manual pentaksiran...2.3 memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya...

21
TERHAD 1 TERHAD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI 2021 MULAI 2021 MANUAL PENTAKSIRAN KERJA KURSUS LUKISAN KEJURUTERAAN LUKISAN KEJURUTERAAN KOD : 3759/2 KOD : 3759/2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 14-Apr-2020

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 1

TERHAD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)SEKOLAH MENENGAH TEKNIKSEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)MULAI 2021 MULAI 2021

MANUAL PENTAKSIRANKERJA KURSUS

LUKISAN KEJURUTERAANLUKISAN KEJURUTERAANKOD : 3759/2KOD : 3759/2

KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA

Page 2: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 2

TERHAD

Hak Cipta Terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2020

Page 3: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 3

TERHAD

PENDAHULUAN

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan. Ia merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran ini juga boleh digunakan untuk membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan pemudah cara(PdPc).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik untuk menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang mana menilai pencapaian murid bukan sekadar berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi lebih kepada kemenjadian murid itu sendiri. Ini penting bagi melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Sehubungan dengan itu, pentaksiran kerja kursus bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan kepada murid di sekolah-sekolah menengah teknik dan sebahagian sekolah berasrama penuh aliran teknikal. Hal ini dapat membangunkan potensi diri dan keupayaan berfikir yang kreatif serta kritis murid selari dengan Pengajaran Abad ke 21(PAK21).

Page 4: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 4

TERHAD

KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT BAHAGIAN A: MAKLUMAT AM

1.0 Pengenalan 6

2.0 Objektif 6

3.0 Instrumen 7 - 8

4.0 Penghantaran 8

5.0 Jadual Pelaksanaan Tugasan Kerja Kursus 9

BAHAGIAN B: PENYEDIAAN TUGASAN

6.0 Penyediaan Tugasan 11

7.0 Abstrak 11

8.0 Isi Kandungan 12

9.0 Format Penulisan 13 - 14

BAHAGIAN C: LAMPIRAN

Lampiran 1 16 - 18 Lampiran 2 19

Lampiran 3 20

Lampiran 4 21

Page 5: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 5

TERHAD

BAHAGIAN AMAKLUMAT AM

Page 6: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 6

TERHAD

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (3759) terbahagi kepada dua komponen: (i) Kertas 3759/1 (Ujian bertulis) (ii) Kertas 3759/2 (Tugasan kerja kursus) Kertas 3759/2 (Tugasan kerja kursus) adalah pentaksiran pusat yang dilaksanakan di sekolah dalam waktu PdPc dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Setiap calon yang mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran ini wajib melaksanakannya kerana tugasan ini adalah sebagai satu daripada keperluan pensijilan SPM. Mana-mana calon SPM bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) yang tidak melaksanakan atau tidak menghantar tugasan ini akan dianggap sebagai tidak hadir peperiksaan SPM walaupun menduduki ujian bertulis SPM bagi kertas 3759/1.

Tugasan kerja kursus ini dijalankan sewaktu sesi pembelajaran calon di tingkatan 5 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Justeru, dokumen Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) bagi mata pelajaran LK ini adalah satu dokumen rasmi buat rujukan mana-mana pihak sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi panduan tentang cara melaksanakan Tugasan kerja kursus. 2.1 Memberi panduan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sekiranya ingin menyelaras pengurusan pelaksanaan pentaksiran tugasan kerja kursus di negeri masing - masing.

2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul.

2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras yang akan dilakukan oleh penyelaras yang dilantik.

2.5 Mendapatkan persetujuan antara penyelaras dengan pentaksir sekolah bagi menjamin keadilan murid untuk menjaga kewibawaan institusi.

Page 7: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 7

TERHAD

3.0 INSTRUMEN

3.1 KonstrukTerdapat lima konstruk yang akan diuji kepada calon:(i) Mengingat(ii) Memahami(iii) Kemahiran mengaplikasi(iv) Kemahiran mencipta(v) Nilai

Tiga elemen yang akan dinilai:(i) Menjana idea(ii) Menghasilkanlukisanortografik(manual)danmendimensi(iii) Menghasilkan lukisan 3D, mencetak dan salinan eviden

3.2 Tugasan kerja kursus3.2.1 Instrumen pentaksiran bagi kertas 3759/2 ini adalah berdasarkan

tugasan kerja kursus yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Tugasan ini boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. Lihat Jadual 1.

3.2.2 Tugasan ini wajib dilakukan secara individu oleh calon di bawah pengawasan dan bimbingan guru.

3.3 Rubrik pemarkahanRubrik pemarkahan adalah satu penyataan bersifat holistik yang akan digunakan sebagai panduan sewaktu menilai hasil tugasan kerja kursus calon. Lihat Lampiran 1.

