manual tanaman pisang

Download Manual Tanaman Pisang

Post on 20-Jul-2015

795 views

Category:

Documents

166 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Pisang FA6.indd 1

25/11/2008 4:01:14 PM

NO.BK 27/06.08/10R ISBN 978-983-047-142-6 Cetakan Pertama 2008 Hak cipta Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia. Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Hortikultur (Seksyen Buahbuahan). Konsep persembahan, suntingan dan rekabentuk disediakan oleh Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian.

PISANGMusa spp.

Manual Tanaman

Perpustakaan Negara Malaysia Manual tanaman pisang Musa spp.

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Petunjuk Ke Arah Pengurusan Tanaman Pisang Yang Bermatlamatkan Kepada Peningkatan Hasil, Kualiti Yang Tinggi dan Keuntungan.

ISBN 978-983-047-142-6 1. BananaPlantingHandbooks, manuals, etc. 634.772

Jabatan Pertanian Malaysia 2008

Pisang FA6.indd 2-3

25/11/2008 4:01:15 PM

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

M1. 2. 3. 4. Pendahuluan Pengenalan Kesesuaian Tanah Bagi Tanaman Pisang Penyediaan Kawasan dan Pembangunan Infrastruktur Ladang 5. 6. 7. Penanaman Penjagaan Lampiran 1: Indeks Kematangan Pisang 8. Lampiran 2: Infrastruktur Ladang dan Saliran Bagi Tanaman Pisang 9. Lampiran 3: Perosak dan Penyakit Tanaman Pisang dan Syor Kawalan 38 37 36 12 16 1 2 5 8

anual Tanaman ini mengandungi maklumat ringkas tetapi praktikal mengenai amalan kerja harian dalam pengeluaran komoditi tanaman pisang. Amalan kerja harian ini disediakan dalam bentuk jadual dan perlu dipatuhi dan diikuti sebelum dan selepas menanam sehingga ke peringkat penuaian hasil. Manual ini penting sebagai panduan bagi memastikan prestasi tanaman yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki. Prestasi tanaman pula bergantung kepada perancangan dan amalan agronomi yang tersusun. Secara ringkasnya, manual ini menggariskan : Gerak kerja pengeluaran yang perlu dilaksanakan mengikut bulan; Bahan input yang diperlukan (jenis dan kadar); Standard kualiti atau indikator yang perlu dicapai bagi kerja yang bakal dilaksanakan; dan Tindakan atau kaedah perlaksanaan kerja. Manual ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan semakan aktiviti pengeluaran yang mudah digunakan oleh semua pegawai pengembangan dan pegawai penyelia projek-projek utama Jabatan Pertanian. Manual ini juga sesuai digunakan oleh usahawan tani bagi meningkatkan lagi produktiviti ladang mereka. Pengguna manual ini dinasihatkan supaya membaca bersama buku Pakej Teknologi Tanaman Pisang terbitan Jabatan Pertanian bagi mendapatkan maklumat menyeluruh aktiviti pengeluaran Tanaman Pisang berkenaan. Oleh kerana keadaan tanah, iklim, varieti dan corak pengurusan berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, garis panduan dalam manual ini boleh diubahsuai atau ditingkatkan mengikut pengalaman dan penemuan pegawai/ usahawan tani yang melaksanakan projek.

MANUAL TANAMAN PISANG

1

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 4-5

25/11/2008 4:01:15 PM

PENGENALAN

P

isang, Musa spp. tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan ialah daripada spesis M. accuminata Colla dan M. Balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia merupakan negara pengeluar pisang yang utama di Asia. Di Malaysia, kultivar Berangan, Mas dan Cavendish ditanam secara komersil untuk pasaran eksport dan tempatan manakala kultivar Raja, Rastali dan Nangka ditanam untuk pasaran tempatan. Penanaman pisang boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu dengan menggunakan sulur, teknik belahan (quartering) dan tisu didik. Penanaman yang mudah dan selalu digunakan adalah dengan menggunakan sulur. Penanaman dengan menggunakan anak benih tisu didik menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang seragam. Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish adalah seperti Jadual 1. Kultivar yang paling cepat mengeluarkan hasil adalah kultivar Mas manakala kultivar Berangan, Rastali dan Cavendish boleh mencapai peringkat buah matang 12-13 bulan selepas ditanam. Pengutipan hasil pisang boleh dilakukan berdasarkan indeks kematangan dan kaedah pemasaran seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Anggaran hasil tanaman pisang bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali, dan Cavendish adalah seperti di Jadual 2. Anggaran hasil ini boleh dicapai sekiranya jarak tanaman dan pengurusan perladangan yang diamalkan adalah seperti yang disyorkan pasaran. Penggredan pisang merupakan aktiviti lepas tuai yang penting bagi menentukan kualiti buah supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Bagi pasaran eksport telah diwujudkan standard kualiti mengikut kehendak pengguna-pengguna negara pengimport. Panduan penggredan bagi kultivar Berangan, Rastali dan Mas adalah seperti di Jadual 3. Selain itu, bilangan sisir setiap kotak, berat sesisir dan bilangan jejari sesisir juga diambil kira. Buah juga hendaklah bebas dari sebarang kecederaan, kecacatan, penyakit dan luntur warna.

