manual pengguna sistem e-residence

20
1 MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE AKSES PEMOHON LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Upload: phamdang

Post on 29-Jan-2017

283 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

1

MANUAL PENGGUNA

SISTEM e-RESIDENCE

AKSES PEMOHON

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Page 2: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

2

1. PENGENALAN

Sijil Taraf Mastautin (STM) adalah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh

LHDNM untuk mengesahkan bahawa pembayar cukai itu adalah bermastautin di

Malaysia bagi tujuan percukaian, dan layak mendapat manfaat di bawah Perjanjian

Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK).

Permohonan STM boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Residence.

Permohonan melalui sistem ini adalah untuk pembayar cukai yang mempunyai fail

C – Syarikat, TA – Badan Amanah, TC – Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah dan

TR – Amanah Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah Harta.

Sistem ini dibangunkan dalam aplikasi sesawang (web) dan pengguna boleh

mengakses kemudahan sistem ini melalui laman sesawang rasmi Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

1.1 Undang-Undang dan Peraturan

a. Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967:

i. Individu – Seksyen 7;

ii. Syarikat – Seksyen 8; dan

iii. Badan Amanah – Seksyen 61 (3)

b. Ketetapan Umum:

i. No. 5/2011 – Taraf Mastautin Syarikat dan Badan Orang

ii. No. 6/2011 – Taraf Mastautin Individu

2. AKSES e-Residence

Pemohon boleh memasuki sistem e-Residence melalui:

2.1 ezHASiL

Klik ikon e-Residence

Page 3: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

3

ATAU

2.2 Melayari laman sesawang (web) dialamat berikut:

http://eresidence.hasil.gov.my

3. ANTARAMUKA UTAMA e-Residence

Terdapat Akses Pemohon dan Foreign Tax Authority Access dalam antaramuka

utama e-Residence

Pembayar cukai Malaysia boleh membuat permohonan STM melalui Akses

Pemohon, manakala pihak berkuasa kompeten Negara Pejanji boleh menyemak

kesahihan STM yang diterima melalui Foreign Tax Authority Access.

Antaramuka utama e-Residence

4. PERMOHONAN STM Klik Akses Pemohon Borang Permohonan Dalam Talian akan di paparkan.

Page 4: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

4

4.1 Panduan Mengisi Borang Permohonan Dalam Talian

Semua ruangan dalam borang ini perlu dilengkapkan.

A. Maklumat pembayar cukai

1. Nombor Rujukan Cukai Pendapatan / Income Tax Reference Number

Pilih jenis fail dan masukkan nombor rujukan cukai pendapatan :

C – Syarikat

TA – Badan Amanah

TC – Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah

TR – Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta

2. Maklumat Pembayar Cukai / Taxpayer's Information

Nama pembayar cukai : Nama yang terdapat dalam rekod simpanan akan

dipaparkan (Sila buat pembetulan nama pembayar cukai sekiranya

berbeza)

3. Perniagaan Utama (Dalam Bahasa Inggeris) / Principal business activity

(In English)

Perniagaan Utama ialah perniagaan yang dijalankan oleh pembayar cukai

4. Alamat perniagaan / Business address

Alamat yang terdapat dalam rekod simpanan akan dipaparkan (sila buat

pembetulan alamat sekiranya perlu)

Lengkapkan Maklumat Pembayar Cukai:

i. Nama Pembayar Cukai

ii. Perniagaan Utama

iii. Alamat Perniagaan

Klik Simpan

Pilih Jenis Fail dan isikan No.

Rujukan Cukai Pendapatan. Klik

OK.

1

2

3

4

Page 5: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

5

Klik Simpan setelah permohonan di lengkapkan.

B. Maklumat diperlukan/ Information required

1. Negara Pejanji / Treaty Country

Pilih Negara pejanji yang memerlukan STM ini

Permohonan STM untuk Negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis,

Switzerland dan Singapura hendaklah dibuat secara manual menggunakan

borang khas Negara tersebut yang boleh diperolehi dari laman web negara

berkenaan.

2. Tahun Taksiran diperlukan / Year of Assessment required

Pilih Tahun Taksiran di mana bayaran patut diterima atau invois

dikeluarkan.

Bagi Negara India, isikan tempoh perakaunan syarikat pemohon diruangan

yang ditetapkan.

3. Jenis Pendapatan diterima / Type of Income received

Pilih jenis pendapatan yang diterima : Dividen , Royalti, Faedah atau

Lain-lain.

