manual pengisian pelaporan perkhidmatan

12
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Upload: nguyendien

Post on 29-Jan-2017

278 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 2

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 : MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2015 3

A. Pengisian Maklumat Sekolah 3

B. Pengisian Maklumat Guru Bimbingan dan Kauseling Individu LPBK 4

C. Rumusan Keseluruhan LPBK 7

BAHAGIAN 2 : MANUAL PENGISIAN PENILAIAN KENDIRI AMALAN GURU PENYAYANG 8

BAHAGIAN 3 : MANUAL PENGISIAN LAPORAN DASAR WARGA EMAS NEGARA 9

BAHAGIAN 4 : MANUAL PENGISIAN DATA PROGRAM MINDA SIHAT 10

BAHAGIAN 5 : MANUAL PENYIMPANAN DATA 12

Page 3: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 3

BAHAGIAN 1 : MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2015

A. Pengisian Maklumat Sekolah

1. Sila isi maklumat asas sekolah seperti tahun, nama dan alamat sekolah, kod sekolah, negeri, daerah, enrolmen murid mengikut bangsa dan lain-lain dengan menggunakan huruf besar.

Rajah 1 : Tapak Maklumat asas sekolah

2. Seterusnya isikan maklumat murid yang menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan

murid yang terlibat dengan Program Mentor Mentee berdasarkan Tingkatan/ Tahun serta mengikut kaum.

Rajah 2 : Tapak Bil. PRS dan Bil. Murid yang terlibat Program Mentor Mentee

Maklumat sekolah diisi oleh Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling/ orang yang pertama mengisi pelaporan

Page 4: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 4

B. Pengisian Maklumat Guru Bimbingan dan Kauseling Individu LPBK

1. Sila isi maklumat masing-masing mengikut tapak berikut:

Rajah 3: Tapak Maklumat Guru Bimbingan dan Kaunseling

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) melengkapkan butiran diri seperti nama, gred

jawatan (29/32/34/38/41/42/44/Cemerlang 44/48/Cemerlang 48/52 dll), nombor telefon dan emel.

Rajah 4 : Maklumat Guru Bimbingan dan Kaunseling

3. Seterusnya lengkapkan maklumat kelulusan akademik dalam bidang Bimbingan dan

Kaunseling. Bagi kelulusan akademik peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah hanya daripada bidang Bimbingan dan Kaunseling SAHAJA yang diambil kira. Tandakan ( 1 ) pada ruang yang berkenaan.

Rajah 5 : Maklumat Peringkat Kelulusan Bidang Bimbingan dan Kaunseling

LPBK(GBK1) diisi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Pertama

Page 5: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 5

4. Bagi item 3 dan 4, maklumat yang diperlukan adalah bilangan murid yang mendapat perkhidmatan individu dan kelompok mengikut jenis perkhidmatan, jantina dan kaum.

Rajah 6 : Bilangan murid mendapat perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok

5. Item 5 dan 6 berkaitan jumlah bilangan sesi kaunseling individu dan kelompok yang dilaksanakan oleh GBK yang dilaksanakan bermula Januari sehingga 30 Jun 2015 untuk fasa 1 pelaporan.

Rajah 7 : Bilangan Sesi kaunseling individu dan kelompok

Jumlah dan peratus dikira secara automatik

Peratus dikira secara automatik

Page 6: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 6

6. Item 7 berkaitan pelaporan pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus. Jenis Perkhidmatan dalam Kaunseling Berfokus dikategorikan mengikut fokus-fokus berikut.

Rajah 8 : Bilangan murid yang terlibat dengan Program Kaunseling Berfokus

7. Item 8 berkaitan maklumat murid yang mengikuti Program Bimbingan dan Kaunseling.

Rajah 9 : Bilangan murid yang terlibat dengan Program Bimbingan dan Kaunseling

GBK meletakkan Sasaran /Target (KPI) bilangan murid yang boleh mencapai matlamat sasaran Program Kaunseling Berfokus

Pencapaian SEBENAR bilangan

murid yang menepati sasaran Program Kaunseling Berfokus diisi pada bulan Oktober pelaporan Fasa 2 yang dilaksanakan

Kategori Program Kaunseling Berfokus mengikut Jenis perkhidmatan.

