manusia dan kecerdasan

Upload: lufi-fa

Post on 06-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

art

TRANSCRIPT

  • MANUSIA DAN KECERDASANTEORI PELBAGAI KEPINTARAN/KECERDASAN

  • Pembahagian otak manusiaOTAK KIRI bahasaformulamatematiklogiknomborurutanlinearanalisisOTAK KANANBentuk dan corakRuangIramaApresiasi muzikImej/gambarimaginasidimensi

  • Apabila disebut otak, kita akan terus memikirkan tentang pemikiran. Pemikiran juga mempunyai kecerdasan atau kelajuan, maka kecerdasan adalah kelajuan otak melakukan proses berfikir. Maka dewasa ini ahli psikologi menyatakan manusia bukan lagi mempunyai kecerdasan yang tekal, kecerdasan seiring dengan kematangan usia dan kecerdasan juga mempunyai kaitan dengan jantina.

  • Dr. Roger Sperry (1961) menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza bergantung kepada dua faktor yang disebut terdahulu. Kecerdasan manusia dikatakan berkembang seiring dengan tahap penggunaanya. Terdapat pelbagai definisi kecerdasan antaranya :

  • Kecerdasan merujuk kepada kebolehan semasa yang dipunyai oleh individu, kebolehan ini bileh dikenalpasti melalui ujian kecerdasan tertentu, merujuk kepada cara berhujah, menyelesaikan masalah dan komunikasi seseorang. Kecerdasan juga ditakrif sebagai potensi prestasi, potensi keupayaan tidak dapat dilihat secara langsung, kecerdasan dikaitkan dengan sifat terpendam atau konsep berhipotesisan. Kecerdasan juga dikaitkan dengan tahap perkembangan, merujuk kepada kecepatan seseorang memasuki suatu peringkat perkembangan kognitif.

  • Sternberg (1981) menyatakan kecerdasan konsep yang membabitkan potensi kognitif, daya motivasi, keadaan sosial, dan konteks budaya bagi mencapai prestasi cemerlang dalam satu atau lebih bidang kehidupan manusia seperti bidang pendidikan, ekonomi, kesenian, perniagaan, perindustrian dan politik. Konsep pintar cerdas mempunyai pelbagai komponen. Gardner(1983) menjuruskan kecerdasan membabitkan berbagai-bagai bentuk atau kebolehan yang dimiliki oleh individu berbeza dengan individu yang lain.

  • Tulisan Scheifele(1956), Rice (1970), Reynolds dan Birch(1977) dan Bloom(1982) dalam Nik Aziz Nik Pa (1999) menyimpulkan sifat individu cerdas seperti berikut:mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui sesuatumempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menyelesaikan masalah yang kompleksmempunyai bidang minat yang meluas dan mendalammempunyai keupayaan yang tinggi untuk membuat generalisasimenunjukkan kebolehan berbahasa yang tinggi

  • mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti hubungan antara sesuatumempunyai kebolehan untuk menjalankan kerja secara bersendirian dengan berkesanmenunjukkan kemahiran yang tinggi dalam bacaanmenunjukkan minat terhadap perkara-perkara yang bersifat futuristikmempunyai daya persepsi yang tinggimendapat kepuasan daripada aktiviti yang banyak menggunakan daya intelek

  • menunjukkan keupayaan untuk memberi perhatian yang lama kepada aktiviti yang berkait dengan bidang akademik yang khususmenunjukkan penguasaan yang tinggi dalam kemahiran asasmempunyai motivasi yang tinggi terhadap aktiviti dalam bidang akademik yang khususmenunjukkan kebolehan untuk melahirkan idea yang pelbagai dalam konteks yang berbezamenunjukkan kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah

  • Gardner(1983) menerusi kajian yang dilaksanakan dalam tahun 19-80an, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai satu himpunan bakat,kecekapan kognitif atau kemahiran mental yang sama yang dikenali sebagai kecerdasan dan semua orang boleh menggunakan kebolehan tersebut secara produktif.

  • Howard Gardner(1983) menyatakan an intelligence ia the ability to solve problem or to create products, that are valued within one or more cultural settings. Gardner menggariskan lima sebab utama menyokong kajiannya iaitu 1. Semua manusia mempunyai semua sembilan kecerdasan, hanya yang mana lebih ditonjolkan. 2. Setiap manusia mempunyai komposisi kecerdasan yang berbeza-beza. 3. pendidikan boleh diperbaiki dengan menggunakan teori ini 4. kecerdasan ini terletak di tempat yang berbeza di dalam sistem otak manusia tetapi ianya boleh bertindak secara bersendiri atau bergabung. 5. Kecerdasan turut dipengaruhi oleh persekitaran hidup manusia.

