melangkah maju selama 25 tahun€¦ · pengalaman yang ditimba merupakan ... meningkatkan kualiti...

54

Upload: trinhcong

Post on 17-Sep-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Melangkah Maju SelaMa 25 Tahun

2018 merupakan tahun keramat buat SPanCO. SPanCO akan meraikan kejayaan selama 25 tahun perkhidmatan semenjak mula beroperasi pada 1994. Sepanjang 25 tahun perkhidmatan, SPanCO telah melalui berbagai liku perjalanan di dalam pengurusan fleet profesional. Inilah pengalaman paling berharga buat SPanCO dan ianya harus diraikan.

25 tahun bukan suatu jangka masa yang pendek dan dalam tempoh ini, fleet yang diuruskan hari ini telah melebihi 12 ribu kenderaan. kini, SPanCO telah membekal dan menyelenggara lebih 35 ribu jumlah kenderaan terkumpul sehingga ke hari ini.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan. Pengalaman yang ditimba merupakan satu proses pembelajaran dan menjadikan kami lebih konsisten dan terus meningkat maju dari setahun ke setahun. Terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kerana bagi SPanCO, setiap mereka adalah amat penting dalam meningkatkan kualiti kerja kami. Syabas kepada semua kakitangan SPanCO yang sentiasa bekerja keras memastikan profesionalisme berada di tahap paling atas dalam hasil kerja.

jelas, kemajuan demi kemajuan yang kita capai bermula dari sistem teknologi hinggalah hari ini SPanCO memiliki dan menguruskan pusat-pusat servis canggih yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Malah, program-program yang

25 Tahun yang penuh gemilang

TerIMa kaSIh aTaS SOkOngan

dijalankan untuk tenaga kerja di peringkat pengurusan hingga ke bahagian teknikal menjadikan kakitangan SPanCO dilengkapi dengan kepakaran yang cukup tinggi seterusnya menjadikan SPanCO sebagai pilihan untuk program kerjasama dari pelbagai pihak. Ini adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan.

kejayaan ini juga kami kongsikan bersama-sama masyarakat dan mereka yang kurang bernasib baik kerana bagi SPanCO, sebahagian daripada hasil perniagaan perlu dikongsi bersama manakala sebahagian lagi dipulangkan semula kepada masyarakat.

hari ini, setelah 25 tahun menempa kejayaan dalam pengurusan fleet profesional, dengan tenaga mahir teknikal yang cukup terlatih serta kelengkapan infrastruktur yang berteknologi tinggi, SPanCO telah bersedia untuk bersama dengan kerajaan untuk tahun-tahun yang akan datang. SPanCO berazam untuk seiring membantu negara mengorak langah proaktif bagi mencapai pembangunan yang memberangsangkan ke arah Malaysia maju setaraf dunia.

DaTO’ hamZah mOhD SallehKetua Pegawai Eksekutif

25 tahun bukan suatu jangka masa yang pendek dan dalam tempoh ini, fleet yang diuruskan hari ini telah mencecah 12 ribu kenderaan. kini, SPanCO telah membekal dan menyelenggara lebih 35 ribu jumlah kenderaan terkumpul sehingga ke hari ini.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

5

SpanCO merupakan salah sebuah syarikat perintis di dalam pengurusan fleet profesional di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh warga Malaysia. SPanCO telah diberi tanggungjawab untuk mengurus, membekal dan memajak kenderaan saloon yang turut meliputi pakej penyenggaraan penuh bagi kerajaan Malaysia sejak 1 januari 1994.

Bermula dengan 2,200 kenderaan, SPanCO terus berkembang dan hari ini saiz fleet melebihi 12,000 kenderaan bagi memenuhi keperluan lebih 30 kementerian dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia. Sehingga kini, SPanCO telah berjaya membekal dan menyenggarakan lebih 35 ribu jumlah kenderaan keseluruhannya.

Pasukan pengurusan kanan SPanCO memiliki sejumlah lebih daripada 50 tahun pengalaman terkumpul dalam industri automotif dan yang berkaitan. Manakala semua kakitangan teknikalnya pula mempunyai purata 10 tahun pengalaman dalam sektor penyenggaraan dan pembaikan kenderaan.

SPanCO kini telah diiktiraf atas keupayaan yang tiada tandingannya dalam operasi sokongan fleet melalui rangkaian perkhidmatan yang terdiri daripada dua Pusat Servis Wilayah (PSW) yang dibantu oleh lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara. SPanCO turut mempunyai akses kepada piawaian dan amalan antarabangsa dan merupakan ahli Persatuan Pengurusan Fleet

25 Tahun BerOPeraSISpanCO TeruS kOmiTeD

australasia, afMa.

Dengan perancangan strategik, tenaga kerja yang dedikasi dan berkemahiran, pengurusan profesional serta peralatan berteknologi tinggi, SPanCO terus komited untuk menyediakan perkhidmatan yang tidak hanya memenuhi kepuasan pelanggan tetapi juga mengembirakan hati mereka.

kejayaan SPanCO ini pastinya hasil dari sokongan dan keyakinan kerajaan serta pelanggan-pelanggannya. kini, memasuki 25 tahun membangunkan pengurusan fleet profesional, SPanCO akan terus memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggannya.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

7

peranan sektor awam dan swasta dalam pembangunan Malaysia telah membuktikan kejayaan Malaysia pada hari ini. gandingan kedua-dua sektor ini berjaya bergerak seiring dan menyatukan langkah secara selari dan bijak dalam meningkat pertumbuhan ekonomi negara.

kerajaan sedar bahawa kecekapan pentadbiran awam perlu dipertingkatkan untuk menggerakkan jentera kerajaan yang bakal berdepan dengan arus globalisasi. Pada awal 1980-an, kerajaan Persekutuan memulakan langkah memesatkan lagi sektor perindustrian dan ekonomi melalui pengenalan dasar perbadanan serta pengurusan pihak ketiga.

Penglibatan perkhidmatan pihak ketiga atau ‘outsourcing’ ini telah meringankan beban kerajaan dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan daya pengeluaran negara bertambah berikutan saingan pasaran. Susulan itu, Perbadanan Malaysia turut memfokuskan pemerhatian dan melakukan kajian sama ada dasar itu perlu diterapkan dalam pentadbiran serta operasi fleet kenderaan kerajaan.

keputusan kerajaan menyerahkan pengurusan fleet kepada pihak yang pakar iaitu SPanCO dilihat dapat mengurangkan beban negara dari segi pentadbiran dan pengurusan. Sekali gus kerajaan telah menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung apabila semua tugas penyenggaraan ke atas setiap kereta konsesi dipikul oleh SPanCO.

Ternyata perkhidmatan pengurusan fleet kenderaan kerajaan kini berjaya mengotimumkan kos operasi kerajaan sekali gus memaksimumkan pendapatan negara. Malah, ia dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pentadbiran seterusnya memperbaiki kelicinan perkhidmatan awam.

keputusan kerajaan menyerahkan pengurusan fleet kepada pihak yang pakar iaitu SPanCO dilihat dapat mengurangkan beban negara dari segi pentadbiran dan pengurusan.