(Minimum pilih mana-mana 2 kategori berbeza darpada 4 jenis

perkhidmatan. Contoh :

1. Tingkah laku Kurang Sopan/Biadap (Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid )

dan

2. Ponteng (Peningkatan Disiplin Diri Murid)

Jumlah Peratus dikira secara automatik

Page 7: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 7

C. Rumusan Keseluruhan LPBK

1. Sila cetak maklumat yang terdapat di bahagian ‘RUMUSAN KESELURUHAN LPBK’ untuk mendapatkan pengesahan daripada pentadbir dan satu salinan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). .

Rajah 10 : Tapak Rumusan LPBK

2. Semua Item telah dilengkapkan dan dijumlahkan secara automatik

Rajah 11 : Rumusan Keseluruhan LPBK yang perlu dicetak dan mendapat pengesahan pentadbir

Page 8: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 8

BAHAGIAN 2 : MANUAL PENGISIAN PENILAIAN KENDIRI AMALAN GURU PENYAYANG 2015

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang bersama-sama Pengetua/ Pentadbir Sekolah untuk menentukan Penilaian Kendiri Amalan Guru Penyayang di sekolah.

Rajah 12 : Tapak Penilaian Kendiri Amalan Guru Penyayang

2. Tandakan ( 1 ) pada ruang yang telah disediakan merujuk kepada penyataan yang diberikan.

3. Penilaian Kendiri yang lengkap diisi perlu dicetak dan mendapat pengesahan pentadbir sekolah.

Rajah 13 : Penilaian Kendiri Amalan Guru Penyayang 2015

Page 9: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 9

BAHAGIAN 3 : MANUAL PENGISIAN LAPORAN DASAR WARGA EMAS NEGARA

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling melengkapkan pelaporan mengikut format yang telah ditetapkan beserta pelaporan bergambar.

Rajah 14 : Tapak Pelaporan Dasar Warga Emas Negara

Rajah 15 : Laporan Program dan Aktiviti Dasar Warga Emas Negara

Rajah 16 : Laporan Program dan Aktiviti serta Laporan Bergambar Dasar Warga Emas Negara

Page 10: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 10

BAHAGIAN 4 : MANUAL PENGISIAN DATA PROGRAM MINDA SIHAT

1. Pelaporan Program Minda Sihat dibuat mengikut bilangan kelas Tingkatan 4 yang terdapat di sekolah masing-masing.

Rajah 17 : Tapak Analisis Saringan Minda Sihat mengikut kelas

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling melengkapkan maklumat murid seperti butiran berikut mengikut kelas seperti rajah 18. Nama murid boleh di copy dan di paste ke dalam ruangan nama daripada sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).

Rajah 18 : Tapak Analisis Saringan Minda Sihat

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling melengkapkan maklumat Saringan Dass 1 (SD 1). Maklumat Saringan Dass 2 (SD 2) diisikan setelah selesai proses SD 1 sehingga ke peringat intervensi. SD 2 hanya dilakukan kepada murid yang mendapat keputusan Sangat Teruk, Teruk dan Sederhana serta keputusan Ujian Gaya Daya Tindak (UGDT) di peringkat Teruk.

Rajah 19 : Analisi Saringan Minda Sihat mengikut Saringan 1 dan Saringan 2

Ruangan Saringan Dass 1 (SD1) dan SD 2 perlu di isi menggunakan huruf seperti berikut:

N – Normal S – Sederhana R – Ringan T – Teruk ST – Sangat Teruk UGDT B – Baik S – Sederhana R – Ringan T - Teruk

Page 11: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 11

4. Maklumat yang telah diisi akan dipautan terus ke bahagian rumusan keseluruhan sekolah

Rajah 20 : Tapak Rumusan Minda Sihat

Rajah 21 : Rumusan Laporan Minda Sihat Sekolah

Page 12: MANUAL PENGISIAN PELAPORAN PERKHIDMATAN

MANUAL LPBK 12

BAHAGIAN 5 : MANUAL PENYIMPANAN DATA 1. Selepas selesai mengisi data, simpan data (SAVE AS) atau dengan klik F12

Rajah 22 : Penyimpanan Data

2. Simpan nama file mengikut format:<Kod Sekolah><Jarak><Nama Sekolah> Contoh: AAA1235 SMK1Malaysia

Rajah 23 : Menamakan file

3. Setelah selesai, hantar kepada Jurulatih Utama Daerah masing-masing.