1

2

3

4

5

7

6

Sila lengkapkan Maklumat Diperlukan

i. Negara Pejanji

ii. Tahun Taksiran diperlukan

iii. Jenis Pendapatan diterima

iv. Tempoh Bayaran

v. Jumlah diterima

vi. Nama Pembayar Asing

vii. Alamat Pembayar Asing

Klik Permohonan Tambahan atau Klik

Semula untuk mengisi semula maklumat

yang diminta

Page 6: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

6

Bagi pendapatan Lain-lain, sila nyatakan apa pendapatan yang diterima

(contoh: Komisen, Yuran Teknikal dan Fi Pentadbiran dsbnya)

4. Tempoh Bayaran / Period of Payment

Format tempoh bayaran dari dan sehingga mestilah mengikut format

DD/MM/YYYY (contoh : 01/12/2014)

5. Jumlah diterima / Amount received

Pilih jenis matawang:

RM (Ringgit Malaysia)

US$ (US Dollars)

£ (Pound Sterling)

€ (Euro)

Isikan jumlah yang akan diterima

6. Nama Pembayar Asing / Name of Foreign Payer

Nama pelanggan (syarikat/ individu) mestilah boleh dirujuk (60 aksara

maksimum)

7. Alamat Pembayar Asing / Address of Foreign Payer

Alamat pelanggan (syarikat/ individu) mestilah diisi mengikut invois.

Ruangan 1,2 dan 3 perlu dilengkapkan.

Klik Permohonan Tambahan untuk teruskan atau untuk memohon lebih

daripada satu sijil, atau klik Semula untuk mengisi semula maklumat yang

diminta.

Skrin berikut akan di paparkan apabila Permohonan Tambahan di Klik

Paparan ini boleh di Kemaskini atau

di Hapus

Page 7: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

7

C. Pengakuan Pemohon

1. Nama Pemohon / Name of Applicant

Isikan nama orang yang membuat permohonan: Pengarah syarikat/ pekerja

syarikat yang dilantik/ diberi kuasa, pemegang amanah / wakil cukai

2. Nombor Pengenalan (KP/ Pasport/ Tentera/ Polis) / Identification

Number (IC/ Passport/ Military/ Police)

Isikan Nombor Kad Pengenalan lama/ baru, Nombor Pasport / Nombor

Tentera atau Nombor Polis

3. Jawatan Pemohon / Designation of Applicant

Isikan kedudukan pemohon dalam syarikat/ Badan Amanah / Unit Amanah

/ Amanah Harta Tanah/ Amanah Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah

Harta / Pelaburan

Lengkapkan Pengakuan Pemohon

i. Nama Pemohon

ii. Nombor Pengenalan

iii. Jawatan Pemohon

iv. Alamat Surat-Menyurat

Pemohon

v. Alamat e-mel Pemohon

Sila lengkapkan maklumat untuk Orang

boleh dihubungi : Nama dan No. Telefon

Sila lengkapkan maklumat untuk Pengesahan Pengarah :

Nama dan No. Dokumen Pengenalan

Klik Hantar

1

1

7

2

3

4

5

6

Page 8: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

8

4. Alamat Surat-Menyurat Pemohon / Correspondence Address of Applicant

Isikan alamat surat-menyurat pembayar cukai mengikut dokumen

maklumat pemohon. Ruangan 1, 2 dan 3 perlu dilengkapkan

5. Alamat e-mel Pemohon / Applicant's email Address

Berikan alamat e-mel yang betul dan sah

6. Orang boleh dihubungi / Contact person

Berikan nama dan nombor telefon yang diberikan mestilah yang boleh

dirujuk dan dihubungi (60 aksara maksimum)

7. Pengesahan Pengarah/ Director’s Confirmation

Berikan nama dan nombor pengenalan pengarah. Pastikan nama ini

terdapat dalam Borang 49 yang didafterkan dengan SSM.

Klik Hantar

4.2 Ralat Kemasukkan

Jika borang permohonan STM tidak diisikan dengan sempurna, tanda ralat

kemasukkan, pangkah berwarna merah, akan timbul seperti gambarajah di

bawah.

Pembetulan perlu dibuat bagi semua ruangan yang mempunyai pangkah bertanda

merah sebelum Klik Hantar

Mesej Kesalahan

Untuk mengenalpasti

kesilapan, letak tetikus pada

pangkah bertanda merah. Buat

pembetulan sebelum Klik

Hantar

Page 9: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

9

4.3 Permohonan Berjaya Dihantar

Berikut adalah paparan Permohonan Berjaya Dihantar

Nombor Rujukan PIN perlu disimpan

untuk membuat semakan status

permohonan

Klik Cetak Pengesahan untuk

rekod simpanan

Page 10: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

10

4.4 Cetak Pengesahan

Untuk rekod simpanan, permohonan ini boleh dicetak. Klik Cetak Pengesahan.

Berikut adalah contoh permohonan yang telah dicetak.

