markah penuh kertas 2 ialah 110 markah - sumber...

23
SULIT 1103/2 SMK SUNGAI MANIK 36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Peraturan Pemarkahan Ogos 2016 [Lihat halaman sebelah 1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

SMK SUNGAI MANIK36000 TELUK INTAN, PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPMBahasa Melayu

Kertas 2Peraturan Pemarkahan

Ogos 2016

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

Page 2: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

(a) Isi - 20 markah(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas- perkataan berulang- penggunaan kata depan di dan ke- tarikh- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 1216

(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv)Penutup/Kesimpulan 2

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

2

Page 3: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

Jumlah Markah 20

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan langkah/cara/kaedah/strategi/tindakan melahirkan pengguna yang bijak / dalam kalangan rakyat Malaysia / di Malaysia. 2

Petikan membincangkan langkah/cara/kaedah/strategi/tindakan melahirkan pengguna yang bijak / dalam kalangan rakyat Malaysia / di Malaysia dan kepentingan-kepentingan “Kempen Pengguna Bijak” kepada pengguna. 2

Rumusan ini membincangkan langkah/cara/kaedah/strategi/tindakan melahirkan pengguna yang bijak / dalam kalangan rakyat Malaysia / di Malaysia dan sebab-sebab penipuan dilakukan oleh peniaga. 2

Petikan membincangkan langkah/cara/kaedah/strategi/tindakan melahirkan pengguna yang bijak. 1

Isi Tersurat (Usaha-usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak )1. Rakyat perlu dilengkapi dengan ilmu kepenggunaan. 2

2. Pihak media massa harus lebih kerap menyiarkan iklan atau rencana tentang hak pengguna. 2

3. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengadakan “Kempen Pengguna Bijak” 2

4. Pihak NGO perlu mengadakan aktiviti ceramah, pameran, dan forum untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan pengguna. 2

5. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah tentang ilmu kepenggunaan. 2

6. Semua sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pengguna untuk mendidik murid-murid tentang peranan mereka sebagai pengguna. 2

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

3

Page 4: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

7. Pengguna perlu dididik supaya sentiasa membandingkan harga di premis-premis yang berbeza sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan. 2

8. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak agar dapat membezakan antara membeli barangan keperluan dengan kehendak. 2

9. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya menyediakan belanjawan dan senarai barangan yang hendak dibeli sebelum membeli-belah di pasar raya atau di kedai runcit. 2

Isi Tersirat (sebab-sebab penipuan dilakukan oleh peniaga)

1. Peniaga ingin mengaut keuntungan yang banyak. 2

2. Peniaga tidak mempunyai sifat kemanusiaan / belas kasihan terhadap pembeli.

2

3. Peniaga tidak mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab mereka. 2

4. Peniaga tidak takut akan undang-undang yang ada. 2

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah. 2

6. Kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa. 2

KesimpulanKesimpulannya, pengguna harus bijak dalam memainkan peranan supaya/agar mereka tidak terpedaya dengan peniaga yang bersikap rakus. 2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi

MarkahBahasa

Huraian Bahasa

Baik 18 - 2015 - 17

09 - 1007 - 09

- Kesinambungan isi baik- Struktur ayat/tatabahasa baik- Kosa kata luas- Tanda baca/ejaan betul

- Kesinambungan isi masih baik[Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

4

Page 5: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

Sederhana 12 - 1408 -11

06 - 0704 - 06

- Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan- Kosa kata masih memuaskan- Tanda baca/ejaan juga memuaskan

Lemah 01 - 07 01 - 04 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/ tidak memuaskan

Nota(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat

walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah Bahasa, Maksimum: 10 markah]

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2 (a) : 9 markahSoalan 2 (b) : 9 markahSoalan 2 (c) : 8 markahSoalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2 (a) hingga 2 (d)1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh

(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 2- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1- Jawapan tidak tepat / salah 0

2. Soalan 3 markah:DESKRIPSI MARKAH

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

5

Page 6: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan dan ayat tidak gramatis 0

3. Soalan 4 markah:DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2- Isi kurang lengkap/ kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan dan ayat tidak gramatis 0

Soalan 2(a) : Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata dangkal pengetahuan:

- tidak mempunyai ilmu yang mendalam / tidak luas atau tidak dalam 2

- cetek ilmu 2

- cetek pengetahuan 1

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kepentingan-kepentingan “Kempen Pengguna Bijak”:

P1- orang ramai dapat mengetahui hak mereka sebagai pengguna dengan lebih mendalam P2- orang ramai dapat mengetahui cara membuat aduan P3- orang ramai dapat mengetahui saluran yang betul untuk melaporkan sebarang penipuan yang dilakukan oleh peniaga P4- orang ramai juga dapat mengetahui cara-cara untuk menuntut pampasan sekiranya terbeli barangan yang tidak bermutu

[Maksimum 2

isi : 3 markah]

(iii) Perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum saya membeli makanan di dalam tin:

P1- tarikh luput makanan tersebut

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

6

Page 7: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

P2- kandungan zat dalam makanan tersebut P3- keadaan tin sama ada berada dalam keadaan yang sempurna atau pun telah

kemek P4- terdapat cap tanda halal bagi pengguna beragama Islam

[Maksimum : 4 markah]Hukum 1 : 3 isi tanpa huraian = 4 markah

Hukum 2 : Isi dan huraian = 2 markah Maksimum = 2 isi

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen

(i) Persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk:

P1- mereka sama-sama membela ayamP2- mereka sama-sama menggadai tanahP3- mereka bersama-sama berada bawah cengkaman orang berkuasa

[Maksimum 2 isi : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya:

P1- mengutamakan pembayaran hutang berbanding dengan keperluan lainP2- membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkanP3- berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh bayaranP4- mendapatkan khidmat nasihat agensi kewanganP5- meminta nasihat dan bantuan daripada ahli keluarga / rakan

[Maksimum 2 isi : 3 markah]

(iii) Latar masyarakat dalam petikan :

P1- Masyarakat yang dibebani hutang Contoh: Hakim menanggung hutang dengan pihak bank untuk membiayai kos reban ayamnya. 1 + 1

P2- Masyarakat yang ditindas Contoh: Hakim dan datuknya merupakan golongan yang ditindas oleh pihak yang berkuasa 1 + 1

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

7

Page 8: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

P3- Masyarakat yang menindas golongan yang lemahContoh: Pihak bank tetap menuntut hutang daripada Hakim walaupun hasil ternakan ayamnya tidak memuaskan. 1 + 1

[Maksimum 1 isi : 2 markah]

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen:

P1- Masyarakat yang suka membantu orang lain / setia kawan Contoh: Azam, kawan Hakim yang merupakan seorang peguam berusaha untuk

membantunya menuntut hak datuknya di mahkamah. 1 + 1

P2- Masyarakat yang suka mempersendakan nasib orang Contoh: Pak Kaduk menjadi bahan ejekan masyarakat kerana kebodohannya. 1 + 1.

P3- Masyarakat yang gigih berusaha Contoh : Hakim telah berusaha mendapatkan pinjaman bank dan akhirnya

berjaya. 1 + 1

P4- Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluargaContoh: Hakim berasa bertanggungjawab untuk menuntut hak datuknya di mahkamah. 1 + 1

P4- Masyarakat yang terpelajarContoh: Azam dan Hakim mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti. 1 + 1

[Maksimum 1 isi : 2 markah]

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat:

- Tuan Sidi Arab benar-benar mulia/hebat/warak /soleh/suci 2

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Caranya:

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

8

Page 9: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

P1- Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah P2- Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke arah benua Siam P3- Tuan Sidi Arab menarik panahnya

P4- Tuan Sidi Arab berkata, “Mati engkau,Cau Pandan”

[Maksimum 2 isi : 3 markah]

(iii) Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara:

P1- mampu merancang strategi pertahanan P2- mengemaskinikan sistem persenjataan P3- menaik taraf sistem radar keselamatan

P4- menggerakkan operasi ketenteraan P5-melatih anggota menggunakan kaedah / teknologi moden

[Maksimum 2 isi : 3 markah]

Soalan 2 (d) : Puisi Tradisional

(i) Cara-cara istana raja dapat dibina:

P1- baginda menitahkan orang besar empat membina istanaP2- orang besar empat memanggil pawang rajaP3- pawang raja memanggil 40 orang tukang dan utasP4- 40 orang tukang bekerja siang dan malam

[Maksimum 2 isi : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha yang dapat dilakukan:

P1- mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan P2- melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihatP3- kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan

[Maksimum 2 isi : 3 markah]

(iii) Dua nilai :

P1- Nilai ketaatan / kesetiaan - Contohnya, orang besar berempat menjunjung titah [Lihat halaman sebelah

1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

9

Page 10: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi paritdan tembok.1+1

P2- Nilai kerajinan / kegigihan - empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin / gigih untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.