3.4 PemarkahanMarkah untuk tugasan kerja kursus ini akan dibawa dalam pengiraan markah akhir peperiksaan SPM bagi mata pelajaran LK. Wajaran markah yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran ini adalah seperti berikut:

3.4.1 Kertas 3759/1 (Ujian bertulis)Markah penuh: 100 markah Wajaran untuk SPM: 70%

3.4.2 Kertas 3759/2 (Tugasan kerja kursus)Markah penuh: 100 markahWajaran untuk SPM: 30%

Page 8: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 8

TERHAD

Semua markah untuk setiap calon bagi setiap tugasan kerja kursus yang telah ditaksir perlu direkodkan dalam Borang Penilaian Calon (BPC) dan Borang Markah Kelompok Calon (BMKC) yang telah diperbanyakkan. Lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3.

3.5 Evidens 3.5.1 Evidens tugasan kerja kursus ini terdiri daripada evidens proses dan evidens produk yang dihasilkan oleh calon. Evidens proses ditaksir melalui lakaran proses kerja kursus dan evidens produk ditaksir berdasarkan lukisan yang dihasilkan. Semua tugasan perlu dilukis dan dicetak menggunakan kertas bersaiz A3 (hardcopy) dan disimpan di dalam CD-RW (softcopy).

3.5.2 Semuaevidensperludisimpandi tempatyangdifikirkanselamatoleh pihak pentadbiran sekolah. 3.6 Tempoh Kerja kursus ini perlu disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Tempoh yang diberikan adalah 3 bulan bermula April hingga Jun tahun semasa. Lihat Jadual 1.

4.0 PENGHANTARAN

Tugasan kerja kursus ini perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran. Tarikh akhir penyerahan adalah pada 30 Jun tahun semasa.

Page 9: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD

TERHAD 9

5.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN KERJA KURSUS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN 3759/2 BERMULA TAHUN 2021

BULAN / PERKARA(TAHUN SEMASA)

APRIL MEI JUN JULAI OGOS

MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Muat turun tugasan

2. Pelaksanaan tugasan

3. Penyelarasan markah oleh LP bersama Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK), Ketua Petaksir Negeri & Pentaksir Sekolah

4. Penyelarasan peringkat negeri oleh Pentaksir Negeri

5. Penyelarasan peringkat kebangsaan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan

6. Kemasukan markah online

Jadual 1

Page 10: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 10

TERHAD

BAHAGIAN BPENYEDIAAN TUGASAN

Page 11: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 11

TERHAD

6.0 PENYEDIAAN TUGASAN

Penyediaan tugasan kerja kursus perlu dilakukan semasa murid di tingkatan 5 secara individu berdasarkan tugasan yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Fail kerja kursus perlu disiapkan mengikut format dan panduan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah format yang perlu dipatuhi semasa menyediakan fail kerja kursus.

6.1 Susunan dan kandungan fail Bahagian utama fail kerja kursus hendaklah ditulis di bawah tajuk (heading) yang disusun seperti berikut:- 6.1.1 Kulit muka hadapan fail kerja kursus (Lihat Lampiran 4) 6.1.2 Abstrak 6.1.3 Isi kandungan 6.1.4 Bab 1 : Menjana idea 6.1.5 Bab2:Lukisanortografikmanualdanmendimensi 6.1.6 Bab 3 : Lukisan 3D 6.1.7 Evidens

7.0 ABSTRAK

Abstrak ialah satu penyataan ringkas, lengkap yang meliputi keseluruhan kandungan laporan kerja kursus. Panjangnya tidak melebihi 300 patah perkataan dalam satu halaman muka surat sahaja. Bilangan perenggan yang digunakan juga hanya satu. Antara kandungan penting dalam abstrak ialah:

7.1 Penyataan masalah: Apa masalah yang cuba hendak diselesaikan.

7.2 Metodologi atau pendekatan yang digunakan untuk selesaikan masalah contoh: analisis model, lakaran prototaip.

7.3 Keputusan: Dinyatakan dalam bentuk lakaran atau gambaran sebenar.

Page 12: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 12

TERHAD

8.0 ISI KANDUNGAN

Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.

8.1 BAB 1: MENJANA IDEA Bahagian ini memerlukan kebolehan calon untuk menjana beberapa idea secara lakaran berdasarkan tugasan yang diberi. Lakaran perlu mempunyai maklumat.