PenguruSan PIhak keTIga Menjanapembangunan negara

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

9

Sejarah SPanCO bermula pada awal 80-an, sebelum ia diperbadankan lagi apabila kerajaan Malaysia memulakan langkah untuk memesatkan sektor perindustrian dan ekonomi melalui dasar perbadanan serta pengurusan pihak ketiga.

Pada 1989, kajian dilakukan terhadap fleet kenderaan dan didapati kos senggaraan tidak terkawal dan di luar jangkaan manakala operasi dan perkhidmatan didapati kurang cekap. kenderaan usang pula dilupuskan tanpa nilai. hasil kajian mendapati pengurusan fleet kenderaan kerajaan tidak menepati sasaran yang ditetapkan dan perlu disusun semula supaya lebih ekonomik serta efisien.

Susulan dari itu, kerajaan mengambil keputusan untuk menyerahkan urusan pembekalan dan penyenggaraan fleet kenderaan kerajaan kepada pihak yang lebih pakar. Selepas lebih empat tahun melakukan penilaian, penyelidikan serta perundingan maka kerajaan dan SPanCO Sdn Bhd akhirnya sepakat memeterai perjanjian konsesi yang dipersetujui pada Oktober 1993.

Sebaik sahaja perjanjian konsesi ditandatangani, SPanCO membeli semua kereta saloon yang digunakan oleh pegawai kerajaan ketika itu dan melupuskan kereta usang yang melebihi tempoh perkhidmatan serta menggantikannya dengan fleet kenderaan yang baharu. Malah dalam tempoh

Sejarah bermulanya SpanCO

Selepas lebih empat tahun melakukan penilaian, penyelidikan serta perundingan maka kerajaan dan SPanCO Sdn Bhd akhirnya sepakat memeterai perjanjian konsesi yang dipersetujui pada Oktober 1993.

tiga bulan selepas perjanjian ditandatangani, SPanCO bukan sahaja berjaya menubuhkan rangkaian servis di seluruh negara malah berupaya mengumpulkan dana bagi membiayai kenderaan baharu.

jumlah kereta fleet SPanCO terus mengalami pertambahan dari tahun ke setahun. Bermula dari 2,200 unit pada 1993 dan kini mencecah lebih daripada 12,000 kenderaan. angka ini membuktikan keyakinan kerajaan terhadap mutu perkhidmatan pengurusan fleet SPanCO yang dilaksanakan secara mahir, profesional dan cekap serta memuaskan hati pelanggan.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

11

SpanCO SDn bhD memulakan operasinya pada 1 januari 1994 dengan membariskan gabungan pengurusan dan tenaga anak tempatan yang rata-rata golongan memiliki kemahiran teknikal lagi profesional. Ia susulan penganugerahan konsesi selama 25 tahun kepada SPanCO bagi keperluan pemajakan, pengurusan dan penyenggaraan fleet kenderaan kerajaan.

Struktur kumpulan SPanCO mengutamakan pelanggan dan memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan yang merangkumi segenap aspek pengurusan fleet bagi meringankan beban kerajaan. SPanCO menjalankan operasi menggunakan lima elemen utama iaitu pembekalan kenderaan, pentadbiran fleet, servis, kawalan penyenggaraan dan perkhidmatan insurans.

Dari sudut pembekalan, SPanCO melaksanakan kitaran penggantian kenderaan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pentadbiran fleet meliputi sistem pengurusan kenderaan seluruh negara, pengurusan pangkalan data, sejarah penetapan kos dan penyenggaraan fleet selain pengurusan cukai jalan dan insurans. SPanCO juga menyediakan latihan dan taklimat pemandu.

SPanCO turut membekalkan perkhidmatan fleet seluruh negara yang merangkumi penyenggaraan cegahan berjadual, pengurusan stok alat ganti, perkhidmatan pemasangan dan pengubahsuaian kenderaan mengikut tempahan serta pengindahan kenderaan.

SPanCO membangunkan sendiri sistem pengurusan fleet (FMS) dalam talian yang canggih untuk menguruskan operasi, perkhidmatan, servis,

pengurusan maklumat, akaun dan kewangan. Pasukan kawalan Penyenggaraan (Maintenance Controller) menyediakan Pusat Panggilan 24 jam, bantuan kecemasan dan perkhidmatan pembaikan kemalangan serta kerosakan. Manakala perkhidmatan insurans pula merangkumi tuntutan dan pengurusan litigasi.

kejayaan operasi SPanCO ini telah memberi manfaat kepada kerajaan di mana kos penyenggaraan berjaya dikawal secara berkesan melalui caj yang tetap sepanjang tempoh pajakan sekali gus menghapuskan kos lebihan. Paling utama, tahap ketersediaan fleet berjaya dicapai pada 98 peratus kenderaan di atas jalan (vehicles-on-road).

DIIkTIraF kerajaan MalaySIakhiDmaT prOfeSiOnal SpanCO

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

13

& PenaMBahBaIkan SehIngga kInISejarah awal puSaT ServiS SpanCO

Sebaik sahaja perjanjian konsesi ditandatangani, SPanCO telah membuka operasi untuk tiga pusat servis utama serantau bagi perkhidmatan menyedia dan menyenggara kenderaan. Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kedudukan yang menjadi tumpuan jabatan kerajaan iaitu di Segambut kuala lumpur; di kuching, Sarawak serta di kota kinabalu, Sabah.

Segambut dipilih sebagai lokasi pusat servis utama kerana kedudukan strategiknya yang tidak jauh daripada kompleks Pentadbiran kerajaan

di jalan Duta, kuala lumpur ketika itu. ekoran dari pemindahan secara berperingkat beberapa kementerian ke Pusat Pentadbiran kerajaan di Putrajaya, maka pada Oktober 1999, sebuah lagi pusat servis utama serantau dibuka di Puchong, Selangor yang kemudiannya dipindahkan ke Bangi pada Disember 2003. Setelah pusat servis utama serantau Bangi dibuka, pusat servis utama serantau Puchong ditutup.

Pada Disember 1999, SPanCO Services Sdn Bhd yang menguruskan pusat servis utama SPanCO

dianugerahkan sijil pengiktirafan Pertubuhan Piawaian antarabangsa ISO9002, sekali gus menjadi syarikat Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu dalam bidang ‘Penyelenggaraan dan Servis Fleet kenderaan’.

hari ini, terdapat dua pusat servis utama yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh SPanCO iaitu Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan PSW Bangi yang disokong oleh rangkaian lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara.

Dalam usaha mempertingkatkan servis menjangkaui perjanjian tahap perkhidmatan dengan keupayaan boleh gerak fleet melebihi 98%, usaha penambahbaikan PSW dilaksanakan dari masa ke semasa melalui pelbagai inisiatif antaranya:

Melaksanakan sistem tempahan untuk kerja-kerja servis dan pembaikan pada 2002.

Melaksanakan SPanCO Workshop Floor System (SWFS) pada 2004.

