manual praktikum

29
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 1 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Pelajar-pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling dikehendaki menjalani Latihan Praktikum bagi memenuhi syarat Pengurniaan Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling Oleh kerana Program Psikologi Kaunseling ini menekankan kemahiran dalam memberi pertolongan dan kemahiran pula biasanya diperolehi dengan cara penerapan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam latihan praktikum, maka latihan praktikum adalah wajib bagi semua pelajar di bawah Program Psikologi Kaunseling. Latihan Praktikum ini memberi peluang kepada pelajar- pelajar mengendalikan sesi kaunseling dengan klien di bawah penyeliaan dengan mendapat maklum balas daripada penyelia- penyelia lapangan dan penyelia akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar di SPKS atau yang dilantik. Melalui Latihan Praktikum, pelajar- pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang dipelajari daripada kerja- kerja kursus yang telah selesai diambil. Setiap aspek dalam hubungan kaunselor- klien dikendalikan secara profesional dan menurut kod etika kaunseling. Dalam kes- kes yang memerlukan pemerhatian, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran daripada klien. Hormat kepada individu setiap masa merupakan aspek penting dalam “setting” praktikum. Pelajar- pelajar boleh menjalankan Latihan Praktikum hanya selepas mereka mengambil kursus- kursus yang telah ditetapkan di bawah Program Sarjana Psikologi Kaunseling dengan lengkap dan menduduki peperiksaan dengan jayanya. 1.2 Objektif Pada akhir Latihan Praktikum ini, pelajar-pelajar berupaya menunjukkan kemahiran/ kebolehan. 1.2.1 Memerhati, menganalisis dan menginterpretasi keputusan dan aktiviti- aktiviti kaunseling dengan penyelia lapangannya sebagai mentor dan mendemontrasikannya secara perbincangan di dalam seminar dan buku catatan pandangan personal. Latihan Praktikum

Upload: coolboy08

Post on 04-Aug-2015

103 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Pelajar-pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling dikehendaki

menjalani Latihan Praktikum bagi memenuhi syarat

Pengurniaan Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling

Oleh kerana Program Psikologi Kaunseling ini

menekankan kemahiran dalam memberi pertolongan dan

kemahiran pula biasanya diperolehi dengan cara penerapan

maklumat dan ilmu pengetahuan dalam latihan praktikum,

maka latihan praktikum adalah wajib bagi semua pelajar di

bawah Program Psikologi Kaunseling.

Latihan Praktikum ini memberi peluang kepada

pelajar- pelajar mengendalikan sesi kaunseling dengan klien

di bawah penyeliaan dengan mendapat maklum balas

daripada penyelia- penyelia lapangan dan penyelia akademik

yang terdiri daripada tenaga pengajar di SPKS atau yang

dilantik. Melalui Latihan Praktikum, pelajar- pelajar dapat

menggunakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran

yang dipelajari daripada kerja- kerja kursus yang telah

selesai diambil.

Setiap aspek dalam hubungan kaunselor- klien

dikendalikan secara profesional dan menurut kod etika

kaunseling. Dalam kes- kes yang memerlukan pemerhatian,

kaunselor perlu mendapatkan kebenaran daripada klien.

Hormat kepada individu setiap masa merupakan aspek

penting dalam “setting” praktikum. Pelajar- pelajar boleh

menjalankan Latihan Praktikum hanya selepas mereka

mengambil kursus- kursus yang telah ditetapkan di bawah

Program Sarjana Psikologi Kaunseling dengan lengkap dan

menduduki peperiksaan dengan jayanya.

1.2 Objektif

Pada akhir Latihan Praktikum ini, pelajar-pelajar berupaya

menunjukkan kemahiran/ kebolehan.

1.2.1 Memerhati, menganalisis dan

menginterpretasi keputusan dan aktiviti-

aktiviti kaunseling dengan penyelia

lapangannya sebagai mentor dan

mendemontrasikannya secara perbincangan

di dalam seminar dan buku catatan

pandangan personal.

Latihan Praktikum

Page 2: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

2

1.2.2 Menyumbang dalam pembelajaran

secara aktif selaras dengan identiti

seorang kaunselor professional.

1.2.1 Menunjukkan ketrampilan diri

sebagai kaunselor terlatih dengan

menggabungkan segala pengetahuan

yang dipelajari dalam kursus dengan

kesedaran kendiri dan perkembangan

personal.

2.0 DESKRIPSI LATIHAN PRAKTIKUM

2.1 Kerjasama

Perkara yang penting bagi latihan praktikum yang efektif

ialah kerjasama dan penyelarasan matlamat serta kaedah-

kaedah untuk mencapai tujuan praktikum tersebut. Jalan ke

arah pencapaian matlamat praktikum ini berkaitan dengan

pembelajaran dan pengajaran adalah tanggungjawab

bersama semua pihak yang terlibat iaitu institusi

penempatan, penyelia lapangan, pelajar dan Universiti

Malaysia Sabah yang diwakili oleh Sekolah Psikologi dan

Kerja Sosial.

