masaalah sistem brek dan cara mengatasi

8
MASAALAH SISTEM BREK DAN CARA MENGATASI Rajah 10 (a) : Saluran aliran brek Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal. Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki pemandu. Antara kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

Upload: mohd-ikbal

Post on 21-Jul-2015

49 views

Category:

Automotive


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

MASAALAH SISTEM BREK DAN CARA

MENGATASI

Rajah 10 (a) : Saluran aliran brek

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk

memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila

diperlukan. Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting

bagi setiap pemandu untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan

pembrekkan memainkan peranan penting dalam pemanduan kenderaan bermotor.

Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan masa

kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun

kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik

kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.

Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi.

Bagi brek hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek

gelendong. Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong

dipasang pada roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa

geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada

terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku,

yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki

pemandu. Antara kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

Page 2: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

10.4 Brek mencengkam.

10.5 Brek menyeret.

10.6 Brek mampung.

10.7 Brek tangan tidak berfungsi.

10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

Rajah 10.1 : Master pump

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding

silinder, pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam

induk brek. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam

induk brek. Periksa dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat getah,

dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan

pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujusan ‘bleeding’ semasa

enjin dihidupkan.

Page 3: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada

silinder roda yang rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat

yang

rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda

yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak).

Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuskan

sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang

terdekat dengan pam induk brek.

Page 4: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.

Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama

kerana setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan.

Setiap kali injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek

atau cakera brek. Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis.

Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong.

Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya.

Ganti keratan lapik pad brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara

terkandung dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin

dan tebal. Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan

yang licin, kemudiannya pasangkan semula.

Rajah 10.2 (a) : Brake disk

Page 5: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

Rajah 10.2 (b) : Cara brek beroperasi

10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.

Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda

tergelincir dan tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku,

cara mengatasinya adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda

berkenaan, dan memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat

getah atau penutup habuk jika perlu.

Page 6: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

10.4 Brek mencengkam.

Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.

Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan

servis ke atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek,

gantikan dengan alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau

patah.

Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan

gantikan komponen-komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan

jelas dilihat dengan mata kasar.

10.5 Brek menyeret.

Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang,

pegas kasut patah.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan

gantikan komponen-komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan

jelas dilihat dengan mata kasar.

Page 7: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

Omboh melekat di dalam silinder.

Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan

teruk, dan kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya

untuk menekan pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat

kerja baik pulih terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah,

servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek pada

silinder, bekas dan penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi minyak

dan lakukan penjujusan.

10.6 Brek mampung

Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.

Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau

kebocoran pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu.

Sebelum memasang semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara

berlebihan

dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan

pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

Page 8: Masaalah sistem brek dan cara mengatasi

10.7 Brek tangan tidak berfungsi.

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu

panjang yang menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan

sesuai dengan atau sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan

panjangnya akan memberi masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan.

Letakkan kenderaan diatas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya

dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu

tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 5 bunyi ‘klik’ kedengaran. Hidupkan

enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik

brek tangan. Kereta akan terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika

sebaliknya laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-

- Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.

- Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.

- Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak

brek.

SUMBER:http://4fast4furious.tripod.com/sistem_brek.htm