  • VERBAL / LINGUISTICseseorang yang cenderung dalam berfikir menggunakan penyampaian dalam bentuk lisan atau penulisan serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakinkan orang lainKELEBIHAN MEREKA YANGMEMILIKI KECERDASAN VERBALMembaca Perbendaharaan kataPertuturan Penulisan Journal/Diary Penulisan kreatif PuisiPerdebatan, perbahasan Perbincangan Imprompto Humor Pencerita yang baik

  • BODY / KINESTHETICkecerdasan menggunakan keseluruhan atau sebahagian anggota tubuh badan untuk berkomunikasi atau berfikir. Cekap menginterpretasi pergerakaan tubuh dan anddota. Juga cekap memipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental

    Tarian kreatif Role Playing Pergerakan fizikal Drama Seni mempertahan diri bahasa badan Senaman fizikal Mime Inventing Sports Games

  • MUSICAL / RHYTHMICkecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik dan irama yang terdapat di persekitaran.

    Gubahan irama keunikan suara mengubah lagu/irama Gerakan asas Humming Suara alam Suara instrumental menyanyi memahami paten irama kelebihan mengendali alat muzik

  • LOGICAL / MATHEMATICAL kecerdasan yang dominant di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik secara mudah Symbol abstrak/formula garisan mengorganisasi nombor dan urutan membuat kod-kod matematik melihat hubung kait sebab dan akibat penyelesaian masalah rumusan matematik membuat pengiraan spontan suka bermain dengan nombor

  • VISUAL / SPATIALkecenderungan untuk memebuat persepsi terhadap alam sekitar dengan tepat.. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi.

    Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan sesuatu dan membuat hubung kait antara objek dan ruang, membolehkannya mempersembah idea visual dan ruang secara grafik, hasil karya dua dimensi atau 3 dimensiImiginasi terarah pergerakan aktif memahami warna bentuk rekabentuk design mampu melukis dengan baik kemahiran menggunakan bahan

  • NATURALISTseorang pencinta alam yang dapt mengenali dan mengklasifikasi flora, galian dan fauna. Banya menghabiskan masa di luar terutama meneroka khazanah alam. Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan yang terdapat dalam alam adakala mempunyai sifat ingin tahu alam yang tinggiPencinta alam, melihat alam sebagai suatu sumber yang mempunyai nilai yang tinggi gemar melakukan aktiviti yang berkait dengan alam

  • INTRAPERSONALdapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan diri. Prinsip menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang tinggi. Mampu berdikariBersifat sendiri(introvert)Suka bekerja sendiranMempunyai cara berfikir yang abstrak. Tahu menggunakan kelebihan diriPenuh daya usaha Mampu membuat penumpuan dan mencerakin dengan baik Mempunyai high-order reasoning Bergerak secara individu

  • INTERPERSONAL- mempunyai kelebihan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat oeang lain.dapat berinteraksi dengan mudah dan dapat bekerjasama dengansemua orang secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain dan layak menjadi pemimpin yang berkebolehan Memberi kerjasama sepenuhnya Mempunyai kemahiran berinteraksi mempunyai rasa bertimbang rasa pelbagai cara mendekati orang lain Mempunyai kelebihan bercakap Sesuai dengan bentuk pembelajaran kooperatif, dan bijak mengendalikan suasana yang diberi praktikal

  • SPIRITUAL mempunyai kebolehan menginterpretasi perkara-perkara yang berbentuk mistik, sukar dipercayai dan mempunyai daya intuitif dalaman. Mampu melihat sesuatu dari dimensi dalaman.Sensitif Lebih pendiam Banyak mendiamkan diriMelihat sesuatu dari perspektif ilusi Gemar mengikuti cerita-cerita seram, mistik dan khayalan

  • Justeru kecerdasan berkait dengan kesungguhan berfikir. Seterusnya Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan menyelesaikan masalah yang dialami dalam kehidupan sebenar, keupayaan untuk melihat sesuatu yang baru dari pelbagai perspektif, dan keupayaan memikirkan sesuatu yang mempunyai nilai melingkungi budaya hidup.