2.2 Masa dalam Praktikum

Seorang pelajar sarjana akan menjalani Latihan Praktikum di

sebuah tempat atau agensi yang menjadi matlamat

pengkhususannya. Tugasan ini memakan masa selama 25-28

minggu.

Dari segi masa jumlah jam dimana seorang pelajar

harus berada di setting institusinya adalah sebanyak 720-750

jam/ 25-28 minggu bersamaan dengan 9 jam kredit.

2.3 Tempat Institusi Penempatan dan Minat

Pelajar-pelajar yang mengikuti program Psikologi Kaunseling

terdiri daripada pelbagai latar belakang, peringkat umur dan

pengalaman. Oleh sebab kepelbagaian latar belakang,

kemahiran dan minat antara pelajar- pelajar ini, usaha akan

dibuat untuk mendapatkan penempatan Latihan Praktikum

yang selaras dengan minat mereka dan peraturan Sekolah

Psikologi dan Kerja Sosial, UMS. Program Psikologi

Kaunseling menggalakkan pelbagai pengalaman kaunseling

untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran

kaunseling.

Kerjasama

a) Institusi

Penempatan

b) Penyelia

c) UMS

Masa dan tempoh

praktikum

Jumlah jam

Tempat penempatan

dan minat

Page 3: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

3

Bagi mencapai matlamat di atas, penempatan pelajar

adalah di pelbagai tempat sekolah dan organisasi yang

memberi pengalaman dalam hal rawatan dan pemulihan

penagih dadah, pemulihan, pendidikan moral dan akhlak,

hospital, klinik, rumah anak- anak yatim dan sebagainya.

Sekiranya seseorang pelajar ingin mendalami

minatnya di bidang- bidang lain yang juga ada hubungan

dengan kaunseling, beliau boleh berhubung dengan

Penyelaras PLUMS Pascasiswazah Program Sarjana Psikologi

Kaunseling di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk

dipertimbangkan dan satu kemungkinan pengalaman latihan

praktikum yang khusus baginya. Hal ini seelok- eloknya

dilakukan awal lagi.

2.4 Penempatan Latihan Praktikum

Seperti yang telah disebut, pengalaman pembelajaran yang

didapati daripada penempatan Latihan Praktikum pada

sebahagian besarnya bergantung kepada tempat atau

institusi di mana pelajar ditempatkan. Pemilihan

penempatan adalah berdasarkan beberapa faktor dan antara

yang penting adalah:

2.4.1 Minat institusi atau agensi untuk

melibatkan diri dengan universiti

yang membantu program Psikologi

Kaunseling dalam usaha untuk

membekalkan satu pengalaman

pembelajaran yang bermakna kepada

pelajar.

2.4.2 Penerimaan pelajar Psikologi

Kaunseling sebagai seorang ahli

keluarga oleh agensi atau institusi

dengan melibatkannya dalam

mesyuarat, perbincangan, aktiviti dan

lain- lain lagi. Setakat yang mungkin

diharapkan, institusi yang berkenaan

dapat berusaha melibatkan pelajar di

dalam pentadbiran dan urusan

hariannya supaya pelajar ini menjadi

seorang kakitangan yang berfungsi.

Institusi

Penempatan

Kes Khas

Faktor Pemilihan

Tempat

a) Minat

b) Penglibatan

Pelajar

Page 4: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

4

2.4.3 Peluang bagi pelajar untuk mendalami

dan membina kemahiran tertentu

yang diminatinya di samping memberi

perkhidmatan bagi memenuhi

keperluan institusi dan pelajar.

2.4.4 Peruntukan sedikit masa pegawai-

pegawai institusi penempatan untuk

memberi bimbingan, panduan, tunjuk

ajar dan seliaan kepada pelajar.

2.4.5 Penyediaan ruang pejabat dan

kelengkapan yang sesuai bagi pelajar

berfungsi sebagai seorang pekerja

yang akan menjalankan perkhidmatan

kaunseling.

Lawatan ke tempat penempatan akan dilakukan oleh

Penyelia Akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk mentaksir potensi

pembelajaran bagi pelajar.

Apabila penempatan telah dibuat, lawatan lanjutan ke

tempat- tempat penempatan akan juga dilakukan oleh

pensyarah- pensyarah yang terlibat dalam penyeliaan

sebagai daya usaha untuk mengadakan komunikasi terbuka

dan juga penyelarasan matlamat- matlamat Latihan

Praktikum.

2.5 Tugas dan Peranan Latihan Praktikum

2.5.1 Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

Tugas utama Sekolah Psikologi dan Kerja

Sosial adalah untuk menentu dan menyelaras

tempat latihan praktikum bagi semua pelajar

Sarjana Psikologi Kaunseling. Penyelia

akademik akan melawat tempat praktikum

pelajar dan akan berbincang dengan penyelia

lapangan tentang Latihan Praktikum yang

bermakna bagi pelajar.

