matematik asas

Upload: zulhilme-mohamad

Post on 07-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    1/46

    LAPORAN TINJAUN

    1.0 PENGENALAN

    Subjek Asas Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di

    semester tiga program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada setiap

    semester kami akan dikehendaki untuk menyiapkan satu kerja kursus berkaitan subjek

    ini. Pada kali ini kami dikehendaki menjalankan satu kajian yang mengaplikasikan ilmu

    berkaitan statistik. Kajian ini dinilai berdasarkan aspek kumpulan dan individu.

    Kami dikehendaki mengumpul maklumat terperinci berkaitan statistik secara

    individu. Seterusnya kami dikehendaki menjalan satu tinjauan secara berkumpulan bagi

    mengumpul data mengenai satu isu yang dikenalpasti. Oleh itu kami memilih tajuk

    kajian tentang Penggunaan Komputer di Kalangan Pelajar PPISMP Semeter 3 Institut

    Pendidikan Kampus Perlis. Melalui maklumat yang dikumpul kami mengaplikasikan

    konsep pengurusan data yang terdapat dalam tajuk statistik.

    Kajian ini dijalankan ke atas 60 orang responden yang terdiri dari pada 30 orang

    guru pelatih lelaki dan perempuan. Kami menjalankan kajian ini keatas kelas PPISMP

    Reka Bentuk Teknologi, Muzik, Matematik A dan B, Sains serta Pendidikan Jasmani.

    Kajian ini juga dijalan dikalangan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

    Kami menguruskan maklumat yang dikumpul dengan menggunakan Jadual

    Taburan Kekerapan dan menjalankan sukatan memusat bagi data yang dikumpul.

    Setelah itu kami mempersembahkan data ini dengan kaedah persembahan visual yang

    sesuai. Kami menggunakan Carta Bar, Carta Pai, Graf Histogram dan Graf Ogif.

    Di akhir kajian ini kami membuat interpretasi dan kesimpulan berdasarkan

    dapatan tinjauan penggunaan komputer dikalangan pelajar. Setelah mengumpul,

    menganalisis serta menginterpretasi akhirnya lengkaplah kajian kami mengenai

    Penggunaan Komputer Di Kalangan Pelajar PPISMP Semester 3 Institut Pendidikan

    Guru Kampus Perlis.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    2/46

    2.0 DAPATAN TINJAUAN

    2.1 Kaji Selidik Tahap Kemahiran Komputer dikalangan pelajar IPG Perlis.

    Item Ujikaji Lelaki Wanita Jumlah Peratus

    Kurang mahir 1 5 6 10

    Sederhana mahir 26 21 47 80

    Mahir 3 3 6 10

    Melalui jadual di atas:

    Sangat tidak setuju 1+5=6

    Tidak setuju 26+21=47

    Setuju 3+3=6

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    Kurang mahir Sederhana mahir Mahir

    BilanganP

    elajar

    Graf Tahap Kemahiran Komputer dikalangan

    pelajar IPG Perlis

    lelaki

    wanita

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    3/46

    Aspek tahap leterasi komputer amat mendominasi semua bidang dalam

    kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah

    menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama

    secara dalam talian di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat

    masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja syarikat,

    pengurusan tertinggi korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya

    seharusnya mahir dalam mengapplikasikan teknologi komputer.

    Untuk memulakan tinjauan terhadap kajian laporan tentang kecenderungan

    tujuan pengunaan komputer peribadi, terlebih dahulu kami perlu mengetahui tahap

    kemahiran berkomputer dalam kalangan guru pelatih ipg kampus perlis. Tinjauan ini

    dibuat kerana kami mendapati faktor ini amat berkaitan terhadap soalan ujikaji yang

    akan kami jalankan. Sebagai contohnya jika seseorang itu mempunyai tahap kemahiran

    komputer sudah tentu dia mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi berbanding

    seseorang yang tidak mahir.

    Dalam analisis kajian, kami mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih ipg

    kampus perlis mempunyai tahap kemahiran komputer pada tahap sederhana mahir

    dengan peratus sebanyak 80 % daripada 60 jumlah responden pada keseluruhanya.

    Dan di ikuti oleh respoden yang kurang mahir dan dan mahir pada jumlah peratus yang

    sama iaitu sebanyak 20%.

    Jika ditinjau dari sudut jantina,majoriti golongan lelaki Ipg Kampus Perlis

    mempunyai tahap kemahiran berkomputer pada tahap sederhana dengan jumlah

    bilangan sebanyak 26 orang daripada 30 responden lelaki yang diambil. Hal ini

    menunjukkan bahawa tahap kemahiran berkomputer dalam kalangan lelaki ipg

    kampus perlis berada dalam tahap sederhana. Namun terdapat juga kaum lelaki yang

    kurang mahir komputer tetapi jumlahnya sangat sedikit iaitu sebanyak 10 peratussahaja. Terdapat juga kaum lelaki yang mempunyai tahap kemahiran berkomputer pada

    tahap mahir iaitu sebanyak 3 oarang sahaja.

    Manakala dalam kalangan guru pelatih wanita pula menunjukan corak yang

    hampir sama dengan dengan corak graf lelaki. Dimana majoriti kaum wanita dalam

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    4/46

    kalangan guru pelatih ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran berkomputer

    pada tahap sederhana dengan bilangan sebanyak 21 orang dan dikuti oleh kaum

    wanita yang mempunyai kemahiran berkomputer kurang mahir dan mahir dengan

    jumlah bilangan yang masing-masing sama.

    Pada keseluruhanya, daripada hasil 60 responden yang diambil rata-rata

    masyarakat ipg kampus perlis memiliki tahap sederhana mahir. Sebagai kesimpulanya,

    soalan ujikaji tentang kecenderungan boleh dijalankan kerana kebanyakan masyarakat

    ipg kampus perlis mempunyai tahap kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap

    sederhana.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    5/46

    2.2 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih IPG Perlis

    2.2.1 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum Melayu

    Dalam Sehari.

    Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpul

    kenderungan menggunakan komputer terhadap kaum melayu di Ipg Kampus Perlis

    dalam sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan

    mod.

    Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali

    dalam jadual diatas iaitu sebanyak 7 orang dengan tahap pengunaan antara 9 hingga

    12 jam.

