masrinah binti maslih - fp.utm.my · pdf fileke agama hindu dan menukar nama kepada risha a/p...

14
PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD) MASRINAH BINTI MASLIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongnhu

Post on 07-Mar-2018

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP

ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD)

MASRINAH BINTI MASLIH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ……………………………………… Nama Penyelia : P.M AMINUDDIN RUSKAM AL-DAWAMY Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

i

PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP

ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD)

MASRINAH BINTI MASLIH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Nama Penulis : MASRINAH BINTI MASLIH Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan Rasulullah yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulilah syukur

ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya kajian ini dapat disiapkan

walaupun sekali-sekala bertemu rintangan dan cabaran.

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Profesor Madya

Aminuddin Ruskam selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,

mendorong dan memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan

Projek Sarjana muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah-pensyarah Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang tidak jemu memberi dorongan dan

sokongan dalam perjuangan menuntut ilmu. Tidak lupa buat rakan-rakan

seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha ini akan mendapat

keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat daripada kajian

ini kepada semua pembaca.

Page 6: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap

isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14

kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan

seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara

kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai

instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of

Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.864. Min

untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama

ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor

dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala

pengetahuan terhadap faktor-faktor luaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti

kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian

menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan

juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah

menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi.

Page 7: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

vi

ABSTRACT

This study was carried out to assess the perceptions of the muslim students of Faculty of

Education, University Technology Malaysia toward the issue of religion conversion. The

population of the study counts 439 students from 14 different courses. The sampling was

done at random and 135 student were chosen as respondents. This study follows by

quantitative method using questionnaire which consists of 40 items as instrument. The

descriptive statistical analyses were used to obtain the frequency value, percentage and

mean. The data were analyzed using the statistical package of social sciences (SPSS)

software. The reliability value this questionnaire was α =0.864. The mean to study the

students’ awareness on the conversion issue is 4.54. Next, the mean to know the students

knowledge for the internel contributing factors of the conversion is 4.19. While, the

mean to know the students knowledge for the external contributing factors of the

conversion is 4.09. Finally, the mean to identifying the students’ understanding on the

effects of the conversion is 4.24. Result of this study show that respondent were

concerned about the increment in apostate cases. There are also several suggestions to

overcome this conversion issue, and the most important one is the parents should give

their children a proper Islamic (educations) eversince childhood.

Page 8: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Antara rahmatnya ialah Islam menganjurkan konsep kebebasan beragama. Ini

bermakna setiap individu di dunia ini bebas memilih agama yang diyakininya,

walaupun Islam sahaja adalah agama yang benar. Islam sama sekali tidak

memaksa sesiapa supaya menganutinya (Arieff Salleh Rosman, 2001:1). Namun

demikian, sekiranya seseorang itu telah menerima Islam, maka dia diwajibkan

agar melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Islam terhadap

penganutnya. Seseorang Muslim juga dilarang keras keluar daripada Islam

(murtad) dan hukuman yang wajib dikenakan kepada orang murtad adalah hukum

bunuh sekiranya sahih kemurtadannya. Walaupun telah jelas di dalam Islam

menukar agama merupakan satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah, namun

demikian masih ada permohonan untuk menukar agama sehinggakan ia telah

menjadi satu isu yang menimbulkan keresahan yang menakutkan kepada umat

Islam kerana mampu menggugat keamanan negara. Justeru , jika masalah ini tidak

dibendung dikhuatiri rahmat yang dibawa oleh Islam tidak dapat lagi dikecapi oleh

umatnya kerana salah satu maqasid syar’iyyah yang perlu dijaga semakin tergugat

disebabkan oleh pelbagai faktor.

Page 9: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu penukaran agama (murtad) bukanlah sesuatu yang baru dalam

masyarakat kita, sebaliknya telah lama berlaku. Cuma sejak akhir-akhir ini

masalah tersebut mengundang perhatian ramai kerana diwar-warkan oleh media.

Malahan bagi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), gejala

murtad bukan suatu perkara asing kerana pernah mengendalikan puluhan kes

murtad khususnya yang membabitkan anak muda melayu (Masridzi Sat, 2006:27).