Untuk menolong sekolah menentukan

minat dan keperluan praktikumnya, pelajar-

pelajar digalakkan berbincang dengan pihak

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial mengenai

keperluannya di awal semester lagi.

c) Kerjasama

Institusi

Lawatan Penyelia

Tugas Sekolah

Psikologi dan Kerja

Sosial

Page 5: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

5

2.5.2 Penyelia Akademik

2.5.2.1 Membimbing pelajar menilai

kemajuannya dan menerokai

falsafah dan kemahiran

kaunseling.

2.5.2.2 Sentiasa berbincang dengan

penyelia lapangan supaya

mereka dapat memberi

bantuan dan sokongan terbaik

kepada pelajar dalam

perkembangan

profesionalismenya

2.5.2.3 Menyemak dan menilai pita

rakaman, video, nota kes,

jurnal, dan buku log harian

serta memberikan maklum

balas, cadangan dan sokongan

yang diperlukan.

2.5.3 Penyelia Lapangan

Pelajar- pelajar yang mengikuti Latihan

Praktikum memerlukan penyeliaan daripada

tenaga pengajar Sekolah Psikologi dan Kerja

Sosial dan juga penyelia lapangan di tempat

praktikum. Penyelia Lapangan adalah

pegawai- pegawai yang berkelayakan,

berminat dan mempunyai masa untuk

memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada

pelajar. Penyelia lapangan akan ditentukan

oleh institusi yang berkenaan.

Penyelia lapangan yang mewakili institusi adalah bebas

untuk mengemukakan jenis pengalaman pembelajaran yang

beliau dan pelajar merasakan pengalaman tersebut

memenuhi jangkaan kedua- dua belah pihak. Hal-hal berikut

diandaikan dapat disumbangkan oleh penyelia lapangan/

institusi:

I. Memberi maklumat mengenai polisi, dasar dan

tatacara institusi.

II. Memberi gambaran yang menyeluruh tentang

khidmat yang diberi oleh institusi.

III. Memberi maklumat tentang falsafah institusi dan

pendekatannya dalam hal kaunseling.

Tugas dan Peranan

Penyelia Akademik

Tugas dan peranan

Penyelia Lapangan

Page 6: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

6

IV. Memperkenalkan pelajar kepada personaliti institusi

dan kedudukan fizikal bangunan serta pejabat-

pejabat.

V. Menolong pelajar menentukan matlamat dan objektif

bagi latihan- latihannya dan juga menentukan senarai

jangkaan prestasi dimana pencapaian objektif dapat

dinilai.

VI. Menolong dan membantu pelajar menyediakan satu

perjanjian mengenai praktikum yang termasuk di

dalamnya tarikh dan hari pelajar perlu berada di

tempat penempatan, jumlah jam yang ditetapkan

seminggu, objektif pendidikan dan senarai prestasi

yang dijangkakan seperti yang dikehendaki oleh

pelajar

VII. Menyelia pelajar melalui konferensi, pemerhatian

terus atau menerusi cara- cara lain.

VIII. Mengisi borang penilaian prestasi pelajar setelah

tamat latihan praktikum.

Contoh borang-borang “Perjanjian antara pelajar dan

institusi” dan latihan praktikum adalah seperti di dalam

Lampiran A.

2.5.4 Pelajar

Pelajar mempunyai tanggungjawab yang

besar bagi pengalaman pembelajarannya.

Sekiranya seseorang pelajar tidak diberi tugas

yang cukup atau sebaliknya dibebani dengan

tugas yang banyak, beliau seharusnya

mencuba untuk menyampaikan perasaannya

kepada penyelia lapangan.

Pelajar juga diingatkan bahawa penyesuaian di peringkat

awal mungkin kurang selesa bagi kedua- dua belah pihak.

Hubungan komunikasi yang jujur dapat menolong mengatasi

masalah ini sebelum ia menjadi besar.

Di bawah merupakan senarai tanggungjawab pelajar

ketika menjalani Latihan Praktikum.

a) Oleh sebab pelajar yang ditempatkan di sesuatu

institusi itu diandaikan menjadi salah seorang atau

kakitangan institusi berkenaan mestilah mematuhi

waktu pejabat, peraturan- peraturan yang lain

berkaitan dengan pakaian, tatatertib dan sebagainya.

b) Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang

pelajar tidak mematuhi hal- hal di atas dan

Tugas Pelajar

Penyesuaian Pelajar

dengan Institusi

Tanggungjawab

pelajar di Institusi

Page 7: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

7

menunjukkan sikap yang tidak komited pada aspek

praktikumnya.

c) Masa yang dihabiskan oleh pelajar di institusi adalah

termasuk bacaan, persediaan projek dan kerja luar

institusi di samping tugas-tugas kaunseling.

d) Dengan pertolongan dan bantuan penyelia lapangan,

pelajar dikehendaki menghasilkan satu persetujuan

antaranya dengan institusi tersebut yang

mengandungi hal- hal berikut:

I. Tarikh bermula dan berakhirnya latihan

praktikum.

II. Jumlah jam yang ditentukan seminggu di tempat

penempatan dengan menentukan waktunya

(jumlah masa pelajar berada di tempat

penempatan mestilah 720- 750 jam.