Page 11: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

11

5. SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui

http://eresidence.hasil.gov.my > Akses Pemohon > Semakan Status >

Permohonan

Page 12: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

12

Klik Semakan Status > Permohonan

Skrin berikut dipaparkan:

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan memasukkan Nombor

Rujukan PIN diruangan yang disediakan.

Klik Cari untuk mendapatkan status permohonan atau Klik Semula jika hendak

membuat carian yang lain.

Melalui Semakan Status Permohonan, pemohon boleh melihat status

permohonan seperti berikut:

i. Dalam Proses/ Processing;

ii. Semak/ Checking;

iii. Lulus/ Approved;

iv. SDP (Simpan Dalam Perhatian) dokumen sokongan/ KIV

Supporting Documents; atau

v. Permohonan Ditolak/ Application Rejected

Page 13: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

13

Berikut adalah contoh paparan Semakan Status Permohonan.

i. Permohonan berstatus Dalam Proses/ Processing

Bagi permohonan yang baru dihantar atau masih belum disemak oleh pegawai

LHDNM, skrin paparan semakan adalah seperti berikut:

Page 14: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

14

ii. Permohonan berstatus Semak/ Checking

Bagi permohonan yang telah disemak oleh pegawai dan sedang menunggu

kelulusan, skrin paparan semakan adalah seperti berikut:

iii. Permohonan berstatus Lulus/ Approved

Bagi permohonan yang telah diluluskan, carian melalui Semakan Status

Permohonan akan memberi paparan berikut:

Tarikh permohonan

diluluskan. Pemohon akan

mendapat e-mel pada tarikh

tersebut yang memberitahu

berkenaan dengan status ini.

Page 15: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

15

Bagi permohonan yang telah diluluskan, sistem e-Residence akan menjana satu

e-mel memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan telah diluluskan.

Tarikh e-mel dikeluarkan adalah tarikh permohonan STM diluluskan.

Contoh e-mel yang dijana oleh sistem adalah seperti berikut:

Pemohon boleh mencetak sijil dengan mengikut arahan yang diberikan dalam

e-mel tersebut.

Untuk mencetak Sijil Taraf

Mastautin, sila ikut arahan

ini

Page 16: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

16

Contoh STM yang dijana oleh sistem e-Residence adalah seperti berikut:

Page 17: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

17

iv. Permohonan berstatus SDP Dokumen Sokongan/ KIV Supporting

Documents

Bagi permohonan yang tidak lengkap, carian melalui Semakan Status

Permohonan akan memberi paparan berikut:

Bagi permohonan sebegini, sistem e-Residence akan menjana satu e-mel,

meminta pemohon mengemukakan dokumen sokongan sebelum permohonan

dapat diproses.

Contoh e-mel yang dikeluarkan oleh sistem adalah seperti berikut:

Senarai dokumen

sokongan yang

diperlukan

Page 18: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

18

v. Permohonan berstatus Permohonan DiTolak/ Application Rejected

Bagi permohonan yang telah ditolak, carian melalui Semakan Status

Permohonan akan memberi paparan berikut:

Bagi permohonan yang tidak lengkap, satu e-mel, seperti contoh dalam

perenggan (iv) di atas, akan dikeluarkan oleh sistem e-Residence. Sekiranya

dokumen masih gagal dikemukakan selepas 1 bulan dari tarikh e-mel dikeluarkan,

LHDNM akan beranggapan pemohon tidak berminat untuk meneruskan

permohonan tersebut dan permohonan itu akan ditolak.

Sistem e-Residence akan menjana satu e-mel memaklumkan bahawa

permohonan STM tersebut telah dibatalkan.

Contoh e-mel yang dikeluarkan oleh sistem adalah seperti berikut:

Page 19: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

19

Bagi pemohon yang masih memerlukan STM, permohonan baru perlu

dikemukakan beserta dengan dokumen sokongan yang lengkap.

6. LAIN-LAIN

Melalui LAIN-LAIN, pengguna e-Residence boleh capai maklumat berikut:

i. Soalan Lazim;

ii. Manual Pengguna; dan

iii. Senarai pegawai yang boleh di Hubungi.

7. PAUTAN

Page 20: MANUAL PENGGUNA SISTEM e-RESIDENCE

20

Melalui PAUTAN, pengguna e-Residence boleh capai maklumat berikut:

i. PPPDK (Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali);

ii. Kadar Cukai Pegangan;

iii. Kadar Pertukaran Wang; dan

iv. Google Chrome

8. PERTANYAAN

Semua pertanyaan berkenaan permohonan Sijil Taraf Mastautin melalui sistem

e-Residence boleh di e-melkan kepada:

i. [email protected]

ii. [email protected]

iii. [email protected]