8.2 BAB 2: LUKISAN ORTOGRAFIK MANUAL DAN MENDIMENSI Bahagianinimemerlukancalonuntukmelukislukisanortografiksecaramanual lengkap dengan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi (kiri atau kanan). Lukisan perlu dilukis dengan penggunaan peralatan dan skala yang betul. Lukisan perlu didimensi mengikut sistem pendimensian yang dinyatakan dalam arahan tugasan. Lukisan ortografik ini dilukis berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih.

8.3 BAB 3: LUKISAN 3D Bahagian ini memerlukan calon untuk menghasilkan lukisan pemodelan bongkah padu 3D menggunakan perisian AutoCAD. Lukisan bongkah padu 3D ini adalah berdasarkan lukisan ortografik yang telah dilukis secara manual. Calon perlu menukar bentuk bongkah padu 3D yang telah dihasilkan kepada lukisan kerangka (wireframe) dan lukisan ortografik. Calon perlu mencetak lukisan yang telah dihasilkan.

8.4 EVIDENS Calon perlu sertakan bersama softcopy (CD-RW) lukisan yang telah dihasilkan.

Page 13: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 13

TERHAD

9.0 FORMAT PENULISAN

9.1 PENULISAN LAPORAN Laporan Kerja Kursus hendaklah dihasilkan secara bertaip dan dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat perkataan Bahasa Inggeris yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, perkataan itu perlu di italic.

9.2 FORMAT MUKA HADAPAN Muka hadapan mestilah mengandungi maklumat seperti berikut: (a) Logo (b) Nama sekolah (font Arial, saiz 28) (c) Tajuk (d) Nama calon (e) No. Kad Pengenalan (f) Angka giliran (g) Tingkatan Lihat Lampiran 4.

9.3 TEKS LAPORAN Format penulisan adalah seperti berikut:

9.3.1 Jenis font: Arial

9.3.2 Saiz font: 11

9.3.3 Selang setiap baris ayat: 1.5 spacing

9.3.4 Text Allignment: Justify

Page 14: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 14

TERHAD

9.3.5 Sistem nombor Cara menomborkan penulisan adalah berdasarkan topik . Murid perlu konsisten dalam keseluruhan penulisan laporan kerja kursus (murid mestilah menggunakan sistem yang sama dalam setiap bab). Muka surat hendaklah diletakkan di bawah sebelah kanan pada setiap helaian laporan kerja kursus.