Memperkenalkan sistem pemberitahuan status pembaikan melalui khidmat pesanan ringkas SMS pada 2005.

Menempatkan semula pusat servis utama di Segambut ke Pusat Servis Wilayah Batu Caves pada 2005.

Membangunkan sistem perisian pengurusan fleet yang serba baharu pada 2007.

Melaksanakan aSC e-approval, sebuah sistem mendapatkan kelulusan dalam talian pada 2008.

‘Operation Dashboard’ dilaksanakan pada 2009.

Menerima anugerah Brandlaureate untuk penjenamaan korporat terbaik dalam menyelesaikan pengurusan fleet pada 2011.

Membangun dan melancarkan Fleet Management System (FMS) yang baharu pada 2012.

Membuka PSW Bangi yang baharu pada 2012.

Memperkenalkan kiosk Servis, Papan Pemberitahuan Status dan Pemberitahuan kemajuan kerja serta aplikasi Mobil SPanCO pada 2016.

Melancarkan ‘Fast lane Service’ dan ‘MPV Fast lane Service’ pada 2017.

Bermula 2017 juga, PSW dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Menyediakan khidmat kereta ganti untuk kereta peronda Polis iaitu sebanyak lima buah bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam tugas-tugas rondaan.

Tempahan temu janji servis melalui laman web dan aplikasi Mobil SPanCO diperluaskan bukan hanya di PSW tetapi juga di cawangan Proton edar terpilih di bawah PSD bermula 2017.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

15

SelepaS 11 tahun beroperasi, pusat servis serantau di Segambut, kuala lumpur secara rasminya ditutup untuk memberi laluan kepada pusat servis yang lebih canggih, luas dan sistematik di Batu Caves, Selangor.

Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dibuka pada julai 2005 bertindak sebagai pusat sehenti yang turut menempatkan pejabat pentadbiran, operasi fleet, khidmat pelanggan dan storan kereta. Menyediakan kemudahan menyeluruh di bawah satu bumbung, menggabungkan teknologi terkini dan peralatan automotif termaju dengan 30 petak servis yang memiliki kapasiti menyiapkan 90 servis biasa dalam sehari.

Ia turut memanfaatkan peralatan mesra alam dan menepati piawaian tertinggi pihak pengeluar Proton seperti Multi unit Tester (MuT), alat penjajaran roda berkomputer, alat pam minyak pneumatik dan pengumpul sisa serta pengecas gas pendingin udara automatik.

PSW Batu Caves merupakan salah satu wakil servis sah Proton edar dan pernah memenangi tempat pertama anugerah Wakil Servis Terbaik 2009/2010 Bagi Wilayah Tengah. Ia mendapat pengiktirafan ISO9001:2008 iaitu piawaian mutu antarabangsa serta sijil piawaian mutu sektor penyenggaraan dan servis fleet kenderaan.

Bagi mencapai tahap profesionalisme dan kecekapan yang paling tinggi, pengiktirafan tersebut telah dipertingkatkan kepada ISO9001:2015 pada 2017.

PSW Batu Caves juga menjadi penanda aras kepada tahap perkhidmatan SPanCO yang disediakan oleh PSW Bangi dan Pusat-Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara.

MenePaTI PIaWaIan anTaraBangSa

puSaT ServiS wilayah baTu CaveS

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

17

PerTIngkaTkan lagI keCekaPan OPeraSI FleeTpuSaT ServiS wilayah bangi

bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya fleet kenderaan kerajaan yang semakin bertambah dari Pusat Pentadbiran kerajaan di Putrajaya, SPanCO menempatkan semula Pusat Servis Wilayah yang terletak di Puchong ke Bangi, Selangor pada 2003. Dengan jarak perjalanan yang dekat iaitu kira-kira 10 minit dari Pusat Pentadbiran kerajaan di Putrajaya memberikan kelebihan kepada PSW Bangi dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

Pada jun 2012, sebuah lagi mercu tanda dicipta apabila PSW Bangi yang baharu mula beroperasi sepenuhnya di tapak berkeluasan dua ekar dengan kemudahan dan infrastruktur yang lebih luas, lapang lagi selesa. Ia merupakan kesinambungan di dalam pelaburan jangka panjang SPanCO setelah PSW Batu Caves berjaya dibuka pada 2005.

Sebagaimana PSW Batu Caves, PSW Bangi juga adalah sebuah wakil servis sah Proton edar dan turut mengoptimumkan penggunaan tenaga lagi mesra alam sekitar. Ia menyediakan perkhidmatan berintegrasi sepenuhnya melalui konsep servis di bawah satu bumbung.

Tugas-tugas penyenggaraan berjadual, pembaikan mekanikal, rombak rawat, hawa dingin, pendawaian elektrik, pencucian serta penggantian, pengimbangan dan penjajaran tayar dilakukan secara tersusun dan lancar melalui peruntukan satu petak servis untuk seorang mekanik.

PSW Bangi memiliki kapasiti melaksanakan 90 servis dan pembaikan dalam sehari dengan menyediakan 24 petak servis.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

19

PuSaT SerVIS DIIkTIraF DIPanTau BagIjaminan ServiS bermuTu

Selain dua Pusat Servis Wilayah (PSW), SPanCO turut melantik panel pusat servis yang dipanggil Pusat Servis Diiktiraf (PSD) untuk melakukan servis penyenggaraan dan pembaikan terhadap kereta-kereta fleet.

hari ini, terdapat lebih 200 PSD di seluruh negara yang dipilih daripada pusat-pusat servis Proton edar dan berstatus bebas di segenap pelosok negeri dan bandar bagi menyokong perkhidmatan yang disediakan oleh SPanCO.

Setiap pusat servis perlu melalui proses saringan yang teliti sebelum dilantik ke dalam rangkaian PSD SPanCO. Pemilihan yang teliti ini amat penting bagi menyokong kelancaran operasi fleet di mana

sasaran ditetapkan pada tahap 98% keupayaan kenderaan boleh bergerak dalam satu-satu masa.

Bagi menjamin pematuhan piawaian perkhidmatan, memantau prestasi dan mengukuhkan kerjasama dengan rangkaian PSD, pegawai SPanCO sentiasa melakukan lawatan kerja ke pusat servis. Selain itu, konvensyen tahunan turut diadakan serta audit perkhidmatan PSD juga dilakukan bagi memastikan hanya yang benar-benar berwibawa sahaja dikekalkan dalam senarai untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Sejak 1 Disember 2014, sistem audit 4M yang digunakan oleh Proton edar telah diperkenalkan bagi menilai prestasi PSW dan PSD berpandukan

kepada empat kriteria iaitu ‘Method’ atau kaedah, ‘Manpower’ atau Tenaga kerja, ‘Machine’ atau Peralatan dan ‘Material’ atau Bahan.

Ia juga bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam ekosistem SPanCO menghasilkan standard kualiti yang sama secara keseluruhannya baik dari segi pengurusan luaran mahupun dalaman sesebuah pusat servis. juga memastikan pelanggan-pelanggan yang berada di luar kawasan lembah klang turut diberi tahap layanan dan mutu yang sama seperti PSW Batu Caves dan Bangi.