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah Kekerapan

    1-4 - 0

    5-8 ll 2

    9-12 llll ll 7

    13-16 Llll 4

    17-20

    Ll 2

    21-24 -

    0

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    6/46

    Untuk memperolehi data median dan meankecenderungan penggunaan

    komputer guru pelatih kaum melayu dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah

    kekerapan terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Titik tengah kekerapan Kekerapan

    terkumpul

    1-4 1+4 = 2.5

    2

    0 0

    5-8 5+8 = 6.5

    2

    2 0+2 = 2

    9-12 9+12 = 10.5

    2

    7 2+7 = 9

    13-16 13+16 = 14.5

    2

    4 9+4 = 13

    17-20 17+20 = 18.5

    2

    2 13+2 = 15

    21-24 21+24 = 22.5

    2

    0 15+0 = 15

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah Kekerapan

    9-12 llll ll 7

    ModTahap penggunaan

    komputer tertinggi

    sehari dalam jam.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    7/46

    Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula:

    Mean :

    X = fx

    f

    = 0(2.5)+2(6.5)+7(10.5)+4(14.5)+2(18.5)+0(22.5)

    2+7+4+2

    = 181.5

    15

    = 12.1

    Median:

    =

    [( ) ]

    [( )

    ]

    = 11.64

    Jumlah purata pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 12.1 jam

    =

    Titik tengah pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 11.64 jam

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    8/46

    2.2.2 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum Cina Dalam

    Sehari.

    Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpulkenderungan menggunakan komputer terhadap kaum Cina di Ipg Kampus Perlis dalam

    sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan mod.

    Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali

    dalam jadual diatas iaitu sebanyak 9 orang dengan tahap pengunaan antara 13 hingga

    16 jam.

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah kekerapan

    1-4 - 0

    5-8 ll 2

    9-12 Ill 3

    13-16 llII IIII 9

    17-20 l 1

    21-24 - 0

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    9/46

    Untuk memperolehi data median dan mean kecenderungan penggunaan

    komputer guru pelatih kaum melayu dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah

    kekerapan terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Titik tengah Kekerapan Kekerapan

    terkumpul

    1-4 1+4 = 2.5

    2

    0 0

    5-8 5+8 = 6.5

    2

    2 0+2 = 2

    9-12 9+12 = 10.5

    2

    3 3+2 = 5

    13-16 13+16 = 14.5

    2

    9 9+5 = 14

    17-20 17+20 = 18.5

    2

    1 14+1= 15

    21-24 21+24 = 22.5

    2

    0 15+0 = 15

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah kekerapan

    13-16 llll lIII 9

    ModTahap penggunaan

    komputer tertinggi

    sehari dalam jam.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    10/46

    Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula:

    Mean :

    X = fx

    f

    = 0(2.5)+2(6.5)+5(10.5)+14(14.5)+15(18.5)+0(22.5)

    0+2+3+9+1+0

    = 546

    15

    = 36.4

    Median:

    =

    [( ) ]

    [( )

    ]

    = 14.94

    Jumlah purata pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 58.9 jam

    =

    Titik tengah pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 14.94 jam

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    11/46

    2.2.3 Tahap Kecenderungan Penggunaan Komputer Guru Pelatih Kaum India

    Dalam Sehari.

    Jadual di atas menunjukkan taburan data tak terkumpul dan data terkumpulkenderungan menggunakan komputer terhadap kaum India di Ipg Kampus Perlis dalam

    sehari. Melalui data yang diperolehi kita boleh memperoleh mean, median, dan mod.

    Mod data boleh ditunjukan melalui jumlah kekerapan yang paling tinggi sekali

    dalam jadual diatas iaitu sebanyak 10 orang dengan tahap pengunaan antara 9 hingga

    12 jam.

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah kekerapan

    1-4 II 2

    5-8 - 0

    9-12 llll llll 10

    13-16 II 2

    17-20

    - 0

    21-24 I

    1

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    12/46

    Untuk memperolehi data median dan mean kecenderungan penggunaan

    komputer guru pelatih kaum india dalam sehari, nilai titik tengah dan jumlah kekerapan

    terkumpul perlu dikira dahulu seperti jadual di bawah:

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Titik tengah kekerapan Kekerapan terkumpul

    1-4 1+4 = 2.5

    2

    2 2

    5-8 5+8 = 6.5

    2

    0 0+2 = 2

    9-12 9+12 = 10.5

    2

    10 10+2=12

    13-16 13+16 = 14.5

    2

    2 2+12 = 14

    17-20 17+20 = 18.5

    2

    0 0+14=14

    21-24 21+24 = 22.5

    2

    1 1+14=15

    Tahap penggunaan

    dalam sejam

    Jumlah kekerapan

    9-12 llll llII 10

    ModTahap penggunaan

    komputer tertinggi

    sehari dalam jam.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    13/46

    Melalui data ini, mean dapat dikira melalui fomula:

    Mean :

    X = fx

    f

    = 2(2.5)+0(6.5)+10(10.5)+2(14.5)+0(18.5)+1(22.5)

    2+10+2+1

    = 161.5

    15

    = 10.8

    Median:

    =

    [( ) ]

    [( ) ]

    = 10.7

    Jumlah purata pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 10.8 jam

    =

    Titik tengah pengunaan

    komputer dalam sehari

    ialah 10.7 jam

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    14/46

    2.2.4 Penggunaan komputer dalam sehari bagi kaum lain-lain yang terdiri selain

    daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

    Penggunaan jam

    (H)

    Min point Kaum lain-lain Cumulative

    frequency

    1-4 2.5 1 1

    5-8 6.5 1 2

    9-12 10.5 3 5

    13-16 14.5 5 10

    17-20 18.5 2 12

    21-24 22.5 3 15

    Mencari mode bagi kaum lain-lain.

    Mode ialah nilai yang tertinggi bagi jumlah ataupun data yang telah diperolehi.

    Mode bagi penggunaan komputer untuk kaum lain-lain ialah:

    Mode= 5

    Mencari mean,

    =(2.5x1)+(6.5x1)+(10.5x3)+(14.5x5)+(18.5x2)+(22.5x3)

    15

    = 217.5

    15

    Mean = 14.5#

    Median, m= L+ N

    (2 f) c

    Fm

    = Hasil tambah bagi semua data

    Bilangan datax

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    15/46

    L=12.5 (kiraan terendah)

    N=15 (jumlah keseluruhan cumulative frequency)

    F=5

    fm=5

    c=4(jurang diantara frequency) 15 _

    12.5+ 2______ 4

    5

    =14.5

    Median = 14.5#

    Median bagi data untuk kaum lain-lain yang terdiri daripada 15 orang responden

    adalah 14.5 dimana pengiraannya adalah seperti yang diatas.