III. Senarai matlamat dan objektif latihan praktikum.

IV. Senarai jangkaan prestasi yang boleh dinilai bagi

setiap matlamat dan objektif.

Persetujuan ini merupakan perjanjian bersama dan

ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak (Lampiran A).

Satu salinan perjanjian ini mestilah dihantar kepada penyelia

akademik Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tidak lewat dari

minggu kedua selepas pelajar berada di institusi. Satu salinan

juga mesti diberi kepada penyelia lapangan.

e) Mempelajari dan mendalami teknik- teknik

kaunseling menerusi bacaan, perbincangan dengan

penyelia lapangan dan personaliti institusi yang lain.

f) Berusaha secepat mungkin memberi perkhidmatan

yang bernilai tinggi mengenai tugas yang telah

diamanahkan.

g) Menjaga harta benda, maklumat dan kerahsiaan yang

ada kaitannya dengan institusi dan kelayakan sebagai

profesional yang bertanggungjawab. Etika kaunseling

mestilah sentiasa dipatuhi.

h) Mengambil tanggungjawab memberitahu pihak

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tentang tarikh dan

hari cuti di institusi penempatan selain daripada cuti-

cuti am yang diistiharkan oleh kerajaan.

i) Mendapatkan kelulusan dan kebenaran bertulis

daripada pihak sekolah sekiranya terpaksa

mengambil cuti (cuti kecemasan). Kebenaran ini

mestilah diserahkan kepada pihak institusi untuk

makluman dan tindakannya.

j) Menyediakan satu buku catatan/ log harian yang

mesti ditulis setiap hari. Buku log ini hendaklah

Kandungan Kontrak

a) Permulaan dan

tamat

b) 720-750 jam

c) Matlamat

d) Jangkaan

Teknik

Kualiti

Amanah

Cuti

Cuti Kecemasan

Buku Log

Page 8: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

8

diserahkan kepada penyelia lapangan setiap hari.

Satu rumusan tugasan mestilah diserahkan kepada

institusi penempatan pada setiap hari terakhir dalam

setiap minggu. Semua borang rumusan tugasan ini

mestilah disediakan dan diserahkan kepada Sekolah

Psikologi dan Kerja Sosial bersama buku log dan

projek kaunseling seminggu tamatnya sesi

praktikum. Kelewatan menyerahkan semua perkara

di atas akan mengakibatkan pemotongan markah.

k) Pelajar- pelajar sendiri bertanggungjawab

menguruskan makan minum dan perjalanan,

persiapan dan lain-lain keperluan semasa

penempatan.

l) Pelajar dikehendaki berada di institusi selama 5 hari

dalam seminggu dengan 6 jam sehari sehinggalah

mencukupi 720-750 jam yang diperlukan oleh

program kaunseling.

Kehadiran pelajar di institusi hendaklah dicatat di dalam

borang kehadiran pelajar (Lampiran B) dan buku catatan

institusi juga jika ada.

Hari Sabtu adalah hari pertemuan dengan penyelia

akademik dan perbincangan kes di Sekolah Psikologi dan

Kerja Sosial. Kehadiran pelajar- pelajar adalah wajib. Diharap

pelajar dapat bertemu dengan penyelia akademik masing-

masing bagi menentukan masa pertemuan.

Sekiranya pelajar dipanggil oleh pihak Sekolah Psikologi

dan Kerja Sosial untuk tujuan tertentu yang dianggap ada

hubungan dengan Program Psikologi Kaunseling selain hari

Sabtu, maka masa yang dihabiskan di atas kehendak Sekolah

Psikologi dan Kerja Sosial tidak diambil kira sebagai

komponen daripada 720-750 jam/ 25-28 minggu.

3.0 REKABENTUK LATIHAN PRAKTIKUM

Latihan Praktikum adalah sebahagian daripada aspek

praktikum, iaitu:

a) Rancangan Kaunseling

Ciri utama pengalaman latihan praktikum ini adalah

aspek pencegahan dan terapi atau pemulihan dengan

penekanan khas kepada kaunseling dan lain-lain hal yang

berhubung dengannya. Pelajar mempunyai pilihan

pendedahan di beberapa bidang: rawatan pesakit-dalam

(in-patient), pesakit luar (out-patient), usaha pemulihan,

Urusan Keperluan

Hari dan Status

Sabtu

Aspek Praktikum

a) Kaunseling

Aktiviti Kaunseling

Page 9: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

9

kerja kumpulan, terapi individu, terapi kumpulan, terapi

keluarga, bimbingan dan kaunseling atau sebarang

kombinasi bidang- bidang di atas.

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial sentiasa

menggalakkan pengalaman di berbagai- bagai bidang.

Perlu juga disebutkan bahawa idea- idea lain mengenai

pengalaman Latihan Praktikum juga perlu

dipertimbangkan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

3.1 RANCANGAN KAUNSELING

Bahagian ini mempunyai 4 aspek iaitu praktis kaunseling,

aktiviti bimbingan atau kaunseling, pembentangan, kajian

kes kaunseling dan buku log harian.

