mbe 22503-gb120134

4
Tajuk: Kemudahan Yang Tidak Memudahkan Tarikh foto diambil: 10 Disember 2013 Lokasi foto diambil: Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM Keterangan foto: Lebar: 1024 pixel Tinggi: 768 pixel ISO: 76 FocalLen: 4.31mm Jenis kamera: Telefon bimbit HTC aplikasi Cymera Perancangan untuk pembangunan kampus bukanlah suatu yang mudah. Seorang perancang perlu merencanakan logik perletakan keseluruhan kelompok bangunan sambil memberikan pertimbangan terhadap pelbagai isu seni bina dan perancangan tapak; hubungan di antara bangunan dan ‘courtyard’; kemasan (mass); skala; ornamentation; rangkaian laluan pejalan kaki dan ‘promenade’; elemen landskap; akses untuk kenderaan; selain keperluan akademik, pentadbiran, sukan serta kediaman di dalam kolej. Malah lebih dari itu, seorang perancang perlu mengambil kira aspek alam sekitar, teknologi, sosial, ekonomi, politik dan budaya (Bricks, Mortar dan Vision, Vol. 50, Issue 29., Shamsuddin.S et al,. 2007).

Upload: rosmawani-khuzaimah

Post on 30-Jul-2015

104 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Tajuk: Kemudahan Yang Tidak MemudahkanTarikh foto diambil: 10 Disember 2013Lokasi foto diambil: Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHMKeterangan foto: Lebar: 1024 pixel

Tinggi: 768 pixel ISO: 76 FocalLen: 4.31mm

Jenis kamera: Telefon bimbit HTC aplikasi Cymera

Perancangan untuk pembangunan kampus bukanlah suatu yang mudah. Seorang

perancang perlu merencanakan logik perletakan keseluruhan kelompok bangunan sambil

memberikan pertimbangan terhadap pelbagai isu seni bina dan perancangan tapak; hubungan

di antara bangunan dan ‘courtyard’; kemasan (mass); skala; ornamentation; rangkaian laluan

pejalan kaki dan ‘promenade’; elemen landskap; akses untuk kenderaan; selain keperluan

akademik, pentadbiran, sukan serta kediaman di dalam kolej. Malah lebih dari itu, seorang

perancang perlu mengambil kira aspek alam sekitar, teknologi, sosial, ekonomi, politik dan

budaya (Bricks, Mortar dan Vision, Vol. 50, Issue 29., Shamsuddin.S et al,. 2007).

Penyediaan kemudahan pelajar amatlah penting di dalam mempengaruhi proses pendidikan

serta mencorak kehidupan para pelajar sebagai warga IPT (mohid M.N.,Rahman A.,Abd

Shukor I.,2003). Kemudahan ini terbahagi kepada dua ketegori kemudahan iaitu kemudahan

akademik dan kemudahan bukan akademik. Tinjauan yang dilakukan adalah lebih kepada

kemudahan akademik iaitu kemudahan untuk riadah/rekreasi. Penyediaan kemudahan yang

tidak mencukupi atau tidak disediakan kemudahan dan kemampuan kemudahan berkenaan

untuk menyokong atau membantu kemajuan pelajar sama ada di kampus ataupun di kolej

akan mempengaruhi mutu pembelajaran pelajar dan menyebabkan mereka kurang

bersemangan untuk mengikuti pembelajaran (Mohid M.N.,Rahman A.,Abd Shukor I., 2003).

Objektif pemerhatian ini adalah untuk :

Memastikan pelajar-pelajar memperolehi kemudahan-kemudahan yang memenuhi

kehendak dan keperluan pendidikan didalam proses pembelajaran.

Memberikan peluang kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Hal Ehwal

Akademik (HEA) memperbaiki dan mempertingkatkan penyediaan kemudahan yang

bersesuaian untuk belajar.

Mengeratkan lagi perhubungan dan juga memupuk sikap kerjasama dan mesra di

antara pelajar dan juga pihak universiti dalam aspek pembelajaran, kerohanian dan

sosial.

Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan di dalam satu-satu unit pengurusan untuk

diperbaiki dan dipertingkatkan tahap pengurusan mereka.

Daripada gambar yang ditunjukkan dapat dilihat bahawa kekurangan bangku atau tempat

untuk pelajar membuat perbincangan di sekitar kawasan kampus. Pihak universiti tidak

menyediakan bangku atau tempat perbincangan yang sesuai yang mempunyai bumbung, meja

dan bangku yang selesa untuk kegunaan pelajar. Bangku yang sedia ada di bina di tempat

yang tidak sesuai di mana ia tidak mempunyai bumbung, jauh dari kawasan bilik kuliah, dan

tidak direkabentuk dalam keadaan yang sesuai untuk perbincangan. Keperluan kemudahan

akademik dan bukan akademik di IPT adakalanya amat mempengaruhi corak kehidupan

pelajar sebagai seorang warga IPT samada di tempat pengajian, di kolej kediaman mahupun

ketika berada di luar kampus. Malah dengan menyediakan keperiuan kemudahan berkenaan

juga dapat membantu peningkatan prestasi pelajar berkenaan secara optimum (Mohid

M.N.,Rahman A.,Abd Shukor I., 2003).

Isu reka bentuk kampus adalah penting dari konteks kemampuannya untuk memenuhi

keperluan pelajar dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bukan sahaja untuk

keperluan pembelajaran bahkan juga pembangunan personality (Shamsuddin.S et al., 2007).

Persekitaran kampus yang baik dapat menjanakan ‘self-questioning’ dan penemuan baru,

mampu berperanan sebagai media pembelajaran, menyediakan tempat untuk berbincang dan

bertukar-tukar pendapat, di samping tempat untuk pembelajaran bersendirian serta

bermeditasi. Ini bagi membolehkan pelajar menikmati proses pembelajaran dengan lebih

menyeronokkan. Pacific Northwest Pollution Prevention Resource Center (1999)

menyatakan, “semakin seseorang individu itu merasakan kesihatan diri dan pekerjaanya (di

rumah atau persekitaran sekolah) bertambah baik, maka, kemampuannya untuk bekerja

(hidup atau belajar) juga akan menjadi bertambah produktif. Lantaran itu, persekitaran

pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang diingini sebagai contoh rangsangan

untuk penyelesaian masalah, mengurangkan tekanan atau meningkatkan keseronokan untuk

belajar, sekali gus menghalang rangsangan yang tidak diingini contohnya yang

mengakibatkan tekanan dan kekeliruan (Knirk, 1979).

Rujukan:

Mohid M.N., Rahman A., Abd Shukor I. (2003). Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar Di

Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak.

Shamsuddin S.,Sulaiman A.B., Lamit H,. Abd Aziz N., Omar R., Md Noor M. (2007).

Kriteria Reka Bentuk Persekitaran Kampus Yang Kondusif Bagi Institusi Pengajian

Tinggi Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia

Knirk, Frederick G. (1979). “Designing Productive Learning Environments”. Educational

Technology Publications, United States of America