    Berdasarkan kajian dan keputusan yang telah diperolehi daripada data ini

    mendapati bahawa ramai pelajar iaitu bagi kaum lain-lain yang terdiri daripada

    bumiputera sabah dan sarawak lebih gemar dan biasa menggunakan komputer selama

    13-16 jam iaitu seramai 5 orang daripada 15 responden yang terlibat dalam pengisian

    borang soal selidik ini. Daripada sesi temubual dan tinjauan yang dilakukan

    menerangkan bahawa pelajar yang menggunakan komputer selama 13-16 jam adalah

    disebabkan mereka lebih suka menggunakan komputer berbanding melakukan hal-hal

    lain seperti sukan dan sebagainya. Di samping itu juga, kekerapan menggunakan 13-16

    jam komputer dalam sehari adalah disebabkan kerana mereka sibuk dengan tugasan

    yang harus dilaksanakan. Daripada itu, data yang diperolehi boleh dikatakan bahawa

    mode bagi data ini ialah sebanyak 5 orang.

    Seterusnya terdapat juga responden yang menggunakan komputer hanya

    selama 1-4 jam iaitu sebanyak 1 orang. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan

    responden yang hanya menggunakan komputer selama 1-4 jam sehari adalah

    disebabkan kekangan masa untuk menggunakan komputer kerana responden tersebut

    5

    f

    fm

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    16/46

    lebih aktif dalam kokurikulum dan tugasan-tugasan luar selain daripada menggunakan

    komputer. Di samping itu ada diantara responden yang lebih gemar menggunakan

    telefon bimbit sebagai medium untuk melakukan jaringan luar seperti Facebook, Twitter

    dan Blogger.

    Terdapat juga responden yang menggunakan hampir keseluruhan hari iaitu

    diantara 21-24 jam untuk menggunakan komputer. Melihat kepada ini, terdapat kesan

    baik dan buruk dalam menggunakan komputer selama masa tersebut. Bila melihat

    kepada kebaikannya, pelajar yang boleh fokus untuk melaksanakan tugasan dan kerja

    kursus mampu disiapkan dalam masa yang lebih awal berbanding pelajar yang lain

    yang hanya menggunakan komputer tidak lebih dari 20 jam. Namun bila melihat kepada

    keburukannya pula ialah pelajar akan merasa mengantuk dan tidak mampu untuk

    melakukan pembelajaran dengan fokus dan baik lebih-lebih lagi sewaktu pensyarah

    dan guru sedang mengajar. Tidak juga lupa kesannya pada kesihatan dimana pelajara

    yang kekurangan tidur akan merasa lemah badan dan kekuranga tenaga untuk

    melakukan aktiviti pada hari seterusnya.

    Akhir keputusan ialah mencari median dimana mean harus dicari terlebih dahulu

    dimana min point didarabkan dengan bilangan kaum-kaum iaitu frequency(f) dan

    dibahagi oleh bilangan responden. Sesudah itu barulah median dicari dan keputusanyang diperolehi bagi median ialah 14.5.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    17/46

    JADUAL PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM SEHARI UNTUK SEMUA KAUM

    Mean,

    = 3(2.5) +5(6.5) +24(10.5) +19(14.5) +5(18.5) +4(22.5)

    3+5+24+19+5+4

    = 750

    60

    = 12.5

    Melalui data di atas purata masa penggunaan komputer bagi semua kaum ialah 12.5.

    Ini bermaksud 12 jam merupakan masa yang selalu digunakan oleh pelajar dari

    semua kaum semasa menggunakan komputer untuk aktiviti harian mereka.

    Penggunaan Jam Kekerapan Titik Tengah Kekerapan

    Terkumpul

    1-4 3 2.5 3

    5-8 5 6.5 8

    9-12 24 10.5 32

    13-16 19 14.5 51

    17-20 5 18.5 56

    21-24 4 22.5 60

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    18/46

    MEDIAN

    Median, x= F cfm

    = 8.5 + 424

    = 12.17

    Melalui data yang dikumpulkan median atau titik tengah untuk penggunaan komputer

    ialah 12.17.

    MOD

    Mod = 9-12

    Melalui data tersebut juga didapati jumlah penggunaan yang paling kerap sekali ialah 9-

    12 jam . Ini ditentukan melalui mod tertinggi yang terdapat dalam kekerapan data.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    19/46

    GRAF HISTOGRAM

    Berdasarkan graf serta jadual di atas, bilangan pelajar paling banyak menggunakan

    komputer selama 9 hingga 12 jam dalam sehari. Bilangan pelajar yang paling kurang

    ialah 1 hingga 4 jam sehari. Peratus pelajar yang menggunakan komputer lebih

    daripada 12 jam ialah :

    28/60 x 100 = 46.7%

    Manakala peratus pelajar yang menggunakan komputer riba kurang dari 12 jam ialah

    32/60 x 100 = 53.3%

    Melalui graf di atas mod ialah:

    =12.5-8.5

    = (4/5) +8.5

    =9.3

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    BilanganP

    elajar

    Jam Penggunaan Komputer

    Graf Jam Penggunaan Komputer dikalangan

    Pelajar

    0.5 4.5 12.5 16.5 20.5 24.58.5

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    20/46

    Daripada graf di atas median ialah,

    = 15-10

    = 5/5

    = 1x 2.5

    = 2.5 + 10

    = 12.5

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    0 5 10 15 20 25 30

    KekerapanL

    onggokan

    Berat (kg)

    Graf Ogif

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    21/46

    2.3 Kecenderungan Penggunaan Komputer Peribadi Terhadap Permainan Video.

    Item Lelaki Wanita Jumlah Peratus

    Sangat tidak bersetuju 2 4 6 10%

    Tidak setuju 9 18 27 45%

    setuju 15 6 21 35%

    Sangat setuju 4 2 6 10%

    Melalui jadual di atas:

    Sangat tidak setuju 2+4 = 6

    Tidak setuju 9+18=27 mod

    Setuju 15+6 =21

    Sangat setuju 4+2=6

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    20

    lelaki wanita

    Kecenderungan Penggunaan Komputer

    Peribadi Terhadap Permainan Video.