3.1.1 Praktis Kaunseling

Bagi bidang ini, pelajar dikehendaki memenuhi

keperluan- keperluan berikut:

3.1.1.1 Menjalankan sesi kaunseling individu dengan

kelayakan sebanyak lebih kurang 120-150

sesi. Seelok- eloknya setiap kelayakan

melalui sekurang- kurangnya 3 sesi dan

yang paling baik adalah melebihi 6 sesi.

3.1.1.2 Menjalankan sesi Kaunseling Kelompok

dengan klien sebanyak 30-35 sesi. Setiap

kelompok dianggotai oleh sekurang-

kurangnya 8-12 ahli.

3.1.1.3 Sesi lengkap bagi 5 orang klien hendaklah

dirakam sepenuhnya (audio/visual) bagi

tujuan penyeliaan dengan penyelia

akademik.

3.1.1.4 Pada setiap minggu selepas minggu pertama

latihan praktikum, pelajar dikehendaki

membuat temujanji dan berjumpa dengan

penyelia akademik untuk tujuan penyeliaan.

3.1.1.5 Pelajar akan diambil tindakan sekiranya gagal

menjalankan sebarang penyeliaan dengan

penyelia akademik.

Pelajar-pelajar dikehendaki membawa rakaman

audio visual daripada 3 klien individu untuk penyeliaan pada

setiap minggu. Kekalkan dengan klien-klien yang sama untuk

penyeliaan pada setiap minggu berikutnya. Aspek-aspek

pertumbuhan dan perkembangan peribadi pelajar sebagai

Rancangan

Kaunseling

Keperluan Bidang

a) Kaunseling

Individu

b) Kaunseling

Kelompok

c) Rakaman

d) Penyeliaan

Page 10: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

10

seorang kaunselor ‘in the making’ akan dibincangkan.

Persoalan- persoalan seperti sikap, kebimbangan, keyakinan

diri, keraguan- keraguan yang ada, arah untuk bertindak,

frustasi dan kecekapan akan diberi tumpuan.

Dengan ringkas perhubungan ini adalah juga dapat

dianggap sebagai hubungan ‘mentor’ dengan ‘mentee’.

3.1.1.6 Setiap sesi kaunseling sama ada individu atau

kelompok hendaklah dibuat laporannya di

dalam borang laporan sesi yang berkenaan,

sebaik- baik sahaja sesi kaunseling

dijalankan. Format laporan adalah seperti di

lampiran F dan G.

3.1.1.7 Borang Laporan sesi (Nota Kemajuan) terdiri

daripada 2 jenis:

a) Borang Laporan Sesi Kaunseling

Individu

b) Borang Laporan Sesi Kaunseling

Kelompok

3.1.1.8 Kandungan Nota Kemajuan Individu:

a) Tarikh

b) Jangka Masa

c) Nama orang terlibat disamping klien

d) Sifat hubungan (i.e. sesi individu,

panggilan telefon, sesi kumpulan)

e) Kenyataan tentang:

i) Isu yang dikemukakan oleh klien

ii) Matlamat kaunseling (matlamat,

sasaran semasa atau jangka

panjang, dll)

iii) Matlamat penilaian

(penggunaan ujian psikologi,

dll)

iv) Maklumat proses kaunseling

v) Tindakan

vi) Tindakan susulan

vii) Refleksi kaunselor

viii) Tandatangan kaunselor

3.1.1.9 Kandungan nota kemajuan kaunseling

kelompok perlu ditulis secepat mungkin

selepas sesi kaunseling. Nota kemajuan

dibuat untuk tiap-tiap ahli. Kandungan nota:

a) Tarikh

b) Jangka masa

i) Individu

ii) Kelompok

Kandungan Nota

Individu

Kandungan Nota

Kelompok

Page 11: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

11

c) Jenis sesi (sesi kelompok)

d) Sama seperti 3.1.17 (e)

e) Jenis sesi (sesi kelompok)

f) Sama seperti 3.1.17 (e)

Nota kemajuan hendaklah disimpan di

dalam fail klien dan meminta penyelia

akademik menandatanganinya semasa

penyeliaan. Penulisan nota kemajuan adalah

aspek penting yang tidak seharusnya

diabaikan oleh seorang kaunselor pelatih.

3.1.1.10 Borang maklumat peribadi klien hendaklah

diisi selewat-lewatnya pada sesi kaunseling

kedua. Sekiranya tidak ada borang yang

disediakan oleh institusi penempatan,

gunakan borang yang disediakan oleh

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

(Lampiran D dan lampiran E yang mana

bersesuaian)

3.1.1.11 Selepas berlaku 4 sesi kaunseling dengan

klien, borang rancangan rawatan (jika perlu)

hendaklah diisi. Rancangan ini hendaklah

disemak untuk tujuan kemas kini dan apa-

apa perubahan yang diperlukan.