Tambahan pula, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, institusi

kehakiman tidak pernah sunyi daripada tuntutan-tuntutan untuk menukar pegangan

agama Islam kepada agama-agama lain. Di dalam rekod perundangan Malaysia

tercatat kes-kes seperti Daud Mamat, Jamaluddin Othman, Kamariah Ali, Dhalip

Kaur, Soon Singh, Aishah Bukhari, Mohamad Said Nabi dan ramai lagi yang

menunjukkan kepada kita betapa seriusnya gejala murtad ini

(http://www.Malaysiakini). Selain kes-kes tersebut, berikut adalah contoh kes-kes

lain di mahkamah yang melibatkan individu-individu yang memilih untuk keluar

daripada agama Islam berdasarkan sumber daripada Pusat Penyelidikan Parti Islam

se-Malaysia:-

Kes Hartinah binti Kamarudin (No KP 740315-08-58240) bertukar ke

agama Hindu dan menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan telah

berkahwin dengan Rajeswaran a/l Jeyaraman di Malaysia Hindu Sangan, Wilayah

Persekutuan pada 24 haribulan Mac 1996.

Kes Siti Mariam binti Mohamed Ismail, seorang wanita yang bertudung

labuh (No KP 750307-06-5048) telah bertukar ke agama Hindu melalui surat

akuan bersumpah bertarikh 14 haribulan Oktober 1997 dan menukar namanya

kepada M.Tarini dan telah berkahwin dengan Kalaicheleven a/l Alagapan di

Malaysia Hindu Sangan,Wilayah Persekutuan pada 15 haribulan Februari 1999.

Page 10: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

3

Kes Siti Salmiah binti Abdullah Halim (No kes R1-24-10-98) yang telah

bertukar ke agama kristian dan bertukar nama kepada Catherine Josephine melalui

perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato’ K.C Vohrah pada 9 haribulan

November 1998.

Kes Hajee Ismail bin Suppiah@Salim (No kes R1-24-31-95) yang telah

bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Ganesan a/l Suppiah melalui

perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato (sekarang Tan Sri) Ahmad Fairuz bin

Dato Sheikh Abdul Halim pada 26 haribulan September 1995.

Kes Fadzillah binti Mustafa (No Kes MT2-21-108-89) yang telah bertukar

ke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah

Mahkamah oleh Yang Arif Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Ahmad pada 18

haribulan November 1998.

Kes Othman Narasiman bin Abdullah (No Kes MT4-21-109-98) yang telah

bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Narasiman a/l Kaveri melalui

perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato’ Chin Fook Yen pada 7 haribulan

Disember 1998.

Kes Habibamma binti Abdul Jabar (No Kes R1-24-11-98) yang telah

bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Habimai Rao melalui

perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato K.C Vohrah pada 9 haribulan September

1998 (Pusat Penyelidikan PAS, 2007:2-3).

Apa yang sangat menyedihkan lagi, permohonan untuk menukar agama

telah menular kepada keberanian memohon menggugurkan perkataan Islam dalam

MyKad melalui muka pengadilan, sepertimana dalam kes Lina Joy. Beliau adalah

berketurunan Melayu dan nama Islamnya ialah Azlina Jalani. Kes Lina Joy ini

Page 11: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

4

mencerminkan ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat dan pemerintah

kita (Abdul Aziz Bari, 2006:26).

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi kes penukaran agama bertambah dari

masa ke semasa di negara kita. Menurut Abdul Aziz Bari (2005:122) sejak akhir-

akhir ini kes-kes murtad dikatakan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang

menyatakan bahawa sehingga 1999 ada sebanyak 5000 deed poll, afidavit, notis

dan iklan mengisytiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam. Oleh itu, tidak

hairanlah apabila Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Haji Harussani Haji

Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam yang murtad di

negara kita. Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang Islam Melayu

yang telah mengisytiharkan diri mereka masuk kristian (Pusat Penyelidikan PAS,

2007:1).

Menurut Abdul Aziz Bari (2006:26) kenyataan yang dibuat oleh Mufti

Perak, Dato Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia

yang sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan.

Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak perlu menjadi punca

perbalahan, kerana yang pastinya masalah orang murtad sudah semakin

membarah.