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat setuju

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    22/46

    Graf di atas menunjukkan bilangan pelajar Ipg Kampus Perlis berdasarkan

    soalan ujikaji,kecenderungan Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan

    video. Daripada ujikaji soalan ini, majoriti golongan lelaki merangkumi mahasiswa Ipg

    Kampus Perlis bersetuju bahawa kecenderungan pengunaan komputer peribadi meraka

    lebih terarah untuk permainan video dengan jumlah bilangan sebanyak 15 orang

    daripada 30 responden lelaki yang diambil. Hal ini menunjukkan bahawa, hampir

    separuh daripada jumlah responden lelaki lebih cenderung mengunakan komputer

    peribadi mereka untuk permainan video. Namun terdapat juga dalam kalangan

    responden lelaki yang menyatakan tidak bersetuju bahawa kecenderungan pengunaan

    komputer mereka terhadap permainan video dengan jumlah perbezaan respoden yang

    bersetuju iaitu seramai 6 orang dengan peratus sebanyak 30 peratus.

    Seterusnya diikuti, jumlah responden lelaki yang sangat bersetuju sebanyak 13.4

    peratus dengan bilangan seramai 4 orang sahaja. Jumlah responden lelaki yang sangat

    tidak bersetuju pula menduduki nilai bilangan paling sedikit dengan perbezaan jumlah

    responden sangat bersetuju sebanyak 2 orang.

    Manakala bagi golongan hawa yang merangkumi mahasiswi guru Pelatih Ipg

    Kampus Perlis,majoriti di antara mereka tidak menyokong soalan ujikaji ini iaitu

    sebanyak 60 peratus tidak menyokong kecenderungan pengunaan komputer peribadi

    untuk permainan video dengan jumlah keseluruhan respoden yang sama dengan

    jumlah respoden lelaki. Meskipun majoriti golongan mahasiswi tidak bersetuju dengan

    soalan ujikaji namun terdapat juga mahasiswi yang bersetuju terhadap soalan ini

    dengan jumlah bilangan sebanyak 6 orang dengan dengan perbezaan jumlah sangat

    tidak bersetuju sebanyak 2 orang. Seterusnya diikuti, dengan bilangan sangat setuju

    sebanyak 6.6 peratus.

    Mengikut peratusan yang diperolehi daripada kedua-dua golongan,hal inimenunjukkan masyarakat ipg perlis tidak bersetuju bahawa kecenderungan

    Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan video. Hal ini dapat ditunjukkan

    melalui nilai kekerapan mod seperti di atas, dimana sebanyak 27 responden yang tidak

    bersetuju. Hal ini menunjukan bahawa hampir separuh masyarakat ipg kampus perlis

    tidak bersetuju terhadap soalan ujikaji ini.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    23/46

    Antara sebab ramai guru pelatih ipg kampus perlis tidak bersetuju terhadap

    soalan ini kerana sibuk dengan projek dan kerja kursus yang perlu disiapkan dalam

    masa yang terhad dan ini menyebabkan mereka lebih tertumpu untuk melakukan kerja-

    kerja yang diberi oelh pensyarah meraka untuk memastikan kerja yang diberi siap pada

    masa yang ditetapkan.

    kesimpulnya, mengikut analisis dan tinjauan yang dilakukan tahap pengaruh

    permainan video dalam kalangan masyarakat ipg kampus perlis masih pada tahap

    rendah. Hal ini disebabkan oleh ramai pelajar ipg kampus perlis perlu mempunyai

    pemikiran seperti seseorang guru yang beretika dan menjadi contoh kepada anak

    muridnya kelak.

    2.4 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah pembelajaran interktif

    Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:

    Sangat Tidak Setuju = 1

    Tidak Bersetuju = 2

    Setuju = 43 mod

    Sangat Setuju = 14

    Soalan 2 Lelaki Perempuan Jumlah Peratus

    Sangat Tidak

    Setuju

    I 0 l 2%

    Tidak Setuju II 0 ll 3%

    Setuju IIIIIIIIIIIIIIII

    l

    IIIIIIIIIIIIllll

    ll

    IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIllll

    lll 72%

    Sangat Setuju IIII I IIIIlll IIIIIIIIllll 23%

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    24/46

    Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling

    tinggi. Jadi mod ialah:

    Setuju = 43 orang guru pelatih

    Berdasarkan data yang telah diperolehi, melalui kajian yang telah dilakukan

    terhadap pelajar IPG Kampus Perlis dimana kami telah mendapatkan 30 orang lelaki

    dan 30 orang perempuan sebagai responden sukarela, kami mendapati bahawa

    kebanyakan daripada pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan mengatakan

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    sangat tidak

    setuju

    tidak setuju setuju sangat setuju

    1

    2

    21

    6

    0 0

    22

    8

    Komputer Peribadi Saya Lebih Digunakan Kearah

    Pembelajaran Interaktif

    lelaki

    perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    25/46

    bahawa mereka setuju berkenaan dengan soalan kedua ini yang menyatakan bahawa

    komputer peribadi saya lebih dugunakan kearah interaktif. Ini disebabkan data

    menunjukkan bahawa seramai 21 responden lelaki dan 22 responden perempuan

    membuat keputusan untuk menanda pada petak setuju.

    Melihat pada kajian keputusan berkenaan dengan soalan dua ini, boleh

    dikatakan bahawa pelajar IPG Kampus Perlis proaktif dalam penggunaan komputer

    lebih-lebih lagi dalam pembelajaran interaktif. Dimana dapat dilihat bahawa

    penggunaan komputer di dalam kelas amat memberansangkan dan kebanyakannya

    digunakan sebagai medium untuk pembelajaran secara interaktif seperti perisian

    AutoCAD, Microsoft Office, Adobe Potoshop dan pelbagai lagi perisian yang digunakan

    oleh pelajar IPG Kampus Perlis untuk pembelajaran komputer secara interaktif. Data ini

    semakin kukuh kerana ianya disokong kuat kerana terdapat 6 responden lelaki dan 8

    responden perempuan yang menanda ruang petak sangat setuju.

    Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil pelajar yang tidak bersetuju

    dengan soalan ini dimana terdapat seorang responden lelaki yang menanda pada petak

    sangat tidak setuju dan 2 responden lelaki juga menanda pada petak kurang setuju.