Pemeriksaan audit ke atas PSD dilakukan secara proaktif sepanjang masa secara berjadual setiap bulan tanpa sebarang notis.

Pusat Servis Wilayah Batu Caves

Pusat Servis Wilayah Bangi

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

21

Pusat Servis Diiktiraf

kejayaan dan kecekapan sesebuah pengurusan fleet juga diukur dari sistem dan peralatan teknologi tinggi yang digunakan. SPanCO telah membelanjakan lebih rM30 juta untuk pembinaan pusat-pusat servis serta menyediakan kemudahan dan peralatan canggih dengan sistem teknologi maklumat yang canggih dalam operasi hariannya.

SPanCO memanfaatkan sepenuhnya penggunaan peralatan senggaraan dan baik pulih automotif termaju yang sentiasa dikemas kini bagi memberikan hasil servis yang terbaik.

Penggunaan peralatan automotif termaju dan pembangunan sistem teknologi maklumat di PSW SPanCO ini selain memberikan kemudahan terbaik kepada pelanggan ia juga dapat mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan fleet sekali gus memastikan 98% kereta SPanCO sedia untuk digunakan.

jangkauI SaSaran kejayaan SPanCOTeknOlOgi auTOmOTif

PSW MeMaSTIkan FleeT kenDeraan SPanCO98% SeDia unTuk Digunakan

Di SpanCO, penanda aras untuk kesediaan fleet kenderaan telah disasarkan pada 98%. Ini bermakna 98 dari 100 kenderaan adalah bersedia untuk digunakan. Manakala hanya 2 dari 100 kenderaan tidak dapat digunakan atas sebab-sebab penyenggaraan, pembaikan atau kemalangan.kadar ini melebihi 97% kesediaan yang

diperuntukkan dalam perjanjian tahap servis antara SPanCO dan kerajaan.

Teknologi automotif yang canggih di PSW ini, berupaya meningkatkan prestasi keupayaan kenderaan SPanCO sekali gus memastikan fleet kenderaan sentiasa tersedia untuk digunakan oleh pelanggan sepanjang masa. Satu lagi kejayaan SPanCO.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

23

SpanCO terus meluncur maju mengaplikasikan pelbagai teknologi terkini di dalam pengurusan operasi di pusat servisnya dan telah melaburkan lebih rM6 juta untuk memiliki teknologi dan sistem sejak memulakan operasi. SPanCO terus membangun dan mempertingkatkan sistem-sistem ini sehingga berupaya mengurus dan mengawal kos yang ditanggung oleh kerajaan, meningkatkan kecekapan fleet dan menguruskan rangkaian pusat servis di seluruh negara dengan lebih berkesan.

Bermula dengan sistem pengurusan fleet berkomputer SIkOM yang dilaksanakan pada September 1996 bertindak menyatukan operasi kewangan, servis, insurans dan pajakan selain

berupaya menggabungkan pelbagai sistem yang digunakan pada masa itu. Ia kemudian dikemas kini kepada SIkOM OPen enTerPrISe pada September 1999 bagi pematuhan tahun 2000 (y2k).

Berikutan dengan pertambahan jumlah fleet serta hasil dari pengalaman, SPanCO kemudian telah membangunkan sendiri Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu pada Mei 2007. Ia adalah sistem yang menggabungkan pelbagai kemudahan, ciri dan modul yang berintegrasi sepenuhnya. Merupakan satu-satunya sistem yang julung kali terdapat di Malaysia kerana sistem seumpama ini tidak terdapat di negara-negara lain.

Berikutan dengan pertambahan jumlah fleet serta hasil dari pengalaman, SPanCO kemudian telah membangunkan sendiri Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu pada Mei 2007.

MenIngkaTkan PreSTaSI SPanCOSiSTem TeknOlOgi Tinggi

Pada September 2012, SPanCO kemudian menggantikannya dengan sistem yang lebih baharu dan terkini iaitu Fleet Management System (FMS). Sebelum itu SPanCO melancarkan web rasmi dikenali sebagai Fleet Online pada julai 2005. Sistem aSC e-approval pula diperkenalkan untuk panel pusat servis SPanCO pada jun 2008 bagi memudahkan mereka mendapat kelulusan penyenggaraan dan pembaikan melalui Internet.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

25

1994 – 1996Menggunakan sistem Car Fleet Control (CFC) berasaskan DOS.

1996 – 2007Menguatkuasakan sistem pengurusan aset dan fleet bersepadu dikenali sebagai MIMS Open enterprise (SIkOM).

2000Sistem Tempahan bagi kerja servis dan pembaikan di Pusat Servis Wilayah, Segambut dikuatkuasakan.

2001Sistem elektronik eksais (eeS) yang memudahkan urusan pembayaran duti eksais kenderaan bermotor secara dalam talian dikuatkuasakan di mana SPanCO terbabit secara langsung.

2004Sistem Tempahan melalui khidmat pesanan ringkas SMS diperkenalkan.

2004SPanCO Workshop Floor System (SWFS) menjalani peringkat percubaan.

2005SMS alert System, iaitu sistem pemberitahuan kereta secara automatik melalui SMS diperkenalkan.

2005laman web rasmi SPanCO dikenali sebagai Fleet Online dilancarkan.

2007Sistem perisian pengurusan fleet yang baharu berasaskan Windows dan menggabungkan ciri-ciri yang dibangunkan secara dalaman oleh pasukan SPanCO dilancarkan bagi menggantikan sistem lama.

2008Management Dashboard diperkenalkan khusus untuk pihak pengurusan. Dibangunkan sendiri oleh SPanCO, peralatan analisis ini memaparkan maklumat prestasi fleet dalam masa sebenar secara dalam talian.

2008aSC e-approval diperkenalkan bagi memudahkan Pusat Servis Diiktiraf (PSD) mendapat kelulusan penyenggaraan dan pembaikan melalui Internet.

2009Customer Dashboard diperkenalkan. Melalui paparan grafik yang mesra pengguna, pelanggan boleh mengetahui prestasi fleet mereka secara dalam talian dan dalam masa sebenar.

2012Fleet Management System (FMS) 1.0 dan Sistem aSC e-approval yang diperbaharui, dilancarkan.

2016FMS 2.0 dilancarkan.

2017Peranti mudah alih mula digunakan oleh penasihat servis menggantikan ‘desktop’ bagi melancarkan lagi tugasan di PSW.