1+1

P3- Nilai kerjasama - empat puluh empat tukang yang mahir bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja. 1+1 P4- Nilai tanggungjawab - empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana. 1+1

P5- Nilai kebijaksanaan - raja menitahkan orang besar berempat untuk membina danmenyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk tujuan keselamatan. 1+1

P6- Nilai kasih sayang - raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh. 1+1

[Maksimum 2 isi : 4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran BahasaMarkah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada

keseluruhan soalan.3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat.

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

10

Page 11: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah .

Jawapan 3(a)

(i) beli: 1. memperoleh barang dengan membayar (harganya)2. mencapai (memperoleh) sesuatu dengan usaha yang keras (dengan

pengorbanan)

(ii) belian: benda yang sudah dibeli

(iii) pembelian: perihal (perbuatan) membeli

(iv) didik: pelihara, jaga (dengan hati-hati), ajar

(v) didikan: 1. kaedah mendidik 2. yang dididik

(vi) pendidikan: 1. perihal mendidik2. didikan, latihan, ajaran

[Maksimum : 6 markah]Jawapan 3(b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

(i) Punca kebakaran kilang perabot itu masih disiasat oleh pihak polis.

(ii) Kerja-kerja itu tidak dapat saya selesaikan dalam tempoh waktu yang amat singkat.

(iii) Anak-anak mereka perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhani krunik kronik diwajib diwajibkanii losyen losen melembap pelembap

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

11

Page 12: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

iii suaikenal suai kenal sesuaikan menyesuaikan

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(d) Membetulkan kesalahan penggunaan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.

Kesalahan bahasa Kesalahan Istilah/katai paling popular sekali paling popular / popular

sekaligemersik merdu

ii Kesemua petugas-petugas

Kesemua petugas / Petugas-petugas

mendaftarkan melaporkan

iii Abu Bakar pandu dipandu oleh Abu Bakar pusingan selekoh

[Maksimum : 6 markah]

3(e) Peribahasa (menyatakan peribahasa berdasarkan maksud)

(i) kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya / jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya

(ii) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

(iii) bagai belut pulang ke lumpur / bagai ikan pulang ke lubuk / bagai gagak pulang ke benua / setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

[Maksimum : 6 markah]

Soalan 4 : NovelMarkah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan nilai tanggungjawab. iv) Beri 1 markah bagi setiap huraian yang jelas dan lengkap. v) Markah isi maksimum 4 markah. vi) Markah bahasa maksimum ialah 3 markah. vii) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 3 markahSederhana : 2 markahLemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

12

Page 13: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

ix) Calon tidak menjawab 0 markah.[Maksimum : 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.iii) Beri 1 markah untuk pernyataan kepincangan masyarakat bagi setiap

novel.iv) Beri 2 markah untuk setiap huraian peristiwa /contoh yang

lengkap/jelas bagi setiap novel. v) Markah isi maksimum 6 markah. (maksimum 3 markah bagi setiap novel)vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.

vii) Markah bahasa diberi secara impressionBaik : 2 markahLemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa . ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum : 8 markah]

Soalan 4 (a) – Dua contoh nilai tanggungjawab

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas1.Nilai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.Contohnya, Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.

1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.

2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan untuk ibu bapa.Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin mendapatkan rawatan yang lebih

2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar.Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap tugasnya

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

13

Page 14: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

baik untuk bapanya. sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.

3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq dan Haziq bersembunyi.

3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya.Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di Hospital Bahagia.

4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang dalam kesusahan.Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.

Soalan 4 (b) – Satu peristiwa menggambarkan kepincangan masyarakat

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas1. Masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lain.Contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.

1. Masyarakat yang memandang serong tentang kemiskinan orang lain.Contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.

2. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial.

2. Masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir.

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

14

Page 15: Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah - Sumber …sumberpendidikan.com/wp-content/uploads/2017/10/Skema-B… · Web view36000 TELUK INTAN, PERAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Bahasa

SULIT 1103/2

Contohnya, Rafiq dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.

3.Masyarakat yang tidak melaksanakan amanah terhadap keluarganya.Contohnya, Seman, suami Che Jah suka berjudi, menipu, minum arak, dan memukul anak-anaknya. Dia tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

3. Masyarakat yang tamak.Contohnya, Nek Kiah bercadang untuk menjual tanah yang didiami Dahlia dan keluarganya kerana tamak.

4. Masyarakat yang bercanggah pendapat. Contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.

4. Masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial.Contohnya, Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.

5. Masyarakat yang mempunyai hasad dengki. Contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan keluarga mereka.

6. Masyarakat yang suka menghina. Contohnya, Aton suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah1103/2 (PP) © Hak Cipta Panitia BM SMKSM 2016 SULIT

15