan dan

“membelenggu” dunia pendidikan di IPT, maka pengkaji ingin melanjutkan kajian

bagi mengenalpasti perkaitan antara pengaruh faktor-faktor persekitaran dalam

pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar.

Persekitaran memainkan peranan dalam menentukan aktiviti pembelajaran

dapat dijalankan atau tidak. Ini boleh dikatakan bahawa persekitaran memainkan

peranan yang tertentu sama ada menggalakkan atau menghalang sesuatu

pembelajaran daripada berlaku. Kebanyakan pelajar mudah terpengaruh dengan

perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka mudah terikut-ikut

dengan corak budaya yang mereka hadapi tanpa meneliti terlebih dahulu baik buruk

keadaan yang akan mereka tempuhi walaupun tidak semua persekitaran itu tidak

elok namun ia juga dapat membantu memotivasikan diri pelajar tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Pihak universiti telah menyediakan pelbagai persekitaran pembelajaran

sebagai khidmat sokongan kepada semua pelajar untuk keselesaan mereka sepanjang

menjalani pengajian di dalam kampus. Persekitaran khidmat sokongan yang

dimaksudkan adalah seperti kemudahan pembelajaran, pemakanan, suasana

kediaman dan kampus, peraturan universiti dan pergaulan. Dengan ini, satu kajian

dilaksanakan untuk meninjau perkaitan antara pengaruh faktor persekitaran

pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk:

i) mengenalpasti tahap prestasi dari segi akademik pelajar tahun akhir di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

ii) mengenalpasti persepsi pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan tentang

persekitaran pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia

iii) mengukur hubungan antara faktor persekitaran pembelajaran dengan prestasi

pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut dinyatakan persoalan kajian :

i) Apakah tahap prestasi dari segi akademik pelajar tahun akhir di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

ii) Apakah persepsi pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan tentang

persekitaran pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.

iii) Adakah wujud hubungan antara faktor persekitaran pembelajaran dengan

prestasi pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.