    Melalui kajian dan maklumat yang diberikan oleh responden, antara sebab-sebab

    mereka tidak setuju adalah disebabkan kerana mereka tidak mempunyai komputer

    peribadi seperti pelajar lain kerana kekangan kewangan dan terdapat juga mengatakan

    bahawa mereka lebih mengutamakan komputer sebagai alat untuk mereka melakukan

    kerja yang lain selain daripada pembelajaran interksi. Walaupun dapat dilihat bilangan

    yang tidak setuju adalah yang paling minimun berbanding dengan yang setuju dengan

    kenyataan ini, namun bilangan kecil inilah yang harus dititik beratkan kerana

    sememangnya pembelajaran interaktif amat membawa kesan yang sangat positif

    kepada para pengguna lebih-lebih lagi bagi pelajar IPG Kampus Perlis kerana adalah

    penting untuk seorang guru atau cikgu mampu mendalami pelbagai cabang ilmu selain

    daripada ilmu khususnya.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    26/46

    peratusan bagi responden lelaki (30 orang)

    Peratusan bagi responden perempuan (30 orang)

    1, 3% 2, 7%

    21, 70%

    6, 20%

    lelaki

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat setuju

    0, 0% 0, 0%

    22, 73%

    8, 27%

    perempuan

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat tidak setuju

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    27/46

    Peratusan keseluruhan responden lelaki dan perempuan (60 orang)

    Hasil daripada gabungan nilai kekerapan lelaki dan perempuan, data menunjukkan

    bahawa pelajar IPG Kampus Perlis amat bersetuju terhadap kenyataan komputer

    peribadi saya lebih digunakan kearah pembelajaran interaktif dimana hampir majoriti

    responden menanda pada kotak setuju iaitu sebanyak 72%. Selain daripada itu,

    terdapat juga responden yang amat bersetuju dengan kenyataan ini kerana mereka

    lebih menitik beratkan penggunaan komputer peribadi mereka ke arah pembelajaran

    secara interaktif sebanyak 23%. Di samping itu, terdapat juga beberapa responden

    yang terdiri daripada lelaki menanda pada ruang sangat tidak setuju iaitu sebanyak 2%

    dan tidak setuju iaitu 3%. Walaupun secara dasarnya hanya terdapat beberapa orang

    responden yang masih tidak bersetuju dengan kenyataan ini, namun melihat pada datayang diperoleh menunjukkan bahawa tahap penggunaan komputer kearah

    pembelajaran interaksi amat memberansangkan dan ini amat baik bagi seorang guru.

    1, 2% 2, 3%

    43, 72%

    14, 23%

    Lelaki dan Perempuan

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat setuju

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    28/46

    2.5 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah mendengar lagu

    Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:

    Sangat Tidak Setuju = 1

    Tidak Bersetuju = 5

    Setuju = 52 mod

    Sangat Setuju = 22

    Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling

    tinggi. Jadi mod ialah:

    Setuju = 32 orang guru pelatih

    Soalan 2 Lelaki Perempuan Jumlah PeratusSangat Tidak Setuju I 0 l 2%

    Tidak Setuju IIl ll llll 8%

    Setuju IIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIII ll IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

    ll 53%

    Sangat Setuju IIIIllll l IIIIllll l IIIIIIII IIIIIIII ll 37%

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    29/46

    Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, melalui tajuk ke-3 iaitu komputer

    saya lebih digunakan untuk mendengar lagu,keputusan mendapati bahawa kebanyakan

    responden (15 lelaki dan 17 perempuan) menanda pada petak setuju yang

    menunjukkan bahawa mereka lebih menggunakan komputer untuk mendengar lagu.

    Berdasarkan kenyataan yang telah diberikan oleh salah seorang responden

    mengatakan bahawa muzik adalah salah satu cara untuk mereka berhibur lebih-lebih

    lagi sewaktu melakukan kerja yang menggunakan komputer, tambahan pula dengan

    memasang lagu, akan timbul satu perasaan dimana tekanan untuk melakukan kerja

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    sangat tidak

    setuju

    tidak setuju setuju sangat setuju

    1

    3

    15

    11

    0

    2

    17

    11

    Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah

    mendengar lagu

    lelaki

    perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    30/46

    menggunakan komputer itu berkurangan seperti melakukan tugasan kerja kursus

    dengan bantuan muzik yang dipasang di komputer.

    Di samping itu juga, melihat kepada muzik, sememangnya muzik adalah salah

    satu cara untuk berhibur dengan menyanyikannya atau mendengarnya. Merujuk padahiburan, sememangnya untuk mendapatkan hiburan di perlis amat sukar kerana

    kekurangan tempat-tempat hiburan seperti panggung wayang, pusat permainan dan

    sebagainya dan dengan itulah, kajian yang telah dilakukan terhadap responden

    daripada PPISMP sem 3 ambilan Jun 2010 amat bersetuju (11 lelaki, 11 perempuan)

    dan setuju (15 lelaki, 17 perempuan) dengan penyataan tajuk ketiga ini iaitu komputer

    peribadi saya lebih digunakan untuk mendengar musik.

    Namun, terdapat beberapa kriteria yang perlu dalam ada sewaktu mendengar

    lagu di komputer iaitu lagu tersebut kebanyakannya haruslah telah popular ataupun

    menjadi buahan mulut orang dimana sering dinyanyikan oleh para pelajar. Selain itu,

    lagu-lagu yang sering dipasang adalah lebih bertemakan kontemporari ataupun lagi

    jiwang yang bersesuaian dengan jiwa para remaja dan akhir sekali adalah lagu akan

    sering dipasang sewaktu menjalani kerja kursus.

    Di samping setuju dan sangat setuju, terdapat juga responden yang menanda

    pada kotak tidak setuju dan sangat tidak setuju namun bilangannya adalah lebih kecil

    daripada yang bersetuju iaitu tidak setuju (3 lelaki 2 perempuan) dan sangat tidak setuju

    (1 lelaki). Melihat kepada faktor yang menyebabkan terdapat seorang responden lelaki

    yang menyatakan tidak setuju adalah disebabkan dia menggunakan komputer

    peribadinya khas untuk melakukan tugasan-tugasan harian atau berkemungkinan dia

    tidak mempunyai komputer peribadi sendiri. Selain itu, terdapat juga 5 responden (3

    lelaki 2 perempuan) dimana meneka tidak besetuju dngan kenyataan ke-3 ini. Antara

    faktor yang telah dikenal pasti kenapa mereka tidak bersetuju adalah disebabkanmereka lebih suka mendengar musik daripada alat-alat lain selain daripada komputer

    iaitu dengan menggunakan telefon bimbit ataupun mp3,mp4 dan mp5.