Page 15: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 15

TERHAD

BAHAGIAN CLAMPIRAN

Page 16: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 16

TERHAD

Lampiran 1

RUBRIK PEMARKAHAN

Bil. Kriteria Rubrik Pemarkahan Catatan Markah Markah

Penuh

Elemen 1: Menjana Idea

1.0Menentukanjumlah ruang

1.1 Mempunyai reka bentuk asas (kotak asas)

Lebar, dalam dantinggi

1.5

15.01.2 Mempunyai dua ruang

Tambahan duaruang

3.0

1.3 Mempunyai tiga ruangTambahan tiga ruang

4.5

1.4 Mempunyai empat atau lebih ruang

Tambahan empatatau lebih ruang

6.0

2.0Mempunyai ciri tambahan

2.1 Mempunyai satu ciri tambahan

1.54.5

2.2 Mempunyai dua atau lebih ciri tambahan

3.0

3.0Mempunyai nilaiestetika

3.1 Mempunyai penjuru biasa 1.54.5

3.2 Mempunyai penjuru lengkung

3.0

Elemen 2: Menghasilkan Lukisan Ortografik (manual) dan Mendimensi

4.0Persediaan kertaslukisan

4.1 Membina kotak sempadan atau tajuk

1.04.0

4.2 Membina kotak sempadan dan tajuk

3.0

5.0Melukis LukisanOrtografik

5.1 Menghasilkan satu pandangan

Satu daripada pandangan hadapan,pandangan atas ataupandangan sisi

1.5

15.0

5.2 Menghasilkan dua pandangan

Dua daripada pandangan hadapan,pandangan atas ataupandangan sisi

3.0

5.3 Menghasilkan tiga pandangan

Tiga daripada pandangan hadapan,pandangan atas danpandangan sisi

4.5

5.4 Menghasilkan tiga pandangan dengan tepat dan mengikut skala yang betul

Pandangan yang lengkap dan mengikut skala

6.0

Page 17: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 17

TERHAD

Bil. Kriteria Rubrik Pemarkahan Catatan Markah Markah

Penuh

6.0 Mendimensi

6.1 Mendimensi satu jenis ukuran

Satu daripada kedalaman, kelebaran atauketinggian

1.5

15.0

6.2 Mendimensi dua jenis ukuran

Dua daripada kedalaman, kelebaran atauketinggian

3.0

6.3 Mendimensi tiga jenis ukuran

Kedalaman, kelebaran danketinggian

4.5

6.4 Mendimensi ketiga-tiga jenis ukuran dengan lengkap mengikut sistem pendimensian

Dimensi yang lengkap mengikutsistem

6.0

Elemen 3: Menghasilkan Lukisan 3D, Mencetak dan Salinan Eviden

7.0MenghasilkanLukisan 3D

7.1 Menghasilkan kotak asas 1.5

22.5

7.2 Menghasilkan dua ruang 3.0

7.3 Menghasilkan tiga ruang 4.5

7.4 Menghasilkan empat ruang 6.0

7.5 Menghasilkan empat ruang atau lebih dengan lengkap seperti idea asal

7.5

8.0Menghasilkanciri tambahan

8.1 Menghasilkan satu ciri tambahan

1.54.5

8.2 Menghasilkan dua ciri tambahan

3.0

9.0Menghasilkanpermukaan

9.1 Menghasilkan permukaan biasa

1.54.5

9.2 Menghasilkan permukaan lengkung

3.0

10.0Perubahan bentuk

10.1 Menghasilkan pandangan ortografikatauwireframe daripada lukisan 3D

1.5

4.510.2 Menghasilkan pandangan ortografikdanwireframe daripada lukisan 3D

3.0

Page 18: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 18

TERHAD

Bil. Kriteria Rubrik Pemarkahan Catatan Markah Markah

Penuh

11.0Penyediaan Eviden

11.1 Menyediakan eviden dalam bentuk softcopy atau hardcopy

1.0

4.011.2 Menyediakan eviden dalam bentuk softcopy dan hardcopy

3.0

12.0 Fail Pelajar 12.1 Fail pelajar lengkapFail pelajar lengkap dengan borang RPdan semua eviden

2.0 2.0

Jumlah markah 100

Page 19: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 19

TERHAD

Lampiran 2

BPC

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIALUKISAN KEJURUTERAAN (3759/2)

BORANG PENILAIAN CALON

Nama Calon : ....................................................................... No. Kad Pengenalan : ........................................

Angka Giliran : .................................................................... No. Pusat : ..........................................................

TUGASAN YANG DITAKSIR MARKAH MARKAH PENUH

ELEMEN 1.0 : MENJANA IDEA

1.1 Menentukan Jumlah Ruang 15.0

1.2 Mempunyai Ciri Tambahan 4.5

1.3 Mempunyai Nilai Estetika 4.5

JUMLAH

ELEMEN 2.0 : MENGHASILKAN LUKISAN OTROGRAFIK (MANUAL) DAN MENDIMENSI

2.1 Persediaan Kertas Lukisan 4.0

2.2 MenghasilkanLukisanOrtografik 15.0

2.3 Mendimensi 15.0

JUMLAH

ELEMEN 3.0 : MENGHASILKAN LUKISAN 3D, MENCETAK DAN SALINAN EVIDEN

3.1 Menghasilkan Lukisan 3D 22.5

3.2 Menghasilkan Ciri Tambahan 4.5

3.3 Menghasilkan Permukaan 4.5

3.4 Perubahan Bentuk 4.5

3.5 Penyediaan Eviden 4.0

3.6 Fail Pelajar 2.0

JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN MARKAH / 100

PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN

Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon di atas

Tanda tangan :Tarikh :Nama Pentaksir :Cap Sekolah :

PENGESAHAN PENGETUA

Saya mengesahkan markah tugasan calon di atas

Tanda tangan :Tarikh :Nama Pengetua :Cap Sekolah :

Page 20: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 20

TERHAD

Lampiran 3

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIALUKISAN KEJURUTERAAN (3759/2)

BORANG MARKAH KELOMPOK CALON (BMKC)

BIL NAMA ANGKA GILIRANELEMEN

E1.0 E2.0 E3.0

PENGESAHAN PENTAKSIR MATA PELAJARAN

Saya mengesahkan telah memeriksa tugasan calon di atas.

Tanda tangan: .......................................... Tarikh: .......................

Nama Pentaksir: .....................................

Cap Sekolah

PENGESAHAN PENGETUA

Saya mengesahkan markah tugasan calon di atas.

Tanda tangan: ...................................... Tarikh: ......................

Nama Pengetua: .................................

Cap Sekolah

Page 21: MANUAL PENTAKSIRAN...2.3 Memberi panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir sekolah supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dengan selaras dan betul. 2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja

TERHAD 21

TERHAD

Lampiran 4

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK XXX(Font Arial saiz 28)

LOGO SEKOLAH (6CM X 5CM)

TAJUK : ____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

NAMA : ____________________________________________

NO. KP : ____________________________________________

ANGKA GILIRAN : ____________________________________________

TINGKATAN : ____________________________________________

(Font Arial saiz 14)