3.1.1.12 Pelajar dikehendaki mengemukakan laporan

kes kaunseling (case review) sekurang-

kurangnya sekali di dalam kelas pada tarikh

yang ditetapkan oleh pihak Sekolah

Psikologi dan Kerja Sosial. Format laporan

adalah seperti yang ditaklimatkan semasa

taklimat praktikum. Setiap pelajar mestilah

diberi satu salinan persembahan kes tadi

sebelum persembahan dibuat.

3.1.1.13 Fail klien yang mengandungi segala catatan

hendaklah disimpan baik- baik di tempatnya

di institusi berkenaan dan tidak boleh

dibawa keluar oleh kaunselor pelatih.

3.1.1.14 Selepas tempoh latihan praktikum, fail-fail

klien hendaklah dibawa balik dan

diserahkan kepada penyelia akademik

masing-masing.

Nota Kemajuan

Maklumat Peribadi

Laporan Kes

Fail

Page 12: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

12

3.1.2 Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

3.1.2.1 Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengendalikan

satu aktiviti atau kegiatan kaunseling yang

boleh meningkatkan perkembangan

peribadi atau profesionalisme. Aktiviti atau

kegiatan ini boleh dimulakan sebelum

latihan praktikum dan dipersetujui oleh

pensyarah. Contoh-contoh aktiviti atau

kegiatan termasuklah:

• Seminar, bengkel, kursus yang dihadiri

• Seminar, bengkel kaunseling yang

dibantu pengendaliannya.

• Kertas kerja atau artikel yang ditulis di

dalam media massa (cetak).

• Ceramah, forum yang dianjur atau

disertai

• Lawatan sambil belajar yang disertai dan

penilaiannya.

• Penyertaan dalam kajian, projek dan

lain-lain.

• Lain-lain aktiviti yang sesuai untuk

perkembangan peribadi /

profesionalisme.

3.1.2.2 Pelajar-pelajar diminta berjumpa dengan

penyelia akademik untuk mendapat

persetujuan sebelum memulakan

aktivitinya.

3.1.2.3 Rancangan aktiviti ini hendaklah

komprehensif dan mengandungi aspek-

aspek berikut: tarikh, tempat, taraf

penyertaan, kegiatan, kandungan, prosedur,

peralatan, kos dan lain-lain.

3.1.2.4 Tarikh akhir penyerahan laporan praktikum

adalah seminggu selepas tamat praktikum.

3.1.3 Pembentangan Kajian Kes Kaunseling

3.1.3.1 Setiap pelajar dikehendaki membentangkan

satu kes kaunseling. Kes yang ingin

dibentangkan hendaklah datang daripada

salah satu kes-kes kaunseling yang sedang

dikendalikan dan sudah melalui sekurang-

kurangnya 8 sesi.

3.1.3.2 Setiap pembentang dikehendaki membuat

salinan laporan kes bagi setiap pelajar.

Kegiatan ke arah

Peningkatan

Profesionalisme

Contoh Aktiviti

Persetujuan

Pensyarah

Kandungan Aktiviti

Tarikh Serahan

Pembentangan kes

kaunseling

Salinan Laporan Kes

Page 13: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

13

3.1.3.3 Salinan asal akan diserah kepada penyelia

akademik masing-masing.

3.1.3.4 Peruntukan masa untuk pembentangan

adalah tidak melebihi 20 minit.

3.1.3.5 Panduan format penulisan laporan adalah

seperti disertakan dalam manual.

3.1.4 Buku Catatan Harian

3.1.4.1 Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan

ringkas praktikum pada tiap- tiap hari di

dalam buku catatan harian atau dikenali

sebagai Buku Log.

3.1.4.2 Catatan harian merangkumi pengalaman

mengadakan sesi kaunseling dan kerja- kerja

yang dilakukan di tempat praktikum

3.1.4.3 Penyelia akademik akan menyemak buku log

catatan semasa lawatan.

Masa Pembentangan

Format Penulisan

Catatan Harian

Page 14: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

14

Rumusan Penting

1. Latihan praktikum adalah selama 25-28 minggu.

2. Jumlah keseluruhan jam adalah 720 - 750 jam.

3. Latihan Praktikum adalah terdiri daripada aspek:

a) Rancangan kaunseling

i) Bidang kaunseling

ii) Aktiviti kaunseling

iii) Pembentangan kes kaunseling

iv) Buku catatan harian

4. Untuk praktis kaunseling, anda disyaratkan menjalani sekurang-kurangnya 120-150

sesi Kaunseling Individu dan 30-35 sesi Kaunseling Kelompok yang dirakamkan. Pita-

pita ini adalah untuk tujuan perbincangan dan pada akhirnya rakaman-rakaman ini

diserahkan kepada penyelia akademik apabila tamat praktikum. Tarikh akhir

penyerahan ditentukan oleh pihak sekolah. Pelajar dinasihatkan untuk membuat

salinan pita-pita ini untuk simpanan sendiri.

5. Laporan kes akan dibincangkan semasa penyeliaan bersama dengan penyelia akademik.

Tarikh pembentangan kes ditentukan oleh pihak sekolah.

6. Pastikan anda menulis nota kemajuan klien (Individu/Kelompok) selepas sahaja sesi

kaunseling atau bimbingan dijalankan. Pastikan anda menurunkan nama dan tanda

tangan anda.