Pisang yang telah sedia untuk dipasarkan biasanya dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat daripada Corrugated Fibre Board (CPB). Penyimpanan kotak-kotak tersebut memerlukan pengawalan suhu dan kelembapan supaya buah tidak hilang kesegarannya dalam tempoh penyimpanan. Suhu bilik yang optimum untuk beberapa kultivar ditunjukkan di Jadual 4. Jadual 1: Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar Umur Pokok Pisang Selepas Ditanam Keluar Jantung 1. Berangan 2. Mas 3. Rastali 4. Cavendish 9 bulan 6 bulan 9 bulan 9 bulan Pembentukan Sisir Akhir 10 bulan 6 1/2 bulan 10 bulan 10 bulan Peringkat Buah Matang 12 bulan 8 bulan 12 bulan 13 bulan

Jadual 2: Anggaran hasil bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish Kultivar Jarak Tanaman 3.0 m x 3.0 m 2.5 m x 2.5 m 3.0 m x 3.0 m Bil. Hasil/Pokok (kg) Jumlah Hasil Sehektar Pokok Pokok Ratun Ratun (MT) Sehektar Induk 1 2 1,100 1,600 1,100 1,100 22 12 18 40 18 10 15 32 12 8 10 25 52 30 45 97 52 43 45 97

1. Berangan 2. Mas 3. Rastali

4. Cavendish 3.0 m x 3.0 m

MANUAL TANAMAN PISANG

2

3

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 6-7

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 3: Panduan penggredan pisang Berangan, Rastali dan Mas Gred A B C Mas* 10 - 8.6 sm 8.5 - 9.9 sm 6.5 - 8.4 sm Rastali* 11.0 - 9.6 sm 9.5 - 10.9 sm 8.5 - 9.4 sm Berangan* 12.5 sm ke atas 11.5 - 12.4 sm 10.5 - 11.4 sm

KESESUAIAN TANAH BAGI TANAMAN PISANGPada amnya tanaman pisang memerlukan tanah yang subur, berstruktur ringan serta kaya dengan bahan organan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Ia juga memerlukan kelembapan yang mencukupi.

*gred mengikut panjang jejari pisang

Jadual 4: Suhu optima untuk penyimpanan bagi beberapa kultivar pisang Kultivar 1. Mas 2. Cavendish 3. Embun 4. Rastali 5. Berangan 6. Awak Suhu Optima (C) 14 13 14 14 13 13 Jangka Masa (hari) 10 14 - 17 14 - 17 14 - 17 28 20

Akar tanaman pisang memerlukan oksigen yang tinggi. Tanah mesti mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik serta tidak berstruktur berat terutamanya pada lingkungan kedalaman 50 sm daripada permukaan tanah. Tanah berstruktur berpasir ringan hingga lom sederhana adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Jenis-jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang terbentuk daripada alluvium sungai (yang bersaliran sederhana salir), tanah dari batuan igneus yang dalam (melebihi 100 sm) dan tanah batuan mendapan yang dalam (melebihi 100 sm).

Tanah yang berstruktur berat hendaklah dielakkan kerana ia mudah menakung air yang menyebabkan perkembangan akar pokok terbantut dan juga kemungkinan kematian pokok. Oleh itu, tanah di kawasan yang rendah dan mengalami hujan lebat, sistem saliran yang sempurna hendaklah diadakan bagi menyalirkan air yang berlebihan. Jadual 5 menunjukkan ciri-ciri tanah yang sesuai, sederhana sesuai dan tidak sesuai bagi tanaman pisang.

MANUAL TANAMAN PISANG

4

5

MANUAL TANAMAN PISANG

Pisang FA6.indd 8-9

25/11/2008 4:01:15 PM

Jadual 5: Penilaian kesesuaian tanah bagi tanaman pisang Keperluan Tanaman Kriteria Iklim Curahujan Tahunan (mm/tahun) Jangkamasa Bulan Kemarau Kejadian Banjir Topografi Kecerunan ( ) Sifat-sifat Fizikal Tanah Tekstur Tanah Sesuai Penilaian Kesesuaian Sederhana Tidak Sesuai Keperluan Tanaman Kriteria Keberbatuan (Stoniness) Sesuai Sehingga 10% tersebar rata atau terdapat lebih dalam 50 sm Tiada Penilaian Kesesuaian Sederhana 10% - 50% Tidak Sesuai Lebih 50%

1000 - 2000 mm 500 - 1000 mm Tiada Kemarau Tiada Banjir Kurang Sebulan 1 - 3 Hari

Kurang 500 mm Lebih Sebulan > Hari

Ketebalan Lapisan Organik / Gambut Kriteria Kimia Tanah CEC

0 - 25 sm tebal dari permukaan

> 25 sm tebal dari permukaan

0 - 12

12 - 35

> 35

Struktur halus hingga sedang dan sederhana hingga berkembang baik, tekstur lom berpasir atau lebih halus (selain pasir berlom atau tekstur kasar) 75 sm atau lebih

Struktur lemah dan kasar serta berkembang baik (pasir berlom)

Tekstur kasar

CEC lebih 10 meq /100 gm tanah dan selain kandungan nutrien mikro berlebihan

CEC sederhana CEC rendah (> rendah 10 meq/100 gm (10 meq/100 gm tanah) tanah)

Kemasinan

2 mm hos atau 2 mm hos di kurang di dalam dalam 75 sm teratas 50 - 75 sm

2 mm hos di dalam kurang dari 50 sm

Kedalaman ke Lapisan Asid Sulfat Kedalaman ke Lapisan Padat

50 sm - 75 sm

Kurang daripada 50 sm Kurang daripada 50 sm7

75 sm atau

View more