SISTeM TeknOlOgI MakluMaT SPanCOSejarah pembangunan

pelakSanaan sistem IT yang berkesan dan diyakini adalah selaras aspirasi untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelanggan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dipertingkatkan. Berikut antara tarikh penting sistem teknologi maklumat SPanCO dibangunkan.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

27

memanfaaTkan pelangganPenaMBahBaIkan BerTeruSan

SiSTem perkhiDmaTan kiOSkTelah digunakan secara rasminya serentak di kedua-dua PSW Batu Caves dan Bangi pada 18 november 2015. Ia direka dan dibangunkan sendiri oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (MIS) bagi disepadukan dengan sistem angka giliran sedia ada. Tujuan sistem ini adalah untuk mempercepat dan meningkatkan tahap kecekapan proses pendaftaran pelanggan dan menilai prestasi atau layanan Penasihat Servis terhadap pelanggan.

fleeT OnlineDicipta untuk memudahkan pelanggan melihat maklumat kereta fleet mereka dalam talian berdasarkan kementerian dan jabatan. Mula beroperasi sejak 2005 dan telah mengalami beberapa fasa penambahbaikan. Pengguna Fleet Online boleh melihat maklumat berkaitan kereta mereka sama ada dari segi servis, senggaraan atau status pesanan kereta melalui perkhidmatan berasaskan web. Mereka juga boleh melihat dan mencapai butiran kenderaan seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak dan indeks tahap kesediaan fleet secara

dalam talian dan dalam masa sebenar. Pengguna juga boleh memuat turun semua maklumat yang mereka perlukan.

aplikaSi mObilaplikasi Mobil SPanCO membolehkan pelanggan melakukan tempahan servis berjadual dengan hanya memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar mereka. Ia juga memudahkan pelanggan untuk membuat aduan kerosakan, kemalangan atau kecurian dan meminta bantuan dengan hanya beberapa klik pada aplikasi. Ini sekali gus menjimatkan masa bermula dari proses pembaikan kereta ke pusat servis sehingga ke proses serahan semula kepada pelanggan. Sistem yang diperbaharui dari masa ke semasa ini, telah berhasil meningkatkan produktiviti dan memendekkan tempoh tugasan disiapkan sekali gus memperbaiki perjanjian tahap perkhidmatan (Sla) kepada pelanggan.

papan pemberiTahuan STaTuS perkhiDmaTanPapan Pemberitahuan Status Perkhidmatan ini dilancarkan pada november 2016, berfungsi

memaparkan maklumat dan status terkini kenderaan pelanggan yang dibawa masuk ke Pusat Servis di Batu Caves dan Bangi. Pelanggan boleh memeriksa status terkini kenderaan mereka dan penasihat servis juga boleh mengetahui keadaan kenderaan pelanggan dari masa ke semasa. Dua buah papan pemberitahuan ini diletakkan di ruang menunggu PSW Batu Caves dan sebuah di PSW Bangi.

papan pemberiTahuan kemajuan kerjaDilancarkan pada november 2016, Papan Pemberitahuan kemajuan kerja diletakkan di PSW yang digunakan untuk kemudahan mekanik dan pengurus pusat servis. Ia berfungsi untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyenggaraan dan pembaikan kenderaan pelanggan. Papan Pemberitahuan kemajuan kerja ini membolehkan juruteknik dan mekanik mengetahui status kenderaan dan kemajuan kerja mereka dengan lebih cepat dan cekap. Pengurus pusat servis juga dapat memantau tugasan yang dilakukan oleh setiap anak buahnya.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

29

BagI MeMuDahkan Pelanggan

meningkaTkan perkhiDmaTan

TeruS memberikan yang terbaik kepada pelanggan, SPanCO telah memperkenalkan pelbagai program khidmat tambahan yang tidak termaktub di bawah perjanjian konsesi tetapi disediakan untuk memberi keselesaan kepada pengguna kenderaan fleet seperti menyediakan latihan untuk pemandu dan taklimat bagi pegawai kerajaan. antara program yang dilaksanakan adalah:• KursusPemanduanBerhemah• SeminarKearahKecemerlanganBudayaKerja• TaklimatTatacaraPengurusanFleetKenderaan

konsesi

Selain itu, untuk memudahkan pelanggan-pelanggannya, SPanCO telah menyediakan beberapa lagi khidmat tambahan lain seperti:• Penyediaankeretagantidantunggusedia• Serviscegahan• Servisbergerak• Sistemtempahan• PemberitahuanmelaluiSMS• ProgramPemeriksaanKenderaan(VIP)oleh

PuSPakOM• UrusanfleetmelaluiInternet• Majalah‘PRIHATIN–BeritaSPANCO’

majalah PrIhaTIn mula diterbitkan pada 1998 dan dikeluarkan tiga bulan sekali, memuatkan pelbagai panduan berkaitan penjagaan kereta dan pemanduan selamat serta panduan menangani pelbagai masalah kerosakan kecil atau kecemasan ketika dalam perjalanan. Pelbagai informasi terkini juga dimuatkan di dalam PrIhaTIn sebagai alat komunikasi paling berkesan kepada pengguna fleet dan pelanggan SPanCO.

hasil dari kesannya, pembaca bukan hanya mendapat maklumat terkini tetapi juga lebih berdisiplin dan bersedia dalam pemanduan. hari ini PrIhaTIn diterbitkan dua bulan sekali dan pelanggan juga boleh melayari laman sesawang SPanCO untuk membaca secara online.

WaDah kOMunIkaSI PelangganprihaTin | Spa

nco

25

tah

un

| sentia

sa bersa

ma

mu

31

MengIkTIraF jaMInan kualITI SPanCOSijil iSO,

kOmiTeD memberikan hanya yang terbaik buat pengguna fleet dan pelanggannya, SPanCO terus mempertingkatkan kualiti mutu kerja, servis dan khidmat pelanggan. SPanCO terus memastikan perkhidmatan yang cekap dan profesional dengan menambahbaik operasinya secara berterusan. Bermula dengan langkah awal untuk mendapatkan sijil piawaian pengurusan antarabangsa daripada International Organization for Standardization (ISO), SPanCO memulakan misi menubuhkan satu jawatankuasa pelaksanaan ISO.

usaha ini dimulakan apabila pada Mei 1999, pusat servis utama SPanCO selesai melaksanakan peringkat pertama yang membabitkan manual kualiti pengurusan dalam proses mendapatkan pengiktirafan. Pada September 1999, peringkat kedua untuk mendapatkan pengiktirafan ISO9002, membabitkan prosedur seksyen selesai dilaksanakan.

Setelah itu, pada november 1999, semua jabatan di Pusat Servis SPanCO yang terlibat dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berjaya melepasi audit yang dikendalikan oleh badan pengiktirafan antarabangsa itu. audit dilakukan melalui aja eQS Certification Sdn Bhd, badan yang diberi kuasa oleh ISO.

Ternyata kerja keras ini membuahkan hasilnya apabila pada Disember 1999, SPanCO Services Sdn Bhd dianugerahkan sijil pengiktirafan Pertubuhan Piawaian antarabangsa, ISO9002:1994, sekali gus menjadi syarikat Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu dalam bidang ‘Penyelenggaraan dan Servis Fleet kenderaan’.

Pada Mac 2000, satu Majlis anugerah Pensijilan ISO9002 telah diadakan di perkarangan Pusat Servis Wilayah, Segambut, dirasmikan oleh Menteri

Pembangunan usahawan pada ketika itu, Datuk nazri abdul aziz.