7. Buku catatan hendaklah ditulis setiap hari dan ditandatangani oleh penyelia akademik.

Serahkan juga buku ini kepada penyelia akademik apabila praktikum telah tamat.

Contoh buku log ini akan ditunjukkan oleh penyelia akademik masing-masing.

8. Pastikan anda membuat Aktiviti Kaunseling dan menyerahkan kepada penyelia

akademik.

9. Jika anda menghadapi masalah, berbincanglah dengan penyelia lapangan/pegawai

kanan di tempat praktikum anda ataupun penyelia akademik dengan segera dan tidak

menunggu saat akhir.

10. Hantarkan persetujuan (kontrak) antara anda dengan institusi pada minggu kedua dan

menghantarkan salinan-salinan kepada pihak-pihak tertentu.

11. Tarikh penyerahan pita-pita rakaman, laporan kes-kes kaunseling, aktiviti program

bimbingan kaunseling dan buku log adalah selewat-lewatnya pada satu minggu selepas

latihan praktikum.

12. Pelajar menghadapi risiko untuk GAGAL kursus PK6509 Praktikum jika tidak berada di

tempat praktikum semasa latihan praktikum dan tidak berjumpa dengan penyelia

lapangan/ penyelia akademik sepertimana syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh

organisasi praktikum, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial serta Peraturan Pascasiswazah

Universiti Malaysia Sabah.. Pelajar hanya boleh berjumpa dengan penyelia akademik

pada hari Sabtu.

Cara Menulis Rujukan

Sila rujuk Gaya Penulisan UMS

Page 15: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

15

Jadual Praktikum Kaunseling dan Penyeliaan

1. Mula berada di tempat praktikum.

2. Perjumpaan dengan penyelia akademik mengikut tarikh-tarikh penyeliaan.

3. Serahan borang perjanjian antara pelajar dan institusi

4. Perbincangan kes bermula

5. Tamat praktikum

6. Serahan semua dokumen Latihan Praktikum (yang disediakan semasa di tempat

praktikum)

Lampiran

Lampiran A Surat Perjanjian dengan Institusi

Lampiran B Borang Kehadiran Latihan Praktikum

Lampiran C Borang Rumusan Jam

Lampiran D Borang Maklumat Peribadi Klien

(sekiranya klien berada dalam institusi pendidikan)

Lampiran E Borang Maklumat Peribadi Klien

Lampiran F Laporan Sesi Kaunseling Individu

Lampiran G Laporan Sesi Kaunseling Kelompok

Lampiran H Rumusan Mingguan

Page 16: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

16

LAMPIRAN A

Tarikh:______________________

SURAT PERJANJIAN

PELAJAR DAN INSTITUSI

NAMA PELAJAR :___________________________________________________________________________________

NAMA INSTITUSI :___________________________________________________________________________________

Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang diantara kedua belah pihak kami bersetuju

tentang hal-hal berikut:

a) Tarikh bermula praktikum di institusi ini ialah pada: jam______________, hari_______________,

bulan_____________, tahun_____________

b) Tarikh tamat praktikum di institusi ini ialah pada: jam______________, hari_______________,

bulan_____________, tahun______________

(Jumlah jam ialah sebanyak 720-750 jam)

c) Jumlah jam kehadiran pelajar seminggu ialah seperti berikut:

Hari Waktu Masuk Waktu Keluar Jumlah

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Jumlah jam : _____________________________

Page 17: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

17

d) Objektif Latihan Praktikum Pelajar ialah :

i)

ii)

iii)

e) Jangkaan prestasi pelajar adalah seperti berikut :

i)

ii)

iii)

Sekian, terima kasih.

Tandatangan dan cop wakil institusi Tandatangan pelajar

Nama:________________________ Nama:_________________________

Page 18: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

18

LAMPIRAN B

BORANG KEHADIRAN LATIHAN PRAKTIKUM

Nama Pelatih :__________________________________________________________________________

Institusi :_________________________________________________________________________

Nama Penyelia Lapangan :_________________________________________________________________________

Nama Penyelia Akademik :_____________________________________________________________________

Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan

Penyelia

Lapangan

Tandatangan

Penyelia

Akademik

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Page 19: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

19

Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia

Lapangan

Tandatangan Penyelia

Akademik

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8

Minggu 9

Minggu 10

Minggu 11

Minggu 12

Page 20: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

20

Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia

Lapangan

Tandatangan Penyelia

Akademik

Minggu 13

Minggu 14

Minggu 15

Minggu 16

Minggu 17

Minggu 18

Minggu 19

Page 21: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

21

Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia

Lapangan

Tandatangan Penyelia

Akademik

Minggu 20

Minggu 21

Minggu 22

Minggu 23

Minggu 24

Minggu 25

Tandatangan Penyelia Lapangan

__________________________________

Nama dan cop Tarikh:______________________

Page 22: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

22

LAMPIRAN C

BORANG RUMUSAN JAM

Latihan Praktikum Kaunseling

Minggu kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Aktiviti

Bimbingan

Aktiviti

Konsultasi

Pengurusan

&

Pentadbiran

Jumlah

jam &

Jumlah

sesi

Jumlah

jam &

minit

Jumlah

sesi

Jumlah

jam &

minit

Jam dan

Minit

Jam dan

Minit

Dokumen

(jam&Minit)