Selain itu, sama ada disedari atau tanpa disedari faktor-faktor yang

menyumbang ke arah isu ini semakin berkembang dengan subur dan meluasnya di

negara kita. Walaupun Islam tidak pernah memaksa seseorang untuk masuk ke

dalamnya, namun demikian Islam tidak membenarkan agamanya menjadi mainan

yang mana seseorang bebas untuk masuk ke dalamnya pada hari ini dan keluar

darinya besok hari (Yusuf Qardhawi, 2000:51).

Dalam konteks perundangan Islam, akidah adalah asas kepada kesetiaan

seseorang yang mempunyai refleksi kepada masyarakat dan negara. Akidah

Page 12: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

5

mencerminkan kesetiaan dan ketaatannya kepada negara dan pimpinan. Lantaran

itu, tidak keterlaluan kalau perundangan Islam menetapkan hukuman mati ke atas

mereka yang murtad kerana orang yang sedemikian telah mengkhianati akidah dan

negaranya (Mohd Daud Bakar,1995:12). Malahan menurut Ikbal Salam (2007,

13) ada baiknya mereka yang murtad ini tidak terus disimpan menjadi virus di

dalam agama.

Justeru, jika masalah ini tidak dibendung secara serius, tidak ada ketelusan

di pihak yang berwajib untuk mengawal gejala ini, malahan sanggup pula

mempertikai kenyataan ulama tanpa memberikan statistik sebenar, maka umat

Islam di negara ini bakal merasa kesannya kerana mempertahankan dan menjamin

kesucian akidah samalah seperti menjamin dan menjaga keselamatan dan

kesejahteraan masyarakat. Bahaya yang paling besar dalam masyarakat Islam

ialah apabila diuji dengan tersebarnya gejala murtad di dalam masyarakat namun

tiada sesiapa yang mampu menghadapinya serta melawannya. Ia adalah

sepertimana yang diungkapkan oleh seorang ulama tentang murtad dengan katanya

“Riddah Wa La Abu Bakar Laha” (kemurtadan dalam keadaan tiada individu

seumpama Abu Bakar yang membenteraskannya)(Yusuf Qardhawi, 2000:45).

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah penukaran agama yang semakin berleluasa kini, sewajarnya

mendapat perhatian daripada semua pihak. Namun demikian, pertambahan kes

murtad dari masa ke semasa sebagaimana yang digambarkan pada bahagian latar

belakang masalah, seolah-olah mencerminkan ketidakprihatinan pelbagai pihak

terhadap isu ini. Malahan institusi pengajian tinggi (IPT) yang diharapkan dapat

melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga

mempunyai jati diri yang tinggi turut dicatatkan terlibat dalam kes ini. Harian

Metro bertarikh 20 Mei 2007 misalnya, menceritakan tujuh penuntut IPT murtad

Page 13: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

6

dalam tempoh dua tahun. Apa yang pastinya cerita murtad di IPT bukanlah satu

cerita yang baru.

Oleh itu, kajian ini adalah perlu bagi mengkaji sejauhmana kepekaan atau

sensitiviti pelajar sebagai satu anggota masyarakat yang penting terhadap isu

penukaran agama ini, di samping pengetahuan mereka terhadap faktor-faktor yang

menyumbang kepada berleluasanya isu ini serta kefahaman mereka terhadap kesan

penukaran agama terhadap diri individu yang terbabit dalam masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengkaji sejauhmana tahap kepekaan pelajar terhadap isu penukaran

agama (murtad).

1.4.2 Mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang

mendorong kepada penukaran agama (murtad).

1.4.3 Mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor luaran yang

mendorong kepada penukaran agama (murtad).

1.4.4 Mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap kesan

daripada penukaran agama (murtad).

Page 14: MASRINAH BINTI MASLIH - fp.utm.my · PDF fileke agama Hindu dan menukar nama kepada Risha a/p Lingam melalui perintah ... Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 000 umat Islam

7

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat mencetuskan

jawapan kepada beberapa persoalan seperti yang disenaraikan:

1.5.1 Adakah pelajar peka terhadap isu penukaran agama (murtad)?

1.5.2 Adakah pelajar mengetahui faktor-faktor dalaman yang

mendorong kepada penukaran agama (murtad)?

1.5.3 Adakah pelajar mengetahui faktor-faktor luaran yang

mendorong kepada penukaran agama (murtad)?

1.5.4 Adakah pelajar memahami kesan yang timbul daripada perbuatan

menukar agama (murtad)?