    Merujuk kepada responden yang tidak bersetuju adalah boleh dianggarkan

    mereka mempunyai alat pemain musik sendiri dan kebanyakan daripada mereka

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    31/46

    adalah berasal daripada keluarga yang sederhana dan berada dimana mereka

    mempunyai sumber kewangan yang boleh untuk membeli peralatan seperti itu. Melihat

    pada kesimpulannya, sememangnya musik mempengaruhi hidup para pelajar lebih-

    lebih lagi bagi pelajar IPG Kampus Perlis dimana tinjauan yang dilakukan adalah

    mendapati mereka lebih memaksimumkan penggunaan komputer untuk kehidupan

    seharian mereka.

    sangat tidak setuju

    3% tidak setuju

    10%

    setuju

    50%

    sangat setuju

    37%

    lelaki

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat setuju

    Peratusan bagi lelaki seramai 30 orang responden

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    32/46

    Jumlah peratusan bagi perempuan (30 orang responden)

    sangat tidak setuju

    0%tidak setuju

    7%

    setuju

    56%

    sangat setuju

    37%

    perempuan

    1, 2% 5, 8%

    32, 53%

    22, 37%

    lelaki dan perempuan

    sangat tidak setuju

    tidak setuju

    setuju

    sangat setuju

    Peratus keseluruhan bagi pelajar lelaki dan perempuan (60

    orang responden)

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    33/46

    2.6 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah menonton video

    Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:

    Sangat Tidak Setuju = 3

    Tidak Bersetuju = 5

    Setuju = 34 mod

    Sangat Setuju = 18

    Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling

    tinggi. Jadi mod ialah:

    Setuju = 34 orang guru pelatih

    Soalan 4 Lelaki Perempuan Jumlah Peratus

    Sangat Tidak

    Setuju

    I II III 3/60 x 100 =5%

    Tidak Setuju II III IIII 5/60 x 100

    =13.3%

    Setuju IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII

    IIII IIII IIII

    34/60 x 100

    =56.7%

    Sangat Setuju IIII III IIII IIII IIII IIII IIII III 18/60 x 100

    =30%

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    34/46

    5%8%

    57%

    30%

    Peratus Penggunaan Komputer Peribadi

    Kearah Menonton Video

    Sangat Tidak Setuju

    Tidak Setuju

    Setuju

    Sangat Setuju

    0

    24

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    20

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

    Penggunaan Komputer Riba Untuk

    Menonton Video

    Lelaki

    Perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    35/46

    Kedua-dua graf tersebut menunjukkan hasil tinjauan terhadap pelajar IPG

    Kampus Perlis berkaitan tajuk Penggunaan Komputer Riba Untuk Menonton Video.

    Graf pertama menunjukkan Peratus Penggunaan Komputer Peribadi Kearah Menonton

    Video di kalangan pelajar. Graf kedua pula menunjukkan tindak balas guru pelatih

    lelaki dan perempuan terhadap soalan kajian.

    Sebanyak 60 orang responden telah dipilih dari kalangan guru pelatih. Melalui

    Graf Bar, sebanyak 1 orang guru pelaith lelaki dan 2 orang guru pelatih perempuan

    yang sangat tidak bersetuju dengan penyataan penggunaan komputer riba kearah

    menonton video. Mereka mewakili 5 peratus daripada 60 orang guru pelatih dan diikuti

    pula dengan 2 orang guru pelatih lelaki dan 3 orang guru pelatih perempuan yang tidak

    setuju dengan penyataan tersebut. Jumlah ini diwakili sebanyak 8.3 peratus. Boleh

    dirumuskan peratus guru pelatih yang kurang bersetuju dengan keyataan ini adalah

    sedikit. Peratus ini boleh dilihat dalam Rajah 4.0 Carta Pai.

    Manakala, bilangan pelajar yang setuju dengan penyataan komputer riba lebih

    digunakan kearah menonton video adalah 19 orang bagi lelaki dan 15 orang bagi

    perempuan. Diikuti pula dengan 8 orang bagi lelaki dan 10 bagi perempuan yang

    sangat setuju dengan keyataan tersebut. Mereka masing-masing diwakili dengan 56.7

    peratus dan 30 peratus. Boleh dirumuskan bahawa peratus pelajar yang bersetuju

    dengan keyataan ini adalah tinggi.

    Faktor yang menyebabkan peratus pelajar kurang bersetuju dengan kenyataan

    ini adalah kerana mereka lebih banyak menggunakan komputer peribadi untuk kerja-

    kerja lain. Contohnya bermain permainan video, bersosial dan lain-lain lagi. Selain itu,

    mereka juga lebih gemar menonton video di pawagam kerana suasana menonton di

    pawagam tidak sama dengan suasana menonton di komputer riba. Jika di pawagam

    video yang ditayangkan merupakan filem-filem terbaru. Selain daripada itu juga,capaian akses kepada video adalah terbatas di kampus kerana capaian internet yang

    kurang memuaskan.

    Manakala faktor yang menyebabkan peratus pelajar bersetuju dengan kenyataan

    tersebut tinggi adalah kerana menonton video melalui komputer riba adalah lebih

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    36/46

    menjimatkan masa dan kos. Ini kerana jika mereka menonton melalui komputer riba

    mereka tidak perlu membayar harga tiket dan juga makanan serta tidak perlu beratur

    panjang untuk membeli tiket. Melalui ini kos dan masa dapat dijimatkan. Selain itu,

    capaian video ini adalah mudah kerana kebanyakkan pelajar menggunakan broadband

    sendiri untuk melayari internet. Jadi masalah capaian akses internet boleh diselesaikan.

    Malahan mereka juga berpendapat yang menonton video menggunakan komputer riba

    merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan setelah belajar.

    Kesimpulannya, pelajar yang bersetuju dengan kenyataan komputer peribadi

    lebih digunakan untuk menonton video adalah lebih tinggi dengan pelajar yang kurang

    setuju. Dari sini dapat dilihat yang komputer riba bukan sahaja diperlukan oleh pelajar

    untuk menyelesaikan tugas-tugas mereka bahkan menjadi sebagai satu keperluan asas

    untuk pelajar berhibur dan melepaskan tekanan. Melalui kajian ini boleh disimpulkan

    komputer peribadi merupakan satu keperluan dalam kehidupan pelajar iaitu untuk

    digunakan dalam pelbagai keperluan.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    37/46

    2.7 Komputer peribadi saya lebih digunakan kearah melakukan kerja (kerja kursus dan

    pembentangan multimedia).