Minit

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

Jumlah

Tandatangan Penyelia Akademik

__________________________________ Tarikh:________________________

Nama dan cop:

Page 23: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

23

LAMPIRAN D

MAKLUMAT PERIBADI KLIEN

Nama : __________________________________________________________ Jantina : _____________________________

Umur : ________________________________________________ Agama : __________________________________

Darjah / Tingkatan : ____________________________________ Bangsa : __________________________________

Sekolah : ____________________________________________________________________________________________

Alamat : ____________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

No. Tel. (R) :________________________________________ No. Tel. (P) : __________________________________

Pekerjaan Ibu : _____________________________________ pekerjaan Bapa : _________________________________

Bilangan adik beradik / kedudukan kelahiran : ____________________________________________________

Pencapaian akademik : ____________________________________________________________________________

Jawatan di sekolah : ________________________________________________________________________________

Kegiatan Ko-Kurikulum : ___________________________________________________________________________

Sejarah kesihatan : __________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

Sebab datang berjumpa kaunselor : ________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________

Keterangan tentang keluarga : _____________________________________________________________________

Lain-lain : _____________________________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor : Tarikh :

Nama Kaunselor : ___________________________________ _____________________________

Page 24: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

24

LAMPIRAN E

MAKLUMAT PERIBADI KLIEN

Nama :_________________________________ Jantina : __________________________

Umur :_________________________________ Agama : __________________________

Darjah/Tingkatan:_________________________Bangsa: ____________________

Sekolah :__________________________________________________

Alamat : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

No.Tel.(R) : _______________________No. Tel.(P):_______________________________

Pekerjaan Ibu: ______________________Pekerjaan Bapa:__________________________

Bilangan adik beradik/kedudukan kelahiran : ______________________________________

Pencapaian akademik :________________________________________________________

Jawatan di sekolah : __________________________________________________________

Kegiatan Ko-Kurikulum :_______________________________________________________

Sejarah kesihatan : __________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Sebab datang berjumpa Kaunselor :______________________________________________

___________________________________________________________________________

Keterangan tentang keluarga : _________________________________________________

Lain-lain:___________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor : _____________________ Tarikh : _________________________

Nama Kaunselor : ___________________________

Page 25: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

25

LAMPIRAN F

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU (Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D atau E)

Nama klien : ________________________________________________________________

Sesi : __________________ Tarikh : _____________________ Masa: _________________

1. Isu yang diketengahkan/Isu

(Butiran masalah/konflik,emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

2. Matlamat Kaunseling/Individu

(Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Maklumat Penilaian

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Page 26: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

26

4. Tahap Kemajuan Proses Kaunseling

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Tindakan

(Rancangan tindakan, prosedur, tugasan, latihan dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

6. Tindakan Susulan

(Sesi susulan, rujukan lanjut, keperluan laporan dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

7. Refleksi Kaunselor Pelatih

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor Pelatih : _________________________

Nama: ____________________________

Page 27: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

27

LAMPIRAN G

LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK

(Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D atau E)

Sesi: ______________________ Tarikh : _____________________ Masa : _____________________

Nama Kelompok : ___________________________________________________________________

Bil Nama ahli Jantina Catatan

1. Isu yang dibincangkan

(Butiran masalah/konflik/isu/emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Page 28: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

28

2. Matlamat Kaunseling/Individu

(Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang dan sebagainya)

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Tahap Kemajuan Kaunseling Kelompok

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

4. Isu yang dibincangkan

(Butiran masalah/konflik/isu/emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Refleksi Kaunselor Pelatih

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor Pelatih : _________________________

Nama: ____________________________

Page 29: Manual Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

29

LAMPIRAN H

RUMUSAN MINGGUAN

NAMA KAUNSELOR PELATIH : __________________________________________________________________________________

NO.MATRIK : __________________________________________________________________________________

REKOD MINGGUAN : MINGGU KE _________________ MULAI ____________________ HINGGA _____________________

8.00 – 9.00 9.00 – 10.00 10.00 – 11.00 11.00 – 12.00 12.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00 – 3.00 3.00 – 4.00 4.00 – 5.00 5.00 – 6.00 JAM

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

RUMUSAN JUMLAH JAM

Jumlah Jam Minggu Ini

Jumlah Jam Minggu-Minggu Lepas

Jumlah Jam Himpunan Keseluruhan

________________________________ _______________________________ __________________________

TANDATANGAN PENYELIA LAPANGAN PENYELIA AKADEMIK TANDATANGAN

KAUNSELOR PELATIH

(Dibuat dalam tiga salinan. Satu salinan adalah untuk Institusi Penempatan, satu salinan untuk Penyelia Akademik dan satu

salinan untuk simpanan Kaunselor Pelatih.)