Pada tahun-tahun yang berikutnya, SPanCO berjaya meningkatkan tahap pensijilan dari ISO9002:1994 kepada ISO9001:2000 dan seterusnya ISO9001:2008. Bagi mencapai tahap profesionalisme dan kecekapan yang paling tinggi, pengiktirafan badan piawaian antarabangsa ISO kini telah dipertingkatkan kepada ISO9001:2015 pada tahun 2017.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

33

TeruS MeneMPahpengikTirafan anTarabangSa

hari ini, setelah 25 tahun beroperasi SPanCO terus mencipta pelbagai pencapaian selaras dengan peningkatan jumlah fleet dari setahun ke setahun. kejayaan demi kejayaan terus dikecap apabila pada Ogos 2005, SPanCO berjaya menjadi ahli Persatuan Pengurus Fleet australasia (afMa) yang membolehkannya mendapat akses kepada piagam antarabangsa bagi menyemak dan memperbaiki sistem, prosedur serta teknologi.

Pensijilan dan afiliasi antarabangsa ini memanfaatkan pelanggan melalui langkah-langkah penambahbaikan yang berterusan serta perkhidmatan pengurusan fleet profesional bermutu tinggi yang sentiasa dipertingkatkan.

lebih membanggakan apabila Pengarah eksekutif Persatuan Pengurusan afMa, Mace hartley sendiri telah mengadakan lawatan kerja ke SPanCO untuk berkongsi pengalaman dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengurusan fleet pada 21 Oktober 2016.

SPanCO juga telah melakarkan satu lagi pencapaian yang cukup besar apabila pada januari 2011 berjaya menerima penganugerahan Brandlaureate dalam kategori SMes Chapter Awards2010forCorporateBranding–BestBrandinLogistic–Fleet Management Solutions.

anugerah Brandlaureate oleh yayasan jenama asia Pasifik (aPBF) ini merupakan satu pengiktirafan yang cukup disegani dalam industri bagi penjenamaan korporat dan produk dan ia telah disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan diterima oleh Pengerusi SPanCO, Mej. jen. (B) Dato’ Osman Mohd Zain.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

35

Tenaga kerja PrODukTIF Menjulang preSTaSi Cemerlang

SpanCO sentiasa memastikan standard profesional dalam mutu perkhidmatan kepada pelanggan menjadi tunjang utama syarikat. Memiliki kakitangan pengurusan dan teknikal yang berkualiti dari segi ilmu, kemahiran dan pengalaman amatlah penting. Oleh itu, pelbagai program latihan telah dilaksanakan sama ada secara dalaman mahupun luaran bagi memantapkan kemahiran dan kepakaran mereka.

Pelbagai kursus telah dianjurkan antaranya kursus pengurusan fleet, kursus mempertingkatkan khidmat pelanggan, bagaimana mencapai ‘zero defect’ dan mempertingkatkan prestasi kerja. Malah SPanCO turut menganjurkan program motivasi buat kakitangannya.

Penasihat Servis SPanCO yang juga bertindak sebagai duta kecil di barisan hadapan SPanCO turut dibekalkan dengan kemahiran teknikal serta bimbingan khusus bagi memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan mencapai tahap piawaian yang tinggi.

Pada januari 2013, SPanCO telah menghantar barisan Penasihat Servis di PSW Batu Caves dan Bangi untuk menjalani ‘red Carpet Training’ yang dianjurkan oleh Castrol Malaysia. Program yang memfokuskan skil khidmat selepas jualan

dan hubungan pelanggan ini merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif SPanCO dalam mempertingkatkan kemahiran sekali gus menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Bukan hanya di PSW, kemahiran dan khidmat tenaga kerja Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPanCO turut diambil berat. konvensyen dan lawatan PSD ke PSW turut diadakan secara tahunan dan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menghargai PSD, SPanCO telah menganjurkan Program Penghargaan Pusat Servis Diiktiraf bertujuan untuk menghargai PSD yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelanggan dan kenderaan SPanCO.

SPanCO turut menganjurkan program-program untuk pelanggan fleet dari masa ke semasa antaranya Taklimat Tatacara Pengurusan Fleet kenderaan konsesi yang dianjurkan buat pertama kali secara besar-besaran di kompleks kementerian kewangan, Putrajaya pada Februari 2003 merupakan taklimat terbesar yang pernah diadakan pada masa itu dengan dihadiri hampir 200 peserta dari pelbagai kementerian dan jabatan.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

37

uSaha berterusan SPanCO memastikan kakitangannya dilengkapi kemahiran dan kepakaran tertinggi nyata berhasil apabila kemahiran kakitangan teknikal SPanCO telah diiktiraf oleh pengeluar kenderaan, Proton edar. Pada november 2001, SPanCO telah dilantik sebagai Pusat latihan Bertauliah bagi mengendalikan kursus Pensijilan kemahiran Mekanik kenderaan Motor Tahap II.

kejayaan terus dicipta apabila enam kakitangan SPanCO telah menerima Work Based Diploma in Management daripada australia-wide Business Training Pty ltd dan Malaysian Institute of Management (MIM) pada Mac 2013. kemudian, pada Ogos 2014, sembilan fomen dan seorang juruteknik telah lulus dengan cemerlang di dalam Program kecekapan dan analisis jurang Teknikal anjuran PrOTOn.

haSil kerja kakiTangan SpanCO DiikTiraf

Bagi memperkembangkan lagi pengiktirafan kemahiran kakitangan ke peringkat yang lebih tinggi, SPanCO telah mengambil inisiatif mendapatkan Persijilan kemahiran Malaysia daripada jabatan Pembangunan kemahiran (jPk) melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Program ini dimulakan pada 2015 yang melibatkan 20 kakitangan teknikal. Persijilan kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh industri di Malaysia ini dikeluarkan oleh jPk.

Di samping itu SPanCO turut mengadakan Program Verifikasi Sijil kemahiran Malaysia anjuran bersama jPk di PSW Batu Caves pada november 2016.

Bagi memperkembangkan lagi pengiktirafan

kemahiran kakitangan ke peringkat yang lebih tinggi, SPanCO telah

mengambil inisiatif mendapatkan Persijilan

kemahiran Malaysia daripada jabatan

Pembangunan kemahiran (jPk) melalui Pentauliahan

Pencapaian Terdahulu (PPT).

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

39

menjalinkan kerjaSama Dengan OrganISaSI luar

prOfeSiOnaliSme SPanCO di dalam bidang automotif terus diiktiraf apabila Majlis latihan Vokasional kebangsaan (MlVk) telah memberi kepercayaan kepada SPanCO untuk mengendalikan kursus Pensijilan kemahiran kenderaan Motor Tahap 1 dan Tahap 2 pada julai 2000 serta november 2001.

Pelantikan sebagai Pusat latihan Bertauliah MlVk selain sebagai Wakil Servis Sah Proton edar membuktikan kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan terhadap tahap kualiti pengurusan dan hasil kerja yang ditunjukkan oleh SPanCO.

SPanCO juga telah menjalinkan usaha sama strategik bersama yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (yPPB), bagi melaksanakan program SPanCO Peneraju Skil Iltizam automotif dan menyalurkan rM400 ribu bagi

membiayai keperluan latihan melibatkan 75 peserta di akademi latihan Pendidikan Vokasional (VeTa) pada julai 2017.