    Soalan 7 Lelaki Perempuan Jumlah Peratus

    Sangat Tidak Setuju I II III 3/60 x 100

    =5%

    Tidak Setuju IIII II IIII I IIII IIII III 13/60 x 100

    =21.7%

    Setuju IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII IIII 19/60 x 100

    =31.7%

    Sangat Setuju IIII IIII III IIII IIII II IIII IIII IIII IIII IIII 25/60 x 100

    =41.7%

    Melalui jadual di atas jumlah guru pelatih:

    Sangat Tidak Setuju = 3

    Tidak Bersetuju = 13

    Setuju = 19

    Sangat Setuju = 25 mod

    Mod bagi set data ini ialah data yang mempunyai bilangan kekerapan yang paling

    tinggi. Jadi mod ialah:

    Setuju = 25 orang guru pelatih

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    38/46

    Peratus Soal Selidik Penggunaan Komputer

    Riba Kearah Melakukan Kerja

    Sangat Tidak Bersetuju

    Tidak Setuju

    Setuju

    Sangat Setuju

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

    Penggunaan Komputer Riba Untuk

    Melakukan Kerja

    Lelaki

    Perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    39/46

    Seterusnya kajian diteruskan lagi dengan tajuk Penggunaan Komputer Peribadi

    kearah melakukan kerja. Kerja yang diamaksudkan ialah kerja kursus, pembentangan

    multimedia kerja rasmi dan juga kerja tidak rasmi. Graf pertama menunjukkan Peratus

    Soal Selidik Penggunaan Komputer Riba Kearah Melakukan Kerja dan graf kedua

    menunjukkan tindakan guru pelatih teradap kajian yang dilakukan.

    Kajian ini dijalan keatas 60 orang guru pelatih, 30 orang perempuan dan 30

    orang lelaki. Berdasarkan graf diatas seorang guru pelatih lelaki dan 2 orang guru

    pelatih perempuan sangat tidak bersetuju dan diikuti 7 dan 6 orang guru pelatih yang

    tidak bersetuju dengan pendapat ini. Peratus bagi mereka yang sangat tidak setuju

    ialah 5 peratus dan bagi mereka yang tidak setuju ialah 21.7 peratus. Disini kita boleh

    lihat yang jurang perbezaan antara kedua-dua pendapat ini sangat tinggi. Walaupun

    bilangan yang sangat tidak setuju kurang tetapi bilangan kurang setuju adalah banyak.

    Seterusnya, bilangan guru pelatih lelaki yang setuju dengan kenyataan ini ialah

    9 orang diikuti guru pelatih perempuan sebanyak 10 orang. Jumlah kesemuanya ialah

    19 orang iaitu sebanyak 31.7 peratus. Manakala bagi mereka yang sangat bersetuju

    dengan kenyataan ini ialah berjumlah 25 orang terdiri dari 13 orang guru pelatih lelaki

    dan 12 orang guru pelatih perempuan. Jumlah ini merupakan peratus terbesar iaitu

    sebanyak 41.7 peratus. Secara kesimpulannya bilangan responden yang bersetuju

    dengan kenyataan ini adalah tinggi.

    Faktor utama guru pelatih sangat tidak bersetuju dengan kenyataan komputer

    peribadi lebih digunakan kearah melakukan kerja ialah kebanyakkan mereka lebih

    menggunakan komputer riba untuk berhibur. Hasil dari tinjauan kami mendapati

    kebanyakan guru pelatih lebih kerap menggunakan komputer riba untuk hiburan.

    Contohnya ialah bermain permainan komputer, melayari internet, menonton video dan

    lain-lain lagi. Jika dilihat dari graf bilangan guru pelatih yang sangat tidak setuju denganpendapat tidak setuju ia adalah rendah. Ini mungkin disebabkan hanya segelintir

    sahaja yang kurang menggunakan komputer riba untukmelakukan kerja. Peratus guru

    pelatih yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini adalah besar iaitu 21.67 peratus.

    Apa yang boleh dilihat disini ialah guru pelatih adalah kurang bersetuju dengan

    kenyataan tersebut. Dari tinjaun juga didapati peratus yang tidak bersetuju dengan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    40/46

    penggunaan komputer riba ini lebih gemar menggunakan komputer mereka untuk

    mempelajari perisian-perisian terbaru.

    Seterusnya faktor utama kebanyakan guru pelatih bersetuju ialah kerana terdapat

    banyak kerja yang perlu disiapkan semsa mereka belajar. Melalui tinjaun yangdilakukan guru pelatih akan dibebani dengan pelbagai kerja apabila tiba musim kerja

    kursus. Oleh itu, pada masa inilah komputer riba mereka lebih digunakan untuk

    melakukan kerja. Selalunya kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka ialah kerja kursus,

    pembentangan multimedia, kertas kerja, kertas cadangan , laporan dan lain-lain. Selain

    dari kerja kursus mereka lebih menggunakan komputer riba untuk melakukan kerja-

    kerja kelab, persatuan dan lain-lain. Bagi mereka yang memegang jawatan dalam Majlis

    Perwakilan Pelajar, komputer riba akan menjadi satu keperluan yang sangat penting

    untuk melakukan tugas-tugas mereka. Berdasarkan kepada Rajah 5.1 Graf Bar

    bilangan lelaki dan perempuan yang bersetuju dengan kenyataan ini adalah lebih

    kurang sama.

    Oleh itu, boleh disimpulkan kebanyakan guru pelatih lebih bersetuju

    komputer peribadi mereka lebih digunakan untuk tujuan melakukan kerja. Walaupun

    terdapat sebilangan kecil yang tidak bersetuju, tetapi mereka tetap juga perlu

    menggunakan komputer riba untuk melakukan kerja. Guru pelatih perlulah

    menggunakan komputer riba mereka dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan

    mereka dari membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Melalui kajian ini

    boleh disimpulkan komputer peribadi merupakan satu keperluan dalam kehidupan

    pelajar iaitu untuk digunakan dalam pelbagai keperluan.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    41/46

    2.8 Penggunaan Komputer kea rah Hal Peribadi

    Graf diatas menunjukkan data yang ditafsirkan melalui soal selidik tentang

    pelajar yang menggunakan komputer peribadi mereka kearah perihal peribadi.Pertama

    sekali,graf menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar perempuan suka menggunakan

    komputer peribadi mereka untuk perihal peribadi berbanding dengan pelajar

    lelaki.Berdasarkan graf yang ditunjukkan diatas bilangan pelajar yang sangat tidak

    setuju tentang tajuk yang dikaji sangat sedikit iaitu seorang pelajar lelaki.Hal ini

    kerana,kebanyakan pelajar lelaki menggunakan komputer untuk bermain permainan

    video dan sebagainya.

    Seterusnya,bilangan pelajar lelaki yang tidak bersetuju dengan tajuk kajian lebih

    banyak daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 9:2.Hal ini kerana,pelajar lelaki

    lebih suka melakukan aktiviti luar berbanding dengan pelajar perempuan kerana pelajar

    perempuan menghabiskan masa lapang dengan berchatting di laman sosial.

    Kemudian,bilangan pelajar lelaki yang bersetuju dengan tajuk kajian adalah

    sedikit daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 11:18.Keadaan ini terjadi

    kerana,kebanyakan pelajar perempuan tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk

    keluar ke bandar untuk makan angin.Masalah ini menyebabkan pelajar perempuan

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    20

    Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

    Komputer peribadi saya lebih digunakan

    kearah perihal peribadi

    Lelaki

    Perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    42/46

    lebih suka meluangkan masa yang terluang dengan menggunakan komputer untuk

    berchatting,menonton filem,mendengar lagu dan sebagainya.

    Akhir sekali,bilangan pelajar lelaki yang sangat bersetuju dengan tajuk kajian

    adalah kurang seorang daripada pelajar perempuan sepertimana yang ditunjukkandalam graf bar diatas. Ini kerana pelajar lelaki dan perempuan menggunakan komputer

    untuk menyimpan segala maklumat yang dimiliki untuk digunakan di kemudian hari.

    2.9 Penggunaan Komputer kearah Saluran Sosial

    Graf menunjukkan kajian yang dijalankan ke atas pelajar lelaki dan perempuan

    mengikut soalan komputer peribadi lebih digunakan kearah saluran sosial(facebook dan

    twitter).Pertama sekali, bilangan pelajar lelaki yang sangat tidak bersetuju dengan tajuk

    kajian lebih banyak daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 1:0.Hal ini

    kerana,pelajar perempuan lebih suka menghabiskan masa di depan komputer tanpa

    melakukan sebarang aktiviti luaran manakala pelajar lelaki lebih suka melakukan aktiviti

    fizikal yang mencabar.

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

    Komputer peribadi saya lebih digunakan

    kearah saluran sosial(facebook dan twitter)

    Lelaki

    Perempuan

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    43/46

    Seterusnya,bilangan pelajar lelaki yang tidak bersetuju dengan soalan kajian

    lebih kurang daripada pelajar perempuan iaitu dalam nisbah 4:5.Kejadian ini berlaku

    kerana,walaupun pelajar perempuan lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik atau

    rumah ada juga budak perempuan yang membuat aktiviti fizikal dan perkara lain

    menggunakan komputer selain daripada melayari lama web sosial.Sebagai

    contohnya,ada juga pelajar perempuan yang suka menggunakan komputer untuk

    mengubahsuai gambar mereka supaya menjadi lebih cantik.

    Kemudian,bilangan pelajar lelaki yang bersetuju dengan tajuk kajian adalah lebih

    tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.Ini kerana,kebanyakan pelajar Institut

    Perguruan banyak mempunyai kerja kursus untuk disiapkan dan ini menjadikan masa

    mereka terhad untuk pergi ke luar dan melakukan aktiviti fizikal dan mereka hanya

    meluangkan masa lapang di laman-laman sosial.Nisbah pelajar lelaki ke perempuan

    yang setuju dengan tajuk kajian ialah 16:10 dan ia tidak mempunyai jurang yang begitu

    ketara kerana hanya kurang enam orang pelajar perempuan yang setuju.

    Akhir sekali,majority pelajar perempuan sangat bersetuju dengan tajuk kajian

    dengan nisbah 9:15 dengan pelajar lelaki.Jadi secara kesimpulannya,boleh dikatakan

    bahawa pelajar perempuan lebih suka menggunakan komputer peribadi kearah

    melayari laman web sosial berbanding dengan pelajar lelaki.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    44/46

    Rumusan Dapatan Kajian.

    Berdasarkan dapatan kajian tinjauan yang dilakukan, kami mendapati kami

    mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih ipg kampus perlis mempunyai tahap

    kemahiran komputer pada tahap sederhana mahir dengan peratus sebanyak 80 %daripada 60 jumlah responden pada keseluruhanya dan ini menunjukkan tahap

    kemahiran berkomputer dalam kalangan pelajar ipg kampus perlis tidak berada pada

    tahap yang membimbangkan. Selain itu kami mendapati tahap pengunaan komputer

    peribadi dalam sejam purata dalam 13 hingga 16 jam sehari.

    Seterusnya, melalui soalan ujikaji yang pertama mengikut peratusan yang

    diperolehi melalui 60 responden yang diambil menunjukkan masyarakat ipg perlis tidak

    bersetuju bahawa Penggunaan komputer peribadi terhadap permainan video. Di mana

    sebanyak 27 responden yang tidak bersetuju. Hal ini menunjukan bahawa hampir

    separuh masyarakat ipg kampus perlis tidak bersetuju terhadap soalan ujikaji ini.

    Manakala soalan ujikaji kedua pula kami mendapati bahawa kebanyakan daripada

    pelajar mengatakan bahawa mereka setuju bahawa komputer peribadi saya lebih di

    gunakan kearah interaktif. Ini disebabkan data menunjukkan bahawa seramai 21

    responden lelaki dan 22 responden perempuan membuat keputusan untuk menanda

    pada petak setuju.

    Manakala soalan tinjauan ketiga pula menujukkan Berdasarkan tinjauan yang

    telah dilakukan, iaitu komputer saya lebih digunakan untuk mendengar lagu,keputusan

    mendapati bahawa kebanyakan responden (15 lelaki dan 17 perempuan) menanda

    pada petak setuju yang menunjukkan bahawa mereka lebih menggunakan komputer

    untuk mendengar lagu. Kemudian soalan ujikaji keempat pula menujukkan rata-rata

    pelajar yang bersetuju dengan kenyataan komputer peribadi lebih digunakan untuk

    menonton video adalah lebih tinggi dengan pelajar yang kurang setuju.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    45/46

    Seterusnya ialah soalan ujikaji ke lima dan enam kebanyakan guru pelatih

    menujukkan bilangan responden bersetuju dengan soalan ujikaji. Di mana soalan

    komputer peribadi lebih digunakan untuk tujuan melakukan kerja dengan jumlah

    kesemuanya ialah 19 orang iaitu sebanyak 31.7% dan jumlah responden yang

    bersetuju terhadap soalan kelima sebanyak 29 orang. Soalan ujikaji yang terakhir sekali

    iaitu pengunaan komputer lebih terarah kepada laman social dipelopori oleh golongan

    wanita dalam kalangan pelajar ipg kampus perlis.

    Secara kesimpulanya. Kita dapat lihat bahawa tahap pengunaan komputer

    peribadi dalam kalangan masyarakat ipg kampus perlis berada pada tahap positif

    kerana kebanyakan pelajar mengunakan komputer peribadi mereka kearah perkara

    yang bermanafaat.

  • 8/4/2019 MATEMATIK ASAS

    46/46