Bagi mempertingkatkan lagi tahap persijilan dan kemahiran, SPanCO turut menjalinkan kerjasama erat dengan jabatan kemahiran Malaysia dan Institut latihan Industri kuala lumpur.

Bukan setakat mempertingkatkan kemahiran kakitangannya, SPanCO turut menjalinkan kerjasama dengan PuSPakOM untuk satu Program Pemeriksaan kenderaan oleh PuSPakOM atau singkatannya VIP (Voluntary Inspection Programme) yang telah diadakan khusus untuk pelanggan-pelanggan SPanCO berlangsung di PSW Bangi pada 2016.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

41

BerSaMa anak-anak yaTIM Dan kOMunITI

menyanTuni buDi

ObjekTif SPanCO bukan setakat memberi yang terbaik kepada pengguna kenderaan fleet dan pelanggannya malah tanggungjawab terhadap masyarakat tidak dilupakan. rezeki yang diperolehi dikongsi bersama masyarakat agar usaha yang dibina akan memberi nikmat dan manfaat buat semua.

Pada Ogos 2017, SPanCO telah menyumbang dana bantuan kepada rumah Penyayang ulin nuha di jalan kebun, klang melalui Program anak angkat SPanCO. Program ini memberikan bantuan sebanyak rM10 ribu setiap bulan bagi menyediakan keperluan asas serta

rezeki yang diperolehi dikongsi bersama masyarakat agar usaha yang dibina akan memberi nikmat dan manfaat buat semua.

menampung perbelanjaan harian buat anak-anak rumah Penyayang ulin nuha. Dana ini akan diteliti setelah cukup tempoh yang dipersetujui.

Malah, SPanCO turut menyokong dalam melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan kekal ulin nuha pada 26 Ogos bertujuan membiayai pembinaan dua bangunan asrama pelajar lelaki dan perempuan di sebuah tapak tanah yang telah diwakafkan pihak tertentu di jalan kebun. Pada 24 Ogos 2017, 22 kakitangan SPanCO telah bergotong-royong membaik pulih dan menceriakan rumah Penyayang ulin nuha.

Dalam mendekati masyarakat dan komuniti, selain rumah anak-anak yatim, SPanCO juga turut merencanakan pelbagai lawatan ke rumah-rumah warga emas, rumah orang kurang upaya serta mengadakan kempen keselamatan jalan raya, kempen derma darah, projek-projek sekolah dan dana membantu mangsa bencana juga kerap dilakukan. Malah, SPanCO turut menyumbangkan bantuan khairat kematian kepada waris-waris pemandu di kalangan pelanggan di samping kaum keluarga rakan sekerja SPanCO yang telah meninggal dunia.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

43

MenDekaTI MaSyarakaT MelaluI Tanggungjawab SOSial

khiDmaT sosial SPanCO diteruskan kepada masyarakat menyeluruh dan sebagai objektif teras, Program Tanggungjawab korporat Sosial (CSr) terus mendekati masyarakat di mana pada jun 2017, SPanCO telah menyampaikan sumbangan tunai sebanyak rM500 ribu kepada kementerian kesihatan Malaysia (kMM) melalui Projek Pengagihan Mesin hemodialisis Di hospital-hospital kerajaan Terpilih, program kerjasama antara kkM dan SPanCO.

Melalui sumbangan ini, pihak kementerian menguruskan pembelian dan pengagihan 15 unit mesin hemodialisis kepada hospital-hospital terpilih di seluruh negara bagi menggantikan mesin yang telah usang serta menambah kapasiti sedia ada di hospital-hospital tertentu. Ianya kini beroperasi

sepenuhnya bagi memberi manfaat kepada ramai pesakit buah pinggang di seluruh negara.

Selain itu, SPanCO turut menyumbangkan pelbagai sumbangan lain seperti sumbangan berbentuk makanan dan keperluan harian dihulurkan untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir bertempat di Pangkalan udara Subang, Tentera udara Malaysia pada 4 Disember 2014, menyerahkan kereta sumbangan kepada kelab anak Wawasan Pekan Pahang (kaWan) pada Februari 2016, serta menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat lain.

Menyokong agenda kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah ‘Bangsa Bersukan’ demi memupuk budaya hidup cergas dan aktif maka pada

Oktober 2016, SPanCO telah menganjurkan buat kali kedua kejohanan Futsal SPanCO 2016 bersempena hari Sukan negara.

Pada 3 Ogos 2017, SPanCO telah melibatkan diri dalam larian Obor Sukan Sea 2017 Daerah gombak bertempat di gelanggang Futsal Selayang Pandang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menyemarakkan lagi Temasya Sukan Sea 2017. SPanCO turut menganjurkan pertandingan Bola keranjang 3×3 SPanCO bersempena hari Sukan negara 2017 di kompleks Sukan negara pada Oktober 2017. juga menjadi penaja bagi Pertandingan golf dan Majlis Makan Malam aZh 2017.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

45

Saya menyertai SPanCO sejak 1994 iaitu pada mula-mula ia beroperasi lagi.

Pengalaman 25 tahun membesar bersama syarikat ini adalah

sesuatu yang sangat berharga. Di SPanCO kami bukan

hanya bekerja tetapi diberi pelbagai pendedahan

dan peluang untuk meningkatkan prestasi diri. Malah, saya juga

menerima Diploma in Management from

australia-wide Business Training Pty ltd dan Malaysian Institute of Management (MIM) di sini, sekali gus ia menyuntik

semangat dan motivasi untuk lebih berdaya saing dalam industri ini.

riCharD velayuThanpengurus wilayah Sabah &

Sarawak

Semasa mula-mula menyertai SPanCO pada 1997, saya bermula sebagai jurutera pelatih dan hari ini saya memegang tanggungjawab sebagai Pengurus Cawangan di PSW Bangi. Terima kasih SPanCO atas peluang yang diberikan serta ilmu dan pengalaman yang cukup bermakna dalam membina kerjaya saya. Ternyata saya cukup bangga dapat sama-sama membangun dengan syarikat pengurusan fleet bertaraf antarabangsa ini.

haji mOhD waZir ahmaD kaSSimpengurus Cawangan bangi

Sepanjang berSama SpanCO

Saya berkecimpung dalam bidang automotif sejak berusia 17 tahun lagi dan saya menyertai SPanCO sejak 1996. Selama lebih 20 tahun bersama SPanCO memberikan saya pelbagai pengalaman yang sangat bermakna. nilai-nilai kerja sebagai satu keluarga yang diterapkan SPanCO menjadikan kami begitu akrab dan menjadikan pelanggan juga sebahagian daripada keluarga kami. Berada di ‘barisan hadapan’ SPanCO membuatkan saya bangga menjalankan tanggungjawab apabila berhadapan dengan pelanggan.

gunaSekaran a/l D.Sellappanpenasihat Servis, pSw batu Caves

Saya menyertai SPanCO pada 2007, namun walaupun baru 10 tahun bersama SPanCO, pengalaman dan ilmu yang saya dapat di sini lebih dari itu. Setiap kakitangan di sini dibekalkan dengan ilmu dan kepakaran yang mencukupi. apatah lagi dengan peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang digunakan menjadikan hasil kerja pembaikan dan servis dapat dilaksanakan dengan cepat dan efisien.

naSharuDDin ab manaTmekanik 1, pSw bangi

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

47

Pada saya SPanCO adalah satu keputusan dan transformasi yang bijak. Dengan adanya SPanCO, sektor awam tidak lagi dibebani dengan masalah pemilikan dan pengurusan fleet kenderaan. Selama 37 tahun berkhidmat di pelbagai jabatan antaranya Imigresen, Perkhidmatan awam dan kementerian Pertahanan, pelbagai masalah terpaksa dilalui apabila jabatan atau agensi menguruskan fleet mereka sendiri.

Maka di sinilah SPanCO sebagai tenaga pakar memainkan peranan dalam mengawal selia fleet kami dengan sempurna. Tempoh pembaikan dapat diminimumkan sementara tahap siap siaga dioptimumkan. Ini amat penting kerana sebagai aset penting pasukan, kereta-kereta polis terutama kereta peronda dan kereta pegawai penyiasat perlu bersiap sedia 24 jam.

kebanyakan penjawat awam yang menggunakan kereta SPanCO terdiri daripada pengurusan tertinggi yang merupakan aset penting kerajaan. Mereka perlu fokus kepada tugas dan kerap berdepan dengan mesyuarat tertindih selain sering bertugas ke luar bandar di merata negeri. Pegawai-pegawai ini memerlukan seseorang yang sentiasa boleh membantu menguruskan kenderaan mereka. Maka, penjawat awam memerlukan kereta yang selamat dan SPanCO memberikan khidmat itu dengan baik sekali.

ybhg Tan Sri mahmOOD aDam mantan Pengerusi suruhanjaya Perkhidmatan awam malaysia

ybhg S/DCp DaTO’ ZubaiDah mD. iSmailmantan senior Deputi Komisioner Polis, Pengarah Jabatan integriti dan Pematuhan standard (JiPs)

puan aniS riZana mOhD ZainuDin @ mOhD ZainuDDinmantan timbalan Ketua Pengarah biro Pengaduan awam, Jabatan Perdana menteri

PenDaPaT-PenDaPaT InI aDalah PeTIkan DarI arTIkel PrIhaTIn eDISI TerDahulu.

penguruSan yang Cekap, memanfaaTkan keSeleSaan pelanggan

Saya sangat setuju dengan ‘outsourcing’ (penyumberan luar) yang dikendalikan oleh SPanCO. jika dilihat dari sudut kecekapan, kita sendiri yakin dengan kepakaran SPanCO menguruskan kenderaan. jika dahulu bila hantar kereta ke bengkel, kita tak tahu sama ada alat yang ditukar tulen atau berkualiti. Malah, kalau kereta rosak tiada kereta gantian dan ini amat menyukarkan. apatah lagi kami sering menjalankan tugasan di luar jadi keselamatan perlu dititikberatkan. Bila kita tidak yakin dengan kualiti kerja bengkel tersebut maka tugasan pun menjadi tidak fokus dan banyak kerja akan tergendala.

Saya amat berpuas hati dengan servis konsisten yang diberikan. Penyelenggaraannya cukup cemerlang dan sehingga kini saya tiada masalah besar yang membabitkan kemalangan di jalan mahupun lebuh raya. apatah lagi tugas memerlukan saya banyak bergerak di jalan raya. jika ada masalah pun, saya hanya perlu hubungi SPanCO dan bantuan akan diberikan dengan pantas.

Saya yakin SPanCO telah menyediakan prasarana penyediaan kenderaan yang cukup baik dan tentunya boleh sampai ke peringkat yang lebih cemerlang lagi dengan penyediaan pelbagai kenderaan yang diperlukan oleh jabatan dan tentunya mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

Bagi saya SPanCO telah melakukan satu tugas yang begitu cemerlang malah saya memuji khidmat yang diberikan, tiada masalah dari segi masa menunggu, kecepatan dan menukar alat ganti. Memang puas hati dan terbaik.

DaTO’ Dr. haji khaliD ibrahimPengarah Hospital sungai buloh, Kementerian Kesihatan malaysia

DaTO’ Sri haji muSTafar haji aliKetua Pengarah imigresen malaysia

DaTuk Seri Dr. jeyainDran Tan Sri SinnaDuraitimbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan malaysia

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

49

1994Mengambil alih pentadbiran kereta-kereta kerajaan Pusat yang berjumlah 2,267. Pusat Servis utama di Segambut memulakan operasi.

1999Pusat Servis Wilayah

Cawangan Puchong dibuka bagi menampung keperluan pelanggan-pelanggan dari

Putrajaya.

2005SPanCO Fleet Online

dilancarkan bagi memberikan pelanggan

kemudahan dalam menguruskan fleet secara

dalam talian.

2008Majlis penyerahan

dan pelancaran 2,000 unit kereta

pegawai penyiasat PDrM diadakan di perkarangan PSW Batu Caves, sekali

gus menjadikan jumlah fleet

SPanCO melebihi 8,000 buah.

1999Sijil ISO9002:1994 dianugerahkan kepada SPanCO Services Sdn Bhd, sekali gus menjadi syarikat Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu dalam bidang ‘Penyelenggaraan dan Servis Fleet kenderaan’.

2005Pusat Servis Wilayah di Batu Caves, Selangor

dibuka kepada pelanggan dan serentak dengan itu juga, Pusat Servis utama di Segambut ditutup

secara rasminya.

2011Menerima penganugerahan Brandlaureate dalam kategori SMes Chapter awards 2010 for CorporateBranding–BestBrandinLogistic–FleetManagementSolutions.

2015Pusat Servis Wilayah Bangi dirasmikan dalam satu Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh ketua Setiausaha negara, yBhg Tan Sri Dr ali hamsa pada 10 Disember.

2018Terus bersedia untuk membekalkan perkhidmatan pengurusan fleet profesional kepada kerajaan Malaysia.

2012Sebuah lagi mercu tanda dicipta apabila Pusat Servis Wilayah Bangi yang baharu mula beroperasi sepenuhnya di tapak berkeluasan dua ekar dengan kemudahan dan infrastruktur yang luas, lapang lagi selesa.

2014Proton Perdana Baharu yang

dilancarkan oleh yaB Perdana Menteri pada 11 Disember

2013 mula diedarkan secara berperingkat kepada

pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan.

2015Majlis pelancaran imej baharu kereta peronda Polis Diraja Malaysia di mana SPanCO telah diamanahkan untuk membekal dan menguruskan 1,200 unit.

| Span

co 2

5 ta

hu

n | sen

tiasa

bersam

a m

u

51

BerSeDIa Dan TeruS KomiTed MelangkauI MaSa haDaPan

yang leBIh CeMerlang BerSaMa MalaySIa